Trajedi Kg. Berembang 20 November 2006, mana mungkin kita melupai! Ia mengenai kisah seorang manusia yang bernafsu besar bernama Khir Toyo (gambar), ia kisah air mata penduduk yang terpaksa merempat dengan berlantaikan tanah, berbumbungkan langit dan berdindingkan angin malam yang dingin.
Ia juga kisah seorang Menteri Besar yang tidak berhati perut dan tidak pernah kenal erti tangisan rakyat marhain - serta tidak pernah hormat kepada SUHAKAM - sebuah Suruhanjaya yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong.
Masih terdengar tangisan kanak-kanak bernama Noralia Fatiha, 11 bulan; Nofara Adila, dua tahun setengah dan Normanisha Izana, empat tahun setengah yang terpaksa berteduh di dalam khemah kerana rumahnya telah hancur dirobohkan Majlis perbandaran Ampang Jaya.
Mana mungkin melupai, pagi 20 November itu, rumah-rumah yang sudah didiami sejak hampir 30 tahun lalu, tiba-tiba dirobohkan dalam suasana yang cukup tragis apabila 'benteng manusia' dirempuh pihak penguasa tanpa sebarang simpati dan belas kasihan.
Atas restu dan arahan MB yang berkuasa bernama Khir Toyo, yang ingin merealisasikan impiannya konon Selangor setinggan sifar, tanpa peduli warga emas, wanita atau kanak-kanak, pihak berkuasa MPAJ tidak mempunyai sedikit pun rasa belas simpati dan kasihan, meruntuhkan rumah serta merempuh mereka. Segala-galanya musnah. Yang tinggal hanya sisa-sia peninggalan, yang tinggal hnayalah runtuhan kemanusian dan yang tinggal hanyalah satu kenangan pahit tentang kezaliman!
Ketika itu hanya air mata dan tangisan mengiringi pencerobohan pihak berkuasa tempatan dengan disertai hujan yang turun dengan lebatnya.
Itu anak yang bernama Suziyana dan Syed Firdaus, 17, yang terpaksa mengharungi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dalam keadaan yang amat dhoif, mentelaah pelajaran dalam keadaan serba kekurangan! Dosa apakah yang dilakukan yang dilakukan oleh anak ini sehingga memaksa mereka menjadi mangsa manusia ynag rakus bernama Khir Toyo ini?
Kini Allah menganugerahkan satu peluang untuk rakyat Selangor memanifestasikan bantahan kepada MBnya yang sifatnya kebinatangan itu. Kini adalah masa untuk menunjukkan kepada MB Selangor itu bahawa rakyat Selangor masih ingat akan tragedi Kg Berembang yang menyayatkan hati itu. Ijok perlu bangun. Ijok perlu sedar dari lamunan. Ijok perlu tegak berdiri menyatakan sesuatu kepada MBnya bahawa Kg Berembang itu saudaraku. Kg Berembang itu adalah darah dagingku dan Kg Berembang adalah Ijok jua.
Dan jangan lupa di pagi itu, ketika operasi ini berjalan, kira-kira 23 orang ditahan, termasuk beberapa aktivis ketika mereka bertelagah dengan pihak berkuasa bagi mempertahankan kampung mereka.
Rakyat marhain dihina, dicerca, ditolak dan dirempuh dengan ganas dan kejam oleh pehawai-pegawai MPAJ yang seolah-olah mereka ketika memakai baju seragam itu menyatakan waktu itu "akulah manusia yang paling berkuasa di atas dunia"!
Malah, ada di kalangan mereka yang cedera dan tidak sedarkan diri hingga terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Gleneagles Intan.
Kehadiran Suhakam yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong sudah tidak mempunyai apa-apa makna dan kuasa kepada manusia rakus bernama Khir Toyo ini. Dato Siva Subramaniam, Pesuruhjaya Suhakam dilayan seperti anak kucing oleh pegawai-pegawai MPAJ yang bertindak sebagai anjing-anjing untuk tuannya bernama Khir Toyo apabila mereka dengan sombong, angkuh dan bebal menyatakan "kami hanya menurut perintah dan menjalankan tugas".
Jika demikian halnya, apa lagi rakyat Selangor nantikan? Ini peluang terbaik. Ini peluang yang dikurniakan Tuhan untuk Ijok mempastikan tiada lagi insiden Kg Berembang yang boleh berlaku di dalam Selangor. Apatah lagi Ijok yang dikatakan sebagai kawasan termiskin di Selangor ini.
Ayuh: 28 April 2007, jatuhkan Barisan Nasional! Jelaskan kepada Khir Toyo "enough is enough". Jeritkan kepada telinganya yang pekak itu : "Kembali dalam dirimu mencari erti kemanusiaan!"
Kerana jika tidak esok lusa siapa tahu Ijok akan menjadi Kg. Berembang juga.
Hayati Duka dan Luka Kg Beremban satu dokumentari WTV8 yang benar- benar menyentuh perasaan kita. Kita dengar Bekas Ketua Wanita UMNO menangis diperlakukan zalim - Inilah dia tradisi membela rakyat Kerajaan BARISAN NASIONAL pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.
SEBAGAI RAYUAN KEPADA SELURUH PENDUDUK IJOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan