17 Mei 2017

[VIDEO] PKR AJAR PAS BAGAIMANA JADI PARTI BERMARUAH

PKR arah semua lantikan politik di Kelantan letak jawatan serta merta

PKR membuat keputusan supaya semua lantikan politik parti itu dalam Kerajaan Negeri Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta.

Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Azizah berkata, perkara itu telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.

"PKR juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik PKR dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.


"Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan," katanya selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Sementara itu, beliau memaklumkan, kedudukan Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor akan diputuskan pimpinan PKR selepas Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR kembali daripada lawatan kerja di luar negara.

"Kedudukan Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor telah dibincangkan pada malam ini dan akan diputuskan pimpinan PKR bersama Datuk Menteri Besar Selangor sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke luar negara," katanya.

Pada 11 Mei lalu, Majlis Syura Ulamak Pas sebulat suara menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR serta merta kerana parti itu dikatakan melanggar beberapa syarat kerjasama politik yang terjalin sekian lama.

Sejak perkara itu diputuskan, Azmin belum memberi sebarang kenyataan tentang nasib tiga Exco Pas yang berada dalam barisan Kabinet Negeri Selangor.

Isnin lalu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beliau telah bertemu dengan tiga exco berkenaan dan sehingga ini parti itu tidak dimaklumkan terdapat sebarang arahan supaya mereka meletak jawatan oleh Azmin.

Selain itu, Wan Azizah berkata, meskipun PKR menerima keputusan Pas membatalkan kerjasama politik tetapi PKR menolak alasan-alasan yang diberikan Pas.

"PKR menerima keputusan Pas yang telah membuat ketetapan muktamad untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR tetapi PKR menolak alasan-alasan yang telah mereka berikan.

"Ini walaupun PKR telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan di antara kedua-dua parti," katanya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Justeru, katanya, PKR akan segera mengatur langkah bersama Pakatan Harapan dan sekutu lainnya yang mendukung agenda reformasi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). -MD



ULASAN GB

Demikianlah tegak berdiri sebuah parti yang bermaruah. Apabila PAS telah memutuskan tahaluf siyasi dengannya, maka diambil keputusan mengarahkan semua pegawai lantikan politik di negeri Kelantan yang menguasai PAS suapa meletakkan jawatannya.

Ada yang tertanya-tanya, bagaimana pula keputusan di Selangor?

PKR sudah pun menjawabnya secara halus di dalam tindakannya di atas. Ertinya ia juga mahu PAS berbuat demikian di Selangor. Mesej itu loud and clear.

Tetapi memang disangsikan oleh kita samada PAS akan berbuat demikian kerana (dengan maaf) PAS dikenali sebagai sebuah parti gila kerusi dan gila kuasa.

Pelbagai alasan telah diberikan kononnya, mandat rakyat, kononnya lantikan Sultan dan bermacam alasan lagi apabila tembolok yang sudah nak bocor.

Parti yang tidak bermaruah itu akan akan ditendang oleh rakyat pada PRU akan datang nanti. Insya Allah. '



FEATURED ADS





17 ulasan:

Awanama berkata...

Bagi isyarat pada tok2 lebai... boleh BERAMBUS...! Orang berpolitik dia pun nak berpolitik, orang berparti dia pun nak berparti... hidup pun menyusahkan orang ramai. Aku pun dah hilang hormat kpd orang2 berserban ni

Awanama berkata...

esok pagi berlangsunglah Majlis Pecah Tanah Kondo Masjid Telipot yang rentetan surat bantahan kepada banyak pihak supaya Masjid diperbesarkan dikesampingkan dan tidak didengari oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Untuk pengetahuan semua Tanah yang bakal dibina Kondo ini adalah tanah yang anugerahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan semasa zaman Datuk Asri untuk dijadikan Taman Asuhan Kanak-Kanak pertama di Kelantan dan bila Zaman Tan Sri Mohamed Yaacob pula diperkemaskan dengan diletakkan dibawah jagaan YIK (BUKAN DIBERI MILIK KEPADA YIK) bermula 1978 dengan niat ia terus menjadi kawasan institusi pendidikan dan mengembangkan syiar Islam; tapi bila tiba kepada giliran Kerajaan PAS Kelantan sekarang setelah habis tanah hutan difaraidkan untuk balak, mereka senyap2 memasukkan permohonan merancang membina kondominium 24 tingkat dengan menggunakan Lot 235, Seksyen 20. iaitu Lot Masjid itu sendiri selepas PRU13 pada 21 Julai 2014, pada ketika ini Nama YIK masih tiada dalam Geran Tanah tersebut.

Setelah kelulusan diperolehi, YIK mencari bbrp pelabur dan tak kurang juga yang tidak berminat sehinggalah pada 21 Jan 2016 Syarikat Jalur Saujana Sdn Bhd yang menandatangani MOU ini untuk membina dan untuk tidak menimbulkan kemarahan Rakyat tentang ini mereka telah menggunakan Orang Islam sebagai Penama dalam syarikat walau hakikatnya ia adalah milik sepenuhnya Protasco Berhad. dibawah Dato Sri Ir Chong Ket Pen. dan mereka maklum kepada Rakyat ini adalah kondo Patuh Syariah pertama seumpamanya di dunia.

petikan dr blog pinkturtle2

bukan umno sj yg jual hak melayu ISLAM kpd cina, parti yg btopengkan ISLAM pun sama. patutler tak sabar nak menangkan umnobn pru akan dtg.

Awanama berkata...


ISLAM apakah ini??

1--Brhujah/bahas demi KBNARAN tak berani..

2--Analisa2 yg berfakta dgn integrity jauh sekali..

3--LURUS-etika trhdp AUDIT mnjd pantang & dianggap kapir harbi?

4--Saman MARUAH dimahkamah takut,tipu berpusing2 beralasan bertangguh2!

5--Dah trang2 uturn PONTENG fitnah menCURI ada hati lg nak tipu dgn hudud-RUU?

Adakah ciri2 diatas ini LAYAK mnjd pewaris nabi2?

ATAU..

Mrk dah terang nyata tlh pun "mempersenda" serta mnjd MUSUH kpd nabi2!?



Biarkan BALA' dtg bertimpa2, biarkan..

Biar Allah ajar satu persatu dgn JAWAPAN total melalui makhluk2NYA yg bernama..
---Petir
---Banjir
---Angin RIBUT
---Angin Lintang dsb

Lobai olarmak maseh mampu menipu KELIRU walauns2 yg dibawah, ttp sesekali TIDAK akan dpt menipu makhluk2NYA yg LURUS-kudus sprt yg diatas itu..

Adakah petir banjir & RIBUT itu tidak tahu bhw mrk tlh pun menCURI 90juta serta merembat BALAK beratus-ribu ekar??



Awanama berkata...

Betul tu tuan.aku pun skrg ni bila tgk org bserban jd menyampah.dulu aku tabik hormat org2 bserban nih.skrg kerana perangai pas aku jd menyampah meluat seolah olah org bserban nih perasan alim ahli syurga. Padahal Allah xmenilai dr pakaian semata2.Maaflah org2 yg bserban.Walaupun bukan semua org bserban ni akhlak buruk tp sesetengah org bserban ni membusukkan nama korg.ini pandangan aku sendiri sbg seorang islam. Apatah lg pandangan org kafir. Betul lah pas ni parti yg merosakkan nama islam.. Phuiiii.

matakanan berkata...

sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua....
seindah berkopiah jubah cantik pada pandangan, rupanya yang didalam nya makin membusuk.
lihat lah wahai orang orang Islam di mana letaknya sifat sifat sebagai ulamak.
harapkan pagar pagar makan padi
ulamak macam ini patut kita turuti,berubah lah wahai ulamak ulamak ku demi aqidah umat islam seluruh malaysia.....
aku doa supaya allah jauhkan ulamak ulamak ku dari pekara pekara keji....
jauhilah dari sifat sifat ulamak akhir zaman....pesanan rasulullah berkaitan ulamak kan ada.

Awanama berkata...

Contoh terbaik buat PKR -Kalau macam ni InsyaAllah ke Putra Jaya

Awanama berkata...

Parti Pak Lebai sudah tak laku lagi... Dulu saya undi parti pak lebai ni.... Today I say PAS can go fly kite. Parti cap ayam ni tak boleh pakai lagi.....

Pemuda Pinang Sebatang berkata...

PAS buat perumpamaan le tu..bila BN menang tubuh kerajaan, so PAS yg mungkin menang atas mandat rakyat bleh dpt jawatan exco juga..bukan PR/PH ja yg bleh bagi jawatan..

Awanama berkata...

Gila betul pemimpin pass dgn ameno nie..

Awanama berkata...

fitnah tuduhan pas kata pkr kerjasama dgn pihak (Amanah) yg mahu menjatuhkan pas Kelantan adalah tuduhan berat dan org gila.

namun utk membersihakn fitnah itu maka amat relevan pkr Tarik balik semua org pkr yg berjawatan di Kelantan. so pas Kelantan nk tuduh apa lagi kt pkr.

kalaupun Amanah nk jatuhkan pas Kelantan, itu hak dia. tp pas musuh juga dgn kawan amanah dan apa saja yg berkaitan dgn Amanah.

apakah selepas ini isu dua imam, kubur asing, cerai berai, takfir(dh berlaku pun) pas kpd Amanah akan berlaku?.. selepas ludah pas diwajah umno dijilat semula penuh lahap oleh hj hadi.

tuduhan pkr menentang ruu juga adalah kerja org gila pas.

semasa nk bawa ruu ada tak bincang dgn sesame PR? klu takde jgnlah marah ruu ditentang(bukan tentang islam).

dh tk diajak bincang, bila org tk sokong, dimusuhi pula.


hati2! siapa dibelakang hadi? rasanya ada unsur syiah kerana syiah pasti tidak puashati kerana Negara ini menetapkan syiah ajaran sesat.

ulamak yg boleh didedaki seperti hadi diperguna oleh syiah utk menjahanamkan pas.. satu2 nya gerakan islam yg disegani sebelum ini.

jgn asyik ckp DAP agen yahudi, anwar agen asing saja... pas juga dilihat seperti agen asing iaitu syiah.

dan amat memalukan kerana umno tidak berapa minat dgn tahaluf siasi dgn pas buat masa ini. kerana pas sedang ditolak rakyat, maka tahaluf dgn pas dilihat mengancam pengaruh umno dn lebih dibenci rakyat.


org jahat ni tkde sapa yg sudi dgn mereka.. org jahat lain pun tak hingin. tp adatlah penjahat akan kata dia suka nk sendirian, walhal takde sapa yg minat kt dia.



Awanama berkata...

.
.

TN 4 33

Saya pun . Dulu abang saya selalu cakap tak baik pasal orang berserban atau berkopiah ini, saya marah jugak. Tapi bila tenguk Lebai macam ini memang saya yang silap.

Tuan pun silap.

Silap kita ialah memandang tinggi pada mereka dengan perwatakan alim.

Kita jaga diri kita supaya sentiasa ingat Allah.

Awanama berkata...

..

"bermacam alasan lagi apabila tembolok yang sudah nak bocor."


Bocor boleh tampal kan ?

Bila usus bocor .. kira penamat lah .

Awanama berkata...


Bila ribut dtg menerajang
Terang dan nyata bala dan murka
Segala amal tahajjud semayang
Niat yg palsu dipamer yg Esa

Awanama berkata...

Bukan kamu bertiga kat atas tu je yg rasa begitu...ramai lagi hingga tak boleh dihitung.
Mudah2an kita tak meluat dgn jenis pakaian mereka, kerana jubah dan serban ada lah pakaian sunnah Rasulullaah saw. Cuma kita meluat bila pemimpin2 parti cap bulan yang pakai.

Bagi teman, bila tengok penyokong Pas pakai jubah dan serban, teman naik meluat jugak kat mereka tapi bukan pada pakaian mereka.

Pemimpin2 atasan cakap nya besar tapi berak berteman...(baca hujjah tak tentu hala), yang di bawah pula, entah ke happa-happa pandangan politik mereka.... walak sungguh2 hingga walak buta tuli kpd mr presideng and the geng!!

Awanama berkata...

Assalam...abah saya penyokong tegar pembangkang...dari zaman 46 hingga la ke zaman PR dan seterusnya PH.....bila balik bersembang politik...tahu tentang perkrmbangan semasa....tapi hari selasa lepas....pada usia 77 th...abah saya telah menemui Allah..penciptaNya....1 rasa yg x smpai hajatnya..tuk melihat BN kalah dalam PRU....sedih saya...mohon doakan abah saya ditrmpatkan dikalangan org yg beriman.....alfatihah.

Awanama berkata...

Marah pada perbuatan zalim pemimpin politik xpe. Tapi kawal diri. Jangan smpai marah pada jubah serban janggut @ mana sunnah Nabi. Kena bezakan dua tu.

Awanama berkata...

Duit puluh puluh ribu sebulan sapa nak kasi..kalu letak jawatan rugilah apa pun tak dapat..macamana nak laksana islam..hahaha.
Itulah saja alasan lebai setiap kali bila rasa rugi..boleh percaya ulamak tapi bukanlah ulamak pas.