"Ini adalah prinsipnya berparti dan sekiranya tidak dapat sokongan di kalangan perwakilan untuk menjadi anggota MT, perlu sanggup berundur dari jawatan menteri," katanya.
"Kita kena ada prinsip dan kena patuh. Dalam politik terutamanya, kerja kita akan lebih mudah kalau kita mempunyai kekuatan moral," tambahnya.
Ketika ditemui pemberita di luar Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini semasa sesi perbahasan Perhimpunan Agung Umno berhenti rehat, Shahrir berkata beliau akan mengundurkan diri pada mesyuarat Kabinet Rabu depan.
Ketua Umno Bahagian Johor Baharu itu berkata adalah sukar untuk melaksanakan tugas sebagai Menteri sekiranya tidak mempunyai sokongan daripada parti.
"Itu jadi masalah bagi saya. (Orang akan mengatakan) YB ini, parti pun tak terima, kalah dalam pemilihan parti, macam mana boleh jadi menteri," katanya.
Sehubungan itu ramai tertanya-tanya bila pula menteri-menteri UMNO yang lain ingin mengikut jejak langkah Shahrir. Selain Shahrir, Azalina yang dikaitkan dengan politik wang serta menyogok dan "belanja makan" kepada pegawai-pegawai SPRM baru-baru ini turut kalah di dalam merebut jawatan majlis Tertinggi.
Selain mereka berdua, lima timbalan menteri dan empat menteri besar turut tewas dalam pertandingan sengit itu.
Begitu juga menteri-menteri UMNO yang celupar serta "tunjuk lagak hero" turut kecundang di dalam merebut jawatan Naib Presiden. Mereka adalah Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar dan Menteri Luar Negeri, Datuk Rasi Yatim..
Banyak pihak menggesa kedua-dua menteri ini wajar meletakkan jawatan untuk mengikut jejak langkah Shahrir yang lebih berprinsip.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan