
Di dalam dua kes berkenaan, kita menyaksikan betapa kebencian rakyat terhadap kerajaan yang ada sudah di tahap mengejutkan kerana amaran keras polis sudah tidak lagi bermakna apa-apa. Nak tangkap tangkaplah nak tembak tembaklah....seolah-olah demikianlah suara hati rakyat.

Masyarakat India telah lama menyimpan "dendamnya". Orang India terguris apabila UMNO mengadakan perhimpunan agongnya di hari Deepavali. Apabila kuil di Kampung Rimba Raja dirobohkan oleh seorang Menteri Besar Penyapu, rasa kebencian yang membuak terhadap UMNO diterjemahkan di dalam perhimpunan Hindraf - tanpa memperdulikan sebarang risiko lagi.
Perhimpunan Agung Umno tahun 2007 ini telah berlansung pada pada 7 - 9 November di PWTC Kuala Lumpur. Sedangkan perayaan Deepavali jatuh pada hari Khamis 8 November 2007. Nah, ini sudah cukup satu alasan kukuh untuk masyarakat India merasa terhina dengan perbuatan biadab UMNO kerana lansung tidak menghormati hari perayaan terbesar kaum mereka.

Lebih menaikkan api kemarahan mereka apabila empat orang peguam masyarakat keturunan India yang hadir di hari perbohohan kuil itu ditahan dan dibawa ke mahkamah.
Dan 25 November 2007, dunia menyaksikan sekali lagi Malaysia bergolak. Dan polis masih seperti biasa, menggunakan kekuasaannya secara ganas, zalim, kejam dan angkuh menembak air kimia dan gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan serta menahan lebih 400 orang India yang menghadiri perhimpunan tersebut.
Maruah PDRM sebenarnya telah lama punah. Tiada siapa rakyat yang mahu mendengar mereka lagi. Kezaliman polis tidak boleh dibiarkan berterusan. Rakyat telah dan akan bangun meruntuhkan benteng kesombongan dan kezaliman polis walaupun diugut dan ditekan dengan apa cara sekalipun.
Itulah yang berlaku di dua perhimpunan rakyat.

Pihak media massa pengampu kerajaan terus bisu dan kelu di hari perhimpunan Hindraf diadakan. Tiada satu laporan diberikan sekalipun di perhimpunan BERSIH dahulu, Bernama giat melaporkan hanya 4 ribu orang hadir sedangkan jumlah sebenarnya melangkaui 40 ribu orang. Kali ini mereka bisu, lansung tidak mahu melaporkan bkan saja jumlah kehadiran masyarakat India di Perhimpunan itu malah berita mengenainya pun tidak disiarkan.
Dan yang pasti Kerajaan kini amat terdesak. Mengadakan pilihanraya awal ertinya menggali lubang untuk semua para menterinya terjun. Tidak mengadakan pilihanraya pula akan menyebabkan mereka sudah tidak terdaya dengan tekanan yang sedia ada - kenaikan minyak, tol, barangan keperluan dan sebagainya adalah umpama mimpi ngeri yang menghambat mereka untuk ayuh cepat adakan pilihanraya sebelum harga lebih memuncak...
Yang jelas Pilihanraya Umum ke 12 ini akan memberikan kemenangan besar Barisan Alternatif!
Video Al-Jazeera membuat liputan Hindraf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan