9 Dis 2009

Pecah Perut Bakal Jadi Kenyataan

Doa Menteri Besar Kelantan yang dijadikan isu oleh UMNO BN nampaknya bakal dimakbul oleh Allah s.w.t. apabila hari ini dengan jelas terpapar sekeping gambar, "lets cheers", Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Mohd Najib Tun Razak bersama-sama Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjiva.

Ianya dipercayai dirakam di dalam majlis Jambatan Persahabatan yang menghubungkan Bukit Bunga yang terletak di Malaysia dan Ban Buketa di selatan Thailand yang menurut Najib membuktikan hubungan persabahatan yang erat antara dua negara sejak 50 tahun lepas.

Perdana Menteri berkata hubungan Malaysia dan Thailand sentiasa menjadi perkara utama kerana kedua-dua negara bukan hanya merupakan jiran terdekat yang berkongsi sempadan, tetapi juga mempunyai aspirasi yang sama.

"Kedua-dua kerajaan telah menunjukkan mereka boleh bekerjasama untuk kepentingan rakyat kedua-dua negara," katanya.

Beliau berkata keputusan kedua-dua kerajaan pada 14 Okt 2004, untuk menandatangani perjanjian bagi membina jambatan itu adalah bukti kepada hubungan baik kedua-dua negara yang telah menghasilkan banyak projek usahasama untuk dilaksanakan bagi kepentingan rakyat yang tinggal di sepanjang sempadan bersama.

Najib berkata demikian ketika bersama-sama Perdana Menteri Thai Abhisit Vejjajiva merasmikan jambatan itu pada majlis menamakan semula jambatan berkenaan sebagai Jambatan Persahabatan.

Di dalam gambar berkenaan, Najib selaku seorang "pemimpin beragama Islam" tidak segan silu untuk melakukan satu majlis cheers, yang ramai meyakini Najib bersama PM Thailand memegang segelas wain setiap seorang, semata-mata untuk membuktikan hubungan persabahatan yang erat antara dua negara .

Ulasan GB

Rasanya betul kot ia wain. Kalau tak betul GB pohon maaf. Namun hati kecil GB masih menyatakan ia sejenis minuman keras, dan umat Islam diharamkan meminumnya.

9 ulasan:

bagindaR berkata...

umat islam je haram... bijaN takpe...

adf55650 berkata...

Islam tidak menghalalkan fitnah. Hati0hati membuat andaian.

Tanpa Nama berkata...

itu apple juice.
saya pernah menghadiri majlis sebegini di barat, dan kebiasaannya dihidangkan refreshment dengan apple or orange juice + sandwiches (vege option) + fruits.
I don't think Najib is that stupid to let him photographed with a glass of wain. Anyway, a still picture can be deceiving.

-Mohd, Rusila - Mansoura, Egypt

Tanpa Nama berkata...

agaknya yg dlm gelas najib al tantuya tu air teh oooo
atau dia rasa kita ni bodoh.... inilah yg dikatakan laknat Allah telah diterimanya satu persatu..... tunggu yang lain pulak.......

C++ berkata...

Bhai GB,

Itu air Zepple la... (kata diorang ler)... hahaha... tapi kalu ikut hati gua... itu air kencing setan la... hahahaha

Tanpa Nama berkata...

tapi kita betul2 tak tau ape yg ada dalam gelas tu,dan tiada pula yg sahkan itu arak... jadi bsangka baik sajalah yg itu bukan arak...banyak minuman yg rupanya sebegitu.. lgpun setau saya dalam majlis antarabangsa camni penganjur cukup teliti,kalau VIP yg hendak diberi minum itu muslim, tentu tidak diberi arak

Unknown berkata...

Pertama

Hal Fitnah : Ramai yang mungkin menuduh GB memfitnah. Sedangkan sikap Najib itulah yang mendedahkan kepada fitnah.

Umar Al-Khattab sewaktu di sambut oleh masyarakat bukan Islam di satu kawasan telah diperlawa untuk solat di dalam sebuah biara. Tetapi Umar Al-Khattab menolaknya kerana katanya biar saja saya solat di luar kerana jika saya solat di dam biara tuan, khuatir umat Islam akan keliru dan akan menimbulkan fitnah.

Tetapi pemimpin yang bernama Najib tak jumpa kisah itu.

Kedua :
Majlis antarabangsa yang dihadiri oleh orang Islam tidak disediakan arak?

Sukan formula1 yang masyur di dunia apabila di latar Sepang Malaysia, kemenangan podium disambut dengan semburan wine. Tetapi di Turki, ia menggunakan juice.

Menunjukkan kepimpinan negaralah yang membenarkan atau menghalang semburan menggunakan wine itu.

Ketiga

Bersangka baik. Tidak ada persangkaan baik jika ianya perbuatan yang jahat. Malah di dalam Islam ada istilah "syubhat" yang perlu sangat dielakkan supaya ia tidak jatuh haram.

Tun Bobo berkata...

Tue jus apple da..takkan la PM begitu bodoh untuk minum arak siap tangkap gambar..sume orang tau protokol pemimpim Muslim.. walau seburuk manapun Pm kita tapi Fitnah lebih buruk daripada membunuh..setakat andaian..semua orang boleh wat..jangan terbiasa dengan membuat andaian tanpa bukti..kalau semua orang percaya itu arak dan sebenarnye bukan..cuba bayangkan betapa banyaknye dosa GB terhadap PM..

benda nie nampak kecil atau ringan di pandangan GB..tapi implikasi di akhirat Gb tak ambil kira..inikah sikap seorang Muslim?

Tanpa Nama berkata...

Mr Bobo ni memang mangkuk, kan akhi GB dah jelaskan kat atas tuh jgn sampai pemimpin buat sesuatu yang boleh mengundang fitnah.