Hari ini dilaporkan SPRM telah menghantar kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ke Bahagian Pendakwaan hari ini.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata SPRM telah meneliti kertas siasatan berkenaan dan mendapati pada peringkat siasatan ia telah lengkap.
"Pada peringkat siasatan, ia telah lengkap tetapi jika pihak pendakwaan mahu kita menambah siasatan atau sebarang fakta bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, SPRM akan melakukannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ditanya bila pendakwaan berhubung kes itu akan dilakukan, beliau berkata ia bergantung kepada Bahagian Pendakwaan untuk tindakan seterusnya.
"Sabarlah, bagi peluang kepada Bahagian Pendakwaan untuk meneliti kes itu dulu sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan selanjutnya," katanya.
Mengenai sama ada Mohammad Fairus akan ditahan, Shukri enggan mengulas lanjut dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.
SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini yang disyaki terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.
Persoalan kini bilakah lagi kertas-kertas siasatan hendak dibuka untuk pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang telah dilaporkan sebelum ini?
Kita juga tertanya-tanya apa fungsinya panel-panel SPRM yang dibentuk untuk menjadikan SPRM sebagai sebuah badan yang berintegriti. Lima panel SPRM dianggotai oleh 42 tokoh itu ialah Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah, Jawatankuasa Aduan, Panel Penilaian Operasi, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah.
Jika mereka gagal untuk memainkan peranan mereka sebagai penal bagi memastikan SPRM lebih berintegriti serta menjalankan tugasnya dengan adil, saksama dan telus, kami berpendapat sebaik-baiknya panel-panel itu dibubarkan.
2 ulasan:
kawan aku ckp SPRM ni mcm beruk sarkis,lompat sana sini tunjuk hebat, tp bila tuan dia datang bg pisang terus senyap, siap cium tgn lg...kwn aku ckp la kan....
tidak menghairankan jika sprm berat sblh sbb sprm adalah serpihan dari parti rasuah malaysia (umno)..
Catat Ulasan