Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka. Hud: 113
25 Feb 2008
Suasana Penamaan Calon Di Gombak dan Titiwangsa
Pemerhati politik negara berpendapat kedua-dua kerusi Parlimen tersebut mampu dimenangi oleh Barisan Alternatif dan berikut ialah video klip suasana penamaan calon bagi kedua-dua kawasan parlimen berkenaan.
Suasana Penamaan Calon Di Marang
Berikut ialah video klip suasana penamaan calon di Marang.
Kemenangan PAS Di DUN Kijang
PAS telah menang tanpa bertanding di DUN Kijang Kelantan melalui wakil muslimatnya Wan Ubaidah Omar menang tanpa bertanding apabila pencalonan calon BN, Mustopha Ahmed ditolak.Sebelum itu, PAS memprotes pencalonan Mustopha kerana beliau telah menerima notis bankrap Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke atasnya pada 25 November 2005. SPR akhirnya menerima protes itu. DUN Kijang berada dalam Kawasan Parlimen Pengkalan Chepa
Berikut ialah video klip saat-saat kemenangan pertama tersebut:
24 Feb 2008
Pelbagai Bantahan Tapi Tiada Dipedulikan SPR
Pelbagai bantahan dikemukakan terhadap pencalonan beberapa calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Perniagaan dan berniaga
Bantahan itu dibuat oleh seorang wakil DAP serta sebagai wakil berdaftar bagi Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Menang awal: BN - 9, PAS - 1

PAS Terengganu cadang saman SPR kerana kelirukan calon
KUALA TERENGGANU, 24 Feb (Hrkh) - PAS Terengganu kemungkinan akan mengambil tindakan menyaman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana membuat peraturan yang menyusahkan mereka yang mahu menjadi calon dalam pilihan raya umum kali ini.Gagal kemuka bukti letak jawatan Senator, SPR tolak bantahan PAS
ARAU, 24 Feb (Hrkh)- Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menolak bantahan PAS terhadap calon Umno Dato' Ismail Kassim yang mencabar Timbalan Mursyidul Am Pas Dato' Dr Haron Din di P003 Parlimen Arau kerana tidak dapat mengemukakan bukti perletakan jawatan sebagai Senator.Menurut peguam Zulmi Sabri yang mengemukakan bantahan tersebut, mendakwa Ismail masih lagi tidak meletakkan jawatan senator dan meminta beliau mengemukakan surat perletakan jawatannya termasuk bukti pembayaran (pay slip) pendapatan untuk dilihat sebagai bukti.
Katanya jika sabit, tindakan ini adalah bertentangan dengan perkara 481(C) Perlembagaan Persekutuan yang mana calon tersebut boleh hilang kelayakan bertanding kerana masih lagi memegang jawatan berpendapatan.
Dalam pada itu, Haron Din ketika ditemui kesal kerana SPR menolak bantahan PAS dan akan berbincang untuk melakukan tindakan susulan terhadap isu terbabit.
"Kita tidak puas hati dengan penjelasan SPR itu dan mahukan keadilan dalam kes ini," katanya.
Dr Haron adalah calon terawal sekali menyerah borang pencalonan di Dewan,Sivik Arau jam 9.11 pagi tadi manakala lawannya yang merupakan adik kepada Menteri Besar Perlis Dato' Seri Shahidan Kassim.
Turut sama menyerahkan borang pencalonan Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin bagi mempertahankan kerusi dewan undangan negeri kawasan DUN Sanglang, satu-satunya kerusi yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum 2004.
Selain itu empat calon PAS turut bertanding di kawasan masing-masing seperti Abu Bakar Ali di N11 DUN Pauh;Che Nordin Ahmad di N12 Tambun Tulang yang mencabar Shahidan Kassim, Ahmad Adnan Fadzil di N13 Guar Sanji dan Rus'sele Eizian di N14 Simpang Empat.
Sementara turut menarik perhatian ialah dua beradik,bekas pegawai istana Dato' Hassan Din dan Ishak Din yang hadir memberi sokongan kepada Dr Haron dengan diiringi sejumlah kira-kira 1,500 penyokong yang berarak dari rumah Ustaz Ahmad Ali ke Dewan Sivik Arau.
Pengumuman calon-calon yang bertanding telah dibuat oleh Pegawai Pengurus SPR Mohd Daud Abdul Hamid dan disiarkan secara langsung oleh RTM tengah hari tadi
Kemenangan di Dun Kijang akan menjana kemenangan besar PAS di Kelantan

Kemenangan awal 1-0 buat PAS dan Barisan Alternatif di Kelantan ini diyakini akan menyemarakkan lagi semangat dan iltizam para petugas dan penyokong parti untuk melipatgandakan lagi usaha mereka bagi memastikan kerajaan "Membangun Bersama Islam" PAS Kelantan akan kekal untuk penggal yang kelima berturut-turut.
Presiden dan seluruh pimpinan serta ahli-ahli PAS bersyukur dan bergembira dengan perkembangan terbaru ini. Kemenangan yang dicapai oleh wakil Muslimat PAS ini mudah-mudahan akan menjadi inspirasi kepada semua tenaga Muslimat dan wanita PAS seluruh negara untuk memastikan kejayaan calon-calon PAS lain semasa Hari Mengundi pada 8 Mac nanti.
24 Febuari 2008
Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir Sekretariat Media Pilihanraya Umum, PAS Pusat
Rangkuman BERITA PILIHANRAYA TKO
12.00 TGHARI Dua kerusi DUN dan 6 Parlimen telah dimenangi oleh BN.Sementa
Satu kerusi DUN di Selangor setelah calon ganti PKR ditolak kerana borang pencalonannya tidak lengkap kerana tidak membayar duti setem. Calon asal PKR Suzaimi Salam tidak muncul hingga ke saat pencalonan ditutup.
Datuk Ramlee Marbahan menang tanpa bertanding di DUN Bugaya, Sabah.
Pengerang - BN
Datuk Azalina Othman Said menang tanpa bertanding kali ini, seperti dalam pilihanraya 2004, bagi kerusi parlimen Pengerang.
Kalabakan - BN
Hanya calon BN, Datuk Abdul Ghapur Salleh, menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon bagi kerusi parlimen Kalabakan setelah tempoh pencalonan ditutup.
BN Sarawak - menang empat kerusi
Kerusi-kerusi parlimen Tanjung Manis, Selangau, Kapit dan Kanowit dimenangi BN tanpa bertanding.
12.15 ptg TKO difahamkan UMNO menggunakan taktik kotor dengan menaja calon Bebas bertujuan untuk mewujudkan pertandingan 3 penjuru di Palimen Kuala Terengganu dimana Maimun Yusuf, berusia 89 tahun bertanding atas tiket calon bebas di Parlimen Kuala Terengganu sekali gus menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan calon BN dan Pas.
Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan perlawanan di antara Maimun Yusuf menentang Datuk Razali Idris (BN) dan Mohamad Sabu (Pas).
12.20 ptg - Kawasan Parlimen Putrajaya menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan calon PAS, Mohamad Noor Mohamad.
12.30 ptg - Pengerusi UMNO / BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan ditentang calon Pas, Subri Md. Arshad pada pilihan raya umum kali ini di Kepala Batas.
12.35 ptg - Bagi kerusi Parlimen Tumpat, penyandang dari parti PAS Dato' Kamarudin Jaffar akan menentang calon muda BN, Ashraf Wajdi Dusuki, sementara di Dun Pasir Pekan, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato'Ahmad Yakob (PAS)n akan ditentang oleh calon BN, Mohd Noor Yaakob.
Di Dun Kelaboran, Ketua Pemuda PAS Kelantan yang juga penyandang kerusi akan menentang calon BN, Wan Hanapi Wan Daud, sementara di Dun Wakaf Barum calon PAS, Che Abdullah Mat Nawi akan menentang Mohd Rosdi Abdul Aziz dari BN.
Di Dun Pengkalan Kubor pula calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Hassan Berahim akan menentang calon BN, Noor Zahidi Omar.
Terdapat bantahan yang dibuat wakil PAS terhadap calon BN pertamanya ke atas Ashraf Wajdi berikutan kekeliruan alamat tetap dan alamat suart menyurat, begitupun bantahan ditolak.
12.40 ptg PAS menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang di Kelantan apabila pencalonan calon Barisan Nasional (BN) ditolak.
Calon PAS, Wan Ubaidah Omar menang tanpa bertanding apabila pencalonan calon BN, Mustopha Ahmed ditolak.
Sebelum itu, PAS memprotes pencalonan Mustopha kerana beliau telah menerima notis bankrap Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke atasnya pada 25 November 2005.
SPR akhirnya menerima protes itu.
DUN Kijang berada dalam Kawasan Parlimen Pengkalan Chepa
12.45 ptg Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Awang ditentang oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dato' Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir bagi kerusi Parlimen Marang.
Di kerusi Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, beliau ditentang oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Marang, Razali Idris.
12.50 ptg Dun Alur Limbat, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, ditentang Alias Abdullah.
Di Bukit Payung, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah ditentang calon BN oleh Zaidi Muda.
Manakala AJK PAS Kawasan Marang, Mohd Draman menjadi calon PAS di Dun Pengkalan Berangan ditentang oleh Yahya Khatib Mohamad.
12.55 ptg Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad akan menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan calon Pas, Faisal Ali bagi merebut kerusi Parlimen Parit Sulung.
1.00 ptg SAHIH! PAS MENANG TANPA BERTANDING DI KIJANG. DEMIKIAN LAPORAN NTV7 SEBENTAR TADI.
1.05 ptg - "Saya proksi kepada penduduk Lembah Pantai, bukan proksi kepada ayah saya", demikian kata Nurul Izzah yang menentang Datuk Shahrizat Jalil dan calon BEBAS N Periasamy di Parlimen Lembah Pantai.
1.35 ptg Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman akan ditentang oleh Yang Dipertua Pas kawasan Ledang, Rusman Kemin dalam kerusi DUN Serom pada pilihan raya umum kali ini.
2.15 ptg Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharuddin Mohd Isa akan menentang Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussindalam pertandingan dua penjuru di kerusi Parlimen Bachok pada pilihan raya umum 8 Mac ini.
2.20 ptg Calon PAS Parlimen Titiwangsa (P119), Dr Lo' Lo' Dato' Mohamad Ghazali melahirkan rasa kesal dengan tindakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang menolak bantahan mereka terhadap calon Barisan Nasional (BN) berhubung peraturan 'stamping' (mematikan setem pada borang Akuan Bersumpah) dan pembayaran wang deposit melalui cek oleh calon BN.
3.15 ptg Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid bakal berdepan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Zamri Yusuf bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu.
3.21 ptg Di Pahang kesemua calon BA, 12 parlimen dan 35 Dewan Undangan Negeri (Dun) bertanding dalam pilihan raya umum pada 8 Mac nanti.
Tiga kawasan Dun bagaimanapun berlaku pertandingan tiga penjuru melibatkan calon bebas iaitu Dun Damak, Dong dan Mentakab. Kerusi Dun Damak diwakili KeADILan, begitu juga Dun Dong manakala Mentakab diwakili DAP.
Pesuruhjaya PAS Pahang Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding di Dun Jengka, beliau ditentang calon BN, Wan Salman Ismail.
dikemaskini sentiasa. Sila refresh setiap 15 minit
17 Feb 2008
Kempen 18 SX Menantu Pak Lah Memakan Diri
Kempen Pemuda UMNO "Pakat Kelik Ngundi oleh menantu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Baawi iaitu Khairy Jamaludin yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO kini telah memakan diri mereka sendiri.Poster yang ditayangkan "tak nak 18" telah ditertawakan oleh seluruh rakyak Kelantan. Sebahagian besarnya menyatakan bahawa sebenarnya minda mennantu Pak Lah itu tidak ada yang lain kecuali perkara-perkara yang menjurus kepada 18SX sahaja dan jika ingin disampaikannya ialah tak mahu 18 tahun PAS memerintah Kelantan, memang pun rakyat tidak mahu 18 tahun tetapi rakyat Kelantan MAHU LEBIH DARIPADA HANYA 18 TAHUN.
Demikianlah episod BEBAL seorang bekas pelajar OXFORD UNVERSITY yang cuba untuk menunjukkan lagak heronya dengan rakyat Kelantan untuk membuktikan bahhawa dia adalah sebahagian dari barisan politikus "masa depan" UMNO.
Khairy Jamaluddin pada 13 Februari lalu telah melancarkan kempen “Pakat kelek ngundi” iaitu satu kempen bagi mengerah hampir 50,000 pengundi Kelantan yang berada di luar negeri tersebut agar kembali mengundi di Kelantan pada 8 Mac nanti.Menurut Khairy para pengundi luar Kelantan itu yang hampir 60% terdiri dari penduduk di Lembah Kelang lebih terpelajar dan berilmu. Oleh itu adalah diharapkan mereka ini akan pulang mengundi di kampong masing-masing dan sekaligus mempengaruhi kaum keluarga mereka agar menolak PAS dan mengundi BN.
Ramai juga yang berpendapat bahawa kempen tersebut merupakan satu penghinaan besar kepada rakyat Kelantan.
Menurut seorang blogger terkenal, Roslan SMS, seolah-olah hanya mereka yang berada di luar Kelantan yang berpendidikan dan bermaklumat, sedangkan anak-anak tempatan tidak.
Khairy juga seakan berani membuat andaian berdasarkan undi tahun 2004 dengan anggapan pengundi luar inilah yang membantu BN sehingga hampir menawan Kelantan. Tetapi bagaimana dengan pilihan raya 1990, 1995 dan 1999?
Khairy patut belajar dari orang lama seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Ku Li pernah dalam satu ucapan ketika meresmikan suautu pesta anak Kelantan di KL menyatakan bahawa anak-anak Kelantan di KL ini sesungguhnya hanya pulang ke Kelantan apabila ada Raya, iaitu Hari Raya dan Pilihan Raya, beliau kalah semasa Pilihan Raya mereka inilah yang akan balik ke kampong dan semuanya mengundi PAS! tegas Roslan.
Justeru itu sebrnarnya TIADA SEBAB untuk rakyat Kelantan menolak kepimpinan YAB TG Nik Abdul Aziz. Rata-rata rakyat Kelantan menyatakan bahawa fikiran menantu Pak Lah ini sesempit fikiran bapa mertuanya tanpa meninjau sendiri keadaan yang sebenarnya berlaku di Kelantan.Masyarakat yang bukan-Islam pula menyatakan mereka telah dapat hidup dengan aman sejahtera di bawah kepimpinan TG Nik Abdul Aziz dan rata-rata mereka inginkan kepimpinan TG Nik Abdul Aziz diteruskan daripada diserahkan kepada golongan UMNO yang sebenarnya mereka telah melalui penderitaan hidup yang amat ketara semasa UMNO memerintah Kelantan satu ketika dahulu.
Rakyat Kelantan juga kini MEMPERSOALKAN motif sebenar kempen tersebut kerana ia selari dengan kempen yang hampir serupa dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah bertindak seperti Santa Klaus pada musim pilihanraya, iaitu menaburkan "gula-gula" untuk rakyat Kelantan.
Ramai mengesyaki sesuatu agenda yang tersembunyi - seiring dengan perlanjutan tempoh usia bersara pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman."Apakah kempen-kempen berkenaan sebenarnya cuba menutup satu penipuan yang bakal dilaksanakan oleh UMNO/BN bersama SPR untuk menjalankan missi jahat merampas Kelantan secara keji dan hina?" demikian ujar seorang rakyat Kelantan ketika diminta mengulas isu ini.
SPR dikuasai oleh anak Kelantan yang berjiwa UMNO seluruhnya daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausahanya.
16 Feb 2008
Pegumuman Penting
Bagi mereka yang tidak dapat mengikuti TKO.fm di sebelah kanan blog ini sila klik TKO.fm
Anda juga boleh menghentikan siaran radio di blog dengan menekan butang STOP dan menggunakan pautan di atas untuk mengikuti siaran TKO.fm di sambil sembang-sembang di chatbox.
Harap maaf di atas segala kesulitan yang timbul.
16 Februari 2008
8.00 pm - Kuliah Maghrib Ustadz Abdul Hadi Awang
9.00 pm - Motivasi dan Irama Malam bersama GB
12 Feb 2008
2 Feb 2008
Klip Video TKO.tv (2)
Mustapha Mengakui Aniaya Rakyat Kelantan
Isu Bakar Bendera Batu Burok
Klip Video TKO.tv (1)
BUSH PUJI ISLAM HADHARI
RTM MENYEBARKAN DAAYAH PALSU
INI BUKAN BUDAYA KITA
25 Nov 2007
25 November : Sekali Lagi Sejarah Terlakar Indah.
Baru saja dua minggu negara mencipta satu sejarah perhimpunan aman BERSIH yang berjaya menghimpunkan lebih 50 ribu orang, hari ni 25 November satu lagi sejarah tecipta - lebih 15 ribu orang penganut ugama Hindu dari keturunan India hari ini memenuhi segenap ruang bandaraya Kuala Lumpur di perhimpunan Hindraf yang elah diharamkan oleh kerajaan.Di dalam dua kes berkenaan, kita menyaksikan betapa kebencian rakyat terhadap kerajaan yang ada sudah di tahap mengejutkan kerana amaran keras polis sudah tidak lagi bermakna apa-apa. Nak tangkap tangkaplah nak tembak tembaklah....seolah-olah demikianlah suara hati rakyat.
Siapa yang perlu dipersalahkan? Samy Vellu yang satu ketika dianggap "tuhan" oleh kaum India cepat menuding jarinya kepada parti pembangkang yang didakwanya menjadi dalang meniupkan sentimen anti-kerajaan di kalangan masyarakat India. Samy Vellu telah meminta rakyat tidak mengindahkan ajakan ke perhimpunan Hindraf dan masyarakat India nampaknya kali ini menongkah arus dengan meolak permintan "tuhan" mereka itu. Kebencian mereka kepada Samy Vellu sama kebencian mereka kepada kerajaan BN yang ada.Masyarakat India telah lama menyimpan "dendamnya". Orang India terguris apabila UMNO mengadakan perhimpunan agongnya di hari Deepavali. Apabila kuil di Kampung Rimba Raja dirobohkan oleh seorang Menteri Besar Penyapu, rasa kebencian yang membuak terhadap UMNO diterjemahkan di dalam perhimpunan Hindraf - tanpa memperdulikan sebarang risiko lagi.
Perhimpunan Agung Umno tahun 2007 ini telah berlansung pada pada 7 - 9 November di PWTC Kuala Lumpur. Sedangkan perayaan Deepavali jatuh pada hari Khamis 8 November 2007. Nah, ini sudah cukup satu alasan kukuh untuk masyarakat India merasa terhina dengan perbuatan biadab UMNO kerana lansung tidak menghormati hari perayaan terbesar kaum mereka.
Apabila Majlis Bandaraya Shah Alam dengan keganasan dan keangkuhan mereka merobohkan kuil orang Hindu di atas arahan Menteri Besarnya, kemarahan kaum India kepada kerajaan sudah tidak dapat disembunyikan. Umpama luka yang terus dilukai. Lebih menaikkan api kemarahan mereka apabila empat orang peguam masyarakat keturunan India yang hadir di hari perbohohan kuil itu ditahan dan dibawa ke mahkamah.
Dan 25 November 2007, dunia menyaksikan sekali lagi Malaysia bergolak. Dan polis masih seperti biasa, menggunakan kekuasaannya secara ganas, zalim, kejam dan angkuh menembak air kimia dan gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan serta menahan lebih 400 orang India yang menghadiri perhimpunan tersebut.
Maruah PDRM sebenarnya telah lama punah. Tiada siapa rakyat yang mahu mendengar mereka lagi. Kezaliman polis tidak boleh dibiarkan berterusan. Rakyat telah dan akan bangun meruntuhkan benteng kesombongan dan kezaliman polis walaupun diugut dan ditekan dengan apa cara sekalipun.
Itulah yang berlaku di dua perhimpunan rakyat.
Umum mengetahui perhimpunan rakyat itu sebenarnya aman - tidak ada sebarang masalah jika polis tidak campurtangan seperti mengadakan sekatan jalanraya, menembak air kimia an gas pemedih mata, menahan secara rambang siapa saja yang mereka dapat. Jadi kebiadaban polis inilah sebenarnya masalah paling besar yang negara sedang hadapi. Malah di perhimpunan Hindraf ini ada rakaman polis masih membelasah dan memukul orang awam sesuak hati.Pihak media massa pengampu kerajaan terus bisu dan kelu di hari perhimpunan Hindraf diadakan. Tiada satu laporan diberikan sekalipun di perhimpunan BERSIH dahulu, Bernama giat melaporkan hanya 4 ribu orang hadir sedangkan jumlah sebenarnya melangkaui 40 ribu orang. Kali ini mereka bisu, lansung tidak mahu melaporkan bkan saja jumlah kehadiran masyarakat India di Perhimpunan itu malah berita mengenainya pun tidak disiarkan.
Dan yang pasti Kerajaan kini amat terdesak. Mengadakan pilihanraya awal ertinya menggali lubang untuk semua para menterinya terjun. Tidak mengadakan pilihanraya pula akan menyebabkan mereka sudah tidak terdaya dengan tekanan yang sedia ada - kenaikan minyak, tol, barangan keperluan dan sebagainya adalah umpama mimpi ngeri yang menghambat mereka untuk ayuh cepat adakan pilihanraya sebelum harga lebih memuncak...
Yang jelas Pilihanraya Umum ke 12 ini akan memberikan kemenangan besar Barisan Alternatif!
Video Al-Jazeera membuat liputan Hindraf