16 Mei 2009

Phobianya UMNO Dengan Perkataan Pilihanraya

Menjelang sisa-sisa hayat Umno yang masih tinggal, perkataan pilihanraya adalah sesuatu menjadi fobia kepada mereka. Umpama orang yang pernah melihat hantu, yang takut bila mendengar perkataan hantu. Umno sudah melihat bagaimana mereka ditewas dan diaibkan dalam pilihanraya. Bermula dari Pilihanraya Umum ke 12 sehinggalah pilihanraya raya kecil pasca PRU ke 12 Umno sudah melihat bagaimana mereka semakin ditolak oleh majoriti rakyat di negara ini walaupun di kawasan yang selama ini menjadi kubu, sarang dan kandang mereka sendiri. Siapa yang pernah menjangkakan Pas boleh menang di Johor? Umno juga tidak pernah terfikir yang mereka tewas di lima negeri kepada Pakatan Rakyat. Serba serbi tidak menjadi kali ini penyertaan Umno dalam pilihanraya.

Oleh itu pilihanraya di Perak dan Penanti menjadi igauan ngeri kepada Umno. Dari hari ke hari, zikir dan ucapan mereka hari ini ialah pilihanraya tidak perlu, membazirkan duit rakyat dan membuang masa rakyat. Sebenarnya itu cuma alasan bagi Umno yang fobia. Pernah tak Umno mengelak untuk menyertai pilihanraya seperti sekarang? Kalau dulu mereka cukup angkuh dan mendabik dada sehingga ada di kalangan mereka yang menyebut 'kalau Umno letak tunggul kayu atau batang pisang sekalipun sebagai calon pilihanraya mereka boleh menang'.

Hari ini mereka terpaksa menjilat dan menelan kembali kebongkakan dan kesombongan mereka. Kalau Umno merasakan buat pilihanraya di Perak membazir duit kerajaan (duit rakyat) saya cabar Umno jika mereka berani sama-sama bersetuju dengan Pakatan Rakyat untuk adakan pilihanraya semula di Perak, kos pilihanraya itu ditanggung melalui kutipan derma di kalangan rakyat. Saya yakin ramai rakyat yang akan tampil untuk menderma kepada kerajaan atau SPR yang penting pilihanraya dapat diadakan sebagai penyelesaian konflik politik di Perak. -angkasanuri


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mampus ... pastu idup balik .. pastu mampus .. pastu idup balik ... sampai 10 kali ... dia tetap takut dgn pilihanraya...

Tanpa Nama berkata...

betul tu!!! Sokong adakan kutipan derma utk mengadakan pilihanraya di Perak.

BN toksah nak pura2 nak tunjuk baik laa.. "tak mahu membazir duit rakyat" KONON! getik teman membaca nyer!

Kalo membazir duit utk korang dan kroni2, berbillion pun takper. macam sial! khakkk...PTUIH!!!!!

Tanpa Nama berkata...

xde maknanya aku nak menderma.. org UMNO yg start buat hal..patutnya diorg yang tanggung semuanya termasuklah kos perbicaraan nizar, pilihanraya kecil seluruh negeri, tambang org nak balik mengundi etc..

kalau diorg xstart semua ni, xde nya haru-biru cenggini..memang patut depa guna warna BIRU..HARU-BIRU!!