31 Okt 2007

Nazri, Menteri Yang Celupar Lagi Biadab

Oleh greenboc

Umum mengetahui, Nazri Abdul Aziz aalah seorang yang bemulut celupar lagi biadab. Satu ketika beliau pernah mencabar Tun Dr Mahathir agar menjadi jantan dan meninggalkan Umno kerana bersungguh sangat mahu mengkritik dan menyerang kerajaan dan duduk bersama pembangkang, sekalipun umum mengetahui sumbangan Nazri kepada negara jika hendak dibandingkan dengan sumbangan Tun Dr Mahathir umpama melukut ditepi gantang.

Terbaru, Nazri cuba menunjukkan lagaknya sekali lagi, kali ini beliau cuba mempopularkan dirinya dengan mengkritik Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Persidangan Undang-undang Malaysia ke-14 di ibu negara.

Ketika merasmikan persidangan tersebut, Sultan Azlan Shah berkata, tanggapan rakyat terhadap badan kehakiman adalah penting.

Menurut baginda, kualiti utama yang perlu ada pada badan kehakiman adalah kesaksamaan.

Sultan Azlan Shah, yang meletakkan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara selepas berkhidmat 30 tahun dalam perkhidmatan badan kehakiman untuk menaiki takhta negeri Perak pada 1984, bertitah demikian pada Persidangan Undang-undang Malaysia ke-14 di sini hari ini.

Baginda bertitah: "Tiada yang lebih memusnahkan keyakinan orang ramai atau masyarakat perniagaan dalam badan kehakiman daripada kepercayaan bahawa hakim berat sebelah apabila membuat keputusan sesuatu kes atau hakim itu tidak bebas apabila membicarakan kes yang melibatkan litigan yang terdiri daripada individu atau perbadanan yang berkuasa."

Nazri kemudiannya memberitahu pemberita, tanggapan bahawa kepercayaan rakyat kepada badan kehakiman telah terhakis, adalah satu persepi.

"Itu hanya persepsi yang tidak mestinya sama dengan saya. Apa (yang dimaksudkan dengan) rakyat? Adakah ia bermakna 1,000 hingga 2,000 orang atau seluruh rakyat? Kita menghormati pandangan-pandangan tetapi kerajaan juga mempunyai persepsinya sendiri," katanya.

Sewaktu ramai pihak menyokong titah ucapan Sultan Azlan Shah yang disampaikan sewaktu merasmikan Persidangan berkenaan, hanya di dapati Nazri yang menongkah arus.

Bekas hakim Mahkamah Rayuan, V.C George berkata, "Saya telah melontarkan pandangan supaya perubahan dilakukan bertahun-tahun lamanya, hanya seorang manusia, mengikut pandangan saya yang tidak bersetuju iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Abd Aziz."

Manakala K.C. Vohrah pula menyatakan ucapan Sultan teramat baik dan itulah yang sebenarnya apa yang kita semua mahu.

Justeru itu, ramai pihak beranggapan, kehadiran Nazri di dalam barisan kabinet BN pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan satu kecatatan yang besar dan Pak Lah perlu menilai semula kedudukan Nazri di dalam barisan kabinet. Beliau tidak mempunyai sebarang kelayakan asas untuk menjadi seorang menteri yang sepatutnya mempunyai hemah yang tinggi, sebaliknya beliau seorang yang celupar dan tidak menghormati orang lain apa tah lagi kali ini terhadap seorang Sultan.

Sultan Azlan Shah merupakan orang yang paling layak untuk menegur para hakim kerana Sultan Azlan Shah adalah bekas Ketua Hakim Negara yang meletakkan jawatan selepas berkhidmat 30 tahun dalam perkhidmatan badan kehakiman untuk menaiki takhta negeri Perak pada 1984.

Siapa Nazri berbanding baginda?

Tan Sri Norma Yaakob, bekas Ketua Hakim Malaya sewaktu mengulas ucapan Sultan Azlan Shah menyatakan, "Tuanku adalah orang yang paling layak untuk memberitahu tentang keadaan sebenar sistem kehakiman negara. Beliau bercakap secara jujur dan tepat kepada isinya. Kita semua memperolehi mesejnya dengan jelas".

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DYM Sulatan Azlan patut pecat je Nazri daripada jadi Ahli Parlimen Padang Rengas. Tak reti beradab dengan Sultan dari negeri sendiri.

IbnAbdHalim berkata...

Sampailah masanya Tuanku bertindak. Mana-mana pecacai yang menentang rakyat wajib diambil tindakan. Kalau ada gelaran wajib ditarik balik. Rakyat Perak yang derhaka terhadap Sultan wajib dinyahkan dari negeri. Pendek kata wakil rakyat wang mencuri wang rakyat hendaklah disingkir habis-habisan dari persada politik. Daulat Tuanku!

jasindaily online berkata...

KALO AKU, DAH LAMA AKU SEMELIH JE SI BUDAK BOTAK..DASAR MENTERI SAMSENG & XSEDAR DIRI..DIA XINGAT SAPA YANG KUTIP DIA DULU....

yan berkata...

NAZRI ADALAH MENTERI UMNO YANG BEBAL DAN BERCAKAP MENGGUNAKAN KEPALA LUTUT... BUKAN OTAK

SI BAHALUL NI LAYAK DICAMPAKKAN SAJA KE LAUT