Telah berkata Abdullah Munsyi dalam kitabnya Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan: “Syahdan adalah sebab segala perkara ini jadi, sebab aniaya rajanya dan tiada betul perintahnya. Maka pecahlah hati segala rakyat.” (Edisi Amin Sweeney, 2005, hal. 119). Sungguh tajam dan menghiris kemarahan orang yang setia, tak kira kepada siapa, bila membaca komen Abdullah ini. Kini tak ada lagi Melayu yang berani macam Abdullah; lagi pula Abdullah bukan Melayu betul, tapi Melayu Tamil Islam.
Kalau beliau masih hidup, tak ada halangan baginya masuk UMNO; tapi kenalah bakar kitab-kitabnya terlebih dulu dan bersumpah di mana-mana tempat yang sesuai tak mahu menderhaka lagi (kepada sesiapa sekali pun). Abdullah membuat komen itu ketika mengulas tabiat anak-anak raja Kelantan ketika itu yang pemalas, zalim memeras rakyat, rampas harta rakyat walau sebiji beras sekali pun, dan paling buruk kuat sungguh hisap ganja, candu dan segala benda yang memabukkan dan mengkhayalkan.
Mujurlah kini tidak ada lagi anak-anak raja macam itu, apatah lagi sultan-sultan pun tidak boleh lagi jadi zalim kerana semua sultan menjadi sanjungan rakyat. Tak munasabah jika raja-raja bertindak zalim padahal semua rakyat sanjung dan sembah mereka. Oleh itu cerita Abdullah Munsyi ini sudah berlalu, tidak ada apa-apa lagi yang hendak diceritakan tentang keburukan raja-raja dan anak-anak raja kerana ada di antara mereka yang jauh lebih cerdik daripada Abdullah sendiri, pandai berkata-kata dan pandai pula menulis karangan yang jauh lebih bermutu daripada tulisan Abdullah sendiri (gambar, petikan daripada buku 'Hikayat Abdullah)
Tetapi ada satu perkara yang menjadi idaman semua rakyat, terutama rakyat Perak. Apa agaknya komen Abdullah Munsyi sekiranya dia lihat sendiri, macam di Kelantan, peristiwa yang berlaku di Perak. Adakah beliau akan ulang kata-katanya yang dikutip di atas? Tidak mungkin Abdullah mengulangnya, kerana risikonya sangat besar. Abdullah yang cerdik dan menerima pendidikan terbaik daripada Inggeris, tidak akan menyusahkan dirinya menulis sesuatu yang benar jika dengan berbuat demikian dia akan masuk bilik tahanan kerana menghasut dan mencaci raja-raja Melayu.
Sekarang timbul soalan akademik yang sangat menarik untuk dibincang oleh ahli-ahli akademik yang cerdik dan pintar (bukan jenis yang selalu keluar di TV). Soalan itu ialah: Adakah ini bermakna Abdullah boleh bercakap benar di bawah pemerintahan Inggeris, dan kita semua digalakkan berbohong setelah merdeka? Jika soalan itu nakal, macam mana pula soalan yang tidak nakal yang membayangkan maksud soalan nakal itu? Di sinilah kehebatan Abdullah, dan cara tadbir Inggeris. Di bawah lindungan Inggeris, Abdullah boleh bercakap benar, dan dari situ kita tahu perangai sebenar anak-anak raja Kelantan.
Kini setelah merdeka, di bawah lindungan siapa pula yang membolehkan kita bercakap benar? Barulah kita tahu, jika kita pakai otak sedikit, kita tidak mempunyai pelindung itu. Perlembagaan? Tikus pun akan tertawa jika ada manusia yang mengharapkan pergantungan kepada Perlembagaan. Apa juga yang ada dalam Perlembagaan hanya berguna jika anda berkuasa. Sekali lagi Abdullah lebih hebat daripada kita semua, padahal menurut kita dia berada di bawah penjajahan Inggeris, malah ada yang kata dia talibarut Inggeris.
Tapi kita yang tidak jadi talibarut sesiapa ini, mengapa tidak boleh bercakap benar? Kita mahu tahu mengapa kegilaan yang berlaku di Perak itu terjadi dan berlarutan pula. Siapa punya kerja? Perlembagaan tidak membenarkan kita bercakap, tetapi untuk terus menutup mulut tidak boleh, kerana kebenaran tidak mungkin ditutup oleh sesiapa sekali pun. Mesti ada tokoh atau tokoh-tokoh yang bersalah dalam kes ini. Alangkah baiknya jika ada di antara kita seorang Abdullah Munsyi abad 21 yang seberani dan setulus beliau. Dalam keadaan sekarang, kita hanya boleh bermimpi. Tetapi mimpi itu pun mesti ikut Perlembagaan.
Demikianlah hebatnya undang-undang Malaysia yang kita semua bikin dan luluskan. Akhirnya kita semua harus terima amaran orang tua-tua kita dalam dongeng mereka: kita tidak boleh percaya kepada undang-undang beruk dan kepada hakim beruk. Bilakah pula cerita ini akan diharamkan dalam Dewan Rakyat melalui peruntukan Perlembagaan? Selagi dongeng itu tidak diharamkan, selama itulah rakyat akan terus bertanya untuk mencari kebenaran. Kecuali jika kebenaran itu sendiri pun telah ditelan oleh Sang Beruk. (14/5/2009). - Mohd Affandi Hassan

3 ulasan:
Saya tertanya2, adakah Abdullah Munsyi pernah menulis menentang Inggeris ? Atau paling tidak pun, ada menulis menegur perilaku Inggeris ? Sedangkan orang Inggeris sendiri pun kerap berbuat sedemikian terhadap bangsa mereka sendiri ...
Jika tidak ada, maka memang sahlah bahawa Abdullah ( walaupun mungkin tidaklah sampai menjadi seorang tali barut Inggeris), adalah seorang pemuja Inggeris. Hidup bertuankan Barat ..
Satu contoh terawal Melayu berminda terjajah ..
p/s :
Saya akan tabik spring kepada Abdullah jika dia ada mengkritik kedua-dua pihak, baik Inggeris mahupun Raja Melayu ..
Sebagaimana Raja2 Melayu , mana mungkin Inggeris begitu " perfect " !
Abdullah Munsyi takkan tak tau yang anak2 Raja Melayu hisap candu kerana British lah yang membawa candu masuk dari India ...
Kompeni Hindia Timur Inggeris memegang monopoli candu di Asia ketika itu, sebagai alat untuk berdagang dengan China ...
Ada Abdullah Munsyi kritik Inggeris kerana ini ?
Tiada ..
kerana dia berada dalam " tempayan " yang sama ..
Bagi Abdullah,
apa yang British buat, semuanya cantik .. Sehingga Abdullah tergamak menterjemah Bible ke Bahasa Melayu demi tuannya yang cantik ...
Abdullah memang bijak dan berani, tapi sayang sekali, kebijaksanaannya dan keberaniannya hanya terpakai di sebelah pihak sahaja.
Yang nak 'mengenen', 'terkenen' hahaha...
Catat Ulasan