15 Jul 2010

Perancis Janji Bongkar Skandal Scorpene Habis-habisan - Najib & UMNO Di Tebing Keruntuhan

Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya, Bongkar Skandal Scorpene Habisan

Roh Altantuya Shaariibuu mungkin kembali tenang apabila pihak pendakwaraya Perancis yang menyoalsiasat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam di Paris semalam berjanji akan menegakkan keadilan bagi model Mongolia yang mati dibunuh secara kejam pada 2006 itu.

Pihak pendakwaraya Perancis juga berikrar akan membongkar habisan semua dakwaan penyelewengan dan rasuah dalam urus niaga pembelian kapal selam Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia

Dalam emel yang dihantar kepada Suara Keadilan malam tadi melalui peguam Americk Sidhu, Bala berkata beliau telah memberi keterangan kepada pihak polis dan peguam Perancis berhubung skandal rasuah Scorpene serta mendedahkan hubung kait Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda serta model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam urus niaga pembelian dua kapal selam buatan syarikat konglomerat DCN milik kerajaan Perancis.

Bala disoalsiasat berseorangan selama tiga jam bermula pukul 2.00 petang waktu Paris bertempat di Direction Centrale de la Police Judiciare DNIF, Nanterre, Paris oleh penyiasat Perancis, M Ryckewaert. Peguam Manjeet Singh tidak dibenarkan bersama Bala ketika anak guamnya ditemubual pendakwaraya Perancis.

Bala memberitahu Suara Keadilan melalui emel malam tadi pihak pendakwaraya Perancis amat berminat untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai hubungan beliau dengan Altantuya dan Abdul Razak.

"Saya telah menerangkan segala butiran mengenai pembunuhan Altantuya. Saya merujuk mereka kepada akuan bersumpah saya yang pertama dan juga temubual saya di Singapura. Saya juga menerangkan kepada mereka identiti dua anggota polis dan siapa pegawai atasan mereka yang berkait dengan kehilangan Altantuya serta apa hubungan mereka dengan Abdul Razak dan Najib.

"Peguam Perancis juga menyelidiki hubungan Abdul Razak dengan Najib serta maklumat yang diberikan kepada saya oleh Abdul Razak bagaimana Najib telah menghantar SMS kepadanya ketika beliau ditabgkap, atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya," terang Bala dalam emel beliau.

Beliau juga ditanya mengenai Perimekar Sdn Bhd dari segi pemilikan syarikat dan hubungannya dengan Abdul Razak dan isterinya.

Bala juga telah menerangkan mengenai tiga pembayaran sebanyak AS$5,000 setiap satu kepada Altantuya oleh Abdul Razak termasuk bayaran denda lewat AS$1,000.

"Saya jelaskan mengenai apartmen yang dibeli oleh Abdul Razak untuk Altantuya serta bayaran AS$500,000 yang dituntut oleh beliau. Juga saya terangkan pembabitan Altantuya dalam rundingan serta pengakuan dan pengesahan Abdul Razak bahawa beliau akan membayar wang tersebut kepada Altantuya.

"Mereka bertanya kepada saya mengenai identiti dua individu warga Perancis yang terlibat dalam urusan Scorpene dan samada saya mempunyai maklumat berhubung pembayaran daripada pihak Perancis kepada Perimekar. Ini kerana maklumat yang diberitahu Altantuya kepada saya ialah pembayaran AS$500,000 kepada beliau itu adalah di atas kejayaan urus niaga Scorpene.

"Mereka juga ingin tahu mengenai sepupu Altantuya, Amy yang mengetahui berkenaan majlis makan malam di mana Najib dan Abdul Razak hadir bersama Altantuya," jelas beliau lagi.

"Saya juga ditanya mengenai identiti dua individu bernama Major Rahim dan Abdul Rahim Saad," kata Bala lagi.

Disamping itu Bala juga menerangkan mengenai peranan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang berpakat dengan usahawan perniagaan permaidani bernama Deepak Jaikishan yang menyebabkan beliau terpaksa lari dari Malaysia.

Beliau juga memberi rentetan peristiwa dan pembabitan adik Najib, Datuk Nazim dalam akuan bersumpah kedua Bala dan bagaimana beliau diseludup keluar dari Malaysia dan diarah berada di luar negara sehingga Najib menjadi Perdana Menteri.

"Saya diminta memberi butiran mengenai apa yang berlaku di sebuah gerai di Rawang di mana Deepak, adiknya Dinesh dan ASP Suresh bertemu dengan saya.

Bala berkata beliau juga bertemu dengan peguam Perancis, Joseph Breham yang bertindak bagi pihak badan has asasi Malaysia, Suaram. -SK

14 Jul 2010

MB Selangor Cabar Menteri Budak Sekolah Tangkap Pencuri Pasir

MB: TPM subahat jika tak tangkap pencuri pasir

Selangor telah menghantar surat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon kerjasama timbalan perdana menteri itu dalam menangani isu kecurian pasir di negeri itu, kata menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, surat yang sama telah dihantar hari ini kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail serta ketua polis negeri Datuk Khalid Abu Bakar.

"Saya telah hantar surat kepada timbalan perdana menteri untuk jelaskan isu kecurian pasir di Selangor dan jemput beliau dan agensi kerajaan persekutuan untuk perangi jenayah ini.

Tambahnya, turut disertakan dalam surat tersebut ialah laporan polis yang dibuat oleh kerajaan negeri berhubung kegiatan tersebut, serta penjelasan mengenai langkah-langkah yang telah dijalankan Selangor dalam menangani isu berkenaan.

"Saya juga telah sertakan semua maklumat mengenai kegiatan curi pasir yang telah diperolehi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) supaya timbalan perdana menteri dan agensi persekutuan seperti polis dapat membuat tindakan sewajarnya.

"Sebab dalam berita dia kata 'bila kita tahu siapa terlibat, kita akan tangkap.' Jadi sekarang kita telah beri maklumat ini kepada beliau.

"Kalau dia tidak tangkap, dia bersubahat dengan pencuri pasir pula," katanya dalam satu sidang media selepas persidangan DUN Selangor hari ini.

Jelasnya, dalam surat berkenaan juga beliau menjelaskan bahawa usaha yang dijalankan kerajaan negeri itu termasuk menubuhkan satu jawatankuasa khas diketuai setiausah kerajaan negeri.

Satu lagi langkah yang diperkenalkan ialah menawarkan ganjaran kepada orang ramai yang membantu dalam usaha menahan penjenayah berkenaan.

Khalid berkata sistem yang diamalkan Selangor sekarang berjaya meningkatkan hasil pasir daripada RM2.9 juta pada 2007 kepada RM6.3 juta pada 2008.

Katanya, jumlah tersebut semakin meningkat kepada RM5.4 juta pada 2009 dan RM10.3 juta setakat Jun tahun ini.

Menurutnya lagi, sebagai langkah susulan, beliau juga akan mengumumkan senarai individu yang diberikan lesen melombong pasir oleh kerajaan BN sebelum ini.

Jelasnya, walaupun langkah tersebut diketahui tidak akan disenangi beberapa pihak, namun ia perlu dilakukan bagi membolehkan individu tersebut dinilai sama ada mereka layak menerima lesen berkenaan.

Ujarnya, beliau juga berharap pemimpin Umno tidak hanya menimbulkan isu kecurian pasir bagi tujuan politik.

"(Saya) berharap agar dokumen yang diberikan adalah memadai untuk timbalan perdana menteri memberi arahan kepada pihak berkuasa untuk bertindak secara profesional. -mk



Kepil Maklumat Curi Pasir, Khalid Cabar Muhyiddin Selesai Isu Pasir

Kerajaan Selangor sudah menghantar surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menjelaskan isu curi pasir di Selangor serta menjemput beliau dan agensi persekutuan untuk memerangi jenayah ini.

Salinan surat itu dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Khalid berkata, surat yang dihantar ini kepada kedua-dua pemimpin Umno menyatakan penjelasan bahawa kejadian curi pasir ini berlaku secara berleluasa sebelum 2008 ketika Selangor diperintah Barisan Nasional (BN).

"Kerajaan negeri sekarang membuat pelbagai usaha termasuk menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri serta menawarkan ganjaran kepada orang ramai yang menolong menangkap penjenayah terlibat.

"Saya juga menyertakan semua maklumat mengenai kegiatan curi pasir yang telah diperolehi oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) supaya Timbalan Menteri dan agensi persekutuan seperti polis dapat membuat tindakan yang sewajarnya," katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

Khalid berkata, kerajaan negeri berharap, pemimpin – pemimpin Umno tidak hanya mengutarakan isu pasir ini atas dasar politik dan berharap agar dokumen yang diberikan adalah memadai untuk Timbalan Perdana Menteri untuk memberi arahan kepada pihak berkuasa untuk bertindak secara professional.

Katanya, walaupun kerajaan negeri akur pengurusan KSSB boleh diperkemaskan lagi, namun sistem yang ada sekarang telah berjaya meningkatkan hasil pasir daripada RM2.9 juta (2007) kepada RM6.3 juta (2008), RM5.4 juta (2009) dan RM10.3 juta (sebelum cukai setakat Jun 2010). -TVS


Ulasan GB

Ya, GB memanggilnya Menteri Budak Sekolah, menteri yang sebenarnya layak untuk Guru Besar - tidak layak untuk menjawat jawatan menteri apa tah lagi Timbalan Perdana Menteri.

IQnya di antara yang terrendah di kalangan menteri kabinet, mewarisi sebaahagian kelembapan Pak Lah, hanya pandai berretorika dan yang hanya tahu melantunkan semula apa yang Najib pertuturkan - tidak lebih dari itu.

Beliau bersifat ultra-Malay, pengamal perkauman sempit yang menjadi penyokong kuat PERKASA.

Cuba menyerang Pakatan Rakyat disetiap rostrum, sedangkan beliau tidak nampak keadaan diri beliau dan parti beliau sendiri yang telah terlondeh,

TETAPI - benarkah beliau seorang pejuang bangsa sedangkan beliau terlibat menjual tanah Johor kepada Singapura sewaktu beliau menjadi MB Johor?

Walaupun beliau menyatakan bahawa beliau tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura, tetapi beliau didakwa pernah terlibat dalam usahasama dengan syarikat dari negara itu menukar status tanah di Johor untuk memajukannya.
Dakwaan itu terkandung dalam fakta kes saman Stamford Holdings Sdn Bhd ke atas Muhyiddin dan rakan-rakannya.

Alahai Muhyiddin, lebih banya yang terburai nanti....

Penerbitan Suara Keadilan, Harakah Dan Roket Dihentikan Seketika

Pakatan Rakyat Putuskan Henti Semua Terbitan Akhbar Rasmi Parti Sementara Waktu

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memutuskan ketiga-tiga akhbar rasmi parti - Suara Keadilan, Harakah dan The Roket dihentikan terbitannya mulai minggu ini sehingga mendapat keputusan rasmi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Keputusan bersama itu dicapai pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakah di parlimen petang tadi.

"Kita putuskan untuk hentikan penerbitan ketiga-tiga akhbar rasmi dari parti Pakatan Rakyat iaitu Suara Keadilan, Harakah dan Roket.

"Penangguhan ini di ambil sehingga kita mendapat keputusan rasmi dari KDN, Kita akan membuat satu pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi membincangkan masalah permit terhadap ketiga-tiga akhbar tersebut.

"Wakil dari ketiga-tiga parti di dalam Pakatan akan bertemu dan berbincang dengan Hishammuddin bagi mencari penyelesaian yang terbaik.

"Pada perjumpaan tersebut kita akan menjawab setiap persoalan yang ditimbulkan oleh KDN dan berharap tindakan segera ini boleh memyelesaikan kekusutan yang berlaku. Kita akan mengikut kesemua peruntukan yang ditetapkan, kita berharap pertemuan ini dapat disegerakan.

"Kita mahu penyelesaian yang sewajarnya diberikan oleh Menteri terbabit agar menunjukkan negara ini mengamalkan sistem demokrasi serta tidak menekan kebebasan media," jelasnya.

Tambah Anwar lagi pihak parti akan mengkaji semula tindakan yang bakal diambil minggu hadapan setelah penanggguhan penerbitan akhbar tersebut.

Ketika ditanya berkenaan dengan tindakan pihak polis ingin bertemu dengan Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib, Anwar menjelaskan pihaknya tidak mempunyai masalah dan memberi kerjasama yang sepenuhnya.

"Kalau polis nak siasat itu hak dia dan kita akan bagi kerjasama, bagi saya banyak lagi kes jenayah yang belum selesai tetapi polis masih lagi menumpukan kerja mereka menekan Pakatan Rakyat," sambungnya. -SK

Laporan Polis KDN Terhadap Suara Keadilan Karut

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasaiah menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri membuat laporan polis terhadap lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan kerana mendakwa terus diterbitkan walaupun telah tamat tempoh sahlaku permit perbitan 30 Jun lalu sebagai sesuatu yang karut dan palsu.

Laporan itu juga dibuat Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) kerana akhbar 'KEADILAN' didakwa telah menyiarkan sedutan surat KDN bertarikh 2 Julai kepada Suara Keadilan yang tertera perkataan 'SULIT".

"Malam semalam, kita diberitahu KDN telah membuat laporan polis dan telah mengeluarkan kenyataan media mengatakan bahawa kita telah gagal memberi jawapan kepada surat peringatan yang menghendaki kita menjawab pada atau sebelum 12 Julai dan kita telah menjawab melalui surat yang dihantar terus kepada KDN kira-kira 3.30 petang semalam.

"Ini merupakan satu pembohongan kerana kita telah menjawab semua soalan yang diajukan kepada kita. Dan saya ingin tahu, kenapa seorang pegawai kerajaan boleh bekerja hingga 9.30 malam hanya untuk mengeluarkan satu kenyataan media? Takkan tak boleh tunggu hingga pagi ini?" tegas beliau kepada KEADILAN di Parlimen semalam.

Tambah beliau sambil berjenaka, tindakan KDN ini seolah-olah negara dalam keadaan darurat di mana jika tidak keluarkan kenyataan negara akan hancur esok.

"Inilah keadaan sekarang, satu situasi yang sungguh pelik," kata beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Sivarasa menambah, tindakan KDN menggunakan isu OSA pula menunjukkan betapa ke belakang pemikiran KDN dalam menangani masalah dengan akhbar pembangkang.

"Pakatan Rakyat kini sudah sampai ke tahap di mana kita sedang berjuang mempertahankan kebebasan media, dan KDN pula hendak menggunakan OSA, satu akta yang mnghalang aliran maklumat luar.

"Inilah perbezaan kita Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional. Kita sedang maju kehadapan dengan memansuhkan akta yang tidak relevan tetapi mereka mahu pula mempertahankan akta yang jauh kebelakang, yang menindas, dibawa oleh penjajah dahulu.

"Kita dihalang dan KDN cuba mendiamkan kita daripada menyuarakan pendapat dan berita parti kita. Kita sebuah parti yang berdaftar dan pemimpin kita merupakan Ketua Pembangkang, kita ada hak untuk menyuarakan melalui media rasmi parti kita," tegas Sivarasa lagi.

Beliau menegaskan akan membantah surat dan kenyataan yang dikeluarkan oleh KDN, dan akan menjawab apa-apa soalan daripada polis.

"Kita sudah tahu polis ini 'alat' kerajaan Umno-BN yang digunakan sesuka hati mereka, kita juga bersedia untuk itu.

"Kita akan lawan secara politik, jika mereka mahu membawa kita ke mahkamah, kita juga bersedia. Ahkirnya saya hanya ingin katakan, melalui surat sebegini, rakyat boleh tahu ceteknya pemikiran Umno-BN dan membandingkan dengan kita di Pakatan Rakyat," kata beliau.

Beliau juga memberitahu kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor telah bersedia untuk membuka semua maklumat berkenaan kerajaan negeri dan juga pentadbiran lalu agar rakyat dapat melihat dan menilai sendiri kemajuan negeri.

Hanya beberapa perincian berkenaan keselamatan negeri sahaja yang akan disimpan, dan selainnya akan dibuka untuk tatapan rakyat, kata Sivarasa.

Dengan cara ini, tambah beliau, akan dapat memberikan masyarakat secara umumnya perbezaan cara pentadbiran antara kerajaan Umno-BN dan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Kita sedang dalam proses menyediakan satu surat untuk diberikan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan dalam proses mempersiapkan satu rombongan untuk berjumpa beliau dan menyerahkan surat tersebut.

"Kami belum mendapat temujanji, tetapi akan berbuat demikian setelah mendapat temujanji dengan beliau," ujarnya. -SK

Hei Najib, UMNO Tak Hendak, PAS Lagi Tak Ingin!

Najib: Umno tidak perlukan PAS

Datuk Seri Najib Razak berkata Umno mempunyai kekuatan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah sehingga terpaksa bekerjasama dengan PAS.

Perdana Menteri dan Presdien Umno itu berkata PAS harus menghormati Umno sebagai parti yang memperjuangkan Islam, yang merupakan satu daripada teras perjuangan mereka selama ini.

Beliau berkata tiada sesiapa yang harus meragui perjuangan Umno dalam hal tersebut.

“Saya tidak mahu buat apa-apa kenyataan lagi sebab Timbalan Presiden Umno (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telahpun membuat kenyataan. Saya rasa cukuplah dengan kenyataan tersebut.

“Saya cuma nak nyatakan bahawa Umno memang mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan kerana kita ini terlalu lemah, kita terpaksa mencari kawan baru dengan PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan, penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 2009 dan Penganugerahan Pembaharuan Pensijilan 5S Perbendaharaan Malaysia di sini.

Semalam, Muhyiddin menyatakan komitmen serta kesediaan Umno untuk bertemu dan menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini.

Sebelum ini, Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Nor Adam dipetik sebagai berkata bahawa hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu.

Ekoran daripada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Razak Idris mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa khas supaya kerjasama antara Umno dan PAS dapati dicapai.

Mengulas lanjut, Najib berkata sama ada kerjasama antara Umno dan PAS itu menjadi kenyataan atau sebaliknya bergantung kepada perkembangan selanjutnya. — Bernama


Muhyiddin: Umno sedia temu PAS jalin kerjasama

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno sedia berbincang dengan Pas sama ada secara rasmi atau tidak untuk menjalin kerjasama demi perpaduan Melayu seperti disaran beberapa pihak.

Sambil menyambut baik saranan itu Timbalan Perdana Menteri berkata usaha menjalin kerjasama antara kedua-dua parti Islam itu bukan satu perkara baru kerana ia pernah disuarakan sebelum ini tetapi tidak dapat dilaksanakan.

“Soal perpaduan antara Melayu sama Melayu bukanlah satu perkara tidak baik, lebih-lebih lagi dalam situasi pada masa kini yang memerlukan bentuk kerjasama yang lebih konkrit terhadap isu termasuk ekonomi, kebudayaan dan institusi beraja serta mewujudkan perpaduan untuk membantu membangunkan ummah dan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asean 2010 di sini hari ini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata terpulang kepada kepimpinan Pas sama ada bersetuju menjalinkan kerjasama itu atau sebaliknya.

Semalam akhbar memetik anggota Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Lokman Nor Adam sebagai berkata bahawa hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya Pas dan Umno bersatu.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan sesetengah pihak sekiranya kerjasama antara Umno dan Pas terjalin, Muhyiddin berkata mereka tidak perlu takut kerana kerajaan tetap akan menjaga kepentingan semua kaum.

“Masyarakat bukan Islam jangan rasa tergugat kalau ada usaha sebegitu kerana selama ini pun dengan kekuatan perpaduan Islam, maka negera lebih terjamin selamat dan tiada masalah,” katanya.

Muhyiddin juga berkata kerajaan tidak ada halangan untuk membenarkan siapa-siapa saja menubuhkan pertubuhan asalkan ianya untuk kepentingan rakyat dan negara serta tidak mempunyai muslihat tersendiri.

“Sesiapa sahaja boleh tubuhkan... nak kata Chinese Perkasa ke, Malay ke, Indian Perkasa,” katanya mengulas cadangan Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim baru-baru ini yang mencadangkan agar sebuah Perkasa Cina ditubuhkan. – Bernama


Ulasan GB

Muhyiddin kata UMNO bersedia temui PAS. Najib pula kata UMNO tak perlukan PAS, UMNO ada kekuatan sendiri, tambahnya.

Masing-masing bertelagah nak pikat PAS atau pun tidak.

Najib adalah benar bila beliau menyatakan UMNO ada "kekuatan sendiri" - kekuatan apa? Ya, kekuatan menipu, kekuatan berbohong, kekuatan memfitnah, kekuatan menabur janji, kekuatan mengeksploitasi agensi-agensi kerajaan, kekuatan memperkudakan SPR, SPRM, PDRM dan lain-lain.

Hei Najib, pinggan tak retak nasi tak dingin. UMNO tak hendak, PAS lagi tak ingin!

PAS juga ada kekuatan, kekuatan PAS terletak kepada kesetiaan ahlinya terhadap prinsip perjuangan, kepada keimanan terhadap Allah dan RasulNya dan kepada doa yang bakal menghantar UMNO BN ke lembah kehancuran!

Penafian CNN: Maruah Utusan Dan UMNO Terlempar Ke Dalam Tong Najis

Penafian Cable News Network mengundang reaksi Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution berkata penafian CNN ini membongkar strategi jahat Umno-BN yang terdesak mahu membunuh kerjaya politik Anwar Ibrahim.

"Barangkali UMNO-Barisan Nasional terlupa, sepanjang penglibatan Anwar dalam dunia politik beliau telah dilabel dan ditohmah dengan pelbagai gelaran. Semasa beliau sebagai aktivis belia, beliau dituduh sebagai agen Libya- agen Muammar Gaddafi. Kemudian selepas penyingkirannya dari kerajaan, beliau digelar sebagai pengkhianat negara, itu oleh Tun Dr Mahathir. Pengkhianat ini kalau ikut undang-undang negara hukumnya mati. Kemudian beliau dituduh sebagai agen asing, agen Yahudi, perpecah belah perpaduan Melayu, alat tunggangan kepada DAP dan yang terbaru ialah agen CIA," jelas Saifuddin.

Utusan Malaysia pada 9 Julai lalu memuatkan laporan "Anwar didakwa bayar CNN". Laporan berkenaan berkata penulis mendakwa Anwar telah mengupah Cable News Network untuk mewawancara beliau.

Selang beberapa hari kemudian, pada 11 Julai, Utusan sekali lagi mencetuskan kontroversi. Kali ini memetik penulis blog, Elaine Meinel Supkis yang menurut Utusan mendakwa Anwar adalah alat CIA.

Namun ujar Saifuddin, dalam keghairahan menyerang peribadi Anwar, malang bagi UMNO-Barisan Nasional senjata telah memakan tuannya.

"Tidak mungkin satu peribadi itu menjadi agen kepada banyak pihak yang berbeda-beda," kata Saifuddin.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula melahirkan rasa lucu dengan media milikan kerajaan yang sewenang-wenangnya memetik sumber yang tidak diragui kesahihannya.

Walhal baru-baru ini sahaja kerajaan berhasrat untuk menubuhkan jawatankuasa khusus menangani penyebaran berita palsu.

"Utusan Malaysia ketika memainkan isu ini mengambil dari sebuah blog kononnya, yang dijadikan sebab dan alasan untuk mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim. 24 jam bertalu-talu media milik BN melabel Anwar talit-barut CIA," kata Zulkefly.

"Bagaimana pula dengan pendedahan-pendedahan yang dibuat pengendali Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin yang telah lama menyatakan keterlibatan Perdana Menteri dalam kes Altantuya Shaariibuu. Mengapa kerajaan membisu?" tambah beliau.

"Saya kira CNN dan Datuk Seri Anwar perlu menyaman kesemua media-media ini dan peribadi-peribadi yang secara keterlaluan membuat serangan kepada peribadi beliau yang tidak perlu seya sebutkan betapa jelik dan buruknya kecaman-kecaman itu," katanya lagi.

Sementara itu pemimpin lain berpendapat bahawa adanya usaha terancang untuk menyerang keperibadian pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sebelum Pilihanraya Umum ke-13 diadakan.

"Itu menandakan bahawa apa yang berlaku pada hari ini khususnya apa yang berlaku terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang dirancang, sesuatu yang mereka cuba ambil kesempatan di atas apa sahaja isu tanpa mereka mengambil kira kebenaran fakta itu," kata Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusuf Rawa.

"BN yang tidak dapat menafikan mereka membayar APCO RM77 juta, mereka tidak dapat menafikan fakta itu," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub. -TVS


Laporan 'Anwar bayar CNN' palsu

CNN menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat bayaran agar beliau diwawancara oleh stesen televisyen berita angtarabangsa itu, awal bulan ini.

“Berita CNN menerima bayaran daripada seseorang supaya Anwar muncul di 'Connect the World' adalah palsu dan direka-reka,” kata seorang jurucakap CNN yang berpangkalan di Hong Kong di mana ibu pejabat Asia stesen itu beroperasi.

“Adalah membimbangkan kerana tiada usaha dilakukan untuk menghubungi kami dan secara berkecuali mengesahkan dakwaan yang tidak berasas itu sebelum melaporkannya sebagai fakta.”

Akhbar harian Utusan Malaysia pada Jumaat lalu mencetuskan kontroversi dengan laporan 9 Julai yang bertajuk “Anwar didakwa bayar CNN'.

Laporan itu merujuk kepada tulisan presiden Trevino Strategies and Media Inc, Joshua Trevino, yang menulis di portal Amerika - The New Ledger yang Anwar mengupah kenalan medianya, khususnya CNN, bagi menyakin para pelobi Yahudi bahawa beliau bukan anti-Israel.

Trevino mendakwa wawancara CNN menerusi 'Connector of the Day' pada 2 Julai lalu adalah 'jinak' berhubung Anwar disoal berhubung retorik anti-Zionis ketua pembangkang itu.

Berikut laporan itu, beberapa pemimpin tertinggi Umno membidas Anwar yang didakwa 'membayar' untuk diwawancara.

"Jika benar Anwar membiayai temu bualnya dengan CNN itu, ia menunjukkan beliau tunduk kepada Amerika Syarikat dan Yahudi...dia akan lakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri," kata naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehari selepas Utusan menyiarkan laporan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno berkata laporan itu menunjukkan Anwar adalah terdesak. -mk


SPR Sedang melakukan Persempadanan Semula Untuk Kepentingan BN

Persempadanan semula: Strategi Umno-BN untuk menang

KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman mendedahkan kerajaan memasukan pengundi Barisan Nasional (BN) ke kawasan sasaran mereka melalui usaha persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilaksanakan tidak lama lagi.

"Jumlah pengundi yang dimasukkan ke kawasan sasaran bergantung kepada sesuatu kawasan terbabit di mana BN kalah tipis sekitar seribu atau dua ribu di kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

“Sementara pengundi Cina yang tidak menyokong mereka akan di keluarkan dari kawasan itu," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Menurut beliau, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan melaksanakan projek persempadanan semula awal tahun depan. BN mensasarkan mendapat antara 160,000 hingga 500,000 orang pengundi baru untuk PRU akan datang.

"Kerajaan juga memberi taraf pemastautin tetap kepada rakyat asing supaya mengundi mereka. Sebanyak 90 peratus warga Indonesia yang bekerja dalam sektor pembinaan, perladangan dan perkilangan diberi taraf itu," terang beliau.

Beliau berkata, “pengundi baru ini akan didaftarkan di kawasan dewan undangan negeri dan parlimen yang BN kalah tipis dalam PRU lalu. PAS sedang memantau perkara ini dan kita ada cara untuk menanganinya."

Katanya, mengikut perlembagaan SPR, suruhanjaya itu boleh menjalankan kajian persempadanan semula setiap lapan tahun. SPR akan membentangkan kajian ini kepada kerajaan pada Mac tahun depan sebelum dibentangkan di Parlimen untuk diluluskan.

“Saya yakin kerajaan menggunakan kajian persempadanan semula ini untuk memasukkan pengundi baru itu," ujar beliau.

Abdul Halim berkata, "BN mahu merampas kembali majoriti dua pertiga kerusi parlimen dalam PRU akan datang. PAS merasakan PRU akan diadakan hanya apabila BN rasa boleh menang dengan majoriti dua pertiga. -FMT

13 Jul 2010

Inkues Teoh: Porntip Bersetuju Datang Ke Malaysia

Inkues Teoh: Pornthip akhirnya setuju ke M'sia

Pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand akhirnya bersetuju datang ke Malaysia bagi memberi keterangan pada inkues bagi menentukan kematian pegawai khas, exco DAP - Teoh Beng Hock.

Adalah difahamkan bahawa Kementerian Keadilan Thailand telah memberikan lampu hijau kepada kerajaan negeri Selangor bagi membolehkan beliau meneruskan kenyataan berhubung penemuannya.

Malaysiakini difahamkan Pornthip akan datang seawal minggu pertama Ogos ini.

Ketika cuba menghubungi pakar patologi Thailand itu, seorang pembantunya mengesahkan Pornthip akan hadir tetapi enggan mengulas lanjut.

Inkues berkenaan dijadual bersambung semula esok dengan keputusan Mahkamah Koroner sama ada Pornthip dibenarkan memberi kenyataan melalui sidang video.

Pada 11 April lalu, Pornthip memberitahu bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menerima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

Mengulas perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz pada Apri lalu berkata Pornthip berbohong berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan "tekanan politik" untuk menghalangnya daripada memberi keterangan.

"Dia seorang pembohong! dia berbohong dalam inkues dan dia berbohong sekarang," katanya.

Tindakan itu menyebabkan Nazri dirujuk bagi dikenakan tindakan menghina mahkamah tetapi usul mengheretnya itu ditolak pada 21 Mei lalu.

Sehubungan itu juga, kerajaan negeri Selangor membuat persediaan untuk membantu pakar patologi Thailand itu bagi memberi keterangan secara langsung dari Bangkok.

Ahli patologi yang dilantik oleh kerajaan Selangor itu sebelum ini membuat kejutan dan mendakwa dari pemerhatiannya berpendapat lebam di leher Teoh adalah akibat dicekik dan kecederaan di duburnya pula akibat ditembus.

Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh manakala kemungkin pembantu politik DAP membunuh diri adalah hanya 20 peratus.

Sehubungan itu, mahkamah memutuskan bedah siasat kedua dijalankan pada 22 Nov lalu dengan pemerhatian oleh Pornthip manakala Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula melantik Dr Peter Venezis sebagai pemerhati mereka. -mk

Ulasan GB

Satu berita yang baik.

Banyak hal yang perlu didedahkan terutama mengenai kepincangan keterangan-keterangan ahli patologi lantikan SPRM.

Rakyat telah menghidu bahawa ahli patologi tempatan dan ahli patologi luarnegara lantikan SPRM dilihat seperti cuba untuk melakukan satu "cover-up" melalui keterangan-keterangan dan andaian-andaian mereka yang tidak menasabah di dalam inkues Teoh.

Kita akan bdah siasat satu per satu nanti keterangan-keterangan ahli patologi lantikan SPRM. Mereka laksana lembu yang telah tercucuk hidungnya.



Menteri-menteri Kabinet Era Najib Mempunyai IQ Rendah

Rais Dikecam Gagal Selidik Fakta Sebelum Dakwa Anwar Agen Amerika

Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John R Malott mendesak Menteri Penerangan, Komunikasa dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, rakyat Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat kerana membuat tuduhan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen agensi perisikan CIA.

Malott yang menjadi Duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur selama tiga tahun darim 1995 hingga 1998 berkata Anwar bukan dan tidak pernah menjadi agen Amerika.

"Saya tegaskan sekali lagi apa yang saya katakan kepada Menteri Luar ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi pada 1998, " Jika anda mendakwa Anwar adalah agen Amerika, anda juga membuat rumusan, secara salah, bahawa Amerika juga masuk campur dalam hal ehwal politik dalaman Malaysia, dan ini adalah tidak benar.

"Saya pernah menyentuh mengenai perkara ini 10 tahun dahulu ketika saya menulis satu artikel untuk Malaysiakini ('Anwar was never an American spy', Sept 2, 2000) di mana saya menafikan secara khusus bahawa Anwar buka dan tidak pernah menjadi agen kepada Amerika.

"Seperti yang saya tulis dalam artikel tersebut saya memberitahu Abdullah bahawa Anwar bukan agen Amerika. Sekiranya kerajaan Malaysia menangkap Anwar dan mendakwa beliau agen Amerika, kita akan mengeluarkan kenyataan serta merta untuk menafikan sekeras-kerasnya dan akan mencabar kerajaan Malaysia untuk menyediakan bukti.

"Saya juga secara jelas memberitahu Abdullah bahawa kerajaan Malaysia akan dimalukan kerana mereka tidak mampu memberikan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut kerana dakwaan ini hanya khayalan yang tidak wujud sama sekali," kata belas duta itu dalam satu kenyataan beiau hari ini.

Beliau membidas Rais sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai penerangan dan informasi kerana gagal memeriksa fajta yang maklumat yang betul ketika membuat tuduhan yang melulu tersebut.


"Sudah tentunya rakyat mengharapkan beliau melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Dalam keadaan ini Rais sepatutnya memastikan berita yang beliau terima adalah benar tetapi sebaliknya berlaku.

"Rais gagal menyelidik latarbelakang blogger yang tulisan mengenai Anwar dipetik oleh Utusan Malaysia. Malah tidak siapa pernah mendengar blog ini apatah lagi mengatakan ianya 'terkenal'. Saya yakin Rais juga tidak membaca blog tersebut sebelum beliau membuka mulut. Sebaliknya beliau terus percaya dengan laporan Utusan itu," jelas beliau.

Malott menambah sekiranya Rais mengambil masa 15 saat untuk melayari google beliau akan ketahui bahawa blogger yang dilabelkan sebagai 'pakar' oleh Utusan sebenarnya berkata beliau pernah disambar petir sebanyak 10 kali ketika berada di dalam rumah beliau dan menuduh Ratu Elizabeth terlibat dalam sindiket wang haram.

"Blogger ini juga berkata beliau tinggal di atas gunung di New York bersama kuda, kucing, anjing dan ayamnya. Bagaiman orang seperti ini tahu mengenai Malaysia dan siapa sebenarnya agen CIA?

"Sebelum Rais menyebarkan berita palsu daripada orang seperti ini, elok beliau periksa fakta dan elakkan dirinya daripapda mendapat malu. Mengapa Rais tidak buat kerjanya dengan betul dan bersungguh-sungguh?

"Ini bukan sahaja mengenai Rais dan Utusan malah saya amat terkejut kerana masih ada golongan di Malaysia yang terus menerus menyebarkan isu karut ini mengatakan Anwar agen Amerika demi kepentingan agenda politik mereka," tegas beliau lagi.

Malott menyoal sekiranya beliau berbohong mengenai Anwar 10 tahun dahulu mengapa Dr Mahathir yang menguasai Cawangan Khas (Special Branch) selama 22 tahun tidak menafikannya.

"Mengapa tidak seorang pun tampil untuk membuktikan Anwar agen Amerika tujuh tahun selepas persaraan Dr Mahathir? Mengapa mereka tidak mampu membuktikan sehingga hari ini? Mengapa mengambil coretan dblogger yang membebel yang bukan-bukan yang tinggal di atas gunung di New York? Kenapa Anwar tidak ditangkap atas tuduhan pengintipan?

"Kerajaan Malaysia mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Anwar tetapi jika ia membuat dakwaan palsu terhadap Amerika Syarikat khususnya menuduh kita mencapuri urusan dalaman Malaysia, kita akan mendedahkan segala dakwaan palsu itu.

"Malah selepas 12 tahun saya bertemu Abdullah, Malaysia gagal memberikan walaupun sekelumit bukti bahawa Anwar adalah agen Amerika," kata Malott lagi.

Beliau berkata Rais juga wajib memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana dakwaan beliau tersebut dilihat cuba merosakkan usaha beliau untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat

"Mengapa anda (Rais) melemahka usaha Perdana Menteri anda dan mengatakan Amerika Syarikat masuk campur dalam urusan dalaman Malaysia dan menyokong pembangkang?

"Sekiranya Amerika gembira dengan usaha uusaha Najib di mana pula letaknya logik kita menyokong Anwar dan pembangkang?" tanya Malott kepada Rais.



Laporan 'Anwar bayar CNN' palsu

CNN menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat bayaran agar beliau diwawancara oleh stesen televisyen berita angtarabangsa itu, awal bulan ini.

“Berita CNN menerima bayaran daripada seseorang supaya Anwar muncul di 'Connect the World' adalah palsu,” kata seorang jurucakap CNN yang berpangkalan di Hong Kong di mana ibu pejabat Asia stesen itu beroperasi.

“Adalah membimbangkan kerana tiada usaha dilakukan untuk menghubungi kami dan secara berkecuali mengesahkan dakwaan yang tidak berasas itu sebelum melaporkannya sebagai fakta.”

Akhbar harian Utusan Malaysia pada Jumaat lalu mencetuskan kontroversi dengan laporan 9 Julai yang bertajuk “Anwar didakwa bayar CNN'.

Laporan itu merujuk kepada tulisan presiden Trevino Strategies and Media Inc, Joshua Trevino, yang menulis di portal Amerika - The New Ledger yang Anwar mengupah kenalan medianya, khususnya CNN, bagi menyakin para pelobi Yahudi bahawa beliau bukan anti-Israel.

Trevino mendakwa wawancara CNN menerusi 'Connector of the Day' pada 2 Julai lalu adalah 'jinak' berhubung Anwar disoal berhubung retorik anti-Zionis ketua pembangkang itu.

Berikut laporan itu, beberapa pemimpin tertinggi Umno membidas Anwar yang didakwa 'membayar' untuk diwawancara.

"Jika benar Anwar membiayai temu bualnya dengan CNN itu, ia menunjukkan beliau tunduk kepada Amerika Syarikat dan Yahudi...dia akan lakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri," kata naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehari selepas Utusan menyiarkan laporan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno berkata laporan itu menunjukkan Anwar adalah terdesak. -mk


Ulasan GB

Sebenarnya di dalam UMNO khususnya di dalam kabinet Najib, 90% daripada menteri-menterinya berkategori BEBAL dan berIQ rendah.

Samada Muhyddin, Rais, Shafie Apdal, Hishamuddin, Nazri - atau sebutkan sahaja nama-nama menteri kabinet zaman Najib ini - kesemuanya tidak ada integriti, kredibiliti dan ketrampilan untuk menjawat jawatan-jawatan yang disandang mereka.

Mereka adalah terdiri dari yang malas membaca, mereka buta kayu terhadap I.T., mereka naif mengenai globalisasi dan era digitalisme, mereka pandir dalam hal-hal kepengurusan modern dan keantarabangsaan. Apa tah lagi di dalam hal keagamaan, mereka jenis buta huruf terhadap ayat Al-Quran sendiri (kalau tidak percaya, daripada sekalian nama-nama yang disebut di atas, panggil seorang dua untuk untuk diuji mengaji Al-Quran... anda akan saksi kebenaran perkataan saya). Jauh sekali untuk menjawab persoalan hukum-hakam dan perundangan Islam bersandarkan kitab-kitab muktabar.

Usia UMNO sebenarnya sudah sangat hampir ke penghujung jalan. Mereka hanya berpaut di akhbar-akhbar Luncai untuk menggendangkan dongengan yang dipaparkan oleh wartawan-wartawan kelas longkang!

Stadium Sultan Zainal Abdidin Runtuh, Mengapa Tiada Pihak Didakwa?

Kor Ming pertikai kenapa tiada pihak didakwa

Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memohon penjelasan daripada pihak berkenaan berhubung insiden runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu, tidak lama dahulu.

Kor Ming berkata, perkara berkenaan telah berlalu selama hampir setahun setelah pembukaan rasminya pada 10 Mei 2008 sempena penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) di Terengganu, namun sehingga ke hari ini tidak ada satu pun dakwaan yang dibuat terhadap mana-mana pihak berikutan runtuhan stadium yang dianggarkan bernilai RM292 juta itu.

Menurutnya, kejadian runtuhan stadium yang mampu memuatkan 50,000 penonton pada satu-satu masa itu juga telah sedikit sebanyak menjejaskan imej negara di rantau ini.

“Kerajaan tidak pernah mengambil iktibar daripada beberapa siri kejadian projek-projek kerajaan yang menjejaskan imej negara.

“Sebagai contoh, bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur serta Bangunan Parlimen yang mengalami kebocoran di bahagian bumbung, keretakan di Jejantas Kepong dan juga pelbagai masalah lain di bangunan-bangunan sedia ada,” katanya.

Kor Ming berkata demikain bagi mengulas jawapan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor di Parlimen, baru-baru ini.

Katanya, kontraktor utama projek berkenaan juga telah diarahkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan stadium berkenaan kerana ianya masih dalam tempoh jaminan (warranty) ketika kejadian runtuhan tersebut berlaku.

Bagaimanapun, kontraktor berkenaan enggan melaksanakan kerja-kerja tersebut walaupun beberapa surat peringatan telah dikeluarkan kepada mereka (kontraktor).

“Oleh sebab itu, kerajaan terpaksa menawarkan tender baru pada 22 Mac 2010 bagi tujuan pembersihan di situ dan tender itu telah pun ditutup pada 19 April 2010 lalu.

“Difahamkan juga, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), telah menggantung lesen pendaftaran kontraktor utama projek tersebut selain menyenaraihitamkan Ahli Ahli Lembaga Pengarahnya serta Pengarah Sahamnya daripada mengambil bahagian dalam mana-mana tender kerajaan mulai 4 September 2009,” katanya.

Sementara itu, Kor Ming turut mengesyorkan agar semua projek pembinaan awam dipilih menerusi sistem tender terbuka yang telus demi membela kepentingan awam.

Katanya, pemilihan menerusi kaedah berkenaan dilihat dapat membantu mengelakkan kos pembinaan yang melambung tinggi hingga mengakibatkan kerugian besar kepada negara.

“Malaysia mengalami kerugian bernilai RM28 bilion setiap tahun selain menanggung hutang berjumlah RM378.3 bilion, setakat 31 Mac tahun ini.

“Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

Isu Pasir Selangor: Perompak Yang Tuduh Orang Laim Perompak

MB Bidas Dakwaan Pasir Dengkil Dilombong Secara Haram

Menteri Besar Selangor membidas dakwaan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo yang mendakwa pasir bernilai RM220 juta dilombong secara haram di Dengkil.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dakwaan Dr Khir Toyo itu yang dibantu oleh laporan akhbar The Star dan Utusan Malaysia adalah tidak berasas kerana operasi itu diuruskan secara sah oleh syarikat milik kerajaan Selangor, Kuala Semesta Sdn Bhd, yang diberi permit oleh Pejabat Daerah Kuala Langat Januari lalu.

KSSB kemudiannya melantik syarikat Cheong Weng Trading Sdn Bhd untuk melaksakan operasi perlombongan juga pada bulan yang sama.

"Juga saya ingin maklumkan bahawa kawasan lombong itu bukan di Bukit Changgang seperti yang dilaporkan mereka. Ia di Kampung Olak Lempit," kata Khalid dan menambah kawasan perlombongan itu hanya melibatkan 120 ekar tanah, dan bukan 120 hektar seperti yang dilaporkan.

"Operasi fasa pertama melibatkan 60 ekar, manakala fasa kedua akan bermula apabila kawasan yang dikenal pasti untuk perlombongan telah sedia," kata Khalid.

Tan Sri Khalid menjelaskan kelulusan untuk melombong juga diperoleh dari Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Perparitan, Jabatan Galian dan Geosains, Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Urus Air Selangor.

"Firma perunding Enviro Enhance Sdn Bhd bertanggungjawab untuk merangka dan menyerahkan laporan bulanan operasi perlombongan kepada Jabatan Alam Sekitar.

Khalid menolak dakwaan Khir Toyo yang kononnya 10 juta tan pasir mencecah RM220 juta telah dilombong oleh pelombong haram dalam masa sesingkat dua minggu. Beliau berkata adalah mustahil untuk berbuat demikian.

"Sejak mula operasi pada Januari, syarikat berkenaan telah mengalihkan 400,000 tan pasir bernilai RM7 juta. Mustahil kalau kata 10 juta tan dalam masa dua minggu kerana itu memerlukan 500,000 lori untuk mengalihkan pasir sebegitu banyak," jelas Khalid.

Khalid turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri telah mengenalpasti kawasan perlombongan haram di Selangor, dan mengambil langkah yang perlu untuk mengatasi masalah itu.

"Saya dapati terlalu ramai mereka yang terlibat dalam operasi pasir ini bukan saja individu. Ada juga kepimpinan kampung, pegawai kerajaan, pembawa lori, dan rupa-rupanya samseng pun terlibat.

"Barulah saya tahu industri ini ramai peminat. Bila kita kurangkan duit poket ini, terdapat heboh begitu besar, tapi kita mesti selesaikan," katanya ketika menjawab soalan lisan di DUN Selangor hari ini.

12 Jul 2010

Beratus Usul PR Ditolak, Tak Melenting Macam ADUN Kuang

.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN-Kuang Abdul Shukor Idrus hari ini dihalau keluar dari persidangan dewan selepas bertikam lidah dengan Speaker Teng Chang Khim.

Speaker DUN itu mengambil tindakan tersebut mengikut peraturan mesyuarat 44 (2) berikutan Abdul Shukor gagal untuk menghormati persidangan dewan.

"Saya perintahkan mengikut peraturan mesyuarat 44 (2), saya arahkan yang berhormat keluar daripada dewan sekarang," kata Teng setelah memberi peluang kepada Abdul Shukor supaya menghentikan pertanyaan yang tidak mengikut peraturan.

Abdul Shukor ingin mengemukakan soalan berkaitan aktiviti kecurian pasir di negeri Selangor namun disekat oleh Teng berikutan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih lagi dalam perbahasan menjawab persoalan Adun Sungai Burung.

Shukor ketika di temui di luar dewan mempertikaikan keputusan Speaker kerana menolakuntuk membahaskan isu penting kecurian pasir di Selangor.

"Saya mahu bahaskan isu kecurian pasir di negeri ini kerana terlalu banyak perkara yang tidak dimaklumkan oleh kerajaaan negeri terutamanya jumlah keuntungan dan kerugian yang ditanggung.

"Semua pihak ingin tahu dari mulut Tan Sri Khalid sendiri kerana beliau menyatakan banyak keuntungan diterima hasil dari perlombongan pasir," katanya diluar dewan.

Shukor berkata, Menteri Besar gagal memaklumkan secara lebih terperinci malah tidak konsisten mengenai jumlah keuntungan yang diterima.

"Tindakan ini merupakan satu penipuan oleh kerajaan negeri yang menyebabkan rakyat terus tertanya-tanya," ujar beliau.

Beliau mendakwa usul yang ingin dikemukakan itu adalah untuk kepentingan rakyat tetapi ditolak dari dibahas.

Ulasan GB

Baru ditolak usul dah berperangai macam samseng.

Berpuluh malah beratus usul-usul dari wakil rakyat Pakatan Rakyat di DUN dan di Parlimen, tidak pula wakil rakyat PR bertindak sesamseng wakil rakyat UMNO yang seorang ini.

Sekarang UMNO baru merasa panasnya bila wakil rakyatnya kena keluar dari dewan sedangkan speaker-speaker UMNO BN selama ini menghalau wakil rakyat PR mereka tak pernah pula bising-bising.

Hei UMNO, sunnatullah, apa yang anda lakukan kepada orang lain, itulah yang akan akan perolehi semula.

Muhyiddin Dibidas, PR Selangor Tetap Pertahankan Air Percuma

Pakatan Rakyat membidas usaha Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin membela dan mempertahankan kepentingan syarikat konsesi air Syabas.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata tuduhan bahawa pemberian air percuma kepada rakyat menyebabkan Selangor menuju kemuflisan adalah usaha untuk mengalihkan perhatian dari kelemahan pentadbiran BN di negeri ini.

Timbalan Presiden Umno itu dilaporkan berkata Selangor menuju krisis air dalam masa dua tahun sekiranya ia meneruskan skim pemberian air percuma kepada rakyat.

Beliau berkata sikap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang enggan membebankan rakyat dengan tarif air menyebabkan kerajaan negeri menyerap kos kira-kira RM13 juta setiap bulan.

Tony Pua menyanggah mimpi ngeri Muhyiddin ini dan berkata Selangor mampu menampung subsidi air RM120 juta setiap tahun kerana Pakatan Rakyat mampu mengekalkan belanjawan yang sihat dan seimbang hasil dari dasar jimat-cermat serta pembasmian rasuah.

Beliau menambah skim pemberian air ditampung keuntungan yang dijana anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd, dari kepentingan minoritinya di syarikat-syarikat air seperti Splash dan Abass.

"Tan Sri Muhyiddin menyokong dan cuba mempertahankan kroni Umno, Syabas, dan ibu syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd, yang menghadapi masalah kewangan serius, termasuklah bon mencecah RM6 bilion dan hutang ratusan juta ringgit," kata Tony.

"Timbalan Perdana Menteri nampaknya telah salah fakta. Air percuma Selangor ini dibiayai hampir sepenuhnya oleh keuntungan dari kepentingan minoriti di syarikat-syarikat air seperti Splash dan Abass melalui anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd," tambah beliau.

Muhyiddin membidas sikap berhati-hati kerajaan negeri Selangor yang sehingga kini enggan memperkenankan projek mengimport air Pahang, terutamanya penyerahan tanah untuk pembinaan pusat rawatan air Langat 2 bagi projek itu.

Tan Sri Khalid dalam satu pertemuan bersama wakil tenaga-tenaga industri sebelum ini berpendirian bahawa Projek Pemulihan Sungai Klang yang digerakkan Pakatan Rakyat adalah RM38 bilion lebih murah dari projek mengimport air Pahang.

Di Parlimen hari ini, Tony Pua menggesa Muhyiddin untuk menjelaskan mengapa kerajaan BN Selangor sebelum ini memeterai perjanjian penswastaan yang menguntungkan konsesi tetapi membebankan rakyat dengan kenaikan tarif 37 peratus pada 2008, 25 peratus pada 2011, 15 peratus pada 2014 dan 10 peratus setiap tiga tahun bermula 2014. -TVS

Sikap Najib Pertahan Singapura Timbulkan Tandatanya

Tindakan Najib pertahan Singapura timbul syak wasangka

Gesaan Perdana Menteri Najib Tun Razak supaya rakyat Malaysia bersikap terbuka mengenai keputusan beliau membuat pertukaran tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dengan Singapura dan pelaburan di Iskandar Malaysia (IM) menimbulkan kritikan ahli-ahli parlimen pembangkang.

Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar berkata, selagi Najib tidak menjelaskan sebab sebenar disebalik keputusannya menyerahkan tanah KTMB di Tanjung Pagar itu kepada Singapura dan persetujuan dalam rundingan dengan negara pulau itu berhubung pelaburan di IM, "maka akan sentiasa ada syak wasangka."

Beliau berkata, "Najib mahu kita (PAS) dan rakyat mengamal sikap dan pemikiran terbuka mengenai IM sedangkan beliau tidak mendedahkan kepada umum tujuannya bersekongkol dengan Singapura."

"Maka dengan itu, barulah adil apabila rakyat mempersoalkan tindakan beliau. Kenapa beliau begitu prihatian untuk memelihara kepentingan Singapura wilayah IM itu?" soal beliau.

"Jika anda melihat IM, apa jenis keuntungan rakyat boleh nikmati apabila tanah mereka dijual kepada orang asing? Kenapa Najib menggalakkan campur tangan Singapura di IM?" soal beliau lagi.

Firdaus yang juga Ketua Pemuda Jabatan Pilihan Raya PAS berkata, tindakan Najib, seperti kelihatan menjual kedaulatan negara telah menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat, terutama orang-orang Melayu.

Bulan lalu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa keputusan Najib untuk menyerahkan Tanjung Pagar kepada Singapura adalah tidak sah di sisi undang-undang kerana isu ini tidak dibangkitkan di Parlimen dan dibawa kepada pengetahuan Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan sewenang-wenang

Firdaus berkata, berdasarkan tindakan sewenang-wenang pihak kerajaan ini maka tiba masanya rakyat mengenepikan perbezaan fahaman politik masing-masing dan menilai tindakan pemimpin-pemimpin secara rasional.

"Telah tiba masanya kita melupakan perbezaan politik dan mempertahankan kedaulatan negara. Kita tidak boleh membiarkan pemimpin-pemimpin tertentu melakukan pengkhianatan terhadap negara untuk tujuan kepentingan peribadi mereka.

"kita hendaklah bersatu, sama ada kita penyokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, mengingatkan rakyat supaya mengundi untuk perubahan pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Ketika berucap merasmikan konvensyen para perwakilan Bahagian Umno Pulai di Johor Bahru semalam, Najib menggesa rakyat Malaysia bersikap terbuka dalam menilai keputusan kerajaan persekutuan berhubung rundingan dengan Singapura.

Memetik laporan Bernama, Firdaus berkata, "Najib menyatakan jika kita mahu melihat Iskanda Malaysia dan Johor berjaya, maka kita mesti bersikap terbuka kepada semua jenis pelaburan."

Najib juga berkata, "pelaburan di wilayah komersial IM hendaklah bermotifkan keuntungan, tidak kira sama ada pelaburan itu datang dari Amerika Syarikat atau Singapura."

"Apa bezanya di antara pelaburan dari Amerika dan Singapura? Tidak ada beza…..selagi kedua-dua menguntungkan (kepada kita)," kata Najib. -FMT

Isu Felda : Najib Atur Mesyuarat Sulit Di Pejabat - Bekas Timbalan Menteri

Dr Tan : Tidak Gentar Disaman

Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong langsung tidak gusar apabila namanya diumumkan antara tiga lagi individu yang bakal disaman.

Bercakap kepada Tv Selangor, menurut Dr Tan, sekiranya kes sampai ke mahkamah, maka semakin banyak perkara yang akan terbongkar.

"Sila lah. Saya pun sudah cakap banyak bagaimana Najib aturkan satu mesyuarat sulit di pejabat, pada waktu itu sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada masa itu Pengerusi Felda pun tidak tahu, ketua pengarah pun tidak tahu. Kalau betul-betul melalui cara biasa, sesuatu perubahan plan, mesti mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah bukan? ujarnya kepada Tv Selangor.

Semalam, media melaporkan Felda bakal menyaman tiga lagi individu dari Parti Keadilan Rakyat berhubung kes penyiaran artikel dari Suara Keadilan berjudul "Felda Bankrap".

Mereka ialah Dr Tan, Anggota Majlis Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi Biro Felda PKR, Suhaimi Said.

Pada 1 Julai lalu, Felda bertindak menyaman lidah rasmi PKR itu sebanyak RM 200 juta.

Dalam pada itu, Dr Tan terus mempersoalkan tindakan kerajaan melabur ratusan ribu ringgit dengan sebuah syarikat di Amerika Syarikat yang menggelarkan diri mereka pakar bio-diesel seperti yang didedahkannya sebelum ini.

"Apa kepakaran syarikat Amerika Syarikat dalam bio-diesel yang ada yang kita tidak ada?".

"Dari hari pertama sampai sekarang sudah tiga tahun, rugi, rugi, rugi" tambahnya lagi.