13 Jul 2010

Menteri-menteri Kabinet Era Najib Mempunyai IQ Rendah

Rais Dikecam Gagal Selidik Fakta Sebelum Dakwa Anwar Agen Amerika

Bekas Duta Amerika ke Malaysia, John R Malott mendesak Menteri Penerangan, Komunikasa dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, rakyat Malaysia dan pemerintah Amerika Syarikat kerana membuat tuduhan mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai agen agensi perisikan CIA.

Malott yang menjadi Duta Amerika Syarikat di Kuala Lumpur selama tiga tahun darim 1995 hingga 1998 berkata Anwar bukan dan tidak pernah menjadi agen Amerika.

"Saya tegaskan sekali lagi apa yang saya katakan kepada Menteri Luar ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi pada 1998, " Jika anda mendakwa Anwar adalah agen Amerika, anda juga membuat rumusan, secara salah, bahawa Amerika juga masuk campur dalam hal ehwal politik dalaman Malaysia, dan ini adalah tidak benar.

"Saya pernah menyentuh mengenai perkara ini 10 tahun dahulu ketika saya menulis satu artikel untuk Malaysiakini ('Anwar was never an American spy', Sept 2, 2000) di mana saya menafikan secara khusus bahawa Anwar buka dan tidak pernah menjadi agen kepada Amerika.

"Seperti yang saya tulis dalam artikel tersebut saya memberitahu Abdullah bahawa Anwar bukan agen Amerika. Sekiranya kerajaan Malaysia menangkap Anwar dan mendakwa beliau agen Amerika, kita akan mengeluarkan kenyataan serta merta untuk menafikan sekeras-kerasnya dan akan mencabar kerajaan Malaysia untuk menyediakan bukti.

"Saya juga secara jelas memberitahu Abdullah bahawa kerajaan Malaysia akan dimalukan kerana mereka tidak mampu memberikan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut kerana dakwaan ini hanya khayalan yang tidak wujud sama sekali," kata belas duta itu dalam satu kenyataan beiau hari ini.

Beliau membidas Rais sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai penerangan dan informasi kerana gagal memeriksa fajta yang maklumat yang betul ketika membuat tuduhan yang melulu tersebut.


"Sudah tentunya rakyat mengharapkan beliau melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Dalam keadaan ini Rais sepatutnya memastikan berita yang beliau terima adalah benar tetapi sebaliknya berlaku.

"Rais gagal menyelidik latarbelakang blogger yang tulisan mengenai Anwar dipetik oleh Utusan Malaysia. Malah tidak siapa pernah mendengar blog ini apatah lagi mengatakan ianya 'terkenal'. Saya yakin Rais juga tidak membaca blog tersebut sebelum beliau membuka mulut. Sebaliknya beliau terus percaya dengan laporan Utusan itu," jelas beliau.

Malott menambah sekiranya Rais mengambil masa 15 saat untuk melayari google beliau akan ketahui bahawa blogger yang dilabelkan sebagai 'pakar' oleh Utusan sebenarnya berkata beliau pernah disambar petir sebanyak 10 kali ketika berada di dalam rumah beliau dan menuduh Ratu Elizabeth terlibat dalam sindiket wang haram.

"Blogger ini juga berkata beliau tinggal di atas gunung di New York bersama kuda, kucing, anjing dan ayamnya. Bagaiman orang seperti ini tahu mengenai Malaysia dan siapa sebenarnya agen CIA?

"Sebelum Rais menyebarkan berita palsu daripada orang seperti ini, elok beliau periksa fakta dan elakkan dirinya daripapda mendapat malu. Mengapa Rais tidak buat kerjanya dengan betul dan bersungguh-sungguh?

"Ini bukan sahaja mengenai Rais dan Utusan malah saya amat terkejut kerana masih ada golongan di Malaysia yang terus menerus menyebarkan isu karut ini mengatakan Anwar agen Amerika demi kepentingan agenda politik mereka," tegas beliau lagi.

Malott menyoal sekiranya beliau berbohong mengenai Anwar 10 tahun dahulu mengapa Dr Mahathir yang menguasai Cawangan Khas (Special Branch) selama 22 tahun tidak menafikannya.

"Mengapa tidak seorang pun tampil untuk membuktikan Anwar agen Amerika tujuh tahun selepas persaraan Dr Mahathir? Mengapa mereka tidak mampu membuktikan sehingga hari ini? Mengapa mengambil coretan dblogger yang membebel yang bukan-bukan yang tinggal di atas gunung di New York? Kenapa Anwar tidak ditangkap atas tuduhan pengintipan?

"Kerajaan Malaysia mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Anwar tetapi jika ia membuat dakwaan palsu terhadap Amerika Syarikat khususnya menuduh kita mencapuri urusan dalaman Malaysia, kita akan mendedahkan segala dakwaan palsu itu.

"Malah selepas 12 tahun saya bertemu Abdullah, Malaysia gagal memberikan walaupun sekelumit bukti bahawa Anwar adalah agen Amerika," kata Malott lagi.

Beliau berkata Rais juga wajib memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana dakwaan beliau tersebut dilihat cuba merosakkan usaha beliau untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat

"Mengapa anda (Rais) melemahka usaha Perdana Menteri anda dan mengatakan Amerika Syarikat masuk campur dalam urusan dalaman Malaysia dan menyokong pembangkang?

"Sekiranya Amerika gembira dengan usaha uusaha Najib di mana pula letaknya logik kita menyokong Anwar dan pembangkang?" tanya Malott kepada Rais.



Laporan 'Anwar bayar CNN' palsu

CNN menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat bayaran agar beliau diwawancara oleh stesen televisyen berita angtarabangsa itu, awal bulan ini.

“Berita CNN menerima bayaran daripada seseorang supaya Anwar muncul di 'Connect the World' adalah palsu,” kata seorang jurucakap CNN yang berpangkalan di Hong Kong di mana ibu pejabat Asia stesen itu beroperasi.

“Adalah membimbangkan kerana tiada usaha dilakukan untuk menghubungi kami dan secara berkecuali mengesahkan dakwaan yang tidak berasas itu sebelum melaporkannya sebagai fakta.”

Akhbar harian Utusan Malaysia pada Jumaat lalu mencetuskan kontroversi dengan laporan 9 Julai yang bertajuk “Anwar didakwa bayar CNN'.

Laporan itu merujuk kepada tulisan presiden Trevino Strategies and Media Inc, Joshua Trevino, yang menulis di portal Amerika - The New Ledger yang Anwar mengupah kenalan medianya, khususnya CNN, bagi menyakin para pelobi Yahudi bahawa beliau bukan anti-Israel.

Trevino mendakwa wawancara CNN menerusi 'Connector of the Day' pada 2 Julai lalu adalah 'jinak' berhubung Anwar disoal berhubung retorik anti-Zionis ketua pembangkang itu.

Berikut laporan itu, beberapa pemimpin tertinggi Umno membidas Anwar yang didakwa 'membayar' untuk diwawancara.

"Jika benar Anwar membiayai temu bualnya dengan CNN itu, ia menunjukkan beliau tunduk kepada Amerika Syarikat dan Yahudi...dia akan lakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya untuk jadi Perdana Menteri," kata naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehari selepas Utusan menyiarkan laporan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno berkata laporan itu menunjukkan Anwar adalah terdesak. -mk


Ulasan GB

Sebenarnya di dalam UMNO khususnya di dalam kabinet Najib, 90% daripada menteri-menterinya berkategori BEBAL dan berIQ rendah.

Samada Muhyddin, Rais, Shafie Apdal, Hishamuddin, Nazri - atau sebutkan sahaja nama-nama menteri kabinet zaman Najib ini - kesemuanya tidak ada integriti, kredibiliti dan ketrampilan untuk menjawat jawatan-jawatan yang disandang mereka.

Mereka adalah terdiri dari yang malas membaca, mereka buta kayu terhadap I.T., mereka naif mengenai globalisasi dan era digitalisme, mereka pandir dalam hal-hal kepengurusan modern dan keantarabangsaan. Apa tah lagi di dalam hal keagamaan, mereka jenis buta huruf terhadap ayat Al-Quran sendiri (kalau tidak percaya, daripada sekalian nama-nama yang disebut di atas, panggil seorang dua untuk untuk diuji mengaji Al-Quran... anda akan saksi kebenaran perkataan saya). Jauh sekali untuk menjawab persoalan hukum-hakam dan perundangan Islam bersandarkan kitab-kitab muktabar.

Usia UMNO sebenarnya sudah sangat hampir ke penghujung jalan. Mereka hanya berpaut di akhbar-akhbar Luncai untuk menggendangkan dongengan yang dipaparkan oleh wartawan-wartawan kelas longkang!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita jangan salahkan rais,beliau dah tua nyanyuk,ikut hukum taklif orang yang nyanyuk tertanggalah hukum taklifnya,kesian rais bercakap sambil main taik.

agas berkata...

dan yg malangnya ialah kita..rakyat malaysia.

Tanpa Nama berkata...

sebab kabinet agen KGB, boleh tuduh orang agen CIA

Tanpa Nama berkata...

bukan IQ rendah tetapi dah kena ugut macam bala agaknya.

Tanpa Nama berkata...

itulah... sepatutnya sebagai orang islam, kita kenalah banyakkan belajar hukum hakam agama, supaya ada rasa takutkan Allah untok buat fitnah sesama manusia.... KALAU DIBAYANGKAN AZAB NERAKA YANG ALLAH JANJIKAN KEPADA HAMBANYA YANG MELAKUKAN DOSA AMATLAH BERATNYA... INILAH GOLONGAN MANUSIA YANG TIDAK PERCAYA PD ADANYA HARI PEMBALASAN...

Tanpa Nama berkata...

Orang macam Rais,yang punya Doctrate undang-undang pun bangang,apatah lagi yang lain.Hakikatnya,gulungan ini bukan tak ada otak,bukan tak ada ilmu tapi kerana sudah "diternakkan",menjadikan mereka lumpuh berfikir.Tambah lagi dengan kekayaan yang boleh tahan sampai 7 keturunan,otak mereka jadi beku.Dalam keadaan inilah mereka,cakap tak serupa bikin,cakap merapu,yang dah nyanyok pun nak bercakap dan sudah tidak mampu lagi membezakan antara baik dengan buruk.

Rakyat Untuk Rakyat berkata...

Menteri sebenarnya bukanlah bodoh. Tapi kerana nak ambil hati Najib, Rais terpaksa menjadi bodoh mereka-reka cerita donggeng yang Anwar agen CIA Amerika.Jika Anwar agen CIA, bagaimana dengan Najib dan Rais Yatim sendiri yang menyokong APCO sebuah badan yang terang-terang didalangi Zionis Yahudi. Apakah itu tidak menyalahi undang2 sedangkan negara ini tidak ada perhubungan diplomatik dengan Zionis Israel.Rakyat negara ini dihalang membuat kunjungan keNegara itu, tapi kerajaan dan Umno sendiri menjadi tali barut kepada Syarikat dari Yahudi yang terang2 anti kepada negara Islam.

Rais atau Najib boleh menuduh pada Anwar apa saja yang mereka suka, samada Anwar agen CIA ke, atau pun agen Yahudi ke, namun rakyat tetap yakin bahawa Anwar tidak bersalah malah rakyat lebih mengentahui siapa sebenarnya Najib dan Rais. Dalam Umno dan kerajaan semuanya menjadi pak anggup untuk menjaga kepentingan periuk nasi dan pulus walaupon tuduha terhadap Anwar tanpa fakta dan bukti yang kukuh.
Contohnya Jika Najib kata tahit itu baunya wangi, semua menteri2 dan Rais yatim akan cepat2 membuat kenyataan bahawa tahit itu baunya wangi. Begitulah kualitinya menteri2 diNegara ini, meski pun mempunyai ijazah yang bertimbun2 namun dari segi mentalitinya rendah dan bodoh.
Jadilah mereka syaitan bisu dan pak anggup kerana hanya nak menjaga hati najib, jawatan , pulus dan projek. Itulah realitinya pak2 menteri dalam politik Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Seorang veteran UMNO bagi tau masa najib nak lantik barisan kabinet dulu tu nama Rais Yatim tak ada. Najib tak mau Rais jadi menteri sebab dia lebih tua dari Najib payah nak buat kerja. Boleh jadi dia tak mau ikut cakap Najib. Bini Rais pergi bisik dengan Rosmah supaya nama Rais dimasukkan sama. Itulah sebabnya sekarang Rais ampu Najib bersungguh-sungguh.