3 Mac 2013

Lahad Datu: UMNO Cakap Ini Semua Salah Anwar Ibrahim

Anwar beri amaran, jangan heret beliau dalam isu di Lahad Datu

PERMATANG PAUH 3 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno BN agar tidak mengheret beliau dalam isu di Lahad Datu, Sabah.

Malah kata Anwar, sesiapa saja yang memfitnah dengan membabitkan namanya dalam isu pencerobohan tentera ‘Sultan Sulu’, di Lahad Datu akan berdepan tindakan undang-undang.

“Saya akan saman Utusan (Malaysia) sekali lagi minggu depan kerana cuba memfitnah dengan mengheret saya dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,” katanya ketika berucap di hadapan hampir 5000 hadirin di tapak parkir, Pasar Tenggiri, Seberang Jaya semalam.

Beliau juga mempertikaikan bagaimana pencerobohan perairan negara boleh bolos hingga memberi ruang kepada musuh mengancam keselamatan negara.

“Ini membuktikan betapa lemahnya pertahanan serta kepimpinan negara hingga pencerobohan yang menggugat keselamatan negara boleh berlaku sejak tiga minggu yang lalu.


“Sebagai rakyat Malaysia, saya tetap mahu kedaulatan negara serta bumi Malaysia dipertahankan,” ujarnya serius.

Anwar juga menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana tidak memberi peluang kepadanya menjawab segala tuduhan membabitkan pencerobohan Lahad Datu.

Ia juga mencabar Najib supaya tidak menjadi pengecut dengan berselindung di sebalik media arus perdana, tanpa memberi ruang yang sama kepadanya untuk membalas kritikan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Lt.

Jeneral(B)Datuk Abdul Ghafir Abd Hamid dan pimpinan PR Pulau Pinang.


Dasar keselamatan negara yang lemah tapi Umno salahkan Anwar


BATU PAHAT 2 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kegagalan kerajaan menyelesaikan kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dengan baik antara punca yang mengakibatkan dua komando polis terbunuh.

“Di Lahad Datu, kita dukacita, dan ucap takziah kepada pasukan keselamatan yang ditempatkan untuk pertahankan bumi Malaysia. Kita doakan untuk mereka.

“Ini kelemahan dasar keselamatan kerajaan. Sudah masuk dua minggu, menteri baru nak pergi melawat,” katanya ketika berucap depan 5,000 hadirin di Markaz PAS Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat, 2 Mac.

Ketua Umum KEADILAN itu kesal kerana pemimpin Umno BN memutar belit isu keselamatan negara sebagai bahan fitnah terhadapnya tanpa mengambil kira soal keamanan.

“Tapi Umno cakap, ini semua salah Anwar Ibrahim. Aku juga yang dipersalahkan.

“Kerja fitnah sahaja Umno. Dia orang Melayu, Islam tapi tidak peduli langsung apa yang hak dan apa yang batil,”
katanya.

Beliau mengulas kes pencerobohan Lahad Datu yang menyebabkan dua komando polis terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan yang dikenali pengikut Sultan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Dua komando terbunuh ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud, kedua-duanya dari VAT69, unit komando elit polis yang ditugas untuk menangani gerakan anti-keganasan dan operasi khas.

-KD


Berapa Kos Iklan Pulihkan Imej Najib di Youtube?


Belum lagi terjawab berapakah jumlah yang telah dibelanjakan dari duit rakyat untuk membeli semuka penuh iklan di akhbar Washington Post bagi tujuan mengucapkan tahniah kepada Rosmah pada April 2011 lalu, kini terpampang pula iklan Moving Forward Together With Najib Raza’ di laman utama Youtube.

Promosi habis-habisan pembinaan imej Presiden Umno dalam rangka untuk mengekalkan tampuk kuasa menjelang PRU13 ini, tentunya menelan jutaan ringgit lagi wang rakyat.

Tak cukup dengan memanipulasikan segenap ruang media perdana yang ada di Malaysia, sedang berlangsung sekarang jelajah Presiden dan Timbalan Presiden Umno ke seluruh negara untuk berkempen yang kosnya juga dibayar dari wang rakyat, menggunakan kemudahan milik rakyat sama ada pesawat khas yang dinaiki, helikopter, sekolah atau premis milik rakyat, peruntukan jamuan yang dibayar dari duit rakyat, cenderahati untuk Presiden Umno juga dibeli dari duit rakyat, belum lagi dikira kakitangan kerajaan yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat tetapi dikerah hadir ke program Presiden Umno dengan dibayar sagu hati dari duit rakyat juga.

Pendek kata setiap langkah yang diatur Presiden Umno bagi tujuan kempen mengekalkan kuasa ditanggung oleh rakyat. Takrif rakyat tentunya bermakna bukan hanya yang penyokong Umno dan BN.

Memang tepat ungkapan bahawa Umno akan mati bila hilang kuasa, kerana tonik yang memacu kelangsungan umno adalah wang dan wang tersebut adalah wang rakyat!

Hanya dengan memiliki kuasa yang membolehkan wang rakyat menjadi wang Umno!

Bagaimana caranya?

Sangat mudah bagi mereka yang berada di puncak kuasa.

BR1M, Bantuan Awal Persekolahan semuanya dari duit rakyat, tetapi sebelum menerimanya, rakyat dipaksa mendengar ucapan berbentuk bebelan panjang dari pemimpin-pemimpin Umno yang bersyarah seolah-olah duit tersebut mak bapak Umno yang bagi.

Persoalan lain, dengan promosi habis-habisan apakah posisi Umno benar-benar terdesak dan berada dalam kedudukan defensif menjelang ‘pertempuran’ paling sengit di medan PRU13 nanti? -HD

Selamat Jalan, Najib


Sambil menguap, saya membaca laporan akhbar Utusan Malaysia (28 Februari 2013) mengenai kenyataan Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak yang menjangkakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi pilihan raya media sosial pertama di negara ini.

Sebenarnya, pada 22 Februari 2013, saya menyatakan menerusi ruangan status Facebook, “Tak kisahlah bila tarikh PRU-13”. Hal ini kerana Najib masih menangguhkan penetapan tarikh pembubaran Parlimen – selepas mendapat perkenan Agong, tentunya.

Untuk rekod, PRU-12 diadakan pada 8 Mac 2008. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, PRU seterusnya perlu diputuskan selewat-lewatnya pada Mac 2013. Kecuali jika Parlimen dibubarkan lebih awal oleh Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Dengan adanya media sosial dan media alternatif yang melaporkan berita-berita yang “terlupa” dilaporkan media arus perdana, maka orang ramai sudah sedia maklum bahawa Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April 2013 jika Najib masih berlengah-lengah dan menunggu para pengundi “kenyang” dengan transformasi yang dilakukan BN sebelum keluar mengundi.

Sebenarnya, seperti yang saya catatkan di blog (30 April 2010), saya sebagai rakyat (baca: The Third Force) amat meluat membaca berita di mana politikus ini dan politikus itu meminta jentera pilihan raya parti yang diwakilinya bersiap sedia sejak Februari 2010 bagi menghadapi PRU-13.

Akan tetapi, walaupun sibuk berkempen sebaik selepas mendapat “sedekah” undi daripada rakyat pada PRU-12, golongan politikus terbabit ternyata masih belum cukup “jantan” untuk menghadapi PRU-13 yang bersih, adil, telus dan penuh integriti.

Pada masa sama, agak melucukan apabila ada golongan politikus yang sejak September 2012 terlupa bahawa mereka yang memegang kuasa pemerintahan dalam kerajaan sebenarnya diundi oleh rakyat. Apabila mereka diberi kuasa oleh Rakyat, tidak bermakna kuasa itu – dan Putrajaya – menjadi milik mutlak politikus terbabit.

Saya tidak dapat membayangkan barisan menteri macam mana yang akan dilantik Perdana Menteri (menggunakan kuasa mutlak yang ada padanya) selepas PRU-13.

Pada 18 Februari 2013, kes mahkamah berhubung penulis yang dinafikan hak royalti teks Komsas ditangguhkan ke April 2013 kerana tandatangan pada dokumen terbabit (palsu?) perlu dihantar ke Jabatan Kimia.

Sebagai pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya dan wakil Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang terlibat cuba membantu mangsa terbabit sejak Ogos 2011, saya berharap individu yang memegang jawatan Menteri Pelajaran selepas PRU-13 akan tahu menggunakan kuasa untuk membela nasib penulis. Kalau tidak mampu, elok jangan pegang jawatan.

Sementara Najib masih seronok bermain teka-teki mengenai tarikh pembubaran Parlimen – yang bakal membuka laluan ke arah penetapan tarikh PRU-13 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) – sekumpulan rakyat yang memenuhi syarat tertentu serta mengisi slip tertentu menerima BR1M 2.0 baru-baru ini.

Jangan pula ada mana-mana penerima beranggapan mereka wajib mengundi parti politik tertentu selepas menerima BR1M 2.0 kerana tindakan itu akan menjadikan “niat murni” kerajaan memberi bantuan ikhlas menjadi seolah-olah “rasuah pancing undi”.Sia-sia pula Kerajaan BN terpaksa menanggung dosa akibat kekhilafan masyarakat!

Buku terbit pada 8 Mac 2013

Bulan lalu turut disemarakkan oleh tulisan Ridhuan Tee Abdullah bertajuk “Kesabaran umat Islam ada had” (Sinar Harian, 18 Februari 2013) sehingga mengatasi populariti Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin Albukhary dan kehebatan Najib bermain gendang Cina dalam iklan Tahun Baru Cina.

Sehubung itu, Pengarah Strategi MIC, Vell Paari bersuara lantang mengatakan bahawa jika tiada tindakan diambil ke atas Ridhuan Tee dan Ibrahim Ali (Perkasa), maka anak kepada Datuk Seri S. Samy Vellu itu akan menggerakkan kempen meminta kaum India tidak mengundi calon BN pada PRU-13, seperti turut dilaporkan di Free Malaysia Today (22 Februari 2013).

Saya terus teringat bagaimana dalam novel Atlas Shrugged (1957) timbul pertanyaan berulang “Who is John Galt?” dan saya pula percaya bahawa di negara kita, ramai yang akan segera tampil menyatakan “I am The Third Force” – sekurang-kurangnya pada ruangan status di Facebook.

Dua hari kemudian, pada 24 Februari 2013, keluar pula berita (yang sedikit pun tidak menghairankan) bahawa Najib dilantik ke jawatan Pengarah Pilihan Raya BN di Selangor. Selepas mukanya menghiasi tembok serata negeri – khususnya di Stesen Komuter – tentulah beliau mungkin dianggap bermuka tembok pada erti kata sebenar jika tidak dilantik (melantik diri?) ke jawatan itu.

“Terdapat terlalu banyak masalah di Selangor sekarang kerana parti politik yang menguasai kerajaan negeri tidak sama dengan parti politik yang menangani kerajaan persekutuan.” Demikian terjemahan kata-kata Najib yang saya baca di akhbar theSun (25 Februari 2013). Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa tidak salah untuk para pengundi mengubah kerajaan pusat supaya sama dengan kerajaan negeri di Selangor kerana itu adalah permintaan Najib sendiri!

Akhbar Utusan Malaysia (25 Februari 2013) melaporkan bahawa Najib “mengambil masa untuk mengumumkan tarikh PRU-13” (walaupun itu sebenarnya kuasa SPR, bukan kuasa Perdana Menteri!) kerana “mahu memastikan setiap dasar transformasi kerajaan benar-benar diyakini rakyat dan berjaya serta bersifat inklusif.

” Terjemahan: Najib tidak bersedia untuk mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen sampai bila-bila!

Selepas membaca berita yang “menghiburkan” itu, saya menulis pada ruangan status Facebook: “Baiklah, saya akan umumkan tarikh pemasaran buku Kisah dari Siru Kambam sebelum Pengerusi BN umumkan tarikh Parlimen dibubar. Janji Ditepati.”

Maka, sukacita diumumkan bahawa kumpulan cerpen berkenaan boleh dibeli terus daripada saya mulai 8 Mac 2013 – sempena lima tahun sejak tarikh PRU-12 dan “tsunami politik” yang membuktikan kuasa Rakyat dalam menentukan masa depan negara.

Secara kebetulan, cerpen-cerpen seperti “Nating”, “Saya Sebatang Pensel”, “PRU-O” dan “Datuk Datang ke Kampung Kami” secara khusus mengutarakan kisah-kisah politik dan politikus berlatarkan sebuah kampung kecil bernama Siru Kambam.

Allahyarham Dr Othman Puteh merangkumkan Siru Kambam yang menjadi latar bagi kebanyakan cerpen saya sebagai “suatu daerah berhampiran Taiping yang menggambarkan secara dominan kehidupan masyarakat India dan hubungannya dengan masyarakat majmuk” (Siru Kambam, 1996).

Sama ada disedari atau tidak – dirancang atau tidak – kumpulan cerpen setebal lebih 350 halaman itu sesuai dibaca dan dihayati dalam suasana sosio-politik semasa sebagai persiapan mental menjelang PRU-13. Misalnya, ditampilkan Pertubuhan Politik India (PPI) yang kononnya mahu menjadi wakil tunggal suara kaum India dalam kerajaan.

Usaha tumbang BN dari dalam?

Pada tarikh 25 Februari 2013 juga manifesto Pakatan Rakyat dilancarkan dalam beberapa bahasa. Bolehlah dibaca, dikaji, dianalisis dan dibahaskan oleh Rakyat dengan fikiran matang sementara Najib menunggu “wahyu” (tanda kutip) untuk mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen.

Nampaknya sudah ada kumpulan pejuang hak minoriti daripada kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan kaum India yang lantang bersuara mempersoalkan mengapa hak mereka dinafikan dalam manifesto itu. Seolah-olah mereka dianak tirikan oleh BN dan Pakatan Rakyat (PR).

Seperti dikatakan dan diakui oleh Najib, segala luahan dan kempen itu dilakukan menerusi laman sosial dan media sosial.

Saya juga menggunakan paparan status Facebook pada 25 Februari 2013 untuk menyampaikan nasihat saya kepada Najib; dengan harapan ada juak-juak yang akan menyampaikan mesej saya kepada beliau.

Nasihat terbuka saya (selaku perunding media) kepada Najib (selaku Pengerusi BN): “Lebih lama Datuk Seri berlengah untuk umum tarikh pembubaran Parimen, lebih ramai Rakyat bertambah meluat dengan BN. Jangan biarkan Rakyat termuntah-muntah.”

Najib tentu tiada masa untuk membaca “nasihat terbuka” ini. Tapi pasti akan ada juak-juak serta golongan etnosentrik, ultra kiasu, kaki ampu, pakar bakar kitab, tokoh tayang punggung dan sekutu mereka yang melatah, meroyan dan terkinja-kinja pada saat ini. Biarkan. Saya hanya memberi nasihat profesional secara ikhlas.

Najib perlu berhenti mencari dan mengesan musuh yang berada di luar; dalam PR. Menerusi beberapa makalah saya di beberapa media alternatif sejak tahun lalu, saya sudah membayangkan bahawa musah sebenar Najib mungkin sahaja berada di dalam lingkungan. Atau jika Najib adalah “Adiwira Najib” maka Rakyat adalah “wira sebenar”.

Pada pemerhatian saya, UMNO dan sekutu tidak memerlukan “pembangkang” untuk menumbangkan BN. “Orang dalam” seperti Sharifah Zohra dan Norhayati Saiddin sudah lebih daripada mencukupi. Tambahan pula, Tun Mahathir Muhammad juga seolah-olah tidak mahu “terlepas peluang” kembali menunjukkan taring.

Sebelum ini, apabila Najib bermati-matian mengemukakan gagasan “1Malaysia” dan “Malaysian first”, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menegaskan pendirian “Malay first” selain (hampir) bermati-matian mempertahankan novel teks Komsas, Interlok: Edisi Murid (2010) yang jelas bertentangan dengan impian “1Malaysia” Najib dan isteri tersayang, Datin Seri Rosmah Mansor.

Semua ini tersebar menerusi media sosial dan tentu Najib sedia maklum. Masakan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang boleh menganjurkan kempen Twitter sempena “Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati” untuk mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records (Ogos 2012) tidak mampu memastikan segala suara Rakyat (The Third Force) sampai ke mata, telinga, minda dan hati ketuanya.

Orang ramai tentu sudah biasa dengan peribahasa “Nasi sudah menjadi bubur”. Saya nyatakan di Facebook pada tengah hari 26 Februari 2013 bahawa mungkin selepas ini akan ada peribahasa moden “Parlimen sudah menjadi bubar”. Walaupun bukan peribahasa asli, lebih 50 rakan menyukai paparan itu dalam masa yang relatif singkat. Mungkin kerana itu juga suara hati mereka.

Saya ada menyebut mengenai kumpulan cerpen Kisah dari Siru Kambam. Apabila buku yang memuatkan 20 cerpen itu terbit, saya merancang siri “Baca Cerpen Siru Kambam” di beberapa tempat dengan kerjasama Kavyan.

Pada 30 Mac 2013, saya dan sekumpulan penulis/peminat buku akan terlibat dalam aktiviti membaca anjuran Sharon Bakar di Bangsar. Maka saya sudah “menasihatkan” Najib menerusi media sosial supaya jangan kacau tarikh itu.

Apa pun, sehingga makalah ini ditulis pada 28 Februari 2013, ternyata Najib masih menunggu “wahyu”. Perjalanannya untuk sampai ke titik yang sesuai sebelum mengambil keputusan mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen nampaknya masih jauh. Maka, tidak salah jika saya mengucapkan: Selamat jalan, Najib.

Uthaya Sankar SB menerbitkan sendiri buku-bukunya sejak 2001.

[VIDEO] Jui Meng: Are You ready For Anwar? Rakyat Johor: Yes!


Jika Datuk Seri Najib Razak dimalukan apabila menerima jawapan ‘No’ di Pulau Pinang ketika bertanya sokongan rakyat terhadap BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengalami pengalaman berbeza di Johor.

Soalan spontan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng iaitu ‘Are You Ready For Anwar?’ disambut sorakan ‘Yes’ dari lebih 2,000 rakyat negeri itu.

Beliau bertanya soalan itu ketika memulakan ceramah di Pejabat KEADILAN Muar, Taman Seroja Jalan Abdul Rahman, Parit Jawa, Muar, 2 Mac.

“Are you ready for Anwar?” teriak Jui Meng

“Yes” jawab rakyat Johor.

“Are you ready for PKR (KEADILAN)? tanya Jui Meng lagi.

“Yes” sorak rakyat Johor

Sekali gus, pemimpin Umno tak boleh berdalih kononnya sorakan ‘No’ terhadap Najib akibat ia berlaku di negeri yang ditadbir Pakatan kerana sorakan ‘Yes’ terhadap Anwar berlaku di Johor yang sinonim dengan label negeri kubu kuat Umno BN Bekas Menteri Kesihatan itu kemudian meneruskan ceramah dengan menyeru rakyat Johor supaya berani membuat perubahan pada PRU 13 demi masa depan generasi akan datang.

“Saya minta kali ini, undi Pakatan Rakyat, saya keluar Umno BN, sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bawa perubahan kepada negara,” katanya. -KD


Seorang Lagi Anggota Terkorban, Pertempuran Di Semporna


Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

Kelmarin, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.

Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46. - Bernama

[VIDEO] Anwar: Apabila Rakyat Bangkit, Firaun Pun Boleh Tumbang


Kebangkitan rakyat yang menyeluruh mampu menumbangkan sesiapa jua sekalipun Firaun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu percaya semangat juang rakyat untuk mempertahan negara dari pemimpin zalim boleh dilakukan, dengan mengambil contoh kejatuhan Firaun.

“Mesir dikongkong Firaun ribuan tahun. Tapi bila rakyat bangkit, Firaun boleh tumbang. Apatah lagi, firaun kecil kalau ada,” katanya, sinis dan disambut sorakan.

Beliau berucap demikian depan lebih 5,000 rakyat di Markaz PAS Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat, 2 Mac.

Dalam konteks negara ini, kata Anwar, tiada kaedah lain untuk menumbangkan Umno BN pada pilihan raya akan datang kecuali melalui kebangkitan rakyat.

Beliau juga percaya, perbuatan pencacai Umno yang mengamal taktik memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat, tidak akan membawa kejayaan.

“Kerja fitnah saja Umno, dia orang Melayu-Islam tapi tidak peduli langsung apa yang hak dan apa yang batil.

“Dia solat, pergi umrah. Tapi balik, fitnah orang. Apa jenis manusia? Keadaan sudah berubah, orang boleh fikir. Bagi wang (BRIM), ambil tapi malam dengar ceramah kita,” katanya.


2 Mac 2013

[BONGKAR] Najib Belanja Berbillion Upah Penulis APCO Pulihkan Imejnya & Burukkan Anwar


Media antarabangsa mendedahkan perbuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengupah media Amerika Syarikat untuk memburuk-burukkan reputasi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bayaran dibuat kepada beberapa wartawan konservatif Amerika yang bekerja di Huffington Post, San Francisco Examiner, Washington Times, Natinal Review dan Red State.

“Maklumat diperoleh Jabatan Keadilan yang difailkan bawah Akta Pendaftaran Agen Asing untuk menyerang tokoh pro-demokrasi itu. Kempen itu bermula Mei 2008 hingga April 2011 dan ia diketuai oleh Joshua Trevino.

“Trevino menerima bayaran USD389,724,70,”
tulisan portal BuzzFeed bertarikh semalam, dipetik .

Mengikut portal itu, antara 10 nama yang terlibat memburuk-burukkan nama Anwar ialah Ben Domenech; Pengarah Pusat Demokrasi Amerika, Rachel Ehrenfeld; Editor majalah Commentary, Seth Mandel; Penulis Red State, Brad Jackson dan beberapa nama lagi.

Ben Domenech, bekas blogger Washington Post menulis mengenai senario politik Malaysia.

“Tugas saya ialah menulis tentang pergaduhan politik di sana dan memberi pendapat saya sendiri,” katanya dipetik portal berpangkalan di Manhattan, New York itu.

Naib Presiden Yayasan Dasar Awam Texas, Chuck Devore berkata, ia perkara biasa untuk diupah dan dibayar oleh sumber luar.

“Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi penulis bebas untuk dibayar dari pelbagai sumber, seperti yang dilakukan oleh Trevino,” katanya lapor BuzzFeed.

Sam Mandel pula mengakui dibayar oleh Joshua dan tidak mengetahui wujudnya entiti lain di belakangnya.

“Saya penulis blog berkaitan isu Israel dan anti-semitisme. Kemudian Joshua hampiri saya dan memperkatakan tentang Anwar yang membuat komen anti-semitik dan bergabung dengan organisasi anti-Israel.


Covert Malaysian Campaign Touched A Wide Range Of American Media


A range of mainstream American publications printed paid propaganda for the government of Malaysia, much of it focused on the campaign against a pro-democracy figure there.

The payments to conservative American opinion writers — whose work appeared in outlets from the Huffington Post and San Francisco Examiner to the Washington Times to National Review and RedState — emerged in a filing this week to the Department of Justice. The filing under the Foreign Agent Registration Act outlines a campaign spanning May 2008 to April 2011 and led by Joshua Trevino, a conservative pundit, who received $389,724.70 under the contract and paid smaller sums to a series of conservative writers.

Trevino lost his column at the Guardian last year after allegations that his relationship with Malaysian business interests wasn't being disclosed in columns dealing with Malaysia. Trevino told Politico in 2011 that "I was never on any 'Malaysian entity's payroll,' and I resent your assumption that I was."

According to Trevino's belated federal filing, the interests paying Trevino were in fact the government of Malaysia, "its ruling party, or interests closely aligned with either." The Malaysian government has been accused of multiple human rights abuses and restricting the press and personal freedoms. Anwar, the opposition leader, has faced prosecution for sodomy, a prosecution widely denounced in the West, which Trevino defended as more "nuanced" than American observers realized. The government for which Trevino worked also attacked Anwar for saying positive things about Israel; Trevino has argued that Anwar is not the pro-democracy figure he appears.

The federal filing specified that Trevino was engaged through the lobbying firm APCO Worldwide and the David All Group, an American online consulting firm. The contract also involved a firm called FBC (short for Fact-Based Communications), whose involvement in covert propaganda prompted a related scandal and forced an executive at The Atlantic to resign from its board.

According to the filings, Trevino was also employed to write for websites called MalaysiaMatters and MalaysiaWatcher.

Trevino's subcontractors included conservative writer Ben Domenech, who made $36,000 from the arrangement, and Rachel Ehrenfeld, the director of the American Center for Democracy, who made $30,000.
Seth Mandel, an editor at Commentary, made $5,500 (his byline is attached to the National Review item linked to above). Brad Jackson, writing at the time for RedState, made $24,700. Overall, 10 writers were part of the arrangement.

"It was actually a fairly standard PR operation," Trevino told BuzzFeed Friday. "To be blunt with you, and I think the filing is clear about this, it was a lot looser than a typical PR operation. I wanted to respect these guys' independence and not have them be placement machines."

Trevino said neither he nor the client knew what the writers were going to write before it went up.

"I provided a stipend to support their work in this area and they would just ping me whenever something went up," he said.

Domenech, a former Washington Post blogger who runs a daily morning newsletter called The Transom, said he "was retained by Josh's Trevino Strategies and Media PR firm in 2010 with the general guidance to write about Malaysia, particularly the political scene there."

"I did not ever have anyone looking over my shoulder for what I wrote, and the guidance really was just to write about the political fray there and give my own opinion," Domenech said. "Of course, Josh picked me knowing what my opinion was — I stand by what I wrote at the time and I continue to be critical of Anwar Ibrahim, who I think is a particularly dangerous fellow."

Domenech attached two pieces he'd written about Malaysia for the San Francisco Examiner as well as one for the Huffington Post in his email to BuzzFeed.

Chuck DeVore, the Vice President for Policy at the Texas Public Policy Foundation (where Trevino now works), said he was unaware of the arrangement in an email.

"He knew of my expertise and suggested I write some pieces," DeVore said. "As I've seen over the years, it's not uncommon for freelancers to be paid for their work from various sources.I frankly didn't think much of it, having been paid by papers in a few nations abroad and by PR firms, such as the one Mr. Trevino was running at the time."

"He never told me who his client was," DeVore said. "I wonder if they did the same via him? Interesting that he filed the paperwork, given it appears he was working for someone else."

Mandel said, "I was blogging about issues relating to Israel and anti-Semitism in 2010, and Josh approached me about a Malaysian opposition figure who had made anti-Semitic comments and was affiliated with anti-Israel organizations. I had full editorial freedom — Josh never saw anything I wrote until after it was published — and I had no relationship with the Malaysian government. I was paid by Josh for what was probably a handful of blog posts in the fall of 2010, I believe, while working as a freelancer in Washington."

According to Trevino, he was approached by publicist and social media executive David All in 2008. He never had contact with "the ultimate client," he said. "I only had an assumption of who I was working for. I never knew exactly who APCO was dealing with, never knew exactly who FBC was dealing with.

" Trevino acknowledged that he shouldn't have lied to BuzzFeed editor Ben Smith, then at Politico, when this first came up in 2011.

"When Ben Smith contacted me in July 2011, I ought to have come clean with him at the time," he said.

As for why he waited until five years after the fact to register with FARA, Trevino said he didn't know he was supposed to have registered until recently.

"The accurate answer is that I didn't know there was a foreign agents database at all." Trevino said. "When all the stuff with the Guardian went down in August, I had a friend ask me whether I regeistered with FARA and I said what's FARA?"

"They allowed me to do a retroactive filing," he said.

Trevino terminated his relationship with Malaysian interests when he joined the Texas Public Policy Foundation, he said.

This article has been updated to include comments from Mandel.

Update 2:33 p.m.: Trevino called back to say that he had actually checked with his legal counsel in 2011 after being questioned by Politico, but had been told at the time that he didn't need to register anywhere.

"Ben Smith had actually asked me if I was a foreign agent back in 2011," Trevino said. "I asked a lawyer friend, my counsel .I said, hey, is there anything I need to comply with? He came back and said no."

"After the Guardian thing, I reached out to a different counsel, and I did some googling and found out about FARA," Trevino said.

UPDATE: Trevino's Malaysia-related posts have been removed from the Huffington Post and replaced with an editors' note that says the author "violated blogger guidelines by not properly disclosing financial ties that amounted to a serious conflict of interest."
-buzzfeed


Ulasan GB

Sememang begitulah stail Najib. Penulis-penulis yang ada kaitan dengan APCO digunakan untuk menulis hal-hal yang memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat disamping membersihkan imejnya sendiri di media antarabangsa.

Itu sebabnya kebelakangan ini, di dalam menghadapi pilihanraya yang ke 13 ini, banyak berita-berita di peringkat antarabangsa seperti Reuters, Economists dan sebagainya, tersiar kisah yang berpihak kepada Najib & UMNO BN yang kemudiannya dikutip oleh BERNAMA dan sekalian media massa arus perdana serta blogger pencacai UMNO untuk disebarkan kepada rakyat jelata demi untuk menjajah fikiran mereka supaya terus menyokong UMNO BN.

Blog GB ini pernah menyiarkan tentang pendedahan BBC yang meminta maaf kerana menyiarkan program berbayar tentang Malaysia.

Imej Malaysia Tercalar Teruk Ekoran Kerajaan Bayar FBC Untuk Baiki Imej Najib

Di satu ketika, tatkala nama Rosmah Mansor tercalar dengan pelbagai skandal, penulis-penulis upahan ini juga dipergunakan untuk menulis hal-hal yang muluk-muluk tentang Rosmah sehingga jika boleh, kentutnya pun dikatakan wangi.

Malah Rosmah termasuk beberapa pemimpin tertinggi Malaysia menerima anugerah PhD dari universiti antarabangsa demi untuk memulihkan imej-imej mereka yang telah hanyir itu.

TETAPI kebenaran tetap kebenaran. Ia pasti terbongkar dan Najib & Rosmah serta para pemimpin UMNO yang cuba permainkan kebenaran pasti terbongkang!

Sungguh bodoh, kuasa Allah hendak dilawannya.

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

Pencacai Kantoi, Jambatan PKNS Yang Runtuh Diberi Zaman UMNO BN


Jejambat Cyberjaya runtuh bukan salah Pakatan, kata MB

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor tidak bertanggungjawab ke atas jejambat runtuh di Cyberjaya semalam, tegas Menteri Besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

“Saya tidak berfikir begitu. Kontrak telah diberi pada 2007,” kata Abdul Khalid apabila ditanya sama ada PR bertangungjawab atas insiden tersebut.

Abdul Khalid bagaimanapun berkongsi pandangan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya jejambat tersebut perlu dibina semula dan pihak pengurusannya akan menangani insiden tersebut secara profesional.

“Kami tidak akan cari kesalahan, tapi kami pastikan semuanya diperbetulkan,” kata Abdul Khalid.

MB Selangor tersebut juga berkata PKNS telah menandatangani ikrar integriti yang akan membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sebarang salahguna kuasa.

“Mereka akan lihat sama ada keputusan yang diambil adalah profesional dan selari dengan piawaian yang ditetapkan oleh badan korporat,” ujar beliau yang merujuk kepada badan pencegah rasuah tersebut.

Abdul Khalid juga mengulangi dakwaan ahli majlis negeri (exco) Selangor Ronnie Liu mengatakan PKNS mungkin menyaman PLUS Malaysia Berhad jika bukti menunjukkan pengendali lebuh raya tersebut sebagai punca jejambat tersebut runtuh.

Dalam pada itu, pengurus besar PKNS Othman Omar hari ini berkata PKNS masih belum memutuskan sebarang tindakan undang-undang keatas mana-mana parti ekoran insiden tersebut.

Jejambat itu runtuh jam 12.30 tengah hari semalam dan kelihatan terbelah dua, menyebabkan paip yang menyalurkan air juga pecah.

Jejambat tersebut ialah susur keluar dari Lebuhraya Elite (KM P2.4) menuju Selangor Science Park 2 (SSP2).

Pembinaan projek jejambat bernilai RM7 juta itu dijalankan oleh BNI Construction dari Oktober 2007 dan siap pada November 2009.

Empat peneraju projek ini — PKNS, Utuh Aspirasi Sdn Bhd, Taraf Unggul Sdn Bhd dan Semai Ria Sdn Bhd berkongsi kos untuk pembinaan ini.

Difahamkan, tiada mangsa yang tercedera daripada insiden tersebut.

Minggu lepas, media melaporkan bumbung stadium di Kuala Terengganu juga runtuh semasa kerja-kerja membaiki runtuhan terdahulu sedang berjalan.


PKNS Akan Baiki Segera Persimpangan Bertingkat Taman Sains Selangor 2


SHAH ALAM, 1 MAC: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menyatakan persimpangan bertingkat di Taman Sains Selangor 2 yang runtuh akan dibaiki dengan kadar segera.

Menurut Pengurus Besar PKNS, Othman Omar kerja-kerja pembersihan dijangka akan mengambil masa selama tiga minggu untuk disiapkan, manakala kerja baik pulih dijangka dalam masa lapan bulan.

“PKNS telah menubuhkan jawatankuasa siasatan teknikal bagi mengenalpasti punca kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan PKNS.

Dalam kenyataan media itu turut menyatakan PKNS dan Plus Bhd (Plus) berjaya mencapai persetujuan untuk melantik perunding bebas bagi mengenalpasti kerosakan yang telah berlaku di persimpangan bertingkat tersebut dengan kos ditanggung bersama.

Sebelum itu, persimpangan bertingkat berdekatan Kilometer 2.4 Lingkaran Putrajaya menghala ke Lebuhraya Elite runtuh kira-kira jam 12.30 hari semalam.

Semasa kejadian berlaku, kerja- kerja pembaikan jalan sedang dijalankan di bawah lokasi jambatan berkenaan.

Bagaimanapun tiada laporan kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.

Jambatan persimpangan bertingkat yang mula dibina pada Oktober 2007 itu mula beroperasi pada November 2009 dan diserahkan kepada PLUS pada 22 Mac 2012.

Sebelum kejadian, jambatan tersebut telah ditutup kepada semua lalulintas mulai 7 Disember 2012 lalu dan dijangka dibuka semula pada 31 Disember 2013 nanti bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikan.
-Selangorku


Ulasan GB

Kebenaran akhirnya terdedah juga.

Para pencacai UMNO termasuk akhbar Luncai bernama Utusan cuba menuding jari kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selanbgor di dalam insiden jambatan PKNS yang runtuh tempohari.

Setelah disiasat rupanya projek berkenaan telah mula dilaksanakan semenjak 2007, iaitu semasa Selangor masih dipperintah oleh UMNO BN di bawah Khir Toyo.

Dan kerajaan Pakatan Rakyat yang terpaksa membetulkan semua kelemahan dan keruntuhan yang telah dilakukan oleh kerajaan UMNO BN yang lalu... Itulah hakikatnya, itulah kebenarannya!

Nak Ciplak TUKAR Milik Pakatan, Tiba-tiba Baju Tersama Dengan Mat Gian


Gambar kedua-dua foto di atas adalah asli, tiada sentuhan photoshop. Foto itu dari akhbar tempatan.

Sungguh melucukan apabila baju yang dipakai oleh TPM, Muhyidddin Mohd Yassin dan Mustapa Mohamed adalah serupa dengan baju yang digunakan oleh seorang Mat Gian yang telah ditahan oleh polis kerana disyaki memiliki dadah jenis Heroin.

Merekalah orang-orang yang hendak jatuhkan kerajaan negeri Kelantan pimpinan TG Nik Aziz.... tak da beza pun baju yang Sang Menteri pakai dengan Mat Gian tersebut... heheheh

Dan kini ada yang mencadangkan rakyat Kelantan pakai baju yang ini pula...

Lahad Datu, Nyawa Dipermainkan - Menteri KDN & KPN Perlu Bertanggungjawab!


Ceroboh Sabah: Anwar mahu kerajaan beri penjelasan kepada rakyat!!

SHAH ALAM – Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan diminta menjelaskan kepada rakyat tentang kejadian berdarah di Lahad Datu pagi semalam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan semalam turut mempersoalkan bagaimana sempadan negara begitu mudah boleh dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata.

"Mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini?

“Isu keselamatan negara tidak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan.

Rakyat perlu diberi maklumat mengenai apa yang berlaku,” katanya.

Dalam pertempuran pagi semalam membabitkan pihak keselamatan negara dan kumpulan penceroboh dari Filipina, polis mengesahkan dua anggota komando dan 12 ahli kumpulan terbabit terbunuh selepas hampir tiga minggu selepas mereka menceroboh wilayah Malaysia.

Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera.

Kumpulan penceroboh terbabit diketuai adik Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram, yang telah berkubu di Felda Sahabat 17 di Tungku, Kampung Tanduo, daerah Lahad Datu sejak 9 Februari lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kumpulan penceroboh melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo, Lahat Datu.

Polis turut merampas beberapa senjata antaranya M-16 dan pelancar roket.

Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mengucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah semalam.


Jenazah 2 komando diterbangkan dari Tawau


LAHAD DATU - Jenazah dua anggota komando polis komando VAT 69 yang terkorban semalam dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini diterbangkan ke ibu negara awal hari ini.

Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam tadi.

Jenazah kedua-dua anggota itu diterbangkan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari Lapangan Terbang Tawau pada pukul 7.55 pagi dengan pesawat Charlie.

Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam TUDM Mejar Kamarulzaman Ali memberitahu Bernama, jenazah Zulkifli akan diterbangkan ke Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak, Kelantan untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu.

Jenazah Zulkifli yang akan diterbangkan dengan menaiki pesawat CN235 dari Subang akan diiringi balunya, Noraziah Noor dan dua anak lelaki, katanya.

Sementara jenazah Sabarudin pula akan dikebumikan di kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Allahyarham meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak -- dua lelaki dan seorang perempuan.

Jenazah kedua-dua anggota polis komando itu disembahyangkan di Masjid Batalion 17 Pasukan Gerakan Am di sini lewat malam tadi sebelum diterbangkan ke Subang.

Dalam kejadian tembakan semalam, tiga anggota komando turut cedera iaitu Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, Kpl Azman Ampong, 39, dan Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22. - Bernama
-Bernama



Presiden Filipina Tanya Siapa Biaya Tentera Sulu Ke Lahad Datu?


Manila: Filipina sedang sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah.

Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah, kata Presiden Benigno Aquino.

“Kami diberitahu ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah. Dari mana dana itu? Dari siapa?” katanya seperti dilapor viva.co.id hari ini.

Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.

Menurutnya, pemimpin Sulu sekarang ini bukanlah keturunan langsung Sultan Sulu yang diakui Filipina pada 1974, iaitu Esmail Kiram I.

Ismael tidak memiliki keturunan sehingga kematiannya dan takhta diturunkan kepada orang lain. Kerajaan Filipina tidak mengakui kepimpinan Sultan Jamalul sebagai pewaris Sulu dan mengatakan seharusnya yang memimpin ketika ini adalah Esmail Kiram II, adik dari Esmail Kiram I.

Namun Esmail II mengatakan bahawa dia bukanlah pewaris, melainkan putera mahkota atau dalam bahasa Sulu disebut “sultan bantilan”. Ismael II juga mengatakan bahawa Jamalul adalah Sultan Sulu dan penguasa Palawan dan Sabah sejak waktu itu.

“Sejauh yang keluarga kami ketahui, Jamalul adalah pewaris Sultan,” kata Esmail.

Dengan menunjukkan gambar riwayat keturunan Kesultanan Sulu, Aquino menegaskan bahawa Sultan Sulu sekarang iaitu Jamalul Kiram III, memiliki keturunan yang sangat jauh dari jawatan pemimpin.

Kajian kerajaan Filipina menunjukkan, Jamalul Kiram III adalah saudara jauh kepada Sultan Mawallil Wasit, adik Esmail II.

“Inilah persoalan yang pertama kali muncul, siapa yang seharusnya mewakili Kesultanan Sulu?” kata Aquino.

Kerajaan Filipina juga sedang mengkaji dua dokumen mengenai sewa Sabah oleh Kesultanan Sulu kepada syarikat British North Borneo Co. tahun 1878 yang kemudian diambil alih Malaysia tahun 1960 an. -FMT “Dia berasal dari keluarga Umno di Johor baru berhijrah ke sini,” ujarnya
-FMT



Berikut adalah senarai anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :





1 Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2 Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

3 Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu) 4 Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di punggung/peha) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu) 5 Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).

SMS Terakhir Dari Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat:


Gambar di bawah adalah antara petikan SMS di antara Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat dan rakan seperjuangannya.

Ia jelas menunjukkan arwah begitu bersemangat untuk berjuang dalam misi tersebut.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

Jasa dan pengorbanannya kepada negara tidak ada galang gantinya!
-FB



Serangan Lahad Datu Melenyapkan Pendedahan Bala


erangan polis ke atas kubu kumpulan penceroboh dari selatan Filipina hari ini dipercayai bermotifkan politik dengan cubaan Kerajaan Umno-BN melenyapkan pendedahan P. Balasubramaniam berkenaan misteri pembunuhan Altatunya.

Menurut Ketua Angkatan Muda PKR Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin, tanggapan rakyat akan ke arah ini kerana Kerajaan Pusat seharusnya tidak membenarkan perkara ini berlanjutan jika tindakan diambil daripada awal.

“Kerajaan Umno-BN tidak boleh menyalahkan rakyat dengan persepsi ini, kelemahan ketara dalam kabinet apabila Menteri Luar, Datuk Anifah Aman gagal menggunakan saluran diplomatik menyelesaikan isu ini sehingga mengancam keselamatan rakyat Sabah.

“Dan rakyat berhak menyatakan tindakan serangan ini sebagai sesuatu yang dirancang ditengah-tengah kehangatan manifesto Pakatan Rakyat dan kepulangan penyiasat persendirian Bala yang mahu mendedahkan siapa sebenarnya terlibat dalam pembunuhan wanita Monggolia Altantuya Shariibu,” kata Iskandar.

Tambahnya, tidak timbul ia berlaku secara kebetulan atau tidak, masa yang diambil terlalu lama dan kesan akibat serangan ini amat besar terhadap rakyat Sabah khususnya yang ada kaitan kuat dengan Kesultan Sulu.

“Kini rakyat cemas, saya dimaklumkan pada ketika ini beberapa sekatan polis berlaku di daerah Papar terhadap penduduk yang ada pertalian darah tadi. Perkara ini tidak baik untuk negara.

“Saya sanjung tinggi usaha polis menjaga keamanan, tetapi saya tidak dapat lari daripada berasa simpati dan bersedih dengan kematian yang berlaku. Dan saya ingin tegaskan sekali lagi Kerajaan Pusat terutama Menteri Dalam Negeri perlu bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan,” katanya.

Hari ini menurut laporan Bernama, dua komando polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
-selangorku

[EDISI KANTOI & TONGONG] Orang Siam & Ahli UMNO Masuk UMNO Menjadi-jadi Di Kelantan


Bekas Ketua Puteri serah borang sertai Umno RANTAU PANJANG: Rosanah Yaacob ialah bekas Ketua Puteri Umno Kampung Pening Lalat. Sekarang aktif dalam wanita Umno.

Anehnya media Umno semalam melaporkan dia menyerah borang menyertai Umno.

Dalam laporan itu dia mendakwa tidak pernah mengundi Umno kerana menganggap PAS sebagai parti Islam.

Ketua PAS Cawangan Gual Tok Deh, Azman Makhtar berkata, Rosanah tidak pernah menyertai PAS atau menjadi penyokong kerana dia aktivis wanita Umno sejak dari dahulu lagi.

“Dia aktif bergiat dalam wanita Umno. Sebelum ini ketua puteri cawangan. Jadi mengapa pula tiba-tiba dia mengaku sebagai penyokong PAS yang baru menyertai Umno
.

“Ini adalah cerita lawak yang semakin menjadi-jadi di Rantau Panjang sekarang. Minggu lepas akhbar melaporkan 78 penyokong PAS menyertai Umno, sedangkan sebahagian mereka warga Thailand,” katanya di sini.

Media tajaan Umno semalam melaporkan 100 ahli PAS dari Kampung Pening Lalat, Gual Tokdeh menyertai Umno kerana kecewa dengan sikap pemimpin parti itu.

Mereka dilaporkan menyerah borang kepada Ketua Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin.

Azman berkata, penduduk kampung terkejut dengan dakwaan Rosanah kononnya sebagai penyokong PAS, sedangkan semua orang tahu dia wanita Umno tulen.

Menurutnya juga Kampung Pening Lalat hanya mempunyai sekitar 12 rumah dan sebahagian besar mereka penyokong tegar Umno sejak dari dahulu lagi.

Azman berkata, Ketua Umno Rantau Panjang sekarang benar-benar terdesak sehingga terpaksa mencipta sesuatu yang tidak wujud kemungkinan impiannya untuk menjadi calon parlimen Rantau Panjang.

“Kalau sebelum ini kita sering membaca laporan akhbar orang Umno sertai Umno di Pasir Puteh, namun sekarang berjangkit pula ke Rantau Panjang,” ujarnya.

Katanya juga laporan akhbar yang mendakwa Yaacob Mahmood, 78 sebagai ahli PAS juga cukup mengelirukan kerana dia tidak pernah berdaftar sebagai ahli PAS.

Penghulu Mukim Lubok Gong, Syed Abu Bakar Syed Mohd Nor berkata, Umno Rantau Panjang benar-benar tertekan sekarang sehingga menciptakan cerita yang tidak wujud.

Katanya, Ketua Bahagian Umno Rantau Panjang benar-benar gelisah sekarang sehingga kerap memanggil wartawan membuat laporan berdasar kepada lakonan sesama sendiri.

"Datuk Abdullah bermasalah dengan jenteranya, malah kudis lama dengan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zain masih belum sembuh.

“Mungkin dengan taktik mancari publisiti murahan beliau menganggap populariti meningkat semula. Tetapi berdasar kepada percakapan sesama Umno, Abdullah hanya menanti masa untuk disingkir pada pemilihan Umno akan datang,” ujarnya.

Oleh itu beliau menasihat orang ramai tidak mempercayai laporan media terutamanya TV3 dan Utusan yang dilihat bersedia memaparkan banyak lagi lakonan arahan Abdullah.


Peralat warga Thailand berlakon sertai Umno



RANTAU PANJANG: Tanpa mengira seseorang itu berasal dari mana, Umno di sini terpaksa memperalatkan pihak berkenaan bagi menjayakan program penyokong PAS menyertai Umno baru-baru ini.

Itulah yang berlaku kepada beberapa penama yang didakwa kononnya bekas penyokong PAS, menyerah borang menyertai Umno kepada ketua bahagian Umno Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin.

Noraini Dollah kini menetap di Kampung Tasik Bakong yang disebut menyertai Umno sebenarnya berasal dari Thailand dan tidak berdaftar sebagai pengundi.

Begitu juga Rahmah Che Noh kini tinggal di Kampung Tok Pelandok juga berasal dari Thailand.


Penghulu Mukim Padang Licin, Tasik Bakong, Wan Mohd Zain Wan Jaafar berkata, kedua-dua wanita berkenaan yang disebut media dan televisyen kononnya bekas ahli PAS adalah tidak benar.

Katanya, mereka tidak berdaftar sebagai pengundi kerana berasal dari negara jiran.

"Dakwaan Noraini kononnya dia keluar PAS kerana kesal dengan kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz mengenai pemberian BR1M tidak betul sama sekali.

”Percakapannya seperti disiarkan televisen malam 22 Februari diajar seseorang yang berada di sebelahnya. Semua orang kampung tahu lakonan itu dibuat tergesa-gesa bagi menutup kemelut dalaman Umno Rantau Panjang sekarang,” katanya di sini.

Baru-baru ini media tajaan Umno melaporkan seramai 78 ahli dan penyokong PAS menyertai Umno selepas kecewa dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan BR1M.

Wan Mohd Zain berkata, warga dari negara jiran itu diperalatkan oleh Umno semata-mata bagi menghodohkan Menteri Besar dan kerajaan PAS Kelantan.

Menurutnya seorang lagi yang didakwa ahli PAS iaitu Zulkepli Mohd Don berasal dari keluarga Umno di kawasan Felda di Johor.

Kata beliau Zulkepli tidak pernah berdaftar sebagai ahli PAS dan tidak terbabit dengan sebarang aktiviti PAS di sini.

“Dia berasal dari keluarga Umno di Johor baru berhijrah ke sini,” ujarnya
-HD


Ulasan GB

Pendedahan di atas membuktikan UMNO itu terdesak, UMNO itu penipu dan UMNO itu jahat.

Begitulah juga media pencacainya bernama Utusan Malaysia yang memang terkenal menyiarkan berita-berita fitnah dan menipu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya, yang menipu dan yang jahat itu pasti terhukum dengannya.

[PANAS] PI Bala: Altantuya Dakwa Razak Baginda Suaminya


Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) mendakwa, beliau pernah terserempak dengan Altantuya Shaariibuu di pejabat Abdul Razak Baginda, di Kuala Lumpur, sebelum wanita Mongolia itu dibunuh.

Bala berkata, beliau berselisih dengan Altantuya yang ketika itu keluar dari lif lobi bangunan Getah Asli, di Jalan Tun Razak – pejabat Abdul Razak.

Menurut Bala, beliau ke bangunan itu untuk bertemu Abdul Razak di pejabatnya – Perimekar Sdn Bhd.

Abdul Razak adalah pemilik Perimekar yang didedah menerima komisen RM570 juta dalam urus niaga pembelian Scorpene dari DCNS di Perancis dengan bantuan Altantuya.

Waktu itu, Bala bertugas sebagai pengawal peribadi Abdul Razak. Antara lain beliau dikehendaki mengawal keselamatan bangunan pejabat majikannya.

“Apabila sampai (di bangunan Getah Asli), saya naik lif untuk ke tingkat 10 dan berselisih dengan Altantuya serta dua rakannya.

“Saya berjumpa Razak di pejabatnya dan dia tunjuk satu nota yang mengandungi tulisan Altantuya berbunyi: “Tolong hubungi saya segera, saya menginap di Hotel Malaya di bilik bernombor **** dan nombor telefon bermula dengan 017,” jelas Bala.

Kata Bala, beliau kemudian turun ke lobi dan nampak Altantuya bersama dua lagi rakannya berada di kawasan itu dalam keadaan menunggu.

“Saya suruh pembantu saya agar memberitahu tiga perempuan itu jangan berdiri di kawasan lobi. Mereka kemudian keluar dan menunggu di hadapan bangunan. Saya terus telefon polis dan beritahu ada tiga perempuan (muka macam) Cina datang buat kacau,” katanya.

“Kemudian unit peronda sampai dan tak jauh dari situ saya lihat pegawai unit peronda itu menemu ramah Altantuya. Saya dengar Altantuya cakap, “Suami saya di tingkat 10, namanya Razak Baginda, saya mahu bertemu dia,” jelas Bala.

Menurut Bala lagi, pertemuannya bersama Abdul Razak di bangunan tersebut selepas mendapat arahan majikannya itu menerusi telefon, selepas kira-kira tiga hari pertemuan mereka sebelum itu.

Semua ini didedahkan Bala pada forum ‘Pendedahan: Siapa bunuh Altantuya’ di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, Rabu lalu.

Ini kemunculan pertama Bala selepas pulang ke tanah air Ahad lalu sejak meninggalkan Malaysia pada 2009 kerana menerima ancaman.

Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan Altantuya yang dibunuh mengguna peledak C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Menteri Pertahanan, melulus pembelian kapal selam Scorpene.

Bala yang membuat dua akuan bersumpah berkaitan skandal Altantuya, mengulangi kenyataan bahawa akuan bersumpah pertama adalah benar manakala akuan bersumpah kedua, palsu.

1 Mac 2013

[VIDEO] LAHAD DATU: Apa Sebenarnya Berlaku Atau Ia Perancangan Pihak Tertentu?


Polis sahkan 2 komando, 12 penceroboh terbunuh Polis Malaysia mengesahkan bahawa dua anggota komando polis Malaysia dan 12 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dalam pertembungan antara Pasukan Gerakan Am Malaysia dan kumpulan bersenjata itu hari ini.

Pesuruhjaya polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita bahawa bilangan yang cedera di kalangan kumpulan Sulu tidak diketahui, lapor Star Online.

Dalam sidang akhbar petang ini, Hamza berkata pertempuran itu bermula pada jam 9.59 pagi ini selepas lima anggota PGA elit bergerak untuk memperkuatkan lagi kepungan di sekitar kampung Tanduo di mana kumpulan kira-kira 180 Sulu termasuk 30 lelaki bersenjata yang diketuai oleh Rajah Mudah Azzimudie Kiram berkubu sejak 9 Februari lalu.

Hamza berkata, pasukan polis bertembung dengan beberapa penceroboh yang melepaskan tembakan, dan memaksa mereka membalas tembakan.


Katanya, pihak polis menemui beberapa milik kumpulan Sulu tersebut.

Sementara itu di Pekan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan dua anggota polis terbunuh dan tiga yang lain cedera dalam kejadian tersebut.

Katanya, kumpulan bersenjata itu melepaskan tembakan ke atas pasukan keselamatan Malaysia.

Perdana menteri berkata, beliau amat sedih dengan kejadian itu kerana apa yang mahu dielakkan - iaitu pertumpahan darah - telah juga berlaku.

Katanya, beliau telah diberi mandat penuh kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Pangkatan Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin untuk mengambil tindakan yang difikirkan perlu.

Bernama sebelum ini melaporkan dua komando polis terbunuh dalam serangan mortar oleh kumpulan tersebut manakala dua lagi cedera.

Sementara itu, seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram - Azzimudie Kiram - yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu.

Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.

"Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut," kata Idjirani dalam satu sidang akhbar di Manila.

"Yang terbunuh termasuk seorang wanita."

Idjirani merayu kepada kerajaan Malaysia supaya menghentikan serangan itu, dan berkata orang-orang Azzimudie hanya bersenjatakan bolos (parang) dan pisau dan hanya beberapa orang bersenjatakan senapang.

Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.

Akhbar berbahasa Cina, China Press pula memetik sumber yang tidak disahkan di tempat kejadian, yang mendakwa dua penceroboh telah ditembak mati, manakala tiga anggota tentera Malaysia cedera.

Bagaimanapun, ABS-CBNnews melaporkan bahawa Duta Malaysia ke Filipina telah mengesahkan berlaku insiden menembak antara kedua-dua pihak tetapi tiada sebarang kematian.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) Raul Hernandez memberitahu agensi berita bahawa Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario baru sahaja berbincang dengan duta Malaysia, yang mengesahkan berlaku insiden menembak di Lahad Datu tetapi ia sudah dihentikan.

Beliau berkata Manila sedang memantau keadaan.

Sementara itu, Azzimudie memberitahu Radio dzMM Filipina bahawa kumpulannya tidak akan kembali ke Filipina kerana ia akan "memalukan" mereka dan kesultanan Sulu.

"Kita tidak boleh pulang ke Filipina kerana ia akan memalukan kita. Kami telah menegaskan niat kami datang ke sini," Azzimudie dipetik sebagai berkata.

Menurutnya, dia dan 275 pengikutnya mahu tinggal di Kampung Tanduo di Lahad Datu manakala kerajaan Filipina sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan isu itu.

"Mereka boleh meneruskan rundingan secara aman...," tambahnya.

Manakala Sultan Sulu Jamalul Kiram memberitahu Radio dzMM bahawa dia tidak akan memerintahkan pengikutnya untuk menyerah diri walaupun berlaku kejadian berbalas tembak, tetapi menegaskan pintu rundingan masih terbuka.

Menurut ANC Dateline Filipina, jurucakap Sultan Sulu Jamalul Kiram - Abraham Idjirani - kesultanan itu tidak akan membalas dendam terhadap kematian pengikutnya, dan menegaskan kumpulan itu mahu ia diselesaikan secara aman.

Idjirani berkata mereka akan membawa perkara itu ke perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan mungkin meminta Pertubuhan Persidangan Islam untuk campurtangan.

The Philippine Inquirer pula memetik Jamalul Kiram menafikan laporan bahawa adiknya, Azzimudie telah ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.

Idjirani berkata, keluarga diraja itu masih dapat bercakap dengan Azzimudie, yang disebut sebagai Raja Muda.


"Kita bercakap dengan beliau.

Beliau tidak cedera dan masih mengetuai perjuangan itu, " katanya.

Sekitar jam 3.25 petang tadi, Jabatan Luar Filipina berkata tiga orang mati dan 10 telah ditangkap dalam kejadian itu, lapor AFP -mk


Pencerobohan: PAS desak Najib panggil sidang tergempar


PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan di Sabah yang didakwa kini telah menumpahkan darah.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, Najib perlu bertindak segera ekoran perkembangan terbaru menunjukkan keadaan keselamatan negara dalam bahaya.

"Saya mendesak perdana menteri memanggil sidang tergempar parlimen berhubung isu keselamatan negara yang kini sangat serius.

"Kita desak beliau menjelaskan kepada parlimen, apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana perairan negara boleh diceroboh,"
katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian, berikutan laporan terbaru bahawa dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Sementara itu, Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan dari pihak polis berhubung perkara itu.

Mengulas lanjut Salahudin berkata, rakyat kini menunggu dengan penuh persoalan apa yang sebenarnya berlaku.

Katanya terdapat bayak versi cerita yang akhirnya mewujudkan kekeliruan dan meletakkan rakyat dalam ketakutan.

"Rakyat Malaysia perlu tahu apa sebenarnya yang berlaku,"
katanya.
-HD



Pencerobohan Lahad Datu hanya sandiwara – bekas Laksamana TLDM


Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.

“Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.

“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

“Fikir punya fikir, macam sandiwara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.

Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.


Antara peralatan canggih ditempatkan sepanjang ‘laluan panas’ ialah 12 radar dengan kemampuan mengesan pergerakan kapal mahupun bot kecil pada jarak 100 kilometer.

Kawasan seliaan MAB meliputi 22 pulau dan 11 pesisiran pantai sepanjang 1,577 kilometer dari Tawau hingga Kudat.

Pandangan itu turut dipersetujui bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

“Ikut senario, ia mungkin satu perancangan. Ada kemungkinan ia direka-reka. Walaupun tak boleh buat spekulasi, saya boleh beri jawapan jika ada di sana,” katanya.

Lebih 100 lelaki dari selatan Filipina berpakaian ala tentera dan bersenjata api menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu.

Polis pada 17 Februari membuat kenyataan untuk mengusir pulang ke negara asal penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pada 23 Februari, Wisma Putra bersetuju dengan permohonan kerajaan Filipina yang meminta tangguhan proses masa pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan.
-KD



Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno – Tian


Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.

“Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.

“Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya,” kata Tian kepada Keadilan Daily.

Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian.

Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBNnews, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini.

Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.

Keselamatan rakyat tanggungjawab kerajaan

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Roland Chia berkata, insiden Lahad Datu bukti BN gagal memastikan keselamatan rakyat Sabah.

“Tidak sepatutnya berlaku kejadian seperti ini setelah 50 tahun BN memerintah Sabah.

Jelas kerajaan abai keselamatan rakyat. Sedangkan itu adalah tanggungjawab kerajaan.

“Ini menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno semakin runtuh,” kata Roland, sambil menyatakan KEADILAN Sabah mendoakan kesejahteraan perajurit yang berkawal dan mempertahankan perairan tersebut.

Pencerobohan di Lahad Datu bermula sejak 12 Februari lalu dengan lebih 100 anggota kumpulan militan berpakian ala tentera dan bersenjata api dari Selatan Filipina itu mendarat di persisiran pantai daerah itu menaiki bot pancung.

Pada 14 Februari, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina.

Menurut Ismail, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta dua tuntutan iaitu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan rakyat Sabah berketurunan Sulu tidak dihantar pulang ke negara asal.
-KD





[BONGKAR] 5 Rakyat Pakistan Miliki Mykad & Menjadi Pengundi


Hutan Melintang - Pelik bin ajaib! Mungkin itu persepsi yang timbul apabila lima lelaki berketurunan Pakistan memiliki kad pengenalan warganegara Malaysia.

Penemuan memeranjatkan itu diperoleh menerusi semakan daftar pemilih yang dibuat PKR Cabang Bagan Datoh, baru-baru ini ketika meneliti daftar pemilih Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) untuk tujuan semakan jumlah dan lokaliti pengundi.

Hasil semakan juga mendapati, empat daripada mereka tersenarai dalam daftar pemilih dan kesemua mereka tinggal serumah.

Pengarah Pilihan Raya Umum, PKR Dun Hutan Melintang, A Ganeson ketika mendedahkan perkara itu berkata, penemuan tersebut menimbulkan pelbagai persoalan dan keraguan kerana kesemua mereka memperoleh kad pengenalan warganegara berwarna biru dengan mudah.

“Semakan yang kita buat melalui Sistem Menang Pilihan raya (Sismep 3.0) yang dibekalkan parti pada mula bertujuan untuk menyemak jumlah dan lokaliti pengundi.

“Apabila teliti senarai itu, kami ragui lima penama disenaraikan kerana mereka tinggal di rumah sama dan berketurunan Pakistan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pasukannya kemudian membuat penyiasatan dengan pergi ke rumah mereka di Taman Hutan Melintang dan mendapati kesemua mereka mempunyai kad pengenalan biru (MyKad) yang baru, manakala seorang lagi memegang kad pengenalan lama.


“Lima lelaki berusia 30 hingga 40-an itu mendakwa mereka mendapat kad pengenalan itu ketika masuk ke negara ini buat pertama kali.

“Mereka mendakwa kesemua mereka memperolehnya di Sabah melalui ejen sebelum menetap terus di Semenanjung,” katanya.

Ganeson menambah, lelaki berketurunan Pakistan itu juga mendakwa beberapa kali mengundi dalam pilihan raya umum (PRU) dan ada di antara mereka sudah lima kali mengundi di kawasan Hutan Melintang.

“Mengapa perkara seperti ini boleh berlaku? Ramai rakyat kita masih belum ada pengenalan diri. Malah, ada dalam kalangan rakyat kita yang mendapat kad pengenalan merah walaupun memang dilahirkan di negara ini.

“Pihak berkenaan perlu tampil beri penjelasan mengenai kekeliruan ini kerana kesemua mereka tidak layak mendapat kerakyatan negara ini,” katanya.

Untuk pengesahan lanjut, Sinar Harian bersama-sama pasukan Pilihan Raya Dun Hutan Melintang ke rumah lima lelaki terbabit untuk mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar mengenai penemuan terbabit.

Ketika kami tiba, dua daripada penghuninya keluar manakala dua lagi berada di dalam rumah dan seorang lagi belum pulang kerja.

Apabila diminta supaya menunjukkan MyKad, kedua-dua mereka pada mulanya enggan berbuat demikian, selepas diberitahu untuk tujuan semakan PRU, mereka beri kerjasama dengan baik.

Ketika semakan dibuat, salah seorang daripada mereka, Ali Hamsir, 54, yang memiliki kad pengenalan lama memohon supaya kad pengenalannya ditukar baru seperti rakan-rakan yang lain.

Ketika ditanya bagaimana kad pengenalan itu diperoleh, dia mendakwa kesemua mereka dibawa ke Sabah ketika mula-mula memasuki negara ini sebelum bekerja di Semenanjung.

“Saya sudah berkahwin. Keluarga saya ada di Pakistan dan setiap tahun saya balik jenguk mereka. Untuk balik ke sana kami kena buat pasport kerana kami kini orang Malaysia,” katanya. -SH

Bekas Ahli UMNO Dakwa 500,000 Pendatang Terima IC Biru

Bekas ahli Umno mendakwa kira-kira 500,000 kad pengenalan biru (IC) diberikan kepada pendatang dari Filipina dan Indonesia di Sabah sekitar awal 1990an atas arahan Ketua Umno Sabah ketika itu,Tun Datu Mustapha Harun.

Siti Aminah Mahmud, yang bekerja secara sukarela di Pejabat Umno di Kota Kinabalu hari ini berkata, Mustapha, yang menjawat jawatan ketua menteri pada 1967 hingga 1975, berkata kepadanya, IC berkenaan diberikan untuk menyingkirkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Datu Mustapha kata ini projek (Tun) Dr Mahathir (Mohamad).

Jangan takut kena tangkap,” kata Siti Aminah ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, merujuk kepada perbincangan Mustapha kepadanya dan juga ahli Umno di Kota Kinabalu pada 1990.

“Datu Mustapha kata ia untuk meningkatkan pengundi Melayu untuk menjatuhkan PBS,” kata wanita berusia 62 tahun itu lagi.

Jelas Siti Aminah, dia bersama ahli Umno yg lain bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua kampung untuk mengeluarkan 500,000 IC biru kepada pendatang Filipina dan Indonesia pada 1990 ke 1994 di beberapa kawasan di Sabah, termasuk Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, dan Semporna.

Tambahnya, dia ditahan di bawah Akta Dalam Negeri (ISA) pada 1995 hingga 1997 kerana didakwa mengeluarkan IC palsu dan memalsukan dokumen JPN.

Pilihan Raya Negeri Sabah pada 1994 menyaksikan PBS hanya memenangi 25 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Namun beberapa wakil rakyat PBS kemudiannya menyertai Barisan Nasional (BN) menyebabkan kerajaan itu tumbang.

Mustapha, yang merupakan pengasas parti United Sabah National Organisation (USNO), dianggap sebagai parti bapa kemerdekaan Sabah kerana rundingan berkenaan kebebasan negeri tersebut pada 1963, sebelum meninggal dunia pada 1995 ketika berumur 76 tahun.

USNO menyertai Berjaya, diketuai bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh untuk membentuk Umno Sabah selepas PBS menewaskan Berjaya pada 1990.

Dr Mahathir, perdana menteri paling lama berkhidmat sejak 1981 hingga 2003 dituduh menjadi dalang kepada skandal "Projek IC", yang mana kerakyatan didakwa diberikan kepada pendatang asing untuk membolehkan mereka mengundi.

Beliau pada sidang media bulan lalu mengakui pendatang di Sabah diberikan kerakyatan, namun menegaskan ianya dilakukan mengikut "prinsip undang-undang.

" Harris, yang mentadbir negeri tersebut sejak 1976 hingga 1985 bagaimanapun membuat penafian ketika Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah dalam "Projek IC".

Lebih sat suku daripada populasi di Sabah adalah pendatang asing, sekitar 889,000 daripada 3.

2 juta populasi keseluruhan di Sabah, atau 28 peratus, berdasarkan bancian pada 2010.

Sabah mempunyai 926,638 pengundi berdaftar, berdasarkan laporan akhbar The Star pada Jun lalu.

Siti Aminah berkata, satu no kad pengenalan akan dikeluarkan kepada 20 hingga 30 orang.

"Satu alamat digunakan 20 orang," katanya.

"Di satu-satu kawasan, akan ada ketua yang akan menghimpunkan orang ramai. Bila kami tiba, kami akan dapatkan nama mereka. Kami tidak bertanyakan agama mereka. Kami hanya melihat jika mereka mempunyai nama Muslim. Jika tidak, kami akan menukarkannya, dan mengambil gambar serta cap ibu jari kemudian menghantarnya ke pejabat Umno," tambahnya.

Kad pengenalan biru itu jelas Siti Aisyah akan diserahkan dalam tempoh sebulan dan dihantar dalam karung kepada ketua kampung.

"Kami akan mengarahkan ketua kampung,'Tok, arahkan penduduk kampung mengundi Umno," katanya.

Siti Aminah, yang kini merupakan ahli PKR berkata beliau tidak mengetahui sekiranya pendatang berkenaan diberikan bayaran untuk IC tersebut.

Pegawai atasan Cawangan Khas Supt Ahmad Fauzan Mohamad dalam testimoninya di RCI minggu lalu berkata sindiket yang melibatkan Pengarah JPN ketika itu mengaut sejumlah RM11 juta daripada penjualan IC kepada pendatang terbabit.

Katanya lagi, tiada seorang pun daripada 94 individu berkenaan, yang ditahan di bawah ISA bermula 1995 hingga 2001 kerana penglibatan mereka dibicarakan di mahkamah.

Siti Aminah berkata lagi, dirinya masih belum dipanggil untuk memberi keterangan dalam RCI.

Beliau turut menegaskan nama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu timbalan perdana menteri tidak pernah disebut dalam "Projek IC."

"Anwar menentang Datu Mustapha dan Megat Junid dalam Projek IC," katanya.

Siti Aminah berkata, menurut Mustapha, "Projek IC" di bawah Haris diberikan kod "03" dan "04", manakala "05" ketika pemerintahan Dr Mahathir. -TMI


“Ini projek IC Mahathir, takkan ditangkap”


Bekas tahanan ISA, Siti Aminah Mahmud diberi jaminan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun bahawa mereka yang terlibat dalam projek IC segera Sabah tidak akan ditangkap.

“Mula-mula saya takut ditangkap. Saya kata ini salah. Tapi Datu Mustafa kata projek ini diketuai oleh Dr Mahathir sendiri,(Tan Seri) Megat Junid. dan Aziz Shamsuddin.Takkan ditangkap,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.

Siti turut diberitahu Datu Mustafa, bekas pemimpin Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) itu dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Sabah sekiranya menang dalam pemilihan Umno.

“Kita ada dengar dalam taklimat, di pejabat Umno di Simbulan pada awal tahun 1990-an dulu,” katanya.

Siti Aminah ditahan dibawah ISA pada 20 September 1995 selama 60 hari di Johor sebelum disambung perintah tahanan selama dua tahun di Kem Kamunting.

Menurut Siti, pertuduhan dan sebab penanan ISA keatasnya adalah kerana memalsukan kad pengenalan, bersubahat dengan pegawai Jabatan Pendaftarn Negara (JPN) dan memalsukan borang JPN.

“Saya ditahan di Bukit Aman. Megat Junid menandatangani surat dan melanjutkan penahanan saya. Sedangkan saya tak pernah tengok dimana IC palsu dibuat…dan borang JPN diambil di pejabat Umno di Simbulan,” dedah Siti.

Siti memaklumkan, kad pengenalan tersebut boleh dikenalpasti melalui kod khas di bahagian belakang dokumen tersebut.

“Kod IC projek Mahathir ialah 04 dan 05. Kod ada di belakang kad pengenalan dan orang JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) boleh tahu,” katanya.

Tambah Siti, ada antara mereka yang terlibat dengan projek IC segera Sabah menjadi jutawan, berbanding dirinya yang hanya dibiaya tambang perjalanan hingga tiket ’penuh satu beg plastik’.

“Bila diingat semula, sangat menyakitkan hari,” kata Siti.
-KD