30 Mei 2017

[VIDEO] Larang Bukan Islam Berbuka Puasa Bukan Ajaran Islam

PKR: Islam tidak halang orang bukan Islam sertai acara Ramadan

Menghalang orang bukan Islam menyertai majlis berbuka puasa Ramadan melanggar ajaran Islam, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini.

Mereka yang mahukan larangan seperti itu menyebabkan Islam kelihatan “hodoh”, katanya lagi merujuk kepada Jaringan Muslimin Pulau Pinang, yang menunjuk perasaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng minggu lepas.

Mereka tidak mahu Lim menyertai majlis berbuka puasa kecuali beliau memeluk agama Islam terlebih dahulu.


Penasihat strategi kepada Lim itu berkata seruan kumpulan itu melanggar ajaran agama kerana Islam mengalu-ngalukan semua orang untuk bersama berbuka puasa tanpa mengira kepercayaan mereka.

“Ajaran Islam itu mudah, tetapi pengikutnya mudah keliru kerana terlalu obses dengan sesuatu perkara tertentu.

“Dalam Islam ada perkara wajib, sunat, haram, makruf dan harus. Berpuasa itu wajib bagi orang Islam.

“Orang bukan Islam seperti ketua menteri tidak perlu berpuasa tetapi ia wajib bagi orang Islam. Berbuka puasa bersama saudara kita yang bukan beragama Islam adalah harus, tidak kira kamu berpuasa atau tidak.

“Tindakan kumpulan itu memberi wajah yang hodoh kepada Islam, mengikut ajaran al-Quran dan Rasul,” kata Saifuddin pada sidang media di Komtar hari ini.

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang turut hadir di sidang hari ini terkejut kerana penunjuk perasaan tempoh hari tidak mempertikaikan tindakan ahli PAS berbuka puasa dengan Lim di sebuah masjid di Penanti.


“Saya ingat 6 tahun lalu di pilihan raya kecil Penanti, Lim menghadiri majlis buka puasa bersama ulama PAS. Agak lucu kerana mereka tidak kata ia haram pada masa itu.

“Pemimpin dunia juga berbuka puasa sesama mereka. Contohnya Presiden AS Barack Obama, Perdana Menteri Singapura dan lain-lain yang mengadakan rumah terbuka untuk majlis berbuka puasa di bulan Ramadan.


“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada ketua menteri kerana majlis berbuasa cara yang baik untuk memupuk perpaduan rakyat Pulau Pinang,” katanya.

Pemimpin Amanah ini, yang juga Adun Changkat Jering, sebelum itu menghubungi Lin dan sedang berkunjung ke Pulau Pinang.

Minggu lepas, Pengerusi Jaringan Mohd Hafiz Noordin menuduh Lim dan exconya mencampuri urusan penfatwaan dan memberitahu Lim jangan menyertai himpunan berbuka puasa di bulan Ramadan.

Hafiz berkata jika setiausaha agung DAP itu mahu berbuka puasa dengan orang Islam, beliau perlu memeluk agama Islam terlebih dahulu.

“Kita nak berpuasa daripada kekufuran. Kita nak baiki diri daripada berketuakan kafir macam DAP ini.

“Kita nak minta Guan Eng, berhenti buka puasa, kalau betul nak buka puasa, masuk Islam. Jangan main-main agama kita,” katanya kepada 50 penunjuk perasaan di luar Masjid Simpang Enam di Jalan Macalister selepas solat Jumaat minggu lepas. -FMT


Larangan JMPP bukan ajaran Islam, kata exco


Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menasihati orang ramai agak tidak terkeliru dengan Islam yang dibawa oleh kumpulan Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP).

Exco Agama Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim, berkata langkah menghalang orang bukan Muslim menyertai buka puasa bukanlah ajaran sebenar Islam.

"Ia adalah keterlaluan. Orang Pulau Pinang yang cintakan keamanan menolak tingkah laku melampau ini," katanya pada sidang media di George Town, Pulau Pinang hari ini.

Abdul Malik mengulas kejadian kekecohan berlaku di depan Masjid Simpang Enam apabila ada penyokong JMPP menampar pegawai ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad selepas sembahyang Jumaat.

Zaidi yang juga bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia diserang ketika bertanya mengenai isu campur tangan kerajaan negeri didakwa pemimpin JMPP, Mohamed Hafiz Nordin pada 26 Mei lalu.

Bagaimanapun kekecohan itu berjaya disuraikan melalui campur tangan anggota keselamatan.

Mohamed Hafiz adalah bekas ketua pemuda PAS.

Kata Abdul Malik, sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan agama, memang menjadi kelaziman orang bukan Islam menyertai orang Islam berbuka puasa semasa Ramadan.

Beliau menambah di Pulau Pinang Ketua Menteri Lim Guan Eng memang sering menyertai acara berbuka puasa sejak 2008 lagi.
-mk






FEATURED ADS





23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) bawa ajaran sesat dan agresif, perlu dijauhi dari masyarakat.

Tanpa Nama berkata...

Kesian tengok si tua tua dalam PAS ni. Perangai yang ditonjolkan mencerminkan kebodohan dan ahlak yg tidak baik.
Tidakkah mereka rasa bersalah demi menegakkan benang basah? Tindakan mereka ini tidak lain dilihat sebagai provokasi politik sejak parti agama itu memutuskan hubungan politik dengan DAP dan Pakatan Harapan.
Kita harus bersyukur kerana golongan seperti ini tidak banyak dalam masyarakat kita..mereka ini spesis yg akan pupus ditelan zaman.
Pemahaman tentang agama Islam mereka tidak lebih dari hal hal seperti syarat sah puasa, mandi wajib, haram itu dan ini, dan tidak menjangkau globalisasi.
Walaubagaimanapun, masih belum terlambat untuk ditarbiahkan, itupun kalau mereka berfikiran terbuka. - TQ Ancient Mariner

Tanpa Nama berkata...

Pengikut PAS yang dimotivasi oleh hadi awang adakala yang halal jadi haram dan yang haram pula jadi halal inilah jadinya tapi semasa berceramah agama semua boleh.

Tanpa Nama berkata...

Pandai dia sebut lakum dinukum waliadin, tak sedar sikap dia tu sendiri menunjukkan Allah dah gelapkan hati dia. Spesis begini saja yang ada di pas, dari yang jawatan tertinggi sampailah walaun. Seolah-olah kumpulan mereka saja yang Allah pilih untuk memimpin Islam yang lain tak layak. Tanpa mereka sedari sesungguhnya Allah telah sedikit demi sedikit menyesatkan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Dulu lagikan perkara besar kalimah Allah pun PAS benarkan orang kafir guna, kenapa sekarang hal kecil makan buka puasa pun tiba-tiba tak boleh?

Siapa dulu yang sanggup bagi orang kafir berceramah dalam surau dan baca sepotong hadis, kemudian ramai-ramai terpekik bertakbir menyokong?
Siapa dulu yang heboh bagi orang kafir keluar masuk berucap di masjid dan surau?

Tak payahlah nak hipokrit konon pertahankan agama.
Dulu sanggup gadai jualkan kalimah Allah.
Kenapa dulu tak sensitif dengan hal kalimah Allah tapi sekarang over sensitif pula dengan hal kecil isu buka puasa??

Inilah parti flip flop namanya.
Hukum diolah mengikut keadaan semasa tapi bukan ikut hukum agama.

HIPOKRIT !!

Tanpa Nama berkata...

Sebelum masuk islam belajarlah tentang islam,belajar mengenal apa itu islam dan rukun, tatacara dan adab.Dlam Islam tidak ada larangan yang mengatakan non muslim haram menyertai majlis majlis berbuka puasa,kelakuan ini tidak mendatangkan fitnah, Digalakan non Muslims burbuka disamping beramah dan berhikmah, sila nikmati rezeki itu bersama bersama umat yang berpuasa.. bagi non Muslims diharap anda anda tidak keliru diantara melayu dan islam, islam tidak melarang tapi segelintir melayu kacukan umno memandai mandai.. Pada puak tu tak payahla extreme tahanla nafsu sarakah tu beramal ibadah lebihkan buat fardu fardu kifayah.. jaganla nencari dari salah orang ubatla penyakit hasad dengki yang menjadi sesumpah orang melayu.

Tanpa Nama berkata...

Nanti ada pula kenyataan yang lebih bahalul, "Orang bukan Islam tidak boleh membeli makanan di Bazar Ramadhan.

Jaring Ikan berkata...

wahai Jaringan yang bodoh. perbuatan mu itu sungguh memalukan umat dan bangsa.

tidak kah ada kerja bodoh lain yg kau boleh buat yg tidak menyusahkan org dan melibatkan agama? seperti mengira daun pokok kelapa kat balik pulau atau membilang tiang2 dan besi2 jambatan pulau pinang.

apa hak kau nk halang tuan rumah menjemput LGE berbuka puasa?

sekiranya aku diberi pilihan aku lebih rela menjemput LGE berbuka puasa dpd muka2 kartun Jaringan kamu. sekurang2nya LGE VIP sebb Ketua Menteri. kalau jemput kau orang buat habis lauk je. tak cukup makan berbuka nk dimakan dedak pula.

lagi satu.. kunun marah sebb kerajaan negeri campur tangan fatwa negeri. tentulah kerajaan negeri berhak tau dn boleh memberi pandangan dlm menentu fatwa sebb mereka yang akan kuatkuasakan fatwa bersama jabatan agama.

takkan pentadbir nk laksana apa yg mereka tidak tahu. nanti puak dol Jaringan kata pula LGE tidak kisah masalah umat islam.

apa yg cuba difitnahkan ialah Jaringan cuba memberi persepsi bahawa LGE lah seorang yg menentukan fatwa. tidak ada org islam lain dlm pentadbiran P.Pinang.

telah diberitahu oleh mufti yg kerajaan negeri tiada campur tangan dlm penentuan fatwa, mereka hanya perlu dimaklumi... tp puak Jaringan ni pekak badak dan buta hati. ckp mufti pun ditolak tp nk tunjuk kunun lebih islam dr mufti.

beginilah senang cerita.. ni dh masuk Ramadhan.. sila tunjuk yg Jaringan ni sgt islamik. setiap ahli kamu yg demo dan pukul org tu sila jadi imam solat tarawikh sepanjang Ramadhan. setiap subuh hendaklah berada Jemaah di masjid. setiap hari sedekah. tadarus qatam beberapa kali. dakwah beberapa org bukan islam masuk islam.

then baru boleh mengaku membela islam. org jenis mcm ni lah yg dulunya menakutkan org bukan islam dengan 'potong' kalau nk masuk islam. sekarang ugut pulak kalau nk berbuka puasa.. masuk islam dulu.

yg patut ditangani ialah yg dah masuk islam tapi tk puasa atau yg rajin berbuka tanpa puasa.

sila bubarkan Jaringan dungu ini. SANGAT MEMALUKAN UMAT ISLAM DAN ORG MELAYU ! semuga ahli2 jaringan ni bukanlah keturunan melayu hendaknya, biarlah mereka ada susur galur puak org asli afrika.

sekian dulu harap maaf di bulan mulia ini.

Pencolekhangek berkata...

Persatuan ini sangat perlu diharamkan kerana menyeleweng ajaran Islam dan semua pegawainya dihantar berkursus memulihkan akhlak!! Siapalah ustaz mereka!!

Tanpa Nama berkata...

Halal haram ikut suka aku

Tanpa Nama berkata...

Tepat sekali 12.06!

antiug berkata...

Jaringan ni dr amno, pas pula ikut jd tunggangan amno, dah kawan dgn amno perangai pun dah jd amno tp nak declare ug ngan amno msh malu2 kucing.....

Tanpa Nama berkata...

JMM dan ketua PAS Gombak adalah diantara pengikut PAS yang dungu, menghayati Islam mengikut selera sendiri dan sangat memalukan. Setiap tahun kerajaan BN menganjurkan rumah terbuka samada Aidil fitri, Tahun Baru Cina, Depavali mahupun krismas. Tak pernah timbul halal haram pun. Tiba-tiba LGE tak boleh berbuka puasa bersama umat Islam. Inilah akubat terlalu lama dalam PAS sehingga fikiran menjadi mandul, mentafsir Islam dengan perasaan ego, seolah dirinya saja yang berilmu dan ada perasaan ingin menyesatkan orang lain dengan ilmu mereka. Untuk ketua PAS Gombak, harap dibulan mulia ini besihkanlah diri dari pemikiran KEBINATANGAN.

Mohamad Azrani Daud berkata...

HafiZ nordin ni dulu dalam pas pun problem. Dia mmg agak ekstrem. Lepas dah x jd ketua pemuda pas p.pinang, dia buat jemaah baru dan bawa pemikiran ekstrem dia..

Tanpa Nama berkata...

Kesian aku tenguk budak si Mat Hafiz dan budak2 JMPP, kecik2 suruh belajar agama dan ngaji pi ponteng, dah besar menyusahkan orang. Karang aku cakap ko orang bodoh agama, marah. Ni lah oramg jenis bodoh tak boleh di ajar, berlagak alim

Tanpa Nama berkata...

Orang PAS ni kurang ilmu agama.... towkaynya nya pun hanya layak jadi tukang nikah atau guru pondok. Imej Islam jatuh disebabkan ular-ular yang ada dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...

Selepas krtiadaan Tok guru Nik aziz pengikut Pas dah jadi Sesat barat

Tanpa Nama berkata...

puak pelampau nih..

Tanpa Nama berkata...

LARANGAN ITU DTG DARI ORANG BERAGAMA MELAYU ATAU BERAGAMA PAS. ADALAH SANGAT TAK LOGIK WE LABEL DIAORG SEBAGAI UMAT ISLAM TAPI SEBAGAI UMAT ISLAM WE ALL BLH MAAFKAN DAN BERI PELUANG UTK BERTAUBAT DI BULAN MULIA NI. UNLESS HATI DAH KERAS MCM BATU STILL NAK BERAGAMA MELAYU DAN BERAGAMA PAS THEN RUGILAH DIA.

Tanpa Nama berkata...

.
.

Beza pendekatan dan gimik sahaja yang membezakan Hafiz dengan Jamal.

3 orang mat saleh yang terbunuh di tikam kerana cuba melindungi 2 gadis Islam di Portland, Oregan lebih mulia dari puak-puak Lebai.

Mereka tak perlu masuk Islam untuk menyerahkan nyawa mereka untuk melindungi gadis Islam tersebut.

Adakah mereka akan ke syurga kerana mati mempertahankan kehormatan Islam dua gadis tersebut?

Tanpa Nama berkata...

JMM xlayak mewakili melayu..xsemua melayu berfikiran sempit spt jmm... Layak dipanggil Jaringan Melayu Mangkok... .

Tanpa Nama berkata...

.
.

Hanya gimik dan pendekatan sahaja yang berbeza diantara Hafiz dengan Jamal.

3 orang bukan Islam terbunuh di Portland kerana menghalang seorang bukan Islam menganggu 2 gadis Islam kerana bertudung. Adakah sepatutnya mereka masuk Islam dulu untuk menyelamatkan dua gadis tersebut ?

Adakah mereka layak ke syurga kerana belum tentu orang Islam sendiri sanggup melakukan perkara yang sana ?

Allah Tuhan yang maha pengasih.

Pencolekhangek berkata...

Bodoh dan bengap betullah orang yang melarang orang Islam meraikan orang bukan Islam semasa iftar! Tak layak hidup bermasyarakat. Walau apa pun simpanlah bodoh tu sikit untuk kaum kerabat!!!