17 Ogo 2012

Pengasas Ketuanan Melayu Suspek Utama Kes Bunuh Di Seri Kembangan

Susulan kes seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah tapak perniagaan di kawasan Downtown, The Mines, Seri Kembangan awal pagi Isnin lepas, polis kini sedang mengesan 2 orang lelaki Jaafar b. Shaari @ Ayah Pak alamat terakhir dikesan di no. 3, Jalan P11 K/12, Presint 11, Putrajaya dan Ahmad Jiwari Jaafar @ Wari beralamat di Lot 141 Kampung Batu 4, Pedas Hilir, Jalan Kundur, Pedas, Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan di Facebook Polis Selangor, kedua-duanya suspek dikehendaki untuk membantu siasatan bersabit Serdang Report : 5714/2012 dan kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.


SIAPA DATUK SERI JAAFAR B SHAARI?



Datuk Seri Jaafar b Shaari @ Ayah Pak merupakan Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, sebuah pertubuhan yang mesra-UMNO.

Beliau sebelum ini pernah meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berundur daripada arena politik dan memberi peluang kepada generasi muda dalam parti itu membuktikan kemampuan mereka.

Dengena keceluparannya mengungkapkan Nik Abdul Aziz sewajarnya meletakkan semua jawatan sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan kerana beliau sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.

Sila baca:



Kini orang yang meminta Nik Aziz meletakkan jawatannya itu rupa-rupanya adalah suspek utama kes bunuh!

Kebenaran dan keadilan terserlah lagi: Dalam UMNO ada pembunuh!

Jangan Pergi Dulu Wahai Ramadhan....

Rasanya.. Masih banyak ibadah yang harus dibenahi.. masih banyak dosa diri, ingin mengisinya dengan sesuatu berarti.. ramadhan jangan pergi!

1. jangan dulu pergi.. wahai bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan, dan akhirnya pembebasan dari api neraka. #ramadhan

2. jangan dulu pergi.. Wahai bulan orang-orang berpuasa dan menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah.. #ramadhan

3. jangan dulu pergi.. Wahai bulan ketika Allah setiap malamnya membebaskan ratusan ribu orang yang harus masuk neraka #ramadhan

4. jangan dulu pergi.. Wahai bulan mustajabnya doa.. #ramadhan

5. Ibadahku belum lagi sempurna, doaku belum lagi membahana, malam-malamku masih kurang dengan airmata.. #ramadhan

6. jangan dulu pergi... Wahai bulan segala pahala kebajikan digandakan.. Wahai bulan keberkahan.. #ramadhan

7. jangan dulu pergi..amalan shalihku belum seberapa.. Itupun, belum tentu diterimaNya.. #ramadhan

8. jangan dulu pergi.. Masih kurang ku bertilawah, masih kurang kuberibadah berjamaah, masih kurang kubersedekah.. #ramadhan

‎9. jangan pergi..Lisanku masih kurang bertasbih, malamku tak sempurna bertarawih, dosaku masih membuih..

‎10. Tinggal hitungan hari, kau pergi.. Meninggalkan diri yg berharap kembali fitri. Kembali suci.. #ramadhan -oki setiana dewi

[VIDEO] Sekali Lagi, Nasya Berkata "Tiada Niat Masuk UMNO"...

Shah Alam – Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan, beliau tidak ada niat untuk masuk Umno, sekali gus menafikan tanggapan banyak pihak bahawa kemunculannya di Makkah pada majlis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin sebagai isyarat akan melangkah ke parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

“Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuk lah pemimpin dan ahli Umno, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.

“Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah,” kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.

Mengenai pertemuan dengan Najib di Makkah, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, “kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khasnya pada hari hari terakhir ramadan ini.”

Katanya, beliau kesian melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal.

“Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam.

“Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya ALLAH satukanlah suara umat Islam,” katanya.

Nasharudin menjelaskan beliau telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di tanah suci bersama dengan Perdana Menteri bersempena dengan persidangan khas OIC.

“Saya dijemput ke Makkah dengan visa khas selepas Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut.


“Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidilharam. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya.

“Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada Perdana Menteri seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam,” katanya.

Katanya, pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno.

“Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.

“Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?” katanya. -SH



Rakyat Bachok kecewa kenyataan Ustaz Nasa

BACHOK: Rakyat Bachok melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan anggota parlimen kawasan itu, Nasaruddin Mat Isa yang dianggap mereka sebagai mencemarkan maruah perjuangan.

Kata mereka bukan sahaja tidak sopan, sebaliknya tidak memikirkan susah payah penyokong PAS di peringkat akar umbi memenangkannya pada pilihan raya umum lalu.

Pesara tentera, Othman Ismail ketika ditemui memberitahu, peringkat awal kemenangannya Nasharuddin mempamerkan ciri-ciri seorang wakil rakyat yang baik.

Bagaimanapun katanya, masuk tahun ketiga dan keadaan lebih parah selepas gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS.

“Surat untuk Ustaz Nasaruddin dah bertimbun di pejabat PAS Bachok, beliau tak datang dan tak jenguk pun,” ujarnya yang juga bertugas sebagai setiausaha kerja PAS kawasan berkenaan.

Nasharuddin dalam kenyataan ketika bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Makkah semalam dilaporkan mahu PAS menyatakan pendirian sebenar kerana DAP menolak penubuhan negara Islam atau PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.

Seorang pendakwah Ustaz Rosdi turut melahirkan rasa terkilan terhadap Nasharuddin kerana tidak lagi bertanya khabar tentang rakyat.

“Saya juga masih teringat pesanan Ustaz Nasharuddin pada saya sebelum ini supaya jangan menyokong Umno dan BN kerana mereka menentang hudud.

“Jadi saya harap Ustaz Nasa berpegang teguh pada kata-katanya sebelum ini walaupun sering bersama Perdana Menteri sejak akhir-akhir ini,” ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Zulkifli meminta Nasharuddin bertemu dan berbincang dengan anggota parti dan bukannya mengkritik dalam media berhubung sesuatu dasar parti.

Seorang pemuda, Nazri Ismail turut melahirkan rasa kecewanya terhadap tindak tanduk Nasharuddin sekarang.
-HD


Ulasan GB

Pertama,

Nasharudin menjelaskan beliau telah mengaturkan pertemuan di Makkah antara beberapa orang ulama di tanah suci bersama dengan Perdana Menteri bersempena dengan persidangan khas OIC.

“Saya dijemput ke Makkah dengan visa khas selepas Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut.

Jika hal yang di luar urusan parti boleh diuruskan dengan baik, mengapa hal yang menjadi amanah parti kepada kamu tidak kamu tunaikan?

“Surat untuk Ustaz Nasaruddin dah bertimbun di pejabat PAS Bachok, beliau tak datang dan tak jenguk pun,”

Itu belum lagi kegagalan kamu untuk hadir di dalam mesyuarat PAS Pusat yang kamu adalah salah seorang AJKnya sepertimana yang pernah didedahkan oleh Setiausaha Agong tidak berapa lama dulu! Mengapa amanah umat Islam dan ahli PAS kepada kamu tidak ditunaikan? Apakah Presiden PAS atau Setiuasaha Agong kena menyampaikan "visa khas" supaya hadir maka barulah kamu akan hadir? Justeru itu, kami ahli-ahli PAS pula kini menyeru, ittaqillah! ittaqillah! ittaqillah!

Kedua: Pendirian Nasharuddin lain dulu lain sekarang



Ketiga: Persoalan niat. GB sudah ulas dahulu. Petikan:

Benar bahawa setiap amal itu bergantung kepada niatnya. tetapi "niat" saja tidak memadai jika amalan perbuatan dan tindakan kita tidak seiring dengan niat tersebut.

GB rasa Ustadz Nasha lebih maklum berkenaan hal tersebut.

Sewaktu peristiwa isra mikraj Rasulullah telah diperlihatkan tentang beberapa orang yang menerima balasannya di dalam neraka. Jibril memberitahu baginda bahawa "itulah keadaan orang-orang yang niatnya baik tapi amalnya jahat".

Niat Ust. Nasha baik, tiada terlintas untuk memasuki UMNO. Tetapi tidakan beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan di media pro-UMNO (kemudian dimanipulasikan) menimbulkan fitnah yang besar kepada jemaah itulah yang merosakkan.

Tak termasuk lagi dengan pertemuan yang mencurigakan dengan para blogger UMNO bersama-sama dengan Hassan Ali satu ketika. Ia bukan lagi satu rahsia. Itulah yang melahirkan fitnah untuk jemaah PAS.

Kali pertama GB berkesempatan untuk mengenali secara terus Ust Nasha ialah di satu pilihanraya kecil dimana GB berkesempatan bersama-samanya berjam-jam lamanya (Ust Nasha tidak mengenali dan menyedari bahawa yang mengatur dan menemaninya di sebuah bilik gerakan ketika itu ialah blogger kecil bernama GB).

Di dalam satu aktiviti yang diaturkan untuk kami iaitu pertemuan dengan penduduk kampung di sebuah restoran yang dihadiri sama oleh Datuk Mahfuz Omar, GB duduk bersebelahan dengan Ust Nasha.

Ketika itu ramai wartawan membuat liputan.

Dan diperlihatkanlah kepada GB bahawa rapport (hubungan) Ust Nasha dan para wartawan media pro-UMNO memang baik. Ia bukan satu kesalahan, malah ia boleh menjadi sesuatu yang baik jika kita dapat menggunakan kelebihan itu untuk sesuatu yang baik.

Kelemahan ketara yang GB lihat ialah Ust Nasha akan memberi responsnya kepada semua soalan wartawan, yang kemudian responsnya itu dilaporkan secara tidak betul di dalam akhbar keesokan harinya.

Dan itulah yang berlaku selama ini.

Jangan lupa bagaimana kenyataan-kenyataan Ust Nasha semasa muktamar diputarbelitkan oleh para wartawan (jika bukan para wartawan maka sang editornya) sehinggakan jemaah PAS bergolak sakan lantarannya ketika itu.

Sudah seringkali dinasihatkan oleh pemimpin tertinggi parti terutama oleh Mursyidul Am PAS sendiri, TG Nik Aziz supaya berhati-hati dengan corong mikrofon media pro-UMNO, tetapi masih kerap pemimpin PAS terjebak dan tertipu dengan keghairahan untuk mendapatkan publisiti.


16 Ogo 2012

Rais Yatim Masih Berusaha Selamatkan SEKSYEN 114A

Seksyen 114A: K'jaan sedang teliti, tiada cadangan pinda

Kabinet sedang meneliti Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang hebat diperkatakan dalam alam maya ketika ini selaras dengan arahan perdana menteri, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya, kerajaan mempunyai pendirian yang teguh mengenai perkara itu, namun setakat ini tidak ada ada cadangan untuk sebarang pindaan baru terhadap Akta berkenaan.

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang digazetkan Julai lepas, dan ia mula mendapat reaksi pelbagai pihak daripada kalangan pengguna internet.

Kempen-kempen tentangan terhadap akta itu dibuat oleh pertubuhan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan sepanduk yang dibuat oleh pertubuhan itu melalui laman facebook dengan tajuk 'Stop 114A' itu dimuat turun oleh pelbagai pengguna internet dalam negara.

Perkembangan itu dengan pantas menarik perhatian Najib yang ketika ini berada di Makkah untuk Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang terus mengarahkan kabinet membincangkan perkara itu, menerusi ruang twitternya semalam.

Rais berkata kabinet sudah mendapat ilham daripada apa yang ditweet oleh perdana menteri berhubung isu itu, dan seksyen berkenaan sedang diteliti dengan rapi ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran kementeriannya dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Masjid Putra di Putrajaya.

Terdahulu dalam ucapannya di majlis itu, Rais meminta supaya kesatuan ummah di Malaysia diperkukuhkan lagi agar Islam terus berkembang mekar dalam negara. - Bernama

114A: Lagi bukti Najib "PM terburu-buru"

KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan untuk mengkaji semula Akta Keterangan 1950 (Seksyen 114A) merupakan satu kejayaan kepada kempen yang dijalankan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), semalam.

Hasrat yang disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bagi membuktikan kononnya beliau mendahulukan rakyat, sepertimana yang sering diucapkan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata kempen yang disertai berpuluh-puluh laman web itu menunjukkan kerajaan sering meminda akta secara terburu-buru tanpa meneliti secara keseluruhan.

Sebelum ini banyak juga perkara yang dumum Najib untuk dilaksanakan terburu-buru namun terpaksa menarik balik selepas mendapat bantahan banyak pihak.

Ia termasuklah dalam isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan Perjanjian Tukar Saham MAS-AirAsia yang akhirnya dibatalkan biarpun telah menelan kos yang besar.

Semalam, CIJ melancarkan kempen bantahan dalam talian, yang dikenali sebagai Hari Tegah Siar Internet, yang disifatkan akan mendedahkan pengguna Internet yang tidak bersalah kepada risiko penganiayaan.

Kempen ini banyak dibincangkan di laman web rangkaian sosial dan telah mendapat liputan meluas daripada organisasi berita antarabangsa.
-HD



Ulasan GB

Apa yang jelas dari laporan BERNAMA di atas, Rais Yatim masih cuba untuk "menyelamatkan" Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang dikritik hebat oleh rakyat dengan memberikan penafsiran beliau sediri terhadap "tweet" Najib.

Rais memang sudah diketahui memusuho warga siber, seorang yang begitu ketinggalan di bidang ICT tetapi menjadi menteri penerangan dan komunikasi.

Beliau mengharapkan sangat seksyen 114A dapat dikuatkuasakan kerana ada beberapa kes yang melibatkan beliau sendiri sebagai plaintif terutama di dalam kes rogol amah bagi menekan defenden dan warga siber yang lain untuk tidak menyebarluaskan lagi apa yang beliau dakwa sebagai "fitnah" itu.

Datuk Seri Diburu Polis

Polis sedang mencari seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dan anak lelakinya bagi membantu siasatan kes seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah tapak perniagaan di kawasan Downtown, The Mines, Seri Kembangan awal pagi Isnin lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata ahli perniagaan itu ialah Jaafar Shaari, 50, alamat terakhir di No 3, Jalan P11 K/12, Presint 11, Putrajaya dan anaknya Ahmad Jiwari @ Wari, 23, alamat terakhir di Lot 141, Kampung Pedas Hilir, Jalan Kundur, Pedas, Negeri Sembilan.

Polis meminta kedua-dua mereka tampil untuk membantu siasatan, katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Difahamkan kejadian kira-kira 2 pagi itu berlaku selepas mangsa Azhari Sidek, 44, mengambil sebuah meja usang ditinggalkan di kaki lima tempat kejadian sebelum diletakkan berhampiran gerai miliknya.

Bagaimanapun, tindakan mangsa itu tidak disenangi seorang lelaki dikatakan menjalankan perniagaan di kawasan sama yang mendakwa meja berkenaan miliknya hingga berlaku pergaduhan.

Menurut adik angkat mangsa yang enggan mahu dikenali, lelaki terbabit memanggil beberapa rakannya untuk membelasah abangnya akibat rasa tidak puas hati itu.

Sementara itu, Tun Hisan berkata seorang suspek lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes rogol dan bunuh seorang pekerja kilang perempuan berusia 19 tahun di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong Isnin lepas.

Beliau berkata suspek berusia 26 tahun yang ada ikatan kekeluargaan dengan mangsa ditahan pada pukul 2 petang berdekatan Jalan Semenyih, Kajang, semalam.

"Siasatan mendapati suspek bekerja di kilang yang sama dengan mangsa," katanya.

Dalam kejadian Isnin lepas, mayat Sabturiah Faisal, 19, yang berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau, Sabah dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam.

Mengikut laporan media, polis yang menyiasat mayat mangsa mendapati ada kesan lebam pada leher, perut, dan tangan kanan anak ketujuh daripada 12 beradik itu.

Difahamkan, polis turut menemui kesan tompokan air mani di bilik mangsa dan mengesyaki gadis itu menjadi mangsa rogol oleh individu yang dikenalinya. -BERNAMA

Dua Lelaki Sewa Bilik Lakukan Seks Songsang Di Dungun

Pantai Sura (Dungun) – Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja lelaki yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis.

Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam.

Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu.

Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.

Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis.

Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah. -SH

Ulasan GB

DUNGUN sedang menunggu bala dan mala petaka dari langit.

"Apabila maksiat sudah merajalela di kalangan umatku, Allah akan menurunkan siksa dari sisi-Nya kepada mereka secara merata…” -HR. Ahmad dll

Isu TANDA PUTERA: Jika Jujur, Tayangkan Selepas Pilihanraya Bukan Sebelumnya!

Shuhaimi Baba: Tiada watak pemimpin DAP dalam filem ‘Tanda Putera’

PETALING JAYA, 15 Ogos ― Pesona Pictures hari ini menafikan adanya watak pemimpin DAP dalam filem terbaru keluaran mereka, “Tanda Putera” yang telah menerima kecaman dan kontroversi berlarutan daripada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan filem tersebut.

Datin Paduka Shuhaimi Baba ketika siding akhbar yang diadakan oleh Pesona Pictures Sdn Bhd berhubung filem ‘Tanda Putera’ di Petaling Jaya pada 15 Ogos, 2012. ― Gambar oleh Choo Choy May

Pengarah filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba, berkata beliau telah menjelaskan beberapa kali bahawa filem durasi 117-minit itu juga tidak memaparkan mana-mana watak pemimpin DAP sepertimana dikatakan pelbagai pihak, terutama parti politik.

“Tiada watak pemimpin DAP dalam filem ‘Tanda Putera’,” tegas Shuhaimi ketika sidang media di sini.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) mendakwa “Tanda Putera” memaparkan watak pemimpin DAP Lim Kit Siang turut dimuatkan ke dalam filem tersebut.

Tambah Shuhaimi, sejak trailer filem ini berdurasi 90 minit tersebar di Internet, banyak tuduhan palsu dan dakwaan yang membingungkan serta tidak berasas telah dilemparkan terhadap mereka.

"Sedangkan mereka belum melihat lagi filem ini,” katanya.

Mengulas berkenaan perkara itu lagi, Shuhaimi berkata, adegan untuk 13 Mei juga dimasukkan sekadar untuk memberikan latar kepada filem berkenaan.

“Adegan 13 Mei hanya memakan masa 10 minit daripada keseluruhan 115 minit filem ini. Ia hanya latar cerita.

“Saya pembuat filem ... bukan organ propaganda,” katanya yang turut menyuarakan rasa kecewa terhadap segelintir rakyat negara ini yang masih belum matang untuk melihat sejarah mereka sendiri.

“Ia hanya sejarah ... radikal pada masa lalu, bukan sekarang.

“Rakyat Malaysia masih belum matang,” tambahnya lagi.

Ekoran kontroversi tersebut, tarikh tayangan “Tanda Putera” juga diubah kepada 15 November 2012, daripada tarikh awal 13 September depan.

“Tarikh ini dikira sesuai kerana bersempena dengan cuti sekolah hujung tahun dan memberi ruang dan masa bagi Finas dan kami merancang untuk mempromosi filem ini,” tambahnya lagi. -TMI

Ulasan GB

Persoalan kini apa perlu peristiwa 13 Mei 1969 itu dimasukkan di dalam filem berkenaan sekalipun hanya latar cerita yang berdurasi 10 mminit?

Kedua, apa yang nyata "wang rakyat" sudah digunakan (dilaporkan separuh dari bajet sebanyak RM4.5 juta filem arahan Shuhaimi Baba ini dibiayai oleh agensi kerajaan, Perbadanan Pembangunan Filem National (Finas) bererti kerajaan UMNO BN terlibat di dalam pembikinan filem ini dengan menggunakan wang rakyat), justeru rakyat berhak untuk mempastikan filem berkenaan bukan filem propaganda dan filem untuk pilihanraya.

Ketiga, jika pihak penerbit filem TANDA PUTERA jujur, maka tayangan filem berkenaan perlu ditangguhkan selepas pilihanraya Umum ke 13. Jika tidak, rakyat tetap berpersepsi, bahawa ia memang bertujuan untuk propaganda murahan UMNO BN.

Justeru sebarang penayangan filem berkenaan sebelum Pilihanraya Umum ke 13, ia perlu diboikot oleh rakyat Malaysia!

Tinggalkan Kebiasaan Menyokong UMNO - Sakmongkol

Saya taknak percaya takdir atau destini orang Melayu ialah mereka kena tipu sepanjang zaman. Inilah dia akibat bersetia dalam mati. Komrad Kassim Ahmad semasa dia sibuk bersosialis dahulu ada buat sajak. Bunyi nya: Sekian lama kita mati dalam setia. Kali ini kita hidup dalam durhaka.

Tidak mengapa kalau dia sendiri tidak percaya lagi tentang apa yang dia tulis. Rakyat terutama orang Melayu, kalau mahu kenal erti hidup mesti durhaka.

Kita kian hampir menyempurnakan ibadat puasa. Kena lah tahu beberapa iktibar dari ibadat puasa tersebut. Menahan lapar, dahaga dan menjauhi dari menggauli isteri. Ertinya, melatih diri meninggalkan kebiasaan. Perkara yang biasa dalam hidup manusia ialah makan, minum dan menggauli isteri. Tuhan suruh tinggalkan kebiasaan2 ini. Demikian juga, kebiasaan orang Melayu ialah mengundi dan menyokong UMNO. Jadi tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO, sokong PR.

Hidup orang Melayu tidak ada makna jika asyik menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Jangan sekali kali membiasakan diri menerima penentuan yang dibuat oleh orang lain. Ini yang UMNO suka buat. Ia menghambakan orang Melayu. Apa istimewa nya mereka? Banyak mana cerdik nya mereka.

Ada termaktub dimana mana, PM Malaysia mesti berbinkan Tun Razak, berbinkan Hussein Onn, berbinkan Mahathir? tidak ada. Ada disebut dalam mana mana kitab, bahawa semua fkiran yang datang dari Najib mesti ok punya atau terbaik? Janganlah kita taksub sangat dengan pengunggulan sesuatu tokoh. Meraka tidak ada lebih dari kita dan kita pun tidak kurang dari mereka.

Orang Melayu mesti membebaskan diri mereka dari belengu penjara minda. Kita memilih dan mendaulatkan sesoarang bukan sebab dia berbinkan sifulan2- tapi kita angkat pemimpin berdasarkan apa yang dia boleh sumbang dan berdasarkan kelebihan yang dia ada.

Kalau orang Melayu hendak majukan diri mereka mesti membiasakan diri dengan nilai2 kejayaan dan pencapaian dan kesewarjagatan (achievement values and universalism) . Apa makna nya istilah2 ini?

Makna nya, seperti dalam masyarakat yang lebih maju, semua orang dinilai mengikut apa yang dia boleh lakukan dan bukan mengikut siapa mereka. Siapa mereka tidak penting lagi. Seorang anak petani yang berwibawa dan ada kemahiran lebih berguna dari seoarang anak bangsawan yang bodoh. Dalam masyarakat moden dan maju, sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk apa apa jawatan berbanding hanya di tentukan boleh melakukan kerja2 yang ditetapkan oleh masyarakat. Contoh: orang dari kasta bawah hanya boleh berkerja sebagai tukang cuci tandas. Walaupun dia ada ijazah kolej atau university, disebabkan dia datang dari keturunan yang tak betul, dia tidak boleh buat yang lebih mulia.

UMNO suka prinsip ini sebab bolehlah mereka menentukan yang jadi PM mesti datang dari keluarga bangsawan dan elit, bodoh pun takpe, apa keturunan itu penting. Itu UMNO. Rakyat menolak nya.

Kalau kita terima asuhan UMNO, orang Melayu akan feudal. Feudal ertinya, majority rakyat akan dihamba abdikan. Elit Melayu turun temurun akan memerintah Melayu kebanyakan walaupun yang memerintah bodoh dan bebal. Yang dibawah tidak akan dapat naik keatas, kerana ini ketetapan hidup. Selagi kita tidak mempersoalkan ketetapan sementara ini maka selama itu kaum Melayu akan tertindas.

Cuba orang Melayu berfikir - apa sebab mereka lebih mundur dari kaum Cina misalnya? Walhal Melayu dan Cina terdedah kepada cuaca yang sama, kepada persikitaran yang sama. Namun, kaum Cina lebih maju dalam ekonomi berbanding dengan orang Melayu. Apa pasal?

Persekitaran yang sama menghasilkan keputusan yang berlainan? Macam mana boleh jadi begini? Jawapan nya kita dapati dengan membezakan nilai2, motives, serta insitusi social dan politik. Orang Melayu mundur sebab institusi politik mereka UMNO. Orang melayu mundur sebab institusi social mereka memihak kepada golongan bangsawan dan elit. Orang Melayu mundur sebab nilai2 yang mereka pegang menyekat mereka dari kebebasan. Yang jadi penyekat sebetulnya ialah UMNO. Jadikan orang Melayu penakut dan sentiasa bergantung kepada UMNO. Itu pasal UMNO mengeksploitasi orang Melayu.

Orang Melayu kalau hendak maju mesti ada semangat jebat yakni enggan menerima secara babi buta. Kita Melayu mesti ada budaya enggan menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Kebiasaan mencabar sesuatu kedudukan, pandangan akan melahirkan Melayu yang robust dan rugged. Dengan cara ini timbul Melayu yang ada jatidiri dan tidak takut untuk bersaing.

Tapi sentiasa ditipu oleh UMNO, itulah yang terjadi. Pimpinan untuk bangsa Melayu ini bagus setakat Hussein Onn sahaja. Mulai Dr Mahathir- nasib orang Melayu menjadi lebih teruk. Memang benar kita ada pembangunan fisikal yang menakjubkan- tapi nikmat merasai pembangunan tersebut lebih untuk orang Melayu yang terpilih, dipilih oleh Mahathir. Nikmat kemajuan dan pembangunan dirasai lebih oleh kaum lain yang mempunyai kuasa ekonomi. Rakyat terbanyak terus bergantung kepada kerajaan. Bergantung makna nya mereka tidak merdeka dan tidak ada pilihan.

Selama 22 tahun dibawah pemerintahan Mahathir, 6 tahun dibawah Pak Lah dan sekarang di bawah Najib, demikianlah nasib orang Melayu. Ya- najib pun tipu orang Melayu. Rakan baik dia semua tauke Cina tapi dia biarkan UMNO menghasut orang Melayu berkelahi dengan cina dan India.

Asyik kena tipu. Ingatlah pengajaran berpuasa. Meninggalkan kebiasaan. Tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO. -sakmongkol

Nasha, Berapa Kalikah Kau Cium Tangannya Kemudian Kau Ludahinya Semula?

Nik Aziz Tidak Hairan Jika Nasha keluar PAS

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas timbalan presiden PAS itu dilihat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam, demikian menurut laporan Bernama.

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di Kota Bharu hari ini.

Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.

Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Nik Abdul Aziz juga dipetik Bernama sebagai berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti. -mk

Isu Ustaz Nasa. Kenyataan Terkini Ketua Pemuda PAS Pusat

Yb Ust Nasharudin perlu datang, bincang dengan parti.

1. Sehari dua ini semakin kencang topik bahas mengenai kedudukan Yb Ust Nasharudin. Mengambil kira beberapa langkah beliau mutaakhir ini yang sangat pincang malah secara terbuka menolak keputusan parti.

2. Tiada siapa yang gembira dengan perkembangan ini kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam parti. Pastinya kesempatan ini akan diambil sepenuhnya oleh musuh politik untuk melemahkan PAS.

3. Saya tidak nampak Yb Ust Nasharudin tidak memahami konsep Amal Jamaei atau lainnya yang berkait dengan disiplin perjuangan dan juga berjamaah.

4. Saya menggesa supaya Yb Ust Nasharudin datang berbincang dengan pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak puas hati. Bukan mengambil tindakan seperti apa yang telah dilakukan oleh Yb. Dato Hassan Ali sebelum ini. Menyerang dan mempertikai keputusan parti di media pihak lawan.

5. Yb Ust Nasharudin sewajarnya insaf bahawa beliau yang memerlukan perjuangan Islam ini bukan sebaliknya.

6. Ingatlah bahawa Perjuangan Islam ini tidak pernah rugi hanya kerana kita meninggalkan perjuangan ini justeru Allah pasti akan menggantikan orang lain yang akan terus berjuang dan memperkuatkan saf perjuangan Islam ini.



Pemimpin Pas Tidak Perlu Ulas Mengenai Nasharudin

Para pemimpin Pas telah memberi reaksi berbagai-bagai tanggapan terhadap bekas timbalan presidennya, Nasharudin Mat Isa yang kini miring kepada fahaman sekular, Umno. Pandangan-pandangan pemimpin itu bukan merupakan ketetapan parti tetapi lebih merupakan pandangan peribadi. Kesemua pandangan itu walaupun bergumpal dengan nada kekesalan, tetapi masih cuba memberi ruang dan peluang kepada timbalan presiden yang bersaiz 4' -11" itu.

Yang pertama memberi reaksi ialah Dewan Pemuda Pas Kelantan yang agak keras memberi peringatan kepada Nasharudin kalau beliau sudah tidak betah dengan Pas sila keluar sahaja dari Pas. Lebih tegas lagi Pemuda Pas Kelantan menerusi setiausahanya Mohd Nuri Mat Yaacob menggesa Nasharudin supaya melepaskan kerusi Bachok dalam keadaan baik. Alasan Nuri tidak ada guna beliau kekal di situ kerana sudah tidak sebulu dengan Pas.

Manakala Setiausaha Agung Mustapa Ali pula lebih lunak dengan menyatakan Pas sedang memantau perkembangan seterusnya apa yang akan dilakukan Nasharuddin. Bagi Mustapa beliau nampak berhati-hati sebelum membuat komen langsung kepada Nasharudin. Beliau mungkin bimbang kalau tidak kena cara menyebabkan timbul salah anggap beliau ke atas komen itu kerana beliau sebelum ini dikatakan orang yang tidak disenangi Nasharudin.

Begitu juga dengan ketua Pemuda Pas, Nasudin Hassan dalam komennya lebih kepada menyeru Nasharudin supaya insaf dengan apa dilakukan kerana ia boleh merugikan parti dan menggembirakan musuh. Ternyata Nasharudin 'pemuda anak' ini tampak lebih matang dan berhemat berbanding dengan Nasharudin 'separuh ayah' itu.

Kata Nasrudin, ahli parlimen Bachok itu harus tampil berbincang jika terdapat apa-apa yang tidak disetujunya kerana cara mengkritik Pas secara terbuka ia lebih menguntungkan musuh Pas. Beliau juga tidak setuju dengan cara Nasharudin kalau beliau mengikut jejak langkah Hasan Akidah yang memburukkan Pas di merata tempat.

Seorang lagi pemimpin Pas yang kurang senang dengan karektor politik Nasharudin ialah Mahfuz Omar. Naib Presiden Pas itu mencabar Nasharudin supaya berdepan dengan Majlis Syura Ulama kalau tidak berpuas hati terhadap 'tahalluf syiasi' Pas yang hubung dengan DAP. Ini kerana jalinan politik dengan parti lain termasuk PKR dalam pengetahuan Majlis Syura di mana beliau salah seorang anggotanya.

"Persoalannya kata Mahzfuz apakah dia tidak cukup ilmu untuk berdepan dengan Majlis Syura Ulamak?", kata Mahfuz seperti dilapor.

Tentu orang awam sedang menanti apakah ulasan selanjutnya terhadap Nasharudin yang dilihat sudah mula ghairah mematuk Pas itu. Dalam hal ini komen dan ulasan yang sangat dinanti ialah dari Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga presiden Abdul Hadi Awang.

Bagaimana pun yang paling digeruni untuk mendengar komen terhadap tindak tanduk Nasharudin ialah dari Nik Aziz. Sebelum ini Nik Aziz pernah menghalaukan Nasharudin keluar dari Pas kerana perilakunya yang cuba mengadakan kerjasama politik dengan Umno.

Mungkin kerana sejarah itu kalau Nik Aziz membuka mulut terhadap Nasharudin ia sangat pedas dan menggerikan. Jangan salahkan Tok Guruku itu kalau beliau hanya berkata 'no komen' mengenai Nasharudin kerana beliau sudah mensyarahinya panjang lebar sebelum ini. Mantik 'no komen' nanti merupakan satu kemarahan besar beliau kepada Nasharudin. Justeru saya berharap baik Abdul Hadi dan Nik Aziz tidak memberi apa-apa komen dan reaksi. Sebaiknya biarkan sahaja Nasharudin dengan gleagat dan peta baru politiknya.

Kalau pun Nasharudin ingin kekal menjadi jurualih bahasa kepada Najib tidak menjadi masalah. Semua pemimpin Pas dan ahli Pas harus menyedari Nasharudin perlu hidup yang lebih selesa dan lumayan. Jawatan baru itu mungkin gaji dan pendapatannya lebih lumayan dari apa yang beliau perolehi semasama bergelar ahli Pas. Ia juga lebih berprestaj. Bagi orang yang gilakan prestaj sangat seronok dengan jawatan itu kerana boleh mendamping PM.

Seperti apa yang saya katakan sebelum ini sebagai seorang berjiwa kecil dalam perjuangan Nasharudin tidak akan teringat lagi bahawa dia pernah diberi peluang menjadi orang kedua tertinggi dalam Pas, di mana peluang itu tidak mungkin akan diperolehinya walaupun beliau menubuh parti sendiri. Keistimnewaan itu akan dialpakan begitu saja kerana tempias sinar pelangi dari dalam Umno. Jadi ukur dan analisa sendirilah bagaimana orang ini.

Nasharudin sendiri mungkin menyedari selama lebih empat atau lima tahun menjadi timbalan presiden beliau tidak dapat menjadi 'asoib' yang baik kepada Abdul Hadi Awanag melainkan megah dengan kedudukan itu ke mana sahaja. Jadi... kalau pun selepas ini Nasharudin mempertikaikan mengenai pendekatan Pas kini yang kononnya tidak tidak Islamik, memusnahkan Melayu, bersekongkol dengan Cina dan sebagainya ...biarkan sahaja.

Beliau umpama si burung tukang (burung malas) yang akan bertukang bila siang bertukar malam. Selepas ia bertukang tatkala hari hendak siang maka akan berhentilah dia bertukang (berkokok) maka begitu jugalah Nasharudin. Saya tidak kira kalau ditakdirkan dia menyertai Umno akan mendapat makam yang sama dengan apa yang di perolehi dari Pas.

Juga kerana keyakinan dia bahawa Umno lebih Islamik dari Pas, biarlah dia mencapai 'mardatilah' dalam Umno. Di sini biarlah saya mendahului orang lain untuk mengucap selamat menyertai parti baru buat Nasharudin.
-MSO


Baca bersama dengan tajuk
(Berapa Kalikah Kau Cium Tangannya
Kemudian Kau Ludahinya Semula?)






15 Ogo 2012

Ular Menyusur Akar, Tak Hilang Bisanya....



Raja duduk bersila bersama rakyat takkan hilang daulatnya..

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!!!

sumber:FB

Beberapa Pemimpin Sabah Akan Sertai PAS Raya Ini

PAS sedang bersiap sedia untuk menerima kemasukan beberapa pemimpin Sabah ke dalam parti selepas sambutan Hari Raya tidak lama lagi.

Mengumumkan persediaan parti untuk perhimpunan 5000 orang di sini pada 1 Sept nanti, Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu berkata Mursyidul Am merangkap Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima kemasukan pemimpin-pemimpin tersebut pada majlis itu.

"Tok Guru (Nik Aziz) akan mengumumkan nama-nama beberapa pemimpin Sabah yang akan menyertai PAS. Beliau akan mengumumkan nama-nama pada perhimpunan khas pada 1 Sept.

"Perhimpunan khas dipanggil Himpunan Hijau ke Putrajaya dan akan turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin PAS Pusat, termasuk Presiden TG Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Mohamad Sabu, naib presiden dan ahli jawatankuasa," kata Lahirul.

Juga dijangka hadir ialah Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi, Timbalan Ketua Nik Abduh dan Naib Ketua Pemuda, Dr Raja Ahmad Al-Hiss.

Ini merupakan kali pertama PAS Sabah akan mengadakan satu acara secara besar-besaran.

Menurut Lahirul, acara ini juga disambut dengan semangat kemerdekaan dan memperingati serta menjulang 49 tahun kemerdekaan Sabah".

Sabah telah menjadi pusat tumpuan misi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya menarik Ahli Parlimen di negeri ini, meminta mereka untuk tinggalkan BN dan berdiri sebagai calon bebas atau di bawah panji-panji Pakatan.

Menurut Anwar, apa yang penting ialah bahawa mereka menyokong agenda Pakatan.

Ramai Lagi Yang Akan Tinggalkan BN

Dua ahli parlimen BN telah pun melompat parti - Lajim Ukin (Beaufort) dan Wilfred Bumburing (Tuaran). Pada hari Ahad lepas, Naib Presiden UPKO Senator Maijol Mahap juga mengisytiharkan sokongan untuk Anwar.

Semalam, Lajim mendakwa bahawa tiga lagi ahli parlimen dari BN akan ikut serta menyeberang ke Pakatan Rakyat selepas Hari Raya.

"Ini bukan spekulasi atau khabar angin tetapi sesuatu yang benar. Walau bagaimanapun, kami tidak akan mendedahkan nama-nama mereka.

"Mereka akan mengumumkan peletakan jawatan mereka daripada parti dan menyokong Pakatan secara berperingkat-peringkat dari selepas Hari Raya sehingga pembubaran Parlimen," katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau juga mendakwa bahawa 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno Bahagian Beaufort telah meletak jawatan dan menyertai Pakatan Perubahan Sabah (PPS), yang merupakan sekutu Pakatan.

"Beberapa lebih ketua-ketua cawangan Umno di Sabah, bekas ahli parlimen dan pemimpin yang telah dilantik sebagai menteri juga akan meninggalkan parti itu.

"Pengumuman akan dibuat pada masa yang sesuai," katanya. -FMT/Terjemahan bebas: GB

Mahkamah Tolak Saman Timbermine, TGNA Minta Rakyat Kelantan Solat Syukur

Firman Allah swt yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras” (Surah Ibrahim ayat 7).

Pada hari Isnin, 3 Ramadhan (23 Julai 2012) Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan mengetepikan saman berjumlah RM800 juta oleh syarikat Timbermine Sdn. Bhd. terhadap Kerajaan Negeri Kelantan. Penghakiman itu dibuat berikutan pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah mengemukakan rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Rabu, 30 Disember 2009.

Berdasarkan perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu, Kerajaan Negeri diarah RM800 juta kepada Timbermine menurut tuntutannya melibatkan ganti rugi RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat, selain itu ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan RM1.74 juta, faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Saya pernah mengulas perkara ini semasa kuliah Jumaat di Medan Ilmu (1 Januari 2010) kerana saya agak terkilan dengan apa yang berlaku. Ini kerana kes saman tersebut adalah kerja orang lain, kerja kerajaan BN dulu. Kerana orang lain buang sampah, kita kena sapu. Inilah penyakit bila kita beri tugas jaga negeri kepada orang yang tidak pandai.

Mengenang kepada cerita di sebalik kes saman Timbermine ini, memanglah berlaku perjanjian antara Kerajaan Kelantan dengan syarikat ini tahun 1964. Tetapi ketika kerajaan campuran tahun 1975, ia dibatalkan kerana campurtangan pihak tertentu yang bukan daripada PAS. Justeru Kerajaan Negeri selepas itu (sekitar 1977) mengalami darurat, maka PAS dituduh menjual negeri kepada pihak Singapura. Namun, selepas itu BN yang mendapat kuasa dari rakyat, mereka gagal menyelesaikan isu itu secara baik hingga menyebabkan Kerajaan Negeri disaman pada tahun 2004. Sedangkan, timbul cerita ketika itu tuduh PAS yang gadai tanah balak kepada tauke Singapura, iaitu Timbermine dan pihak BN tuduh kata nak tebus balik jika undi BN, kalau tak undi akan digadai selamanya.

Ayat kempen puak BN ketika itu telah masuk dalam kepala rakyat. Sebab itulah BN dapat undi dan menang tahun 1978. Kita sangka bila menang, BN sudah tebus balik. Namun apa yang berlaku kita Kerajaan sekarang ini kena saman RM800 juta. Ia suatu penipuan kepada rakyat Kelantan.

Bersyukurlah, kerana tergerak hati kita untuk rayu. Maka Kerajaan Negeri telah merayu atas keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu tersebut. Justeru saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada peguam, Dato’ Sulaiman Abdullah yang arif menghujah bagi mengenepikan saman. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat.

Sehubungan itu, saya mohon seluruh rakyat Kelantan dapat menunaikan solat sunat syukur dua rakaat bagi menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Mudah-mudahan dalam semangat Ramadhan yang mulia ini, kita semua ditambah nikmat dan keredhaan-Nya jua.

Allahu Akbar.

TG Dato' Hj Nik Abd Aziz Nik Mat

[VIDEO] Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid Dengan Sebelah Tangan

Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad. Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan dibelakangnya ada tentera bersenjata.

Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.

Siapakah lelaki berjubah putih itu? Masih menjadi persoalan. Tengok video di bawah ini, mungkin kurang jelas tapi video yang kedua di penghujungnya mungkin anda dapat amati betul-betul.. Wallahu a’lam





Manusia atau malaikat? Kalau manusia tidak hairan. Kalau malaikat, maka kita melihat dari 3 sudut hukum: hukum adat, hukum akal, hukum syarak.

Hukum adat atau kebiasaan menunjukkan ia agak pelik kerana adat dan kebiasaannya orang ramai akan gelabah dan kalut ketika pihak keselamatan mengamuk (tak percaya tanya peserta BERSIH). Tetapi lelaki berjubah dan berserban putih itu tenang sahaja seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Datangnya pula dari arah kawasan yang dikuasai tentera.

Hukum akal pula mengatakan tidak mustahil kalau itu adalah malaikat. Yang mustahil pada akal ialah seperti anak lebih dewasa dari bapa.

Hukum syarak pula boleh diambil dalilnya dari al-Quran dan Hadis. Dalam al-Quran Allah diceritakan kisah Nabi Ibrahim yang didatangi 2 Malaikat berupa lelaki segak memberitahu tentang Nabi Ibrahim yang akan dikurniakan anak dari Sara walaupun Sara tidak mampu lagi mengandung. Malaikat itu pula tidak menjamah daging lembu panggang yang dihidang oleh Nabi Ibrahim.

2 Malaikat itu juga datang kepada Nabi Lut memberitahunya supaya keluar dari negerinya sebelum waktu Subuh kerana Allah akan membinasakan negeri itu yang penduduknya beramal dengan homoseks. (Golongan LGBT, ambil perhatian perkara ini!).

Jibril as sendiri datang kepada Nabi SAW dengan rupa lelaki segak, berpakaian putih tanpa kesan musafir, rambut hitam.

Dalam beberapa riwayat disebutkan Saidina Ali juga pernah berurusan jualbeli unta dengan Malaikat Jibril dan Mikail yang berupa dengan rupa lelaki setelah Saidina Ali memberi sedekah kepada fakir miskin.

Justeru, kalau lelaki yang mengangkat orang yang ditembak itu adalah malaikat, maka ia bukanlah sesuatu yang mustahil menurut hukum syarak. Maka perkara ini boleh dianggap satu karamah kepada mereka yang syahid kerana diangkat oleh malaikat, atau kemuliaan juga bagi rakyat Syria secara umumnya yang menentang pemerintah yang zalim seperti Basyyar al-Asad itu.

Dalamasa yang sama, perlu diingat dengan ungkapan: ‘Al-Istiqaamatu khairun min alfi karaaamah’ . Istiqamah iaitu tetap dalam prinsip agama, perjuangan, ibadah dan kehidupan menurut Islam sebenarnya lebih baik dari seribu karamah (kemuliaan) yang diberi yang ditunjuk antaranya melalui klip video tersebut.

Moga Allah membantu rakyat Syria yang dizalimi dan menghancurkan kezaliman dan penzalim di seluruh pelusuk bumi ini.

Oleh: ustaznik

Pemuda Itu Halang Saya Berundur Dari Sejadah Kuning Yang Empuk Itu...

Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:

Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.

Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam. - gambar fail

Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.

Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.

Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.

Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.

Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.

Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.

Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.

"Allahuakbar"

sumber: FB

Oki Setiana Dewi: Untuk Apa Cantik Di Mata Manusia Tetapi Tidak Di Mata Allah?



Bagi saya kecantikan sebenar seorang Mukmin adalah ketaatan pada Allah. Jika seseorang mentaati Allah dengan mengerjakan perintahnya dan menjauhi larangannya, maka seseorang itu akan terlihat cantik di mata manusia,” begitulah antara pandangan yang dilemparkan oleh Oki Setiana Dewi ketika ditanya mengenai keindahan dan kecantikan seorang Muslim. Beliau ditemui semasa kunjungan khusus ke pejabat editorial majalah i, Kumpulan Media Karangkraf.

Menurutnya lagi, ramai yang menilai ‘kecantikan’ itu dengan berdasarkan kepada sifat fizikal seseorang. Kita selalu terlepas pandang kepada kecantikan yang tidak mampu untuk dilihat, iaitu sifat yang lahir dari dalam diri, yang mampu untuk mendorong seseorang ke arah kebaikan.

“Tidak semua insan yang cantik pada sifat luarannya, mampu untuk memiliki kecantikan pada sifat dalamannya juga. Kadang kala mereka hanya cantik pada luarannya tetapi memiliki akhlak yang tidak elok.

“Jika ingin dibandingkan antara kecantikan luaran dan kecantikan dalaman, adalah lebih baik jika kita memiliki kecantikan pada sifat dalaman kerana ia akan kekal lama selamanya,”
jelasnya.

Bagaimanapun Oki juga tidak menolak bahawa kecantikan luaran juga amat penting. Katanya mementingkan kecantikan dalaman tidak bermakna mengabaikan kecantikan luaran seperti kebersihan diri dan pakaian kerana Rasulullah s.a.w ada mengingatkan umatnya supaya mengambil berat terhadap penampilan diri yang bersih dan menyenangkan mata memandang.

“Innallah jamil, wa yuhibbu jamal yang bermaksud ‘Allah itu indah, dan sukakan keindahan’. Setiap manusia harus senantiasa menjaga kebersihan dan keindahan dirinya. Berbusana yang baik dan sopan, menjaga kebersihan sehingga kecantikan yang berada di dalam pun akan semakin terpancar.

“Orang mengatakan 70 peratus kesan pertama akan diperoleh seseorang ketika melihat penampilan orang lain. Untuk itu alangkah baiknya jika seseorang itu menjaga penampilannya agar terlihat baik dan menyenangkan. Sehingga orang pun akan senang bercakap dan berinteraksi dengannya. Pakailah pakaian yang sopan dan menutup aurat, kerana itu lambang pakaian takwa yang dianjurkan agama, dan bersikaplah yang baik kepada sesama insan,” pesannya pada hadirin semasa majlis sidang media di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf.

Pandangan Oki jelas memperlihatkan bahawa beliau amat menitikberatkan aspek kecantikan luaran dan dalaman dalam diri. Sepertimana yang diperkatakannya seperti itulah juga keadaan dirinya.

Petang itu busananya nampak sopan. Walaupun hanya berjubah dan bertudung labuh, tetapi jelas terpancar sinar keindahan pada penampilannya. Malah beliau berulang kali menegaskan bahawa pakai tudung dan menutup aurat tidak menghalang seseorang untuk mencapai kejayaan.

Dakwah Melalui Lakonan

Nama Oki Setiana Dewi tidak asing di kalangan remaja Muslimah di Malaysia terutamanya bagi mereka yang meminati filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Lakonannya sebagai ‘Ana athaful nisa’ seorang Muslimah yang solehah, betul-betul telah memberikan impak yang sangat besar kepada penonton, terutamanya kepada golongan remaja Islam. Sehingga kini ramai yang telah menjadikan dirinya sebagai ikon dan ada yang memanggilnya dengan panggilan ‘Ana’ sebagaimana nama yang beliau lakonkan dalam filem KCB.

Ditanya kesan atas kunjungan kali pertamanya ke Kuala Lumpur, Oki tidak menafikan beliau berasa janggal sehingga pernah melarikan diri tatkala peminat sibuk ingin merakam gambarnya. Namun beberapa hari selepas itu dirinya mula terbiasa dengan keadaan itu.

Walaupun usianya masih muda, semangat Oki di dalam meningkatkan pencapaian diri cukup memberikan inspirasi. Jelasnya kini beliau tengah mempersiapkan dirinya untuk melanjutkan pengajiannya dalam bidang Ijazah Sarjana (Master) setelah menamatkan Ijazah Sarjana Mudanya. Bukan itu sahaja, kegiatannya seharian juga banyak dihabiskan untuk belajar dan mengajar.

“Saya saat ini banyak mengisi acara seperti bedah buku, kajian tentang wanita Islam, seminar-seminar motivasi, baik dalam mahupun di luar negera. Saya juga sedang mengikuti program hafalan al-Quran dan tengah menyiapkan penulisan buku saya yang ke-empat,” jelas Oki yang juga sering melawat ke penjara untuk memberi motivasi serta berdakwah kepada warga banduan dalam penjara.

Sebagai seorang pendidik, penulis buku dan pelajar, minat Oki terhadap dunia lakonan masih belum padam. Katanya, dia masih minat untuk berlakon tetapi mengakui agak selektif kerana hanya menerima tawaran daripada filem mahupun drama yang mempunyai unsur mendidik.

Memutar semula penglibatannya di dalam filem ketika Cinta Bertasbih (KCB), ujarnya ia adalah merupakan satu hikmah yang terbesar buat dirinya. Pembabitan beliau di dalam filem berkenaan bukan sebagai pelakon semata-mata tetapi juga merupakan satu proses pembelajaran untuk lebih memperbaiki diri.

“Saya sangat bersyukur sekali ketika mendapatkan peluang untuk berlakon sebagai Ana dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Syukur alhamdulillahlah, dengan lakonan itu, membawa saya ke arah yang lebih baik.

“Saya diberi kesempatan oleh Allah untuk berada dalam satu komuniti yang baik, berlakon dalam adegan-adegan yang baik. KCB telah membuat saya tahu lebih banyak tentang agama Allah dan lebih dekat dengan-Nya. Saya juga memperoleh banyak ilmu, mulai dari bagaimana menjalankan peranan dan berlakon dengan baik, sehingga berpeluang mendalami ilmu-ilmu agama yang belum pernah saya diketahui sebelumnya,” kongsinya

Memulakan Karya Penulisan

Sebagai seorang ikon Muslimah, Oki sentiasa memikirkan jalan yang terbaik untuk dirinya melakukan usaha dakwah terutamanya kepada remaja yang kini dilihat lebih cenderung untuk ke arah hiburan berbanding program agama. Sebab itu Ok menceburkan diri dalam dunia penulisan.

“Dengan menulis saya cuba untuk menyentuh sanubari kawan-kawan remaja yang berjiwa muda khususnya, untuk lebih mengenal agama dan senantiasa berusaha memperbaiki ke arah kehidupan yang lebih baik.

“Pada waktu yang sama, saya juga selalu berusaha memperbaiki diri sendiri. Mulai cara berbicara, berpakaian, dan melakukan apa saja. Kerana bagi saya perbuatan adalah lebih efektif dari kata-kata sehingga seseorang itu boleh berubah ke arah yang lebih baik jika melihat contoh yang baik,” jelasnya yang kini baru sahaja melancarkan buku keduanya yang bertajuk ‘Sejuta Pelangi’.

Penulisan buku keduanya itu adalah rentetan daripada kejayaan buku pertamanya yang bertajuk ‘Melukis Pelangi’. Buku tersebut telah pun dicetak balik sebanyak lapan kali. Menurut Oki, jikalau buku pertamanya lebih mengisahkan mengenai dirinya, buku yang keduanya adalah lebih kepada kisah-kisah yang berlaku di sekelilingnya.

Sebelum mengakhiri pertemuan, Oki sempat berpesan kepada remaja Muslim agar sentiasa berjuang sehabis baik menegakkan agama Islam melalui bidang dan potensi masing-masing, selain mengekalkan rasa bangga sebagai seorang Muslimah.

“Bersyukurlah pada Allah atas kurnianya yang luar biasa iaitu menjadi seorang Muslim. Jadilah Muslim yang taat kepada-Nya. Tunjukkanlah identiti kita sebagai Muslim dan Muslimah sejati yang menjadi kebanggaan Islam, Berkaryalah, berprestasilah dan berbuat baiklah kepada sesama. Jadilah pemuda pemudi yang menginspirasi dunia dengan prestasi yang luar biasa.

“Bangkit dan lakukanlah yang terbaik dalam hidup. Tak ada kejayaan yang boleh dicapai melainkan dengan perjuangan, dan semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang senantiasa berada dalam kebenaran,”
doa dan harapan Oki Setiana Dewi mengakhiri pertemuan. -majalah i