28 Jan 2012

Penutup Bagi Isu Hassan Ali: Munajat Yang Diterima Allah

PAS: ‘Lupakan Hasan Ali, fokus PRU-13’

KUALA LUMPUR, 27 Jan — PAS meminta pemimpin Pakatan Rakyat agar "melupakan" Datuk Dr Hasan Ali dan memberikan tumpuan kepada persiapan pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sudah tiada kaitan dengan parti Islam itu dan segala tindakan pemimpin kontroversi itu tidak akan dipedulikan.

"Bagi kita beliau (Hasan) bukan ahli PAS, jadi ikut beliau mahu lakukan apa...beliau boleh adakan siri jelajah, ia tidak kaitan dengan kita.

"Lebih baik tumpu kepada perkara yang lebih besar iaitu pilihan raya ke-13 dan juga isu-isu yang melibatkan kepentingan awam bukan isu Hasan Ali...kita juga tidak akan beri komen tentang beliau," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dipecat daripada PAS awal bulan ini kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan dasar parti.

Sehari selepas dipecat Hasan mendakwa pemecatannya berpunca daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Hasan mengambil inisiatif untuk mengadakan siri jelajah untuk memberi penjelasan tentang pemecatannya dan mendedahkan "parasit" di dalam parti Islam itu.

Sejak itu Hasan dikritik pemimpin Pakatan Rakyat, terbaru Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menegaskan, disebalik dakwaan terdapatnya "parasit" di dalam parti perikatan oleh Hasan, Azmin menegaskan Hasan adalah parasit dan merupakan musuh dalam selimut yang sebenar dalam gabungan tiga parti komponen itu.

Tambah Tuan Ibrahim, walaupun dihimpit dengan isu pemecatan Hasan namun segala persiapan pilihan raya tetap berjalan.

"Kita fokus kepada pilihan raya kerana ia semakin hampir dan ia adalah medan sebenar yang kita harus bersiap sedia untuk menghadapinya," katanya.

Jelas beliau, bagi PAS gerak kerja pilihan raya sudah bermula dan bersedia menghadapinya pada bila-bila masa.

"Saya lihat semua negeri sudah berada di tahap maksima, gerak kerja juga sudah mula bergerak," katanya. -TMI

Ulasan GB

GB bersetuju.

Setelah sekian lama isu Hassan Ali dibincangkan, kini Hassan Ali itu sudah pun tiada lagi di dalam jemaah PAS. Maka sewajarnya kita tidak hiraukan lagi sekalipun ada saki baki pengikutnya yang masih bersimpati terhadap nasibnya.

Sebenarnya, bagi mereka yang mengikut tulisan-tulisan GB selama ini, GB telah lama membuka kisah Hassan Ali ini - seawal 21 Nov 2009 apabila GB menulis, mengenai kisah Ikan Berkepala Buaya - Ada Bersama Kita

Petikan:

GB, seperti sebahagian sahabat-sahabat semua, suka merenung tentang "hakikat" sesuatu yang tersurat.

Ikan berkepala buaya - satu isyarat dari Allah tentang kehadiran makhlukNya yang luarbiasa.

Ikan adalah manusia-manusia di lautan syariat sementara buaya adalah reptil bertubuh besar menghuni habitat perairan tawar seperti sungai, danau, rawa dan lahan basah lainnya. Buaya dapat bergerak dengan sangat cepat pada jarak pendek, bahkan juga di luar air. Buaya menyerang mangsanya dengan cara menerkam sekaligus menggigit mangsanya itu, kemudian menariknya dengan kuat dan tiba-tiba ke air.

Ikan berkepala buaya - sungguh dasyat. Dia ada di kalangan manusia. Ada di dalam kalangan kita juga. Badannya bersama-sama jemaah, tetapi kepalanya tak sama dengan kita. Kepalanya serupa musuh yang suka membaham. Dan kisah ini tidak jauh, di negeri Selangor adanya.

Anda kajilah sendiri di dalam politik kontemporari ini tentang petunjuk yang Allah bagi itu.. sepastinya dengan meminta petunjuk dariNya juga.


Tetapi tidak ramai yang mampu "membaca" petunjuk Ilahi itu. Ayat "manzurah" adalah untuk orang yang tajam mata hatinya melalui "ainul-basirah" kurniaanNya bagimengetahui rahsia di sebalik setiap sesuatu yang didedahkan di atas permukaan bumi ini.

GB tidak mahu mengaku GB mengetahui kesemuanya, dan tidak pula mahu bersikap sombong dan takbur namun hakikatnya bahawa apa yang GB telah tuliskan hampir 3 tahun lalu adalah benar.

Kemudian oleh kerana GB agak sedikit kecewa kerana tiada apa yang dilakukan oleh pimpinan PAS terhadap manusia yang bernama Hassan Ali itu, maka pada 29 Nov 2009, GB telah terbitkan satu munajat kepada Allah agar memberikan bantuan untuk dibersihkan parti kita dari "kepala parasit" itu. Memperingatkan Pimpinan PAS : Doa Seorang Hamba Yang Da'if. Petikan munajat:

Ya Allah Ya Tuhan kami
Selamatkanlah parti kami
dari mereka yang sengaja merosakkan
perpaduan di antara kami

Ya Allah Ya Tuhan kami
bersihkanlah parti kami
dari mereka yang berpura-pura bersama kami
sedangkan hati mereka bersama dengan
musuh Engkau dan musuh kami
hantarkanlah pukulan keras Engkau
kepada mereka yang berpura-pura itu dan
pancunglah mereka untuk kami serta
hantarkanlah mereka ke lembah suuq (buruk)

Ya Allah Ya Tuhan kami
beradalah Engkau dipihak kami
bukan di pihak mereka yang menyebabkan
jemaah parti kami berada di dalam keadaan huru-hara
dan kacau-bilau

Ya Allah Ya Tuhan kami
tolonglah kami dan jangan Engkau beri pertolongan
kepada mana-mana pemimpin yang cuba
mengkhianati dan menyesatkan kami dan jemaah ini


Dan syukur kepada Allah akhirnya pada 8 Januari 2012, Hassan Ali secara rasminya dipecat.

Maka dengan ini GB sekali lagi merafakkan kesyukuran kepada Allah yang telah memakbulkan doa dan munajat hambaNya ini dan lantaran itu, isu Hassan Ali dengan ini dikuburkan dengan rasminya.

GB juga bersyukur kepada Allah yang "telah mengembalikan" beberapa orang pimpinan tertinggi kepada saf perjuangan kita walaupun satu ketika tindakan-tindakan mereka amat menggusarkan kita seperti Mustafa Ali, Nasharuddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim sendiri. Rahmat Allah menyebabkan mereka masih berhak untuk diberikan kemaafan dan terus berada di dalam jemaah kita.

Dan kita serahkan kepada Allah untuk mentarbiyah saki-baki mereka yang masih seperti Hassan Ali sifat dan sikapnya yang masih berlegar di dalam parti kita. Tak usah GB sebutkan nama mereka tetapi cukuplah mereka yang sedar itu bertaubat dan memberhentikan kerja-kerja jahat mereka sebelum menerima pukulan dasyat Allah seperti yang Hassan Ali sudah terima.

Yang utama selepas ini kita akan memohon kepada Allah memperkuatkan saf perjuangan kita untuk kita hancurkan UMNO BN sehancur-hancurnya dan untuk kita tawan Putrajaya!

GB amat yakin Allah akan perkenan juga doa kita. Hanya menunggu detik dan masa yang bersejarah itu adanya. Marilah bersama GB untuk yakin dengan bantuan dari Allah ini.

Mungkin sdra-sdri ingin membacanya semula. GB berikan pautan-pautannya:

Laporan sebelum ini
klik untuk baca






Isu MB Kedah Dan KUIN "Tidak Dalam Keadaan Untuk Dibincangkan" Oleh Pakatan

Pas: 'Hukum' MB Kedah tak timbul, fokus mansuh Auku

Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub (gambar) berkata, gesaan Prof Dr Abdul Aziz Bari agar kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) mengambil tindakan ke atas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) tidak timbul dan ia juga bukan formula penyelesaian.

Sebaliknya menurut beliau, PR perlu memberi tumpuan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dengan membentuk kerajaan peringkat persekutuan pada pilihan raya umum akan datang.

"Pakatan akan mengambil tindakan maksimum untuk memansuhkan Auku," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Salahuddin berkata, semua pihak perlu melihat bahawa masalah semasa ini berpunca daripada kewujudan Auku itu sendiri.

"Seharusnya jangan kita mengalihkan senapang, tembakan ke arah pihak (kumpulan sasaran) yang salah. Apa yang penting, kita memaksimumkan serangan ke arah BN (Barisan Nasional), tindakan untuk memastikan Auku ini dihapuskan
," kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sehubungan itu, Salahuddin berkata, pendekatan mengambil tindakan ke atas Azizan tidak akan menyelesaikan kontroversi semasa, sebaliknya isu yang timbul memerlukan penyelesaian menyeluruh dengan memansuhkan Auku.

"Saya tidak fikir ia akan menyelesaikan masalah (dengan mengambil tindakan ke atas Menteri Besar)," katanya.

Ditanya sama ada PR akan membincangkan perkara itu, Salahuddin berkata, "tidak dalam keadaan untuk dibincangkan."

Dalam temu bual dengan Sinar Harian semalam, Menteri Besar Kedah berkata, orang luar tidak perlu masuk campur urusan pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk isu Kuin kerana pihaknya lebih tahu situasi yang berlaku berbanding pihak-pihak lain.

Mengulas gesaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, pakar perlembagaan itu sepatutnya lebih mengetahui selok-belok undang-undang dan keputusan mahkamah dan oleh itu, tokoh akademik berkenaan tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan pengurusan Kuin menggantung lima pelajarnya.

“Kita tidak akan layan segala desakan untuk menarik balik keputusan yang sudah dibuat. Lagipun isu ini sudah lama,” kata beliau.

Azizan mencadangkan PR agar mengambil tindakan terhadap Azizan kerana menggunakan Auku untuk menggantung enam pelajarnya sedangkan perikatan itu mendesak akta tersebut dimansuhkan.

Sebelum ini, dalam perbicaraan pada 25 Mei lalu, enam pelajar kolej universiti itu digantung pengajian dan seorang dikehendaki membayar denda.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Muhamad Aiman Che Abd Razak, Zukhilatif Marzuki, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Mohd Arof digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Seorang lagi, Mohamad Farhan Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Mereka didakwa mengikut kesalahan di bawah Auku kerana menyertai demonstrasi, memberi ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang media.

Mereka didapati terlibat dalam demonstrasi bertujuan menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari.

Azizan yang juga Pengerusi Kuin turut menganggap kes enam pelajar terbabit selesai setelah mereka dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian manakala seorang lagi dikehendaki membayar denda.

Dalam pada itu, ketika bercakap kepada Sinar Harian di Padang Besar hari ini, Salahuddin berkata, mana-mana pihak termasuk tokoh akademik tidak wajar menuding jari terhadap Azizan yang menyokong tindakan Kuin menggunakan Auku untuk menggantung lima pelajarnya dalam perbicaraan 25 Mac lalu. -SH


Azizan sedia dipecat jika bersalah dalam isu KUIN

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.

Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.

Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar) menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.

“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.

Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.

“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.

“Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.

Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”

Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.

“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit.

“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain,” katanya.

Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.

“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.

“Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah,” katanya.

PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu.
-TMI


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Gelagat Rosmah Bikin Kacau Untuk Najib Tetapkan Tarikh PRU13

Rosmah Jejas Persiapan PRU-13 Najib?

Analisis

Isu kemewahan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hangat kembali dan terkini isu perbelanjaan mewah Rosmah semasa di Sydney, Australia didedah akhbar negara itu.

Meskipun sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang giat dalam program turun padangnya ke negeri-negeri bagi mempersiapkan jentera pilihan raya, namun pendedahan Sydney Morning Herald menjejaskan imej Najib.

Satu artikel dalam akhbar Australia Sydney Morning Herald tulis kolumnis Andrew Hornery yang menggelar Rosmah sebagai "First Lady of Shopping' kerana dikatakan telah membelanjakan RM300,000 membeli-belah di butik mewah pereka fesyen di Sydney, Carl Kapp.

Kolumnis itu dalam satu kenyataanya mempertahankan dakwaannya bahawa Rosmah membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya.

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Sebelum ini, Rosmah ada menyatakan penafiannya tentang dakwaan itu dan menggelarkan dakwaan itu sebagai satu tuduhan liar.

Rosmah mendapat perhatian masyarakat sejak Najib menjadi Perdana Menteri.Kehidupan mewahnya diperkatakan khalayak selain didakwa banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat Najib dalam isu-isu dasar kerajaan.

Ramai yang tidak senang dengan kelibat Rosmah selaku wanita pertama yang dilihat terlalu menonjol bukan dengan imej positif, sebaliknya dengan imej yang menggoyahkan imej Najib.

Rosmah dengan pelbagai gaya beg mewahnya


Isu perbelanjaan mewahnya semasa menginap disebuah hotel di Dubai seperti yang didedahkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali turut menjadi bualan umum.

Azmin mendakwa, kos penginapan Najib dan Rosmah di hotel mewah Atlantis di Dubai lebih RM100,000 hanya untuk semalaman.

Rakyat turut dimaklumkan, jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isterinya dari tahun 2008 hingga 2011 iaitu dimana mereka membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.

Memetik keratan sebuah akhbar Australia pula, seorang wanita Pertama yang tidak dinamakan turut membelanjakan A$150,000 (RM487,000) bagi membeli mutiara di gedung mewah di sana.

Kesempatan membeli belah itu diambil ketika Najib dan isterinya, yang juga menggelarkan dirinya ‘Wanita Pertama Malaysia’ berlepas ke Perth untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Antara yang turut serta dalam delegasi berkenaan ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan Presiden PPP, Datuk M Kayveas.

Ekoran daripada itu, Najib dan isterinya, Rosmah Mansor yang sebelum ini dikatakan membeli cincin berlian berharga RM24 juta, terus menerima kritikan.

Dalam pada itu, pada 31 Ogos lalu, Najib dilaporkan sebuah akhbar telah bercuti ke Perth (Australia) dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia nombor pendaftaran 9M-NAA.

Menurut laporan tersebut, pesawat tersebut yang berlogokan 1Malaysia dimiliki oleh Jet Premier One (M) Sdn Bhd, anak Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) iaitu sebuah entiti milik Kerajaan Malaysia melalui pegangan saham oleh Khazanah Nasional Bhd.

Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat."

Rosmah juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan kemasukan cincin buatan Jacob & Co pada harga RM24 juta.

Kemasukan barangan diatasa nama Rosmah Mansor itu didedahkan oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharim yang katanya mendapat maklumat daripada sumber Kastam.

Rosmah menafikan pembelian cincin itu dan menyatakan ianya sekadar untuk pameran sulit di suatu lokasi yang dirahsiakan dan telahpun dihantar ke Singapura.

Walaupun Rosmah menafikannya, namun hingga kini perisytiharan keluarnya barangan itu kononnya ke Singapura masih menjadi tandatanya.

Selain itu, Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin pula ada mendedahkan dakwaan kononnya Rosmah memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin.

Zuraida berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.

Kini nama Rosmah meniti semula dibibir masyarakat selepas Shahrizat 'remuk' dibelasah kerana skandal kelemahan projek NFC yang dikendalikan oleh suaminya, Dato' Seri Mohammad Salleh.

Rosmah dilihat sukar berperang dengan akhbar luar negara apabila setiap dakwaan yang dihadapinya hanya mampu dinafikan tanpa mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berpengkalan di Sydney itu.

Apakah sebenarnya yang berlaku, pastinya tindakan 'penafian' tidak cukup untuk menggambarkan Rosmah benar-benar tidak melakukan apa yang didakwa akhbar Sydney itu.

Sebaliknya seperti kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Rosmah harus mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan, dan sekiranya tidak, ia mendatangkan interpretasi bahawa dakwaan akhbar itu benar.

Lebih penting lagi, apakah serangan ke atas Rosmah ini sebenarnya menggugat 'nama baik' yang sedang dirintis Najib bagi menghadapi pilihan raya umum, ramai veteran Umno-BN melihatnya sebagai suatu 'beban' kepada Presiden Umno itu.

Rakyat sedang menantikan tindakan Rosmah mahupun Najib, dan ramai yang mahu agar isu itu bukan sekadar dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa siasatan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jika gagal diatasi, ianya pasti boleh merencatkan keghairahan Najib dalam menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13. -HD

SU Agung: BN tidak terdesak panggil PRU

SHAH ALAM - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak terdesak untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat walaupun spekulasi terbaru menyebut ia akan diadakan menjelang Jun ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sebaliknya kata beliau, tempoh bagi mengadakan PRU13 masih panjang. Mandat kerajaan semasa hanya akan berakhir akhir April 2013.

“Kerajaan Barisan Nasional prihatin dengan permasalahan rakyat dan kita berusaha untuk meringankan beban kehidupan masyarakat dengan memberikan pelbagai bantuan dan subsidi tanpa menghiraukan kepada manipulasi atau spekulasi berkaitan tarikh PRU,” kata Tengku Adanan yang juga Setiausaha Agung Umno, dipetik Umno Online hari ini. Beliau berkata demikian dalam penjelasan kepada delegasi dari Britain di pejabatnya, semalam.

“Kita menggunakan ruang sepenuhnya untuk pastikan apa yang dikehendaki rakyat dapat dipenuhi berdasarkan kepada perancangan yang telah digariskan dalam Bidang Keberhasilan Utama Nasional dan memastikan Pelan Transformasi Kerajaan, Pelan Transformasi Ekonomi dan Pelan Transformasi Politik mencapai matlamatnya,” katanya.

Dalam satu wawancara yang diterbitkan Wall Street Journal pertengahan bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau berharap PRU13 akan dapat diadakan "tidak lama lagi" tetapi menurutnya kerajaan masih perlu membuktikan bahawa pembaharuan ekonomi berjaya memberikan kesan sebenar sebelum beliau bersedia mengembalikan semula kuasa kepada rakyat.

Najib berkata "pilihan raya adalah satu tindakan yang perlu dilakukan berasaskan faktor keyakinan, dan ketika itulah anda melakukannya. Tetapi akhirnya ia adalah suatu keputusan yang mengikut gerak hati."

"Anda boleh memiliki semua tarikh tetapi anda mesti merasakan bahawa inilah masa yang sesuai.

"Saya berharap ia akan menjadi satu masa yang tepat tidak lama lagi,
tetapi kami masih perlu mengotakan janji-janji kami dan ini amat penting kepada rakyat untuk merasakan bahawa pembaharuan yang dijanjikan sebenarnya memberi manfaat kepada mereka," kata beliau yang menerajui kerajaan BN sejak awal 2009.

PRU13 adalah yang pertama di bawah kepimpinannya sebagai Perdana Menteri.

Dalam pertemuan dengan delegasi Britain itu, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya turut ditanya berkaitan keadaan politik semasa dan perancangan-perancangan bagi menghadapi permasalahan agar tidak berlaku krisis besar sebagaimana di beberapa negara di Eropah dan Timur Tengah.

“Kita adalah sebuah parti yang mempunyai struktur mantap iaitu berteraskan ahli-ahli di akar umbi yang bercambah memastikan kekukuhan sebuah kerajaan sebagaimana yang ada sejak merdeka lebih 50 tahun yang lalu hinggalah ke hari ini.

“Teras dan kunci keamanan yang kita kecapi selama ini adalah toleransi, persefahaman, perpaduan dan ia akan diteruskan dari semasa ke semasa kerana kita percaya kesatuan dalam kepelbagaian mampu menghasilkan masyarakat 1Malaysia yang unik,” kata beliau dalam laporan itu.
-SH


Ulasan GB

Sebelum ini hangat diperkatakan bahawa Najib Tun Razak akan membubarkan parlimen pada awal bulan Februari dan memanggil pilihanraya umum ke 13 pada Mac 11.

Tetapid engan pelbagai isu yang melanda angkara Rosmah seperti pendedahan perbelanjaan besarnya di Sydney dan kewujudan permainan "Aku Jimat", diberitakan tarikh pilihanraya terpaksa dianjakkan.

Maklumat dari pembekal barangan untuk kempen BN juga menyatakan bahawa berlaku penundaan tarikh sebenar pilihanraya.

Walau apa dan bila pun tarikh PRU13, yang utama rakyat perlu bersiap sedia menghadapinya bila-bila masa.

Ingat: kerajaan telah pun menaburkan pemberian one-offnya. Jika tidak ada apa-apa masakan tempua bersarang rendah....


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




[PANAS] Blogger "Pulakdah" Ditahan - NGO Kecam Sikap Dwi-Standard SKMM & Polis

SKMM, hentikan sikap dwi-standard’

PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), mengecam sikap dwi-standard Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) kerana cepat bertindak menahan seoang blogger pro Pakatan Rakyat dan diserahkan kepada polis.

“Itulah kerja pantas SKMM dan pihak polis, memberkas hanya blogger-blogger yang selama ini menjadi nadi penting kepada Pakatan,” kata Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau merujuk kepada tindakan SKMM menahan Faizal, pemilik blog Pulakdah.blogspot.com. dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Kata Edy Noor, tindakan SKMM membuat serbuan ke rumah beliau dan merampas barang-peribadi beliau termasuk dua laptop, dua desktop, sebuah handphone dan sebuah modem adalah satu tindakan yang biadap.

“Ini jelas satu cubaan melumpuhkan terus aktiviti blog pulakdah.blogspot yang banyak membuat pendedahan terhadap kepincangan kerajaan pemerintah. Blog Pulakdah juga merupakan antara blog ranking tertinggi dari kalangan blog Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, pihak SKMM dan polis begitu pantas bertindak ke atas ‘gagasan resistance cyber’ Pakatan tetapi tidak bertindak sewajarnya terhadap blogger-blogger pro Umno dan kerajaan pusat.

“Sebelum ini bertimbun-timbun fitnah yang dilempar oleh blogger cybertrooper Umno.


Ini termasuklah penghinaan terhadap mahkamah dalam isu pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Namun tiada tindakan susulan daripada pihak SKMM dan polis walaupun terdapat berpuluh laporan polis dibuat,” terang beliau. -FMT

Penguatkuasa MBMB Parah Ditikam Tonto, Ali Rustam Perlu Bertanggungjawab

Penguat kuasa MBMB parah ditikam

DUYONG – Sekumpulan samseng bertindak kurang ajar apabila menyerang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang sedang melakukan operasi di sebuah kafe siber dekat Taman Seri Duyung, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11.45 malam itu, kumpulan seramai hampir 30 orang itu dipercayai tonto dan rakan kepada pengusaha siber kafe yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian berkomputer tanpa lesen sejak empat hari lalu.

Akibat serangan itu, empat anggota penguat kuasa cedera dibelasah termasuk seorang daripadanya parah akibat ditikam di lengan.

Mangsa yang parah dikenali sebagai Azizan Abbas, 26, yang mengalami luka sepanjang kira-kira 12.7 sentimeter di lengan kanannya selepas ditikam menggunakan pisau Rambo oleh seorang suspek.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Melaka, di sini dan kini dirawat manakala, empat lagi anggota penguat kuasa yang cedera mendapat rawatan pesakit luar.

Akibat serangan itu juga, anggota penguat kuasa terpaksa mengeluarkan kembali sejumlah komputer yang disita dan diletakkan di dalam van penguat kuasa untuk mengelak tindakan lebih ganas.

Difahamkan, sebuah van MBMB yang digunakan dalam operasi berkenaan turut dipecah suspek.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, semasa kejadian, pergelutan berlaku selepas kesemua penguat kuasa terbabit selesai menyita komputer dan membawa keluar dari premis berkenaan.

"Polis sudah mengenal pasti kumpulan yang terbabit dalam kejadian itu dan siasatan serta tindakan lanjut akan diambil," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri, di Bukit Beruang, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, Kes terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyerang menggunakan senjata.

“Polis nasihatkan supaya mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang ingin menjalankan operasi supaya mendapatkan kerjasama serta bantuan polis untuk keselamatan mereka,” katanya . -SH

Laporan Sebelum ini

Judi: Ada Kelab Eksklusif Di DUN Ketua Menteri Melaka

PAS menuntut kerajaan negeri Melaka membanteras kegiatan perjudian di negeri itu yang didakwa semakin melarat.

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata kegiatan perjudian di negeri itu sebenarnya banyak membabitkan remaja Melayu, terutamanya pelajar sekolah.

“Judi haram di Melaka bukan perkara baru. Antara pusat judi haram terbesar di Melaka ada dalam Dewan Undangan Negeri Bukit Baru, yang ketua menteri menjadi wakil rakyatnya.

“Berselindung disebalik "Kelab Eksklusif". Berapa puluh tahun kelab itu beroperasi?

“Beranikah ketua menteri mengambil tindakan kepada jerung judi haram. Jangan mengejar bilis sahaja,” tulisnya dalam blognya.

Menurut Adly, isu judi di Melaka memang sudah lama dibincangkan tetapi tiada penyelesaian dan tindakan tegas diambil sehingga ia berakar umbi dan sukar dibanteras.

Katanya, semua itu membuktikan kegagalan kerajaan BN Melaka mentadbir negeri ini.

Adly berkata pada sidang DUN yang lalu, wakil DAP pernah membangkitkan isu berkenaan sehingga keluar dari mulut wakil kerajaan Melaka bahawa 'judi adalah budaya Cina'.

"Akhirnya isu judi ini tidak dibahaskan, tapi wakil rakyat DAP yang dihalau keluar,"
kata Adly.

Beberapa hari lalu kerajaan Melaka, melancarkan perang habis-habisan terhadap premis dan aktiviti judi haram.

"Macam kata pepatah Melayu, 'sudah terantuk baru tengadah, sudah terbolos baru melantai', judi haram sebenarnya banyak melibatkan remaja Melayu, terutamanya pelajar sekolah.

"Judi haram sebenarnya sudah sampai kekampung-kampung, melalui pusat siber, contohnya di Kampung Gangsa sahaja ada dua pusat judi haram," dedahnya.

Menurut Adly, persoalan sekarang ialah beranikah kerajaan negeri Melaka membanteras jerung judi haram yang sudah bertapak di Melaka lebih 20 tahun lalu.

“Jangan sampai orang gelar Melaka sebagai 'Batam Malaysia', akhirinya.


Presiden PAS Mahu Bertanding Satu Kerusi Sahaja Dalam PRU13

Marang - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan hasrat mahu berundur daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.

Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13 nanti.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam satu temu bual eksklusif ketika ditemui di rumahnya selepas menyampaikan ceramah di Masjid Rusila, Marang, di sini.

“Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen,” katanya yang menyerahkan kepada keputusan parti untuk menentukan sama ada beliau bertanding atau sebaliknya.

Beliau menganggap ramai pemimpin pelapis dalam parti itu yang boleh membantu membawa hala tuju parti pada masa depan.

Katanya, pembabitannya dalam politik sezaman dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Pak Lah) sampailah kini.

“Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi Naib Presiden dalam usia 30-an, sudah terlalu lama,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menolak desas-desus anaknya Mohammad Khalil Abdul Hadi, 30an, bakal dicalonkan dalam PRU13.

“Biar dia jadi ahli biasa buat masa ini,” katanya.

Turut hadir dalam sesi temu bual itu, Timbalan Pengarang Berita, Farush Khan Akbar Khan dan Editor Sinar Harian Edisi Terengganu, Wan Normi Hasan. -SH

Ghani Othman Gadaikan Saham Bumiputera Kepada Warga Asing Untuk Lunaskan Hutang

Entah apa yang telah merasuki pemikiran Menteri Besar Johor sehingga sanggup menggadai hak bumiputera kepada bangsa asing apatah lagi bangsa yang memang dicurigai oleh umat Islam yakni ‘Yahudi’.

Dalam kenyataan akhbar 4 Januari yang lalu, ternyata secara umunya Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman juga selaku pengerusi Johor Corporation (JCorp) seperti membuang tabiat ingin menjual sebahagian besar saham QSR Brands dan KFC Holdings (KFCH) yakni anak syarikat JCorp kepada sebuah syarikat yang mendapat sokongan kuat Yahudi.

Dengan beralasan untuk melunaskan hutang, Abdul Ghani seperti rasa tidak bersalah telah mengadaikan sebanyak empat puluh sembilan peratus saham bumiputera JCorp kepada bangsa asing.

Seperti perancangan yang terancang, saham tersebut dijual kepada sebuah syarikat bernama CVC Capital Partners yang ditubuhkan di London pada tahun 1981.

Syarikat tersebut dipercayai adalah sebuah syarikat milik Yahudi.

Apakah Abdul Ghani sengaja mencabar kredibiliti bumiputera dengan menjual saham JCorp kepada golongan Yahudi tidak kepada golongan sasaran bumiputera?

Memang ternyata Abdul Ghani sudah hilang arah haluan dalam menangani isu permasalahan hutang JCorp.

Penjualan ini secara langsung menghilangkan penguasaan bumiputera dalam saham anak syarikat tersebut.

Mengikut kajian yang telah dilakukan, lebihan saham sebanyak lima puluh satu peratus milik JCorp (selepas penjualan empat puluh sembilan peratus saham kepada CVC) kebarangkalian juga akan terjual.

Ini kerana hutang yang dibebani oleh JCorp masih belum terlunas dengan penjualan harga saham sebanyak empat puluh sembilan peratus itu.

Perkara ini dikhuatiri akan meruntuhkan dan secara langsung melenyapkan terus suara bumiputera di dalam syarikat QSR dan KFCH.

Permasalahan yang pasti timbul adalah berkenaan status ‘halal’ ke atas restoran serta produk yang dikeluarkan oleh QSR dan KFCH.
Sebelum ini, status halal ke atas restoran KFC boleh dipertimbangkan dengan positif kerana selain dari pemiliknya adalah orang Islam (JCorp), pembekal-pembekal yang dilantik membekal ayam sembelihan adalah dari golongan pembekal yang beragama Islam.

Tetapi jika perkara penjualan saham JCorp pada bulan April ini berjaya dilakukan, maka status halal di restoran serta produk QSR dan KFCH pasti diragui.

Perkara inilah yang membimbangkan seluruh pengemar-pengemar makanan segera seperti produk KFC, Ayamas dan Rasamas.

Saham kedua-dua anak syarikat JCorp ini perlu diselamatkan bagi memastikan penggunaan status halal dalam produk QSR dan KFCH terjamin serta menyelamatkan secara langsung saham milik bumiputera di bawah seliaan JCorp.

Maklumat ini harus disedari oleh semua lapisan masyarakat khususnya orang melayu yang beragama Islam selaku pelanggan majoriti ke restoran KFC serta pembeli majoriti produk Ayamas dan Rasamas.

Ternyata Abdul Ghani sudah mula merasakan dirinya diancam.

Kegagalan menangani isu permasalahan hutang JCorp memang secara terang mencacat dan mengudiskan kredibilitinya sebagai seorang pengerusi sebuah syarikat dan juga Menteri Besar Johor.

Mengapa saham sebanyak empat puluh sembilan peratus itu tidak dijualkan kepada syarikat mega bumiputera yang lain seperti saranan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)?

Presiden DPPM Syed Ali Alattas berpendapat pihaknya bersedia menjemput FELDA dan Lembaga Tabung Haji (LTH) bagi membincangkan mengenai pembelian saham JCorp tersebut demi menyelamatkan hak bumiputera dari jatuh ke tangan ‘yahudi’.

Jelas dan nyata, semangat cintakan bangsa yang diwar-warkan serta digembar-gemburkan hanyalah mainan politik semata dan ia tidak dijadikan sebagai manifestasi bagi menyelamatkan hak orang melayu.

Usah mengaku sebagai ‘pejuang bangsa’ jika bangsa sendiri hendak dibunuh haknya.

Memang sudah lama pembohongan ini dilakukan namun kali ini ‘agenda tersembunyi’ mereka seperti jelas kelihatan.

Kurap jika disembunyikan masih tetap berbau busuk.

Begitulah pesan orang-orang tua dahulu.

Ternyata tanggungjawab mempertahankan bangsa ini bukan terletak kepada sebahagian golongan sahaja malah tanggungjawab ini harus disedari oleh seluruh masyarakat.

Ternyata Abdul Ghani serta partinya tidak lagi berjaya mengendalikan negeri Johor dan Malaysia ini dengan baik sehingga sanggup mengadaikan hak bumiputera kepada yahudi. Bangsa melayu harus sedar akan ketelanjuran ini. -pencacai-semalaysia


PENGAMBIALIHAN QSR DAN KFCH OLEH JCORP
PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP AGENDA BUMIPUTERA


Pada 21 Disember, 2011, Lembaga Pengarah KFC Holdings (M) Bhd. dan QSR Brands Bhd. telah bersetuju menerima tawaran yang dibuat oleh Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) untuk mengambilalih keseluruhan perniagaan KFC dan QSR termasuk semua aset dan liabiliti. Kos pengambilaihan ini adalah RM5.2 bilion dengan pertimbangan RM4 bagi saham KFCH dan RM6.80 bagi saham QSR.

MESB adalah syarikat tujuan khas (special purpose vehicle) yang 51% saham dimiliki oleh Johor Corporation (JCorp) dan 49% dimiliki oleh CVC Capital Partners, sebuah firma ekuiti persendirian dan perunding pelaburan antarabangsa. Setelah proses pengambilalihan, MESB mengeluarkan KFCH dan QSR dari senarai Bursa Malaysia dan akan diubah status menjadi “syarikat persendirian”.

JCorp memiliki 53% saham di dalam Kulim (M) Bhd. manakala Kulim Bhd memiliki 57.5% saham di dalam QSR Brands Bhd. QSR pula memiliki 50.6% saham di dalam KFCH. QSR melalui KFCH memiliki dan mengendalikan 640 Restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei, Cambodia dan India. KFCH juga menguruskan 29 Restoran RasaMas di Malaysia dan Brunei disamping 55 Kedai Ayamas di Malaysia.

Implikasi pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp melalui Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) adalah seperti berikut;

1) Proses pengambilalihan ini akan menyebabkan 49% saham dalam KFCH dan QSR akan terlepas kepada warga asing/bukan bumiputera melalui pemilikan 49% saham oleh CVC Capital Partners dalam MESB. CVC Capital Partners adalah firma ekuiti persendirian dan perunding pelaburan asing yang ditubuhkan di London pada tahun 1981 sebagai firma modal teroka kepada Citigroup (Citigroup Venture Capital-CVC) yang dipercayai mendapat sokongan kuat dari Yahudi. Pada tahun 1993 CVC telah diambilalih oleh pihak pengurusannya daripada Citigroup dan ditukar nama kepada CVC Capital Partners.



2) Persoalan yang belum terjawab adalah kenapakah pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp perlu melalui pihak ketiga iaitu MESB yang 49% sahamnya dimiliki oleh CVC Capital Partners. Kenapakah JCorp tidak bekerjasama dengan banyak lagi agensi bumiputera yang berkemampuan dari segi kewangan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), FELDA, Lembaga Tabung Haji (LTH), UDA, MARA atau syarikat koperat berkepentingan bumiputera. Cara begini akan memastikan saham KFCH dan QSR tidak akan terlepas kepada warga asing/bukan bumiputera.

3) Kenyataan JCorp yang dikeluarkan pada 19hb. Disember, 2011 dengan menyatakan pengambialihan tersebut akan menjadikan JCorp mempunyai wang secukupnya bukan sahaja untuk menjelaskan hutang tetapi juga menjana pulangan secara langsung membayangkan bahawa kemungkinan saham 51% yang dimiliki oleh JCorp dalam KFCH dan QSR akan dijual kepada pihak lain. Kemungkinan ini juga berdasarkan kepada keenganan pengurusan JCorp sekarang ini untuk mengikuti perancangan asal JCorp semasa dibawah bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Tan Sri Dato’ Ali Hashim iaitu untuk menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea yang bernilai RM6 bilion yang dimiliki melalui anak syarikatnya Kulim (M) Bhd. bagi membayar hutang JCorp.

Apabila tidak menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea, maka JCorp terpaksa menjual aset-asetnya yang lain seperti Menara Pejabat Kotaraya dengan 100 tempat letak kereta beharga RM27 juta kepada Iskandar Investment Berhad (IIB), 13,687 hektar ladang kelapa sawit kepada Kulim (M) Bhd. pada harga RM700 juta. JCorp juga bercadang untuk menerbitkan bon baru sebanyak RM2.5 bilion bagi menyediakan sejumlah RM3.58 bilion bagi menebus bayar bon yang akan matang pada 31 Julai, 2012 yang telah diterbitan pada tahun 2002. Jika mengharapkan dividen RM100 juta setahun dari pelaburan JCorp dalam KFCH dan QSR ianya akan memakan masa yang lama bagi membayar balik tambahan hutang RM2.652 bilion (51% dari kos keseluruhan RM5.2 bilion) yang perlu ditanggung oleh JCorp dalam proses pengambilalihan ini. Keadaan ini akan dijadikan alasan kukuh oleh pengurusan JCorp sekarang ini untuk menjual sebahagian daripada 51% saham JCorp dalam KFCH dan QSR. Jika ini berlaku maka insiden “terlepasnya Pulau Batu Puteh” akan berulang kembali kerana KFCH dan QSE boleh dikatakan lubuk emas dari aspek pelaburan dengan jualan kasar setahun melebihi RM4 bilion. Itulah juga rahsianya kenapa MESB mengeluarkan KFCH dan QSR dari senarai Bursa Malaysia untuk menjadi status “syarikat persendirian” supaya pindahmilik saham boleh dilakukan dengan lebih mudah tanpa pengetahuan orangramai dan juga terlepas daripada syarat-syarat dan peraturan yang ketat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Akhirnya majoriti saham KFCH dan QSR akan dikuasai oleh individu dan syarikat asing serta penguasaan bumiputera ke atas KFCH dan QSR akan terlepas.

4) Majoriti pelanggan rangkaian resoran KFC, Ayamas dan Rasamas adalah orang-orang Melayu Islam. Apabila majoriti saham KFCH dan QSR terkepas kepada warga asing dan bukan bumiputera maka isu halal ayam KFC akan timbul semula sebagaimana pernah timbul satu masa dahulu. Bagaimana nasib ratusan kontraktor bumiputera yang selama ini dibimbing oleh JCorp sebagai pembekal kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimana nasib penternak-penternak ayam bumiputera yang dibimbing selama ini bagi membekalkan ayam kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimanakah penguasaan 30% ekuiti ekonomi oleh Bumiputera jika agenda sebegini masih ada pada pimpinan UMNO/BN?

5) Apakah peranan YAB Dato’ Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor yang juga merupakan Pengerusi JCorp? Adalah mustahil beliau tidak mengetahui agenda yang tersirat disebalik yang tersurat. Apakah ada tangan “superman” yang dikatakan oleh Tan Sri Dato’ Ali Hashim yang menyebabkan Dato’ Abdul Ghani Othman terpaksa berdiam diri dan hanya bersetuju dengan apa yang telah dinasihatkan oleh “penasihat” atau mungkinkah Dato’ Abdul Ghani telah dijanjikan dengan habuan politik untuk terus menerajui Negeri Johor sebagai Menteri Besar bagi tempoh sepenggal lagi.

Persoalannya siapakah pemegang watak “superman” dan “penasihat” dalam filem ini. Kalau mengikut teori filem 3 Abdul, yang pasti Tuan Penasihatnya adalah Kassim Pantalan yang terkenal dengan panggilan “20 percent”. Setiap nasihat yang diberi mesti ada bahagian untuknya. Dalam proses pengambilalihan, siapakah agaknya Kassim Pantalan yang sentiasa beroleh keuntungan. Sadiq Sigaraga atau ‘supermannya’ dipercayai adalah orang atasan UMNO/BN, manakala Abdul Wahab adalah Pengerusi JCorp iaitu YAB Menteri Besar Johor dan Abdul Wahib adalah Presiden atau Ketua Eksekutif JCorp sekarang iaitu Kamaruzzaman Abu Kasim.

6) Semasa JCorp di bawah pentadbiran Tan Sri Dato’ Ali Hashim, beliau bersungguh-sungguh memastikan bahawa JCorp dan anak-anak syarikatnya tidak dipengaruhi oleh orang politik khususnya di dalam membuat keputusan pelaburannya. Pada masa beliau hanya seorang sahaja ahli politik yang terlibat iaitu YAB Dato’ Abdul Ghani Othman sebagai pengerusi JCorp. Bagi menjayakan filem ala 3 Abdul ini, UMNO telah memasukkan beberapa kuda tungganganya dalam Kulim (M) Bhd. sebagai pengarah iaitu Datuk Ahmad Zaki Zahid (44 tahun, berasal dari Kedah, Ketua Pemuda Putrajaya & EXCO Pemuda UMNO Malaysia), Natasha bte Kamaluddin (39 tahun, Pengarah Ethos & Company), Wan Mohd Firdaus Wan Ahmad Fuaad (28 tahun, berasal dari Kelantan, bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar Johor) dan Edward Leung Kok Keung (44 tahun, dipercayai wakil Dato’ Lim Kang Hoo, pemilik Ekovest dan Danga Bay). Kesemua mereka kecuali Natasha adalah juga dilantik sebagai Lembaga Pengarah Damansara Realty Bhd. anak syarikat hartanah Kulim (M) Bhd. Akhirnya, JCorp hanyalah dijadikan alat bagi pihak-pihak tertentu untuk memuaskan nafsu politik dan nafsu business mereka.

Selamatkan Johor

Sudah sampai masanya untuk rakyat Negeri Johor untuk sedar dari buaian mimpi rekaan UMNO/BN. Jangan ditunding jari kepada DAP, PKR ataupun PAS yang menyebabkan terhakisnya agenda Bumiputera! Jangan ditunding jari kepada golongan bukan Bumiputera sebagi penyebab gagalnya golongan Bumiputera menguasai 30% ekuiti dalam ekonomi negara! Selagi negara mempunyai pemimpin yang mempunyai agenda tersendiri untuk memuaskan nafsu politiknya maka selagi itulah negara dan khazanah negara berada dalam keadaan bahaya. Bukan sesiapa yang menjadi pengkhianat kepada agenda Melayu dan Bumiputera tatapi realitinya membuktikan UMNOlah sebenarnya yang menghakis agenda Bumiputera dahulu, kini dan selamanya.

Rakyat Negeri Johor hanya mempunyai satu pilihan iaitu memenangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum ke-13 bagi melahirkan Abdul Wahub yang akan menyelamatkan aset atau harta milik khazanah negeri dan rakyat Negeri Johor daripada terus digadaikan oleh pimpinan UMNO/BN bernafsu seperti Sadiq Sigaraga.

“MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN”

Sr. Hj Dzulkefly Hj Ahmad
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor









10 Kenderaan Terbabit Dalam Kemalangan Setelah Lori Brek Mengejut

Tragedi lampu merah

Georgetown: Kira-kira 10 pemandu nyaris maut apabila seorang drebar lori gagal memberhentikan kenderaannya sebelum merempuh kenderaan lain dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu membabitkan 10 kenderaan iaitu dua lori, tujuh kereta dan sebuah van berhampiran simpang lampu isyarat ke Sunny Point menghala ke Gelugor dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Sebuah kereta jenis Volkswagen Passat bernilai lebih RM250,000 rosak teruk akibat rempuhan kuat di bahagian belakang menyebabkan ia terperosok antara lori dan kenderaan lain.

Selain itu, sebuah kereta Proton Saga turut remuk, manakala enam kenderaan lain terhimpit antara satu sama lain dan sebuah lori membawa sisa pepejal melintang di tengah jalan raya.

Tiada kecederaan parah dilaporkan dan pemandu lori melarikan diri selepas kejadian.

Pemandu kereta Proton Saga yang dikenali sebagai Jason Loo, 29, berkata, dia terkejut apabila keretanya dirempuh dari belakang ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

“Saya terkejut kerana kereta saya terperosok dengan kereta lain, namun bernasib baik kerana tiada kecederaan berlaku,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori 12 tan berusia 30-an itu dari arah Jalan Sungai Nibong menghala ke Jalan Sultan Azlan Shah dan dikatakan membrek lorinya secara mengejut.

Katanya, ketika itu terdapat pelbagai jenis kenderaan berhenti berhampiran lampu isyarat kerana ketika itu lampu merah dan akibat brek mengejut, lori itu gagal berhenti sebelum melanggar kenderaan di depannya.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk sepanjang lima kilometer, namun trafik kembali lancar selepas sepasukan anggota bomba dari Jalan Perak mengalihkan kenderaan berkenaan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan masih dijalankan. Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL), Inspektor Syed Azman Syed Abdul Aziz di talian 04-2181887. -hm


REMUK...keadaan Volkswagen Passat selepas dirempuh dari arah belakang.

HANCUR...sebuah kereta tersepit dalam kemalangan babit 10 kenderaan.


Bongkar: Video Seks Terbaru - Anwar Tidak Berada Di Bangkok Pada Tarikh Rakaman

Keadilan: Rakyat tidak akan percaya video fitnah terbaru

KUALA LUMPUR 27 Jan: KEADILAN menegaskan rakyat tetap tidak akan percaya terhadap video fitnah terbaru yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau mengulas dakwaan salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim yang mendakwa terdapat satu lagi video yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Menurut Muhammad Nur, video fitnah tersebut tidak berkesan untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar, malah terdapat kajian menunjukkan majoriti rakyat di negara ini tidak mempercayainya.

“Masyarakat tidak percaya dengan video ini. Janganlah buat kerja tidak berfaedah di sisi Islam. Islam mahukan umatnya mengamalkan kehidupan aman dan bukannya kerja jahat sebegini,” katanya kepada Keadilandaily.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar ketiga individu berkenaan segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

“Saya nasihatkan Datuk T hentikanlah amalan keji. Mengaibkan orang lain adalah sesuatu perbuatan yang keji dan berdosa besar. Sepatutnya mereka insaf dan bertaubat,” ujarnya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Shuib, yang juga bekas bendahari PERKASA, mendakwa video terbaru itu dirakam pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.
Shuib turut mencabar Anwar membuktikan dakwaan mereka salah atau berdepan dengan pendedahan video berkenaan.

Pada 24 Jun lalu, Shuib dan dua lagi Trio Datuk T, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Mereka didakwa selepas menayangkan sebuah video seks fitnah terhadap Anwar di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan pada Mac tahun yang sama.

Bagaimanapun Anwar dan pimpinan KEADILAN menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan sebagai satu lagi usaha untuk menjatuhkan dan mengaibkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pada Oktober tahun lalu, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti responden tidak percaya dengan video seks yang dikaitkan dengan Anwar. -KD

Penipuan Dato T, Anwar Berada Di Indonesia Bukan Bangkok

PAGI tadi penulis menulis mengenai dakwaan terbaru oleh Dato T ini kononnya ada kewujudan video seks terbaru yang mengaitkan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Baru sahaja sebentar tadi, penulis mendapat maklumat dari sumber yang menyatakan Anwar tidak berada di Bangkok pada 12 & 13 Januari 2011 seperti yang didakwa oleh Trio Dato T.

Sebaliknya, Anwar pada tarikh yang didakwa berada di Indonesia.


Kenyataan ini seterusnya menafikan kewujudan video yang dikatakam mirip Anwar itu. Dan jika Anwar tidak berada di Thailand seperti yang didakwa, imej siapa pula yang berada dalam rakaman tersebut?

Mungkinkah, trio Datuk T akan mengubah versi cerita mereka dengan mengatakan video tersebut dirakam di Indonesia pula?

Jika itu berlaku, maka sejarah memalukan yang pernah berlaku dalam kes perbicaraan liwat 1 akan berulang semula kali ini. Dalam kes tersebut, Anwar dikatakan meliwat Azizan Abu Bakar di Trivolli Villa pada 1993 bilamana bangunan itu tidak wujud pun pada waktu dan tarikh yang didakwa!!!

Nampaknya, cubaan kali kedua trio tajaan UMNO ini untuk memalukan Anwar buat kesekian kalinya, tidak menjadi kenyataan waima sebelum video tersebut tersebar pun.

Tapi dalam masa yang sama, penulis harap Datuk Seri Anwar dapat meneruskan semula tindakan saman ke atas orang orang ini agar cubaan seumpamanya dapat dihapuskan terus dimasa hadapan.
-suarapakatanrakyat


Ulasan GB

Sebelum ini GB sudah ulas. Petikan:

Utusan & Berita Harian - tak serik-serik dimalukan. Kes saman di mahkamah menampakkan mereka sering tewas.

Blogger-blogger UMNO akan menerima balasan lebih dasyat sedasyat fitnah yang ditaburkan terutama apabila mengada-adakan hal yang tiada seperti video seks dan sebagainya.


أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?



27 Jan 2012

Rakus Tak Rakus, Bentuk Dan Biar Suruhanjaya Siasatan Diraja Tentukan

Keluarga Shahrizat nafi rakus belanja pinjaman RM250 juta

Pengarah eksekutif syarikat National Feedlot Corporation, Wan Shahinur Izmir Salleh menafikan dakwaan bahawa beliau serta anggota keluarganya rakus membelanjakan pinjaman wang RM250 juta untuk projek lembu fidlot.

"Tidak munasabah kalau saya (guna wang) untuk berpoya-poya, anak-anak saya akan lingkup, (keluarga) saya akan hancur bila tidak boleh bayar pinjaman yang besar itu.

"(Ada yang dakwa) kami rakus dengan wang, beli kondo, beli (kereta) Ferrari, beli coli RM16K pun ada (yang kata).

"Orang cepat melatah dan kata benda-benda begini," katanya dalam satu taklimat kepada beberapa pemimpin NGO di Kampung Baru hari ini.

Ini merupakan kali pertama Shahinur Izmir tampil di khalayak umum untuk mempertahankan syarikat milik keluarganya yang kini dilanda kontroversi.

Anak kepada menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu berkata, beliau tidak pernah membeli kenderaan Ferrari dan gaji beliau juga tidaklah mencapai angka RM40,000 seperti yang didakwa.

Beliau turut menjelaskan keputusan syarikat berkenaan untuk membeli hartanah, seperti dua unit kondominium One Menerung.

Tegasnya, hartanah berkenaan telah memberi pulangan dalam bentuk bayaran sewa.

Katanya, syarikat itu juga perlu membayar pinjaman berkenaan tahun ini, sedangkan projek National Feedlot Centre telah ditangguhkan.

"Jadi dengan duit pinjaman itu, kita kena putuskan sama ada hendak biarkan dalam bank atau dijadikan pelaburan.

"(Keputusan untuk membeli hartanah) merupakan keputusan yang baik pada masa itu," katanya lagi.

Beliau juga menyifatkan bahawa tuduhan demi tuduhan terhadap beliau dan anggota keluarganya itu sebagai dakwaan yang tidak jujur.

"Macam mana nak seleweng duit yang kita sendiri pinjam? Setiap sen pinjaman itu kena bayar balik," katanya lagi.

Beliau turut menerima beberapa soalan daripada wakil NGO yang hadir, termasuk daripada wakil pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia, Suhaimi Adnan.

Suhaimi menimbulkan persoalan berhubung nasib penternak lembu di kawasan Air Kuning Selatan, Gemas yang kini menjadi tapak projek NFC.

Suhaimi berkata, tanah penternak berkenaan telah diambil tanpa sebarang pampasan manakal projek ladang satelit yang dijanjikan melalui NFC juga tidak berjalan.

Wan Shahinur Izmir dalam penjelasannya berkata, syarikat NFC tidak bertanggungjawab atas pengambilan tanah berkenaan, yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

Beliau kemudiannya bergegas keluar meninggal majlis berkenaan tanpa menerima apa-apa soalan daripada wartawan.

Difahamkan, Wan Shahinur Izmir akan menyertai bapanya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang kini sedang mengerjakan umrah di Mekah. -mk



Kit Siang: Masyarakat harus mendesak pembentukan Suruhanjaya Diraja untuk NFC

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Lim Kit Siang bertekad untuk memastikan kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) terus hangat, dan mendesak rakyat Malaysia berkerjasama mendesak kerajaan supaya membentuk Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal tersebut.

Beliau menggelar NFC satu "kontroversi terbesar", dan pemimpin veteran ini berusaha menyenaraikan beberapa sebab mengapa kerajaan, dan pemimpin utama seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, harus menghadapi kenyataan dakwaan bahawa mereka terlibat terhadap skandal tersebut.

"Konspirasi sedemikian tidak seharusnya dibiarkan, skandal 'kondominium lembu' NFCorp (National Feedlot Corporation) menjadi satu simbol kegagalan pentadbiran Najib dalam mencegah rasuah dan mengetuai kerajaan yang telus dan bertanggungjawab," kata Lim.

Dalam senarainya, Ipoh Timor MP menyatakan bahawa pinjaman kerajaan RM250 juta yang dimaksudkan bagi projek penternakan lembu diakui pernah digunakan untuk membeli unit-unit kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura, petak-petak tanah di Putrajaya dan membiayai perjalanan ke luar negara dan “gaji-gaji luar biasa tinggi” untuk ahli-ahli keluarga Shahrizat.

Shahrizat, menteri dalam Kabinet Najib, telah berulang kali dikaitkan dengan skandal terbabit berikutan suaminya merupakan pengerusi NFCorp, dan anak-anaknya merupakan ahli lembaga pengarah dalam syarikat itu.

Lim juga menyatakan bahawa selain daripada Shahrizat dan keluarganya, personaliti-personaliti penting lain juga dikaitkan dengan skandal NFC itu, termasuklah Najib yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Projek Berimpak Tinggi apabila NFC dimulakan, Muhyiddin, yang ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, dan Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian sekarang.

Beliau turut menamakan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerana beliau merupakan ketua Kabinet ketika projek itu bermula pada 2007.


Lim juga mempersoalkan keengganan pihak-pihak berkuasa untuk membincangkan skandal berkenaan, walaupun dengan jelas telah dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Antara lain, Lim menunjukkan bagaimana laporan Peguam Negara telah ditangguhkan daripada dibentang di Parlimen tahun lepas, keengganan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) “ selepas lima bulan” memulakan penyiasatan, kegagalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid menyiasat skandal tersebut dan keengganan Najib dan Muhyiddin untuk melaksanakan siasatan Suruhanjaya Diraja.

Menurut Lim, percubaan-percubaan itu dilihat cuba menyembunyikan skandal berkenaan yang menurutnya bukan sahaja "kotor" seperti laporan media, malah, projek penternakan lembu bernilai jutaan ringgit itu merupakan satu “huru-hara yang dasyat”.

“Secara keseluruhan, terdapat halangan yang besar terhadap konspirasi tersebut bagi menyembunyikan skandal NFC/ NFCorp.

“Rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik, patut bersatu dengan suara yang terang dan jelas bagi menuntut pembentukan Suruhanjaya Diraja untuk NFC/NFCorp," katanya lagi. – TMI


Bersatu untuk dedahkan skandal “kondo dan lembu”

Semua rakyat Malaysia tidak kira pegangan agama, politik mahu pun kaum yang cintakan negara perlu bersatu untuk mendesak kerajaan pusat menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai penyelewengan melampau “lembu dan kondo” NFC.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggariskan empat sebab kenapa rakyat perlu bersatu padu menentang penyalahgunaan wang rakyat untuk kepentingan peribadi pemimpin UMNO-Barisan Nasional dan keluarga mereka.

Pertama: Pinjaman oleh NFCorp berjumlah RM250 juta dengan kadar faedah 2 peratus dari kerajaan persekutuan untuk memperomosikan penternakan lembu.

Menurut Kit Siang, ada khabar bahawa terdapat pembelian kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura, pembelian sebidang tanah di Precint 10 Putrajaya, pelancongan ke luar negara, dan gaji tinggi yang tidak masuk akal untuk keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Kedua: Beberapa personaliti politik tertinggi tanah air juga dikaitkan dengan skandal ini atau mungkin terlibat secara langsung.

“Personaliti itu perlu ke hadapan, jelaskan kepada rakyat, dan mereka yang terlibat itu bukan sahaja Shahrizat, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Projek-projek Bernilai Tinggi yang meluluskan projek NFC pada 2006.

“(Selain Najib,) Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu dan menteri sekarang Datuk Seri Noh Omar.

“Malah, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga perlu ke hadapan kerana beliaulah yang mempengerusikan kabinet sebelum pilihan raya umum 2008,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Ketiga: Kelewatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang mengambil masa lebih lima bulan selepas Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan penyelewengan NFC.

Keempat: Usaha terbaharu personaliti-personaliti politik untuk “menutup” dan lari dari tanggungjawab skandal itu.

Sehubungan itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, konspirasi-konspirasi skandal NFC/NFCorp boleh dijadikan tanda aras atau simbol kegagalan Najib dan ‘pengikutnya’ yang kononnya mahu melawan rasuah dan pelbagai lagi korupsi.

“Walau pun tanpa skandal “kondo berisi lembu” itu, Malaysia telah pun menjunam teruk ke tangga 60… Paling rendah sejak 17 tahun lalu menurut Laporan Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2011,” katanya.

Tambah beliau, Malaysia akan terus menjunam lebih teruk dan buruk lagi tahun ini sekiranya skandal NFC ini tidak disiasat secara telus.
– Roketkini


Kesian Hassan Ali, Bermimpi Di Siang Hari

Kuasa Ketiga : Hasan Ali mimpi di siang hari

SHAH ALAM: Kenyataan bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bahawa kewujudan kuasa ketiga yang sedang dibina untuk menarik sokongan masyarakat dalam pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai ‘mimpi disiang hari’.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menyifatkan sedemikian sambil berkata Hasan Ali terperangkap dengan soalan yang diajukan kepada beliau ketika program Bual Bicara Soal Jawab di TV3, Rabu lalu.

Dr Rani yang turut mengikuti siaran program itu mempersoalkan golongan mana dimaksudkan Hasan Ali untuk menyertai gelombang kuasa ketiga tersebut.

“Saya tanya siapa wakil yang dimaksudkan itu? Adakah ia ulama sedangkan beliau (Hasan Ali) sebelum ini kata ulama adalah profesional.

“Beliau terperangkap dengan soalan ni. Lagipun banyak soalan yang tidak dijawab. Bagaimana beliau nak bentuk kuasa ketiga jika tiada komponen?

“Andaian beliau ini umpama mimpi di siang hari. Jika benar nak wujudkan kuasa ketiga maka perlu bertindak untuk tegur mana-mana parti.

“Tegurlah PAS, Umno, kenapa tidak kes NFC juga? Tapi kuasa ketiga ini akan condong dan akhirnya membawa kepada gerakan Umno,” katanya ketika diaju soalan berhubung kuasa ketiga oleh bekas exco agama kerajaan negeri itu.

Hasan yang juga ahli dewan negeri Gombak Setia, melalui program itu berkata usaha melalui gerakan kuasa ketiga itu sudah dimulakan oleh teman-teman yang tidak dinyatakan secara umum.

Beliau juga berkata kuasa ketiga itu nanti akan bergabung dengan wakil rakyat bebas yang lain sambil menawarkan manifesto bersama walaupun tidak wujud sebarang parti sendiri.

Kempen KTS tidak masuk akal

Sementara itu, ditanya pemberita mengenai tindakan Kelab Taat Suami (KTS) yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai ‘Tokoh Seks Suci Islam’ dalam kempen Maulidur Rasul mereka, Abdul Rani berkata,

“Saya minta Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mainkan peranan untuk memantau aktiviti kelab terbabit kerana kempen itu tidak masuk akal malah kerajaan negeri Selangor juga tidak bersetuju dengan kempen sedemikian.

“Ia tidak masuk akal, kita pandai-pandai meletakkan Rasulullah SAW sebagai imej sedemikian. Harap Mais dapat main peranan,” katanya.

Ketua Muslimat PAS negeri, Wan Hasrina Wan Hassan pula menyindir Hasan Ali dengan berkata dari sudut akidah ia memang sesuai bagi beliau (Hasan Ali) untuk menghentam KTS dan bukannya PAS.

MP: Hasan akan jadi 'budak suruhan' dalam 'kuasa ketiga'

Timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad berkata bekas ketuanya, Datuk Dr Hasan Ali hanya akan menjadi "budak suruhan" dalam Umno apabila berjinak-jinak dalam kem "kuasa ketiga" – kumpulan yang dikatakan akan meraih sokongan pengundi penentu dalam pilihan raya akan datang.

Sambil menyifatkan 'kuasa ketiga' itu sebagai hanya "rekaan romantis" untuk kepentingan BN, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata, ia hanya akan menjadi "pengacau" apabila calon dari kem Pakatan Rakyat berdepan dengan calon BN dalam pilihan raya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan dalam satu program wawancara di TV3, Rabu lalu yang antara lainnya mengupas mengenai gerakan kuasa ketiga yang bakal disertai bekas exco Selangor itu.

Hasan dalam program tersebut juga berkata, beliau tidak merangka untuk bergerak ke peringkat bertanding dalam pilihan raya, namun usaha melalui gerakan kuasa ketiga itu telahpun dimulakan oleh "teman-teman" yang tidak dinyatakannya.

Hasan juga berkata jenama kuasa ketiga itu masih belum ditentukan, namun beliau akan bergabung dengan wakil rakyat bebas yang lain, dengan menawarkan manifesto bersama walaupun tidak mempunyai parti sendiri.

Mengulas kenyataan itu, Khalid berkata, beliau juga tertanya-tanya siapakah lagi yang masih menyokong ADUN Gombak Setia itu, terutamanya di dalam PAS.

"Kalau dia ramai teman-teman yang sokong dia, seharusnya dia dapat pencalonan untuk jadi calon di Gombak Setia,"
kata Khalid lagi.

Tambahnya, Hasan juga sebelum ini termasuk dalam senarai 'top five' dalam senarai 18 pemimpin tertinggi untuk bertanding dalam jawatankuasa PAS pusat.

"Dalam pemilihan tahun lepas, dia turun ke nombor dua tercorot. Kalau betul ramai sokong dia, kenapa perkara itu berlaku? Sepatutnya dialah yang dapat undi paling banyak," katanya lagi.

Dalam pemilihan parti pada 3 Jun itu, Hasan berjaya merebut keanggotaan dalam jawatankuasa pusat dengan kedudukan di tangga ke-16, dengan kemenangan tipis 437 undi.

Khalid juga mendakwa, Hasan bukan saja telah "mengelilingi diri dengan orang Umno" selepas Mac 2008, malah turut mengenepikan orang PAS yang banyak membantu beliau ketika kempen pilihan raya.

"Dia tidak manfaatkan (kerjasama) team PAS. Dia tidak ambil orang PAS untuk berada di keliling dia, tapi dia dikelilingi orang Umno, lebih-lebih lagi semenjak dia tak dilantik jadi menteri besar.

"Orang yang kerja keras semasa pilihan raya 2008, lepas menang tiada lagi (bersama Hasan). Itulah antara sebab dia tak dapat pencalonan (bertanding di Gombak Setia)," katanya yang turut menjangkakan Hasan tidak akan merayu pemecatannya daripada PAS.

Hasan masih berpeluang sehingga 8 Februari untuk berbuat demikian.

Khalid berkata, penyokong dalam PAS juga sebelum ini masih bersimpati dengan Hasan selepas penceramah motivasi itu dikenakan tindakan penggantungan.

"PAS pun tak mahu pecat dia sebab kita sayang ahli kita. Kita nak selamatkan dia biar dia terus bersama PAS.

"Nampaknya dia dah tak mahu bersama walaupun telah diberi penjelasan. Semuanya bermula apabila dia tidak lagi jadi pesuruhjaya. Sebelum ini tak timbul masalah tapi bila tak jadi pesuruhjaya dia tak boleh terima.

"Mulalah dia buat perangai pelik-pelik, kemudian barulah (PAS) terpaksa pecat dia," kata Khalid lagi.

Khalid dan Hasan pada Januari 2010 sama-sama didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin – Hasan diberi amaran manakala Khalid dikenakan tindakan penggantungan jawatan sebagai timbalan yang dipertua PAS Shah Alam, serta keanggotaan dalam biro politik untuk tempoh enam bulan.

Hasan digugurkan daripada jawatan pesuruhjaya PAS Selangor pada Jun tahun lalu. Ketika itu, Hasan merupakan exco hal ehwal Islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam Selangor.

Sementara itu, ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin (kiri) pula menjangkakan bahawa Hasan tidak akan dapat menarik ramai penyokong Pakatan dalam program jelajah dan ceramah yang akan dijalankannya.

Beliau juga yakin bahawa kuasa ketiga yang diuar-uarkan itu dibayangi pemimpin Umno, manakala gerakan itu pula diwujudkan untuk mendedahkan kelemahan dalam Pakatan.

Idea mengenai penubuhan kuasa ketiga itu kuat dikempen oleh media pro-BN, sebaik PAS bertindak memecat Hasan pada 8 Jan lalu – dengan mempromosi beberapa nama termasuk bekas ahli parlimen PKR, Datuk Zulkifli Noordin.

Hasan juga tampil dalam program wawancara di TV semenjak dipecat daripada PAS, seperti dalam siaran TV3 pada malam Rabu lalu.

"Rakyat telah matang untuk melihat pemimpin seperti ini kerana integriti dan kredibiliti mereka dipertikai," kata Shamsul ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, masyarakat di negeri ini telah mula mengetahui bahawa isu bersabit Hasan bersifat "peribadi dan dendam kesumat."

"Itu akan menyebabkan Hasan Ali sukar tarik sokongan yang signifikan. Apatah lagi apabila dia dikelilingi orang yang ada krisis kredibiliti (dalam gerakan kuasa ketiga).

"Saya tak nampak dia popular, kecuali beberapa media yang kita maklum cenderung untuk beri laluan kepada beliau. Kerap kali sidang media (Hasan) diberikan siaran utama sama ada oleh TV1 dan TV3," katanya.

Menurutnya lagi, Pakatan juga tidak bimbang dengan program jelajah yang akan dijalankan Hasan dan strategi itu juga diyakininya tidak akan menjejaskan penyokongnya, terutama daripada PAS.

"Dia akan pergi ke semua kawasan parlimen di Selangor dan pastinya bertujuan untuk melemahkan Pakatan. Tapi di Gombak sendiri yang didokong oleh pemimpin seperti Azmin Ali dan Saari Sungib, bukan laluan mudah untuk Hasan Ali," katanya.
-mk


PAS Selangor Dedah Punca Hasan Ali Lempar Tuduhan Liar



SHAH ALAM 27 JAN : PAS Selangor hari ini mendedahkan punca kemarahan Datuk Dr Hasan Ali terhadap parti Islam itu sehingga sanggup membuat tuduhan liar dan mempertikaikan dasar parti itu.

Puncanya ialah kehilangan jawatan dan kedudukan di dalam PAS Selangor, dedah Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridzwan yang membacakan kenyataan media semasa sidang akhbar di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini.

"Kemarahan beliau(Hasan) terhadap PAS semakin melonjak apabila diketahui beliau tidak dicalonkan oleh PAS Gombak untuk kerusi Gombak Setia dalam PRU-13 walaupun dijelaskan keputusan itu bukan muktamad.

"Semenjak itu beliau mula mengambil sikap menyendiri dan mempertikaikan keseluruhan perjalanan PAS. Beliau mendakwa PAS tidak lagi dikuasai golongan ulama sedangkan amat jelas tindakan beliau sendiri melanggar nasihat dan arahan ulama di dalam PAS. Kalau ada yang membelakangkan ulama,ianya dirinya sendiri dan bukan PAS," kata Hasbullah.

Tambah Hasbulllah, kedudukan Ulama dan PAS terjamin dan diinstitusikan di dalam perlembagaannya melalui kewujudan Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama di mana kedudukan ini jauh lebih mulia dan terunggul berbanding Ulama di dalam Umno yang mana hanya disediakan Biro Agama yang setaraf dengan Biro Sukan.

"Dasar perjuangan PAS juga tidak berubah seperti terbukti dengan tiadanya apa-apa pindaan yang dibuat ke atas perlembagaannya. Adalah 'common sense' atau kefahaman asas bahawa sekiranya dasar sesebuah parti ingin ditukar,maka perlembagaannya perlu diubah," ujarnya.

Justeru, rakyat diseru tidak tertipu dengan kata-kata nista daripada Hasan yang diberi galakan dan sokongan dari Umno-BN atas sebab-sebab kepentingan politik mereka.

"Umum menyedari,dalam soal merosakkan seseorang individu tiada yang lebih hebat dari Umno,dalam kes Dr Hasan Ali adalah bukti akan kehebatan Umno dalam soal ini," ujarnya.

Sidang media itu turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad, Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib dan Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan. -tvsnews




3 Lelaki, Ibu Tunggal Muda Lakukan Perbuatan Sumbang Ditahan

Kulim - Tiga remaja lelaki berusia 16, 17 dan 19 ditahan orang awam ketika sedang melakukan perbuatan sumbang bersama seorang ibu tunggal berusia 22 di tahun di padang permainan di Taman Desa Impiana, kira-kira jam 3.15 pagi semalam.

Saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, dia ternampak suspek terlibat menunggang tiga motosikal berasingan dan mengekori mereka dari Taman Alma Jaya sehingga ke Taman Selasih.

“Perlakuan mereka mencurigakan apabila berlegar di sekitar kawasan perumahan. Mereka kemudiannya melarikan diri apabila ternampak Unit Peronda MPV Polis yang sedang membuat rondaan.

“Kira-kira jam 2 pagi, mereka berhenti di kedai makan. Apabila selesai makan, mereka berlegar sekali lagi di kawasan Taman Selasih sebelum berhenti di padang permainan di Taman Desa Impiana.

Menurutnya, dia kemudiannya membuat pemantauan dari jauh dan mendapati dua remaja lelaki bersama seorang remaja perempuan masuk dalam lubang papan luncur di taman permainan itu manakala seorang lagi berada di luar.

“Saya kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim untuk tindakan lanjut, ” katanya.

Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati mereka tinggal di sekitar kawasan Kulim dan Permatang Pauh. Polis turut menemui senjata buku lima buatan sendiri dalam beg galas yang dibawa salah seorang remaja yang ditahan.

Selain itu, terdapat kesan lebam di leher sebelah kanan ibu tunggal berkenaan.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK).

Ketua Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, semua remaja lelaki terlibat tidak bersekolah manakala ibu tunggal yang ditahan bekerja di kantin kilang di Perai.

“PADK sudah mengambil keterangan semua suspek dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988. Jika sabit kesalahan, setiap suspek boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Mereka dibebaskan dengan ikat jamin RM500 setiap seorang dan diarahkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada tarikh ditetapkan. Sekiranya gagal berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka,” katanya. -SH

"Datang Mahkamah Tutup Aurat, Pakai Kopiah, Tapi Tak Guna Jika Tak Insaf" - Hakim

Juruterbang didenda khalwat isteri orang

Subang - Seorang juruterbang dan seorang suri rumah dihukum denda masing-masing RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam selepas mereka mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah di Tropicana Golf Resort di sini, Mei lalu.

Juruterbang, Mohd Zafrie Mohd Jasbir Khan, 30, dan pasangannya, Nur Sarah Euzen Petrus, seorang suri rumah yang berstatus isteri orang semasa kejadian turut diperintahkan menjalani hukuman penjara selama dua bulan, sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Mohamad turut menasihatkan kedua-dua pasangan itu supaya insaf dan tidak mengulangi kesilapan sama.

“Insaf bukan terletak kepada pakaian sahaja. Datang mahkamah pakai tutup aurat, pakai kopiah tapi kalau dalam hati tak insaf tak guna juga.

“Tertuduh kedua (Nur Sarah), kamu masih ada suami yang sepatutnya kamu taati. Tetapi kamu telah menderhaka kepada suami. Sepatutnya kamu wajar dipenjarakan, tetapi atas ehsan mahkamah, kamu dijatuhi hukuman denda,”
katanya.

Pasangan itu didakwa berkhalwat di sebuah rumah di Blok K, Kondo Riana Green, Jalan PJU 3/1C, Tropicana Golf Resort di sini, kira-kira jam 4 pagi, 16 Mei lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dikendalikan Pendakwa Syarie, Shafezan Rosli mengikut Seksyen 29 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Shafezan ketika mengemukakan fakta kes berkata, pasangan itu ditangkap penguat kuasa yang membuat pemeriksaan ke rumah itu selepas mendapat maklumat awam.

Penguat kuasa mengambil masa lebih 40 minit untuk mendapatkan kerjasama penghuni sehingga memaksa mereka memecahkan pintu hadapan.

Pasangan itu ditemui dalam rumah berkenaan yang tidak memasang lampu.

UMNO BN & SPR Perlu Belajar Dari Peristiwa Mesir

BN jangan lagi tipu rakyat, ambil pengajaran Mesir

KUALA LUMPUR, 26 Jan: PAS menerusi Lajnah Antarabangsanya mendesak Kerajaan BN agar jangan lagi terus menipu rakyat menerusi pelbagai janji manis untuk melakukan perubahan terhadap perjalanan pilihanraya di negara ini.

Sebaliknya, kesemua janji tersebut mestilah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membolehkan pilihanraya di negara ini diadakan dengan bersih, adil dan telus seperti yang dituntut oleh rakyat.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, perkembangan terkini yang berlaku di seluruh dunia terutama di Timur Tengah amat perlu dijadikan pengajaran oleh kerajaan bagi menjaga imej negara.

Menurutnya, sekiranya Kerajaan BN tidak juga mengambil iktibar terhadap kebangkitan rakyat terutama di Timur Tengah, kejadian yang sama juga pasti akan turut berlaku di negara ini yang akan memaksa rakyat bangkit ke jalan-jalan raya.

Katanya, fenomena di seluruh dunia terutama di Timur Tengah kini ternyata telah berubah yang jelas menunjukkan rakyat sudah tidak boleh disekat lagi untuk menikmati perubahan dalam pemerintahan ke arah yang lebih baik.

"Di Mesir setelah rakyat berpeluang membuat pemilihan sendiri, setelah kerajaan kuku besi regim Mubarak digulingkan oleh rakyatnya sendiri, rakyat negara itu ternyata telah memilih parti Islam untuk memerintah negara itu.

"Ini sememangnya satu perkembangan menarik yang menunjukkan rakyat di seluruh dunia kini sudah tidak lagi mampu disekat oleh kerajaan yang memerintah bagi membolehkan mereka menikmati perubahan ke arah yang lebih baik," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Keputusan pilihanraya Parlimen Mesir pada Sabtu, 21 Januari lalu menepati ramalan pelbagai pihak dengan parti-parti beraliran Islam mencatat kemenangan dan menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di negara itu.

Keputusan akhir pemilihan Parlimen pertama Mesir setelah jatuhnya Presiden Hosni Mubarak turut menepati ramalan beberapa pihak apabila parti politik milik Ikhwanul Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi.

Dengan perolehan yang turut mengejutkan sesetengah pihak itu, Suruhanjaya Pilihanraya Mesir pada 21 Januari lalu mengumumkan, FJP akan menguasai 235 kerusi di Majlis Rakyat (Parlimen).

Tempat kedua diduduki oleh kubu konservatif, Parti Salafi al Nur dengan 25 peratus undi atau 121 kerusi, sementara parti beraliran liberal, Parti Wafd meraih 36 kerusi dan parti sekular, Koalisi Mesir memiliki 33 kerusi.

Semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak, Ikhwanul Muslimin merupakan organisasi yang dilarang bergiat dalam politik dan dengan keputusan tersebut, parti-parti Islam kini telah berjaya menguasai dua pertiga kerusi Parlimen di Mesir.

Dengan keputusan itu juga, FJP kini merupakan parti utama yang menerajui kerajaan Mesir, sejajar dengan keinginan rakyat untuk menikmati kehidupan yang lebih baik di bawah pemerintahan kerajaan baru di negara itu.

Menurut Kamarudin, Lajnah Antarabangsa PAS Pusat sememangnya mengikuti dengan baik perkembangan yang berlaku di seluruh dunia termasuk di Timur Tengah.

Katanya, sebelum parti Ikhwanul Muslimin di Mesir berjaya menjadi parti yang utama bagi kerajaan baru yang memerintah negara itu, perkembangan yang memihak kepada rakyat juga telah berlaku terlebih dahulu di Tunisia.

"Kami sememangnya berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Mesir dan Tunisia itu dan perkembangan yang sama pasti akan turut berlaku di seluruh dunia.

"Di negara kita juga, sekiranya pilihanraya dilaksanakan dengan bersih, adil dan telus, Kerajaan BN dah lama tumbang, tetapi kini sekiranya kerajaan tidak juga berubah, pengalaman rakyat Mesir dan Tunisia itu pasti akan dijadikan pengajaran oleh rakyat negara ini," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tumpat menegaskan, malah rakyat di negara kita kini telah mulai bangkit sehingga menyebabkan mereka menjadi begitu waspada dengan segala janji manis yang ditaburkan oleh pihak Kerajaan BN agar tidak tertipu lagi seperti sebelum ini.

"Rakyat berharap agar kerajaan tidak lagi terus menekan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan SPR melaksanakan tanggungjawabnya dengan bebas dan baik, termasuk dengan melaksanakan 8 tuntutan Bersih dan seperti yang turut dibangkitkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini," tegasnya.

Lapan tuntutan Bersih yang dimaksudkan oleh beliau itu termasuklah bersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. -HD