"Tun Dr Mahathir ni memang penderhaka. Dengan dialah bermulanya sejarah hitam dalam hubungan diantara orang Melayu dengan raja-raja," kata beliau.
Beliau menambah Mahathir mempunyai banyak rekod penderhakaan kepada raja-raja Melayu semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Pada tahun 1983 Umno hendak meminda supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut. Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO membuat "road show" di Batu Pahat, Melaka, Alor Setar menghentam raja-raja Melayu.
Beliau juga mengulas istilah "sembah derhaka" yang digunakan oleh Dato Seri Nizar yang diputarbelitkan. Ia adalah bahasa istana tetapi dieksploit oleh UMNO untuk memfitnah Nizar sebagai penderhaka.
1 ulasan:
Masa dia jadi Menteri Pelajaran khabarnya dia nak ambil Maktab Mahmud untuk diletakkan dibawah pentadbiran Kenterian Pelajaran. Tuanku Sultan Kedah tak setuju dan bertitah: "Beta nak buat apa pula?"
Catat Ulasan