17 Mei 2017

[VIDEO] Rafizi Minta Semua Ketua Bhgn UMNO & Pimpinan BN Yang Terima Wang SRC Kembalikan Wang Rakyat itu

Rafizi dakwa Umno, BN terima RM10.2 juta duit SRC dari Najib

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa Umno, termasuk ibupejabat dan beberapa bahagian, serta parti-parti komponen BN, menerima sejumlah RM10.02 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Rafizi mendakwa wang yang disalurkan oleh Najib itu adalah dana daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.


Dakwaannya itu dibuat berdasarkan dokumen siasatan yang bocor yang kemudiannya dimuat naik di sprminsider.blogspot.com, tetapi disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

SRC International kemudian diambil alih oleh kementerian kewangan yang diterajui oleh Najib, pada tahun 2012.

Rafizi, dalam satu kenyataan hari ini, mendakwa transaksi berlaku di antara 22 Julai 2014 dan 3 Mac 2015.

Beliau menyenaraikan wang yang didakwanya disalurkan daripada akaun peribadi perdana menteri seperti berikut:

22 Julai 2014 - RM170,000 kepada BN Bandar Tun Razak
22 Julai 2014 - RM1.5 juta kepada ibu pejabat Umno
24 Jul 2014 - RM1 juta kepada Umno Pulau Pinang
26 Ogos 2014 - RM5 juta kepada ibu pejabat Umno
Feb 17, 2015 - RM1 juta kepada Upko
17 Feb, 2015 - RM50,000 kepada Ketua Umno Padang Serai, Asmadi Talib
Feb 26, 2015 - RM1 juta kepada Umno Pulau Pinang
3 Mac 2015 - RM300,000 kepada Umno Johor Bahru

“Saya dengan ini mendesak supaya semua yang dinamakan di atas memberi maklumbalas mengenai dokumen ini dan membersihkan nama mereka.

“Saya juga menggesa supaya mereka memulangkan kembali wang ini kepada SRC, terutamanya Upko yang berisiko tinggi berkemungkinan besar menerima wang Tabung Haji untuk perbelanjaannya; jika mereka tidak dapat membuktikan mereka tidak menerima wang ini seperti yang didedahkan dokumen,” katanya.

Pada 3 Mei lalu, Rafizi membuat dakwaan sama berdasarkan blog sama, dengan mendakwa pelbagai organisasi berkaitan media, syarikat dan individu termasuk seorang pembantu kepada perdana menteri, menerima dana SRC daripada Najib.

Antara lebih daripada 30 penerima yang dinyatakan di dalam dokumen berkenaan, termasuk kedai barangan kemas De Grisogono di Arzachena, Itali, yang kononnya menerima 10 bayaran berasingan yang berjumlah 763.500 Euro (RM3,595,916.53 berdasarkan kadar pertukaran semasa) pada tahun 2014.

Ketika dihubungi kemudian, pemimpin Padang Serai, Asmadi menafikan dakwaan terbaru Rafizi itu.

Naib Presiden Upko Datuk Marcus Mojigoh juga menafikan menerima wang daripada perdana menteri, tetapi berkata adalah "normal" untuk parti menerima dana.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan ulasan daripada mereka yang lain yang dinamakan itu.

Najib dipercayai menerima sehingga RM74 juta daripada dana SRC International pada tahun 2014.

Sebahagian daripada wang berkenaan yang berjumlah RM32 juta, diperincikan menerusi dokumen yang dipegang oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali apabila beliau membersihkan Najib daripada sebarang salah laku pada Januari tahun lalu.

Mohamed Apandi berkata Najib tidak tahu bahawa dana daripada SRC International telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya dan berpendapat wang itu sebahagian daripada deposit berbilion ringgit yang didakwa beliau adalah sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab Saudi.

Najib juga menafikan menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

Semalam, Mohamed Apandi enggan mengulas mengenai kesahihan kertas siasatan yang didakwa bocor berkenaan.

Beliau berkata SPRM akan mengemukakan siasatan SRC kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh sebulan. -mk



ULASAN GB

GB memohon maaf kerana telah agak lama tak kemaskini blog.

Selain dari bebanan tugas yang banyak, kesihatan GB juga agak terganggu mutakhir ini.

Semuga Allah mengurniakan kesembuhan dan kekuatan untukku untuk terus berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan.



FEATURED ADS





20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah memberikn kesihatan kepada tuan blog... Ameen...

Ahmad Fuaad Ahmad Sabki berkata...

Semoga tuan d beri kekuatan yg pd ketika ini sgt penting utk umum mendapat maklum balas mutakhir...

mat akhir kamis berkata...

Di doakan mudah mudahan tuan di kurniakan kekuatan dan kesihatan yg baik. Amin

Tanpa Nama berkata...

Setiap hari tak kurang 4 kali saya buka blog GB, memang dah lama sangat tak update.
Saya doakan semoga tuan sihat sejahtera
dan dapat terus aktif dengan blog ini

Tanpa Nama berkata...

Kami dibelakang takbir senantiasa mengikuti tuan,moga sihat...Ameen

anon berkata...

Semoga Allah memberikn kesihatan kepada tuan blog... Ameen...

Zoy64 berkata...

Teruskan perjuangan tuan.....

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjuangan tuan

pok amid littor berkata...

Saya pun tk kurang jika dibandingkn dgn sdra. Memg ternanti2 utk membaca posting dlm blog ini.

Moga Allah cepatkn sembuh penyakit sdr

pak maun berkata...

Alhamdulillah. Mulanya saya ingatkan blog ni dah kena sekat oleh skmm.

Semoga GB sembuh segera

Tanpa Nama berkata...

Akhirnya persoalan knp lama tak update terjawap...semoga tuan admin diberikan kesihatan dengan sebaiknya utk meneruskan apa yg tuan usahakan.dan semoga dilapangkan dan dipermudahkan urusan tuan dari segala kesulitan insya allah...

Jasni Tajudin berkata...

Tertanya-tanya juga kerana tuan tidak muncul seketika....semoga tuan sentiasa dibawah rahmat, keberkatan dan afiat dari Allah

Tun Perak berkata...

Welcome back greenboc....may Allah give u good health and more stronger since pru14 very near already.....

Tanpa Nama berkata...

Moga Kesihatan bertambah baik ..org muda dahaga maklumat . untuk berjuang selamat kan Malaysia

omar daud berkata...

Salam"

semoga tuan diberi cepat semboh,jgn lupa banyak2 istifar,mkn ubat.

matakanan berkata...

semoga tuan cepat sembuh,di rahmati Allah,diberi kekuatan untuk terus memperjuangkan kebenaran.

Pemuda Pinang Sebatang berkata...

Syafakallah tuan GB, byk kali buka blog tgk lama tak update..upanya tak sihat ye, moga Allah beri kesembuhan & kesihatan utk terus berjuang serta istiqamah membongkar salahlaku pemimpin yg zalim..

Tanpa Nama berkata...

.
.

Jika tuan adalah tuan punya blog Mahazalim@Mahafiraun, bermakna saya telah bersama tuan sejak berpuluh tahun.

Tuan adalah sebahagian dalam kehidupan saya walaupun kita tidak pernah bersemuka.

Saya hampir bertanyakan soalan mengenai khabar tuan di blog lain.

Jangkaan awal saya mungkin tuan sibuk menerima menantu kerana ikut kan umur tuan dengan saya tidak banyak berbeza tetapi saya belum lagi bermenantu. Maaf kalau saya menyinggung tuan.

Kemudian kerana tempoh nya terlalu lama saya mula fikirkan tentang kesihatan. Kan umur kita lebih kurang.

Saya pun berdoa bukan sahaja tuan diberi kesihatan yang baik tetapi juga di beri kekuatan mental dan fizikal yang kuat.

Peruntukan masa untuk riadah dan rehat yang solid walaupun sekejap.


lan lah berkata...

Semoga allah mengurniakan kesihatan yang baik untuk tuan.amiin.

Tanpa Nama berkata...

Saya juga mendoakan semuga tuan cepat sembuah dan sehat wal afiat. Saya salah seorang yg sering mengikuti penulisan dari bloge tuan. Dalam seminggu ini kelihatan bloge tuan tidak aktif ingatkan tuan ke luar negara rupa nya tidak sehat. Makan ubat tuan supaya cepat sembuh.