11 Jul 2017

[VIDEO] Mahathir Cabar Najib Menangkapnya

Tangkaplah! Mahathir cabar Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad memperlekehkan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa dirinya ‘panik’ dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian AS$10 bilion Bank Negara Malaysia (BNM).

“Pada hari raya saya ucap selamat hari raya kepada Najib tapi dia asyik berusaha macam mana untuk tangkap saya.

“Tak apalah, dia ada kuasa, tangkaplah!” kata Mahathir semasa majlis Rumah Terbuka Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Melaka malam semalam.


Jumaat lalu, Najib berkata Mahathir kini panik bahawa RCI forex akan membawa kepada pendakwaan jenayah.

Justeru, dakwanya, Mahathir tidak boleh membiarkan individu penting kepada kes berkenaan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah dipenjarakannya memberi keterangan menentang beliau.

Najib mendakwa Mahathir kini menyokong Anwar sebagai perdana menteri selepas berusaha dengan pelbagai cara untuk menamatkan kerjaya politik bekas timbalan perdana menteri itu selama 20 tahun.

Walau bagaimanapun, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu menafikan dakwaan berkenaan.

“Saya bukan kerja dengan Anwar kerana masalah peribadi saya, saya kerjasama dengan Anwar kerana kita punyai tujuan yang sama, dan tujuan kita adalah untuk jatuhkan kerajaan zalim Najib Razak,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.

“Bukan saya yang buat u-turn, Najib yang buat u-turn. Dari pemimpin negara yang dihormati dunia dia sekarang jadi pemimpin yang tidak lagi dipandang tinggi, parti korupsi, antara parti yang sepuluh paling tinggi tahap korupsi.

“Dari parti (Umno) yang baik, dia sudah runtuhkan parti ini, kerana tamak, tamak kerana nak beli berlian utk seorang isteri dia

“Pandangan kita tak tertumpu kepada berlian yang kamu pakai, pandangan kita tertumpu kepada tabiat tingkahlaku,” kata Mahathir yang kini menerajui BERSATU selaku pengerusinya. -MK



ULASAN GB

Beranikah Najib untuk menangkap Tun ?

Dunia kini sedang memperkata dan membicarakan tentang Najib yang merupakan "kepala perompak" yang sedang menjahanamkan negaranya melalui 1MDB.

Ruang Najib dan isterinya semakin sempit kerana perjalanannya ke mana-mana akan sentiasa diekori oleh mata yang mengenali mereka berdua... "oh inilah PM Malaysia dan isterinya Rosmah yang telah merembat berbilion wang rakyatnya ".

Anehnya masih ramai yang menjadi pengampu dan penyokong Najib apabila telah disogokkan dengan dedak.

Tetapi yakinlah, dedak itu adalah rasuah dan tidak ada berkatnya. Pemakannya akan tetap mendapat bahananya tidak mengira siapa pun termasuklah ahli agamawan. Malah jika ahli agamawan dan penjawat-penjawat awam menerima dedak kehidupan mereka tidak akan tenang dan hukum kebenaran serta keadilan (karma) akan tetap menimpa mereka kelak.







RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala. 

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi.






FEATURED ADS





3 ulasan:

Borhan Sharif berkata...

Kes FOREX, kita berniaga dan mengalami kerugian....Ini biasa.

Yes 1MDB, dia songlap masuk akaun peribadi..... Ini luar biasa.

Awanama berkata...

Hanya yg beruk spesis Darwin aje yg bebal pasal 1mdb. Sanggup terima duit, jawatan da tugasan yg kotor demi kelangsungan hidup.. yg buat ibadah pun sanggup pakai duit syubhah...



Awanama berkata...

KALAU BETUL ADA KELIBAT RASUAH, WHICH IS WEIRD SBB UNTUNG RUGI DLM FOREX TRADING ADALAH PERKARA BIASA PLUS ALMOST ALL GOVERNMENT BANK OR MONETRY AUTHORITY AROUND THE WORLD TERLIBAT DLM FOREX. THIS SHOULD BE KIV. NAJIB TAK TAHU MANA PENTING DAN SELALU BUAT PERKARA DILUAR TABII, WHEN NAFSU DIUTAMAKAN, EVERY PERBUATAN YG DILAKUKAN FOR SURE AKN JADI DILUAR TABII. ONLY BY KAWAL NAFSU BARU KITA KEMBALI KPD FITRAH SEORG MANUSIA.SBB ALLAH RASULULAH SAW UTK BIMBING KITA. WALLAHUALAM.