Ceroboh Sabah: Anwar mahu kerajaan beri penjelasan kepada rakyat!!
SHAH ALAM – Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan diminta menjelaskan kepada rakyat tentang kejadian berdarah di Lahad Datu pagi semalam.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan semalam turut mempersoalkan bagaimana sempadan negara begitu mudah boleh dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata.
"Mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini?
“Isu keselamatan negara tidak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan.
Rakyat perlu diberi maklumat mengenai apa yang berlaku,” katanya.
Dalam pertempuran pagi semalam membabitkan pihak keselamatan negara dan kumpulan penceroboh dari Filipina, polis mengesahkan dua anggota komando dan 12 ahli kumpulan terbabit terbunuh selepas hampir tiga minggu selepas mereka menceroboh wilayah Malaysia.
Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera.
Kumpulan penceroboh terbabit diketuai adik Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram, yang telah berkubu di Felda Sahabat 17 di Tungku, Kampung Tanduo, daerah Lahad Datu sejak 9 Februari lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kumpulan penceroboh melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo, Lahat Datu.
Polis turut merampas beberapa senjata antaranya M-16 dan pelancar roket.
Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mengucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah semalam.
Jenazah 2 komando diterbangkan dari Tawau
LAHAD DATU - Jenazah dua anggota komando polis komando VAT 69 yang terkorban semalam dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini diterbangkan ke ibu negara awal hari ini.
Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam tadi.
Jenazah kedua-dua anggota itu diterbangkan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari Lapangan Terbang Tawau pada pukul 7.55 pagi dengan pesawat Charlie.
Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam TUDM Mejar Kamarulzaman Ali memberitahu Bernama, jenazah Zulkifli akan diterbangkan ke Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak, Kelantan untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu.
Jenazah Zulkifli yang akan diterbangkan dengan menaiki pesawat CN235 dari Subang akan diiringi balunya, Noraziah Noor dan dua anak lelaki, katanya.
Sementara jenazah Sabarudin pula akan dikebumikan di kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.
Allahyarham meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak -- dua lelaki dan seorang perempuan.
Jenazah kedua-dua anggota polis komando itu disembahyangkan di Masjid Batalion 17 Pasukan Gerakan Am di sini lewat malam tadi sebelum diterbangkan ke Subang.
Dalam kejadian tembakan semalam, tiga anggota komando turut cedera iaitu Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, Kpl Azman Ampong, 39, dan Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22. - Bernama -Bernama
Presiden Filipina Tanya Siapa Biaya Tentera Sulu Ke Lahad Datu?
Manila: Filipina sedang sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah.
Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah, kata Presiden Benigno Aquino.
“Kami diberitahu ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah. Dari mana dana itu? Dari siapa?” katanya seperti dilapor viva.co.id hari ini.
Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.
Menurutnya, pemimpin Sulu sekarang ini bukanlah keturunan langsung Sultan Sulu yang diakui Filipina pada 1974, iaitu Esmail Kiram I.
Ismael tidak memiliki keturunan sehingga kematiannya dan takhta diturunkan kepada orang lain. Kerajaan Filipina tidak mengakui kepimpinan Sultan Jamalul sebagai pewaris Sulu dan mengatakan seharusnya yang memimpin ketika ini adalah Esmail Kiram II, adik dari Esmail Kiram I.
Namun Esmail II mengatakan bahawa dia bukanlah pewaris, melainkan putera mahkota atau dalam bahasa Sulu disebut “sultan bantilan”. Ismael II juga mengatakan bahawa Jamalul adalah Sultan Sulu dan penguasa Palawan dan Sabah sejak waktu itu.
“Sejauh yang keluarga kami ketahui, Jamalul adalah pewaris Sultan,” kata Esmail.
Dengan menunjukkan gambar riwayat keturunan Kesultanan Sulu, Aquino menegaskan bahawa Sultan Sulu sekarang iaitu Jamalul Kiram III, memiliki keturunan yang sangat jauh dari jawatan pemimpin.
Kajian kerajaan Filipina menunjukkan, Jamalul Kiram III adalah saudara jauh kepada Sultan Mawallil Wasit, adik Esmail II.
“Inilah persoalan yang pertama kali muncul, siapa yang seharusnya mewakili Kesultanan Sulu?” kata Aquino.
Kerajaan Filipina juga sedang mengkaji dua dokumen mengenai sewa Sabah oleh Kesultanan Sulu kepada syarikat British North Borneo Co. tahun 1878 yang kemudian diambil alih Malaysia tahun 1960 an. -FMT “Dia berasal dari keluarga Umno di Johor baru berhijrah ke sini,” ujarnya-FMT
Berikut adalah senarai anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :
1 Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)
2 Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)
3 Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu) 4 Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di punggung/peha) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu) 5 Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).
SMS Terakhir Dari Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat:
Gambar di bawah adalah antara petikan SMS di antara Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat dan rakan seperjuangannya.
Ia jelas menunjukkan arwah begitu bersemangat untuk berjuang dalam misi tersebut.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.
Jasa dan pengorbanannya kepada negara tidak ada galang gantinya!-FB
Serangan Lahad Datu Melenyapkan Pendedahan Bala
erangan polis ke atas kubu kumpulan penceroboh dari selatan Filipina hari ini dipercayai bermotifkan politik dengan cubaan Kerajaan Umno-BN melenyapkan pendedahan P. Balasubramaniam berkenaan misteri pembunuhan Altatunya.
Menurut Ketua Angkatan Muda PKR Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin, tanggapan rakyat akan ke arah ini kerana Kerajaan Pusat seharusnya tidak membenarkan perkara ini berlanjutan jika tindakan diambil daripada awal.
“Kerajaan Umno-BN tidak boleh menyalahkan rakyat dengan persepsi ini, kelemahan ketara dalam kabinet apabila Menteri Luar, Datuk Anifah Aman gagal menggunakan saluran diplomatik menyelesaikan isu ini sehingga mengancam keselamatan rakyat Sabah.
“Dan rakyat berhak menyatakan tindakan serangan ini sebagai sesuatu yang dirancang ditengah-tengah kehangatan manifesto Pakatan Rakyat dan kepulangan penyiasat persendirian Bala yang mahu mendedahkan siapa sebenarnya terlibat dalam pembunuhan wanita Monggolia Altantuya Shariibu,” kata Iskandar.
Tambahnya, tidak timbul ia berlaku secara kebetulan atau tidak, masa yang diambil terlalu lama dan kesan akibat serangan ini amat besar terhadap rakyat Sabah khususnya yang ada kaitan kuat dengan Kesultan Sulu.
“Kini rakyat cemas, saya dimaklumkan pada ketika ini beberapa sekatan polis berlaku di daerah Papar terhadap penduduk yang ada pertalian darah tadi. Perkara ini tidak baik untuk negara.
“Saya sanjung tinggi usaha polis menjaga keamanan, tetapi saya tidak dapat lari daripada berasa simpati dan bersedih dengan kematian yang berlaku. Dan saya ingin tegaskan sekali lagi Kerajaan Pusat terutama Menteri Dalam Negeri perlu bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan,” katanya.
Hari ini menurut laporan Bernama, dua komando polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. -selangorku
9 ulasan:
Najib!!! Hentikan sandiwara anda. 2 telah terkorban.
Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom adalah suppoter lanun sultan sulu dari negara jiran. beliau sangat bijak dan licik kerana boleh berpura berpura menipu kepada pasukan perisik (cawangan khas) SB dan angota tentra cawangan khas (ATCK)yang mendapatkan maklumat politik semasa. sb dan perisik tentera sangat rapat dengan beliau dan direkrut sebagai sumber pemberi maklumat semasa'
persoalanya kenapa sb dan perisik tentera sangat lalai dan bodoh dan di perbodohkan.
Di zaman kominis SB sangat berjaya memberi tekanan pada kominis sehingga peletakan senjata hanya perisik tentera sibuk untuk korek maklumat pada sb, harap bos bos SB DAN ATCK JANGAN HIPUKRIT, GAJI ANDA DIBAYAR OLEH RAKYAT BUKANLAH PARTI umno.
Jangan tipu RAKYAT.
Sapa kate najib yg brtanggung jwb...DSAI yg dalang nye..(kata tv 3 la...berita tadi...pastu mnteri dlm negeri pulak beri amaran kt lanun tu supaya mnyerah..jika tidak..tindakan keras akan diambil)...baru bagi amaran sbb baru 2 anggota polis MATI !!!!!... aku ingat dia nk lanyak dh..tengok muka dia brutal mcm lanun...mcm ni punya bengong pon boleh jdi mnteri..tp ialah sepupu PM...dia lgi bongok
Negara diceroboh tak apa asalkan jangan ada "perhimpunan rakyat".
mungkin ada diantara mereka yang telah diberi IC datang dari kumpulan yang menceroboh ini. Mungkin mereka sedang menunggu isyarat.
Timbul pulak isu krjaan beri ic..ape bangang la org ni..kes di lahad datu bukan lah sandiwara,sebaliknya telah di rancang rapi dan awl oleh pihak2 trtentu yg cuba menampakkan kelemahan dn menjatuhkan krjaan..fikirlah jgn di anggap isu ini satu sandiwara
Aku ni x pnadai..tp aku rasalah kalau ni rancangan anuar...mesti kerajaan kita dh buat tindakan nk lindung rakyat dia...pm mesir pun boleh nego dgn israel (israel yg keras hati pun boleh tolak ansur) utk bt genjatan senjata..ish xkan xleh settle cpt2..patutnya cerita ni dh habis...
Aku konfius...klu nk kata kerajaan x mustahil sbb kisah memali tu lg dasyat...org2 ats ni x kisah sapa mati asal dia dpt apa yg dia nk...
masa memali pun polis2 yg kena kerah ke sana mana tau cite sebenar...(google la 'memali' klu nk tau cite)....konfius la...xkan ada otak manusia yg sanggup bt sandiwara..smpi ada nyawa terkorban..ishhh
yaAllah tunjuk kan kami yg benar itu benar..yg salah itu salah
Agak marah bila orang kata kes ini satu sandiwara. Dah ramai terkorban tak kan sandiwara juga. Tapi bila kaji-kaji dan tengok apa yang berlaku ia macam sandiwara yang sudak tidak mengikut skrip, Jangan salahkan rakyat membuat spekulasi dengan apa yang berlaku.
betul tu konspirasi
Catat Ulasan