22 Mac 2009

Serpihan Plak Kerajaan Nizar Kini Berharga Lebih RM42,000

Di blog ini kami ada menyiarkan berita lima ketul serpihan batu marmar plak "Tugu Demokrasi" yang dibina oleh pakatan pembangkang Perak sempena memperingati "sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bawah pokok" akan dilelong hari ini.

Sehingga jam 12.30 tengahari tadi jumlah yang berjaya dikumpulkan melalui lelongan lima ketul serpihan marmar plak itu ialah RM42,900, tidak termasuk sumbangan derma.

Lebih kurang 200 orang menghadiri menyaksikan bidaan yang bermula pagi tadi.

Bidaan serpihan pertama mencecah RM6,800, dengan harga permulaan RM500.

Ia sekaligus menunjukkan bantahan rakyat terhadap langkah Majlis Bandaraya Ipoh yang telah dengan angkuh dan zalim merobohkan plak tugu demokrasi berkenaan.

Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming sebelum ini berkata hasil kutipan itu akan digunakan bagi tabung guaman pakatan itu dan bagi membina tugu peringatan baru yang lebih besar.

Datuk Bandar Ipoh Roshidi Hashim berkata tindakan merobohkan plak diambil kerana dilakukan tanpa kebenaran dan tidak mengikut saluran undang-undang.


Tiada ulasan: