20 Jun 2009

Pemimpin Utama PAS Tak Bersama Nizar Di Mahkamah

Akhirnya pada petang tadi 20 Jun 2009, MB Nizar memfailkan juga permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk menggantung jawatan MB DPulau sebagai MB Perak. Dalam tulisan saya yang terdahulu, keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mestilah selaras dengan kehendak kerajaan UMNO. Usaha MB Nizar ke Mahkamah Persekutuan adalah untuk melengkapkan prosedur perundangan sahaja.

Agak sukar untuk MB Nizar memperolehi pengistiharan sebagai MB Perak kecualilah PM Satu Malaysia berubah fikiran memulangkan semula Perak kepada PR. Tambahan pula keputusan istana mesti diperakui betul walaupun tatasusilanya tidak betul sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Cara terbaik pada ketika ini ialah MB DPulau memohon perkenan pembubaran DUN Perak sebelum Mahkamah Persekutuan terpaksa meraba-raba mencipta alasan untuk menghalalkan kuasa yang haram.

Tahniah dan syabas kepada MB Nizar. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi kerana memberi kekuatan fizikal dan mental kepada MB Nizar. Segala ruang dan kesempatan telah digunakan oleh MB Nizar untuk mengherdik dan menyindir akan perlanggaran perlembagaan oleh UMNO. Pada awal minggu ini iaitu hari Isnin 15 Jun 2009, MB Nizar secara spontan telah melaungkan ‘Hidup Rakyat’ dan ‘Bubar DUN Perak’ sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Selama ini laungan seperti itu hanya kedengaran di jalan raya atau di majlis anjuran PR sahaja. MB NIzar telah berjaya memperdengarkan laungan keramat itu terus ke telinga PM Satu Malaysia. Inilah pertama kalinya laungan rasmi PR berkumandang di sidang parlimen.

Akibatnya MB Nizar dan beberapa AP PR telah digantung hadir sidang selama dua hari. MB Nizar tunduk hormat dan menurut perintah speaker. Soalnya siapakah yang lebih kurang ajar? Siapakah yang lebih degil? Siapakah yang melanggar peraturan? Pada 7 Mei 2009 di Sidang DUN Perak, speaker telah menggantung kehadiran MB DPulau dan enam exconya daripada menghadiri sidang DUN. MB DPulau dan Enam Jahanamnya amat degil dan kurang ajar. Bentara langsung tidak mempedulikan arahan dan keputusan mutlak speaker.

Sebaliknya speaker pula yang diangkat dan diusung paksa keluar sehingga pecah pasu bunga. Jikalau tidak puas hati dengan keputusan speaker, saman sahaja speaker di mahkamah. Mohon supaya mahkamah mengistiharkan bahawa keputusan dan kuasa speaker adalah tidak sah, bukannya sekadar pengistiharan membatalkan keputusan penggantungan sahaja.

Sebagai rakyat marhaen, saya berpendapat telah berlakunya amalan ‘double standard’ dalam Perlembagaan Malaysia. UMNO terus kebal dan terus dilindungi walaupun kesalahannya begitu terserlah. PR tetap bersalah walaupun sentiasa mematuhi perundangan bertulis. MB Nizar walaupun jawatannya telah dirampas, telah berjaya membuka pekong bernanah UMNO. MB Nizar telah berjaya meningkatkan sokongan rakyat kepada PR. MB Nizar telah menarik simpati pengundi UMNO walaupun mereka masih berkira-kira untuk mengundi PR. Pengundi UMNO mula berdilema, nak undi UMNO atau PR dalam PRU13 nanti?

Entah di mana silapnya ketika PR begitu gagah, ketika PR yakin menang dalam PRU13, tetiba nakhoda PAS mula bersimpati akan nasib UMNO. Pimpinan PAS mulai terpengaruh dengan pujukan UMNO bahawa Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan. Jikalau dipisahkan, pincanglah akidah. UMNO dengan merendah diri telah menadahkan pejabat menteri di Putrajaya. UMNO menerima PAS tanpa syarat tetapi PAS boleh menetapkan syarat-syaratnya asalkan UMNO dan PAS boleh membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Lupakan sengketa lama”. Ini ayat yang diucapkan oleh TPM Satu Malaysia sebentar tadi. Walaupun pimpinan PAS akan menarik balik salam perdamaian dengan UMNO atau memohon maaf kepada penyokong PR, ianya telah merencatkan sokongan pengundi UMNO kepada PR. Dengan ayat ‘lupakan sengketa lama’ itu, pimpinan UMNO akan kembali disokong oleh pengundi yang berdilema tadi. Kesudahannya UMNO akan terus menguasai undi Melayu kampung. PAS akan dipersalahkan oleh UMNO kerana tidak mahu memaafkan UMNO.

Pimpinan PAS hanya sibuk dan melatah dengan isu UG sahaja. Ketika MB Nizar di mahkamah tadi, tidak ternampak akan kelibat YB Nash. Tidak ternampak juga kelibat dewan pemudanya. Seolah-olah susah payah MB Nizar mengharungi krisis ini tidak dikongsi oleh pimpinan utama PAS. Mungkin ada benarnya dakwaan pelompat Behrang yang MB Nizar hanya dikelilingi oleh Ngeh dan Nga sahaja. Ketidakhadiran tokoh-tokoh pimpinan utama PAS di mahkamah untuk memberikan sokongan moral, telah memperlihatkan mereka tidak menghormati sokongan dan undi tertinggi yang diterima oleh MB Nizar dalam Muktamar PAS baru-baru ini.

Saya ingatkan panas hingga ke petang, tapi nampaknya macam nak hujan di tengah hari. Harap-harap tak jadilah hujan. Entahlah. -dango mamamat

6 ulasan:

TBO berkata...

salam

teman ingat nak join MB kite tu tapi tak sempat hari ni menguruskan pasport pembantu romah teman di imigresen putrajaya

Tanpa Nama berkata...

Mana ada masa! Orang tengah sibuk nak jadi Menteri UG la bang!

Tanpa Nama berkata...

saya pun x tau nak ckp apa lg. btl apa yg saudara bingkiskan dlm rencana di atas. ada jugak pemimpin pas yg b'smpati nagn nsb umno yg tgh nazak. lpakah mereka dgn apa yg telah umno lakukan kepada pakatan rakyat umumnya dan pas khasnya? hancurlah pas kalau nak tubuhkan ug ngan umno zalim. say no 2 ug. umno bubar masuk pas x pe, pas nak masuk umno, jgn sekali2.

emkay berkata...

Pemimpin Pas mungkin sedang nyenyak dibuai mimpi...mimpi jawatan-jawatan baru di kerajaan pusat nanti...mimpi umno akan balas jasa besar kerana selamatkan umno...mimpi islam akan semakin menjulang tinggi dengan cara itu...

Tanpa Nama berkata...

ni bukan soal nk selamat umno/tidak..ni soal melayu,islam! mau ke kamu hak kita yg dh tidak seberapa tu sikit demi sikit bangsa pelahap tu nak kan jugak..mau ke kamu jd pengemis kat tanah air sendiri..jika umno dan pas bersatu, melayu, islam akan kuat..mereka nk kemana? jilat kita kembali!! skg teuk muslihat mereka..baca lah akhbar cina, baru kamu tahu..aku boleh baca dan berbahasa mandrin, jd aku tahu apa yg mereka tulis hari2..hati mereka tidak ada keikhlasan..yg penting, agenda mereka untuk melahap bumi malaya ni nnt..depan kita mulut mereka mmg manis!!maka sedarlah bangsa ku!!

qurtubyy berkata...

ni bukan soal nk selamat umno/tidak..ni soal melayu,islam! mau ke kamu hak kita yg dh tidak seberapa tu sikit demi sikit bangsa pelahap tu nak kan jugak..mau ke kamu jd pengemis kat tanah air sendiri..jika umno dan pas bersatu, melayu, islam akan kuat..mereka nk kemana?..

++++++++++++++++++++++++++

perjuangan atas dasar assabiyah tetap di tolak di dalam Islam.