7 Dis 2009

Luahan Nik Amalina Undang Kritikan Balas

Penglibatan anak perempuan menteri besar Kelantan dalam pertembungan terbuka antara suaminya dan blog Kickdefella kini mengundang lebih banyak kritikan terhadap kepemimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Blog-blog yang anti-pembangkang mengambil kesempatan daripada isu tersebut dengan mengaitkannya dengan amalan nepotisme, sekali gus cuba menggambarkan kelemahan kepimpinan menteri besar itu.

Blog Ruang Bicara Faisal menyifatkan keluarga Nik Aziz sekarang umpama "cacing kepanasan" sehingga menyebabkan anaknya Nik Amalina, yang tidak pernah bersuara, menghantar luahan rasanya di blog wakil rakyat PAS Dr Siti Mariah Mahmud.

Sebagai reaksi kepada tulisan 'Kesetiaan dan pengorbanan seorang isteri' hujung bulan lalu, blog itu berkata tulisan Nik Amalina menimbulkan rasa pelik kerana seolah-olah ahli keluarga Nik Abdul Aziz "kehilangan sesuatu yang berharga" apabila suaminya Abdul Ariffahmi Ab Rahman tidak lagi menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

"Walaupun meloyakan, tetapi saya tetap berterima kasih kepada Nik Amalina dan juga Dr Mariah kerana mencelarukan lagi keadaan PAS serta memudahkan kerja kami (menyerang parti itu)," coret penulisnya dalam artikel 'Keluarga Nik Aziz dah jadi cacing kepanasan'.

Sementara blog Masterdedah pula menyifatkan penulis Kickdefella Syed Azidi Syed Abdul Aziz – musuh Abdul Ariffahmi – sebagai "petugas bawah tanah" kepada exco kanan Kelantan, Datuk Husam Musa yang didakwa berdiam diri kerana tidak mahu dilihat anti-keluarga Nik Aziz.

"Petugas underground (bawah tanah) ini tidak difahami tugasnya oleh (Abdul) Ariffahmi. Inilah jadinya kalau seorang yang ditugaskan untuk gerak saraf berpaling tadah.

"Tentulah ini tidak akan difahami oleh Nik Amalina yang hanya tahu sebagai isteri Ariffahmi," coretnya.

Blog Warisan 2057 pula mengkritik Nik Amalina yang dikatakan gagal memahami isu nepostisme yang melibatkan ahli keluarganya.

"Dengan sebab itu Nik Amalina gagal mengupas isu tersebut melainkan bermain retorik (dan) melayan emosinya sahaja.

"Untuk menyedapkan permainannya, dia mengait-ngaitkan dengan ajaran Islam. Macam orang lain tidak mengaji," kata penulisnya, yang memperkenalkan diri sebagai Proharakah.

Blog itu juga mendakwa, luahan perasaan Nik Amalina itu dengan sendirinya "memberi pengakuan, tanpa keraguan yang munasabah" bahawa Nik Abdul Aziz "dengan sengaja, bersungguh-sungguh mengamalkan kronisme" dengan melantik Abdul Ariffahmi.

Ia membuat andaian itu berdasarkan tulisan Nik Amalina yang menyebut, pelantikan suaminya disokong bapanya Nik Abdul Aziz selepas perkara itu disuarakan sebanyak empat kali.

"Jadi kesimpulan akhirnya saya tidak nampak langsung hujah Nik Amalina yang dapat kita kaitkan dengan peranan keluarga ustaz ini (Nik Abdul Aziz) untuk agama, bangsa dan tanahair.

"Semata-mata berkisar pada kepentingan keluarga sahaja," kata penulisnya.

Sementara dalam blog yang tidak jelas pendirian politiknya Dunia Cacamarba, penulis Tayadih Maysia menyarankan Abdul Ariffahmi menyaman Syed Azidi bagi membersihkan diri dan nama bapa mertuanya.

"Orang ramai tertanya-tanya dan berasa agak pelik kerana sehingga kini masih belum kedengaran Tuan Sheikh (Syed Azidi) disaman oleh tuan badan yang dikatakan difitnah oleh Tuan Sheikh," katanya.

Syed Azidi turut dikenali sebagai Sheikh di kalangan teman-teman rapatnya.

Dalam artikel 'Saman sahajalah Tuan Sheikh itu', Tayadih Maysia hanya menyindir Nik Amalina dengan berkata:

"Banyak bercakap memberikan peluang kepada orang ramai menilai keperibadian dan perwatakan anda sebagai orang yang baik-baik."

Blog Kelab Greenboc pula berkata, Dr Mariah yang menyiarkan luahan perasaan Nik Amalina itu sepatutnya menasihatinya supaya mengadu kepada Nik Aziz sendiri daripada membiarkan anaknya itu "merapu-merapu".

"Sepatutnya YB Dr (Mariah) perlu menasihatinya bahawa ayahanda Nik Amalina sendirilah sepatutnya tempat mengadu.

"Ayahandanya seorang ulama disegani..., apa perlu Nik Amalina mengadu kepada orang lain tetapi membelakangkan ayahandanya sendiri?" coretnya semalam.

Blog itu turut mendakwa, Syed Azidi sebagai "orang yang dimusuhi" suami wanita itu, telah membawa bukti berhubung "gelagat dan perangai" Abdul Ariffahmi.

Abdul Ariffahmi dan Dr Siti Mariah ketika dihubungi Malaysiakini hari ini enggan mengulas berhubung artikel Nik Amalina dan juga penjelasan ahli parlimen PAS itu di blog tersebut. -malaysiakini

Bukan Soal Berapa Lama, Tetapi Bagaimana? - Aziz Bari

Demonstrasi oleh para penyokong UMNO dan Barisan Nasional di Kelantan dan Pulau Pinang minggu lalu saya fikir menarik untuk dibicarakan. Dari sudut perlembagaan ada beberapa sisi yang boleh diperkatakan. Yang pertama ialah soal hak bercakap dan berkumpul secara aman yang dijamin oleh Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan. Semua warganegara berhak untuk berbuat demikian

Tetapi dalam konteks negara ini perlembagaan membuat peruntukan yang membolehkan Parlimen membuat undang-undang untuk membatas atau menyekat hak-hak tersebut. Atas asas inilah kita ada peruntukan yang memberi kuasa kepada pihak polis di bawah Akta Polis 1967 untuk mengawal selia, termasuk tidak membenarkan perhimpunan awam.

Dalam kedua-dua insiden itu pasukan polis dikecam kerana mengambil sikap tidak kisah; yang jelas berbeza dengan garang yang mereka tunjukkan dalam demonstrasi yang dianjurkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Kecaman itu, pada saya, wajar dan patut diizinkan dalam negara demokrasi seperti Malaysia. Umumnya saya berpendapat bahawa Perlembagaan dan undang-undang perlu selaras dengan demokrasi dan atas dasar ini saya fikir polis masih belum begitu berjaya meyakinkan rakyat tentang integriti dan keadilan mereka. Bandingkan sahaja cara polis bertindak memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim berhenti berucap di Johor beberapa minggu yang lalu.

Sisi lain yang saya hendak sentuh ialah perkara yang hendak ditangani oleh kedua-dua demonstrasi itu. Di Pulau Pinang para penyokong Barisan mendakwa bahawa mereka turun ke jalan kerana Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng gagal melaksanakan janji-janji mereka. Di Kelantan pula para penyokong UMNO itu mahu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan.

Dari sudut Perlembagaan demonstrasi bukanlah cara yang betul untuk meminta Lim Guan Eng atau Nik Aziz meletakkan jawatan. Cara yang disediakan oleh Perlembagaan ialah melalui undi tidak percaya di dalam dewan. Dengan kata lain kalau UMNO benar-benar komited dengan Perlembagaan dan mempunyai sokongan yang diperlukan mereka perlu menggunakan cara itu. Menjerit-jerit dan membakar gambar di jalan raya bukan caranya.

Saya fikir polis boleh memaksa penyokong Barisan bersurai kerana dalam Perlembagaan jelas ada cara yang lebih betul untuk melaksanakan kehendak mereka. Sebab itu saya katakan di atas tadi polis gagal melaksanakan tugas mereka. Apalagi setelah mereka menafikan hak Anwar untuk berucap di Johor itu. Apakah di Pulau Pinang dan Kelantan tidak timbul soal kesesakan lalu lintas atau mengganggu ketenteraman awam sebagaimana yang mereka jadikan alasan di Johor dan beberapa demonstrasi Pakatan yang lain?

Selain itu saya tidak fikir penyokong Barisan di Pulau Pinang itu mengundi parti-parti Pakatan dalam Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Jadi apa hak mereka untuk mengatakan bahawa kerajaan pimpinan Lim Guan Eng gagal mengotakan janjinya. Saya fikir yang lebih layak untuk menuntut itu semua ialah mereka yang mengundi Pakatan.

Isu-isu di atas sememangnya komplikated dan sepatutnya diselesaikan oleh mahkamah. Tetapi dalam keadaan yang ada sekarang tidak banyak yang boleh kita harapkan dari hakim-hakim kita. Malah sekitar 15 tahun yang lalu seorang hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa hak di bawah Perlembagaan itu boleh disekat oleh apa sahaja undang-undang yang dibuat oleh Parlimen! Hakim ini jelas tidak faham Perlembagaan; khususnya prinsip ketertinggian Perlembagaan dan peranan polis dalam negara demokrasi.

Hak bersuara dan berbeza pendapat ini memang mengelirukan jika kita tidak faham kerangka Perlembagaan. Ini pernah ditimbulkan oleh mereka yang menyokong gelagat Datuk Dr Hassan Ali di Selangor. Saya katakan pada mereka yang Hassan tidak boleh menggunakan hak di bawah Perkara 10(1) kerana beliau adalah anggota pentadbiran. Ada peruntukan lain yang mengatasi peruntukan umum itu; yakni Perkara 43(3) yang menuntut beliau patuh kepada prinsip tanggungjawab bersama sebagai anggota Kabinet. Kalau Hassan hendak menggunakan hak di bawah Perkara 10(1) tadi maka perlulah beliau meletakkan jawatan Exconya.

Tentang Nik Aziz pula media UMNO begitu gemar menyebut betapa beliau terlalu lama memegang jawatan. Soalnya apakah tempoh yang baru masuk tahun ke 20 itu lebih lama dari Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun? Atau Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang menduduki kerusi menteri besar di Terengganu sebelum tersungkur dalam Pilihan Raya Umum 1999. Di Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah memegang jawatan Ketua Menteri selama 28 tahun.

Pada faham saya apa yang penting, kalau kita melihat isu ini dari sudut Perlembagaan dan demokrasi ialah cara bagaimana seseorang itu mendapat dan memegang jawatan. Bukan soal berapa lama seseorang itu memegang jawatan berkenaan. Minggu lalu, di Singapura, seorang bekas wartawan membuat dakwaan yang mengejutkan tentang jumlah wang yang lesap dalam tempoh 1981-2003. Sehingga ini orang yang selalunya cukup pantas membuat reaksi itu masih menikus. Kita juga sering mendengar betapa tempoh itu dikaitkan dengan pengembirian begitu banyak institusi awam dan pelanggaran hak asasi di negara ini. Bagi mereka yang prihatin dengan demokrasi tempoh 22 tahun itu dilihat sinonim dengan zaman gelap.

Pada saya itu menunjukkan bahawa apa yang lebih penting ialah bagaimana sesuatu jawatan itu dimenangi dan bagaimana kuasa yang dikaitkan dengan jawatan itu digunakan. Bukan soal berapa lama. Kita boleh pegang jawatan itu selama yang mungkin asalkan caranya demokratik. Tetapi memanglah bahawa logiknya sukar untuk mengekalkan jawatan kerana cabarannya banyak dan kuat pula. Sebab itu bekas Perdana Menteri Britain Harold Wilson (1964-1970 dan 1974-1976) pernah berkata bahawa seminggu dalam politik sudah cukup lama. Pengucapan itu tentunya perlu dilihat dalam konteks demokrasi mereka yang begitu terbuka, telus dan tidak ada cara untuk membawa lari tiang gol seperti di sini!

Presiden Amerika Syarikat, Frank D Roosevelt memegang jawatan itu selama empat penggal (1933-1945). Tetapi zaman kepresidenannya ditandai oleh sokongan dan pengaruh yang kuat. Beliau berada di situ atas dasar demokrasi yang kalau dibandingkan dengan Malaysia atau negara-negara primitif lain jauh bezanya. Memang selepas beliau Perlembagaan Amerika Syarikat dipinda dan seorang hanya boleh memegang jawatan presiden selema dua penggal berturut-turut. Tetapi itu dilakukan secara terbuka dan demokratik. Dengan kata lain itu adalah kehendak rakyat.

Para penyokong Barisan yang turut ke jalanan itu sepatutnya ingat hakikat itu. Mereka perlu buktikan bahawa Lim Guan Eng dan Nik Aziz sudah kehilangan sokongan. Tetapi ia perlu dilakukan di dalam dewan. Bukan di luar. Ketua Polis Kelantan dan Pulau Pinang pun kena tahu hakikat ini. Undang-undang ini terpakai kepada kedua-dua pihak, Barisan dan Pakatan. -Prof Abdul Aziz Bari

Tragedi KBMALL : 2 Maut 2 Parah

Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Bharu disahkan maut manakala seorang parah dan seorang lagi cedera ringan dihempap sebuah kereta yang terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall dalam peristiwa semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, mangsa yang maut itu dikenali sebagai Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, manakala mangsa yang cedera parah ialah Rashidah Ahmad Latfi, 24, juga pelajar kolej yang sama.

Pemandu kereta terbabit, Nor Ain Said, 19, hanya mengalami cedera ringan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang apabila sebuah kereta jenis Ford Laser TX3 yang dipandu Nor Ain dikatakan rosak di Tingkat 3 parkir itu.

“Kereta itu kemudian ditolak sebelum ianya tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh dinding lubang angin pasar raya tersebut sebelum terjunam ke tingkat bawah berhampiran eskalator,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, Siti Nor Amira yang berasal dari Felda Chiku Tujuh, Gua Musang mati di tempat kejadian, manakala Siti Nor Diana dari Kampung Menjual Chabang Empat, Tumpat meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Katanya, Rashidah yang berasal dari Kampung Pancor, Jerteh, Terengganu dan Nor Ain dari Kampung Chekeli, Dewan Beta, Nilam Puri di sini pula kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Zahruddin berkata, ketika kejadian ketiga-tiga mangsa berada di tingkat bawah pasar raya tersebut dan tiba-tiba dihempap kenderaan terbabit.

Menurutnya, kenderaan itu dikatakan rosak ketika diletakkan parkir di tingkat atas sekali itu sebelum Nor Ain bersama adiknya Nurul Afika, 17, dan seorang lagi rakan lelaki yang dikenali sebagai Sabri, 27, dari Besut, Terengganu mengambil keputusan untuk menolak kereta berkenaan.

Nor Ain bersama adiknya itu berada dalam kereta manakala Sabri dipercayai menolak kereta terbabit sebelum ia hilang kawalan dan berlaku kejadian malang itu,” katanya.

Beliau berkata, Nurul Afika bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu dan dilaporkan pulang ke rumah kerana ketakutan dan Sabri pula menghilangkan diri sejurus kejadian.

“Polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan akan menyiasat secara terperinci kejadian tersebut,” katanya.

Saksi kejadian, Johan Salleh, 47, berkata, ketika kejadian dia berada hampir pada tempat kejadian dan sempat melihat kereta itu terjunam lalu menghempap mangsa.

“Saya sempat menarik anak lelaki saya dan sehingga sekarang masih lagi terkejut dengan kejadian tidak disangka itu,” katanya.

Seorang lagi pengusaha premis pakaian yang hanya dikenali sebagai Lina, 40-an berkata, ketika kejadian beliau hanya mendengar dentuman kuat sebelum melihat orang ramai menjerit dan berlari keluar dari pasar raya itu.

“Saya ingatkan bangunan runtuh rupanya saya menyaksikan sebuah kereta terbang lalu terjunam dan keadaan sangat menakutkan,” katanya.

Zahruddin berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta tersebut dipercayai didaftarkan di atas nama seorang wanita iaitu, Lenolera Sandi Mohd Taib, 19, yang berasal dari Kampung Kayu Kelat, Kuala Besut.

Operasi menyelamat turut disertai oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Kota Bharu dan Darul Naim yang diketuai oleh Abdul Ghani Mamat.

Turut serta pada operasi itu ialah Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Shahrin Yusma Mat Yusof dengan dibantu oleh 15 anggota dan dua jentera.

Pasar raya yang terkenal dan terbesar di Kelantan itu kemudiannya ditutup kepada orang ramai. -

BERITA : SinarHarian
GRAFIK : Kosmo


Tembok lemah punca kereta terjunam: Polis

KOTA BAHARU, 7 Dis (Bernama) -- Struktur tembok bangunan penghadang kenderaan di tempat letak kereta tingkat tiga bangunan pasaraya KB Mall yang tidak kukuh dipercayai punca kepada kereta yang dipandu seorang wanita terjunam ke dalam bangunan itu Ahad.

Ketua Polis Kelantan SAC1 Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sekiranya tembok setinggi 1.8 meter itu dibina dengan bata dengan terdapat tetulang besi di dalam, mustahil boleh runtuh sebagaimana berlaku semalam.

"Dinding itu dibina dengan bata setinggi 1.8 meter dan tidak terdapat besi di dalam bagi menguatkan dinding itu daripada mudah runtuh," katanya kepada pemberita pada majlis Berkhatan Beramai-ramai anak warga PDRM, Kontinjen Kelantan di sini, Isnin.

Pada kejadian pukul 5 petang Ahad, dua pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, terbunuh dihempap kereta terbabit ketika berada di atas tangga bergerak pasar raya itu.

Dua mangsa yang cedera parah ialah Rashidah Ahmad Lutfi, 24, juga pelajar kolej yang sama dan pemandu kereta terbabit, Nor Ain Said, 19, kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Beliau berkata kejadian dikatakan berlaku apabila pemandu kereta terbabit tidak dapat mengawal kenderaan yang ditolak oleh seorang lelaki bagi menghidupkan enjin.

Abdul Rahim berkata siasatan awal mendapati tembok penghadang ke bangunan itu dibina dengan bata sahaja, tidak menggunakan konkrit tetulang sebagaimana lazim dilakukan ke atas bangunan-bangunan konkrit.

Katanya siasatan dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dan denda kerana dikatakan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian.

Beliau juga meminta seorang lelaki yang dipercayai rakan kepada pemandu kereta itu yang menghilangkan diri tampil membantu polis menyiasat kes terbabit di mana-mana balai polis berdekatan.

"Kita percaya lelaki itu boleh membantu siasatan kerana dia berada bersama-sama bersama pemandu wanita dan adik wanita itu yang selamat," katanya.

-- BERNAMA


Ulasan GB

GB telah mengulasnya di SINI.

Bacalah dengan menggunakan mata-hati.

Jika benar laporan Bernama menytakan tembok penghadang lemah, Kerajaan Negeri Kelantan perlu pastikan "tembok penghadang" kerajaan PAS negeri Kelantan diperkukuhkan.

Piala Monsun: Terengganu Bazirkan RM2.4 bilion

Piala Monsun: Terengganu bazir RM2.4 bilion
Oleh Faradiza

Kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said membazir sebanyak RM2.4 bilion wang rakyat dengan menganjurkan Piala Monsun yang sedang berlangsung ketika ini.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat, Rosli Abdullah mendedahkan bahawa dengan perbelanjaan sebanyak RM300 juta setahun maka jumlah untuk tempuh lapan tahun kontrak penganjuran bermakna RM2.4 bilion yang dipercayai wang ehsan hasil petrol, hangus.

Beliau berkata, "dengan jumlah tersebut kerajaan negeri boleh membina 80,000 unit rumah kos rendah dengan harga RM30,000 sebuah untuk rakyat Terengganu.

"Dengan jumlah wang itu juga, kerajaan negeri boleh memberi biasiswa kepada anak-anak Terengganu sebanyak RM50,000 setiap seorang untuk 48,000 pelajar," tambah beliau.

Menurut Rosli, penganjuran Piala Monsun ini adalah bertujuan untuk mengagih-agihkan projek kepada ahli-ahli Umno-Barisan Nasional (BN) menerusi sebuah syarikat kroni T-Best Events yang dibentuk oleh kerajaan negeri.

Tugas syarikat kroni ini ialah untuk mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan mengagih-agihkan kerja-kerja kepada kontraktor dan sub-kontraktor bagi mengaut keuntungan, cetusan dari peruntukan RM300 juta setiap tahun itu.

"Inilah bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh Umno-BN dan kita tidak menolak kemungkinan terdapat unsur-unsur rasuah yang sudah menjadi darah daging Umno-BN yang semakin hari semakin parah," ujar beliau.

Katanya, para peserta perahu layar pada pertandingan Piala Monsun pula terdiri dari para peserta luar negara dan sedikit pun tidak menguntungkan rakyat tempatan.

Rosli berkata, kerajaan negeri Terengganu hendaklah mencontohi negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat membantu warga emas sebanyak RM2,000 seorang apabila ditimpa musibah, sebanyak RM2,500 untuk ibu tunggal dan memastikan setiap keluarga memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM400 sebulan.

Beliau menyeru kerajaan negeri supaya memperpanjangkan bantuan komputer riba bernilai RM1,500 sebuah yang disediakan kepada kanak-kanak sekolah rendah tahun lima pada ketika ini, kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah.

"Terengganu yang kaya dengan hasil minyak dan dibiarkan rakyatnya hidup dalam kemiskinan merupakan satu agenda politik kotor supaya rakyatnya terus bergantung hidup kepada Umno-BN," tegas beliau.

Senario yang samalah menyebabkan Kerajaan Kelantan mahu royalti diberikan, bukan wang ehsan yang akan disalahgunakan.

Beliau kata dakwaan Awang Adek kononnya, wang ehsan akan sampai ke semua rakyat tanpa mengira pegangan politik hanyalah gimik.

Apa yang digusarkan, hanya sekelumit wang ehsan sampai ke rakyat ‘terpilih’ selebihnya disalahgunakan untuk diagih-agihkan di kalangan kroni.

Renungan Kalam Ilahi, Kota Baru Tidak Runtuh Diredah Samseng NGO

Sebuah kereta jenis Ford Laser TX3 berwarna kuning dipercayai dipandu dengan laju dibahagian atas tempat letak kereta Pasaraya KB Mall dan merempuh dinding penghadang lalu tembus ke bahagian tengah escalator utama Pasaraya KB Mall sehingga mengakibatkan kematian 2 orang pengunjung dan 2 lagi dilaporkan parah, lapor Perisik-Rakyat.

Mereka yang terbunuh dikatakan sedang berada diatas escalator sebelum ditimpa oleh kereta tersebut yang jatuh dari tempat letak kereta tingkat 3 bangunan KB Mall. mereka yang terbunuh dan tercedera dimaklumkan sebagai pelajar Kolej Masterskill Kota Bharu yang berjunjung ke KB Mall.

Mangsa, Siti Nor Amira Samsuddin 19, Siti Nor Diana Azman 18 dan Rashidah Ahmad Lutfi 24, berada dieskalator berkenaan ketika kejadian berlaku. Siti Nor Amira yang cedera parah dikepala, terbunuh ditempat kejadian, manakala Siti Nor Diana menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital setelah mengalami pendarahan yang teruk di kepala.

Seorang lagi mangsa, Rashidah yang cedera parah masih berada di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta berkenaan dipercayai melarikan diri dan gagal dikesan sehingga kini. pihak KB Mall telah menghentikan dengan serta-merta semua operasi perniagaan didalam KB Mall sebaik sahaja kemalangan tersebut berlaku. tidak diketahui berapa hari operasi perniagaan akan dihentikan berikutan pihak KB Mall terpaksa melakukan kerja baik pulih yang banyak.

Setakat ini, jumlah kerugian masih belum diketahui dan punca sebenar kejadian juga masih dalam siasatan pihak polis.

Dalam pada itu, perisik-rakyat juga melaporkan 3 remaja lelaki telah ditahan didalam KB Mall oleh para pegawai yang bertugas setelah dikesan cuba mencuri pakaian ketika para pegawai bertugas sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan siasatan kemalangan tersebut.

Ketiga-tiga remaja tersebut yang dikenal pasti berasal dari Pengkalan Chepa telah ditahan setelah seorang pengawal menahan mereka yang dikesan memakai beberapa lapis pakaian yang dicuri. ke 3-3 remaja tersebut kemudiannya ditahan dan dibawa ke bilik pengawal KB Mall dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.


Ulasan GB

Kejadian yang berlaku hanya beberapa hari sesudah berlaku dua peristiwa penting di negeri Kelantan. Pertama NGO berhimpun sekitar 100 orang untuk mendesak Menteri Besar Kelantan TuanGuru Nik Aziz meletak jawatan. Kedua himpunan puluhan ribu orang menyokong dan berdiri teguh di belakang Nik Aziz.

Ada pihak yang telah terbabas sehingga melakukan "rempuhan" ke atas kerajaan Nik Aziz di Kelantan - kerajaan PAS Kelantan tidak tumbang sekalipun ada berlaku sedikit gangguan urusan pentadbiran.

Ada pihak mengambil kesempatan di dalam suasana yang kecoh itu. 3 remaja didapati mencuri. Begitulah di dalam suasana pihak NGO yang cuba merempuh kerajaan Nik Aziz. Ada mereka yang yang mengambil kesempatan dari kekecohan itu, menumpang publisiti untuk menghentam Nik Aziz.

Akhirnya - episod berkesudahan dengan, pemandu kereta menghilangkan diri setelah rempuhannya mengorbankan orang tidak berdosa. Pengambil kesempatan ditahan. Kini rakyat memburu siapa "driver" NGO berkenaan.

6 Dis 2009

Selangor Basmi Penyangak Pasir Warisan BN

Kegiatan pencurian pasir di Selangor boleh dibendung sekiranya agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan masyarakat setempat bekerjasama membanteras kegiatan ini.

Kerajaan negeri telah mempertanggung jawabkan operasi pengeluaran pasir kepada kumpulan Semesta Sdn Bhd, namun kes kecurian pasir teteap belaku di tanah milik persendirian.

Adun Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei berkata pelbagai usaha dilakukan termasuk merampas tanah milik persendirian terbabit bagi membendung kegiatan ini.

“Semua pihak terutama sekali di peringkat Jawatankuasa Kampung, di peringkat Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah boleh memainkan peranan lebih besar dengan melakukan intipan dan menyalurkan maklumat-maklumat yang telahpun mereka ada itu kepada pihak kerajaan negeri dan kita sama-sama membantu membanteras kegiatan mengambil pasir secara tidak sah ini”, jelasnya lagi.

Adun Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei berkata demikian ketika ditemui pada Program Bersih & Indah di Pusat Bandar Klang pagi tadi.

Suhaimi menambah, pihaknya tidak menolak wujudnya beberapa kelemahan pada KSSB namun Pakatan Rakyat sentiasa berusaha mengatasi masalah kecurian pasir yang diwariskan Umno-Barisan Nasional.

“Memang wujud beberapa kekurangan di peringkat agensi ini tetapi kita di pihak Exco Kerajaan Negeri yang melalui Sumber Alam, kita berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang wujud dan saya merayu berilah masa secukupnya kepada kita untuk kita melakukan perubahan dan penambahbaikan di mana-mana tempat yang difikirkan ada kelemahan”, tambahnya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN (TVS)



Apa Muslihat Mahathir Pertahankan Modul BTN?

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Modul Biro Tatanegara (BTN) perlu dikekalkan dan tidak dirombak kerana ia sudah cukup baik dalam memupuk semangat kenegaraan di kalangan rakyat.

Tun Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia tidak faham nilai yang diterapkan dan menambah BTN sekadar menjelaskan realiti sejarah negara kepada peserta kursus.

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff berkata beliau tidak terkejut dengan leteran terbaru mantan Perdana Menteri ini.

“Inilah contoh orang yang telah menyalahgunakan BTN untuk kepentingan peribadi beliau. Beliau takut bahawa alat propaganda beliau yang selama ini digunakan Barisan Nasional dihapuskan. Alasan untuk mempertahankan startegi propaganda yang digunakan oleh beliau ketika di tampuk pemerintahan.

“Beliau tahu dendam beliau terhadap Anwar Ibrahim masih lagi berterusan dan kita ada bukti bahawa BTN digunakan terutama sekali untuk membina karier politik Anwar Ibrahim di bawah pimpinan Mahathir.

“Saya melihat usaha alas an mengatakan BTN menjelaskan sejarah pembentukan Negara itu bagi saya adalah tidak releven. Kalau iapun, ia boleh dilakukan dalam bentuk pendidikan yang lain,” katanya. -TVS



Siapa Blogger Celaka Dan Raja Segala Celaka Ini?

Siapa Blogger Celaka Dan Raja Segala Celaka Ini?
Oleh WFAUZDIN NS

Terima Kasih tidak terhingga buat penulis Batu-api yang menulis tentang beberapa blog yang dikatakan memusuhi Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi. Tulisan beliau terhadap beberapa blog yang ada di antaranya di cap `celaka' serta `menyeleweng' boleh dibaca di sini.

Sesuai dengan nama penanya `Batu-api', maka saya tidak kisah dan hairan apabila melihat blog saya juga disenaraikan sebagai blog yang menulis memusuhi Presiden PAS. Saya tidak kenal batu-api ini tetapi kerap membaca penulisannya dan sedikit pun saya tidak menyangka suatu hari nanti blog saya menjadi sasarannya.

Apa pun saya sedikit berbangga kerana Batu-api sudi menegur penulisan saya kerana sebagai penulis biasa dan tidak terlatih saya tentunya punyai banyak kekurangan. Saya cuma bernasib baik tidak dikatakan `celaka paling jahat' sebagaimana rakan saya `Tulang Besi'. Manakala Perisik Rakyat juga dilibatkan sebagai Boneka Tulang Besi dan dicop `bodoh' oleh Batu-api. Blog Pasfutureleader dicop sebagai `tak ada otak'. Gelaran `kurang akal dan kelingking berkait' pula jatuh kepada blog Greenboc. Ada juga blogger yang dipanggil `kurang siuman' oleh Batu-api, blogger itu adalah Penarik Beca. Saya katakan saya bernasib baik kerana hanya dikatakan `menyeleweng' dan menulis `secara jahat' dalam artikel penulisan saya.

Saya tidak peduli apa yang Batu-api perkatakan kerana saya tidak kenal siapa Batu-api ini samada beliau ini cerdik, bodoh, kurang akal mahu pun celaka. Pada saya semua blogger yang beliau senaraikan di atas adalah anti `Kerajaan Perpaduan' bersama Umno. Pada saya `raja segala celaka' adalah mereka yang `berunding dalam kelambu' bersama Umno dahulu, kini dan selamanya. Kami tetap akan mempertahankan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz walau pun terpaksa berdepan dengan blogger atau penulis yang menjadi boneka raja segala celaka ini.

Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Batu-api kerana menzahirkan siapa diri beliau sebenarnya dengan ungkapan kata-katanya yang menggambarkan nama penanya itu. InsyaAllah, sedikit masa lagi akan kita ketahui siapa raja segala celaka ini yang berselindung di sebalik Tuan Guru Presiden.

Ulasan GB

Rasanya tak perlu lagi GB mengulasnya panjang mengenainya. Wfauzdin dah jawab bagipihak orang-orang yang dikritik oleh batu-api.

Tentang artikel di TKO yang ditulis oleh batu-api tu, cukup ulasan dari OSB yang memberikan komen di bawah artikel itu:

cuma satu je, ko punya tulisan pon tak ubah seperti mereka yang ko highlightkan, tapi ayat mereka tidaklan sampai meng'celaka'kan orang, hairan bi ajaib... adakah mereka yang suka untuk sumpah seranah org ini digunakan untuk membela pemimpin PAS? maka betul lah UMNO dgn melebal PAS dgn tagline "Parti Sumpah Seranah"

So kita senyum. Itu jer kita dah tahu fikrahnya. "Mencelakakan" orang. Siapa yang mengajar kalau bukan Tok Gurunya sendiri. Betul hadith Nabi kata : agama rakyat mengikut pemimpinnya!

Yang kedua, bukanlah susah sangat nak kenal batu-api. Dari lenggang bahasa dan gaya penulisannya, kita boleh mengenalinya. GB dah lama di internet ini, bukan sehari dua dan kalau GB rasa kurang yakin dengan firasat GB sendiri mengenai siapa batu-api yang sebenarnya, kan ker kita boleh solat hajat meminta Allah tunjukkan siapa dia sebenarnya?

Dan Allah tidak pernah menipu orang beriman. Cuma kadang-kala segan dan malu kepada Allah meminta sesuatu yang kecil-kecil macamtu... apatah kalau kita doa sampai pecah perut dalam hal sekecil itu, kecualilah dalam hal royalti yang amat wajar di doakan gitu....

kan lebih baik minta PAS dan PR menang untuk memerintah Malaysia...

BTN : Mahathir Dedahkan Sikapnya Yang Sebenar

Tun Dr Mahathir Mohammad akhirnya menyerlahkan dirinya yang sebenar - bahawa - beliau di belakang segala kecelaruan Biro Tatanegara (BTN). Bahawa, beliau menyokong modul BTN yang dikenalpasti selama ini mewujudkan sentimen ras dikalangan para peserta kursus BTN tersebut.

Maka tidak hairan mengapa BTN sering dijadikan tempat untuk beberapa penceramah menghentam pemimpin pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari ini, Mahathir melakukan pembelaannya dengan menyatakan Modul Biro Tatanegara (BTN) perlu dikekalkan dan tidak dirombak kerana ia sudah cukup baik dalam memupuk semangat kenegaraan di kalangan rakyat.

Bekas Perdana Menteri itu berpendapat kurikulum BTN dapat memupuk semangat perpaduan kerana kursus anjuran agensi itu turut dihadiri rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

"Tidak perlu dirombak... saya ingat kekal (modul BTN)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Aids Sedunia 2009 di sini hari ini.

Sambil mengakui beliau juga pernah memberikan syarahan pada kursus anjuran BTN dan antara perkara yang diterangkan ialah mengenai sejarah Malaysia, beliau menyatakan tidak ada apa-apa yang tidak betul mengenai kursus BTN kerana kurikulumnya cukup baik untuk memberi kesedaran tentang pentingnya kehidupan bernegara.

Jadi ternyata bahawa BTN menjadi medan untuk Mahathir meneruskan agenda mengindoktrinasi pelajar dan penjawat awam selama ini dan sepastinya ia dilakukan dengan peranan yang dimainkan oleh pegawai peringkat tertinggi yang mengendalikan BTN ini.

Baru-baru ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kurikulum BTN akan dirombak bagi mencerminkan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tub Razak.

Nazri yang sebelum ini telah menempelak Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan telah mendedahkan bahawa BTN telah dijadikan platform untuk menaikkan pemimpin tertentu.

Isu kursus anjuran BTN mendapat perhatian ramai apabila kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini melarang kakitangan awam dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri mengikuti kursus berkenaan berkuatkuasa serta-merta kerana didakwa sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman, memecah-belahkan penduduk pelbagai kaum, agama dan menimbulkan kebencian kepada pembangkang.


Ada Agenda Di Sebalik Tohmahan Terhadap Nik Aziz - Mahfuz

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang cuba mengganggu-gugat kedudukan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada beliau mempunyai agenda tersendiri.

Mahfuz berkata, usaha yang sedang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) ini adalah sebagai salah satu tindakan untuk melihat PAS berada dalam keadaan kucar-kacir.

"Tindakan mereka terhadap Nik Aziz tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada beliau. Malah ahli-ahli PAS akan sentiasa memberi sokongan dan dokongan kepada beliau bagi memastikan tidak ada pihak yang dapat menjatuhkannya," ujarnya alam blog beliau http://gemasuara.blogspot.com/.

Memetik tulisan tersebut, beliau berkata "kekuatan dan kesepaduan yang ada dalam PAS agak sukar untuk mereka daripada BN untuk mengganggu-gugat kedudukan di negeri Kelantan.

Pemimpin Umno sepatutnya mencari kaedah dan jalan bagaimana untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti mereka dan juga menumpukan tumpuan bagaimana untuk menunaikan janji yang telah mereka berikan kepada rakyat ditepati.

"Mereka sepatutnya memikirkan cara yang terbaik untuk memulihkan kepercayaan rakyat yang sudah jauh terhakis kepada mereka dan bukannya dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap parti lawan," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut yakin bahawa BN mempunyai agenda tertentu bagi menawan semula Kelantan dari kerajaan PAS.

"Sehubungan itu adalah tidak menghairankan sekiranya mereka membuat pelbagai tohmahan bagi mengeruhkan suasana yang ada di negeri Kelantan," tambahnya lagi.

‘Mami jarum’ istilah sesuai untuk Umno

Mami jarum. Itulah istilah paling sesuai untuk dipakai kepada Umno sekarang ini, khususnya Umno Kelantan kerana kepantasannya melihat buruk orang tetapi peribadi sendiri tidak terurus.

Reaksi itu dieksploit umum ketika melihat kemelut sendiri gagal diselesaikan tetapi gerakannya terlalu ghairah menghentam kepimpinan PAS dan kerajaan negeri.

Fenomena itu terbukti apabila ramai pemimpin Umno di peringkat cawangan Umno bahagian Rantau Panjang mengancam mahu keluar parti.

Seramai 36 Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) dan tiga Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) Umno bahagian berkenaan yang dipecat ketuanya, Abdullah Mat Yasin tidak teragak-agak untuk bertindak keluar parti lantaran hilang kepercayaan kepada kepimpinannya.

“Kami telah berjumpa Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Mustapa Mohamed serta timbalannya, Datuk Dr Awang Adek, minta selesaikan perkara ini. “Tapi sampai sekarang tiada apa-apa tindakan,” kata Wan Yaacob Wan Ismail, bekas PPM tanpa menyembunyikan rasa kecewa dan tawar hatinya terhadap kelemahan dalam usaha merungkai untaian kemelut dimaksudkan.

Konflik Umno Rantau Panjang bermula sejak setahun lalu apabila kesahihan pelantikan Abdullah sebagai ketua bahagian dipertikai kerana dikatakan tidak dipilih melalui persidangan perwakilan bahagian.

Sebelum itu ketua bahagian berkenaan disandang Datuk Mohd Zain Ismail.

Namun, Mohd Zain digantung jawatannya selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin Umno atas kesalahan cuba mensabotaj parti pada pilihan raya umum 2008.

Turut diragui ialah pelantikan timbalan ketua bahagian, ketua Pemuda dan ketua Wanita.

Wan Yaakob turut mendakwa mereka yang memegang jawatan di peringkat bahagian Umno berkenaan seolah-olah dilantik Umno pusat tanpa memberi peluang kepada ahli yang terdiri dari 160 cawangan.

Justeru, waima Mustapa atau Awang Adek, sesungguhnya perlu kepada satu inisiatif baru dalam usaha merungkai kemelut yang hampir berlumut itu sebelum bertambahnya ancaman dari ahli parti.

The Malaysian Insider difahamkan kira-kira 500 penyokong Umno dari sebuah cawangan dalam Dewan Undangan Negeri Bukit Tuku dijangka keluar Umno dan akan dikuti oleh 35 cawangan lain di seluruh bahagian Rantau Panjang selepas ini. -Mohd Zuharman

Sekitar Penubuhan Kelab Penyokong PAS India Parlimen Batu

Kelab Penyokong PAS Malaysia kaum India bagi kawasan Batu di sini dilancarkan malam tadi.

Program ini menampilkan kedua-dua Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP) India dan Cina, N.Balasubramaniam dan Hu Phang Chow yang berintraksi dengan para penyokong Pakatan Rakyat

Balasubramaniam berkata pembukaan Kelab Penyokong PAS (KPP) India menandakan sokongan kaum India terhadap kepimpinan Mursyidiul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir ialah Datuk Hassan Shukri dan YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu. Turut menyampaikan pidato, AJK PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin yang mengulas isu-isu berkaitan royalti minyak, PRK Kota Siputeh, pengharaman BTN dan tohmahan jahat Umno terhadap MB Kelantan.

Himpunan tersebut bersempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun PAS Kawasan Batu.

"Setakat ini kita menerima seramai 22,096 keahlian seluruh negara dan kita jangka penambahan ahli seramai 15,000 lagi menjelang awal Januari depan," katanya selepas berucap pada majlis sambutan Jubli Perak 25 tahun PAS kawasan Batu di sini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan telah merasminkan penubuhan kelab itu dan memberi ceramah pada majlis tersebut.

kredit foto AKU INGIN BEBAS









Nik Aziz: Umno makin lemas, lupakan Kelantan
Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

Sehari selepas mendoakan pemimpin kerajaan Barisan Naisonal (BN) "pecah perut" berhubung isu royalti minyak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berhadapan dengan siri isu kontroversi, malam tadi menyerang Umno dengan mendakwa parti itu seolah-olah terdesak untuk menggulingkan kepimpinan PAS di Kelantan.

Mursyidul Am PAS itu menegaskan Umno seolah-olah parti yang sedang lemas sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi survival.

"Ceritanya ialah Umno sedang lemas, sanggup mengatakan apa saja termasuk membuat tuduhan terhadap saya.

"Mereka tahu bahawa mereka lemah. Terengganu berpecah, ada Umno A, ada Umno B.

"Perak lagi teruk, mereka bergaduh untuk jubah speaker," kata Menteri Besar Kelantan ini di hadapan kira-kira 1,000 pengikutnya di Taman Melewar, Gombak dekat sini.

Tambah beliau, dua rakan Umno dalam BN juga berhadapan dengan masalah dalaman masing-masing.

"Jadi mereka tidak ada apa-apa melainkan kecuali membuat tuduhan terhadap saya,"
kata Menteri Besar Kelantan ini yang sejak tahun lalu menentang sebarang bentuk kerjasama dengan Umno-BN, yang didukung oleh segelintir pemimpin PAS.

"Mereka seperti datuk yang berhadapan dengan cucu yang menangis. Untuk menghentikan seorang kanak-kanak daripada berhenti menangis, mereka akan mengatakan burung! burung! burung! Nik Aziz! Nik Aziz! Nik Aziz! Mereka ingat kita ini bodoh macam mereka," katanya.

Nik Aziz yang memimpin Kelantan sejak 1990 menambah Umno seharusnya berhenti daripada bermimpi untuk menawan negeri itu.

"Apa yang mereka hendak lakukan di Kelantan? Mereka hendak mewujudkan satu agama? Mereka hendak mewujudkan satu agama kerana mereka tidak ada Islam.

"Mudah untuk membina masjid tetapi agama dan masjid ada dua perkara yang berbeza," katanya.

Nik Aziz menambah Umno berpura-pura mahu membina masjid seolah-olah mereka juga bersolat.

Pesuruhjaya PAS Kelantan itu menekankan bahawa Islam adalah kunci untuk mencapai konsep 1 Malaysia.

Mereka telah mencuba Islam Hadhari tetapi gagal dan kini datang dengan konsep 1 Malaysia
, kata beliau lagi.

Ketika sedang berucap Nik Aziz berhenti sekejap sehingga mencetuskan suasana cemas di kalangan hadirin.

"Saya penat," katanya ringkas.

Nik Aziz meneruskan ucapannya dengan menjelaskan bahawa beliau masih berdoa agar Tuhan membuka hati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu berkaitan dengan royalti minyak.

Bulan lalu Najib mengumumkan kerajaan akan membayar wang ihsan kepada Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan sebagai menggantikan tuntutan royalti minyak yang dimahukan kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih dan wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

Kira-kira dua minggu lalu Nik Aziz mahu orang ramai berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Najib dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.




Good Governance Dan Persaudaraan Islam Menuntut Royalti Dibayar - Husam

Sabda Rasulullah: "Seorang Muslim adalah adik beradik kepada seorang Muslim yang lain. Ia tidak akan menganiayai adik beradiknya sendiri dan tidak akan memalukannya dan tidak pula akan membiarkannya (terlantar). Semua hal mengenai Muslim adalah terlarang bagi adik beradik segama dengannya: darahnya, hartanya, maruahnya." Catitan Imam Muslim.

Jika Perpaduan Islam asasnya, 95% rakyat Kelantan beragama Islam. Jika Perpaduan Melayu tajuknya, 95% rakyat Kelantan adalah Melayu.

Jika good governance pertimbangannya, perjanjian telah termaktub bahawa mana-mana negeri pengeluar petroleum akan menikmati 'bayaran tunai dua kali setahun kepada kerajaan negeri berkenaan."

Persaudaraan Islam menghendaki rakyat Kelantan yang majoriti beragama Islam dihulurkan hak mereka. Pasti, pembayaran royalti membuka rasa kasih antara satu sama lain.

Selaku Menteri Besar yang mewakili kepentingan negeri dan rakyat Kelantan, Tok Guru telah menjalankan tugasnya menulis kepada PM. Saya yakin, surat rasmi itu berpijak atas rasa ukhuwwah, selain sudut hak dan perundangan.

Jika permohonan itu dilayan selayaknya dengan memberikan hak kepada yang berhak, iklim politik negara akan jadi lebih nyaman dan tenteram.

Abd al-Rahman b. Shumasah berkata: Saya telah menemui A'ishah untuk bertanya sesuatu kepada baginda. Baginda bertanya: Engkau dari mana? Saya menjawab: Saya dari Mesir. Apa layanan yang dilakukan oleh Gobenor Mesir ke atas kamu? Saya menjawab: Kami tidak mengalami sesuatu yang buruk darinya. Jika ada unta kalangan kami yang mati, beliau berikan unta yang baru. Jika kami kehilangan pembantu, beliau berikan pembantu yang baru. Jika ada sesiapa yang memerlukan keperluan asas kehidupan, beliau menyediakannya. Baginda berkata: Ingatlah! Layanan baik yang telah dikaitkan dengan saudaraku Muhammad bin Abu Bakar (tadi) tidak menghalang saya menyampaikan apa yang telah diucapkan oleh Rasulullah dalam rumahku ini: Wahai Tuhan! Sesiapa yang ditakdirkan mempunyai kuasa ke atas urusan ummatku dan ia bertindak keras ke atas mereka, maka Engkau berlaku keraslah ke atas mereka dan jika sekiranya mereka berlaku baik dalam urusan ke atas ummatku, Engkau berlaku baiklah ke atas mereka." Catitan Imam Muslim.

Banyak lagi sabda Rasulullah yang menekankan pentingnya pemerentah memenuhi hak dan berlaku adil.

Apa susahnya untuk permohonan Kelantan diberikan sebagaimana amalan yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Juga Terengganu sebelum ia jatuh ke tangan PAS?

Jika Allah telah tentukan sejak azali untuk Ia tempatkan khazanah petroleum itu di bumi Kelantan, siapa kita untuk menafikan ketentuan itu?


Bukan sahaja royalti bagi medan Bumi Selatan (seperti yang diumumkan oleh PM), tetapi juga kawasan JDA (Joint Development Area dengan Thailand) yang bernilai RM 800 juta bagi tahun 2010 dan dua medan Bunga Pakma dan Bunga Orkid yang berada di bahagian utara CAA (Commercial Arrangement Area dengan Vietnam), sebagaimana Terengganu juga menerima royalti dari kawasan CAA bahagian selatan sejak lama. Medan Bintang juga adalah kawasan bertindeh dengan Terengganu mengikut peta dikeluarkan oleh Petroconsultants, di mana kaedah 'unitization' patut diamalkan dan dengan itu Kelantan juga terhak ke atasnya. Bumi Selatan, JDA, CAA dan Bintang - antara lain tuntutan Kelantan.

Persaudaraan Islam dan praktis good governance, kedua-duanya menghendaki royalti dibayar, bukan yang lain. Tok Guru menulis pada PM. Tok Guru mengiringinya dengan doa. Bahagian pertama doanya ialah supaya pintu hati persaudaraan dan amalan good governance menyelinap masuk ke dalam hati PM. Jika selepas itu, masih belum berjaya, perkara sebaliknya dipohon. Ikut turutan itu. Lihat balik doa Tok Guru. Tetapi jika hak orang Mukmin dan rakyat biasa dinafikan terus menerus, Islam juga mengajar kita tidak boleh membiarkan ketidak adilan itu berterusan.

Agenda ini sangat plain. Jika dihebohkan kononnya Tok Guru terus mendoakan laknat, itu hanya sensasi media utama yang juga kononnya berusaha membawa agenda perpaduan. Lain di kata, lain disogokkan.

Jika doa itu salah, adakah menafikan hak yang termaktub adalah betul?? -Husam Musa

5 Dis 2009

FOMCA: Tangani Beban Rakyat Sebelum Tarik Balik Subsidi

Cadangan Kerajaan untuk memansuhkan subsidi gula dan membincangkannya ke peringkat Kabinet tidak lama lagi disokong Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca).

Bagaimanapun, gabungan berkenaan mendesak kerajaan untuk melaksanakan inisiatif lain dalam memastikan beban kos sara hidup rakyat dapat dikurangkan kesan daripada penarikan subsidi berkenaan.

Setiausaha Agungnya, Sha’ani Abdullah berkata subsidi berkenaan perlu ditarik balik berikutan ia gagal disalurkan kepada golongan sasar berpendapatan rendah.

"Dari segi itu, penegasannya kita menyokong subsidi ditarik balik tapi sebelum melakukan perkara itu pihak kerajaan harus memulakan langkah-langkah untuk mengurangkan beban kos sara hidup kepada rakyat.Itu perlu ditangani dulu sebelum pihak kerajaan nak tarik balik subsidi gula dan juga subsidi kepada barangan lain”,katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi TV Selangor, petang tadi.

"Subsidi yang diberi melalui harga barangan dimanfaatkan oleh mereka-mereka yang menggunakan barang tersebut dalam kuantiti yang banyak,so dalam hal ini pihak komersil yang meraih keuntungan lebihan dan sasaran iaitu golongan berpendapatan rendah amat sedikitlah dari segi manfaat,"katanya.

Beliau menegaskan bebanan yang bakal ditangung rakyat khususnya yang berpendapatan rendah perlu ditangani terlebih dahulu sebelum subsidi berkenaan ditarik balik.

Sebelum ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memandang serius cadangan supaya subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan gula di kalangan masyarakat.

Ismail berkata, kerajaan hanya akan membantu rakyat mengurangkan beban dengan memberikan subsidi kepada makanan asas dan gula tidak termasuk dalam kategori tersebut. -TVS


Mengapa Nik Amalina Tidak Mengadu Kepada Ayahnya?

Ahli Parlimen Kota Raja dari PAS, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, beliau tidak perlu menyatakan pendiriannya berhubung banyak pertanyaan sama ada beliau menyokong menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat atau Datuk Husam Musa dalam krisis pertelingkahan antara keluarga tuan guru itu dengan bloger Nik Azidi atau lebih dikenali sebagai kickdefella.

Pertanyaan ini timbul kerana Dr Siti mengambil pertanggungjawaban untuk menyiarkan luahan hati anak perempuan Nik Azizi, iaitu Nik Amalina di dalam blognya.

Kata Dr Siti, jika beliau tidak mengambil keputusan untuk menyiarkan luahan perasaan Siti Amalina dalam blognya, beliau percaya, orang lain akan berbuat demikian.

Minggu lalu, Nik Amalina telah meluahkan perasaannya melalui laman blog Dr Siti Mariah berhubung isu suaminya yang terpaksa melepaskan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) atas apa yang beliau sifatkan satu fitnah besar dan penganiayaan ke atas suaminya.

Tulisan Nik Amalina itu telah dikutip dan disiarkan pula di dalam laman blog Kickdefella. Dalam tulisannya, Nik Amalina turut menyentuh tentang keperibadian Kickdefella yang menurut beliau sebagai punca yang menyebabkan karier suaminya di PMBK hancur musnah.

Bagaimanapun, tulisan Nik Amalina itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menyifatkan beliau cuba mendokong nepotisma di dalam pentadbiran bapanya, taksub, riak malah dikatakan takabur.

Apatah lagi Nik Amalina dikatakan cuba mempertahankan kedudukan suaminya, Abdul Ariffahmi Abd. Rahman dengan acapkali menyebut yang suaminya adalah orang yang paling layak untuk jawatan tersebut sehinggakan Nik Aziz menawarkan jawatan itu bukan sekali tetapi empat kali.

Dalam hal ini, Dr Siti berkata, beliau bersimpati dengan Nik Amalina yang beliau merasakan tertekan dengan isu yang melanda suaminya.

“Dia (Nik Amalina) mahu mengisytiharkan perasaannya. Rasionalnya jika tidak saya yang memberi ruang kepadanya untuk meluahkan perasaan, dia tetap akan menyiarkan dalam blog lain,” tulis Dr Siti dalam posting terbarunya.

Dan oleh kerana tulisan Nik Amalina itu adalah satu luahan perasaan, kata Dr Siti, maka sudah tentulah ia beremosi.

“Luahan perasaan mestilah beremosi. Emosi biasalah...tidak rasional,” kata Dr Siti untuk menjustifikasikan tindakan Nik Amalina menulis dengan penuh emosi bagi menjawab kritikan pembaca ke atas anak Nik Aziz itu.

Oleh yang demikian, kata Dr Siti lagi, tidak semestinya apa yang diluahkan oleh Nik Amalina itu betul dan objektif dari perspektif pembaca walaupun kemudiannya Nik Amalina mungkin akan kembali tertekan apabila membaca komen-komen bloger yang sebahagian besarnya menghentam cara dia mempertahankan suaminya itu.
Jelas Dr Siti lagi, beliau juga telah ditanya, beliau berada di pihak mana? Keluarga Nik Aziz atau Husam Musa yang selama ini dikaitkan rapat dengan Kickdefella.

Kepada persoalan tersebut, Dr Siti menjawab; “Saya mendengar daripada pelbagai pihak. Komen-komen positif dan negatif mengenai orang yang terbabit dalam isu-isu tersebut. Saya tidak akan merakamkan apa yang saya dengar. Cukuplah saya katakan, semua maklumat saya terima dengan secubit garam. Entah betul, entah tidak. Saya tiada cara untuk memastikan maklumat dengan objektif. Semua dari persepsi sumber maklumat. Saya orang yang paling akhir yang akan "menghukum" orang lain. Jika saya ada pengalaman negatif dengan seseorang pun mungkin saya akan mendiamkan diri,” katanya.

Dr Siti juga berkata, pengalamannya selama 10 tahun lebih dalam jemaah telah mematangkan dirinya dengan karenah manusia.

“Kesimpulan saya ialah, dalam perjuangan ini, survival parti dan jemaah yang penting bukan individu. Sahabat-sahabat dalam perjuangan tidak akan mahu terlibat dengan konflik-konflik yang dianggap peribadi. Semasa kita 'berjasa' kepada parti, kita akan dijulang, tatkala kita membuat kesilapan dan menyebabkan imej parti terguris, kita akan dikritik. Jika kita merajuk, tiada siapa yang akan memujuk. Mungkin kata nasihat dan pendapat akan diberi, keputusan di tangan kita. Parti tidak memerlukan kita. Kita yang memerlukan parti sebagai wadah jihad kita,” ujarnya.

Dalam hal ini kata Dr Siti, beliau telah banyak belajar daripada bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor. -MSTAR

Ulasan GB

Saya tidak dapat tidak untuk menegur YB Dr Siti Mariah, yang mengambil keputusan untuk menyiarkan surat Nik Amalina Nik Aziz, melalui blognya.

Alasan diberikan: jika beliau tidak mengambil keputusan untuk menyiarkan luahan perasaan Siti Amalina dalam blognya, beliau percaya, orang lain akan berbuat demikian.

Jawapan tidak boleh dijadikan justifikasi untuk menyiarkan surat luahan peribadi itu yang YB Dr sendiri mengakui ia luahan perasaan, iaemosi, ia tidak rasional.

Sepatutnya YB Dr perlu menasihatinya bahawa ayahanda Nik Amalina sendirilah sepatutnya tempat mengadu. Ayahandanya seorang ulamak disegani, ayahandanya seorang pemimpin tertinggi parti, ayahandanya seorang doktor rohani, ayahandanya seorang yang dicintai oleh sekalian ramai umat manusia di negara ini, apa perlu Nik Amalina mengadu kepada orang lain tetapi membelakangkan ayahandanya sendiri?

Apakah kerana hendak mengadu kepada sekalian orang bahawa ayahandanya itu dikelilingi oleh penasihat-penasihat yang dia sendiri tidak mampu untuk menembusinya sehingga terpaksa meminta orang lain melakukan serangan kepada ayahandanya?


Tidak ada sbarang bukti dibawa, sekadar fitnah yang merapu-rapu. Dan ditulis oleh seorang anak Tok Guru yang begitu mencemarkan ayahandannya sendiri. Sama fe'el dan perangai seorang lagi anaknya, Nik Abduh namanya yang pernah melondeh kain ayahandanya sendiri.

Sedangkan orang yang "dimusuhnya" itu ada membawa bukti tentang gelagat dan perangai suaminya yang bernama Ariffahmi itu.


Itu sebab saya katakan tadi YB Dr tidak sepatutnya melayan anak tok guru yang mengada-ngada itu.