21 Jul 2015

Mat Sabu: GHB Akan Teruskan Agenda Pakatan Rakyat, Nafi Jadi Proksi DAP

1,000 beri sokongan pada 'Harapan Baru' di Perlis

Kira-kira 1,000 orang hadir dalam siri ceramah kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan oleh kumpulan progresif PAS, di Perlis - negeri kelahiran Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din - malam tadi.

Meskipun hujan turun di sebelah petang, ia tidak menghalang hadirin memenuhi kawasan lembab di lokasi ceramah di Kangar bagi mendengar ucapan daripada kepimpinan GHB.

Diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, pemimpin gerakan itu begitu berhati-hati supaya tidak mengkritik secara terbuka kepada rakan mereka dalam parti termasuk kumpulan ulama dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang boleh mengundang kritikan balas.

Bagaimanapun, hadirin memberi maklum balas ketika barisan kepimpinan GHB membidas kepimpinan PAS yang baru-baru ini muncul dengan menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang bergelut dengan dakwaan penyaluran wang 1MDB.

Antara yang berucap ahli parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa, ahli parlimen Sepang Hanipa Maidin, peguam dan anak lelaki kepada bekas presiden PAS Faiz Fadzil Noor dan Aida Yusof Rawa yang membuat kenyataan untuk menunjukkan PAS beralih dari perjuangan asal dan mengapa GHB perlu disokong.

Mereka turut merayu supaya rakyat menyokong usaha "Selamatkan Malaysia" dengan menukar pemerintahan dan tidak hanya menukar Najib.

Mohamad atau mesra dipanggil Mat Sabu memberikan ucapan berapi dengan menyatakan bagaimana PAS memainkan peranan penting membawa Islam ke persada politik arus perdana sejak ditubuhkan pada 1951.

PAS juga telah menyertai BN sebelum ini seperti mana mereka menyertai Barisan Alternatif pada 1999 dan Pakatan Rakyat pada 2008 untuk mempromosikan perjuangan Islam.

"Tetapi sejak akhir ini, kita lihat ada beberapa perubahan dalam PAS. Malaysia adalah negara demokrasi dan kita mengadakan pilihan raya setiap lima tahun. Tapi sejak kita mengamalkan sistem first past the post, kemenangan kita ditentukan oleh siapa yang dapat banyak undi, bukan siapa yang kuat.

"Kita perlu berkerja dengan komuniti dan parti lain. Kita lihat sekarang parti ini yang banyak memberi sumbangan, telah meninggalkan arena yang menjadikan serba mungkin bagi semua kaum,"
katanya, merujuk kepada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.

Beliau merujuk keputusan perwakilan PAS pada muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor bulan lalu yang mana cadangan Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas.-mk


DAP kedekut, tidak pernah bagi ‘proksi’ sesen pun, kata Mat Sabu

Dituduh proksi DAP, pengerusi protem Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu berkata, kumpulan yang baru dilancarkan itu tidak pernah menerima walau satu sen pun daripada parti sekular itu.

Bekas timbalan presiden PAS itu berkata, walau apa tuduhan dilempar PAS, GHB sebenarnya berfungsi dengan sendiri dan berdikari.

Walaupun beliau memberitahu media, tidak mahu bertindak balas terhadap tuduhan pengkritik yang pergerakan itu proksi DAP, beliau berkata sesuatu yang 'normal' bagi GHB dihentam sebegitu rupa.

"Tuduhan begitu perkara biasa. Tetapi sehingga sekarang, kami tidak pernah menerima satu sen pun dari DAP. Banyak kedekut ini DAP.

"Kami gunakan dana sendiri untuk program kami," katanya kepada pemberita selepas ceramah GHB di Kangar, Perlis, malam tadi.

Minggu lepas, bekas setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa, GHB hanya berperanan sebagai proksi DAP.

Kumpulan yang masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan itu ditubuhkan bekas pemimpin PAS progresif, juga merancang menubuhkan sebuah parti Islam baharu.

Katanya, GHB yang dilancarkan Isnin 13 Julai lalu, tidak akan mendapat kepercayaan orang Melayu atau sokongan majoriti ahli PAS.

Wujud pergeseran ketika ini antara PAS, yang kini dikuasai sepenuhnya oleh ulama, dan DAP.

DAP sangat kritikal terhadap agenda hudud PAS dan ia menyebabkan PAS memutuskan hubungan dengan parti sekular itu, menyebabkan gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) terkubur.

GHB, diterajui pemimpin progresif PAS yang pro-PR dan popular di kalangan rakan mereka dalam PKR dan DAP, kini sedang berusaha membentuk sebuah partinya sendiri, yang akan membuka jalan kepada penubuhan sebuah gabungan parti pembangkang yang baharu.

Disebabkan usaha GHB ini, kepimpinan PAS dilaporkan mengambil tindakan tatatertib terhadap Mohamad dan PAS bekas naib presiden Salahuddin Ayub.

Kedua-dua pemimpin dilabel pengkhianat kerana didakwa "memusnahkan parti dari dalam", ketua penerangan PAS Nasruddin Hassan dipetik berkata, dalam satu laporan minggu lalu, selepas GHB dilancarkan secara rasmi.

Ditanya jika ada dipanggil bagi menjelaskan tuduhan pengkhianat itu, beliau berkata tidak menerima komunikasi sebegitu daripada parti.

Sementara itu, ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim, yang juga salah seorang penceramah malam tadi, juga ketawa dengan label "proksi DAP" yang diberi kepada GHB.

"Kalau sesiapa hendak jadi proksi, mereka akan pergi kepada Umno, mereka yang ada duit.

"Kenapa pula satu pihak yang mempunyai agendanya tersendiri mahu menjadi proksi DAP apabila ia tiada duit banyak untuk dihulurkan? Fikirlah sendiri," katanya dalam ucapannya pada awal majlis itu. -TMI



GHB ingatkan orang Melayu jangan terpedaya mainan

Orang Melayu mesti berhenti membiarkan diri mereka ditipu dan terperangkap dengan permainan perkauman, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan Harapan Baru (GHB) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Susulan pergaduhan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur baru-baru ini yang berkaitan sentimen perkauman, ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, kelakuan yang baik atau buruk tiada kaitan dengan mana-mana kaum.

"Dalam semua kaum, ada orang yang baik, ada jahat. Apabila kita menentang Umno, kita menentang pemimpinnya. Itu tidak bermakna kita menentang orang Melayu, tetapi kita menentang semua orang Melayu yang korup.

"Jika seorang Melayu mencuri, kita tidak boleh pertahankan orang itu," katanya menyifatkan tindakan sebegitu sebagai ‘asabiyah dan jahiliah’.

"Cukuplah. Janganlah kita diperdayakan lagi," katanya pada ceramah GHB yang dihadiri ratusan orang di Kangar, Perlis, malam tadi.

Dalam kejadian di Plaza Low Yat 11 Julai lalu, sekumpulan belia Melayu didakwa melarikan telefon pintar dari sebuah kedai ketika jurujual yang melayan mereka berpaling untuk mendapatkan hadiah percuma.

Kejar-mengejar terjadi dan peniaga telefon bimbit di kedai lain menangkap suspek dan dikatakan membelasah mereka sebelum menyerahkan kepada pengawal keselamatan plaza itu yang kemudiannya menghubungi polis.

Salah seorang suspek kemudiannya dibebaskan polis, dan dia dipercayai kembali ke plaza itu dengan rakan-rakannya dan menyerang kedai di mana pekerjanya membantu menahan suspek itu sebelumnya.

Malam esoknya, kira-kira 200 orang berkumpul di plaza itu selepas kejadian itu menjadi viral di media sosial, memaksa pihak berkuasa mengarahkan perniagaan di premis itu ditutup awal.

Polis mengepung kawasan itu, tetapi orang ramai berkumpul semula selepas tengah malam dan pergaduhan tercetus dengan topi keledar dan barangan lain dilempar kepada satu sama lain.

Sekurang-kurangnya lima orang, termasuk kakitangan media, dilaporkan cedera dalam kejadian itu.

Polis sedang menyiasat beberapa orang kerana kesalahan menghasut, termasuk blogger Papagomo dan ketua bahagian Umno Bagan Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin. Setakat ini, hanya aktivis Mohd Ali Baharom didakwa atas tuduhan memfitnah susulan kenyataan yang dibuatnya ketika pergaduhan itu.

Mujahid berkata, orang Melayu perlu sedar, bukan orang Cina yang menjadi punca masalah dan kontroversi yang melibatkan Putrajaya.

"Bukan DAP atau orang Cina yang mendatangkan mudarat kepada negara," katanya, mengambil contoh skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Majlis Amanah Rakyat (Mara) Inc terlebih bayar RM66.2 juta bagi tiga hartanah di Melbourne, dan pelbagai masalah dengan Felda.

Beliau juga menggesa orang ramai memberi tekanan kepada kerajaan untuk menghukum mereka yang mengganggu keharmonian antara kaum dan agama di Malaysia, tanpa mengira siapa mereka.

"Jika seseorang menghasut kebencian dan menimbulkan kekacauan, individu itu mesti dihukum," katanya sambil menyatakan rasa kesal terhadap keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menolak rang undang-undang keharmonian cadangan Majlis Perundingan Perpaduan Negara bagi mengekalkan Akta Hasutan.

Sementara itu, pengerusi pro tem GHB Mohamad Sabu berkata, mainan perkauman pernah dimainkan sebelum ini, terutamanya menjelang pilihan raya, dan menggesa rakyat supaya tidak terperangkap di dalamnya.

Beliau juga menyokong saranan ketua parlimen DAP Lim Kit Siang supaya satu Suruhanjaya Diraja Kebenaran dan Rekonsiliasi ditubuhkan bagi mendedahkan punca sebenar keganasan di Plaza Low Yat.

Sementara itu, ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam Steven Sim, dalam ceramahnya berkata, parti berasaskan Melayu memainkan perasaan takut rakyat bagi mengekalkan kawalannya atas pengundi Melayu.

Katanya, parti tersebut dapat meneruskan kuasa dengan membuat masyarakat percaya yang kepentingan mereka menjadi pertaruhan dan mereka akan kehilangan bahasa, budaya dan agama mereka.

Beliau berkata, gerakan baharu yang dimulakan pemimpin PAS progresif itu, diketuai Mohamad, akan memperkenalkan politik jenis baru yang memberikan keyakinan kepada orang Melayu, bukan menanam sifat takut dalam diri mereka.

"Kami berharap untuk mempunyai politik baharu yang akan memberikan rakyat keyakinan... Tanpa mengira kaum, kita semua dalam kapal yang sama dan kita semua boleh maju bersama," katanya.

GHB, cetusan idea ahli PAS yang progresif, dan disokong kumpulan sivil, sedang dalam proses untuk didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan sebelum ia meneruskan untuk menjadi sebuah parti politik Islam yang baharu, yang berjanji untuk menjadi lebih inklusif, progresif dan terbuka kepada semua kaum.


HARAPAN BARU DI PERLIS




ULASAN GB

Nampaknya PAS kini semacam "bersatu" dengan UMNO menyerang DAP, sekaligus menyerang GHB.

Sebelum ini GHB dituduh dengan pelbagai tuduhan, cacian dan makian kerana masih berbaik-baik dengan DAP. Isu perkauman dan keagamaan dicanangkan untuk membangkitkan kebencian orang Melayu & Islam terhadap DAP.

Namun mujur rakyat sudah membuka mata lebih awal rentak permainan kedua-dua parti tersebut dimana PAS yang sebenarnya telah dipermainkan oleh UMNO BN di dalam isu hudud.

Sehingga kini, bil persendirian yang dihebohkan berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah masih gagal dibentangkan. PAS kini akhirnya menjadi mangsa kepada kebodohan sendiri apabila Bil tersebut lansung tidak dipedulikan oleh kerajaan UMNO BN dan PAS kehilangan rakan yang selama ini banyak membantunya mencapai kemenangan di dalam pilihanraya, iaitu DAP, terutama di kerusi-kerusi pengundi campuran.

GHB mengisi ruang kosong yang ditinggalkan PAS itu, menjalinkan tahaluf siyasi dengan DAP.

Dan apabila itu berlaku, GHB dituduh pula proksi DAP.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS terus menjadi mangsa perbodohan oleh UMNO BN. GHB pula terus menerima sokongan rakyat, kini bukan sekadar dari kalangan umat Islam tetapi juga bukan Islam kerana parti baharu yang bakal ditubuhkan ini adalah sebuah parti kendatipun berteraskan Islam namun akan membuka pintunya untuk bukan Islam menyertainya asalkan menerima dasar Islam.





IKLAN BERBAYAR





20 Jul 2015

[VIDEO & GAMBAR] Sambutan Luar Dugaan Himpunan GHB Di Kota Bharu & Kangar


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib melahirkan rasa gembiranya dan mengucapkan tahniah dengan sambutan yang sangat baik rakyat terhadap majlis Hari Raya Gerakan Harapan Baru yang diadakan serentak di dua negeri malam tadi iaitu di Perlis dan Kelantan.

Di dalam satu kenyataannya, Muhammad berkata GHB nyata lahir tatkala rakyat Malaysia umumnya ternanti-nanti dan tertanya-tanya bilakah suatu wadah baru akan wujud agar mahu diberi mandat untuk memimpin negara supaya negara dapat keluar dari kemelut serta gejala tidak keyakinan rakyat kepada pimpinan Umno dan BN sekarang.

Beliau mengamnggap ombak telah ppun bermula dan ombak berkenaan kian membesar.

"Kepimpinan Mat Sabu dan seluruh pendukungnya dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) dilihat bergerak sebagai satu pasukan dan tahu membaca gerak hati rakyat Malaysia yg kini amat dahaga kepada kepimpinan yg baik serta beramanah sesuai dengan ajaran Islam," tambah kenyataan itu lagi.

Muhammad Taib telah menyertai PAS pada April 2013 dan merupakan bekas Menteri Besar Selangor ke-11 dan menggalas jawatan itu selama hampir 12 tahun sejak 1986.

Tetapi telah beberapa kali meluahkan perasaan kecewanya pernah menyatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan akan meninggalkan Pas. Katanya, tindakan itu berpunca daripada rasa kecewanya kepada Pas, yang mana parti itu dilihat seolah-olah tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini

Namun beliau merasa gembira dengan sambutan rakyat terhadap GHB dan beliau telah turut serta menghadiri perhimpunan "Perjuangan Baru Bermula" oleh kumpulan progresif PAS di Bakri Muar beberapa bulan lalu.

GHB sama pegangan dengan Nik Aziz, ganti kerajaan sedia ada, kata Husam

Datuk Husam Musa melihat tiada salahnya puak profesional PAS yang tewas dalam pemilihan parti pada Jun lalu menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dilihat selari dengan pegangan bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, Nik Aziz selama ini berharap agar agenda islah bernegara dan berkerajaan dapat diteruskan dengan keyakinan kerajaan sedia ada wajib digantikan secara total.

"Kerajaan sedia ada perlu dan wajib digantikan secara total dengan pasukan baru yang mempunyai komitmen tinggi, idealisme murni, cita-cita politik luhur dan azam membawa perubahan bagi rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia.

"Ini satu usaha 'al-birri' (kebajikan) dan agama kita menganjurkan kita tolong menolong atas kebaikan.

"Sekalipun saya pemimpin kecil PAS, saya melihat telur GHB ini perlu disantuni untuk membawa kebaikan kepada perjuangan bersama yang kita tekuni sejak sekian lama," katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.

Husam berkata, hasrat ramai rakyat Malaysia, khususnya anak muda, untuk melihat perubahan bagi mengakhiri segala keangkuhan kuasa dan penindasan ke atas rakyat jelata, hasil salah guna kuasa dan hilangnya pedoman, serta segala macam kemungkaran politik, ekonomi dan agama, tidak harus dikecewakan.

"Derita rakyat adalah derita kita bersama. Harapan rakyat adalah harapan kita bersama.

"Saya mendoakan sebuah gerakan untuk membantu meneruskan agenda rakyat belayar di alam nyata politik Malaysia menjadi kenyataan," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Salor di Kelantan itu berkata, menjadi harapannya untuk hadir ke ceramah GHB di Kangar, Perlis pada malam tadi, namun kesihatannya belum pulih sepenuhnya.

Katanya, tiada sebab baginya untuk tidak menghadirkan diri malam tadi kerana Aidilfitri itu sendiri menuntut untuk memperkukuhkan silaturahim.

"Saya dijemput untuk hadir dalam perjumpaan Hari Raya pada malam ini. Saya memang bercadang untuk hadir, sekalipun penganjurnya atas nama GHB, satu nama bagi gerakan masih di alam rahim.

"Apa salahnya kita memperkukuh silaturahim sesama umat?" soalnya.

Malam tadi, dua majlis perhimpunan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) diadakan - satu di Kota Baru, Kelantan dan satu lagi di Kangar, Perlis - selepas ia dibentuk dengan rasminya Isnin 13 Julai lalu.

Kehadiran di Dewan Himpunan Cina Kota Bharu, diketuai Dr Mohd Hatta Ramli dan Khalid Samad, melimpah hingga keluar. Begitu juga keadaannya di Dataran Paduka Sena, Kangar yang dipimpin pengerusinya, Mohamad Sabu. -TMI


KEKENYATAAN PENUH DATO HUSAM MUSA

ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [al-Mâidah/5;2]

Saya dijemput untuk hadhir dalam perjumpaan Hari Raya pada malam ini. Saya memang bercadang untuk hadhir, sekalipun penganjurnya atas nama Gerakan Harapan Baru, satu nama bagi gerakan masih di alam rahim.

Atas dua sebab,

Pertama : Idil fitri itu sendiri adalah untuk menyambung silaturrahim. Apa salahnya kita memperkukuh silaturrahim sesama ummat?

Kedua : Saya melihat Harapan Baru sama pegangan dengan saya, juga rasanya sama pegangan dengan guru kita semua - al Marhum Tok Guru Nik Aziz - meneruskan agenda Islah bernegara dan berkerajaan dengan keyakinan kerajaan sedia ada perlu dan wajib di gantikan secara total dengan pasukan baru yang mempunyai komitmen tinggi, idealisma murni, cita cita politik luhur dan azam membawa perubahan bagi rahmat untuk seluruh rakyat Malaysia.

Ini adalah satu usaha al 'birri' dan agama kita menganjurkan kita tolong menolong atas kebaikan.

Apa lagi ada pepatah, musuh kepada musuh kita seharusnya menjadi kawan kita, kecuali kita mencari sebab menjadikan mereka musuh kita.

Sekalipun saya adalah pemimpin kecil Pas, saya melihat telur GHB ini perlu di santuni untuk membawa kebaikan kepada perjuangan bersama yang kita tekuni sejak sekian lama, kecuali kuasa yang dulu di anggap taghut sudah di harap menjadi kawan.

Malangnya, saya masih belum sembuh sepenuhnya sehingga saya terhalang untuk bersama.

Hasrat teramai rakyat Malaysia khususnya anak anak muda untuk melihat perubahan bagi mengakhiri segala keangkuhan kuasa, penindasan dan beban ke atas rakyat jelata hasil salah guna kuasa dan hilangnya pedoman, dan segala macam kemungkaran politik, ekonomi, agama dll, tidak harus dikecewakan. Derita rakyat adalah derita kita bersama.

Harapan rakyat adalah harapan kita bersama.

Saya mendoakan sebuah gerakan untuk membantu meneruskan agenda rakyat belayar di alam nyata politik Malaysia menjadi kenyataan. 'Berlumba lah kamu untuk melaksanakan kebaikan kebaikan....'

Sekian.

Husam Musa
3 Syawal 1436H






Mujahid anggap sertai GHB keputusan paling sukar dalam hidup

Ahli Parlimen PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menganggap keputusannya melancarkan Gerakan Harapan Baru (GHB) bersama pemimpin progresif lain dari parti itu awal minggu ini sebagai paling sukar dalam hidupnya.

Titik perubahan dalam dunia politiknya itu mungkin menyaksikan beliau meninggalkan parti Islam itu dan menjadi anggota pengasas sebuah pertubuhan politik baharu bersama rakan-rakan yang "dipinggirkan".

"Ia keputusan yang paling sukar dalam hidup saya. Saya dilahirkan dan dibesarkan dalam politik PAS. Ibu saya mengandungkan saya apabila bapa saya berkempen di Perlis pada tahun 1964.

"Apabila saya dilahirkan pada 25 Oktober tahun itu, bapa saya terpaksa mencari nama yang mencerminkan cabaran yang beliau lalui. Sebab itu saya dinamakan Mujahid, maksudnya seorang pejuang yang tidak berputus asa.

"Saya mesti menghidupkan nama saya dengan kesukaran yang saya hadapi. Ia membentuk diri saya sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mujahid, 50, dan pemimpin PAS progresif lain disingkirkan kumpulan konservatif dalam pemilihan parti awal bulan lalu.

Penyingkiran itu, katanya, membuatkan mereka sedar, parti itu tidak berpegang teguh kepada prinsip Islam dan menerima pakai kefahaman agama yang jumud, menjauhkan mereka yang ingin mengetahui Islam dengan lebih mendalam.

"Hari ini, di dunia sekarang, Islam dianggap pengganas, agama yang mundur dan konservatif, seperti apa yang Isis (Negara Islam Syria dan Iraq) lakukan.

"Menjadi tanggungjawab kita membetulkan persepsi dan realiti. Itulah yang kami cuba lakukan dengan Harapan Baru ini," katanya, merujuk kepada parti baharu yang beliau dan rakan-rakan progresif sedang pertimbangkan.

Mereka berharap parti baharu itu akan menjadi parti Islam alternatif kepada PAS dan seterusnya membawa kepada penubuhan pakatan pembangkang baharu menggantikan Pakatan Rakyat (PR) yang terkubur selepas PAS putus hubungan dengan DAP pada muktamar lalu.

Mujahid berkata, mereka mahu membawa imej Islam yang berlainan melalui parti baharu itu bagi menunjukkan ia agama keamanan, kasih sayang dan belas kasihan, serta meraikan kepelbagaian.

"Ia satu perjuangan yang besar, bukan hanya mengenai sekumpulan pemimpin yang hilang kedudukan mereka.

"Jika anda tanya sama ada saya akan memilih parti atau menyelamatkan Islam, maka saya memilih menyelamatkan Islam. Parti politik datang dan pergi tetapi Islam itu kekal."

Mujahid berkata, keluarganya menyokong tindakannya kerana mereka juga melihat PAS kini berubah.

"Ketika arwah bapa masih ada, dia memberitahu abang dan kakak saya supaya sentiasa menyokong saya kerana saya satu-satunya yang mengikuti jejaknya dalam politik.

"Salah seorang kakak saya menyertai sayap Muslimat PAS... Tentunya, dia juga digulingkan pada muktamar lalu.

"Itulah yang paling menggembirakan... mempunyai keluarga di belakang kita, mereka yang menyokong kita dan mempercayai kita. Adik-beradik saya percaya adik lelaki mereka ini tidak akan melakukan perkara yang bodoh," katanya mengenai 10 abang dan kakaknya.

Arwah bapa Mujahid, Yusof Abdullah atau lebih dikenali sebagai Yusof Rawa, merupakan bekas timbalan menteri, bekas duta ke Afghanistan, Turki dan Iran, bekas presiden PAS dan mursyidul am pertama parti itu.

Mujahid menyertai PAS pada 1992 selepas pulang ke Pulau Pinang dari Mesir. Beliau kemudian berpindah ke Melaka, di mana beliau menjadi seorang pensyarah, dan tidak lama kemudian mula berminat secara serius dengan parti.

Beliau meninggalkan dunia akademik untuk menjadi ahli politik sepenuh masa pada 1999, bertanding kerusi Parlimen Jasin. Beliau kalah sekali lagi pada pilihan raya umum 2004 apabila bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor.

Tetapi, beliau berusaha sendiri dari bawah. Beliau berkata, bantuan yang diberikan ayahnya hanya dalam bentuk kata-kata nasihat – satu-satunya cara untuk naik ialah dengan membuktikan kemampuan dirinya, jangan meminta apa-apa dari parti dan serahkan segalanya kepada Tuhan.

Mujahid tidak lama kemudian berjaya ke peringkat jawatankuasa kebangsaan Pemuda PAS sebelum menganggotai jawatankuasa kerja PAS Pusat pada 2005 dan ditugaskan mengendalikan biro perpaduan negara.

Beliau menubuhkan Kongres Penyokong bukan Islam PAS dan terus mempromosikan parti dan menggalakkan orang ramai lebih memahami Islam dalam sebuah negara berbilang kaum.

Mujahid juga membentuk slogan "PAS Untuk Semua" bagi parti itu pada pilihan raya umum 2013, yang melembutkan imej keras parti Islam itu dan mendapat sokongan pengundi bukan Islam.

Mujahid juga dikenali dengan kerja-kerja antara agama, terutama kejayaannya berbincang dengan gereja dan orang Kristian walaupun terdapat ketegangan antara orang Islam dan bukan Islam berhubung isu kalimah "Allah".

"Parti mendapat manfaat daripada usaha itu tetapi akhirnya, PAS berhenti menghala ke jalan yang betul.

"Saya cuba menggalakkan amalan yang melibatkan agama lain melalui dialog dan saling menghormati antara semua agama, tetapi bagi PAS, ia seolah-olah idea yang pelik.

"Tidak ramai yang menyokong dan terdapat cakap-cakap yang kami menjadi sebahagian agenda Kristian, yang kami berkawan dengan musuh Allah. Semua ini teori konspirasi.

"Ia menyukarkan kerja saya tetapi saya teruskan juga dan oleh kerana itu, saya dilabel liberal dan seorang yang pro-Kristian."

Mujahid berkata beliau tidak akan membuat keputusan drastik menerajui GHB jika tidak ada satu pasukan pemimpin PAS yang berfikiran serupa dengannya dan ahli akar umbi yang tidak berkenan dengan apa yang terjadi dengan PAS kini.

Jelajah seluruh negara mereka, katanya, dibincangkan di kalangan ahli PAS dan ada yang bertanya bagaimana bekas timbalan presiden parti seperti Mohamad Sabu boleh ditendang keluar selepas begitu banyak pengorbanan yang dilakukannya.

"Di Johor, 80% daripada akar umbi bersama kami kerana mereka tidak suka dengan keadaan sekarang. Kongres Penyokong PAS, yang merupakan idea saya, akan menyertai kami. Banyak lagi akan turut serta."

Di tengah-tengah perkembangan ini, Mujahid berkata, kehidupan diteruskan seperti biasa di kawasan Parlimennya, Parit Buntar, di mana pengundi lebih mementingkan sama ada beliau akan dapat meluangkan masa untuk mereka atau tidak.

"Mereka tidak begitu peduli tentang apa yang berlaku, selagi mereka lihat anda sebagai seorang yang baik dan wakil rakyat yang boleh memenuhi permintaan mereka. Mereka hanya akan risau dan sedih kalau kita tak hadir jemputan mereka untuk puasa berbuka atau kenduri."

Seperti pemimpin progresif lain, Mujahid juga sibuk bercakap dengan orang ramai di seluruh negara mengenai Gerakan Harapan Baru dan tidak dapat mengadakan sebarang acara antara agama mutakhir ini.

Katanya, selepas beliau tewas pada pemilihan parti, Biskop Pulau Pinang Sebastian Francis memberitahu beliau dalam mesej teks yang beliau akan mendoakannya dan Mujahid harus meneruskan kehidupan.

"Hubungan (antara kami) masih aktif," katanya, sambil berjanji kerja-kerja antara agamanya akan diteruskan dan ia seharusnya menjadi lebih mudah dalam parti baru mereka itu dengan rekodnya sebelum ini bersama komuniti berlainan agama. – TMI


HARAPAN BARU DI PERLIS








19 Jul 2015

[BERGAMBAR] Sokongan Untuk GHB Terus Mencurah

Sokongan untuk Harapan Baru mencurah, termasuk dari jurulatih bola negara

Sokongan secara terbuka kepada penubuhan Gerakan Harapan Baru mencurah-curah ekoran pelancarannya Isnin lepas, termasuk daripada individu dan juga pertubuhan.

Kebanyakan mereka menzahirkan sokongan ini melalui kenyataan yang dibuat secara terbuka melalui media sosial, khasnya laman Facebook.

Antara sokongan yang mengejutkan datang daripada Karathu Muruthaiah, jurulatih bola sepak negara yang lebih dikenali M Karathu, yang secara terbuka menyatakannya kepada penyelaras Harapan Baru Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.

"I like your Harapan Baru. I wish your new party all the success. Majukan Harapan Baru (Saya suka Harapan Baru anda. Saya doakan semoga parti baru anda berjaya. Majukan Harapan Baru)," tulis jurulatih bolasepak Perak itu kepada Wan Rahim melalui Facebook.

"Terima kasih Datuk. Datang dari personaliti semacam anda, ia memberikan makna yang besar kepada saya," tulis Wan Rahim membalas ucapan itu.

Sementara itu, Ikram Malaysia menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pertama menyatakan sokongan terbuka kepada Harapan Baru.

"Ikram dengan ini mengalu-alukan Gerakan Harapan Baru; sebuah NGO yang mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat," kata timbalan presiden Ikram, Hasanudin Mohd Yunus dalam satu kenyataannya.

Serentak dengan pengumuman Harapan Baru oleh pengerusinya Mohamad Sabu Isnin lepas, mereka menubuhkan jawatankuasa pro-tem di setiap negeri dan kawasan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Di Johor, tapak utama gerakan ini, ia dipimpin sendiri barisan pimpinan PAS negeri sebelum ini apabila bekas pesuruhjaya sesi lalu, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Parit Yaani, Aminul Huda Hassan, menjadi penyelarasnya.

Di Perak, bekas bendahari PAS Pusat, Asmuni Awi sendiri memimpin gerakan itu dengan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai timbalannya.

Di Wilayah Persekutuan pula, bekas pengarah pilihan raya PAS Dr Mohamad Hatta Ramli sendiri memimpinnya manakala di Kedah ia dipimpin bekas exco Kedah, Dr Ismail Salleh.

Pemimpin lain ialah Wan Rahim yang menerajui usaha itu di Kelantan, Dr Hamzah Jaafar (Pahang), Hamzah Abdullah (Sabah), Abang Ahmad Kerdi Abang Masagus (Sarawak), Izham Hashim (Selangor), Adly Zahari (Melaka) dan Zulkifli Mohamad Omar (Negeri Sembilan).

Harapan Baru dilancarkan dengan rasminya Isnin 13 Julai lalu oleh pemimpin progresif yang tersingkir PAS.

Ia merupakan medium aktiviti kumpulan tersebut sebelum parti mereka diluluskan dengan rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan.

Bagaimanapun, ketika sokongan mencurah untuk mereka, serangan mula datang daripada parti lama mereka iaitu PAS.

Pengarah pilihan raya PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan parti ini tidak akan berjaya kerana ia hanya proksi DAP, manakala ketua penerangannya Nasrudin Hassan menyifatkan pemimpin mereka sebagai pengkhianat kepada PAS.

Strategis PAS Dr Zuhdi Marzuki pula menyifatkan Islam mereka ala Islam Amerika dan akan disenangi Sister in Islam, Lawyer for Liberty, Comango, pendukung golongan LGBT dan DAP sendiri. –TMI


KENAPA PAS PERLU NAK MARAH HARAPAN BARU?
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diumum baru-baru ini membuatkan mereka menjadi sasaran tembakan peluru-peluru PAS. Pimpinan PAS menyerang mereka bertubi-tubi samada dalam ceramah, mahupun blog dan media sosial.

2) Dalam banyak-banyak serangan, saya simpulkan bahawa peluru yang digunakan adalah berupa serangan psikologi dengan menggelar GHB ini sebagai kumpulan orang kecewa kalah pemilihan.

3) Serangan psikologi ini diasak dan disalut dengan dalil-dalil yang sedap didengar, tajam menikam, panas berapi - membuatkan ahli-ahli dari ceruk kampung tidak akan mendekati kumpulan ini.

4) Apa sebenarnya yang pimpinan PAS mahu?

Sebenarnya tak perlu sindir, tak perlu serang. Biarlah GHB tubuh parti baru. Tak perlu pecat, mereka akan gugur keahlian dengan sendiri jika menubuh parti baru.

5) Sepatutnya pimpinan PAS bersyukur kerana orang yang mereka singkir itu benar-benar hilang daripada PAS. Lega bukan? Tapi sebaliknya, pemimpin PAS terjerit-jerit serang psikologi seolah-olah tak mahu mereka keluar daripada PAS.

6) Apakah PAS mahu mereka terus berada dalam PAS supaya psikologi mereka boleh didera secara halus? Jika tidak suka, biarkan mereka. PAS patut buat kenduri macam Ibrahim Ali. Syukur kerana jebon-jebon dah lari.

7) Perlu diingat, kamu gunakan serangan psikologi "orang kecewa kalah pemilihan".

Walhal saya beranggapan mereka bukanlah memilih GHB kerana tewas pemilihan. Tetapi mereka tidak boleh terima cara pemilihan yang dilakukan.

8 ) Pemilihan itu bukan sekadar hari Muktamar. Semua orang tahu, berbulan-bulan sebelum Muktamar, mereka digelar sebagai jebon, munafik haraki, macai-DAP, geng liberal dan sebagainya. Mereka dicaci, disindir, diherdik sesuaka hati.

Malah siap berdalil aqli dan naqli. Bukan itu sahaja, mereka diasak dengan persepsi untuk menjatuhkan presiden.

9) Hasil cacian dan makian itu meresap masuk ke dalam minda perwakilan dan akhirnya diterjemah melalui pemilihan. Malah pencalonan Ustaz Ahmad Awang memberi bonus kepada kempen "menghapuskan orang yang mahu jatuhkan Presiden".

10) Siapa tidak terasa. Kamu beri contoh Ustaz Hassan Syukri yang tewas tapi tetap istiqamah dengan PAS. Adakah Ustaz Hassan dimaki dan dicaci sebagai jebon dan munafik haraki sebelum pemilihan? Tunjukkan siapa yang telah terus istiqamah selepas dilabel begitu?

11) Ustaz Nasharudin Mat Isa pun terbarai akibat serangan "UG UG UG" dan serangan "agen Umno" yang menyaksikan beliau tewas kepada Mat Sabu. Ke mana Ustaz Nasharudin selepas itu? Hilang dari peta politik PAS.

Kecewa dan membawa diri, bukan kerana kalah semata, tetapi kalah kerana hati terluka akibat dicaci maki. Itu sebab dia seorang. Kalau dia seramai 20 orang, dah lama dia gerakkan G20 versi dia sendiri. (saya pernah terlintas, apakah pemilihan lalu adalah manifestasi balas dendam kumpulan ulama ke atas penyingkiran Ustaz Nasha oleh kumpulan progresif)

12) Pemimpin PAS perlu muhasabah, kenapa mereka mahu menyerang GHB. Saya terbaca tulisan Dr Zuhdi yang penuh fakta dan kaji selidik, berdalil bagai. Tetapi saya tak nampak semua hujah itu terkena kepada kumpulan GHB itu. Sekadar andaian dan tuduhan yang tak berasas.

13) Ya, orang kampung, pembaca harakah cetak, para penyokong bawahan yang kurang maklumat, pasti bersertuju dan hadam habis tulisan Dr Zuhdi itu. Tapi orang-orang yang keluar daripada momokan dan doktrin halus, mereka tidak akan menerima dakyah sedemikian. Jika tidak suka dengan GHB sekalipun, bukanlah tulisan Dr Zuhdi itu hujahnya.

14) Saya antara orang-orang yang tidak bersetuju penubuhan GHB. Tetapi saya tidak menolak penubuhannya kerana mereka yang mahu menubuh GHB lebih tahu apa yang mereka perlu buat.

Mereka merasai keperitannya dihalau secara clean sweep.

15) Berbalik kepada serangan psikologi pemimpin PAS, saya rasa lebih baik PAS diam sahaja dan biarkan mereka bergerak mengikut haluan mereka. PAS sudah halau mereka, maka usah sedih dengan kehilangan mereka.

Tak perlu serang mereka dengan label pengkhianat, jebon dan munafik haraki lagi.

16) Semua itu hanya akan mendatangkan simpati kepada mereka dan backfire kepada PAS. Bukankah PAS yakin dengan kekuatan sendiri dan sudah bersih daripada unsur-unsur jebon yang mahu jatuhkan Presiden? Mereka tidak akan mampu tarik ahli PAS yang setia. Yang tak setia kepada PAS, buka jalan keluar kepada mereka, usah ditangisi, usah dirindui. PAS akan bersih. Buat kerjalah dengan senang hati. Biarkan mereka, usah meroyan pula.

Sekian.



Bagi sesiapa yg tidak mengetahui akan perkara sebenarnya.....tanyalah pimpinan PAS Sendiri

Bagi sesiapa yg tidak mengetahui akan perkara sebenarnya.....tanyalah pimpinan Pas sekarang ini, siapa yg pertahan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yakni EJSK di dalam dan luar Parlimen..dan dimana jua pentasnya..samada kpd lawan atau kawan...Siapa?...yang dituduh menolak hudud itulah yang mempertahankan perlaksanaan Hudud di Kelantan termasuk dipentas2 forum brbahasa BI dan BM....samada yg dianjur parti politik atau NGO2...

Namun ingat sdra....Perjuangan
ISLAM bukan hanya sekadar Perjuangan Hudud.....Perjuangan Islam adalah perjuangan untuk Menegakkan (Tamkin) Syariat Seutuhnya dalam sebuah masyarakat dan negara Madani yang perlu menghormati Kedaulatan undang2 atau As-Siyadah al-Qanuniyah atau Rule of Law.

Perjuangan yang sedari awal ditahap Makkiyah lagi telah mengherdik dan membidas (wailul lil..) golongan Mutaffifin yang Curang, Culas dan Khianat dalam Tadbir-Kelola Urusniaga dan menzalimi dan memperbudakkan golongan Marhaen...lantas "Mengangkat Karamah Insaniyah"..Human Dignity dan memberikan manusia erti

Kemerdekaan Insan sebenarnya..dalam Erti Hifzul Hurriyah yang Hakiki...
Perjuangan Islam yang mendobrak segala bentuk Asobiyah yang membelenggu keintelektualan manusia berfikir dan membuat keputusan yang wajar dan waras bersandarkan Ilmu Naqli dan Aqli.. BEBAS dari Unsor dan Politik Ketakutan dan Peras Ugut...termasuk Asobiyah Kepartaian yang melampau sehingga "Mengagung dan Mentaqdis" Pemimpin meskipun ternyata mereka Silap dan Kekal dalam kesilapan....

Perjuangan untuk "Memakmurkan Bumi dengan Mengurus Khazanah Kekayaan Negara" dengan Mampan dan Kompeten serta bebas dari melakukan Khusran atau Kerosakan sehingga lahir "Kesejahteraan dan Kemakmuran buat Semua Rakyat" dengan TIDAK diizinkan Kekayaan DiBolot oleh segelintir penguasa politik yang RAKUS bersekongkol dgn segelintir koporat Tamak sehingga lahir Segelintir manusia menjadi SUPER-KAYA serta Wujud JURANG ATAU KESENJANGAN KAYA-MISKIN yang terlalu lebar dan terus melebar...

Tidak dapatkah anda mengungkap perjuangan Islam selain dari perjuangan Hudud saja sehingga bila Lawan dan Musuh yang masih Rasuah, BoRos dan Bolot 'tampak semacam nak terima Hudud'..maka kita Mudah2 ditemberang dan ditipu sebab mereka sudah mahu sokong Hudud..??......Apakah sebegitu wajarya?

Mengapa sebegini Kekakuan Pengungkapan Perjuangan Islam...satu " Intellectual Paralysis" yang sangat mengaibkan dan menyempitkan...

Ingat apa yang kedua-dua AlMarhum Ustaz Fadzil Noor dan TGNA sebut dan peringatkan kita akan tipu-helah musuh ....husnuz dzan biar bertempat dengan mrngambil kira juga tuntutan Hazar...."Berwaspada" sebagai peringatan Kitob AlLah..

Panjang pulak saya dah bersyarah......memang banyak lagi yang boleh dihuraikan akan perjuangan Islam yang Syumul dan semestinya Bukan Hanya Sekadar Hudud...sudah banyak kali juga rasanya telah saya sebutkan dan tuliskan.....

AlLahu 'Alam
AlLahu al Musta'an...

Pencerahan dari Dr Dzulkifli Ahmad
S/U GHB Pusat




LIVE CERAMAH GHB DI KANGAR PERLIS
DIBAWAKAN OLEH RADIO PEDASFM



Get the Flash Player to see this player.











Semakin Dihentam GHB Semakin Kuat & Semakin Mendapat Sokongan


Cerminan siasah Islam Oleh K Pragalath

Syawal menjelma dan Muslimin seluruh dunia menyambut Aidilfitri.Bagi penulis, Ramadan 1436 memang membawa pengertian besar dalam perkembangan siasah Islam.

Satu kumpulan pimpinan ulama dalam aktiviti siasah bertembung dengan kumpulan bukan ulama dengan pendekatan Islam syumul.

Perkara yang menarik perhatian penulis ialah bahasa yang digunakan oleh kedua-dua pemimpin kumpulan ini. Ya, bicara hari ialah berkenaan kepimpinan PAS dan kumpulan bukan kerajaan, Gerakan Harapan Baru (GHB).

Kepimpinan PAS melemparkan pelbagai tuduhan terhadap GHB tanpa sedikitpun mempedulikan kesucian bulan Ramadan dan Islam.

Para pemimpin GHB mempertahankan pendirian dengan kata-kata yang lebih manis.

Penyokong tegar boleh menyatakan bahawa kumpulan GHB ialah kumpulan yang kalah dalam pemilihan muktamar. Persoalannya, bagaimanakah kumpulan ulama menghalalkan penggunaan senarai cai?

Dan mengapakah jawatankuasa disiplin tidak mengambil tindakan terhadap pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menjalankan kempen memburukkan calon menerusi protes di depan ibu pejabat agung PAS dan kempen fitnah di dalam ruang siber?

Berbalik kepada isu bahasa, berikut adalah di antara petikan ayat dan kata-kata yang digunakan oleh kedua-dua PAS dan GHB.

Jelas sekali parti baru yang bakal ditubuhkan ini tidak berteraskan ajaran Islam yang sebenar tetapi ajaran yang selari dengan gagasan Muslim progresif.

Dengan gagasan pemikiran yang didukung itu, parti baru ini akan disenangi oleh Sisters in Islam, Lawyers for Liberty, Comango, pendukung LGBT dan DAP sendiri.

Petikan di atas ialah kata-kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki. Zuhdi turut membuat tuduhan bahawa GHB akan memperjuangkan 'Islam ala Amerika'.

Pengarah pilihanraya PAS, Mustafa Ali pula menuduh GHB sebagai 'proksi' DAP.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Tantawi pula melabel penyokong GHB 'melakukan pengkhianatan' kepada PAS.Ahli jawatankuasa PAS pusat Zaharudin Mohamad pula menyifatkan sokongan setiausaha agung PKR Rafizi Ramli terhadap GHB sebagai kurang ajar.

"Rafizi jangan campur urusan PAS. Nampak Rafizi ini gelojoh seperti orang terkencing sebelum sampai tandas.

"Selagi GHB belum keluar PAS dan belum bercerai rasmi, maka kenyataan Rafizi saya anggap campur tangan dan kurang ajar.

"Dr Mujahid Yusof Rawa, ahli parlimen Parit Buntar dan ahli jawatankuasa GHB membalas secara bersahaja.

"Sekiranya mereka tidak melihat kami sebagai ancaman, maka mereka tidak perlu memberi kenyataan atau bertindak balas terhadap GHB. Saya tidak faham apa itu Islam ala Amerika dan apa yang dimaksudkan dengan menyokong LGBT.

"Saya tidak boleh memberi komen terhadap imaginasinya."Para pembaca boleh melihat kesantunan bahasa kedua-dua kumpulan.Penulis yakin semua agama melarang keceluparan seperti mana yang ditonjolkan ini.

Tepuk dada, tanyalah selera siapa yang sewajarnya menjadi wakil agama Islam. -beritadaily


Apa Kata Anak Ust Fadzil Nor Yang Pro-Ulama

Sebagai pemerhati diluar, berpandangan daripada duk bergaduh dgn kawan kawan datam yang sama parti dulu, biarlah mereka nak tubuh parti baru dan doakan mereka.

Janganlah tuduh pengkhianat ka apa apa yang berbau istilah mencela. Sempena raya simpanlah siku dan tutut dulu. Perkara ini tidak melibatkan akidah atau pembatalan iman.

Imam Tahawi pernah bermazhab Syafie kemudian berpindah kepada mazhab Hanafi dan berjaya datam kerjaya beliau. Berbaiklah dan bekeriasama datam berbuat kebaikan.

Sayang semua muslim
Fauwaz Fadzil Noor



Harapan Baru, serupa tapi tak sama:

1. Parti2 serpihan Pas sblm ini hanya ditubuh oleh beberapa orang pemimpin Pas yg kecewa dgn dasar atau keputusan politik Pas spt isu pemecatan Dato Mat Nasir sbg MB, krisis Dato Asri , CCC dll,

2. Semua parti serpihan ini bersifat mesra UMNO dan menentang Pas secara total dlm praya. Harapan Baru pula:
1. Akan meneruskan semua dasar dasar Pas termasuk memperjuangkan hukum hudud,
2. Tidak berlawan secara total dgn Pas, BN masih menjadi musuh politik utama

3. Menggantikan Pas dlm pakatan politik pembangkang, Pas semenjak 1990 telah menerima konsep persefahaman antara parti pembangkang, konsep ini perlu diteruskan kerana terbukti berjaya menggugat kekuatan BN,

4. Penubuhan Harapan Baru tidak dibina atas rasa kecewa dlm pemilihan Pas, sebaliknya atas prinsip perjuangan yg wajib diteruskan, bila ruang2 perjuangan telah ditutup rapat oleh manusia2 suci dlm Pas, maka satu laluan baru mesti dibina utk meneruskan perjuangan lama.

5. Harapan Baru didokong oleh lebih separuh drp pemimpin lama Pas samada di peringkat Pusat dan juga Negeri dan diterima baik oleh 80% penyokong dari jumlah lebih 3 juta penyokong PR, mereka hanya ditolak oleh 80% drp hanya 1200 perwakilan Pas yg memilih secara chai.



Ahli, pimpinan PAS tak perlu bimbang dan marah kepada #HarapanBaru

Penubuhan wadah baru sudah tidak dapat dielakkan. Ianya merupakan natijah daripada kemelut dalaman PAS yang tidak diurus dan ditangani secara bertanggungjawab.

Tiada siapa boleh memusing jarum jam untuk kembali ke masa yang telah berlalu.

Kepada yang kekal dalam Pas, anggaplah parti anda berada dalam keadaan selamat sekarang. Tiada lagi ancaman pengaruh fikrah luar yang mengganggu asholah perjuangan Pas. Tiada lagi pengkhianat. Tiada lagi golongan tak jelas fikrah. Parti anda sangat suci dan bersih sekarang. Bergembiralah dan bersyukurlah.

Anda tidak perlu bimbang dan marah. Presiden anda sangat pasti, wadah baru hanya boleh bertahan paling lama 2 tahun. Tempoh itu tidak lama. Anda tidak perlu risau apa-apa. Yakinlah dengan telahan Presiden anda. Dia tidak buat sebarang salah dan silap sebelum ini. Semuanya benar belaka.

Bagi yang memilih wadah baru, ketahuilah anda telah memilih jalan yang sangat sukar. Maka, pilihlah dengan ilmu dan kesedaran. Bukan kerana marah. Bukan kerana kecewa. Anda perlu memilih jalan ini kerana keyakinan dan harapan yang tinggi. Anda perlu memilih jalan ini kerana anda yakin anda benar. Jangan ada sebab lain.

Peluang untuk berjaya ada, tetapi laluannya tidak mudah. Kalau anda sudah biasa berkorban sebelum ini, ada perlu lebih banyak berkorban kali ini.

Kalau anda biasa dengan celaan dan kata nista sebelum ini, anda akan mendengar lebih banyak lagi kali ini. Pertingkatkan kesabaran kalian.

Kalau anda biasa bangun malam bermunajat kepada Allah sebelum ini, anda perlu lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah kali ini.

Ujiannya pasti lebih getir. Celaan pasti lebih pedih. Kepayahan pasti lebih sukar.

Selamat berjuang. Seeru alaa barakatillah.

Abu Mubarak


ULASAN GB

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan, demikianlah sunnatullah, semakin dihentam, dicaci dan difitnah, ia akan menjadi semakin utuh dan kuat.

Dan hukum kebenaran dan keadilan menetapkan, bala bencana itu menimpa tidak lain kepada orang yang memfitnah dan mencaci maki itu.

Meminjam syair Arab yang dipopularkan oleh mereka juga,

Biar anjing dan serigala menyalak, kabilah berjalan terus, #GHB akan tetap ditegakkan dan perjuangan akan tetap diteruskan!

Rakyat Kelantan dan Perlis, jangan lupa program malam ini!







Pengasas Kelab Penyokong PAS Tinggalkan Parti & Bakal Sertai GHB

Hu Pang Chaw putus hubungan dengan PAS

Hu Pang Chaw, pengasas bersama Kelab Penyokong PAS, yang kemudiannya dinaik taraf menjadi sayap keempat dalam PAS, telah memutuskan hubungan dengan parti itu.

Ketika dihubungi, Hu mengesahkannya, dengan alasan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan baru PAS.

Katanya, beliau sedih kerana selepas PAS berjuang keras untuk sampai ke mana ia berada hari ini - selepas pilihan raya umum ke-12 dan ke-13 di mana ia membuktikan boleh mendapatkan sokongan bukan Islam - para ulama melepaskan peluang itu dan didakwa memusnahkan parti itu sendiri.

Hu membantu menubuhkan Kelab Penyokong PAS pada 2004, dan kemudiannya menjadi Kongres Penyokong PAS pada 2010 atas gesaan pemimpin progresif dalam parti itu untuk membuat PAS lebih inklusif.

Beliau mengambil keputusan itu di tengah-tengah rancangan pemimpin progresif PAS yang disingkirkan daripada kepimpinan parti itu oleh pemimpin tegar konservatif dalam muktamar parti itu bulan lalu, untuk menubuhkan sebuah parti baru.

Hu berkata setelah penyokong PAS selama 16 tahun, fundamental parti itu tidak berubah tetapi halatujunya telah menyimpang dari slogan parti itu ''PAS untuk semua'.

"Masalahnya ialah ulama muda (yang mengambil alih parti). Parti itu telah menyimpang dari jalannya dan memusnahkan segala yang telah dicapai," kata Hu.

Ditanya sama ada Hu akan menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB), sebuah gerakan yang dibentuk oleh pemimpin progresif PAS, ke arah menubuhkan sebuah parti baru, katanya tunggulah sama ada beliau akan hadir di jelajah GHB di Kota Bharu, Kelantan.

Hu bertanding di bawah tiket PAS di Ayer Hitam menentang Datuk Wee Ka Siong dari MCA dalam pilihan raya umum lalu tetapi kalah.

Dia berhenti menjadi Ketua Kongres Penyokong PAS pada tahun 2014 selepas menjadi semakin kritikal terhadap peningkatan elemen konservatif dalam parti itu.

Kebangkitan golongan muda konservatif sampai ke kemuncaknya dengan penyingkiran barisan progresif daripada kepimpinan PAS pada bulan Jun, diikuti PAS memutuskan hubungan dengan DAP, langkah yang membawa kepada berkuburkan Pakatan Rakyat. -mk


Selamat Tinggal PAS, Hu Pang Chaw


“再见我的爱, 我们后会无期 “

郑重声明:

即日起,本人与由保守派掌权的伊党,断绝一切关系。

这些 自认是纯正伊斯兰的捍卫者,一切言论与行为,完全不符合真正的伊斯兰精神,与追求一个进步、团结、和谐及繁荣的全体马来西亚公民,所持有的态度和思维,完全背道而驰。

党主席用“中间人”、“杂 种”、“狗” 和 “狼” 等字眼,形容与自己意见相左的党同志及政治盟友,完全不符合一名宗教司身份。 作为一名德高望重的领袖,应该尊重民主真谛,提倡异中求同的精神。 反之, 却与巫统眉来眼去、违背誓言、 口出狂言、说粗口、背后插刀,完全没有君子作风,6月党选的荒诞行径, 视党章如无物,如何服众? 我 耻与为伍。

自1999年大选后,即参于的伊党,已经走样。那些年党内的清流,恰似一江春水向东流,不复返。 此时不走,更待何时?

再见! 曾经是我所爱和寄于厚望的回教党(伊斯兰党) ,后会无期。

而我,已经找到新爱,对旧爱不再牵挂 !

"Goodbye, my love, we will commence"

Solemnly declare:

Today, I and the conservative ruling party, severed all ties.
These profess to be defenders of orthodox Islamic, all statements and behavior, is totally inconsistent with the true spirit of Islam, and the pursuit of progress, solidarity, harmony and prosperity in the whole Malaysia citizen, the attitude and thinking of totally against.

Party Chairman with "man in the Middle", "hybrid", "dog" and "the Wolf" and other words, described the disagreements with his party comrades and political allies, totally inconsistent with a division of religious identity. As a highly respected leader, should respect the true meaning of democracy, advocates vary in the same spirit.

Instead, but flirting with UMNO, under oath, and bluster, saying foul language, back-stabbing, no gentleman style, June party elections to the absurd acts, regard the Constitution as nothing, how can the public?

I feel ashamed to associate with him.

After the 1999 election, namely participation in the party, has been getting out of control. In those years the party's clean, like a river flowing to the East, never to return.

No go, but when?

Good bye! Used to be my love and sent in hopes of PAS (Islamic party), will for ever.

I have found a new love, old love no longer cares!

from Hu Pang Chaw's FB, translated by Bing


ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan pun berjalan.

Baru sehari dua ini Mustafa Ali menyatakan PAS akan meletakkan calon bukan Islam untuk menentang calon DAP dalam pilihan raya akan datang, hukum pun berjalan "menjawab" dendam kesumat dan hasad dengki Mustafa Ali terhadap golongan professiona/progresif yang membentuk Gerakan Harapan Baharu dan cubaab Mustrafa untuk mensabotaj Pakatan 2.0 dengan hendak meletakkan calon bukan Islam menentang DAP.

GB sudah katakan, bahawa kita alu-alukan langkah Mustafa Ali itu. Tetapi yang jelas dan nyata calon bukan Islam akan menemui kegagalan malah akan kehilangan depositnya.

Dan kini Pang Caw bersuara, memberikan tamparan keras ke muka Mustafa.

Suara Pang Chaw seiringan dengan kritikan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dilantik PAS mengganntikan Pang Chaw, N Balasubramaniam di dalam muktamar yang lepas menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Pada masa yang sama, Bala bertanya kepada PAS khususnya kumpulan ulama sama ada terdapat larangan dalam al-Quran yang menghalang seseorang melakukan amalan berkenaan.

Hu Pang Chaw bukan orang asing di dalam PAS. Beliau ialah pengasas bersama Kelab Penyokong PAS pada tahun 2004 yang kemudian menjadi Pengerusi pertama Dewan Himpunan Penyokong PAS pada 2010.

Pang Chaw ialah seorang Tionghua yang fasih berbahasa Melayu yang telah berjaya menarik ramai bukan-Islam untuk menjadi penyokong PAS di bawah slogan PAS FOR ALL, satu gagasan yang diperkenalkan oleh kumpulan progresif di dalam PAS.

Pang Chaw dan Kamal Koh adalah dua orang pemimpin bukan Melayu di dalam PAS yang telah mengkritik kepimpinan PAS yang diboloti oleh golongan ulama, yang menurut mereka berdua, kepimpinan PAS pada hari ini telah menjarakkan lagi bukan Islam terhadap Islam.

Kamal Koh telah pun mengisiytiharkan dirinya bersama dengan Gerakan Harapan Barudan telah dinamakan sebagai Timbalan pengerusi 2 GHB Wilayah Persekutuan manakala Hu Pang Chaw diyakini akan menyertai jelajah Harapan Baru di Kota Bharu pada hari esok, 3 Syawal.

Penyertaan kedua-dua tokoh DHPP ini akan menarik ramai lagi ahli-ahli DHPP untuk meninggalkan PAS dan menyertai GHB.







18 Jul 2015

Ramai Calon PAS Bakal Kehilangan Deposit Selepas Tertubuhnya GHB...

Bukan Islam mana bakal bertanding untuk PAS, soal Mujahid

Bekas ketua biro perpaduan nasional PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyatakan keraguannya mengenai rancangan parti Islam itu untuk meletakkan calon bukan Islam bagi menentang DAP pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, sayap penyokong bukan Islam PAS tidak yakin mengenai kedudukan mereka dalam parti Islam itu berikutan terputusnya hubungan dengan DAP dan Pakatan Rakyat (PR).

"Siapakah calon-calon ini? Setahu saya, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) juga tidak pasti sama ada kewujudannya dalam parti terjamin.

"Dewan ini sekarang memikirkan kedudukannya dalam parti," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pengarah pilihan raya baharu PAS, Datuk Mustafa Ali baru-baru ini berkata mereka mungkin meletakkan calon bukan Islam di beberapa kerusi menentang DAP pada pilihan raya akan datang selepas putus hubungan dengan bekas sekutunya.

Beliau berkata, PAS akan memberi kuasa kepada sayap penyokong bukan Islam dan akan terdapat ramai calon bukan Islam diletakkan pada pilihan raya nanti.

Mujahid berkata, kewujudan DHPP itu sendiri adalah hasil usaha daripada pemimpin-pemimpin progresif, yang membawa sayap itu ke dalam struktur parti.

"Pemimpin-pemimpin progresif parti itulah yang menggalakkan dan mendesak interaksi antara masyarakat yang pelbagai. Sekarang kita keluar, siapa yang melakukan kerja-kerja tersebut?

"Inilah sebabnya mengapa DHPP berasa tidak selamat dengan kedudukan mereka," kata Mujahid, yang memainkan peranan penting dalam penubuhan sayap itu apabila beliau bertanggungjawab mengetuai biro perpaduan nasional PAS.


Pemimpin PAS dari puak progresif yang disingkirkan dalam pemilihan parti baru-baru ini, termasuk Mujahid, bekas timbalan presiden Mohamad Sabu, bekas naib presiden Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, dan bekas ahli jawatankuasa Dr Dzulkefly Ahmad, membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB).

GHB yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada hari Isnin, diterajui oleh pengerusi sementara, Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin PAS lain yang tewas.

Gerakan yang berkembang dengan sokongan kumpulan masyarakat awam dan badan bukan kerajaan (NGO), dilihat sebagai pelopor kepada parti Islam baharu yang akan menjadi alternatif kepada PAS.

Mujahid berkata DHPP pada pelbagai peringkat di beberapa negeri sudah menyuarakan minat mereka terhadap GHB.

"Hari ini kita mempunyai DHPP Tasek Gelugor di sini dengan kami. Mereka ingin tahu mengenai kita dengan lebih lanjut," katanya selepas mengumumkan jawatankuasa sementara GHB Pulau Pinang GHB di Butterworth semalam.

"Kita boleh berkongsi dengan mereka mengenai aspirasi pergerakan kita. Keputusan muktamad (sama ada untuk menyokong gerakan tersebut) terpulang kepada mereka," katanya.

ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Kini beliau cuba mensabotaj Pakatan 2.0 dengan hendak meletakkan calon bukan Islam menentang DAP. Kita alu-alukan. Tetapi yang jelas dan nyata calon bukan Islam akan menemui kegagalan malah akan kehilangan depositnya.

Bukan Islam mana lagi yang hendak sokong PAS apabila PAS sendiri sudah berkerat arang berpatah rotan memutus hubungan dengan mereka?

Mustafa Ali terlupa bahawa Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam di dalam muktamar yang lepas menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Pada masa yang sama, beliau bertanya kepada PAS khususnya kumpulan ulama sama ada terdapat larangan dalam al-Quran yang menghalang seseorang melakukan amalan berkenaan.

"Saya tidak pasti sama dalam Islam, dalam al-Quran ada tidak larangan supaya jangan memffitnah dan jangan melabel orang lain. Kalau ada, kenapa ulama tidak mengawal ini berlaku dalam parti.

"Kenapa ulama tidak menegur gejala ini. Kalau label melabel ini ada dalam al-Quran, saya minta jasa baik ulama agar menunjukkan saya ayat mana dan terjemahannya.

Ulama PAS perlu jawab dulu persoalan yang dibangkitkan oleh DHPP di atas. Kini ramai DHPP yang menyatakan akan bersama GHB.

Selama ini ulamak membisu dengan pelbagai fitnah, cacian dan makian yang dilakukan oleh sesetengah pihak terhadap ahli kumpulan professional. Malah sesetengah ulamak termasuk presiden parti sendiri mengeluarkan kata-kata cacian seperti BROKER, BARUA & TOLOL.

DHPP sendiri telah mempersoalkan apakah di dalam Al-Quran tiada larangan seseorang itu tertutama pemimpinnya melakukan fitnah, cacian dan makian seperti itu? Apatah lagi cacian seperti ungkapa-ungkapa JEBON, Anwarinas, Liberal dan seumpamanya yang begitu mudah dihamburkan mengikut rentak dan tari syaitaniah?

Sekalipun kumpulan ulamak dikatakan telah menang besar di dalam pemilihan yang baru lalu, namun semua dapat menyaksikan kemenangan itu adalah hasil dari fitnah, cacian dan makian yang dilakukan ke atas kumpulan profesyenal. Ulamak PAS perlu bertanggungjawab dan perlu memikul beban dosa para penyokongnya yang melampaui batas itu.

Ada juga sesetengah pemimpin menyatakan bahawa kita tak perlu DAP lagi, kita ada NGO seperti DHPP. Kini DHPP pun meragui kredibiliti ulamak PAS. Tinggal siapa lagi di kalangan bukan-Islam yang menyokong PAS?


Tuh, memang PAS kini sedang sakit tenat. Lebih banyak kerusi yang PAS bertanding lebih ramai calon PAS yang akan kehilangan deposit, lebih-lebih lagi jika letak calon bukan-Islam berbanding jika calon bukan-Islam itu bertanding di atas tiket GHB.

Ingatlah berbelasan bekas AJK PAS Pusat yang disingkirkan, pengikut mereka dalam PAS bukan sekadar 20% seperti yang didakwa oleh sesetengah pemimpin!



17 Jul 2015

Biarlah GHB Jadi Tempat Orang Islam & Bukan Islam Tumpang Naungan RahmatNya

Surat terbuka buat GHB, harapan kepada harapan baharu – Za’im Yusoff

Tuan pengasas Gerakan Harapan Baru (GHB),

Sebetulnya tulisan ini ialah hasil perbincangan dan sumbang saran rakan-rakan seangkatan yang pernah bergelumang dengan kepelbagaian jemaah, parti dan wadah; anak-anak muda yang sebetulnya sudah merasakan masa depan Malaysia semakin nazak disesakkan kebobrokan insan dari peringkat paling atas sampailah peringkat paling bawah, di tanah tumpahnya darah, Malaysia yang bertuah inilah.

Jujurnya, selepas melihat keberanian tuan melawan arus saat GHB tercetus, ia sekali gus menumbuhkan harapan kembali.

Hayat wajib diteruskan selagi maut belum membilah tenggorok. Justeru, GHB dilihat sebagai talian hayat kepada harapan untuk sebuah Malaysia yang lebih baik pada masa hadapan.

Tuan,

Ya, ada dalam kalangan rakan-rakan kita menganggap Tuan sebagai golongan kecewa tetapi dengan tercetusnya GHB, kami melihat tuan sebagai golongan pemimpin yang tidak pernah berputus asa.

Menjadi kelaziman spesies makhluk ciptaan Tuhan, selagi hidup, selagi itu berjuang mencari ruang dan peluang untuk terus maju dan berkembang, berpindah dan berhijrah apabila langkahnya diempang mahupun ditempangkan oleh musuh yang mungkin tidak sengaja berseteru.

Kami maklum sekiranya jawatan yang tuan kejar, dengan mudah-mudahnya tuan boleh berhijrah mengerumuninya daripada ketumbukan pemerintah; namun tuan memilih jalan yang benar-benar susah; membina GHB daripada titik terendah semata-mata untuk memastikan hayat perjuangan rakyat pasca Pilihan Raya Umum 2013 tidak tersekat. Dari itu, tahniah!

Namun tuan, di sini apalah sudi kiranya mendengar sedikit sebanyak sumbang saran kami, harapan kami terhadap GHB ini agar harapan yang dijanjikan bukan harapan palsu namun harapan yang menjadi realiti demi masa depan ibu pertiwi.

Tuan,

Kami menerima maklum bahawa GHB adalah berteraskan Islam dengan mengedepankan prinsip amanah, progresif dan peduli.

Pertamanya, kami berpesan kepada tuan untuk jujur dengan agama, jujur dengan Islam. Sudah berapa banyak kita menyaksikan bagaimana nas-nas Tuhan dikhadamkan untuk kepentingan peribadi juga organisasi hingga mencekup mulut rakyat jelata daripada berbeza pandangan.

Sebaliknya, tuan jikalau jujur dengan Islam haruslah tuan menjadi khadam kepada nas-nas dengan kefahaman yang bukan sahaja mendalam bahkan juga meluas agar Rahmat Islam itu merentas setiap agama mahupun ras.

Kami khuatir kalau-kalau tuan tergelincir memainkan api perkauman dan keagamaan sedangkan yang kita perlukan daripada tuan adalah untuk benar-benar menguruskan perbezaan kepelbagaian kaum dan agama. Apatah lagi, agama dan kaum tidak pernah bersalah – jika tidak masakan perlembagaan negara kita mengiktiraf kepelbagaian agama dan kaum sejak Malaysia lahir lagi.

Kami perlukan tuan menukarkan kepelbagaian ini kepada kekuatan kita sebagai sebuah negara bangsa dan bukannya kepelbagaian sebagai jalan untuk bersengketa.

Bagi muafakat pakatan yang baru, pastikan tuan bukan sekadar mengisi vakum kekosongan perjuangan Islam sebaliknya tuanlah yang menjadi penyatu semisal sosok Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Allahyarham Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jangan sesekali berulasan sesuatu yang pihak GHB belum mendapat kepastian lantaran pantasnya kenyataan selalunya mencantas diri sendiri, tetapi tidaklah pula terlalu naif sehingga terlepas memberikan maklum balas khususnya hal-hal berkaitan sentimen keagamaan dan perkauman.

Tuan membawa Islam. Islam sudah masyhur dengan kepelbagaian aliran dalam bermacam-macam segi. Jadilah pemimpin yang menyatukan ummah dan berjiwa seluas langit selebar bumi.

Serahkan urusan hukum hakam ibadah terutama yang menjadi status quo masyarakat semisal persoalan mazhab kepada para ulama.

Dalam hal-hal fekah, yang kami impikan adalah untuk tuan mengingatkan kami supaya bertakwa di dalam khutbah dan menjadi imam solat berjemaah.

Di akhirnya, biarlah GHB dilihat sebagai agen penyatu; tempat orang-orang Islam dan bukan Islam menumpang naungan rahmatNya.

Tuan,

Kembalikan ahli politik ke fungsi asal penciptaan insan. Ahli politik sebagai khalifah. Ahli politik yang memakai sifat-sifat Allah dengan mendahulukan rahmat berbanding amarah sekalipun amarah sesekali perlu itupun untuk hal-hal tertentu yang benar-benar mengganggu perjalanan sesebuah negara.

Kita mahukan ahli politik sebagai khalifah yang tidak menjadikan keredaan Allah sebagai semata-mata lapikkan alasan sebaliknya seorang ahli politik sebagai khalifah itu berusaha secara istiqamah dan profesional bahawa keredaan Allah kepada pemimpin adalah apabila pemimpin menjalankan pembaikan kepada negara mahupun dunia. Pembaikan yang digerakkan oleh gerak Sunnatullah dan tindak Syariatullah yang tidak pernah dijuzuk-juzukkan.

Oleh itu, mengakulah andai tuan lemah dalam bidang yang tuan bukan berkeahlian. Sebagai pemimpin, tugas tuan untuk memimpin dan mengurus bukannya membimbing dan mencetuskan penyelesaian atas hal-hal yang tuan tidak pakar.

Dalam apa juga bidang, polisi, dasar dan pendekatan, wajibkanlah diri-diri tuan merujuk kepada yang berkeahlian sekalipun mereka datang daripada kelompok musuh politik tuan. Tidak perlulah tuan menapis fikrah, cukuplah tuan menapis hujah dan bekerjasama dengan ahlinya sekalipun mereka naif siasah.

Mulakanlah perbincangan dengan mereka, “hari ini mari kita berbincang demi kepentingan rakyat dan masa depan negara”. Jika tuan mengikut kehendak dan ego sendiri, tuan ternyata zalim lantaran hanya dengan menjalankan pendapat golongan berkeahlian sahajalah, tuan melangsaikan amanah kepimpinan.

Beringatlah, pemimpin adil pemimpin dijulang, pemimpin zalim pemimpin dibuang. Di sini, jangan sesekali bertolak ansur dengan nilai integriti. Sekiranya ditakdirkan ada dalam kalangan tuan terpalit dek isu integriti, dengan besar hati, undurlah tanpa perlu menunggu memorandum mahupun demonstrasi rakyat.

Justeru, politik sesekali tidak boleh dilihat sebagai jalan saraan kehidupan tuan; sebaliknya politik ialah peluang untuk tuan berkhidmat kepada hamba Allah sebelum tuan menemuiNya selepas jujur memimpin.

Tuan,

Jadikan keberadaan GHB sebagai sebuah parti politik yang berbeza. Bukan sekadar mengulangi skrip-skrip perjuangan isu rakyat semata-mata tetapi juga bertindak membina kapasiti polisi dan tatacara bernegara dalam bidang-bidang kritikal dan major negara.

Hal ini tidak mampu lahir andai tiada budaya ilmu dalam kalangan ahli GHB nanti. Kita tidak mahu mengeluarkan dokumen itu dan ini, negara dengan label begitu jenama begini namun isi-isinya sekadar kelongsong yang kosong.

Jadilah pembangkang yang bukan hanya tahu membangkang dengan menyenaraikan lambakan masalah tetapi paling mustahak menjadi suara alternatif yang memberi jalan keluar kepada kemelut suasana. Jalan keluar yang proaktif yang jelas bukan sekadar hamburan semata-mata nas.

Kami maklum dalam kalangan tuan ramai yang berkeahlian dan rajin menulis pandangan dan pemikiran. Teruskan budaya keilmuan ini kerana sebenarnya tugas kita bukan sekadar membina negara malah sebuah tamadun juga dan tiada ketamadunan tanpa asas keilmuan yang kukuh dan ampuh.

Tuan,

Akhirnya Tuan, politik ialah jalan khidmat yang mendekatkan Tuan kepada syurga dan menjauhkan Tuan daripada neraka jika benar tujuan dan perjalanannya.

Tinggalkan sahaja mereka yang berdendam lantaran orang yang berdendam tidak lebih hanyalah sesosok jasad yang sedang minum racunnya sendiri namun mengharapkan orang di sebelahnya mati.

Pandanglah setiap daripada rakyat tuan termasuk musuh politik tuan dengan pandangan Rahmat; bahawa setiap yang buruk boleh berubah – hal ini semestinya memerlukan jiwa yang besar dalam gerak duduk dan tindak tanduk kepimpinan tuan sekalian.

Kita tidak mempunyai banyak masa untuk bergaduh dan mencipta musuh. Lantaran, untuk membina perjuangan itu pun memerlukan seluruh saat dalam kehidupan yang entah berapa lagi bakinya. Mulakanlah dengan kejujuran, kami anak-anak muda Insya Allah bakal sama bergandingan.

Kami akhirkan pesanan ini dengan cuplikan puisi Pak Samad, pejuang sasterawan rakyat, yang menggambarkan nekad harapan kami yang kuat:

Tanah air akan indah, megah dan bermaruah
Jika kita senantiasa mensyukuri anugerah Allah
Dan bumi akan subur, makmur dan mewah
Jika kita bekerja dan berikrar hidup bersama.
Kami bukan sekadar harap-harap. Ini sebenar-benar pengharapan.





TITM Mohon Maaf Tapi Kami Sudah Nekad Tinggalkan Parti... InsyaAllah

Timbalan presiden PAS mohon maaf, rayu ahli jangan tinggalkan parti

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memohon maaf kepada semua ahli PAS atas krisis yang sedang dihadapi parti itu sekarang ini dan memujuk mereka agar tidak meninggalkan parti.

Timbalan presiden PAS itu berkata, ahli-ahli tidak perlu meninggalkan parti kerana pemimpin yang tidak mereka sukai akan pergi juga satu hari nanti.

"Kepada ahli-ahli parti, saya mewakili barisan kepimpinan PAS Pusat yang baharu dan lama memohon maaf atas krisis yang sedang dihadapi parti pada masa ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pemimpin datang dan pergi. Yang ada hari ini akan pergi jua satu hari nanti."

Kumpulan yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menubuhkan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) – medium sementara sebelum Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan sebuah parti baharu .

Tuan Ibrahim dalam ucapan sempena hari raya itu berkata, hari raya tahun ini berbeza dengan yang sudah-sudah.

"Hari Raya ini cukup berbeza kerana negara hari ini berada di dalam persimpangan dan rakyat pula terjerut di tengah-tengahnya. Hari ini Malaysia berdepan dengan pelbagai masalah."

Menurut Tuan Ibrahim yang berada dalam "cai" kumpulan konservatif dalam pemilihan PAS lalu, negara berdepan dengan kelemahan nilai ringgit dan ketidakyakinan pelabur kesan daripada kemelut politik.

Kepimpinan negara pula, katanya, menghadapi masalah integriti, tuduhan rasuah dan tidak amanah dalam kontroversi yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Haji dan lain-lain.

"Institusi-institusi kerajaan berdepan dengan masalah defisit kepercayaan rakyat dan kredibiliti, termasuklah Bank Negara, hanya kerana kemelut 1MDB. Tugas mereka umpama kertas membalut api."

Di tengah-tengah kemelut ini, katanya, terjadilah pula insiden Low Yat yang cuba diambil kesempatan sesetengah pihak untuk menghidupkan api perkauman yang dahsyat.

"Khazanah negara termahal iaitu kepelbagaian dan keharmonian rakyatnya cuba diroboh sekadar cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu sebenar yang sedang melanda negara."

Menurut Tuan Ibrahim, ketika Barisan Nasional berada dalam keadaan lemah, parti-parti pembangkang turut berpecah.

"Kerjasama yang terjalin sejak 2008 kini goyah dan tidak menentu. Apapun kerja melawan kezaliman dipercayai akan terus dipergiatkan sehingga PRU14.

"Kita tetap sahabat, walaupun bukan ahli keluarga," katanya dilihat cuba memujuk agar kerjasama boleh terus terjalin di kalangan parti pembangkang ketika PAS berpecah dua. -TMI

ULASAN GB

SSetelah difitnah, dimaki, dihalau.... tiba-tiba kini memohon maaf dan meminta jangan tinggalkan parti...

Kalau tak der apa-apa masakan tempua bersarang rendah! Apakah sudah sampai ke telinga Tuan Ibrahim bahawa gelombang besar-besaran ahli-ahli PAS akan meninggal parti di seluruh negara pada Syawal ini?

Tuan presiden baru kata, parti baharu tidak akan kekal lama. Cuma dua tahun katanya. Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi menuduh Gerakan Harapan Baru sebagai pengkhianat. Zaharuddin Mohammad, menantu Presiden pula menyelar Rafizi yang menyokong GHB sebagai kurang ajar... kini Tuan Ibrahim merayu jangan tinggalkan PAS. Untuk apa Tuan? Untuk kumpulan ulama terus mencaci maki kami?

Semua sudah pun bersiap sedia, talipinggang keselamatan sudah pun berikat... hanya menunggu semboyan berbunyi untuk kenderaan baharu kami bergerak ke hadapan...

Jika ada sekelumit kejujuran dan keikhlasan di dalam perjuangan PAS, insyaAllah kita akan bertemu di puncak kebenaran dan keadilan... kerana kami Harapan Baharu ada di sana dan menuju ke Putrajaya bersama sahabat setia kami di dalam Pakatan 2.0.