Polis telah menahan lima orang ketika menyertai upacara pengebumian A. Kugan yang dikatakan dedera sehingga mati di lokap balai polis Taipan, Subang pada 22 Januari lalu.
Mereka ditahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)di petaling Jaya yang dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang untuk mengiringi jenazah mendiang Kugan ke tanah perkuburan di Batu 14 Puchong. Orangramai turut berhimpun di USJ 8 Subang Jaya.
Penyelaras Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) RS Thanendran pula ditahan polis kerana didakwa memaki baju T yang melambangkan pertubuhan itu yang kini diharamkan. Dua orang lagi dikatakan mengaku sebagai ahli keluarga Kugan dan membuat kecoh di pintu perkarangan Hospital - yang tidak dapat dipastikan identiti mereka sebenar.
Polis pada mulanya mendakwa Kugan meninggal dunia akibat paru-paru berair, meskipun badannya menunjukkan kesan-kesan kecederaan yang teruk akibat didera. Akhbar media arus perdana terutama Utusan Malaysia sehingga hari ini masih terus menutup kisah penderaan polis, sebaliknya memaparkan Kugan sebagai suspek kumpulan samun dan curi kereta mewah namun gagal menjelaskan sebab mengapa tubuh Kugan mempunyai tanda-tanda kecederaan yang parah.
Hanya selepas desakan keluarga, aktivitis dan wakil Pakatan Rakyat, Peguam Negara Gani Patail mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh. Pakatan Rakyat telah mendesak supaya satu Suruhanajaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat salah laku polis terhadap Kugan dan kes-kes seumpamanya yang berjumlah tidak kurang dari 80 kes sejak tahun 2000.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan