27 Mac 2009

Bukit Gantang Bukit Selambau Batang Ai - Cabaran Pemimpin Baru UMNO

Pilihanraya kecil di tiga kawasan pada 7 April ini akan menjadi medan penentuan untuk mengukur kemampuan pemimpin-pemimpin baru UMNO.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai ketiga-tiga pilihan raya kecil yang akan bermula Ahad ini.

Perkara itu diputuskan dalam satu pertemuan dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama tiga lagi Naib Presiden yang baru dilantik dalam pemilihan semalam.

Kata beliau Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Datuk Seri Shafie Apdal bagi DUN Batang Ai.

Penamaan calon ketiga-tiga pilihan raya kecil itu diadakan Ahad ini.

Hari pengundian ditetapkan pada 7 April.

Secara tradisinya mana-mana pilihan raya akan di ketuai oleh Timbalan Presiden.

Selaku Timbalan Presiden ini kali pertama Muhyiddin mengetuai mana-mana pilihan raya kecil.

Muhyiddin dan ketiga-tiga Naib Presiden berkenaan merupakan muka baru bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang dipertandingkan semalam.

Ketika ditanya mengenai peluang memenangi ketiga-tiga pilihan raya kecil kali ini, Muhyiddin berkata, beliau berkeyakinan boleh menang.

Bagaimanapun katanya, beliau bersikap pragmatik dan realistik bahawa ketiga-tiga pilihan raya kecil ini diselubungi isu-isu nasional dan tempatan yang perlu ditangani bersama.

Sementara itu ramai penganalisis politik melihat bahawa berdasarkan senario politik semasa dengan ditambahi dengan arus tsunami politik yang masih bergelora, Pakatan Rakyat mampu memenangi ketiga-tiga pilihanraya kecil berkenaan.

Apatah lagi Perhimpunan UMNO kali ini telah banyak mendedahkan kelemahan-kelemahan UMNO yang gagal untuk mereka tangani seperti gejala politik wang sehingga terdapat pemimpin yang telah diisytiharkan terlibat dengan politik wang menang di dalam merebut jawatan yang pastinya menyebabkan parti itu akan terus ditolak bukan sahaja oleh rakyat umum namun oleh ahli UMNO sendiri.

Tiada ulasan: