UMNO memainkan isu hudud semata-mata untuk mengalihkan pandangan pengundi daripada rekod pemerintahan BN yang penuh dengan rasuah dan penyalah-gunaan kuasa. PAS dan DAP telah berkongsi pentas di K.Terengganu untuk menjawab isu Hudud yang diputarbelitkan oleh UMNO tersebut yang disertai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, Setiausaha Agong DAP, Sdra Lim Guan Eng dan calon PAS untuk P036 K.Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.
100 orang ahli UMNO USJ 1 yang terdiri daripada cawangan Angsana dan Subang Mewah menyertai PAS di dalam satu upcara borang keahlian yang diserahkan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Hotel 3K Majlis Perbandaran Subang Jaya. Penyertaan ahli-ahli UMNO ini adalah satu tamparan hebat kepada UMNO Selangor kerana kedua-dua cawangan ini terletak di bawah Umno bahagian Kelana Jaya yang diketuai oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor, Tan Sri Muhammmad Mohd Taib.
Akhbar Utusan Malaysia tidak pernah serik dengan kejahatan yang mereka lakukan. Baru sahaja kumpulan akhbarnya diperintahkan untuk membayar saman sebanyak RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, YB Mahfuz Omar kerana memfitnah, namun ia tidak pernah menjadi wartawan Utusan sedar diri dan insaf. Terbaru, akhbar Mingguan Malaysia memfitnah calon PAS untuk P036 dengan menyalah-laporkan wawancara mereka bersama calon tersebut.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara rasminya telah menyerahkan skin layar (LCD) yang besar kepada jentera pilihan raya PAS di Kuala Terengganu dalam usaha membantu kempen calon PAS di P036. Sidang Khas Parlimen hari ini secara sebulat suara - kedua-dua anggota kerajaan dan pembangkang mengambil ketetapan bersama mengutuk kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Genting Gaza, yang setakat ini telah meragut kira-kira 800 nyawa.
Sering kita temui di blog-blog dimana huruf besar digunakan di awal kalimat posting dan membuat tampilan posting lebih menarik. I menarik perhatian pembaca terhadap satu-satu posting yang ditampilkan dan mengajak mata pembaca untuk terus mengikuti deretan tulisan selepasnya.
Hal tersebut sebenarnya mudah dilakukan, iaitu dengan menambahkan style CSS pada halaman Edit HTML. Ia dipanggil "Dropcaps" di permulaan posting.
Login ke Dashboard anda dan klik Layout -> Edit HTML
1) Buat carian untuk kod ]]></b:skin>
2) Salin dan tampal kod di bawah ini sebelum ]]></b:skin>
Anda boleh menuukar font-family:"Monotype Corsiva"; kepada font kegemaran anda namun adalah lebih selamat untuk menggunakan font yang kerap digunakan kerana font yang anda pilih mungkin tidak ada di dalam komputer pengunjung.
3) Kemudian anda perlu tambahkan pada bahagian Setting -> Formatting dan di bahagian bawah dalam kotak Post Template, salintampalkan pula kod ini.
<span class="dropcaps">huruf pertama</span>
4) Klik Save dan kini di bahagian Posting, anda cuba "Create" satu kiriman. Anda akan mula menaip dan letakkan huruf pertama diantara koding <span class="dropcaps"></span> itu tadi.
Ramai yang telah berjaya menghasilkan blog. TAHNIAH!
Dan saya kerap ditanya bagaimana caranya untuk mengembang dan mengempiskan sesutau posting supaya yang terpapar hanyalah ringkasan sesuatu artikel dan artikel keeluruhan itu hanya akan terserlah apabila seseorang pembaca mengklik perkatan tertentu seperti "..baca selanjutnya...", "..Artikel Penuh"... dan yang seumpamanya.
Oleh kerana tutorial ini agak teknikal sifatnya, jadi para blogger diminta berhati-hati sewaktu melakukan perubahan koding.
Adalah dinasihatkan anda menyimpan dahulu template yang sedia ada dengan cara pergi ke dashboard anda klik Layout ->Edit HTML dan tickkan kotak "Expand Widget Templates" (sila lihat rajah di bawah), seterusnya klik Pautan "Download Full Template" (sila lihat rajah di bawah).
Simpanlah template yang dimuat-turun itu di satu folder yang mudah untuk diingati kerana jika berlaku sebarang kesilapan, fail xml ini akan digunakan dan diimport dari dashboard.
Langkah 1: Di kotak koding HTML template anda, cari tag </head> dan kemudian masukkan kod yang diperolehi dari halaman ini SEBELUM daripada baris tersebut.
Langkah 2: Bila siap langkah 1, di kawasan koding
<b:includable id='post' var='post'> sehingga
<!-- clear for photos floats --> </div>
gantikan keseluruhannya dengan kod-kod yang terdapat di halaman ini (kod yang berwarna merah adalah tambahan kepada yang asal). Berhati-hati sewaktu mengedit koding berkenaan..
Langkah 3: Pergi ke Settings->Formatting dan di sebelah bawahnya, anda akan dapati satu kotak teks disediakan untuk menentukan "Post template". Salin dan tampal baris berikut di dalam kotak teks berkenaan dan simpan setting anda.
Taipkan perenggan satu dan dua di sini <span id="fullpost"> Dan perenggan-perenggan berikutnya di sini </span>
Jika anda membuat posting baru ia akan menunjukkan dimana perlu menaip perenggan satu dan dua dan dimana pula untuk menaip perenggan-perenggan selanjutnya.
Adalah penting untuk mempastikan tag </span> adalah dihujung sesuatu posting.
Oleh itu, anda perlu gunakan tab Edit Html dan bukan tab Compose semasa menulis artikel.
Blog ialah akar-kata dari pekataan Weblog, satu istilah yang pertama kali digunakan oleh Jorn Barger pada bulan Desember 1997. Jorn Barger telah menggunakan istilah Weblog ini untuk menamakan kumpulan lamanweb peribadi yang selalu dikemaskini secara berterusan dan disertai dengan pauatan-pautan ke website lain yang mereka anggap menarik juga dengan komentar-komentar mereka sendiri.
Di sini saya akan memberikan sedikit panduan untuk mencipta BLOG dengan tapak blogger.com yang saya kira amat mudah untuk mereka yang baru ingin memulakan sesebuah blog di alam siber ini.
Disini ada sedikit perhatian yang perlu diberikan. Jika anda sudah mempunyai akaun gmail anda boleh terus login dengan mengklik pautan "please sign ini first" dan setelah itu penuhkan username dan password anda.
Jika anda belum mempunyai gmail anda penuhkan maklumat yang diminta.
* alamat email anda yang gunakan contohnya idajaya@yahoo.com
* kata laluan
* nama yang akan dipaparkan - dikaki setiap artikel .. posted by ********** (namapaparan)
* pengesahan kod (word verification) - taipkan berdasarkan perkataan yang tertera.
* Klikkan kotak tanda setuju dengan syarat yang diberikan
Setelah siap klik butang "continue"
LANGKAH 3
Skrin berikutnya akan memaparkan petak-petak untuk beberapa maklumat yang perlu anda isikan.
# Penuhkan 'Blog Title' iaitu tajuk blog anda, contohnya: Blog Wak Jembal merupakan tajuk blog contoh ini.
# Blog Address: pilih nama untuk url blog anda, selepas memilih nama yang anda inginkan, klik "Check Availability" untuk menentukan sama ada alamat pilihan anda itu telah diambil orang atau masih kosng. Jika ianya sudah berpunya, anda hendaklah memilih nama yang lain yang lain.
# Setelah siap, klik butang 'continue'
Selepas itu anda hendaklah memilih template / rekabentuk blog yang telah disediakan, kemudiannya klik 'continue'
Dan anda telah berjaya mencipta sebuh blogd an telah boleh memulakan mengepos artikel pertama anda.
5 ribu aktivis dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berarak menyertai perhimpunan aman di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi membantah pencerobohan Israel di Gaza. PPIM lancar kempen boikot barangan Amerika dan Yahudi. Tun Dr. Mahathir meminta supaya rakyat Malaysia memboikot Starbuck dan McDonald. Protes juga turut berlaku di Kedutaan Israel di London.
ALBUM DEMONSTRASI.Klik di atas imej untuk paparan lebih jelas
Rakyat Palestin yang terkorban meningkat kepada 760 nyawa selepas 14 hari serangan bertubi-tubi Yahudi Israel.
Anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak hari ini mula menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 berwarna hitam menggantikan kereta nasional Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi.
Pilihanraya Kecil P036: Pengundi Cina penentu keputusan P036. Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon akui pengundi muda Cina cenderung kepada ideologi pembangkang. Cakna Rakyat - slogan UMNO untuk membohongi rakyat. SEDC membelanjakan RM11.3juta untuk membeli 28 buah bas, tetapi hanya 2 buah bas yang boleh digunakan sementara yang lain tidak mengikut peraturan Lembaga Perlesenan Pengangkutan Awam.
Datuk Seri Abd Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri menyatakan majoriti rakyat masih mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat di semasa Majlis Bicara Tokoh: "Masih Relevankah ISA" anjuran Kementerian Dalam Negeri dan badan bukan kerajaan, Shah Alam Free Speech minggu lalu.
Dengan lagak memperkecilkan badan-badan NGO seperti SUARAM beliau menambah "kebanyakan suara yang menggesa supaya akta ini dihapuskan lahir daripada gerakan pembangkang dan juga badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) yang keahliannya tidak seramai mana tetapi mencanangkan seolah-olah mereka mewakili suara seluruh rakyat Malaysia."
Namun persoalan kita yang pertama, kajian dan bancian mana dan bilakah yang menyatakan bahawa majoriti rakyat masih mahu ISA dikekalkan?
Kedua, apa hak Syed Hamid memperkecilkan NGO seperti SUARAM dengan menyatakan "keahliannya tak seramai mana sedangkan keahlian sedikit bukan bererti pandangan mereka tidak disokong oleh ramai penduduk di negara ini.
Syed Hamid kemudian dengan nada cuba meyakinkan bahawa ISA itu relevan menyatakan lagi:
"kedudukan mereka yang melalui proses tahanan ISA tidak terjejas kerana mereka bukan tahanan jenayah bahkan pengalaman mereka semasa tahanan mematangkan mereka dan menjadikan mereka ahli-ahli politik yang berjaya".
Jika demikian halnya tidakkah patut ornag yang sepatutnya ditahan di bawah ISA ialah pemimpin-pemimpin politik dari UMNO termasuk Syed Hamid sendiri kerana telah jelas bahawa pemimpin-pemimpin politik di dalam UMNO berpolitik secara tidak matang malah menggugat keamanan dan kesejahteraan negara!
Buktinya di dalam perebutan jawatan UMNO di peringkat bahagian dan cawangan berlaku insiden-insiden yang menggugat kesejahteraan negara dan paling MEMALUKAN ia berlaku di bahagian seorang yang bergelar Menteri Dalam Negeri yang bising-bising sangat tentang keadaan di tempat lain tetapi melupakan Kota Tinggi tempatnya sendiri yang kecoh sehingga berlaku beberapa insiden pergaduhan.
Ia melambangkan kelemahan dan ketidak-upayaan seorang ketua bahagian mengendalikan mesyuarat di bahagiannya sendiri sehingga timbul pergaduhan yang bukan kepalang dan lucunya ketua bahagian itu tidak lain seorang yang memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dimana keseluruhan anggota polis berada di bawah tadbiran kementeriannya!
Justeru itu dari sibuk cuba mencari salah orang lain dan kemudian cuba mengISAkan mereka, adalah wajar Syed Hamid selaku Ketua Bahagian UMNO Kota Tinggi ditahan dan dipenjara di bawah ISA supaya pengalaman ISA itu dapat (dalam bahasanya sendiri)"mematangkan beliau dan menjadikan beliau ahli-ahli politik yang berjaya".
Demikian secebis sketsa seorang pemimpin (meminjam bahasanya sendiri)"mencanangkan seolah-olah beliau mewakili suara seluruh" kabinet untuk menjustifikasikan penggunaan ISA yang primitif lagi draconian itu.
Mustafa Ali mendedahkan wujudnya sindiket memungut dan menyimpan Kad Pengenalan dengan bayaran RM500. Ungku Aziz letak jawatan Yang Dipertua ANGKASA kerana kecewa dengan bahawa siasatan berhubung penyelewengan wang dalam badan koperasi itu gagal diselesaikan, Peneroka Felda diugut oleh FELDA jika mereka mendedahkan penyelewengan.
Calon PAS, YB Abdul Wahid Endut menyatakan BN menggunakan 3M, Machineries, Media, Money di dalam Pilihanraya. YB Saifuddin Nasution ulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Wan Farid sebagai sahabat baik sang menantu.
UMNO sentiasa menggunakan segala kesempatan di dalam musim pilihanraya untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat dengan menjadikan HUDUD sebagai modal untuk dipersendakan dengan harapan ianya dapat memecah-belahkan keutuhan dan persefahaman yang terjalin di kalangan parti komponen Pakatan Rakyat.
Isu yang dimainkan bukan saja menyerlahkan "kejahilan" UMNO terhadap hukum Allah berkenaan namun mereka telah secara terang-terangan mempermainkannya demi untuk mendapatkan sedikit "political mileage" dengan harapan masyarakat bukan Islam terikut-ikut menari dengan paluan gendang mereka.
Sepertimana yang dilakukan baru-baru ini oleh Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan kemudiannya disambut dengan galak oleh media-media arus perdana adalah bukti nyata bahawa UMNO sentiasa gembira apabila masyarakat terus keliru dan mempersendakan hukum Allah.
Namun yang jelas, masyarakat bukan Islam tidak semudah itu boleh diperbodohkan. Apa yang menjadi duri dalam daging di dalam Pakatan rakyat seperti isu hudud yang dipermainkan oleh UMNO akhirnya difahami oleh masyarakat bukan Islam bahawa ianya adalah teruntuk untuk masyarakat Islam.
"Jauhkanlah diri daripada orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan peringatkanlah dengan al-Quran supaya mereka tidak terjerumus ke dalam azab neraka kerana melakukan perbuatan buruk dan keji. Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain kecuali Allah. Jika hendak menebus (dirinya) daripada segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima. Mereka orang yang dihumban ke dalam azab neraka atas sebab yang mereka lakukan. Bagi mereka disediakan minuman air menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya disebabkan mereka kufur dan ingkar (ketika hidupnya)". (Al An'aam - ayat 70).
Perang poster untuk PRK P036 bermula. Kuala Terengganu umpama pesta poster. Mahkamah Rayuan bebaskan Naib Presiden PKR, YB Azmin Mohd Ali dari tuduhan memberi keterangan palsu. Kadar jenayah di Perak menurun pada tahun 2008. Bekas Timbalan Ketua Polis Gombak didakwa terima suapan RM10 ribu.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali mengumpulkan bukti tentang wujudnya sindiket mengutip kad pengenalan dengan bayaran RM500 sekeping.
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Israel menyerang Gaza kerana rakyat Palestin memilih HAMAS sebagai kerajaan. Kerajaan Malaysia juga tidak mengiktiraf HAMAS apabila menolak wakil HAMAS berkunjung ke negara ini.
Biar pemimpin tentukan siapa pengundi hantu. Demikian seruan Presiden PAS di dalam ceramah mega sulong sempena kempen Pilihanraya kecil Kuala Terengganu malam tadi yang dihadiri sama oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Suhakam hari ini memutuskan bahawa pihak polis telah menggunakan kekerasan dalam insiden di Bandar Mahkota Cheras (BMC) pada 27 Mei tahun lalu.
Israel menjadi sekolah sebagai sasaran di dalam serangan terbaru di GAZA. Calon PAS gesa agar ahli mematuhi etika sewaktu berkempen.
TVANTARA: Wawancara ekslusif bersama calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut.
Bahang Reformasi yang menggegarkan negara pada PRU12 masih jelas terpancar di hari penamaan calon P36 Kuala Terengganu hari ini.
Pelbagai pihak boleh membuat anggaran dengan bebas untuk mengungkapkan bilangan sebenar rakyat yang hadir untuk kedua-dua belah parti, BN vs PR. Namun adalah satu pembohongan yang amat nyata bagi mana-mana pihak jika menyatakan bilangan penyokong BN mengatasi bilangan penyokong PR di hari penamaan calon.
Ketua Polis Negeri Terengganu sendiri mengakui bahawa telah berlaku limpahan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sehingga ke kawasan hospital Sultanah Nur Zahirah.
Perpecahan kaum yang cuba dijadikan modal BN melalui isu hudud yang dilontarkan oleh "sang menantu" di Kota Baru untuk mendapat political mileage tidak menjadi. Fitnah rekaan dan tohmahan agensi berita luncai negara, BERNAMA dengan segala suku sakat dari media arus perdana tidak dapat menahan arus kebangkitan rakyat ini.
Di Terengganu pada hari ini satu rakaman tercatat indah, rakyat dari pelbagai keturunan turun ke gelanggang untuk memanifestasikan simbol keutuhan satu pakatan yang kental dengan matlamat yang sama. Puluhan ribu penyokong dan pendokong PAS dan Pakatan Rakyat yang telah sama berarak mengiringi calon PAS, Abd Wahid Endut ke Pusat Penamaan calon yang diadakan di Stadium Negeri, Jalan Mahmud. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok, YB Lim Kit Siang, YB Ronny Liu, YB Tian Chua, YB Azmin Ali dan Hj Mustafa Kamil Ayub, MB Selangor, Menteri Besar Kedah dan Menteri Besar Perak turut menyertai perarakan penamaan calon. Aura kebangkitan rakyat ini akan terus bersemarak dan akan tidak dapat disorok dan disembunyikan. Berlakulah lagi berpuloh malah beratus PRK sekalipun, maka suasana yang sama bakal tercipta semula.
Yang capik datang bertongkat, Yang buta meraba-raba, Yang tuli leka bertanya, Yang kecil terambin lintang, Yang jarak tolak-tolakan, Yang pendek tinjau-meninjau, yang kurap mengekor angin.
Sla klik di atas imej untuk paparan imej yang lebih jelas
Pemimpin pelbagai keturunan turut serta berarak.
Puluhan ribu rakyat masih terus bersemangat
Masyarakat kaum Cina
Masyarakat kaum India
Kerusi Roda bukan penghalang bila semangat sudah membara
Masyarakah India bersatu hati
Masyarakah Cina pimpinan MP Rasah dengan spanduk berslogankan "MEMBANGUN MENURUT ISLAM"
Tanpa selindung-seling lagi
Maskot - Penceria suasana
Tak terungkap dengan perkataan.
Masing-masing ada tugasnya:
Yang pekak pembakar meriam, Yang buta penghembus lesung, Yang lumpuh penghalau ayam, Yang pekung penjemuran, Yang kurap pemikul tabuh.
Dari gambar-gambar di ataterdapat masyarakat Tionghua dan India telah tidak segan silu turut sama menyertai perarakan malah ada yang menyarungkan pakaian PAS sebagai tanda sokongan kepada YB Abdul Wahid Endut dengan melahirkan keazaman untuk bekerja dengan lebih gigih untuk memenangkan calon PAS dalam pilihanraya kecil itu. Bersemangat bukan saja untuk memenangkan PAS di dalam PRK ini tetapi bersemangat untuk menumbangkan kerajaan BN di dalam PRU akan datang. Kuala Terengganu sebagai detik untuk satu permulaan yang baru!.
Seri Dangomala, Seri Dangomali! Hendak kirim anak sembilan bulan; Segala inang, segala pengasuh; Jangan beri sakit, jangan beri demam, Jangan beri ngilu dan pening; Kecil menjadi besar; Tua menjadi muda; Yang tak kejap diperkejapkan; Yang tak sama dipersamakan; Yang tak tinggi dipertinggikan; Hijau seperti air laut; Tinggi seperti bukit Kaf.
DAN yang paling melucukan ialah kenyataan bakal PM, Datuk Seri Najib masih lagi memutar lagu lama, katanya - hanya BN yang boleh bawa kemajuan.... terlalu malu GB bila rakan dari negara seberang yang turut sama menyaksikan rakaman kata-kata Najib itu melakukan komentarnya - rendahnya mentaliti bakal PM kamu ini!
Inilah akibatnya, bak kata pepatah "bak kaduk naik ke junjung".
Pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu yang bakal menyaksikan 3 orang calon bertanding iaitu daripada Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot dan seorang calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.
Calon parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Harun @ Abd Rahman Mohamad, yang disebut-sebut akan bertanding telah mengumumkan penarikan diri sejurus tiba di pusat penamaan calon pada jam 9.20 pagi tadi. Beliau menyatakan perjuangan beliau adalah sama dengan perjuangan PAS, juteru itu telah menyeru penyokong-penyokongnya mengundi PAS semasa pilihanraya kecil nanti.
Presiden Akim, Hanafi Hamat, berkata bahawa, kononnya Harun telah mengkhianati parti kerana menyatakan sokongan terbuka kepada calon PAS pada pilihan raya kecil itu.
“Harun sudah menghampakan harapan Akim apabila menarik diri tetapi lebih mengecewakan apabila menyokong pula PAS,” katanya
Penarikan diri beliau telah tiba-tiba secara mengejut telah digantikan oleh seorang ahli perniagaan(?), Azharudin Mamat @ Adam yang mengemukakan kertas pencalonannya 2 minit sebelum penerimaan borang penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi. Beliau yang tiba awal tetapi menghadapi beberapa masalah pengisian borang tetapi berjaya mengemukakannya sebelum proses penamaan calon tamat. Ramai pihak mengesyaki beliau ditaja oleh pihak tertentu bagi menggantikan calon AKIM yang telah menarik diri.
Calon PAS tiba pada 9.15 pagi diiringi oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali.
Menurut sebuah akhbar online, MalaysianInsider penyokong BN dibenarkan berkumpul betul-betul di hadapan stadium manakala kumpulan Pakatan Rakyat dipaksa berada di belakang pagar besi sekitar 50 metre di belakang. Namun kumpulan Pakatan Rakyat dikatakan seperti sebuah gelombang tsunami.
BN terus menyanyikan lagu patriotik lama, manakala PR mengibarkan bendera rasaksa Pas dengan laungan penuh bersemangat : “Reformasi! Hidup Hidup Hidup Keadilan! Allahu Akbar! Undur BN!”
Sebagai tanda solidariti, pemimpin-pemimpin DAP Liu dan Tan Kok Wai mengenepikan perbezaan dengan PAS didalam isu hudud untuk berarak bersama-sama mengiringi Abdul Wahid ke pusat penamaan calon disertai oleh Naib Presiden PKR Azmin Ali dan Ketua Penerangannya, Tian Chua.
Pengundian akan diadakan selepas 11 hari berkempen bermula SEKARANG!