28 Jan 2009

ADUN Bota Kekal Bersama Pakatan Rakyat

Datuk Nasarudin Hashim, ADUN Bota tetap dengan keputusannya keluar dari UMNO dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Meskipun sebuah akhbar online, MSTAR melaporkan bahawa Badan Perhubungan Umno Perak kini sedang dalam usaha untuk mengadakan perbincangan dengan Datuk Nasarudin bagi memujuk agar beliau kembali ke pangkuan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Di dalam laporan tersebut juga dinyatakan bahawa "Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahary berkata, setakat hari ini pihaknya telah berjaya mengadakan rundingan dengan Nasarudin bagi mengetahui punca sebenar beliau memutuskan untuk meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat."

"Rundingan sudah bermula... bagi kami ini merupakan petanda positif kerana sekurang-kurangnya masih wujud komunikasi antara beliau dan Umno negeri, kita tak putus hubungan lagi," tambah laporan tersebut.

Namun yang jelas pagi tadi ADUN Bota tersebut telah melakukan kunjunganke pejabat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk melahirkan iltizamnya turun membantu memantapkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak.








Tiada ulasan: