20 Jun 2017

[VIDEO] AMANAH Saman Razman Zakaria Kerana Memfitnah


Kaitkan dengan komunis: Amanah tegas saman Bendahari Pas Pusat


Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengemukakan saman fitnah terhadap Bendahari Pas Pusat Razman Zakaria merangkap Pesuruhjaya Pas Perak berhubung dakwaan beliau kononnya Amanah ditubuhkan sebagai 'proksi DAP'.


Beberapa hari ini, gambar yang bertajuk 'sejarah yang berulang' dengan menyamakan Amanah dengan Rejimen Ke-10 iaitu sayap kanan Parti Komunis Malaya tular semula di media sosial.

Gambar itu difahamkan dimuat naik oleh Razman tahun lalu sebelum beliau sekali lagi mengulas berhubung gambar itu di Facebooknya semalam.

Peguam Amanah Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Presiden Mohamad Sabu, timbalan presiden Salahuddin Ayub dan setiausaha agung Mohd Anuar Tahir berkata, pihaknya memberi masa 14 hari untuk Razman membuat permohonan maaf.

"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya untuk mengambil tindakan saman fitnah ke atas Razman oleh kerana dalam posting ini ada melibatkan beberapa pimpinan Amanah antaranya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Anuar Tahir, saya akan saman atas nama individu yang ada dalam gambar itu.

"Dalam masa sehari dua ini saya akan hantar notis tuntutan kepada Razman, kalau tiada apa-apa respons dalam masa 14 hari kita akan teruskan dengan tindakan saman," katanya pada sidang media bersama Salahuddin di Wisma Amanah Negara hari ini.

Hanipa yang juga pengerusi Biro Undang-undang Amanah berkata, saman fitnah itu berasas kerana Razman membuat fitnah tersebut dalam keadaan tiada sebarang provokasi dilakukan ke atasnya.

"Razman kaitkan Amanah dengan komunis secara tiba-tiba, tak ada siapa provok dia dan dalam bulan Ramadan," katanya yang juga ahli parlimen Sepang.

Beliau juga berkata, DAP juga boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Razman kerana gambar setiausaha agung DAP Lim Guan Eng turut ada dalam gambar yang dimuat naik.

"Dari segi undang-undang DAP boleh saman jika mereka mahu kerana tuurt dikaitkan dalam fitnah ini," katanya.

Razman juga sedang berhadapan kes saman fitnah oleh timbalan pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Pada tahun 2015, Nizar memfailkan tuntutan fitnah sebanyak RM3 juta terhadap Razman yang didakwa memfitnahnya sebagaimana artikel yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk Pendekatan Nizar mirip DAP. - Hazayani Zakaria/MD








RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala. 

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi.






FEATURED ADS





8 ulasan:

UP the Moderates berkata...

Razman Zakaria sudah kecut. beliau minta maaf. tapi, maaf beliau.. mcmana biasalah...mohon maaf masih nak tunjuk berlagak sombong!

Tanpa Nama berkata...

PLAYSAFE ke Playsave wahai lobai PJ.... sekolah orang putih ke TIDAK?

Tanpa Nama berkata...

Teruskan zaman.

Tanpa Nama berkata...

.
.

Sekarang ini kalau terima permohonan maaf jangan terima dengan air liur je.

Tuntut ganti rugi sebagai pengajaran.

Dan tarik balik kenyataan secara terbuka.

Razman minta maaf melalui kenyataan balas melaui wartawan bukan pada orang yang di tuduh sebagai komunis.

Saadun Sulaiman berkata...

Walau pun sudah memohon ma'af konon nya, saya berharap agar AMANAH terus menyaman si PJ Perak ini.Ia nya merupakan pengajaran kepada PJ ini dan juga para pemimpin PAS yang sudah PUS yang suka mengeluarkan statement yang berbau fitnah. Kalau tidak di laku kan, saya khuathir perkara yang serupa akan terus berulamg.

Tanpa Nama berkata...

.
.

Yang bagus nya, AMANAH saman dan DAP pun saman. Dua saman.

Kalau saman bersama-sama dapat duit nya kena bahagi dua. Tapi kalau buat dua saman, kena bayar dua ganti rugi.

Yang kena fitnah AMANAH dan DAP bukan nya HARAPAN.

Kes ini pun senang untuk hakim buat keputusan sebab PKR dan BERSATU tidak di label sebagai komunis atau barua komunis. Lagi pun DAP didaftarkan dengan ROS.

Cuma dia akan melengahkan sepertimana kes saman Nizar.

Macamana PAS macam itu lah UMNO yang menjadikan politik yang menentukan masa depan negara sebagai main-main. Cakap bodoh pun boleh. Cakap putar belit pun boleh. Usaha PAS selama ini nak Islam kan politik entah ke mana..

Ini cara PAS mengalihkan isu cincin permata ....

Tanpa Nama berkata...

Sy setuju dgn sdr semua. Sy ahli pas pn x suka dgn perangai suka fitnah pj perak....dh mcm cybertrooper....

Tanpa Nama berkata...

Teruskan saman.. cara mintak maaf sgt kurang ajar