4 Mei 2009

Isu Kerajaan Nizar : SUK Rampas Kuasa Nizar

Dato' SUK Negeri Perak sudah hilang pertimbangan apabila merampas kuasa Speaker Dewan Negeri Perak. Beliau telah mengeluarkan perintah melarang media memasuki persidangan Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei ini melainkan media-media yang dibenarkan sahaja, sudah tentu media yang dibenarkan itu media arus perdana yang laporan menyebelahi mereka.

Tindakan Dato' SUK dianggap melangkaui bidang tugasnya yang sebenar. Beliau langsung tidak ada hak dan kuasa menentukan perjalanan Sidang Dewan. Perjalanan Dewan Negeri adalah di bawah kuasa Speaker.

Speaker yang menentukan agenda mesyuarat, berapa hari bersidang, menentukan dan menyusun soalan-soalan lisan dan bertulis untuk dijawab oleh pihak kerajaan. Orang lain boleh tidak boleh campurtangan dalamm urusan ini.

Satu dunia tahu bidang kuasa Speaker. Kita hairan bagaimana seorang SUK, pegawai kerajaan yang paling tinggi jawatannya di Perak tetapi jahil dalam bab ini. Atau dia ingat Speaker kita ini boleh diperbodohkannya.

Sebelum ini, Dato' SUK juga yang membuat kenyataan sidang DUN tergempar 3 Mac yang lalu tidak boleh dijalankan dan tidak sah, dia juga yang menghalang Speaker dan semua ADUN PR memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan untuk bersidang. Sedangkan Speaker dan semua ADUN ada hak memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan apatah lagi memasuki Dewan Undangan Negeri samada ketika bersidang ataupun tidak.

Sebenarnya pengalaman 11 bulan di pejabat Menteri Besar Perak, dari awal pemerintahan PR sememangnya Dato' SUK ini tidak sangat memberi kerjasama kepada kerajaan PR.

Dato' Seri Hj Nizar sering merungut perihal SUK yang lambat bertindak, tidak memberi kerjasama yang sebaiknya kepada MB apabila diminta bertindak terhadap sesuatu perkara, pertukaran pegawai-pegawai kerajaan yang penting juga tidak pernah dimaklumkan kepada MB, cadangan MB untuk melantik pengarah atau pegawai baru dalam mana-mana jabatan yang kosong juga tidak pernah diendahkan oleh Dato' SUK.

Kita akui ada yang diambil tindakan tetapi lambat dan lembab. Kalau hendak didedahkan perangai SUK ni memang banyak, tetapi memadaliah setakat ini. -misbahulmunir


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerja Bodoh Nik Abduh dan Kerja Jahat Pembantu Presiden

Siapa dak baca tulisan sensasi anak Nik Aziz, tapi sayang tak lebih dari menepuk air di dulang, muka sendiri jugak yang kuyup.

Dulu orang dak bercakap pasal kereta CRVnya, pasal dia makan gaji buta dok jadi ahli majlis MPKB dan komisyen balak, hari ini semua dah habis dicerita orang.

Nik Abduh dah pusing lalat. Bukan kerana banyak bersembunyi kat Kedai Lalat (Tak jauh dah dengan rumahnya), tetapi pening lalat pasal bau busuk jadi banyak lalat dok mari.

Nik Abduh buat pendedahan waktu Tuan Guru Nik Aziz mengerjakan umrah menunjukkan dia ada agenda busuk.

Terus terang, orang dah tahu Nik Abduh nak tunjuk hero belasah Husam. Dulu Nik Abduh halau Husam dari Kijang dalam Pengkalan Chepa. Hari ini Nik Abduh dengan sokongan moral pembantu Presiden di Selangor dan Terengganu nak bunuh karier politik Husam lak.

Kenapa ya?

(Baca seterusnya di http://kisahbenar.wordpress.com)

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana dengan tindakan tata tertib , aduan kpd SPRM , laporan polis terhadap pegawai 'SyUK-SyUK sendiri' ?

Pakatan Rakayta kena cari jalan heret dia olang ke mahkamah..baru puak-puak 'SyUK-SyUK sendiri akal akai sikit, bukan kepala lutut ikut perintah manusia macam lembu dicucuk hidunggggg

Kena heret masuk court baru tau langit tinggi rendah , nak tengok juga sapa pegawai2, YB2, Latok2, Latin2 nak ikut sama tunjuk muka simpati...Tapi percayalah lu masuk court sapa pun tak ambik tau sama lu, lu tanggung sendiri looo..

Pakatan Rakyat , Speaker kena bertindak segera kepada Pencacai2 yang salahguna kuasa, membarua sesuka hati...