9 Mac 2008

Barisan Alternatif Tawan 5 Negeri, Nafikan Majoriti 2/3 BN di Parlimen

Oleh Greenboc

aTidak ada apa yang mampu diucapkan lagi selain daripada merafakkan kesyukuran kepada Allah yang telah memberikan kemenangan besar kepada Barisan Alternatif yang telah berjaya menawan 5 buah negeri (Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak) - satu pencapaian terbaik setakat ini untuk satu gabungan parti pembangkang.

Lebih manis apabila majoriti 2/3 Barisan Nasional telah berjaya dinafikan apabila pihak pembangkang mendapat 82 daripada 222 (34%) kerusi parlimen yang dipertandingkan - iaitu melebihi bilangan yang diperlukan (74 kerusi).

Pas kekal berkuasa di Kelantan dengan majoriti dua pertiga apabila memenangi 39 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (87%).

PAS menyapu bersih kerusi Parlimen di negeri Kelantan kecuali di Gua Musang dan Jeli.

DAP pula, bersama PAS dan PKR, buat pertama kali dapat membentuk kerajaan negeri di Pulau Pinang.

Negeri Kedah juga jatuh ke tangan Barisan Alternatif dimana pakatan PAS berjaya memperolehi 16 kerusi, PKR 4 dan DAP 1 kerusi manakala BN hanya memenangi 14 kerusi.

Negeri Selangor turut menyaksikan peralihan kuasa dari BN kepada BA apabila pakatan PAS-PKR-DAP masing-masing memenangi 8-15-13 (36 kerusi) berbanding hanya 19 diperolehi oleh BN.

Dan lebih mengejutkan apabila Perak menjadi negei kelima jatuh ke tangan Barisan Alternatif apabila Barisan Alternatif memenangi 31 berbanding 28 yang dimenangi oleh Barisan Nasional.

Di Terengganu PAS sekadar mampu menafikan 8 kerusi DUN berbanding 24 yang dimenangi oleh BN.

Walau bagaimanapun secara keseluruhannya kejayaan Barisan Alternatif menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen adalah sesuatu yang paling bersejarah - satu titik permulaan kearah peralihan tampuk pemerintahan negara dari BN kepada BA.

Hampir kesemua pemimpin tertinggi parti-parti pembangkang berjaya ke Parlimen termasuklah TG Haji Abdul Hadi Awang yang memenangi Parlimen Marang (Hj Haji turut memenangi DUN Rhu Rendang), Ustadz Nasharudin Mat Isa yang mengalahkan Awang Adek Hussin di Parlimen Bachok, Kamaruddin Jaafar di Tumpat dan Mohd Hatta Ramli di Kuala Krai.

Ketua Penerangan PAS Pusat Mahfuz Omar berjaya di Parlimen Pokok Sena tetap Mohd Sabu tewas di Kuala Terengganu. Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub berjaya mempertahankan kerusi Parlimennya di Kubang Kerian.

Ustadz Azizan Abdul Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah dijangka akan menjad Menteri Besar Kedah yang baru, sementara Lim Guan Eg telah dinamakan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang manakala Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR)sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Radio TKO.fm telah menyiarkan laporan terkini dari jam 8 malam tadi sehingga jam 4.30 pagi dan ramai pendengar-pendengar dalam dan luar negara telah mengkuti ulasan radio TKO.fm yang disiarkan melalui http://greenboc.blogspot.com/ apabila kebanyakan lamanweb alternatif tidak dapat diakses termasuk TKO kerana limpahan pengunjung yang ramai yang ingin mengikuti keputusan plihanraya.

akan disambung

1 ulasan:

manis berkata...

"YA ALLAH,KAMI DISERANG, DIHIMPIT DARI SEGENAP PENJURU DALAM MENEGAKKAN AGAMAMU, SESUNGGUHNYA KAMI YAK TERDAYA. MAKA KAMI BERSERAH DIRI PADA-MU UNTUK BANTU KAMI MENEGAKKAN AGAMA-MU".


Alhamdulillah, berkat kesabaran, doa, kegigihan dan komitmen yang total di dalam perjuangan ini, akhirnya Islam berjaya. Sesungguhnya janji Allah itu benar. Kelantan sudahpun dapat ditawan.

Kejayaan BA menawan Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak menunjukkan rakyat inginkan perubahan dan Islam mula bersemai di hati. Sambutan yg amat luarbiasa, diluar jangkaan.

Kepada GB, Pak SP dan semua pihak yg terlibat secara langsung dan tidak langsung di blog ini dan TKO, mahupun di mana sahaja.. hanya Allah SWT sahaja selayak membalas jasa kalian. Semoga dilindungi, dilimpahi rahmat dan keberkatan.