25 Jun 2017

Islam Digunakan Untuk Pertahan Kerajaan Perompak

Amanah sedih Hadi guna Islam pertahan kerajaan pencuri dan perompak

Ketika Amanah merasa sedih Islam dipergunakan untuk mempertahankan kerajaan kleptokrak yang mencuri dan merompak wang rakyat, DAP pula menyifatkan presiden Pas sebagai pembela Datuk Seri Najib Razak paling besar berbanding pemimpin Umno sendiri.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, yang paling menyedihkan beliau dengan kenyataan Hadi adalah Islam digunakan untuk berhujjah membela Najib.

"Saya paling sedih Islam telah dipergunakan untuk membela Najib dan kerajaan klpetokratnya," kata Khalid mengulas gesaan Hadi agar jangan membawa negara luar untuk menyiasat isu 1MDB dan lain-lain penyelewengan negara.


Menurut Khalid, Hadi sudah terlalu ketinggalan zaman dalam isu ini.

"Apa yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika adalah menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak dari negara ini yang menyalahgunakan sistem di negara itu untuk merompak wang negara.

"Siapa yang nak panggil Amerika untuk menyiasat isu penyelewengan 1MDB di negara ini. Apa yang dilakukan Amerika adalah bertindakn ke atas penyelewengan yang berlaku di negara mereka," katanya.

Apa yang hendak dibuat di negara ini pula, katanya, adalah mahu menukar kerajaan yang merompak wang rakyat bukan mempertahankan kerajaan kleptokrat ini.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataannya ketika mengulas gesaan Hadi kepada semua parti politik berkata, Hadi adalah pembela Najib paling hebat berbanding dengan pemimpin Umno sendiri.

"Apa yang tidak boleh dilupakan di bulan Ramadan ini adalah perubahan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada pembela Najib dan skandal 1MDB lebih dari sesiapa pun dalam Umno sendiri," katanya.

Katanya, DAP tidak akan menyokong sebarang campur tangan asing ke atas isu dalaman negara ini, "tetapi kita juga tidak menyokong Malaysia menjadi negara kleptokrasi dunia."

"DAP tegas dengan pendiriannya kerana tidak ada agama yang akan menyokong korupsi dan kleptokrasi," katanya.

Berbeza dengan rakan pimpinannnya dalam Pas sendiri, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua pihak agar jangan menjemput pihak asing untuk menyelesaikan masalah dalaman negara seperti BMF, PERWAJA, Tabung Haji, KWSP, dan terkini isu 1MDB.

Dalam surat terbukanya kepada semua parti politik di negara ini, beliau meminta agar jangan bersorak gembira supaya diberi ruang penyelesaian isu dalam negara oleh mahkamah di negara asing.

"Apa pun keputusan isu dalaman kita, biar mahkamah kita sendiri menyelesaikan atau mahkamah rakyat kita menyelesaikannya.

"Sebodoh-bodoh dan sezalim-zalim dalaman kita, biar kita yang tanggung sendiri dan akhirnya berkat kesabaran, pasti sedar dan insaf,"katanya yang dipercayai mengulas tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika yang sedang menyiasat skandal 1MDB yang menggunakan kemudahan di negara itu untuk menipu wang negara. -MD


Bodoh luar biasa tuduh pembangkang mampu pengaruhi DoJ, kata Dr M


Menuduh parti pembangkang mampu mempengaruhi Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat satu kebodohan luar biasa, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menjelaskan keadaan di Amerika Syarikat berbeza dengan di Malaysia, di mana presiden pun terpaksa menerima laporan berkenaan salahlakunya daripada pegawai mereka.

“Amerika Syarikat bukan seperti Malaysia,” kata Dr Mahathir dalam blog hari ini. “Presiden biasa disingkir kerana perbuatan yang salah yang dilapor oleh pegawai agensi tertentu.”

“Itulah yang menimpa Presiden Nixon kerana skandal Watergate.”

Beliau menepis dakwaan pembangkang mampu mempengaruhi DoJ kerana tuntutan saman jabatan kerajaan AS itu mengenai jenayah yang dilakukan di negara itu, melibatkan bank dan harta di sana yang menyalahi undang-undang AS.

“Menuduh parti pembangkang di Malaysia mampu mempengaruhi DoJ adalah satu kebodohan yang luar biasa,” katanya.

“Semua ini tentu diketahui oleh orang Umno, terutama pemimpin mereka. Hanya yang telah disumbat dedak dalam mata dan telinga sahaja yang buta dan pekak yang tidak tahu.”

DoJ melalui tindakan terbaru yang difailkan di California mahu menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset termasuk karya seni, barang kemas dan hak filem yang dibeli dengan dana yang didakwa digelapkan dari 1MDB.

Aset yang disebut dalam permohonan itu termasuk hak filem ke atas 2 cerita komedi, “Dumb and Dumber To” yang dibintangi Jim Carrey dan “Daddy’s Home” yang dibintangi Will Ferrell. Pembikian filem itu didakwa dibiayai jutaan dolar dari dana pelaburan milik kerajaan itu.

Saman sitaan Julai tahun lepas mahu mendapatkan kembali semua aset termasuk tetapi tidak terhad kepada Hotel Park Lane di New York, sebuah hotel mewah di Beverly Hills, kondominium di New York, jet mewah, karya seni, serta biaya filem Martin Scorcese “The Wolf of Wall Street”, yang dibintangi Leonardo DiCaprio.

Keseluruhan nilai aset yang cuba didapatkan DoJ meningkat kepada AS$1.8 bilion (RM7.7 bilion) dengan tindakan mahkamah terbaru itu.

DoJ mendakwa dari 2009 hingga 2015, lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) milik 1MDB dilencongkan pegawai tinggi dana itu dan rakan mereka.

“Laporan DoJ menunjuk bagaimana berbillion ringgit yang diselewengkan disalahguna…duit diguna untuk beli kapal terbang, kapal mewah, hartanah dan bangunan mewah di AS dan United Kingdom, berlian beratusan juta ringgit sebiji,” kata Dr Mahathir.

“Kita tahu di Singapura beberapa bank hilang lesen kerana terlibat dengan salahlaku wang 1MDB dan lebih 6 orang didenda dan dipenjara kerana terlibat dengan penipuan duit 1MDB,” katanya.

Sementara itu, bekas perdana menteri mencatatkan rasa sedih melihat masih ramai ahli Umno masih bersama Umno sewaktu lawatannya ke Kubang Pasu, Kedah 21 Jun lalu.

Dr Mahathir berkata beliau kembali buat pertama kali selepas 14 tahun meletak jawatan sebagai ketua bahagian Umno, untuk berbuka puasa di Kodiang.

“Ramailah juga ahli-ahli Umno Kubang Pasu yang hadir dalam acara iftar itu. Saya sedih kerana ramai lagi dari mereka yang masih berada dalam Umno,” katanya.

“Tebuslah balik maruah Melayu, agama Islam. Janganlah begitu taksub kepada parti sehingga penyelewengan oleh parti pun tidak dipedulikan.”
-FMT


VIDEO BERKAITAN







RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala. 

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi.






FEATURED ADS





28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Si lebai yang bebal!!
Dah la bebal, tunjuk pula kebebalannya kpd seluruh negara.
Berat 66 doh lebai Al Maranji ni!!

Tanpa Nama berkata...

Sayang sekali ALLAH memberi kelebihan ilmu agama untuk di fahami
Dan di praktikan..saya amat malu sebagai *cucu* terkesima dgn pandangan
Seorang ulama sebegini...bole terpesong akidah jika tidak kuat memahami
Isi AlQalam secara jelas.

Umur saya baru 19tahun..pangkat cucu la kiranya.

mahligai seni berkata...

Semoga ahli PAS yang jujur dan mempunyai kecerdikan dapat berfikir mengenai perkara ini. Jangan sia-siakan undi anda, undilah pihak yang mahu "membersarakan" UMNO (BN). Jika ahli PAS terus mengundi PAS dalam keadaan pemimpin tertinggi dan barisan kepimpinannya bertungkis-lumus mempertahankan kerajaan sekarang, maka bersedialah menerima kutukan generasi akan datang yang teroaksa menanggung beban hutang dan kesukaran hidup dalam keadaan ekonomi yang sangat tenat dan maruah negara yang teruk terjejas.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak akhir zaman sepertimana hadis Nabi SAW. Ramai lagi spesis mcmana ni kat pati ni. Semua kejar habuan duniawi hinga sangup mengunakan agama bagi menutup kebathilan org yg sama jg yg mengkafirkan sesama islam. Maki hamun n gelar org dgn binatang mainan ditepo bibir. Allah tunjukkan sikap sebenar golongan ini. Nak tgk apa komen walaun ttg pemimpin mereka ni. Walak. KING MAKIE DIDAHULUKAN POLITIK NATANG DIUTAMAKAN. Slogan baru yg bole difikirkan. Hebat tuang PUNAIsihat. Tahniah.

lelaki dicermin berkata...

Allah beri sakit utk hapus dosa.. semoga setelah sehat ada kesedaran.. rupa.. masih di bulan ramadhan lagi.. sambung lagi.. sabar je lah sikap tuang presiden ni.. sian TITM. Sedikit2 nada TITM berkenaan arah politik parti pas.. rupanya di sangka panas hingga ke ptg.. rupanya hujan di tghari..hahahhahah.. tak sangka tuang presiden sehat..

Tanpa Nama berkata...

Nak tahu defines "bodoh" terbaru? Sila dengar apa yang si Hadi cakap, kalau nak lagi cepat, tengok muka dia di gambar pun ok.

Tanpa Nama berkata...

Ada 2 jenis ulamak. Ulama yang beramal selaras dengan ilmunya dan ulamak Su'. Fikirlah sendiri

Tanpa Nama berkata...

Apa harapan kita kepada golongan ini?

md zaimi berkata...

Memalukan Kesatuan Ulamak Dunia cara Haji Hadi berfikir..bagaimana nak bawak Islam di malaysia jika beginilah cara beliau berfikir...malu..malu..malu..

Tanpa Nama berkata...

Klu tuan guru memilih jalan berduri utk kelembah kezaliman pengikutny mengikut dgn alasan mengekalkan kuasa. Kami melihatny umpama menangguk di air keruh atau terikat dgn bantuan kewangan yg melimpah ruah... Maka itu adalah ujian kebendaan yg amat menyesatkan... Org ckp klu dah buat perjanjian dgn setan, 7 keturunan tak tentu tenang... Fikir2kan lah ketua lebai dan pengikutny lebai oiii...

LaM berkata...

Nak tahu siapa lebai Hadi, tanya orang Trengganu. Satu term sahaja orang Trengganu buang dia jadi MB. Ada hati nak nasihat orang luar Trengganu.

Tanpa Nama berkata...

.
.

Jika ahli PAS mahu selamat kan Hadi ini lah masa nya. keluar lah beramai ramai tinggalkan Parti. itu tanda sayang kepada Presiden dan sebagai tanda kejujuran sebagai ahli.

Tanpa Nama berkata...

Blh ja ramai2 minta YDP Agong tambah kuasa mendakwa utk SPRM. Xgaduh nk harap sgt DoJ tu. Nnt jd wayang ja bila ada kepentingan negara mereka.

Tanpa Nama berkata...

Inilah kita, bila bercakap xde lihat kejadian dahulu yg lenyapkan kepentingan Islam disesebuah negara. Sejarah byk mengajar tamadun dunia, begitu juga tamadun Melayu. Sbb apa Melaka jatuh ye? Sbb apa Inggeris dpt tanah Melayu ye? Sbb apa hidup Melayu segenting kera merempat sana sini ye? Sbb apa hilang Singapore dari tanah Malaysia? Bila difikir semua akibat sikap kita tidak bersabar & bersatu dlm membenteras kemungkaran. Raja2 Melayu lapis akan datang dh terbaik, tp pemikiran kita ikut telunjuk org yg nk kaut keuntungan dlm negara ini... Pelik. Sejarah Islam Spain, Uthmaniah dulu jatuh sbb begini episodnya. Bila diingatkan balik masih terkenal bumi kita sbg Suvarnabhumi & dgn gelaran ini byk mata beri perhatian utk menyamun di sini. Fikir2kan, jgn ada generasi akan dtg meludah di kuburan kita sbb sikap kita kini.

Tanpa Nama berkata...

Cerdik saudara ni. Apa fikiran kecerdikan saudara utk selesaikan masalah ni tanpa DoJ?

Tanpa Nama berkata...

Serban lg berat dari lebai 66 oi. Nk komen 66 elok la jd 99.

Tanpa Nama berkata...

.
.

Orang macam ini nak bentang Rang Undang—undang-undang...

Sistem dan proses keadilan sejagat pun tak reti?

Kes bunuh di Kuantan tetapi si penjahat telah melarikan diri ke Terengganu. Kerana penjahat tersebut kenalan rapat Keluarga pemimpin yang berpengalaman maka usaha untuk membawa nya kemuka pengadilan di halang.

Bukti di Kuantan tidak terpakai kerana tidak mengikut ketetapan undang-undang Islam Terengganu. Beginikah fahaman PAS?

Nampak nya PAS terang-terang menyokong perbicaraan mahkamah yang melihat kan profile tinggi. Kezaliman terhadap Anwar Ibrahim dan Keluarga adalah satu dosa yang berat.

Hadi tidak akan dapat peluang seperti Mahathir yang sempat memohon maaf dan berbaik semula dengan Keluarga Anwar Ibrahim.


Tanpa Nama berkata...

.
.

Apabila Tuan Ibrahim membuat kenyataan yang tidak memihak kepada Najib, maka akan di keluar lah berita bahawa Hadi semakin sihat.

Sihat ke apanya? Kalau setakat boleh menulis. Dah sakit serta semakin uzur pun masih tak sedar...

Ada puak yang tidak senang apabila Anwar Ibrahim menarik diri dari senarai nama bakal PM. Maka di buat lah kenyataan supaya dapat membuat orang bengang.

Semua kenyataan pemimpin PAS bersifat begitu di mana sebelum ini PAS Perak membuat banner mendakwa DAP komunis dan AMANAH sebagai barua.

Tanpa Nama berkata...

.
.

Hadi tidak tahu sekarang dengan keadaan nya, orang-orang disekelilingnya dapat `rezeki' lebih dari dia.

Tanpa Nama berkata...

Nak tahu juga siapa sebenarnya gerangan tukang karang surat terbuka hj hadi. Agaknya kumpulan penasihat pensyarah kangkong dari IPTA tempatan, geng ostad olama dan geng menantu n sms Subang Jaya bersama kumpulang penyelidok PAS pusat dan institot strakeji pusat alang shutrimong. Ada yang berani mengaku terutama dari para pensyarah-pensyarah kangkong sekalian.
Punyalah teruk....

Tanpa Nama berkata...



Dia lah bapak pitnah yg pakai jubah dan brserban besarr

Pitnah adalah kelaku org yg syirik dan murtad dikalangan munafiq tegar!

Org yg tergamak buat pitnah adalah krn coba mnutupi rahsia mnCURI smbunyi2!

Wang besar 90juta++ yg diCURI mngambil tempat TUHAN yg wojib diprtahankan!

Lalu syirik n murtad mnjd trang apb Nilai/firman-TUHAN ditunggangTebalikkan!

Mnjd ironi skali apb sibapak pitnah itu maseh glamor mnjd Imam semayang!

Ha ha ha bayangkanlah..bapak poteng pitnah n mnCURI mnjd Imam semayang!?

Sbb itulah petir dan RIBUT tlh dtg mngHEMPAP menerajang mmberi amaran!

Tanpa Nama berkata...

Kalau macam tu gak mat saleh US datang ke Terengganu kemudian memproses dan menjual pil kuda di Terengganu tak boleh ditangkap dan didakwalah di Terengganu. Kerana ini akan akan ada campur tangan msia terhadap US.

Tanpa Nama berkata...

MAKA SIA-SIA AMALAN PUASA U SEBULAN, SIA-SIA SEMUA ILMU AGAMA U BELAJAR, DAN SIA-SIA SEMUA IBADAH U TGHA. NO ONE HERE NAK USA MASUK CAMPUR URUSAN NEGARA, BUT FACT NAJIB YG BERI GREEN LIGHT UTK MASUK URUSAN NEGARA. BAGUS-BAGUS NAJIB LETAK JAWATAN TO SOLVE THE ISSUE, DIA RELAKAN PRMERINTAHAN NEGARA DINODAI OLEH YAHUDI LAKNATULLAH DEMI MEMENUHI NAFSU BESAR WANITA PUAKA YG JADI ISTERI DIA. SEKARANG SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA SUDAH TERUMBANG AMBING. PEGAWAI BERPONTENSI DIPECAT, PEGAWAI YG KORUP DILANTIK, ALMOST SEMUA JABATAN DIKUASAI OLH PEMIMPIN KORUP, SAMPAI FILEM WONDERWOMAN YG DILAKON OLH YAHUDI PUN BLH DIBENARKAN DITYGKAN DI MALAYSIA. FINAS U HAVE MAKE U MAD, BERANI U BENARKAN WANG RAKYAT M,SIA DISALURKAN KPD YAHUDI SECARA TAK LANGSUNG MELALUI FILEM WYG.WHAT A U DOING? WHERE IS YOUR SENSITIVITY?

Tanpa Nama berkata...

pak lebai ni semua hidup di bawah tempurung... bodoh2 belaka.

Pas dah jadi parti cap ayam dengan kepimpinan yang ada sekarang....

Hanya hantu akan undi Pas....

Tanpa Nama berkata...

Lebai malang yang bodoh lagi bangsat..

Tanpa Nama berkata...

Mengembalikan ingatan kita kepada cerita rakyat. Cerita Sang Kancil menipu para buaya di sungai (sila rujuk kisah itu). Kancil menggunakan nama Nabi Sulaiman agar buaya menurut perintahnya.
Itulah puak itu nampaknya, menggunakan nama Islam bagi menghalalkan tindakannya.

ahn berkata...

Kena hantar tuan presiden ke kelas AMLA baru blh faham isu....kalau hal ni pun blh keliru, mcmana la nak pimpin ummat

Tanpa Nama berkata...

Lebai malang ke, atau lebai Marang yang anda maksudkan? Rasanya lebai Marang, betul tak?