Kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang menuduh Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim tidak memberi kerjasama yang baik di dalam usaha membenteras kegiatan jenayah di Selangor adalah merupakan satu kenyataan yang berbau politik.
Namun apa yang jelas, kadar jenayah yang tinggi di Selangor telah berlaku sebelum kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor lagi dari BN yang dipimpin oleh Khir Toyo.
Dengan memberikan contoh dimana pihak polis enggan untuk memberikan kadar jenayah sebenar yang diminta oleh seseorang ahli palimen, polis Selangor yang sebenarnya yang tidak bekerjasama malah bertindak secara tidak profesyenal didalam melaksanakan tugas mereka, demikian tegas Ahli Parlimen Kapar, S.Manickavasagam.
Presiden Gerakan Anti-ISA, Syed Ibrahim Syed Noh pula menyatakan bahawa kenyataan Ketua Polis Selangor itu tidak menunjukkan skap yang betul daripada seorang pegawai tertinggi polis. Beberapa insiden boleh dikesani dimana Ketua Polis Selangor telah menunjukkan rasa kurang menghormati terhadap Menteri Besar Selangor yang sepatutnya diterima sebagai "orang nombor satu" di dalam negeri Selangor. Tindakan membuat kenyataan secara terbuka oleh seorang pegawai tertinggi polis seperti Khalid tersebut dilihat sebagai satu percubaan untuk bermain politik.
Aktivis SUARAM, S. Arutchelvan berpendapat kenyataan Ketua Polis Negeri Selangor tersebut adalah di luar bidang kuasanya malah memperlihatkan sikap tidak profesyenal seorang anggota polis. Ia menjelaskan lagi hakikat bahawa jawatan-jawatan tertinggi polis di dalam negara ini adalah "politically-appointed" - dilantik secara politik. Justeru itu mereka mempunyai kesetiaan kepada parti memerintah yang melantik mereka dan menyebabkan mereka mengeluarkan kenyataan sedemikian sebagai cara untuk tujuan kenaikan pangkat.
Rakyat tertanya-tanya apa sudah jadi dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi empat tahun lalu untuk membersih dan menambahbaik perkhidmatan pasukan polis.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan