24 Jul 2009

Era Najib Altantuya : GMI Serah Memo Mohon Perkenan Agong Terima Rakyat 1 Ogos

Gerakan Mansuhkan ISA semalam telah menyerahkan memorandum kepada Istana Negara untuk memohon perkenan Yang Dipertuan Agong bagi menyerahkan deklarasi rakyat membantah Akta Keselamatan Dalam negeri ke bawah duli Tuanku.

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Mohd Khairi Abdul Rahman di pondok pengawal istana itu tengah hari semalam, lapor Bernama.

Syed Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum itu berkata, GMI turut memohon untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 1 Ogos ini bagi menyampaikan apa yang dipanggil 'Deklarasi Rakyat' membantah ISA.

"Pada hari itu, kita jangkakan 100,000 orang termasuk wakil NGO dan parti politik akan berkumpul di hadapan Sogo dan Masjid Jamek dan kemudian akan berarak ke Istana Negara bagi bagi menyampaikan deklarasi itu" katanya.

Beliau berkata GMI akan membuat permohonan kepada polis bagi mendapatkan permit untuk tujuan itu.



Tiada ulasan: