11 Feb 2009

Siapa Yang Cemas Di Dua Bukit?

Detik yang ditakuti tiba-tiba menjadi kenyataan. Pemimpin BN sebolehnya tidak ingin menemui rakyat sejak berlakunya kemelut politik di Perak, namun takdir Allah menentukan bahawa mereka tidak boleh lari dan terpaksa juga berdepan dengan rakyat.

Apatah lagi belum pun reda kesedihan yang menimpa ekoran kekalahan di PRK Kuala Terengganu bulan lepas, Barisan Nasional terpaksa pula berdepan dua pilihanraya kecil serentak dengan terllau banyak isu kontroversi yang melanda. Pilihanraya kecil yang mengejut di Perak dan Kedah akan berlaku di kawasan di mana pengundi bukan-Melayu mempunyai bilangan yang agak sginifikan sekalipun tidak majoriti.

“Undi bukan Melayu akan menjadi penentu di dalam kedua-dua pilihanraya kecil ini,” kata penganalisis pilihanraya Ong Kian Ming seperti yang tersiar di malaysianinsider.

Ia bukan satu berita yang baik untuk BN.

BN seboleh-bolehnya tidak mahu berdepan dengan pengundi di saat sentimen pro-pembangkang masih bergelojak. Namun kali ini mereka tiada pilihan kerana peruntukan undang-undang menetapkan pilihanraya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari kerusi dikosongkan.

Kerusi parlimen Bukit Gantang di Perak diisytiharkan kosong dengan kematian wakil PAS Ust Roslan Shaharum kerana serangan sakit jantung pada hari Isnin yang lalu.

Manakala dewan undangan negeri Bukit Selambau di Kedah kosong apabila ADUN PKR V. Arumugam meletakkan jawatannya setelah beliau mendakwa diugut untuk menyertai BN. Beliau masih lagi "hilang" namun Menteri Besar kedah Datuk Azizan Abdul Razak telah mengumumkan perletakan jawatannya. Sehingga ini belum ada sebarang perubahan terhadap keputusan itu.

Sekalipun di dua negeri yang berbeza kedua-dua kerusi memperlihatkan bilangan pengundi bukan Melayu yang agak ramai menjadikan sukar bagi BN untuk merebutnya dari tangan Pakatan Rakyat.

“Mood yang ada hari ini berarah menyongsang dengan status quo, terutama di kalangan pengundi bukan-Melayu dan juga golongan muda,” kata Professor Agus Yusoff, seorang penganalisis politik.

Pecahan pengundi di parlimen Bukit Gantang ialah 63.5% Melayu, 27.1% Cina dan 9.1% India. Untuk Bukit Selambau Kedah, 50.2% Melayu, 19.3% China dan 29.5% India.

Dua isu besar kini masih menghantui BN.

Pertama rampasan kuasa terhadap kerajaan di Perak minggu lalu. Ia telah menimbulkan kemarahan para pengundi, dan akan merupakan isu yang akan mendominasi kempen pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang.

P59 BUKIT GANTANG (55,471)
Melayu: 63.48% Cina: 26.77% India: 9.71% Lain: 0.04%
M.Murganan (Bebas)
Azmi Mohd Zabidi (BN-UMNO)
Roslan Shaharum (PAS)

Roslan Shaharum (Menang)
Jumlah Undi: 20,015
Azmi Mohd Zabidi Jumlah Undi: 18,449
M.Murganan Jumlah Undi: 872
Majoriti : 1,566
Jumlah Undi Dikeluarkan: 40,301
Jumlah Undi : 39,315
Undi Diterima : 38,464
Undi Ditolak (Rosak) : 851
Undi Tidak Dikembali : 114
% mengundi : 72.65%
2004: Tan Lian Hoe (BN-Gerakan)
Majoriti 6,702

N13 Kuala Sepetang
See Tean Seng (BN) 6721
Tai Sing Ng (PKR) 7285
....Majoriti 564

N14 Changkat Jering
Datuk Mat Isa Ismail (BN) 8309
Mohd. Osman Mohd Jailu (PKR) 9411
....Majoriti 1102

N15 Trong
Nor Azli Musa (PAS) 3296
Datuk Rosli Husin (BN) 4212
....Majoriti 916

Jika melihat kepada pecahan di atas, kemenangan Ust Roslan Shahrum adalah berasaskan kekuatan PKR di Changkat Jering dan di DUN Kuala Sepetang dimana Pakatan Rakyat menang di kedua-dua DUN tersebut. Pakatan Rakyat cuma tewas di DUN Trong.

Berdasarkan kepada senario politik semasa, ditambah pula dengan kebencian yang meluap kepada bakal Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang kini menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang merupakan orang yang bertanggungjawab di dalam isu rampasan kuasa di negeri tersebut, "swing" pengundi masyarakat bukan-Melayu akan berlaku sekitar 60%-75% kepada Pakatan Rakyat (PR) yang bererti PR akan dijangka dapat menambahkan majoritinya sekitar 2,000 undi lagi.

Di DUN Bukit Selambau Kedah pula

Melayu : 50.20% Cina : 19.25% India : 29.53% Lain : 1.02%

1. S Krisnan (BN) ........ 10,863
2. V Arumugam (Bebas) .... 13,225
Majoriti : 2,362
Undi Rosak : 1,694
Jumlah Undi : 25,782
Mengundi : 73.76 %

PKR telah mengumumkan akan menurunkan calon keturunan India di Bukit Selambau berdasarkan pengundi India membentuk hampir 30% di DUN tersebut.

Dengan isu semasa yang ada, seperti tahanan ISA kepada golongan Hindraf yang masih belum dibebaskan dan tempias kemelut politik di negeri jirannya Perak, maka kemungkinan "swing" akan berlaku sekitar 10%-15% iaitu tambahan sekitar 200 hingga 500 undi kepada Pakatan Rakyat.

Apa-apa pun ia bergantung kepada banyak faktor lain dan PR tidak boleh terlalu yakin.

Fakta di atas dibentangkan hanya sebagai motivasi untuk kita terus bekerja dan berusaha agar ia menjadi realiti.

Kesungguhan petugas pilihanraya di dalam menggerakkan semula momentum kebangkitan rakyat, pemilihan calon yang diterima oleh rakyat tempatan, jentera penerangan yang teratur, pendedahan terhadap penyelewengan dan rasuah BN yang berterusan, pemastian kawalan terhadap kewujudan pengundi hantu disamping penyusunan strategi yang effektif dan effisyen tidak boleh diabaikan.

Media arus perdana telah pun memulakan kempen secara tidak rasminya bagi kedua-dua kerusi berkenaan bagi pihak BN, justeru Pakatan Rakyat perlu menyusun strategi bermula SEKARANG jika masih ingin terus mengekalkan kedua-dua kerusi berkenaan.


Tiada ulasan: