27 Mac 2009

Bukit Selambau - Anwar Gesa Tolak Fitnah dan Sogokan BN

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim menggesa penduduk Bukit Selambau untuk terus menolak sogokan politik dan fitnah Barisan Nasional pada pilihanraya kecil 7 April ini.

Rasuah politik masih tegar di dalam pemilihan UMNO baru-baru ini yang menunjukkan perkara yang sama bakal digunakan di dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau untuk menarik sokongan pengundi-pengundi di kawasan tersebut.

Ribuan rakyat dari pelbagai kaum hadir di dalam ceramah tersebut yang diadakan di Taman lembah Permai.

Anwar menggesa pengundi Bukit Selambau untuk menolak BN sekali lagi di dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau yang menggunakan taktik buruk untuk memenangi ilihanraya kecil itu dengan memfitnah Pakatan Rakyat serta menawarkan gula-gula politik kepada pengundi.

"Saya yakin kira rakyat bawahan boleh menang klau kita cerdik kerana selama ini dengan sedikit sogokan kita ditipu dan bagi sokongan (kepada BN)," kata Anwar.

"Tapi saya tengok di Kerah, orang dah cerdik," tambah Anwar lagi.

Mengenai pemilihan Manikumar sebagai calon menentang S.Ganeson dari BN, Anwar menyatakan Manikumar adalah dari barisan muda dari Pakatan Rakyat yang mewakili semua kaum di Bukit Selambau dan gandingan mantap kepimpinan lama dan kepimpinan baru akan menghasilkan kejayaan.



Tiada ulasan: