9 Dis 2009

Pecah Perut Bakal Jadi Kenyataan

Doa Menteri Besar Kelantan yang dijadikan isu oleh UMNO BN nampaknya bakal dimakbul oleh Allah s.w.t. apabila hari ini dengan jelas terpapar sekeping gambar, "lets cheers", Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Mohd Najib Tun Razak bersama-sama Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjiva.

Ianya dipercayai dirakam di dalam majlis Jambatan Persahabatan yang menghubungkan Bukit Bunga yang terletak di Malaysia dan Ban Buketa di selatan Thailand yang menurut Najib membuktikan hubungan persabahatan yang erat antara dua negara sejak 50 tahun lepas.

Perdana Menteri berkata hubungan Malaysia dan Thailand sentiasa menjadi perkara utama kerana kedua-dua negara bukan hanya merupakan jiran terdekat yang berkongsi sempadan, tetapi juga mempunyai aspirasi yang sama.

"Kedua-dua kerajaan telah menunjukkan mereka boleh bekerjasama untuk kepentingan rakyat kedua-dua negara," katanya.

Beliau berkata keputusan kedua-dua kerajaan pada 14 Okt 2004, untuk menandatangani perjanjian bagi membina jambatan itu adalah bukti kepada hubungan baik kedua-dua negara yang telah menghasilkan banyak projek usahasama untuk dilaksanakan bagi kepentingan rakyat yang tinggal di sepanjang sempadan bersama.

Najib berkata demikian ketika bersama-sama Perdana Menteri Thai Abhisit Vejjajiva merasmikan jambatan itu pada majlis menamakan semula jambatan berkenaan sebagai Jambatan Persahabatan.

Di dalam gambar berkenaan, Najib selaku seorang "pemimpin beragama Islam" tidak segan silu untuk melakukan satu majlis cheers, yang ramai meyakini Najib bersama PM Thailand memegang segelas wain setiap seorang, semata-mata untuk membuktikan hubungan persabahatan yang erat antara dua negara .

Ulasan GB

Rasanya betul kot ia wain. Kalau tak betul GB pohon maaf. Namun hati kecil GB masih menyatakan ia sejenis minuman keras, dan umat Islam diharamkan meminumnya.

Dr Mahathir eksploitasi BTN, saya sudah bertaubat - Johari

Sambil menegaskan bahawa Biro Tata Negara (BTN) tidak relevan dalam arus pembangunan semasa, bekas Pengarahya Datuk Johari Abdul berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak wajar menggunakan wang rakyat atas nama biro itu untuk menghentam Pakatan Rakyat.

Kata Johari, sebenarnya tidak ada apa yang silap dengan agensi itu tetapi menegaskan, sukatan BTN perlu dikaji semula kerana ia tidak disalahgunakan oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN.

Bekas ahli Umno itu menambah parti itu mempunyai segala hak untuk menghadapi musuh-musuh politiknya dalam apa jua cara sekalipun.

“Tetapi jangan gunakan wang cukai rakyat untuk tujuan itu. Biar anda biaya sendiri,” katanya.

“Kalau Umno ada jabatan latihan, gunakan wang sendiri, OK tiada masalah. Tetapi jangan menggunakan wang rakyat... hendak kritik pembangkang OK, selagi ia tertakluk dalam undang-undang negara.

“Tetapi yang salah ialah apabila BTN diperuntukkan RM64 juta bagi tahun 2010 (peruntukannya digunakan untuk anjur program kritik pembangkang),” kata beliau pada Forum Adakah Biro Tata Negara Relevan Untuk Perpaduan Negara di sini malam tadi.

Kerajaan telah memperuntukkan RM64 juta di bawah Bajet 2010 untuk BTN. Pembangkang menggesa BTN ditutup.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan sukatan BTN akan dikaji semula ekoran kritikan pelbagai pihak.

Malah Nazri juga mengkritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rasis apabila mempertahankan BTN.

Malah beberapa pemimpin Umno mempertahankan operasi BTN.

Semalam, Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah juga mengakui bahawa beliau pernah menjadi mangsa kecaman dalam kursus BTN selepas keluar Umno akhir 1980-an.

Johari yang kini merupakan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Petani berkata, beliau menyedari tentang penggunaan BTN untuk tujuan politik semasa kepimpinan Dr Mahathir.

“BN menggunakan BTN dengan sepenuhnya untuk melakukan serangan peribadi. Ia menjadi ketara selepas 1998 (apabila Anwar dipecat) digunakan untuk memfitnah Lim Kit Siang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim seolah-olah mereka tidak patut berada di Malaysia,” katanya.

Johari yang mengetuai BTN selama empat tahun sebelum meninggalkannya pada 1990 berkata, beliau akhirnya “bertaubat” dengan apa yang berlaku.

“Saya tahu, tetapi saya sudah bertaubat sekarang,” katanya.

Kata Johari, pada awalnya beliau sedar akan kekurangan-kekurangan yang wujud tetapi tidak boleh berbuat apa-apa disebabkan “pengaruh” Dr Mahathir ketika itu.

Johari memberitahu ketika ditubuhkan pada 1970-an BTN hanya merupakan satu unit di Kementerian Belia dan Sukan, yang dibentuk untuk mengawal gerakan Islam yang menentang kerajaan di pusat-pusat pengajian tinggi khususnya Universiti Malaya.

Ketika itu ia diterajui oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku pegawai kerajaan.

“Dan apabila Abdullah menjadi ahli politik sepenuh masa, badan itu secara rasmi menjadi BTN dan tujuannya adalah untuk meningkatkan keyakinan di kalangan pelajar Melayu dengan memasukkan idea-idea ketuanan Melayu,” kata Johari.

Bagaimanapun apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri, BTN digunakan sepenuhnya untuk tujuan politik Umno-BN.

Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003.

“Salah satu kursus yang diberikan kepada peserta Melayu ialah mempertahankan kerajaan Umno-BN dalam apa jua cara sekali. Jika kerajaan Umno-BN jatuh, orang Melayu disemai fikiran bahawa mereka akan menjadi hamba di negara sendiri,” katanya.

“Dan keadaan menjadi semakin buruk apabila Anwar dipecat oleh Dr Mahathir dan BTN digunakan dengan sepenuhnya untuk mengecam pemimpin-pemimpin pembangkang,” kata beliau lagi. -MI

PAS Tak Layan Cabaran Kartun Nazri

Cabaran Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz supaya Kerajaan PAS Kelantan membawa kes tuntutan royalti minyak ke mahkamah tidak perlu dilayan.

Nazri berkata, membawa isu tuntutan itu ke mahkamah merupakan langkah paling tepat berbanding usaha retorik iaitu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa yang bukan-bukan terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Pusat.

Namun banyak pihak menyelar kenyataan Nazri tersebut dan menganggapnya sebagai satu cara UMNO BN untuk memperbodohkan PAS.

"Semua orang tahu, sekalipun kebenaran nanti berpihak kepada kerajaan Kelantan, Kerajaan Pusat akan berusaha untuk menterbalikkan keputusan itu di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan kerana sistem kehakiman negara masih penuh dengan hakim-hakim yang korup," tegas seorang pemimpin PAS Kawasan.

"Contoh yang paling jelas ialah kes MB Perak di mana Mahkamah Tinggi telah jelas menyatakan datuk Seri Mohd Nizar Jamalauddin adalah MB Perak yang sah tetapi hakim-hakim di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang dikawal oleh peguam negara telah menterbalikkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk memenangkan UMNO BN," tambahnya.

"Ini diikuti dengan kes Kota Seputih, Mahkamah Rayuan telah menterbalikkan keputusan Mahkamah Tinggi apabila SPR dan UMNO merayu supaya menangguhkan keputusan yang diputuskan olh Mahkamah Tinggi yang menetapkan kerusi berkenaan telah kosong sepertimana yang telah diumumkan oleh Speaker Kedah," ujarnya lagi.

Justeru itu, masyarakat melihat institusi kehakiman yang sedia ada kini sebagai institusi yang penuh dengan korupsi dan dimanipulasikan oleh UMNO BN supaya sentiasa berpihak kepada mereka.

Peguam Negara dilihat memainkan peranan utamanya yang menentukan hakim-hakim yang mendengar kes-kes. Dan di dalam satu pendedahan terbuka terdapatnya hakim yang khianat yang membaca keputusan yang telah disediakan oleh peguam yang terlibat di dalam kes yang diadilinya di dalam kes pita video Lingam meletakkan maruah para hakim di negara berada di dalam tong najis.

Ahli-ahli PR dan rakyat Kelantan tetap berdiri teguh di belakang Menteri Besar Kelantan di dalam isu doa sekalipun UMNO BN dan para pemimpinnya tidak menyukainya.

Mahathir Akui UMNO Parti Perkauman

Mantan Perdana Menteri mengakui UMNO adalah sebuah parti perkauman.

Pengakuan itu dibuat tatkala beliau menyerang-balas kenyataan Menteri di jabatan Perdana Menreri, Mohd Nazri Abd Aziz.

“Nazri menuduh saya sebagai rasis, betul kerana saya mempertahankan kursus BTN (Biro Tata Negara) daripada dirombak dan menuduh saya hanya bercakap pasal orang Melayu sahaja tanpa mengambil kira kaum lain.

“Beliau berada dalam parti yang bersifat perkauman tetapi dalam masa sama mengatakan bahawa beliau anti perkauman dan menuduh kursus Biro Tata Negara (BTN) bersifat perkauman,” kata Mahathir.

Pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Ekonomi Malaysia-Indonesia 2009 bertajuk “Peluang dan Cabaran Daripada Perspektif Media dan Perniagaan” semalam, Dr Mahathir berkata, Nazri perlu meninggalkan UMNO bagi membuktikan beliau bukan seorang yang bersifat perkauman.

“UMNO adalah parti yang bersifat perkauman pada asasnya kerana hanya mengambil ahli daripada kaum Melayu.

Saya cadangkan agar beliau keluar UMNO untuk membuktikan yang beliau antiperkauman. Beliau harus sedar kedudukannya dalam parti dan peka dengan kenyataannya yang menyentuh isu perkauman khususnya orang Melayu,” katanya.

Bekas Perdana Menteri berkata, BTN berfungsi dengan baik cuma segelintir yang tidak memahami nilai positif yang boleh dijayakan dalam kursus itu terutama untuk membangunkan negara.

“Setakat pengetahuan saya, tiada kepincangan dalam BTN, malah sebahagian besar modul adalah sesi penerangan mengenai sejarah negara kita. Isu BTN diperbesar-besarkan pembangkang dan menjadikan isu ini sebagai mainan politik semata-mata,” katanya.

Serang-menyerang diantara kedua-dua pemimpin UMNO itu juga telah diberikan sampukan oleh Timmbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berkata adalah agak terlampau untuk melabelkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rasis.

Beliau berkata Dr Mahathir sudah banyak berjasa kepada negara dan masih mampu menyumbangkan idea.

"Jadi hendak menyebut beliau sebagai rasis itu agak terlampau. Dia (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz) kawan saya juga tetapi tidak tahu kenapa perkara itu terkeluar. Dalam situasi politik negara hari ini macam-macam pihak boleh menyalahtafsir," katanya kepada wartawan Malaysia di sini semalam.


8 Dis 2009

Lembaga Disiplin PAS Ikut Arahan Siapa?

Saya telah diminta pandangan untuk membincangkan isu mengenai Lembaga Disiplin Parti Islam SeMalaysia yang mendapat arahan menyelesaikan segera beberapa isu dalaman PAS.

Lembaga Dispilin PAS telah mengadakan persidangan buat pertama kalinya pada 31 Oktober lalu yang dilaporkan memulakan siasatnnya terhadap PAS Selangor.

Lembaga ini mempunyai lima anggota yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Ustadz Tuan Ibrahim Tuan Man. Sementara jawatankuas yang lain terdiri dari peguam, tokoh agama dan anggota veteran PAS.

Lembaga Disiplin dikatakan akan akan membuat cadangan kepada Jawatankuasa PAS Pusat apakah bentuk tindakan yang akan diambil setelah siasatan ke atas isu PAS Selangor itu selesai.

Persoalan kini, Lembaga Disiplin ini dibentuk oleh parti dengan kuasa pihak mana, mendengar dan mendapat arahan dari siapa serta perlu membuat cadangan kepada pihak mana.

Berdasarkan Perlembagaan Parti Islam SeMalaysia, Fasal 7 Ceraian 3(c) yang menerangkan hal Hukum dan Kekuasaan Majlis Syura Ulama berbunyi:

Memelihara, menjaga dan mengawal tatatertib PAS dan melantik ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib PAS seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 75 Perlembagaan ini.

Fasal 75(2)

Sebuah Jawatankuasa Tatatertib hendaklah ditubuhkan di peringkat pusat. Adapun Perhubungan Negeri, Kawasan-kawasan, Cawangan-cawangan dan Dewan-dewan bolehlah melaporkan apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar Tatatertib parti kepada Setiausaha Agung atau Pejabat Agung untuk tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Tatatertib itu.

Pasal 75(3) berbunyi

Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah terdiri dari:
(a) Seorang Pengerusi
(b) Seorang Setiausaha, dan
(c) Tiga Ahli Jawatankuasa.

Fasal 75(4)

"MAJLIS SYURA ULAMAK", menurut kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Fasal 7(3)(c) Perlembagaan ini adalah diberi kuasa melantik semua ahli-ahli Jawatankuasa Tatatertib dari masa ke semasa.

Fasal 75(5)

Kuasa Jawatankuasa Tatatertib itu ialah
(a) Memberi amaran
(b) Melucutkan hak-hak dalam parti
(c) Menggantung keahlian
(d) Memecat dari menjadi ahli

Fasal 75(6)

Seseorang ahli yang tidak berpuashati terhadap sebarang tindakan dan keputusan yang dikenakan ke atasnya oleh Jawatankuasa ini bolehlah membuat rayuan bertulis kepada "MAJLIS SYURA ULAMAK" dalam tempoh tidak lewat daripada enam puloh hari dari tarikh tatatertib itu diambil terhadapnya. Keputusan "MAJLIS SYURA ULAMAK bersabit dengan rayuan itu adalah muktamad.

Fasal 77(7)

"MAJLIS SYURA ULAMA" dalam keadaan tertentu dalah berhak mengambil apa-apa tindakan tatatertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tatatertib ke atas mana-mana ahli PAS yang diadukan kepadanya oleh mana-mana pihak yang tersebut dalam ceraian (2) Fasal ini. Keputusan dan tindakan "MAJLIS SYURA ULAMAK" itu adalah muktamad.

Senario yang ada kini nampaknya tidak memenuhi tuntutan seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan.

Menurut Perlembagaan PAS, hal-ehwal tatatertib(disiplin) adalah di bawah urusan Majlis Syura Ulamak yang diberi kuasa untuk menubuhkan Lembaga Disiplin yang dianggotai lima orang jawatankuasa.

Namun, semenjak isu Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Ali timbul dan selepas mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat bagi membincangkan hal itu, Lembaga Disiplin seperti sudah lari dari peranannya yang sepatutnya menerima arahan dari Majlis Syura Ulamak, bukan dari pihak lain. Ini adalah kerana pembentukannya sepertimana yang ditunjukkan di atas dilakukan oleh Majlis Syura Ulamak. Jika perlantikan Jawatankuasa Disiplin yang ada pada hari ini bukan dari Majlis Syura Ulama, dengan sendirinya Lembaga Disiplin yang ada adalah sebuah jawatankuasa yang haram, batal dan tidak sah.

Justeru itu laporan harakahdaily bertarikh 30 Oktober 2009 bercanggah dengan Perlembagaan parti:


Lembaga Disiplin PAS telah diarahkan bersidang segera bagi menyiasat beberapa dakwaan kepada PAS Selangor.

Arahan ini dibuat oleh mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini. Ia dimaklumkan kepada media oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang medianya kira-kira jam 1.00 pagi 29 Oktober semalam.


Tidak ada arahan sepatutnya boleh dilakukan oleh Presiden atau Jawatankuasa Pusat atau mana-mana pihak ke atas Lembaga Disiplin kerana Lembaga Disiplin adalah bebas dari sebarang tekanan, manipulasi, eksploitasi, arahan atau apa-apa bentuk suruhan dari mana-mana pihak kecuali Majlis Syura Ulamak.

Walau bagaimanapun, Jawatankuasa PAS Pusat boleh mengambil tindakan berdasarkan Fasal 23(7)(g) tanpa melibatkan Lembaga Tatatertib

Menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam parti, dan berkuasa menggantung dan membubarkan serta mengambil alih mana-mana Badan Perhubungan PAS Negeri/Wilayah Persekutuan, Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan dengan melantik satu Jawatankuasa tadbir sementara yang akan mempunyai kuasa sebagaimana sesebuah Jawatankuasa yang diambil menurut Perlembagaan ini untuk tempoh masa yang ditentukan.

Fasal 75 (2) yang menyatakan "apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar Tatatertib parti kepada Setiausaha Agung atau Pejabat Agung untuk tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Tatatertib itu" bukan memberi kuasa Setiausa Agung untuk mengarahkan tetapi adalah tugas Setiausaha Agong memaklumkan kepada Lembaga Disiplin parti.

Dari Perlembagaan PAS, jelas, bahawa Majlis Syura Ulamak yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am adalah kuasa tertinggi di dalam parti yang bertakluk (bukan tertakluk) ke atas Lembaga Disiplin. Lembaga Disiplin PAS perlu mematuhi hal ini.

Kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin yang menyatakan "lembaga ini akan membuat cadangan kepada Jawatankuasa PAS Pusat apakah bentuk tindakan yang akan diambil" adalah tidak betul kerana mengikut perlembagaan, cadangan hendaklah dihantar terus kepada Majlis Syura Ulamak, bukan Jawatankuasa PAS Pusat kerana nantinya sebarang rayuan adalah dilakukan kepada Majlis Syura Ulamak berdasarkan kepada Fasal 75(6).


Usaha Asri Berdakwah Di Pusat Hiburan Boleh Bawa Kesedaran

Hasrat Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk berdakwah dipusat hiburan seperti disko di Selangor mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Shaari Sungib bagaimanapun menyatakan sokongan beliau terhadap tindakan Asri itu dan menyifatkan pendekatan tersebut sebagai cara baru yang diperkenalkan.

Shaari menambah, pendekatan tersebut dilihat mampu memberi keinsafan kepada pengunjung pusat hiburan yang kebanyakannya terdiri daripada pengunjung Islam.

"Itu bagus,maknanya dari segi dakwah ini Rasulullah pun pergi berdakwah macam-macam tempat,” katanya.

Shaari berkata demikian ketika mengulas hasrat Asri untuk turun padang dan berdakwah dipusat-pusat hiburan termasuk disko di Selangor dengan bantuan kumpulan dakwah yang dilatihnya sendiri menerusi program dinamakan ulama turun padang.

Semalam Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menyifatkan hasrat Asri yang mahu berdakwah di pusat hiburan sebagai langkah tidak bersesuaian dengan matlamat dakwah.

Tamyes berpendapat sebagai individu yang menyebarkan ajaran Islam, pendakwah seharusnya menjaga maruah dan imej ketika menyampaikan berdakwah agar tidak dipandang serong masyarakat.

Bagaimanapun Shaari berpendapat usaha yang akan dijalankan Dr Asri itu sebagai satu langkah terbaik dalam membantu dan membimbing golongan muda terutamanya remaja Islam.

"Dakwah itu kreatif, bagi saya, saya tidak ada halangan dakwah itu kreatif asalkan prinsip-prinsip dakwah yang dah termaktub sebagai skop dakwah,pesuluh dakwah itu diperhatikan dengan betul.Dari segi wasilah dia punya skop,dia punya jalan-jalannya itu,kaedah-kaedah perlaksanaan itu berbagai-bagai,” katanya.

Namun katanya, peranan kerajaan sangat diperlukan dalam membetulkan kepincangan kawasan tempat-tempat maksiat sehingga menyebabkan ramai orang Islam terutamanya remaja sewenang-wenangnya berkunjung ketempat tersebut.

“Jadi maknanya menghalang lebih baik daripada mengubati sebelum berlaku orang Islam pergi kepusat-pusat maksiat hingga berbunuh-bunuh, hingga perlu berdakwah disitu maknanya perlu ada proses dan sistem untuk tidak menggalakan program pendidikannya,program berdakwah besar-besaran, program menjelaskanmemujuk orang islam tidak terjebak dengan maksiat,itu lebih penting sebab kita dah ada kerajaan dekat sana,” katanya.-TVS



BTN Hanya Bazirkan Wang Rakyat - Ku Li

Program BTN hanya membazirkan wang rakyat, demikan diberitahu oleh pemimpin Umno yang sangat dihormati, Tengku Razaleigh Hamzah.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang itu mencadangkan program BTN itu dihapuskan kerana ia sudah jauh menyeleweng daripada matlamat asal.

"Saya diserang bertubi-tubi dalam seminar, perbincangan semasa mengikuti BTN. Mereka cakap pelbagai perkara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan Hari Hak Asasi Bangsa-Bangsa Bersatu di Kuala Lumpur, hari ini.

Ku Li menjadi mangsa kempen kotor dan jahat semasa beliau mengetuai barisan pembangkang apabila mengetuai parti Semangat 46 yang mewujudkan Perpaduan Ummah bersama Pas.

BTN, yang dibawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri, menganjurkan kursus berkenaan yang wajib disertai oleh kakitangan kerajaan dan penuntut universiti. Kursus berkenaan mendapat kritikan sama ada daripada pemimpin Pakatan Rakyat mahupun kerajaan.

“Ia sepatutnya ditutup kerana kursus itu hanya menanam kebencian dan menghentam mereka yang menentang kerajaan dengan kempen-kempen beerbau perkauman dan fitnah,” katanya.

Kekecuhan isu BTN ini memuncak apabila, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melarang kakitangannya dan pelajar tajaan mereka daripada menyertai kursus ini bulan lalu. Beberapa hari selepas itu Kerajaan Pulau Pinang pula mengambil langkah sama manakala Kelantan dan Kedah sedang menimbangkannya untuk mengambil keputusan yang sama.

Di kalangan menteri kabinet pula berlaku percanggahan di kalangan mereka terhadap usul merombak modul BTN.

Menteri di JPM, Datuk Seri Nazri Aziz bersetuju ia dirombak kerana modul yang ada boleh memecahbelahkan perpaduan kaum.

Beliau membidas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan panggilan ‘rasis sebenar’ atau bapa rasis kerana tindakan Matahir mempertahankan BTN dengan menyelar kritikan yang dianggapnya keterlaluan.

Sebelum itu, sehari selepas Selangor mengumumkan larangan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan kurikulum program BTN berbau perkauman dan tidak perlu dirombak.

Namun beberapa hari selepas itu, dua kenyataan yang bercanggah di antara sesama mereka dikeluarkan oleh Timbalan Menteri di JPM, Ahmad Maslan yang menyatakan ia tidak dirombak manakala Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin mendakwa cadangan merombak modul dan pendekatan BTN sudah lama dibincang dalam kabinet.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam juga menyifatkan modul BTN sudah ketinggalan zaman. Beliau berharap rombakan kurikulum itu mestilah merangkumi penambahbaikan terhadap pengetahuan dan metodololgi supaya selari dengan keadaan semasa. -FMT

Parlimen Lulus Usul Siasat Setiausaha Politik Najib

Parlimen hari ini meluluskan usul bagi menyiasat Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Shafie Abdullah.

Usul yang diluluskan di bawah Akta Keistimewaan dan Kuasa 1952 membolehkan sebuah jawatankuasa khas dibentuk untuk menyiasat Shafie.

Jawatankuasa itu akan menyiasat dakwaan dibawa Ahli Parlimen Wangsa Maju dari PKR Wee Choo Keong.

Wee mendakwa Shafie telah cuba untuk menakut-nakutkan beliau di lobi bangunan Parlimen selepas beberapa isu berkaitan dengan setiausaha politik itu dibangkatkan semasa perbahasan semalam.

“Selepas perbahasan, saya keluar dari (Dewan Rakyat) dan berbual dengan seorang pegawai dari Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Ketika sedang bercakap seorang lelaki mendampingi saya. Dia kelihatan marah dan bertindak kasar. Dia bertanya mengapa saya membawa nama dia di Parlimen,” kata beliau kepada pemberita pada sidang media.

Wee berkata beliau menyedari lelaki itu sebagai Shafie berdasarkan tag namanya.

Parlimen pernah meluluskan usul sedemikian awal tahun bagi menyiasat kejadian Pengerusi DAP Karpal Singh dikepung oleh sekumpulan pemimpin Pemuda Umno Selangor.

Wee berkata beliau kemudian memberitahu Shafie bahawa menjadi haknya untuk membangkitkan isu-isu berkaitan dengan kepentingan awam.

“Saya mengatakan bahawa ini adalah hak saya sebagai Ahli Parlimen. Anda sebagai setiausaha politik tiada hak dalam hal ini. Saya adalah Ahli Parlimen dan saya mempunyai hak saya,” tambah beliau.

Di Parlimen semalam, Wee mendakwa Shafie mencampuri urusan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan setiausaha politik itu seolah-olah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan “de-facto”.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mempertahankan dakwaan Wee sambil menegaskan, setiap Ahli Parlimen harus “bebas untuk bercakap di Parlimen.”

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab atas urusan Parlimen, saya tidak boleh menghalang seseorang anggota Parlimen daripada membahaskan isu-isu berkaitan meskipun ia melibatkan individu tertentu.

“Jika hendak menyaman mereka, kita boleh berkata ulangi apa yang anda berkata di luar Dewan dan kita boleh menyaman mereka, mereka ada imuniti (di Parlimen) dan anda mesti tahu,” katanya.

Nazri menambah, jika apa yang diperkatakan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju bahawa beliau dihalang oleh setiausaha politik, ia adalah perkara serius.

Kata Nazri banyak perkara diperkatakan tentang beliau di Parlimen tetapi tidak pernah menakut-nakutkan sesiapa daripada membahaskan isu tertentu.

“Saya tidak pernah berbuat demikian tetapi balas mereka balik, tidak marah di Parlimen,” katanya. -MI

Ulsan GB

Apakah dia ini Setiausaha yang dimaksudkan di SINI?

GB masih mengumpulkan maklumat.


Rasuah SPRM : 1 Helai Talileher Berharga RM1,000?

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini mencabar Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan supaya membuat laporan polis sekiranya apa yang didakwa mengenai beliau mendapat projek bernilai RM6 hingga RM7 juta, sebagai palsu.

FreeMalaysiaToday (FMT) yang menghubunginya memberitahu, beliau bersedia membogelkan semua penyelewengan dan salah laku Ahmad Said bukan sahaja dengan projek runding langsung dengan perbendaharaan negara itu tapi apa jua yang membabitkan beliau sehingga integriti SPRM dilihat tersangat kotor dan buruk.

“Saya akan buat sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini untuk memberitahu projek cenderamata yang diperolehinya secara tidak betul,” katanya yang akan mendedahkan semua maklumat mengenai pembabitan Ahmad Said dalam projek berkenaan.

Menurut Manikavasagam, sudahlah projek itu diperolehi melalui runding langsung, harga yang dikenakannya bagi setiap cenderamata ada yang melebihi 150% setiap satu.

“Bolehkah kita percaya harga satu tali leher lebih RM1,000?,” jelasnnya.

Projek membekalkan uniform dan cendermata itu bernilai di antara RM6 hingga RM7 juta dan barang-barang ini disediakan oleh syarikat Kraftangan Mariwasa kepada pelanggan (SPRM) menerusi Bina Yakin Enterprise.

“Salah seorang pegawainya juga adalah pemilik bersama syarikat berkenaan,” katanya yang memberitahu banyak persepsi negatif terhadap projek pembekalan cenderamata itu.


Harapkan Pagar, Pagar pula makan padi beginilah keadaan di Malaysia kini. Jabatan- jabatan penguatkuasa undang-undang bukan sahaja semakin berani memukul arus perubahan kehendak rakyat malah mereka sanggup menggadaikan Intergriti Negara.

Kita harap polis keamanan Negara , tapi mereka pukul suspek sampai mati. Kita harapan Jabatan Penjara pulihan penjenayah tapi mereka dilatih menjadi mahir. Kita harapan Suruhan Jaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) , tapi mereka kejar kes kecil-kecilan. Rasuhan Berbillion ringgit tidak ada sebarang tindakan,sebaliknya hanya -hany kes rasuah ratus ringgit dibawa ke muka pengadilan. Munginkan sebabnya kerana yang patut mengawal Korupsi itu sendi Korup.

Tapi tiba-tiba Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu mengundur diri dengan melantik timbalannya sebagai penganti, kenapa? Mungkinkah dia sendiri menyalah gunakan kuasanya?

Saya difahamkan bahawa :

a. Kementerian kewangan tidak membenarkan pemberian Kontrak dengan secara Rundingan Terus atau Direct Negotiation. Kelonggaran hanya diberi dalam keadaan berikut :
i. Peralatan yang hendak dibeli hanya dibuat oleh syarikat/pengeluar/pembuat berkenaan dan tidak boleh diperolehi di pasaran terbuka “open market” atau “off shelf”
ii. Peralatan yang hendak dibeli dibuat oleh syarikat/pengeluar/pembuat kepada spesifikasi kerajaan yang khusus atau “specific requirement” mengikut keperluaan pengguna
iii. Keperluaan kerahsiaan peralatan tersebut seperti alat komunikasi pasukan elite yang menggunakan frekuensi khas agar tidak berlaku ‘tapping’ atau ‘jamming’
iv. Lain-lainkeadaan yang mengambil kira keperluan kerajaan.
b. Pakaian Seragam Angkatan Tentera Malaysia, Kastam DiRaja Malaysia, Immigresen , BOMBO, JPA, Maritim Malaysia, RELA dan lain-lain diperolehi secara Tender terbuka dan Sebutharga terbuka bagi setiap jenis peralatan yang melengkapkan pakaian seragam. Tidak pernah sehingga kini kita ketahui Badan-Badan beruniform di Malaysia member Kontrak perolehan Keseluruhan peralatan Pakaian Seragam kepada SATU SYARIKAT SECARA ‘HEAD to TOE’. Ini adalah kerana tidak ada satu syarikat di Malaysia yang membuat atau mengeluarkan semua jenis peralatan seragam dan kebanyakan peralatan tersebut boleh diperolehi dari berbagai sumber dan ada yang ‘of the Shelf’.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia telah memberikan Kontrak yang dianggarkan bernilai RM 7.5 juta ringgit melalui rundingan terus serta meluluskan pembelian HEAD TO TOE kepada hanya satu syarikat iaitu Syarikat Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd yang beroperasi di Kuala Kangsar, Perak. Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd adalah pengeluar barangan logam seperti Pewter, Tembaga, Perak dan Emas dan adalah pembuat barangan seerti cenderahati , pingat-pingat dan keperluaan peralatan pakaian seragam yang hanya dibuat dari logam seperti pip, crown, star, collor dot dan lain-lain.

Mariwasa Kraftangan telah memperolehi kontrak pembekalan HEAD TO TOE walaupun mereka tidak mengeluarkan peralatan-peralatan seperti berikut :
a. Topi Peak Lelaki
b. Bawler Hat Wanita
c. Songkok
d. Baju/seluar Istiadat
e. Baju/seluar Mess Kit
f. Baju/Seluar Bush Jacket
g. Baju/Seluar Kerja
h. Tali pinggang Kulit
i. Stokin
j. Tudung
k. Pelbagai jenis kasut
l. Handbag Wanita
m. Tali leher
n. Aggauletter
o. Serta Lain-lain Jenis Pakaian.

Juga di fahamkan Mariwasa Kraftangan telah menggunakan beberapa syarikat lain bagi mendapatkan keperluan-keperluan ini di mana diantaranya adalah bukan pembuat/pengeluar tetapi adalah hanya orang tengah . Diantara syarikat-syarikat yang digunakan adalah seperti BENA YAKIN ENTERPRISE. Diantara barangan yang diperolehi dari syarikat ini adalah seperti:

a. Topi Peak Lelaki
b. Bawler Hat wanita
c. Songkok
d. Berbagai Jenis Kasut
e. Barangan Sulama
f. Aggaulette

Bena Yakin Enterprise adalah sebuah Perniagaan jenis Enterprise dengan hanya nilai modal RM2.00, tetapi memperolehi tempahan bernilai hampir Sejuta Ringgit. Yang lebih menghairankan ialah Mariwasa Kraftangan , pembuat barangan logam juga diberi kontrak JAHITAN PAKAIAN. Syarikat yang menjahit iaitu MAROZ TAILOR berpusat di Kuala Lumpur adalah bertaraf ‘High Class’.

Bagi Peralatan seperti Kasut dan tali Pinggang Kulit, Kementerian Kewangan “Treasury” menghendaki bekalan diperolehi dengan syarikat yang ada ‘Central Contract’ dan bukannya diberi kepada pembuat barangan logam yang kemudiannya perolehi daripada sebuah lagi Perniagaan Enterprise.

Kini, tiba masanya Perdana Menteri menjelaskan kepada Rakyat Malaysia kenapa Ketua Pesuruhjaya SPRM ingin berundur serta :

a) Apakah Dasar sebenar Kementerian Kewangan mengenai perolehan Rundingan terus
b) Mengapakah kesemua perolehan oleh SPRM atau BPR sebelum ini tidak dibuat secara tender atau Sebutharga?
c) Apakan hubugan Isitimewa Mariwasa Kraftangan dengan Ketua Pesuruhjaya MACC /BPR
d) Bagaimankan Kementerian boleh meluluskan perolehan Rundingan Terus terutamanya ‘Head to Toe’ kepada satu syarikat .

Saya juga meminta Perdana Menteri agar dekelasifikasikan Perjanjian atau Kontrak-kontrak pembelian segala peralatan melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut semasa beliau berada di BPR.

Pihak Kerajaan juga tidak seharusnya melindungi Kakitangan Kerajaan yang didapati mengugat Integriti Negara. Sudah tiba masa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia diletakkan dibawah pengawasan Parlimen.
Saya juga akan mencadangkan bahawa suatu Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan –tuduhan rasuah/pecah amanah yang melibatkan pegawai-pegawai tertinggi Kerajaan Malaysia. -mpkapar

Tabung Kebajikan Harakah : Satu Keperluan Mendesak

Kepada Tuan Guru - Penubuhan Tabung Kritikal Harakah
Oleh Alibukhari

Salam Tuan Guru ... Alhamdulillah segala puji bagi Tuhan dan berlimpahan salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.Mohon maaf jika kehadiran surat ini mengganggu ketenangan Tuan Guru. Entah ke mana mahu saya layangkan pemikiran ini. Mungkin, Tuan Guru antara yang sesuai diajak runding bicara. Semoga warkah ini dapat menjadi ladang menabur benih-benih idea yang akhirnya mencambahkan tunas tindakan guna meraih redha Tuhan.

Malam 5 Disember, saya bertemu Ahmad Lutfi Othman di rumahnya. Beliau kelihatan uzur tak seperti selalu. Keuzurannya kali ini ada banyak bezanya.

Saya kerap ke rumahnya berbual-bual tentang isu apa saja, dan tentu saja saya dapat menelaah, mengukur kesakitannya dan menyukat kepedihannya selama ini.

Kali ini, kami tidak berbual panjang, memandangkan dia perlu rehat yang lebih sedikit.


Keuzuran di Sandakan paling azab!

Untuk pengetahuan tuan guru, ketika saya dan Ahmad Lutfi ke Sandakan untuk memberikan bantuan ke atas keluarga bekas tahanan ISA, ketika itulah beliau mengalami kesakitan yang amat sangat.

"Ana ingat dah tak boleh balik dah ni," kata Ahmad Lutfi lagi, "Ingatkan kita tak boleh balik semenanjung dah sebab sakit sangat tadi."

Ada ketika-ketikanya dia akan uzur. Dan, keuzuran di Sandakan, Ramadhan lalu adalah yang paling teruk, menurutnya.

Ketika kami ingin pulang ke semenanjung, kereta seorang aktivis Pas Sabah yang membawa kami terhenti seketika. Ahmad Lutfi muntah di tepi jalan!

Saya mengurut belakangnya perlahan-lahan dan ketika nampak lega sedikit baru kami berkereta semula meneruskan perjalanan.

Ketika hampir berbuka puasa, puan Norlaila Othman yang juga menyaksikan kejadian itu turut bertanya, "Tak nak ceritakah hal Ahmad Lutfi yang sakit ketika bagi bantuan kepada keluarga tahanan ISA di sini?"

Saya mengangguk, memberikan jaminan. "Ya, dah tentu," balas saya ringkas. Tapi, entah bila dapat saya ceritakan hal itu secara lebih rinci, tak tahu juga.

Sebelum tibanya masa berbuka petang itu, saya tiada lain hal lain lagi. Saya mengurut kakinya yang kebas-kebas. Dia memang 'flat' habis atas tilam di rumah Su dan suaminya, ahli jemaah Pas kita di Sabah sana.

Ringankan bebannya

Tuan Guru yang dihormati,

Manusia yang bernama Ahmad Lutfi ini memang keras hati orangnya. Walau ditegah agar tidak bekerja, tapi dia tetaplah teringatkan pejabat, kerja-kerja menyunting yang tidak habis-habis bertimbun di pejabat.

Barangkali, perlu ada semacam satu sistem untuk memudahkannya bekerja, menyunting bahan dari rumah saja. Teknologi hari ini menunjukkan bahawa sudah ada kemudahan seperti itu. Mungkin kita boleh cuba.

"Isnin malam tu, ana dah rasa kurang sihat, sebab tu balik awal," katanya kepada saya baru-baru ini di rumahnya. Kebetulan, Husam Musa tiba di rumahnya. Atas nasihat Husam, maka dibawa ke sebuah pusat perubatan.

"Malam 'deadline' Harakah tu ana dah mula rasa panas badan dan nafas dah mula tersekat-sekat," kata beliau kepada saya lagi. Beliau lebih arif mengenai hal kejadian yang sebenar malam itu. Saya sekadar menulis berdasar ingatan.

Kos sekali rawatan - RM18,000!

Saya terkejut juga apabila sembang-sembang malam itu, dia dedahkan kos rawatannya adalah RM18000! Itu kos rawatan ketika baru selesai membuka SATU saluran darah yang sudah tersumbat.

Jumaat depan masih ada satu lagi rawatan untuk membuka dua lagi saluran darah ke jantung. Entah berapa lagi kos rawatan yang terpaksa ditanggung?

"Nampak darah terpancut, tersembur di skrin masa tu," katanya ketika bercerita mengenai rawatan angioplasty untuk membuang plak yang mengeras dalam pembuluh darahnya. Kata beliau, rawatan itu berlangsung 45 minit saja, tapi mungkin ada prosedur lain yang menyebabkan.

Sebatang alat halus setebal 3mm dimasukkan di pehanya yang telah siap dibius, lalu di skrin, pesakit dalam keadaan sedar boleh melihat bagaimana alat halus itu 'menggaru-garu' plak yang lama mengeras di saluran darah.

Ertinya, Tuan Guru, ini bukanlah pembedahan seperti pintasan jantung yang telah dialami oleh arwah bekas Presiden Ustaz Fadhil Noor. Mungkin rawatan ini agak mahal juga. Paling meresahkan, insuran tidak 'cover' rawatan ini.

Tabung Penyakit Kritikal Harakah

Ahmad Lutfi memegang kepalanya yang masih berdenyut. Dua keping kuih samosat dan air milo menemani bualan kami. Luqman Hakim, anaknya tiba menatang dulang sedang kami rancak berbual-bual pada malam itu.

"Ada apa-apa kat ayah tak untuk dimakan?" kata Ahmad Lutfi kepada anaknya. Melihatkan anaknya tercegat saja, beliau bersuara, "Bawak mai la pisang."

Samusat yang berminyak, garing dan masih panas itu tentunya tidak boleh melawan drama pergolakan darah yang berperang dengan glukosa, gula di tubuhnya. Wajahnya itu masih berkerut memikirkan muatan limpahan derita yang sarat ditanggungnya sejak sekian lama.

Dia benar-benar dalam dilema sekarang. Beberapa minggu lalu, Ahmad Lutfi bercerita mengenai gagasannya, mahu menjadikan Harakah sebagai akhbar berkebajikan. Kalau nak lanjutkan hal ini tuan guru, kena ada 100 halaman. Nantilah dalam surat selanjutnya saya bercerita, insya Allah Ta'ala.

Apabila insurans tidak cover 'diabetes', ini tentunya mengundang masalah baru buat dirinya. Kesengsaraan menyebabkannya menjadi lebih peka dan prihatin terhadap masalah, bebanan kehidupan orang lain.

Ada isu pekerja yang beliau dapat 'fight', dan ada juga yang tak dapat beliau perjuangkan kerana hal-hal teknikal yang merumitkan kerana ada prosedur.

"Sepatutnya, kena ada Tabung Penyakit Kritikal Harakah dan ia bersifat urgent. Dan, tabung ini bukan untuk staf Harakah saja, tapi untuk orang lain sama," katanya.

Luqman tiba dari dapur, lalu memberikan ayahnya buah pisang. Bualan kami terhenti. Dan saya terfikir juga tuan guru, betapa kita telah banyak menyeru ke arah 'Negara Berkebajikan'.

Ahmad Lutfi ingin akhbar ini menjadi 'akhbar berkebajikan'. Tabung Harakah guna meringankan bebanan yang ditanggung keluarga mangsa tahanan ISA itu mewakili cerminan, limpahan manifestasi ke atas faham berkebajikan.

Saya menyeru atas nama 'parti berkebajikan' kita yang mahu dikembangkan dalam wajah 'Negara Berkebajikan' dalam pilihanraya akan datang, agar kita benar-benar mewajahkan ahli-ahli jemaah kita sebagai ahli berkebajikan.

Sabda Rasulullah yang masih tenggelam timbul dalam lipatan ingatan saya, "Iman itu ada 70 cabang. Yang tertinggi, mengucapkan tiada Tuhan selain Allah dan yang paling rendah ialah memungut ranting kayu yang tajam di tepian jalanan."

Sampai tahap begitu sekali pertalian iman dengan faham 'berkebajikan' itu, sehinggakan nabi menyuruh kita menarik ranting kayu tajam di jalanan. Itu adalah contoh kita berkebajikan kepada alam dan manusia.

Hari in, kita saksikan sungai kotor dan kali coklat menjalar ke lautan pekat. Sungai itu akhirnya memberontak marah apabila kita asyik membuang racun sampah di dalamnya. Pemberontakan kali itu hadir di dalam bermacam rupa paras wajah dan gaya.

Bah adalah salah satu cara pemberontakannya. itu di luar batang tubuh kita. Cuba lihat apa yang ada dalam tubuh kita, betapa saliran sungai-sungai urat darah di tubuh kita sendiri telah tercemar oleh racun-racun kolesterol!

Usaha membersih sungai dengan membuang sampah-sarap yang berselirat di dalamnya termasuk menjernihkan asid, alkali yang terapung, tenggelam di dalamnya adalah usaha milik kita semua.

Urat-urat yang mengalir di dalamnya darah merah adalah juga sungai-sungai dalam tubuh badan negara Malaysia yang asalnya jernih.

Kejernihannya itu memukau dan mempesona sehinggakan ia boleh diminum sehinggalah insan biadap kerana dibiadapkan di atas nama tahyul kemajuan dan khurafat pembangunan.

Tuan Guru yang budiman,

Maaf, saya bukan ingin berkhutbah. Saya cuma kesal dengan keadaan sikap liar sesetengah ahli masyarakat yang tidak peduli dan tidak hiraukan taraf kesihatan bumi yang kita duduki ini. Alam kita makin tenat dan bumi nazak.

Sebelum meminta maaf kepada Tuan Guru atas 'khutbah' tiba-tiba ini, saya ingin memajukan rumusan hasil bualan kami berdua baru-baru ini.

Pertamanya, hendaklah Harakah itu dapat mewujudkan Tabung Penyakit Kritikal yang mana wangnya dapat dikeluarkan dengan segera, 'urgent'. Jika dilihat tabung lain ia memerlukan prosedur sedangkan nyawa seseorang kita tidak boleh berkompromi dengannya.

Keduanya, saya harap, kita dapat betul-betul merancakkan wacana, meneliti dan memperhalusi apakah sebenarnya intipati 'Negara Berkebajikan'.

Lalu kita boleh kembangkan konsep akhbar berkebajikan, parti berkebajikan dan apakah itu ahli parti berkebajikan juga!

Barangkali, kita tidak perlu sampai mengadakan EGM untuk membuat bedah siasatan ke atas lidah rasmi parti. Memadai dengan membuat seminar untuk meneliti makna, maksud, faham dan konsep 'berkebajikan' yang kita jaja ke atas umat Malaya Merdeka hari ini.

Malam merangkak lambat-lambat ke barat dan cahaya rembulan diredupkan awan. Secangkir dua, tiga air milo diteguk dan 2 samusa telah ghaib di piring hilang ditelan masuk, dikunyah di mulut, lalu meluncur ke perut.

"Eheerp," saya pun tersendawa. Alhamdulillah ...

"Makan samusa tu syeikh, ana tak boleh makan," katanya. Kasihan, beliau kena menjauhi makanan berminyak. Tapi, kalau dia sihat sikit, dia makan jugak!

Cicak-cicak menyanyi di tembok-tembok dan rembulan berlayar. Saya minta diri dari Ahmad Lutfi memandangkan beliau perlu banyak beristirehat.

Selamat dinihari tuan guru. Nantilah, jika ada kelapangan, mungkin dapatlah kita berbual panjang. Hajat saya mahu menemubual tuan guru sentiasa ada, tersemat jauh dalam lubuk hati saya. Sampai ketemu, insya Allah Taala.

2:41 a.m, 7 Disember 2009

Sekolah Pemikiran Kg Baru

Ulasan GB

Saya merasakan sudah sampai masanya untuk dihentikan segala retorika mengenai negara kebajikan sebelum kita sendiri bangun secara realiti mewujudkan bahawa PAS adalah sebuah jamaah yang banyak bekerja dan bukan banyak bercakap.

Kita perlu bangun menunjukkan teladan. Kita perlu bangun memperkasakan parti di dalam ertikata mendepani untuk membantu mereka yang memerlukan. Apatah lagi kepada mereka yang dikenali sudah mencurahkan kehidupannya untuk jemaah.

Hal sebegini sudah lama GB renungkan. Bermula dengan sejarah GB sendiri yang GB pernah luahkan di dalam artikel Dari Mahazalim Ke Greenboc mengajar GB bahawa bebanan dan kesakitan yang dideritai oleh seseorang ahli kadang-kala lansung tidak mendapat perhatian pimpinan parti sendiri.

Kita sibuk bercakap mengenai negara kebajikan, kita lantang berbicara mengenai negara makmur yang mendapat keampunan Tuhan (baldatun tayyibatun wa-rabbun ghaffur), kita keras menentang negara yang tidak menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan, namun kini kita diuji Tuhan untuk merealisasikan apa yang kita perkatakan di kalangan kita sendiri.

NOTA: Mereka yang ingin memberi sumbangan untuk membiayai kos rawatan Ahmad Lutfi Othman, boleh menyalurkan bantuan melalui akaun Maybank Ahmad Luqman Hakim 162179670906.

7 Dis 2009

Luahan Nik Amalina Undang Kritikan Balas

Penglibatan anak perempuan menteri besar Kelantan dalam pertembungan terbuka antara suaminya dan blog Kickdefella kini mengundang lebih banyak kritikan terhadap kepemimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Blog-blog yang anti-pembangkang mengambil kesempatan daripada isu tersebut dengan mengaitkannya dengan amalan nepotisme, sekali gus cuba menggambarkan kelemahan kepimpinan menteri besar itu.

Blog Ruang Bicara Faisal menyifatkan keluarga Nik Aziz sekarang umpama "cacing kepanasan" sehingga menyebabkan anaknya Nik Amalina, yang tidak pernah bersuara, menghantar luahan rasanya di blog wakil rakyat PAS Dr Siti Mariah Mahmud.

Sebagai reaksi kepada tulisan 'Kesetiaan dan pengorbanan seorang isteri' hujung bulan lalu, blog itu berkata tulisan Nik Amalina menimbulkan rasa pelik kerana seolah-olah ahli keluarga Nik Abdul Aziz "kehilangan sesuatu yang berharga" apabila suaminya Abdul Ariffahmi Ab Rahman tidak lagi menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

"Walaupun meloyakan, tetapi saya tetap berterima kasih kepada Nik Amalina dan juga Dr Mariah kerana mencelarukan lagi keadaan PAS serta memudahkan kerja kami (menyerang parti itu)," coret penulisnya dalam artikel 'Keluarga Nik Aziz dah jadi cacing kepanasan'.

Sementara blog Masterdedah pula menyifatkan penulis Kickdefella Syed Azidi Syed Abdul Aziz – musuh Abdul Ariffahmi – sebagai "petugas bawah tanah" kepada exco kanan Kelantan, Datuk Husam Musa yang didakwa berdiam diri kerana tidak mahu dilihat anti-keluarga Nik Aziz.

"Petugas underground (bawah tanah) ini tidak difahami tugasnya oleh (Abdul) Ariffahmi. Inilah jadinya kalau seorang yang ditugaskan untuk gerak saraf berpaling tadah.

"Tentulah ini tidak akan difahami oleh Nik Amalina yang hanya tahu sebagai isteri Ariffahmi," coretnya.

Blog Warisan 2057 pula mengkritik Nik Amalina yang dikatakan gagal memahami isu nepostisme yang melibatkan ahli keluarganya.

"Dengan sebab itu Nik Amalina gagal mengupas isu tersebut melainkan bermain retorik (dan) melayan emosinya sahaja.

"Untuk menyedapkan permainannya, dia mengait-ngaitkan dengan ajaran Islam. Macam orang lain tidak mengaji," kata penulisnya, yang memperkenalkan diri sebagai Proharakah.

Blog itu juga mendakwa, luahan perasaan Nik Amalina itu dengan sendirinya "memberi pengakuan, tanpa keraguan yang munasabah" bahawa Nik Abdul Aziz "dengan sengaja, bersungguh-sungguh mengamalkan kronisme" dengan melantik Abdul Ariffahmi.

Ia membuat andaian itu berdasarkan tulisan Nik Amalina yang menyebut, pelantikan suaminya disokong bapanya Nik Abdul Aziz selepas perkara itu disuarakan sebanyak empat kali.

"Jadi kesimpulan akhirnya saya tidak nampak langsung hujah Nik Amalina yang dapat kita kaitkan dengan peranan keluarga ustaz ini (Nik Abdul Aziz) untuk agama, bangsa dan tanahair.

"Semata-mata berkisar pada kepentingan keluarga sahaja," kata penulisnya.

Sementara dalam blog yang tidak jelas pendirian politiknya Dunia Cacamarba, penulis Tayadih Maysia menyarankan Abdul Ariffahmi menyaman Syed Azidi bagi membersihkan diri dan nama bapa mertuanya.

"Orang ramai tertanya-tanya dan berasa agak pelik kerana sehingga kini masih belum kedengaran Tuan Sheikh (Syed Azidi) disaman oleh tuan badan yang dikatakan difitnah oleh Tuan Sheikh," katanya.

Syed Azidi turut dikenali sebagai Sheikh di kalangan teman-teman rapatnya.

Dalam artikel 'Saman sahajalah Tuan Sheikh itu', Tayadih Maysia hanya menyindir Nik Amalina dengan berkata:

"Banyak bercakap memberikan peluang kepada orang ramai menilai keperibadian dan perwatakan anda sebagai orang yang baik-baik."

Blog Kelab Greenboc pula berkata, Dr Mariah yang menyiarkan luahan perasaan Nik Amalina itu sepatutnya menasihatinya supaya mengadu kepada Nik Aziz sendiri daripada membiarkan anaknya itu "merapu-merapu".

"Sepatutnya YB Dr (Mariah) perlu menasihatinya bahawa ayahanda Nik Amalina sendirilah sepatutnya tempat mengadu.

"Ayahandanya seorang ulama disegani..., apa perlu Nik Amalina mengadu kepada orang lain tetapi membelakangkan ayahandanya sendiri?" coretnya semalam.

Blog itu turut mendakwa, Syed Azidi sebagai "orang yang dimusuhi" suami wanita itu, telah membawa bukti berhubung "gelagat dan perangai" Abdul Ariffahmi.

Abdul Ariffahmi dan Dr Siti Mariah ketika dihubungi Malaysiakini hari ini enggan mengulas berhubung artikel Nik Amalina dan juga penjelasan ahli parlimen PAS itu di blog tersebut. -malaysiakini

Bukan Soal Berapa Lama, Tetapi Bagaimana? - Aziz Bari

Demonstrasi oleh para penyokong UMNO dan Barisan Nasional di Kelantan dan Pulau Pinang minggu lalu saya fikir menarik untuk dibicarakan. Dari sudut perlembagaan ada beberapa sisi yang boleh diperkatakan. Yang pertama ialah soal hak bercakap dan berkumpul secara aman yang dijamin oleh Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan. Semua warganegara berhak untuk berbuat demikian

Tetapi dalam konteks negara ini perlembagaan membuat peruntukan yang membolehkan Parlimen membuat undang-undang untuk membatas atau menyekat hak-hak tersebut. Atas asas inilah kita ada peruntukan yang memberi kuasa kepada pihak polis di bawah Akta Polis 1967 untuk mengawal selia, termasuk tidak membenarkan perhimpunan awam.

Dalam kedua-dua insiden itu pasukan polis dikecam kerana mengambil sikap tidak kisah; yang jelas berbeza dengan garang yang mereka tunjukkan dalam demonstrasi yang dianjurkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Kecaman itu, pada saya, wajar dan patut diizinkan dalam negara demokrasi seperti Malaysia. Umumnya saya berpendapat bahawa Perlembagaan dan undang-undang perlu selaras dengan demokrasi dan atas dasar ini saya fikir polis masih belum begitu berjaya meyakinkan rakyat tentang integriti dan keadilan mereka. Bandingkan sahaja cara polis bertindak memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim berhenti berucap di Johor beberapa minggu yang lalu.

Sisi lain yang saya hendak sentuh ialah perkara yang hendak ditangani oleh kedua-dua demonstrasi itu. Di Pulau Pinang para penyokong Barisan mendakwa bahawa mereka turun ke jalan kerana Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng gagal melaksanakan janji-janji mereka. Di Kelantan pula para penyokong UMNO itu mahu Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan.

Dari sudut Perlembagaan demonstrasi bukanlah cara yang betul untuk meminta Lim Guan Eng atau Nik Aziz meletakkan jawatan. Cara yang disediakan oleh Perlembagaan ialah melalui undi tidak percaya di dalam dewan. Dengan kata lain kalau UMNO benar-benar komited dengan Perlembagaan dan mempunyai sokongan yang diperlukan mereka perlu menggunakan cara itu. Menjerit-jerit dan membakar gambar di jalan raya bukan caranya.

Saya fikir polis boleh memaksa penyokong Barisan bersurai kerana dalam Perlembagaan jelas ada cara yang lebih betul untuk melaksanakan kehendak mereka. Sebab itu saya katakan di atas tadi polis gagal melaksanakan tugas mereka. Apalagi setelah mereka menafikan hak Anwar untuk berucap di Johor itu. Apakah di Pulau Pinang dan Kelantan tidak timbul soal kesesakan lalu lintas atau mengganggu ketenteraman awam sebagaimana yang mereka jadikan alasan di Johor dan beberapa demonstrasi Pakatan yang lain?

Selain itu saya tidak fikir penyokong Barisan di Pulau Pinang itu mengundi parti-parti Pakatan dalam Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Jadi apa hak mereka untuk mengatakan bahawa kerajaan pimpinan Lim Guan Eng gagal mengotakan janjinya. Saya fikir yang lebih layak untuk menuntut itu semua ialah mereka yang mengundi Pakatan.

Isu-isu di atas sememangnya komplikated dan sepatutnya diselesaikan oleh mahkamah. Tetapi dalam keadaan yang ada sekarang tidak banyak yang boleh kita harapkan dari hakim-hakim kita. Malah sekitar 15 tahun yang lalu seorang hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa hak di bawah Perlembagaan itu boleh disekat oleh apa sahaja undang-undang yang dibuat oleh Parlimen! Hakim ini jelas tidak faham Perlembagaan; khususnya prinsip ketertinggian Perlembagaan dan peranan polis dalam negara demokrasi.

Hak bersuara dan berbeza pendapat ini memang mengelirukan jika kita tidak faham kerangka Perlembagaan. Ini pernah ditimbulkan oleh mereka yang menyokong gelagat Datuk Dr Hassan Ali di Selangor. Saya katakan pada mereka yang Hassan tidak boleh menggunakan hak di bawah Perkara 10(1) kerana beliau adalah anggota pentadbiran. Ada peruntukan lain yang mengatasi peruntukan umum itu; yakni Perkara 43(3) yang menuntut beliau patuh kepada prinsip tanggungjawab bersama sebagai anggota Kabinet. Kalau Hassan hendak menggunakan hak di bawah Perkara 10(1) tadi maka perlulah beliau meletakkan jawatan Exconya.

Tentang Nik Aziz pula media UMNO begitu gemar menyebut betapa beliau terlalu lama memegang jawatan. Soalnya apakah tempoh yang baru masuk tahun ke 20 itu lebih lama dari Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun? Atau Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang menduduki kerusi menteri besar di Terengganu sebelum tersungkur dalam Pilihan Raya Umum 1999. Di Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah memegang jawatan Ketua Menteri selama 28 tahun.

Pada faham saya apa yang penting, kalau kita melihat isu ini dari sudut Perlembagaan dan demokrasi ialah cara bagaimana seseorang itu mendapat dan memegang jawatan. Bukan soal berapa lama seseorang itu memegang jawatan berkenaan. Minggu lalu, di Singapura, seorang bekas wartawan membuat dakwaan yang mengejutkan tentang jumlah wang yang lesap dalam tempoh 1981-2003. Sehingga ini orang yang selalunya cukup pantas membuat reaksi itu masih menikus. Kita juga sering mendengar betapa tempoh itu dikaitkan dengan pengembirian begitu banyak institusi awam dan pelanggaran hak asasi di negara ini. Bagi mereka yang prihatin dengan demokrasi tempoh 22 tahun itu dilihat sinonim dengan zaman gelap.

Pada saya itu menunjukkan bahawa apa yang lebih penting ialah bagaimana sesuatu jawatan itu dimenangi dan bagaimana kuasa yang dikaitkan dengan jawatan itu digunakan. Bukan soal berapa lama. Kita boleh pegang jawatan itu selama yang mungkin asalkan caranya demokratik. Tetapi memanglah bahawa logiknya sukar untuk mengekalkan jawatan kerana cabarannya banyak dan kuat pula. Sebab itu bekas Perdana Menteri Britain Harold Wilson (1964-1970 dan 1974-1976) pernah berkata bahawa seminggu dalam politik sudah cukup lama. Pengucapan itu tentunya perlu dilihat dalam konteks demokrasi mereka yang begitu terbuka, telus dan tidak ada cara untuk membawa lari tiang gol seperti di sini!

Presiden Amerika Syarikat, Frank D Roosevelt memegang jawatan itu selama empat penggal (1933-1945). Tetapi zaman kepresidenannya ditandai oleh sokongan dan pengaruh yang kuat. Beliau berada di situ atas dasar demokrasi yang kalau dibandingkan dengan Malaysia atau negara-negara primitif lain jauh bezanya. Memang selepas beliau Perlembagaan Amerika Syarikat dipinda dan seorang hanya boleh memegang jawatan presiden selema dua penggal berturut-turut. Tetapi itu dilakukan secara terbuka dan demokratik. Dengan kata lain itu adalah kehendak rakyat.

Para penyokong Barisan yang turut ke jalanan itu sepatutnya ingat hakikat itu. Mereka perlu buktikan bahawa Lim Guan Eng dan Nik Aziz sudah kehilangan sokongan. Tetapi ia perlu dilakukan di dalam dewan. Bukan di luar. Ketua Polis Kelantan dan Pulau Pinang pun kena tahu hakikat ini. Undang-undang ini terpakai kepada kedua-dua pihak, Barisan dan Pakatan. -Prof Abdul Aziz Bari

Tragedi KBMALL : 2 Maut 2 Parah

Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Bharu disahkan maut manakala seorang parah dan seorang lagi cedera ringan dihempap sebuah kereta yang terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall dalam peristiwa semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, mangsa yang maut itu dikenali sebagai Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, manakala mangsa yang cedera parah ialah Rashidah Ahmad Latfi, 24, juga pelajar kolej yang sama.

Pemandu kereta terbabit, Nor Ain Said, 19, hanya mengalami cedera ringan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang apabila sebuah kereta jenis Ford Laser TX3 yang dipandu Nor Ain dikatakan rosak di Tingkat 3 parkir itu.

“Kereta itu kemudian ditolak sebelum ianya tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh dinding lubang angin pasar raya tersebut sebelum terjunam ke tingkat bawah berhampiran eskalator,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, Siti Nor Amira yang berasal dari Felda Chiku Tujuh, Gua Musang mati di tempat kejadian, manakala Siti Nor Diana dari Kampung Menjual Chabang Empat, Tumpat meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Katanya, Rashidah yang berasal dari Kampung Pancor, Jerteh, Terengganu dan Nor Ain dari Kampung Chekeli, Dewan Beta, Nilam Puri di sini pula kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Zahruddin berkata, ketika kejadian ketiga-tiga mangsa berada di tingkat bawah pasar raya tersebut dan tiba-tiba dihempap kenderaan terbabit.

Menurutnya, kenderaan itu dikatakan rosak ketika diletakkan parkir di tingkat atas sekali itu sebelum Nor Ain bersama adiknya Nurul Afika, 17, dan seorang lagi rakan lelaki yang dikenali sebagai Sabri, 27, dari Besut, Terengganu mengambil keputusan untuk menolak kereta berkenaan.

Nor Ain bersama adiknya itu berada dalam kereta manakala Sabri dipercayai menolak kereta terbabit sebelum ia hilang kawalan dan berlaku kejadian malang itu,” katanya.

Beliau berkata, Nurul Afika bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu dan dilaporkan pulang ke rumah kerana ketakutan dan Sabri pula menghilangkan diri sejurus kejadian.

“Polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan akan menyiasat secara terperinci kejadian tersebut,” katanya.

Saksi kejadian, Johan Salleh, 47, berkata, ketika kejadian dia berada hampir pada tempat kejadian dan sempat melihat kereta itu terjunam lalu menghempap mangsa.

“Saya sempat menarik anak lelaki saya dan sehingga sekarang masih lagi terkejut dengan kejadian tidak disangka itu,” katanya.

Seorang lagi pengusaha premis pakaian yang hanya dikenali sebagai Lina, 40-an berkata, ketika kejadian beliau hanya mendengar dentuman kuat sebelum melihat orang ramai menjerit dan berlari keluar dari pasar raya itu.

“Saya ingatkan bangunan runtuh rupanya saya menyaksikan sebuah kereta terbang lalu terjunam dan keadaan sangat menakutkan,” katanya.

Zahruddin berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta tersebut dipercayai didaftarkan di atas nama seorang wanita iaitu, Lenolera Sandi Mohd Taib, 19, yang berasal dari Kampung Kayu Kelat, Kuala Besut.

Operasi menyelamat turut disertai oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Kota Bharu dan Darul Naim yang diketuai oleh Abdul Ghani Mamat.

Turut serta pada operasi itu ialah Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Shahrin Yusma Mat Yusof dengan dibantu oleh 15 anggota dan dua jentera.

Pasar raya yang terkenal dan terbesar di Kelantan itu kemudiannya ditutup kepada orang ramai. -

BERITA : SinarHarian
GRAFIK : Kosmo


Tembok lemah punca kereta terjunam: Polis

KOTA BAHARU, 7 Dis (Bernama) -- Struktur tembok bangunan penghadang kenderaan di tempat letak kereta tingkat tiga bangunan pasaraya KB Mall yang tidak kukuh dipercayai punca kepada kereta yang dipandu seorang wanita terjunam ke dalam bangunan itu Ahad.

Ketua Polis Kelantan SAC1 Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sekiranya tembok setinggi 1.8 meter itu dibina dengan bata dengan terdapat tetulang besi di dalam, mustahil boleh runtuh sebagaimana berlaku semalam.

"Dinding itu dibina dengan bata setinggi 1.8 meter dan tidak terdapat besi di dalam bagi menguatkan dinding itu daripada mudah runtuh," katanya kepada pemberita pada majlis Berkhatan Beramai-ramai anak warga PDRM, Kontinjen Kelantan di sini, Isnin.

Pada kejadian pukul 5 petang Ahad, dua pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, terbunuh dihempap kereta terbabit ketika berada di atas tangga bergerak pasar raya itu.

Dua mangsa yang cedera parah ialah Rashidah Ahmad Lutfi, 24, juga pelajar kolej yang sama dan pemandu kereta terbabit, Nor Ain Said, 19, kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Beliau berkata kejadian dikatakan berlaku apabila pemandu kereta terbabit tidak dapat mengawal kenderaan yang ditolak oleh seorang lelaki bagi menghidupkan enjin.

Abdul Rahim berkata siasatan awal mendapati tembok penghadang ke bangunan itu dibina dengan bata sahaja, tidak menggunakan konkrit tetulang sebagaimana lazim dilakukan ke atas bangunan-bangunan konkrit.

Katanya siasatan dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara dan denda kerana dikatakan gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kematian.

Beliau juga meminta seorang lelaki yang dipercayai rakan kepada pemandu kereta itu yang menghilangkan diri tampil membantu polis menyiasat kes terbabit di mana-mana balai polis berdekatan.

"Kita percaya lelaki itu boleh membantu siasatan kerana dia berada bersama-sama bersama pemandu wanita dan adik wanita itu yang selamat," katanya.

-- BERNAMA


Ulasan GB

GB telah mengulasnya di SINI.

Bacalah dengan menggunakan mata-hati.

Jika benar laporan Bernama menytakan tembok penghadang lemah, Kerajaan Negeri Kelantan perlu pastikan "tembok penghadang" kerajaan PAS negeri Kelantan diperkukuhkan.

Piala Monsun: Terengganu Bazirkan RM2.4 bilion

Piala Monsun: Terengganu bazir RM2.4 bilion
Oleh Faradiza

Kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said membazir sebanyak RM2.4 bilion wang rakyat dengan menganjurkan Piala Monsun yang sedang berlangsung ketika ini.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat, Rosli Abdullah mendedahkan bahawa dengan perbelanjaan sebanyak RM300 juta setahun maka jumlah untuk tempuh lapan tahun kontrak penganjuran bermakna RM2.4 bilion yang dipercayai wang ehsan hasil petrol, hangus.

Beliau berkata, "dengan jumlah tersebut kerajaan negeri boleh membina 80,000 unit rumah kos rendah dengan harga RM30,000 sebuah untuk rakyat Terengganu.

"Dengan jumlah wang itu juga, kerajaan negeri boleh memberi biasiswa kepada anak-anak Terengganu sebanyak RM50,000 setiap seorang untuk 48,000 pelajar," tambah beliau.

Menurut Rosli, penganjuran Piala Monsun ini adalah bertujuan untuk mengagih-agihkan projek kepada ahli-ahli Umno-Barisan Nasional (BN) menerusi sebuah syarikat kroni T-Best Events yang dibentuk oleh kerajaan negeri.

Tugas syarikat kroni ini ialah untuk mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan mengagih-agihkan kerja-kerja kepada kontraktor dan sub-kontraktor bagi mengaut keuntungan, cetusan dari peruntukan RM300 juta setiap tahun itu.

"Inilah bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh Umno-BN dan kita tidak menolak kemungkinan terdapat unsur-unsur rasuah yang sudah menjadi darah daging Umno-BN yang semakin hari semakin parah," ujar beliau.

Katanya, para peserta perahu layar pada pertandingan Piala Monsun pula terdiri dari para peserta luar negara dan sedikit pun tidak menguntungkan rakyat tempatan.

Rosli berkata, kerajaan negeri Terengganu hendaklah mencontohi negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat membantu warga emas sebanyak RM2,000 seorang apabila ditimpa musibah, sebanyak RM2,500 untuk ibu tunggal dan memastikan setiap keluarga memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM400 sebulan.

Beliau menyeru kerajaan negeri supaya memperpanjangkan bantuan komputer riba bernilai RM1,500 sebuah yang disediakan kepada kanak-kanak sekolah rendah tahun lima pada ketika ini, kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah.

"Terengganu yang kaya dengan hasil minyak dan dibiarkan rakyatnya hidup dalam kemiskinan merupakan satu agenda politik kotor supaya rakyatnya terus bergantung hidup kepada Umno-BN," tegas beliau.

Senario yang samalah menyebabkan Kerajaan Kelantan mahu royalti diberikan, bukan wang ehsan yang akan disalahgunakan.

Beliau kata dakwaan Awang Adek kononnya, wang ehsan akan sampai ke semua rakyat tanpa mengira pegangan politik hanyalah gimik.

Apa yang digusarkan, hanya sekelumit wang ehsan sampai ke rakyat ‘terpilih’ selebihnya disalahgunakan untuk diagih-agihkan di kalangan kroni.

Renungan Kalam Ilahi, Kota Baru Tidak Runtuh Diredah Samseng NGO

Sebuah kereta jenis Ford Laser TX3 berwarna kuning dipercayai dipandu dengan laju dibahagian atas tempat letak kereta Pasaraya KB Mall dan merempuh dinding penghadang lalu tembus ke bahagian tengah escalator utama Pasaraya KB Mall sehingga mengakibatkan kematian 2 orang pengunjung dan 2 lagi dilaporkan parah, lapor Perisik-Rakyat.

Mereka yang terbunuh dikatakan sedang berada diatas escalator sebelum ditimpa oleh kereta tersebut yang jatuh dari tempat letak kereta tingkat 3 bangunan KB Mall. mereka yang terbunuh dan tercedera dimaklumkan sebagai pelajar Kolej Masterskill Kota Bharu yang berjunjung ke KB Mall.

Mangsa, Siti Nor Amira Samsuddin 19, Siti Nor Diana Azman 18 dan Rashidah Ahmad Lutfi 24, berada dieskalator berkenaan ketika kejadian berlaku. Siti Nor Amira yang cedera parah dikepala, terbunuh ditempat kejadian, manakala Siti Nor Diana menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital setelah mengalami pendarahan yang teruk di kepala.

Seorang lagi mangsa, Rashidah yang cedera parah masih berada di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta berkenaan dipercayai melarikan diri dan gagal dikesan sehingga kini. pihak KB Mall telah menghentikan dengan serta-merta semua operasi perniagaan didalam KB Mall sebaik sahaja kemalangan tersebut berlaku. tidak diketahui berapa hari operasi perniagaan akan dihentikan berikutan pihak KB Mall terpaksa melakukan kerja baik pulih yang banyak.

Setakat ini, jumlah kerugian masih belum diketahui dan punca sebenar kejadian juga masih dalam siasatan pihak polis.

Dalam pada itu, perisik-rakyat juga melaporkan 3 remaja lelaki telah ditahan didalam KB Mall oleh para pegawai yang bertugas setelah dikesan cuba mencuri pakaian ketika para pegawai bertugas sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan siasatan kemalangan tersebut.

Ketiga-tiga remaja tersebut yang dikenal pasti berasal dari Pengkalan Chepa telah ditahan setelah seorang pengawal menahan mereka yang dikesan memakai beberapa lapis pakaian yang dicuri. ke 3-3 remaja tersebut kemudiannya ditahan dan dibawa ke bilik pengawal KB Mall dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.


Ulasan GB

Kejadian yang berlaku hanya beberapa hari sesudah berlaku dua peristiwa penting di negeri Kelantan. Pertama NGO berhimpun sekitar 100 orang untuk mendesak Menteri Besar Kelantan TuanGuru Nik Aziz meletak jawatan. Kedua himpunan puluhan ribu orang menyokong dan berdiri teguh di belakang Nik Aziz.

Ada pihak yang telah terbabas sehingga melakukan "rempuhan" ke atas kerajaan Nik Aziz di Kelantan - kerajaan PAS Kelantan tidak tumbang sekalipun ada berlaku sedikit gangguan urusan pentadbiran.

Ada pihak mengambil kesempatan di dalam suasana yang kecoh itu. 3 remaja didapati mencuri. Begitulah di dalam suasana pihak NGO yang cuba merempuh kerajaan Nik Aziz. Ada mereka yang yang mengambil kesempatan dari kekecohan itu, menumpang publisiti untuk menghentam Nik Aziz.

Akhirnya - episod berkesudahan dengan, pemandu kereta menghilangkan diri setelah rempuhannya mengorbankan orang tidak berdosa. Pengambil kesempatan ditahan. Kini rakyat memburu siapa "driver" NGO berkenaan.