20 Jun 2012

[VIDEO] Isu RM3 Bilion: MP BN Menikus Apabila Dicabar Anwar

Kuala Lumpur 20 Jun: Wakil-wakil rakyat Umno hanya berani membuat fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui media dan ‘serang hendap’ tetapi menikus apabila dicabar secara berhadapan oleh Ketua Pembangkang itu di Parlimen.

Ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan sebentar tadi, beliau diganggu oleh suara-suara dari beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional dengan jeritan “RM3 bilion, RM3 bilion!”

Anwar lantas memaklumkan Speaker untuk memberi laluan dan mencabar Ahli Parlimen BN itu membangkitkan isu RM3 bilion itu supaya beliau dapat menjawab di Parlimen.

“Sila-sila… Sila bangun Yang Berhormat. Bangkitkan isu ini. Saya cabar kepada Yang Berhormat semua,” cabar Anwar.

Tetapi setelah dua kali diulang, tiada seorang pun berani bangun atau menyahut cabaran tersebut.

Anwar selanjutnya menjelaskan bahawa SPRM sendiri pada tahun 2009 (ketika itu BPR) menyatakan tuduhan itu tidak berasas berdasarkan pengakuan bersumpah bekas pengarah siasatan badan itu, Abdul Razak Idrus.

Akuan bersumpah itu dibuat setelah sepasukan pengawai BPR ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Sebelum itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bising mencabar Anwar mendedahkan akaun mengenai isu RM3 bilion tetapi membisu apabila Anwar mencabar Timbalan Perdana Menteri itu supaya sama-sama mendedah akaun.

Parlimen sekarang sedang membahas peruntukan tambahan RM13 bilion yang dipinta oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dari jumlah itu RM360 juta diperuntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terpalit dengan penipuan daftar pemilih.

Anwar juga mengkritik pentadbiran Najib yang tidak cekap merancang dan mengendali ekonomi apabila unjuran defisit fiskal meningkat kepada 6.2 peratus berbanding 4.7 peratus semasa pembentangan belanjawan Oktober lepas. -KD



Anwar : Siasat Akaun Saya, Najib, Muhyiddin dan Mahathir Sekali


SABAK BERNAM 20 JUN : Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kesemua akaunnya, isterinya dan anak-anaknya di samping bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad.

Katanya siasatan tersebut akan membuktikan beliau tidak mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion seperti yang didakwa Umno-BN.

Beliau berkata, selain akaun miliknya, SPRM juga turut siasat akaun anak-anaknya di dalam dan luar negara.

“Itu cerita lama, tahun 1998, apabila keluar cerita mengenai perkara itu, saya tiada masalah. Siasatlah. Siasat akaun saya, isteri dan anak-anak dalam negeri dan luar negara.

“Tetapi siasat juga akaun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad.

“Kajilah rekod saya termasuk (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Sabak Bernam.

Hadir sama Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, MP Ampang, Zuraida Kamaruddin, MP Kapar, S. Manikavasagam dan Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Badrolamin Baharon.

Turut hadir Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, ADUN Hutan Melintang, S. Kesavan, ADUN Batu Caves, Amirudin Shari dan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Anwar berkata SPRM dan Kerajaan Pusat hanya mampu mengeluarkan fitnah kerana tidak berani untuk menyiasat akaunnya dan pemimpin Umno-BN.

“Sebelum ini, Badan Pencegahan Rasuah (BPR) yang dikenali sekarang sebagai SPRM sudah menyiasat kes itu serta akaun di Kuala Lumpur, Singapura dan London.

“Laporan mahkamah juga sudah dikeluarkan dan mendapati tiada kebenaran bagi tuduhan itu.

“Mereka ini hanya ulang cerita kerana mereka mahu kita membuang masa, tetapi saya tidak takut,” katanya.

Dakwaan ini dibuat Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid yang pernah membuat akuan bersumpah mengenai akaun RM3 bilion yang beliau percaya membabitkan Anwar pada 1999.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali dilaporkan tidak menolak kemungkinan kes tersebut pernah dirujuk kepada BPR dan polis ketika itu.
-selangorku


Himpunan Hijau Ke Putrajaya Peringkat Negeri Melaka 24 Jun 2012, Di Permatang Pasir Alai


Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka akan diadakan pada 24 Jun 2012, Ahad ini.

Program yang pada awalnya dirancang untuk diadakan di Stadium Hang Tuah terpaksa di tukar tempatnya ke Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Alai, Melaka kerana tidak mendapat kelulusan dari pihak stadium.

Tujuan utama himpunan ini adalah untuk menghimpunkan ahli-ahli PAS dalam satu program bagi menzahirkan komitmen dan kesediaan PAS dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 dan menuntut ianya dikendalikan secara BERSIH, ADIL dan demokratik.

"PAS Melaka akan mengadakan program Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri Melaka 24 Jun ini bagi meneruskan momentum semangat ahli-ahli di negeri ini untuk memenangkan PAS pada PRU 13 nanti," ujar Pesuruhjaya PAS Melaka, Sdra Adly Zahari.

"Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu menjadi tetamu utama pada program tersebut dan beliau akan menyampaikan amanat pimpinan PAS pusat kepada ahli-ahli di Melaka" tambahnya.

Adly berkata disamping itu PAS Melaka turut menjemput pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat Negeri bagi memeriahkan lagi program tersebut.

"Wakil daripada NGO Anti Lynas juga turut dijemput. Disamping itu Zulkifli Mohd Omar selaku pengerusi Lujnah Alam Sekitar PAS Malaysia dijangka akan turut hadir." tambah beliau.

Beliau memaklumkan bahawa tema Himpunan Hijau peringkat negeri Melaka adalah "Teknologi Hijau, Politik Hijau, Melaka Hijau" sesuai dengan slogan negeri, Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau

Adly menjemput seluruh rakyat Negeri Melaka untuk hadir ke program tersebut yang akan bermula pada jam 9.00 dengan berpakaian hijau.

Acara akan dimulakan dengan Xpresi Hijau Annnnak Muda Ke Putrajaya pada jam 4.30 petang dengan solat Asar berjemaah, diikuti dengan konvoi ARC (Alternative Riding Club) serta persembahan dari Amin Iskandar, penyanyi Irwan dan Hafiz Bandboys.

Ia akan diteruskan pada sebelah malamnya dengan solat maghrib berjemaah, solat hajat dan munajat dan solat Isya berjemaah yang akan dipimpin oleh ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail.

Ceramah para pimpinan Pakatan Rakyat akan bermula jam 9.00 malam dimana Timbalan Presiden PAS, Tn Hj. Mohammad Sabu akan menyampaikan ceramah dan amanatnya di acara kemuncak pada hari tersebut.

Semua ahli PAS negeri Melaka diwajibkan hadir dan seluruh rakyat negeri Melaka dijemput untuk bersama-sama menjayakan program Himpunan Hijau Ke Putrajaya ini.

Jual Karipap Melalui Facebook, Akma Jana RM2000 Sehari

Kuantan: Seorang pengusaha karipap di Tanjung Lumpur, di sini, kini sudah mampu tersenyum lebar apabila usahanya menggunakan laman web sosial facebook untuk memasarkan hasil jualannya itu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Berbekal sebuah iPad, Fauziyatul Akma Abdul Rahman, 44, hanya perlu meneliti setiap pesanan yang dihantar pelanggannya dan dia mampu memperoleh jualan kira-kira RM2,000 sehari.

“Idea untuk menggunakan facebook bagi menjual karipap ini timbul secara tidak sengaja. Pada mulanya, saya membuka akaun facebook ini untuk mencari rakan yang sudah terpisah, namun lama-kelamaan fungsinya semakin berubah dan kini ia seakan menjadi ‘lubuk’ untuk saya menambah rezeki.

“Kebanyakan pelanggan lebih senang membuat tempahan menerusi facebook kerana bagi mereka ia lebih mudah daripada datang sendiri ke gerai saya. Justeru, tangan saya akan sentiasa memegang iPad ini untuk memeriksa sekiranya ada pesanan baru atau tidak. Saya akui cara ini berjaya menambah pendapatan saya,” katanya.

Setiap tempahan boleh diambil sendiri pelanggan dan Fauziyatul Akma turut menyediakan khidmat penghantaran karipap ke rumah tetapi ia terhad kepada lokasi di sekitar bandar ini saja.

Karipap yang dihasilkan Fauziyatul Akma sering menjadi perhatian dan pada setiap petang, gerai kecilnya yang terletak di tepi jalan Tanjung Lumpur itu akan dikerumuni pelanggan.

Jumlah pelanggan akan bertambah dua ke tiga kali ganda pada setiap hujung minggu hingga kadangkala menyebabkan jalan utama untuk ke Kuantan itu mengalami kesesakan.

Istimewanya karipap yang dijual di gerai Fauziyatul Akma ialah ia diserahkan kepada pelanggan dalam keadaan panas kerana karipap berintikan daging, ayam, kentang dan samosa yang dihasilkan itu akan hanya digoreng apabila ditempah.

“Saya mementingkan kualiti karipap dan kepuasan pelanggan, jika karipap yang berada di dalam dulang hidangan sudah agak sejuk, pelanggan boleh meminta karipap lain yang baru digoreng.

“Karipap ini dibuat sepenuhnya menggunakan tangan terutamanya ketika proses ‘mengelim’ bahagian tepi karipap dan tidak menggunakan acuan seperti orang lain,” katanya yang menjalankan perniagaannya itu sejak lapan tahun lalu.

Menyedari karipapnya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, Fauziyatul Akma turut menggajikan enam pekerja yang bertanggungjawab menghasilkan kuih berkenaan.

Pelanggan di gerai Fauziyatul Akma juga boleh memilih sendiri bentuk karipap yang diinginkan dan setiap satunya dijual dengan harga 50 sen.

“Pernah juga pelanggan mahu saya membuat karipap berbentuk bulat seakan donut dan berbentuk panjang. Kami akan cuba sedaya upaya memenuhi permintaan itu.

“Hasrat saya ialah untuk membuka beberapa cawangan di bandar ini tetapi ia memerlukan modal yang besar. Buat sementara ini, biarlah saya menumpukan perhatian kepada gerai sedia ada saja,” katanya sambil memaklumkan dia turut bersedia menerima tempahan jika ada kenduri atau majlis tertentu. -HM

Suami Dicekup Khalwat Setelah Hantar Pulang Isteri & Anak Ke Kampung

Ampang - Tindakan seorang suami membawa pulang teman wanitanya ke rumah ketika isteri dan anaknya pulang ke kampung membawa padah apabila dia dicekup kerana disyaki berkhalwat.

Dalam operasi yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) pada jam 2 pagi itu, lelaki itu yang juga kakitangan kerajaan ditahan bersama pasangannya yang bukan beragama Islam.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, selepas pihaknya mengetuk pintu beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek terkejut melihat kehadiran penguat kuasa sebelum membenarkan mereka masuk membuat pemeriksaan.

“Lelaki itu memberi alasan tinggal seorang diri di rumah berkenaan, namun anggota penguat kuasa menemui seorang wanita yang berseluar pendek dan berbaju kemeja menyorok di belakang pintu bilik,” katanya.

Menurutnya, difahamkan lelaki itu tidak tinggal sebumbung dengan isterinya sejak dua tahun lalu kerana isterinya bekerja di Kedah.

“Lelaki tersebut mengenali teman wanitanya yang berusia 34 tahun itu sejak setahun lalu,” katanya. Ahmad Nawi berkata, lelaki berkenaan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk dibuat laporan, manakala pasangannya terpaksa dibebaskan kerana bukan beragama Islam.

Dalam serbuan berasingan, seorang penuntut sebuah pusat pengajian tinggi tempatan tidak berpuas hati malah mempertikaikan serbuan Jais dan pegawai Masjid Al Azim di kediamannya di Pandan Perdana.

Menurutnya, lelaki berusia 33 tahun itu berang dan mempersoalkan berhubung akta ketika disoal siasat oleh penguat kuasa.

“Pasangan berkenaan berpakaian lengkap ketika ditahan dan mereka dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk dibuat laporan,” katanya.

Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. -SH

Dakwaan Kelantan Mundur 40 Tahun: Kenyataan Terlajak Mengampu

Saya menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar yang mendakwa bahawa Kelantan mundur 40 tahun kerana ditadbir oleh PAS merupakan satu kenyataan yang terlajak mengampu. Kenyataan tersebut disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 18 Jun 2012.

Saya hakikatnya amat bersimpati dengan profesor ini yang barangkali hanya membaca akhbar-akhbar pro UMNO tanpa cuba menyelidiki fakta yang sebenar. Seharusnya sebagai seorang yang bergelar profesor, tentunya sudah mahir dengan kaedah penyelidikan yang menuntut sesuatu fakta itu dikaji dengan mendalam terlebih dahulu sebelum dikeluarkan.

Barangkali profesor ini sudah lama tidak memasuki bandar Kota Bharu yang menyaksikan pelbagai pembangunan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kemunculan hotel-hotel, pusat-pusat membeli belah, rumah-rumah kedai dan sebagainya sedang mewarnai seluruh negeri Kelantan yang tentunya menafikan sama sekali dakwaan profesor ini bahawa Kelantan mundur 40 tahun. Apa yang tidak ada di Kelantan ialah kedai nombor ekor dan rumah urut. Jika profesor ini bermaksud bahawa Kelantan seolah-olah sedang berada pada tahun 1972 iaitu 40 tahun ke belakang, ia boleh menumbuhkan rasa sangsi tentang bagaimana gelaran prosefor itu diperolehi!

Saya ingin mengajak profesor ini membuka laman web Unit Perancang Ekonomi yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Di sana terdapat jadual 6 yang mengandungi fakta Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1970-2009. Profesor tentunya boleh membaca bagaimana indeks kemiskinan di Kelantan ialah 4.8 berbanding dengan Perlis yang mencatat indeks yang lebih tinggi iaitu 6.0, Kedah (5.3), Sarawak (5.3) dan Sabah (19.2). Atau profesor boleh meninjau jadual 7 yang mengandungi indeks kemiskinan tegar yang mencatat indeks Kelantan sebanyak 1.0, sama seperti Sarawak dengan tahap indeks yang sama dan jauh berbanding dengan Sabah sebanyak 4.7.

Jika profesor berhujah tentang jalanraya dan lebuhraya, maka sukalah diingatkan kepada profesor bahawa tidak ada mana-mana kerajaan negeri di Malaysia ini yang membina sendiri lebuhraya tanpa bantuan kerajaan pusat. Dan projek lebuhraya Kota Bharu - Gua Musang telah dijanjikan semenjak Rancangan Malaysia Ke-6 pada tahun 1986 dan sehingga kini belum dilaksanakan. Siapakah yang memungkiri janji jika bukan kerajaan pusat? Justeru, dengan segala kekangan kewangan yang ada, Kelantan menggagahkan diri untuk melancarkan sendiri projek pembinaan lebuhraya untuk fasa pertama dari Machang ke Kuala Krai baru-baru ini. Kenapa profesor tidak menyalahkan kerajaan pusat kerana gagal melaksanakan projek ini?

Atau mungkin profesor berhujah bahawa ramai rakyat Kelantan berhijrah keluar negeri untuk mencari pekerjaan kerana Kelantan sudah mundur ke belakang. Saya ingin membentangkan fakta yang terkandung di dalam Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang dikeluarkan pada bulan Oktober 2007. Pada halaman 2-16, tercatat fakta bahawa pada tahun 2003, in-migration (penghijrahan masuk) ke Kelantan ialah seramai 24,460 orang berbanding dengan out migration (penghijrahan keluar) dari Kelantan seramai 21,950 orang. Jelasnya, lebih ramai yang memasuki Kelantan berbanding dengan yang keluar daripada Kelantan! Jika daftar penghijrahan ini menjadi ukuran, adakah benar dakwaan bahawa Kelantan tidak mempunyai peluang pekerjaan? Atau angka mana yang menjadi rujukan Profesor?

Saya simpati kepada Profesor Datuk Dr. Kamaruddin Kachar, barangkali terlajak ingin mengampu sehingga kenyataan sebegini dangkal keluar. Berpada-padalah dalam membuat bandingan, jangan sampai ia menjadi bahan ketawa. Saya teringat kepada seorang aktor kelahiran County Durham, England iaitu Rowan Atkinson. Beliau memegang watak Mr Bean. Beliau juga dikatakan merupakan seorang Profesor sebelum menjadi pelakon lawak jenaka. Jika benar berita angin ini, ertinya tidak mustahil seorang profesor boleh menjadi pelakon lawak jenaka.

Ia tiada kaitan dengan Profesor Datuk Dr. Kamaruddin Kachar.

Salam hormat,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.

Tunku Harmy: Melayu Umno Tambah Korup Sebab Dr Mahathir

Budaya rasuah di negara ini menjadi semakin buruk apabila pentadbiran negara diambil alih mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Seorang kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan berkata budaya kroni di dalam Umno menjadi lebih kronik selama pemerintahan Dr Mahathir yang memegang tampuk kuasa selama lebih 20 tahun.

“Umno ni setelah Dr Mahathir ambil pucuk kepimpinan, penggal pertama memang dia hebat.

“Masuk penggal kedua pula dia mula ‘bersih, cekap, amanah’ untuk kroni dan keluarga dia.

“Selepas itu saya tengok Melayu mula korup sebab dia,” ujar Tunku Harmy yang juga merupakan sepupu kepada Baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurut Tunku Harmy, Dr Mahathir mampu bertahan selama lebih empat penggal dengan menggunakan rahsia salah laku pemimpin Umno-BN lain untuk kepentingan diri.

“Oleh kerana Menteri Besar, menteri-menteri semua dia dah pegang, sampai lebih empat penggal dia tahan.

“Semua rekod dia pegang sebab nak pertahankan kedudukan dia sebagai presiden Umno.

“Bila orang nak lawan dia, dia keluarkan fail dan akhirnya inilah yang merosakan rakyat, keturunan bangsa Melayu dari segi akidah, perangai, akhlak tak boleh pakai lagi.

“Melayu jadi jahat sebab dia. Pemimpin dari atas ke bawah tak ada yang tak korup. Jadi saya harap PKR jangan jadi macam Umno,” katanya lagi.

Tunku Harmy turut mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat agar tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Dr Mahathir sekiranya gagasan itu berjaya menawan Putra Jaya nanti.

“Kalau satu hari nanti pemimpin Pakatan pun macam Umno, saya juga akan bangkit lawan,” ujarnya nanti. -selangorku

[VIDEO] Debat Sinar 'Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi'

Salahuddin: 'Tiada demo jika kerajaan beri cukup ruang'

SHAH ALAM - Salahuddin Ayub menegaskan bahawa demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya parti atau pembangkang diberi ruang yang secukupnya untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden Pas berkata pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan yang memerintah terpaksa mengambil tindakan seumpama itu apabila ruang untuk bersuara secara aman dan teratur disekat dan dihalang.

"Ruang bersuara ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum terlalu kecil, maka rakyat yang ada hanya lidah dan gigi ini turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam Debat Sinar di Auditorium Kompleks Media Karangkraf di sini, malam ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian berkatal, pemimpin negara tidak sewajarnya berfikiran sempit, sebaliknya perlu melihat demonstrasi jalanan sebagai hak peluang rakyat untuk bersuara.

"Ini setiap kali ada perhimpunan, mesti ada gas, tu yang jadi huru hara," katanya lagi.

Salahuddin berkata, hak asasi manusia tidak boleh dibunuh dalam demokrasi.

Justeru, katanya pemimpin harus urus dan pimpin tangan anak muda tidak secara sempit tetapi secara adil dan seimbang seperti di negara Korea.

Katanya, sekiranya cukup ruang,tidak perlu demonstrasi jalanan dan tidak perlu menyatakan secara jalanan.


Dalam perbahasan ilmiahnya katanya, bagi negara yang berpura-pura dengan keadilan demokrasi, demonstrasi jalanan itulah yang melahirkan demokrasi.

Salahuddin berkata, demonstrasi secara aman boleh dijadikan sebagai alat untuk menghentikan kemelut kepada negara yang impikan demokrasi.

“Jika ada pengasingan kuasa, kerajaan tidak akan jatuh sebaliknya kerajaan penakut sahaja yang takut kepada demonstrasi jalanan.

“ Masalahnya, kami tidak dapat secara lembut (kebebasan bersuara) jadi demontrasi jalanan adalah cara terbaik untuk kukuhkan demokrasi,” katanya.

Salahuddin berkata, perlu diingat ketika zaman Nabi Muhammad SAW, sewaktu perang Badar dan Qubra juga bermula daripada protes.

Maka dalam konteks Bersih 3 katanya, ia perlu dilihat dengan niat yang betul dan diterjemahkan secara jelas.

Sehubungan itu katanya, perlunya ditubuhkan suruhanjaya diraja yang benar-benar bebas untuk menyiasat secara jelas pihak yang mencetuskan provokasi.

"Polis kata ada video, tetapi sampai sekarang tidak juga ditayang. Jika begitu, kami juga ada video dakwaan polis mengasari peserta perhimpunan,” katanya. -SH

Saifuddin: Demo bukan cara kukuh demokrasi

Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam, malam ini.
SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menolak keras demonstrasi jalanan adalah cara yang terbaik untuk mengukuhkan demokrasi kerana pendekatan sedemikian hanya boleh mengganggu ketenteraman awam dan hak rakyat.

“Demonstrasi jalanan jelas memberi impak negatif kepada orang ramai dan komuniti sekitar kawasan yang terlibat seterusnya menjadi punca kepada kekacauan berlaku apabila demonstrasi jalanan (diadakan),” kata beliau ketika berhujah pada Debat Sinar bertajuk “Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi" di sini, malam ini.

Beliau memberi contoh insiden yang terjadi ketika perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, pelbagai jenis risiko seperti kecederaan boleh berlaku khususnya ke atas mereka yang menyertai demonstrasi jalanan.

Justeru, beliau menyeru kepada orang ramai untuk mengukuhkan demokrasi di kalangan rakyat negara ini melalui pelbagai cara.

“Kita seharusnya menjadi lebih liberal dengan meggunakan medium media baru seperti Twitter, Facebook dan mengadakan perundingan untuk mencapai dan mengukuhkan demokrasi dalam negara kita,” katanya.

Beliau turut bertegas agar rakyat perlu mengukuhkan demokrasi dengan cara menguasai ilmu pengetahuan dan beliau turut mengimpikan agar dapat memajukan anak bangsa Malaysia.

“Walau bagaimanapun demokrasi perlu dikukuhkan dengan cara yang lebih matang dan progresif agar negara kekal aman dan untuk mencapai misi ini, kita mesti mempunyai cara tersendiri,” kata beliau ketika membalas hujah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Jelas beliau, demonstrasi jalanan tidak sepatutnya diadakan kerana rakyat sendiri perlu tahu menggunakan ruang dan medium lain bagi menyuarakan sebarang perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan yang memerintah.

“Jika ada sebarang perbezaan pendapat dalam politik, kita perlu menggunakan cara debat atau berbincang secara baik, jika ada sebarang kesilapan, kita boleh betulkan bersama-sama secara sopan, bukan menggunakan emosi,” tegas beliau.

“Kita menolak sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan ini kerana kerajaan sedia maklum dan bertanggungjawab kepada kebajikan rakyat. Kita tidak mahu gadaikan keselamatan orang awam dengan mengadakan sebarang demonstrasi jalanan,” kata Ahli Parlimen Temerloh ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, beliau sendiri tidak nampak sebarang bentuk penyelesaian masalah dengan mengadakan demonstrasi jalanan ini kerana ia jelas tidak dapat mengukuhkan demokrasi.

Katanya lagi, pilihan raya yang diadakan di negara ini juga merupakan hak dan pilihan rakyat dan oleh itu, kemenangan rakyat menjadi isu pokok, bukan isu kemenangan kepada mana-mana parti politik yang bertanding.

Debat Sinar berlangsung di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam itu dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar.

Debat Sinar ini, yang kedua dianjurkan oleh Sinar Harian, bertajuk "Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi".

Debat Sinar pertama diadakan bulan lalu
. -SH











Ulasan GB

Daripada pengisian debat, GB kata OK.

Kedua-dua pihak berhujjah dengan baik.

Tetapi oleh kerana tajuk debat itu sudah sedemikian bunyinya, 'Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi, maka kita terperangkap di dalam ruanglingkup yang agak terpencil iaitu hanya pada peringkat "means" (cara) dan bukan "end" (nmatlamat).

Kita masih membincangkan soal demonstrasi, wajar atau tidak, sedangkan ISU yang terlebih penting sekarang ini ialah: pembersihan pilihanraya dan kepincangan SPR.

Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu


Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air.

Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com


Ulasan GB

Jangan menyakiti makhluk seperti kucing apatah menyiksanya seperti kisah ini:

[Sedih] Kisah Kucing Dipotong Kakinya Kerana Mencuri Ikan - Video Di dalam



19 Jun 2012

Anwar Ibrahim Menang Kes Saman Nallakaruppan

Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.

Pada 26 Mac lalu, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas pembantunya yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Meloya.

Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.

Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany.

Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Meloya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga.

Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.

Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan atau menerbitkan perkataan-perkataan berunsurkan fitnah.

Selepas tempoh 48 jam yang diberikan untuk menarik balik artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 20 Mac tamat, Anwar mengarahkan para peguamnya supaya meneruskan saman terhadap kedua-dua defendan.


Nallakaruppan dalam kenyataannya mencabar Anwar supaya mengheretnya ke mahkamah kununnya untuk membuktikan bahawa Anwar seorang pengamal biseksual (dua jenis) dan disiarkan di Utusan pada keesokannya.

Utusan pula yang berdepan dengan pelbagai tuntutan saman tidak dapat memberikan ulasan setelah dimaklumkan sebentar tadi.

Nallakaruppan mendakwa pernah melihat Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi tidak dapat memberikan bukti kukuh serta hanya berdasarkan keterangan mulut dan percakapan yang dibuat oleh seorang lagi bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda.

Ini sekaligus mematikan fitnah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim yang menuduh Anwar tidak akan berani menyaman Nalla kerana takut rahsia terbongkar.

Ini kenyataan Zahrain yang dipetik Utusan:

Nallakaruppan tidak akan disaman

KUALA LUMPUR 25 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mempertikaikan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini tidak menyaman Karpal Singh walaupun Pengerusi DAP itu pernah mendakwa beliau sebagai peliwat.

Katanya, sewaktu tuduhan tersebut dibuat, Anwar masih lagi bersama kerajaan dan beliau langsung tidak mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan dirinya.

Sehubungan itu, Zahrain menuntut penjelasan Ketua Pembangkang itu mengenai tindakannya menghantar notis kepada Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berhubung dakwaan beliau seorang biseksual.

"Semasa Anwar bersama kerajaan dulu, Karpal pernah membuat dakwaan bahawa beliau seorang peliwat dan mempunyai bukti kukuh, tetapi Anwar tidak pula mengambil sebarang tindakan undang-undang sehinggalah hari ini.


Tetapi yang membuatkan isu ini lebih kelakar adalah kenyataan Zahrain sendiri yang menuduh saman Anwar hanyalah saman politik dan bukannya sama untuk membersihkan namanya.

Apakah selepas ini Nalla akan menyaman Zahrain kerana Zahrain tidak mahu Nalla menyaman Anwar?

Kita akan saksikan sendiri beranikah Nalla tampil ke mahkamah dan "menunjukkan bukti kukuh" yang sebenarnya hanya direka-reka umpama video Datuk T yang kini muncul semula setelah hampir 65 peratus rakyat Malaysia tidak langsung percaya!
-jalanpulang

Kedudukan Isa Sebagai Pengerusi & Ahli KPF Dibekukan Sementara

Nahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah membekukan sementara pelantikan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi tersebut.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim berkata terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dan sebagai pengerusi KPF.

Hakim Datuk Abang Iskandar juga menolak semua bantahan awal yang dibangkitkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, kata peguam peneroka berkenaan, Mohamed Hanipa Maidin kepada pemberita.

Oleh itu, keputusan dalam kamar hari ini membenarkan pembekuan sementara terhadap keahlian Isa dalam KPF dan kedudukannya sebagai pengerusi.

"Jadi ada mesyuarat esok dan Isa tak boleh hadir," kata Hanipa kepada pemberita selepas muncul dari kamar hakim. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, Hanipa Maidin mewakili pemohon Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Noor Atan manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili responden iaitu Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SKM, dan KPF.

Katanya, mahkamah juga membenarkan permohonan pemohon untuk mendapatkan perintah sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF di bawah Seksyen 36(1)(b) Undang-Undang Kecil KPF, bagi tujuan pengesahan mesyuarat agung perwakilan KPF yang akan diadakan pada 20 Jun ini dan juga sehingga keputusan penuh semakan kehakiman.

Hanipa berkata antara alasan yang dikemukakan Pejabat Peguam Negara itu ialah peneroka Felda bukanlah pihak yang terjejas dengan keputusan responden dan mereka juga tidak ada 'locus standi' untuk menfailkan saman itu dan isu itu bukan melibatkan undang-undang awam.

"Tarikh untuk pendengaran penuh semakan kehakiman belum ditetapkan oleh mahkamah," katanya.

Pada 12 Jun lepas, keempat-empat peneroka itu menfailkan permohonan itu bagi memohon deklarasi bahawa keputusan responden pertama dan kedua iaitu Panel Pertikaian SKM, SKM, bertarikh 23 Mei lepas, yang mengekalkan keanggotaan Mohd Isa adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.

Mereka juga memohon mahkamah membatalkan keputusan itu dan perintah 'mandamus' supaya KPF membatalkan keanggotaan Mohd Isa dalam KPF.

Mereka juga memohon perintah sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF.

Pemohon mendakwa berdasarkan Peraturan 11(1)(c) yang dibaca bersama Peraturan 2 Undang-Undang Kecil KPF, Mohd Isa tidak layak menganggotai KPF kerana beliau bukan kakitangan yang dilantik secara tetap oleh Felda.

Mereka berkata Mohd Isa adalah pengerusi Felda yang dilantik secara kontrak dan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan. -mk

BERKAITAN:


Isa’s membership in Felda illegal: Why then is he Felda chairman?

This whole episode is related to Umno’s survival in the next general election, observes P Ramakrishnan. They have to take control of KPF by whatever means it takes to exert their authority over the Felda settlers.

The Malaysian Cooperative Societies Commission (MCCC) has become the laughing stock of the nation by coming up with a ridiculous decision that defies logic and makes nonsense of common sense.

It absurdly ruled that even though the approval of Isa Samad’s application as a member of Koperasi Permodalan Felda (KPF) had gone against the by-law of KPF, Isa’s membership nevertheless remained intact (Malaysiakini, 31 May 2012). The MCCC made this outrageous conclusion on 23 May in response to an application by 16 Felda settlers challenging Isa’s illegal membership in KFP.

This controversial decision shocked and dismayed Malaysians who are simply flabbergasted that the three- man MCCC panel sitting in judgment could arrive at this ridiculous decision.

Though they conceded that Samad’s membership approval went against the by-laws of KPF, they feinted helplessness to right this wrong claiming that there was no provision to cancel his membership.

This is nonsensical logic! According to the Cooperative rules and regulations, Section 43 only confers membership to Felda settlers, their families and Felda permanent employees. Under this section, Isa did not qualify to become a member of KPF. He was never a settler or a family member of a settler or a permanent employee in Felda. By no stretch of the imagination could he qualify as a member.

You don’t need a special provision under the by-law to disqualify his membership or remove him as Chairman of KPF.

The Board of Directors did not have the authority to approve his membership. Under the circumstance, Isa’s illegal membership simply lapses. End of story!

Alternately, the Board of Directors could convene a Board Meeting and rescind their earlier illegal decision to put matters right. That would have nullified Isa’s membership for good.

But why was this not done?

This whole episode is related to Umno’s survival in the next general election. They have to take control of KPF by whatever means it takes to exert their authority over the Felda settlers.

This was why the Prime Minister, who is the Umno President, announced on 8 May 2012 a windfall of RM15,000 to each household to win support for the listing of Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH). This was nothing but outright bribery.

But why choose Isa to ride roughshod over the objections of settlers?

Is it because he has a history of winning over support through corrupt means? Don’t we remember that he was found guilty in June 2005 on seven corrupt charges of money politics and vote-buying in the 2004 Umno elections? The charges were very serious: he was accused of having:

1) Allowed his political secretary Mohd Salim Sharif to pay RM300 to each delegate from the Telok Kemang division to the Umno General Assembly on or about September 2004;

2) Allowed his agents to pay various amounts of money to delegates from the Cameron Highlands, Kuala Lipis and Bentong divisons to the Umno General Assembly on 11 September 11.

3) Allowed his agents to pay RM1,000 each to delegates to the Umno General Assembly at the Crown Princess Hotel at 11.00pm on 22 September and the morning of 23 September.

4) Permitted his agents to pay RM1,000 each to delegates to the Umno General Assembly at or about 1.00am on 23 September at the Pan Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

5) Allowed his agents to pay various sums of money to Sabah delegates to the Umno General Assembly at about 1.00am on 23 September at the Legend Hotel, Kuala Lumpur.

6) Allowed his agents to pay RM300 to Sabah Umno delegates at the Tanjung Aru Golf Club and the ‘Kandarah” Court, both of which are in Sabah in early September.

7) Allowed his agents to pay RM300 to Kedah Umno delegates at Holiday Villa Hotel, Alor Star and Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani around two to three weeks before the 2004 Umno General Assembly.

He was suspended for six years and compelled to give up all his positions in Umno including that of Vice-President of Umno.
But some think that Isa occupies a favoured position in the hierarchy and it seems a valid point.

His suspension was later reduced to three years, subsequently paving the way for him to contest the Bagan Pinang by-election in September 2009.

But, corruption, it seems, has never been a serious issue with Umno.

Even Tun Dr Mahathir was apprehensive and had reservations about Isa’s candidacy. “Don’t nominate Isa Samad as candidate,” he pleaded.

“Tan Sri Isa has already been found guilty. If Umno fields him, it means that Umno is not serious about such cases. Even if he can win there, (we) have to consider what the whole of Malaysia thinks of Umno,” Mahathir said.

But Umno wasn’t bothered about what Malaysia think of Umno. The reality is what Umno thinks is the reality and what matters in Malaysia.

To drive home this fact, Isa was appointed as the Chairman of the Felda Land Development Authority (Felda) effective from 1 January 2011.

And with his illegal membership of KPF, the BN government has achieved its ultimate goal in the listing of Felda Global Ventures Holding (FGVH).

Why hasn’t the Prime Minister commented on this scandalous episode of Isa’s membership of KPF? Why hasn’t the Attorney General said anything about this illegal conduct of the Board of KPF and the
ludicrous decision of the MCCC?

Isn’t it strange that Tun Dr Mahathir, who was so concerned with the image of Umno, has nothing to say on this issue?

Let us be reminded of this wise saying, “Your religion is what you do when the sermon is over.”


P Ramakrishnan is an executive committee member of Aliran


Dua Orang Lagi Artis Pelakon Popular Akan Menyertai PAS

Umpama air yang turun dari lembah bukit, tak usah lah disekat atau dibuat empangan atau sebagainya, arus air tersebut tetap akan mengalir menuju ke bawah.

Begitu jugalah dengan Syiar Islam yang telah dilaksanakan Oleh pimpinan-pimpinan PAS, apa yang pimpinan UMNO dok buat tohmahan kepada PAS, kepada TG Nik Aziz, namun,, perasaan yang ada dalam tubuh badan manusia tak ada sesiapa yang mampu menahannya...

Semakin hari ada saja yang mengistiharkan nak menjadi ahli PAS,, alhamdulillah... Syukur kepada mu Ya Allah,, engkaulah yang membolak balik hati dan perasaan hamba-hamba mu... -manjongmari

Perbincangan tidak rasmi Hairie Othman bersama Dato' Mahfuz Omar, hadir sama Zulkifli Ismail.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




[VIDEO] Abby Abadi Terkejut Ada Perjuangan Islam Yang Beliau Tak Pernah Lihat

Peserta Himpunan Hijau tidak dibayar – Abby Abadi

TEMERLOH: Selebriti terkenal Abby Abadi menyatakan beliau kini sedar tuduhan bahawa orang-orang PAS dibayar untuk ke Perhimpunan Hijau di Alor Setar, Kedah baru-baru ini oleh orang-orang tertentu rupa-rupanya tidak benar.

Beliau yang terkenal dengan watak Inspektor Aleeza dalam siri drama Gerak Khas, berkata ini disebabkan beliau perhatikan sendiri dalam ceramah-ceramah PAS ahli-ahlinya yang menyumbangkan derma dan mereka tidak dibayar untuk hadir seperti diamalkan oleh sesetengah parti politik.

“Jadi saya yakin mereka tidak dibayar seperti yang diperkatakan dalam media sebelum ini,” katanya dalam program Talk Show Malam Keinsafan di Dataran Kompleks PAS Pahang, Kerdau malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan pengerusi majlis Ustaz Kamal Ashaari yang mengumumkan pelancarkan kutipan derma.

Turut menjadi ahli panel dalam program anjuran Pemuda PAS itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.

Menceritakan tentang pengalamannya, Abby berkata beliau pada mulanya hanya melihat Islam itu hanya sebagai rutin umpamanya ramai-ramai pergi solat Jumaat dan acara-acara keagamaan tetapi tidak melibatkan kehidupan sosial.

“Tetapi setelah menunaikan ibadah haji ke Mekah barulah terbit rasa insaf dan mahu melakukan penghijrahan daripada hidup sebagai artis.


“Tak sangka pula penghijrahan saya mendapat perhatian ramai orang sehingga boleh dipanggil untuk berada di pentas PAS.

“Tapi saya seronok sangat dengan pengalaman baru ini, seronok dapat berkongsi sedikit sebanyak cara hidup Islam sebab tak pernah didedahkan dengan suasana seperti ini dulu,” ujarnya.

Ini merupakan kali kedua beliau berada di pentas PAS di Pahang. Kali pertama beliau dipanggil untuk majlis yang serupa di Kuala Lipis.

Abby yang kini berstatus ibu tunggal, berkata pada mulanya tidak ambil tahu sangat tentang politik. Setelah didedahkan kefahaman Islam dan banyak membaca barulah beliau faham kenapa perlunya perjuangan Islam.

Mengenai dunia artis, beliau berkata jika tak pandai membodek atau tak pandai melobi memang susah untuk dapat job.

“Sekarang saya rasa lebih lapang tidak kalut untuk mendapatkan peluang berlakon. Saya seronok dengan suasana baru ini,” jelasnya.

Beliau sempat menasihatkan generasi muda agar tidak leka sangat dengan dunia hiburan dan turut kesal masih ada filem yang memaparkan adegan-adegan ghairah sedangkan itu semua tidak menyumbang langsung kepada pendidikan generasi muda.

Sementara itu, kira-kira 5,000 yang hadir memberi tumpuan kepada Abby turut mendapat ‘usikan’ Nasruddin.

“Saya sedar siapa diri saya, orang datang bukan nak tengok saya,” katanya berseloroh.

Dalam pada itu, Abby turut diberi penghormatan melancarkan sebuah buku baru “Muslimat Celik Berpolitik’ tulisan Ustazah Anisah Tahir. -HD




Terlihat Video Bogel Adiknya Dalam Hanfon Rakan

Kampung Raja - Seorang pengawal keselamatan terkejut besar apabila mendapati gambar bogel adik perempuannya berusia tujuh tahun, terdapat dalam rakaman video telefon bimbit milik rakan setugasnya kelmarin. Gambar fail.

Sebelum itu, pengawal keselamatan berusia 21 tahun itu diminta suspek berusia 56 tahun agar mengecas bateri telefon bimbitnya.

Abang mangsa mengambil peluang memeriksa gambar di dalam telefon tersebut dan terkejut apabila salah satu video di dalamnya adalah video adiknya, disyaki dicabul oleh suspek.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, abang mangsa terkejut apabila melihat video mengandungi perlakuan tidak senonoh ke atas adiknya itu, kemudian bertindak memberitahu ibunya mengenai apa yang berlaku.

Menurutnya, siasatan mendapati terdapat dua rakaman yang dirakam pengawal keselamatan itu pada waktu dan hari berbeza.

“Berdasarkan rakaman video itu, kejadian berlaku pada jam 12.09 tengah hari, 6 Mei dan jam 1.55 petang, 3 Jun lalu di kawasan Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut,” katanya.

Kamaruddin berkata, keluarga mangsa dan suspek dikatakan mengenali antara satu sama lain dan suspek telah menjemput mangsa serta seorang lagi abang mangsa yang berusia kira-kira 12 tahun di rumah.

Menurutnya, siasatan mendapati, terdapat banyak gambar lucah lain di dalam telefon bimbit suspek yang turut dirampas bagi membantu siasatan.

Ibu mangsa dari sebuah kampung dekat Renek, Jabi di sini, tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja petang semalam, selepas dimaklumkan anaknya. Suspek yang beralamat di Kampung Cherang Melilig, Hulu Besut dan mempunyai isteri telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376/11 Kanun Keseksaan kerana cubaan merogol.

[BERGAMBAR] Isu WWW1 - Pejabat Khidmat Nizar Didatangi Polis Johor

Semalam sekumpulan anggota polis dari kontinjen Johor telah membawa waran geledah keatas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang, Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang, Pejabat Pas Perak serta kediaman rumah Dato Sri Nizar yang diketuai oleh ASP Tan Yang Siong dari IPD Johor Baharu bersama dengan Inspektor Fazurah dari bahagian Forensik Komputer.

Kesemua komputer di pejabat tersebut diambil untuk siasatan kes.

Menurut sumber laporan, serbuan ini adalah disebabkan satu laporan yang dibuat oleh UMNO Bahagian Pulai mengenai isu nombor plate kereta WWW 1.

Satu persoalan yang bermain di fikiran penulis kalau benar dengan alasan aduan dari pihak Umno membawa kepada waran ini amatlah malangnya senario politik Malaysia sekarang ini. Kenapa begitu banyak laporan dari Pemuda Pas mengenai kebiadapan akhbar kosmo yang mempersenda harga nombor WWW1 tetapi hingga kini tiada susulan dari pihak berwajib keatas report ini?

Kalau begini senarionya hanya dengan kertas undi yang akan memberi ruang keadilan kepada semua, ayuh semua dengan keazaman kita tumbangkan Umno /Bn pada Pru 13 nanti! -mediaperak

WWW1 - 5 Anggota Polis Johor Datang Pejabat Pusat Khidmat Nizar

Dalam pukul 12.06 tengahari semalam, Pejabat Pusat Khidmat DS Nizar, didatangi 5 anggota polis Johor. Mereka tunjuk kad kuasa dan perintah mahkamah untuk melihat CPU Komputer dan ambil "history komputer.

Aku dan ketua aku Fadhil diambil Kad Pengenalan dan maklumat diri. APA yang menarik,tuan pegawai bagitau, kami ikhlas.

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak telah didatangi 5 anggota polis dari negeri Johor yang diketuai Insp Aridhasan a/l Menandi. Pasukan polis ini datang bersama Warrant yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bharu.

Tiada apa yang diambil.H anya maklumat CPU dan komputer. Apa yang menarik mereka juga menggunakan bilik air Pusat Khidmat.










Ulasan GB

Polis kini secara terang-terang mengamalkan dasar yang berat sebelah dan tidak profesyenal apabila mereka bertindak seperti dicucuk hidung oleh UMNO BN.

Laporan polis terhadap Nizar diberikan keutamaan untuk disiasat sedangkan laporan polis terhadap akhbar kosmo milik Utusan tidak lansung diberikan perhatian.

Kedatangan polis ke pejabat Khidmat Parlimen Bukit Gantang, menurut pemerhatian GB, ialah untuk mencari bukti-bukti tambahan untuk mendakwa mantan MB Perak berkenaan. Ini kerana soalsiasat ke atas DS Mohd Nizar beberapa hari ini tidak memberikan bukti kukuh kepada pihak polis untuk mendakwa beliau.

Tetapi akibat "tekanan" pihak tertentu, pihak polis terus memburu dan mencari apa-apa saja yang boleh diklassifikasikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa Nizar.

Jika beginilah sikap polis, rakyat dengan sendirinya tidak akan menghormati profesyen polis lagi. Salah siapa?

[VIDEO] Engkau Penakut Midah Sampai Halau Rakyat Di Majlis Dialog? -updated


Banner tertera "Majlis Ramah Mesra & Dialog, Kehadiran Tuan Puan Amat Dihargai".

Jadual sepatutnya bermula jam 3ptg, warga tempatan setia menunggu Hamidah lebih kurang satu jam kemudian ketibaannya diiringi alunan 'dia datang dengan lenggang lenggoknya'.

Bila Hamidah dapati ada 2 pimpinan PR dalam kelompok hadirin, dia umumkan, " Sesi Ramah Mesra saya tak sebut pun berdialog... bla... bla... bla, jadi saya harap yang tak berkenaan tolong tinggalkan majlis ini....bla...bla ini sesi saya, ini majlis saya, saya yg atur, saye punya hak utk majlis ini bagi memastikan saya minta YB Boon Chye Lee & Yg Berbahagia En Radzi Zainon meninggalkan majlis ini....kalau tidak saya tidak mahu meneruskan majlis ini. Sekian Terima Kasih!"

Maka hampir separuh hadirin yang juga penduduk tempatan meninggalkan majlis. Mesranya Hamidah! -mediaperak

MEMANG PANAS!!! Video, berita ADUN UMNO halau pemimpin PR dan penduduk

Pengkalan Pegoh- 16 Jun 2012

Program Ramah Mesra dan Dialog YB Datuk Hamidah ADUN Sungai Rapat bersama penduduk Taman Pegoh Aman cukup mengecewakan dan memalukan UMNO selaku parti yang memainkan peranan besar dalam isu Sekolah Agama Rakyat Taman Pegoh Aman. Peristiwa Datuk Hamidah menghalau Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan Radzi Zainon (Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Sg Rapat) dari majlis Ramah Mesra berkenaan menampilkan jelas sikap angkuh dan sombong beliau terhadap rakyat, lawan dan kawan.

Datuk Hamidah yang sepatutnya hadir pada pukul 3 petang hanya muncul pada pukul 4.10 petang selepas terkedu dengan kehadiran Radzi Zainon pencabar rapatnya serta YB Dr Lee selaku Ahli Parlimen Gopeng yang hadir untuk berdialog dan memberi pandangan secara muhibbah.

“Dia halau Ahli parlimen yang kami pilih, ini bermakna dia (Datuk Hamidah) juga menghalau kami penduduk taman Pegoh Aman yang berbangsa Cina dan India kerana kami yang pilih Dr. Lee”, demikian luahan beberapa wanita berbangsa Cina yang turut hadir.

Menurut saudara Anuar Ibrahim Ketua cawangan PAS Pengkalan Pegoh, majlis itu bukan majlis penyokong UMNO tetapi majlis ADUN bersama rakyat menjelaskan isu bangunan misteri yang dikatakan untuk Sekolah Agama Rakyat yang dipertikaikan kerana menggunakan tanah padang rakyat tanpa sebarang perundingan. Malah menurut Anuar, program itu dihebahkan melalui masjid-masjid ternyata ia majlis umum dan layak dihadiri oleh Radzi mahupun YB Dr Lee sendiri.

“ Saya tidak faham mengapa beliau mengahalau kami sedangkan kehadiran kami bersama penduduk berbangsa Cina dan India serta penyokong pakatan rakyat adalah untuk berdialog. Kenapa beliau katakan ini bukan majlis dialog dan tertutup untuk penyokong beliau sahaja. Mengapa saya katakan begini, kerana wanita yang hadir dalam khemah majoritinya bukan penduduk Taman Pegoh Aman yang bermasalah dengan bangunan misteri itu, sebaliknya mereka diangkut dari taman Desa Aman, Taman Pengkalan Pegoh dan Lahat Baru. Ini jelas menampilna beliau hanya ingin bercakap dengan penyokong UMNO tetapi diletakkan nama ramah mesra bersama rakyat”, jelas Radzi Zainon panjang lebar kepada Media Sungai Rapat.

Rata-rata pengundi Taman Pegoh Aman tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Hamidah membina bangunan di padang yang digazetkan untuk kegunaan penduduk taman itu malah mereka membayarnya sebanyak RM 1000 seorang semasa membeli rumah di taman berkenaan.

Selepas sahaja penyokong Pakatan Rakyat dan penbduduk berbangsa Cina dan India beredar dari khemah majlis yang diadakan di bangunan dewan Orang Ramai Pegoh Aman, Datuk Hamidah mula berceramah menghentam rakyat berbangsa Cina yang dikatakan cuba menentang hasrat umat Islam membina sekolah agama.

Lebih memalukan, Haji Nawawi Ketua Cawangan UMNO Desa Aman telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang belia Cina dengan ungkapan ‘lxxcau lu punya padang’. Adakah ini sikap sebenar seorang pemimpin melayu Islam?

Terdahulu Pakatan rakyat Gopeng telah membuat sidang media pada 6 Jun 2012 berhubung sikap Datuk Hamidah yang menyelar rakyat Pegoh Aman yang dikatakan cuba menentang sekolah agama rakyat. Walaupun penduduk telah memberi memorandum pada 4 Mei yang lalu untuk berdialog secara muhibbah dengan ADUN berkenaan, beliau bukan sahaja tidak melayani permintaan itu malah menyelar serta menemplak rakyat dalam 2 kenyataan Sinar Harian pada 31 Mei dan 2 Jun 2012.

Kini beliau hadir atas nama dialog bersama penduduk tetapi menghalau penduduk taman yang sebenarnya, dan hanya berucap di hadapan penyokong UMNO sahaja.

Rakyat Taman Pegoh Aman berkata mereka akan menggandakan booklet khas yang disediakan oleh Sekreteriat Pakatan Rakyat Gopeng untuk menangkis isu fitnah terhadap penduduk Cina Taman Pegoh Aman dan akan memastikan rakyat sekitar taman berkenaan menolak calon UMNO di DUN Sungai Rapat.
-paspb