Akhirnya sebanyak RM42,900 termasuk sumbangan telah berjaya dikumpulkan hasil daripada lelongan lima ketul serpihan batu marmar plak "Tugu Demokrasi" yang dibina Pakatan Rakyat Perak sempena memperingati persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan di bawah pokok.
Bidaan tertinggi serpihan "cenderahati" yang dilelong bermula dengan harga RM500 itu adalah sebanyak RM17,100 yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan melalui ejennya yang juga Anggota Dewan Undangan (Adun) kawasan Tebing Tinggi, Ong Boon Piow.
Plak yang pertama dilelong pada harga RM6,800, plak kedua (RM5,200), plak ketiga (RM6,800) dan plak yang keempat dijual pada harga bidaan sebanyak RM7,000.
Lelongan berkenaan berlangsung di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini, tempat plak yang dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Ahad lepas.
Plak itu dibina oleh PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sempena sidang Dewan yang diadakan di situ selepas 27 wakil rakyat mereka tidak dibenarkan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Lelongan berkenaan diadakan bagi mengutip dana pembinaan semula tugu peringatan serta tabung guaman pakatan pembangkang dan dihadiri oleh lebih 200 orang termasuk bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Dalam sidang akhbar selepas itu, Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Datuk Bandar Ipoh Roshidi Hashim untuk memaklumkan tentang pembinaan semula tugu peringatan berkenaan.
"Saya akan menulis surat kepadanya untuk meminta MBI menjaga dan memelihara plak baru sebagai tarikan pelancongan di bandar raya ini dan bukannya memusnahkan tugu itu," katanya.
Nga yang juga Adun Pantai Remis berkata enam kepingan serpihan tugu demokrasi tersebut telah dijadikan cenderahati tetapi pakatan pembangkang hanya akan melelong lima sahaja dan satu lagi akan disimpan sebagai kenangan di Wisma DAP.
Beliau berkata tugu baru yang akan dibina adalah lebih besar dan akan memaparkan empat bahasa iaitu bahasa Malaysia, Mandarin, Tamil dan Inggeris.
Tugu peringatan yang dibina di bawah pokok hujan di Medan Istana diroboh oleh Majlis Bandaraya Ipoh pada 15 Mac lepas kerana pembinaannya melanggar peraturan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan