4 Apr 2009

BUKIT SELAMBAU : Kedatangan Mahathir Mengimbau Kezalimannya Terhadap Pembangkang

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan akan membuat sentuhan terakhir di Bukit Selambau pada Isnin ini bagi merayu pemilih menyokong calon Barisan Nasional (BN), Datuk S Ganesan, pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Selasa ini.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata bekas presiden Umno itu akan menghadiri Perhimpunan Rakyat di padang Institut Kemahiran MARA di sini pada jam 5.30 petang, iaitu 15 jam sebelum pemilih mengundi.

Katanya, kehadiran Dr Mahathir dijangka dapat menarik semula sokongan pemilih terutamanya pengundi atas pagar untuk menyokong semula BN.

Walau bagaimanapun ramai penduduk Bukit Selambau Kedah menyatakan kesediaan Mahathir untuk kembali ke pentas politik UMNO-BN akan menjelaskan lagi sikap anti-federalisma yang ditunjangi oleh kerajaan UMNO-BN selama ini.

Mahathir yang dilaporkan akan menyertai UMNO semula sehari dua ini selepas "terjun dengan labu-labunya" dari kapal UMNO kini bersemangat untuk membantu Najib setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan pengundurannya sebagai perdana menteri.

Bagi Pakatan Rakyat kehadiran Mahathir ke dalam parti UMNO sepastinya akan terus mewujudkan sikap diskriminasi terhadap negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Umum mengetahui mengenai pengakuan Mahathir mengenai dasar diskriminasinya yang zalim terhadap kerajaan Kelantan dengan menyekat pembangunan ke negeri itu dengan dasar yang tidak pernah menghormati konsep federalisma yang dasar ini nampaknya akan ditersukan oleh Najib.



1 ulasan:

Unknown berkata...

Di belakang najib ada tun M.
Di segenap pelusok pemimpin pakatan ada bantuan drpd ALLAH.. InsyaALLAH