9 Mac 2008

Hapuslah Airmatamu Tok Guruku....

Kegembiraan rakyat tak terhingga apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik mat menuju masuk ke Pejabat Perhubungan PAS Kelantan dengan ditemani pimpinan-pimpinan PAS yang cukup ceria.

Tergambar di wajah bersih Tuan Guru kesyukuran yang teramat, dan kalangan penyokong tak henti-henti bertakbir hingga memecah sunyi malam yang sebelum ini di Kota Bharu hanya digenangi limpahan airmata.

Sehingga jam 2.00 pagi tadi, hampir 10,000 penyokong PAS masih berkumpul di hadapan bangunan tersebut hingga ada yang menyatakan bahawa kemenangan besar ini adalah kerana Allah mahu memberi signal kepada kerajaan Umno/BN yang cukup angkuh tidak mahu kepada Islam dan tidak tunduk kepada hidayah Allah.


Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat berkata, kemenangan yang diberi Allah kepada PAS, KeADILan dan pembangkang lain di Malaysia adalah kerana tindakan Umno/BN yang sudah cukup melampau.

Kata Tuan Guru, rakyat kelantan masih mahu mempertahankan kerajaan Islam yang telahpun dijalankan PAS sejak memerintah 18 tahun lalu. Rakyat Kelantan tidak mahu idealisme Umno yang hanya menumpukan kepada kebendaan, mengangggap rakyat buta huruf dan mahu memperbodohkan rakyat, katanya.

Beliau juga memberi mesej peribadinya kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan kemenangan BA dan pembangkang lain dibeberapa negeri termasuk Kedah dan Pulau Pinang.

Secara peribadinya mesej Tok Guru kepada Abdullah ialah "Inilah akibatnya jika manusia tak dengar kata Allah".

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buat renunggan semua
mengapa allah beri kita 6 bukan 14?
lihat ni
mula2 dulu kita menang 2
kemudian dia tarik semula 1 tinggal 1
kini ia beri kita 6 pula
mapukah kita????
disini klimaks sebenar jika kita memandang kemenangan dari sudut hamba yang bersifat baru
jika kita renung allah hendak mendidik kita mentadbir sebuah negara
kita kini dikurniakan allah mentadbir 6 negeri yang akan menjadi cermin kepada 8 negeri lain
jika rakyat 6 negeri ni puashati
seperti mana negeri kelantan yang berjaya
maka kita akan tawan malaysia pada 2013
masa ni bukan masa untuk berkempen
masa ni masa untuk bekerja
kita susun semula pentadbiran negeri yang kacau bilau
kita bersihkan kita kemas pentadbiran dari sampah2 rasuah dan pemalas
kita berjuang demi rakyat bukan diri
jika kini kita duk di teres
lepas ni pun kita tetap duduk di teres
lihat cantiknya allah susun kita memerintah
3 negeri pas 1 dap dan 1 pkr
semua parti allah bagi peluang menunjukkan pentadbiran
kenapa pas lebih??
pas telah terbukti di kelantan dan terengganu jadi ia lagi mahir dalam bab memerintah
ujian sebenar adalah kepada pkr dan dap
ini kali pertama mereka memerintah
diharap mereka tetap bersikap seperti sebelum mereka memerintah
lihat sahaj negeri yang kita menang
kita dapat selangor,negeri nadi kepada malaysia disini kebanyakan pendapatan negara berdiri
kita dapat kuala lumpur
disini jantung malaysia yang telah melihat water cannon membedil tubuh2 kita
kita dapat penang,negeri yang boleh diakatan bagai aur dan tebing dengan selangor dalam bidang ekonomi saling memerlukan satu sama lain
perak juga satu lagi nadi malaysia yan sedang pesat membangun
kedah nyawa rakyat malaysia disinilah pengeluar bahan makanan kita beras ditanam besar2ran
mampukah pas menjadikan ia belanda malaysia???
kelantan memang allah pertahankan kerana inilah tunjang perjuangan ba
jika kita kalah disini maka tiada erti kemenangan di negeri lain
kelantan bagai abang
maka semua kerajaan negeri yang lain hendaklah mendapatkan nesihat mereka bagai mana mahu mengurus negeri
bersyukur jua kerana kita mempunyai tokoh dsai
maka semakin mudah panduan untuk memerintah negeri itu
semoga kita berjaya mentadbir dengan cemerlang
temui semua rakyat tidak kiralah siapa adunnya
kerana ia tetap rakyat negeri yang kita perintah
ketulusan keprihatinan kita akan mejadikan mereka sayang degan pentadbiran kita
kita pegang moto adil berkebajikan itu sampai bila2
adil pada semua berkebajikan demi rakyat bukan diri sendiri
tirulah kepimpinan mb kelantan sederhana dalam segalanya
antara sebab kelantan kekal di kelantan adlah kerana nik aziz yang mereka kenal itu adlah sama semenjak sebelum menjadi wakil rakyat dan mb
sehinggalah kini sama sahaja dia
tak payah lah duduk di rumah menteri besar
kita buang semua protokol
ayuh adil berkebajikan
allahuakbar