7 Apr 2009

BUKIT GANTANG BUKIT SELAMBAU : Pengundi Hantu Dikesani Awal Pagi

BUKIT GANTANG

Politikbanjar melaporkan di Bukit Gantang para petugas PAS awal pagi tadi telah dapat mengesan 4 buah bas dari Ipoh yang sarat dengan penumpang di jeti Kuala Trong. Para penumpang tersebut dipercayai pengundi hantu yang didatangkan oleh puak Umno untuk membantu memenangkan calon Umno, seawal jam 2.0 pagi.

Sedikit kekecuhan telah berlaku hingga datangnya pasukan polis dan mengarahkan kedua belah pihak bersurai. Beberapa kereta dilihat telah membawa para penumpang bas tersebut dari tempat tersebut ke destinasi yang tidak diketahui.

BUKIT SELAMBAU

Sebuah bas telah mula memasuki Kampung Jerai kawasan Kuala Sin seawal 11.50 malam tadi, Bas itu dilaporkan bersembunyi di kawasan hutan dan para penumpang di dalamnya telah diturunkan ke rumah berhampiran.

Pertengkaran kecil berlaku diantara petugas PR dengan penyokong BN. Blog n25bukitselambau melaporkan pemandu bas itu memberi alasan untuk mencari tempat tidur di kampung Jerai. Ini menjadi pelik kerana laluan kawasan kampung berkenaan adalah sempit untuk dilalui oleh bas. dan kampung berkenaan tidak ada homestay. Bas tersebut diiringi oleh polis dan tidak tahu kemana haluannya selepas itu.

BATANG AI

Kesemua para petugas SPR telah membawa peti-peti undi ke pusat pembuang undi pagi ini untuk memulakan proses pembuangan undi pada jam 8.00 pagi ini

Masih menunggu laporan. Namun Menteri Besar Selangor dikatakan telah berada di Lubuk Antu semula untuk membantu kempen Pakatan Rakyat sejak semalam.

Ramai pengundi yang tinggal di ibukota dan Semenanjung telah pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka untuk mengundi.


RADIO TKO.FM akan disiarkan secara lansung bermula jam 10.00 pagi nanti. Blog ini akan membawa lintas lansung melalui teks sebenatar lagi.

Untuk interaksi sila gunakan ruangan chat di karpethijau.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Org pas / pkr tak habis2 dgn tuduh benda mcm ni la.......org bacul...klu menang tak pulak timbul pengundi hantu. PAS bacul...

Tanpa Nama berkata...

Mengapa pihak polis menjadi polis pengiring bagi orang yang ada dalam bas tersebut...?

Kalau dah ada bukti dihadapan mata itu bukan fitnah tapi kebenaran.

Selama ini BN sentiasa menang dalam pilihanraya sebenarnya mereka menipu melalui orang yang tidak layak mengundi.

Perbuatan itu pernah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir dinegeri Sabah ketika menentang Pairin... Mereka menggunakan pendatang haram Philipina sebagai "pengundi hantu".

Pengundi Hantu mesti disekat!, biar polis melindungi mereka tapi bagi pihak petugas Pakatan Rakyat mesti halang pergerakkan mereka kepusat mengundi.

Biar apa pun alasan dari SPR atau pemimpin UMNO-BN berkaitan dengan orang yang disyaki, namun kita tetap menuduh bahawa orang yang diusung dengan bas itu dan dilindungi oleh polis adalah manusia celaka yang dijadikan "pengundi hantu".

Tanpa Nama berkata...

yang pelik mengapa selalu ada bas yang sarat dengan penumpang masuk ke situ pada hari pengudian..,tak kira la mana mana tempat ada prk.
if betul betul telus
spr patut keluarkan arahan masa sehari sebelum hari pembuangan undi tidak dibenarkan bas masuk.
susah ke?