Husam beri amaran saman penulis blog dakwa terima duit judi
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa menafikan dakwaan seorang penulis blog bahawa beliau menerima wang daripada sebuah syarikat perjudian untuk kegunaan Pas sewaktu masih berada dalam parti itu.
Dakwaan itu dibuat seorang penulis blog Zaharin Mohd Yasin yang menulis di Facebooknya pada 10 April lalu.
Sehubungan itu Husam melalui peguamnya Faiz Fadzil menghantar notis menuntut Zaharin memohon maaf di Facebooknya dan menarik balik dakwaan itu.
"Saya bagi tempoh tujuh hari kepada Zaharin untuk tarik balik dan buat permohonan maaf. Tak perlu melalui media cukup di Facebooknya," katanya dalam sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini.
Adun Salor itu juga berkata beliau tidak pernah berjumpa wakil syarikat itu dan pemiliknya yang disebut Zaharin Tan Sri Lim Goh Tong.
Dakwaan itu asalnya dibuat penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang kini berada di luar negara kemudian ditulis oleh Zaharin dengan sedikit pengubahsuaian.
"Zaharin mengulangi tuduhan yang dikemukakan oleh RPK yang membangkitkan isu saya menerima wang daripada Genting kemudian Zaharin mengulangi dalam bentuk sedikit pengubahsuaian bahawa duit itu bukan duit haram.
"Kedua-dua tuduhan RPK dan Zaharin ini adalah tidak benar. Saya tak pernah jumpa Genting dan Tan Sri Goh sepanjang hayat beliau dan tidak pernah menerima satu sen duit daripada Genting sama ada untuk diri saya atau untuk Pas. Jadi tuduhan ini telah diviralkan facebookers Pas khususnya," jelasnya yang juga bekas naib presiden Pas.
Bagaimanapun beliau tidak membuat tuntutan yang sama ke atas RPK kerana penulis blog itu berada di luar negara dan berstatus bankrap.
"Saya akan buat demikain (tuntutan maaf) kepada RPK jika beliau balik ke Malaysia dan bebas daripada status bankrapsi. Kalau dia bankrap dan ada luar negara adalah sia-sia kita failkan saman. Fail saman ini ke atas Zaharin adalah bagi membuktikan tuduhan beliau adalah tidak benar," katanya. -MD
ULASAN GB
Saya pelik dengan facebookers PAS yang menyebarluaskantuduhan dan fitnah dari RPK dan Zaharin.
Nampaknya begitu terdesaknya penyokong PAS sehingga menjadikan beberapa orang yang mempunyai integriti yang dipersoalkan seperti RPK, Zaharin dan Ridhuan Tee sebagai rujukan muktabar mereka sekarang ini.
Betullah kata-kata seorang anak raja, bila dah terdesak, najis pun dicapainya... huhu...
FEATURED ADS

12 ulasan:
Selama ni puas fikir kenapa seorg ahli2 politik tak kesah parti mana.. tak pernah saman RPK.. sedangkan artikal2 membelasah je.. terutama PH.. cara dia menulis.. seolah2.. dia terlibat dgn peristiwa tu.. dan peristiwa tu seolah2 depan mata dia..baru tahu..setelah husam sebut.. ia seorg bengkapsi...kita boleh lihat org sekeliling kita.. kalau bengkapsi.. tahi pun di capai supaya tak lemas...tp dahsyat ya RPK ni.. bengkapsi pun pakaian.. mcm org kaya..
Tengok husam gentleman, org fitnah terus nak saman... bukan mcm lebai2 yg diagungkan oleh walaun buta kayu... nak saman nak saman tapi sampai hari ni tak berani nak saman...
Keturunan Sultan-Sultan... berkawan baik dgn ulammak taraf donnia lagi... apa ada kesah
Org bankruptcy pun jadi rujukan pas. Teruk betul la. Dah jadi parti penyebar fitnah pulak. Mcm mna ler Allah nak redha....
Parti Agama ni nasihat orang sahaja pandai, diri sendiri tak terurus! Balun dedak yang entah mana datangnya, entah halal ke tidak, sudah tak ada tapisan lagi. Segala yang memenuhi nafsu diorang ni diorang balun.
Macamana manusia yang berakal nak ikut atau percaya segala info dari parti ni...
duduk dengan syi'ah perangaipun terikut ikut dengan syi'ah. Kelaziman syi'ah suka banyak benda, lagi kuat menipu, berbohong dan bahasa kesat lagi power rangers.
senyap je walaunta.. komen sikit
Dia bangkapsi di mlysia. Luar ngra dia dipayung
.
.
Jenis macam ini layak ke jadi saksi? Merujuk pada si bangkrapsi tu kira sebagai saksi lah kan?
Macamana lah saksi RUU?
Main sebat je lah asalkan tak lebih 100 kali dan sebut Allahhuakhbar..
Balik lah ke pengkalan..
.
.
Awal-awal pagi ada lori kecil lalu dan umum kan wayang percuma dan tabur kertas bercetak tajuk wayang iaitu 'Aku hero Cai' Pelakon Amar Rojek.
Kisah mengenai putus hubungan dengan PKR akan di putuskan oleh Jawatankuasa Pusat PAS yang buat keputusan. Peranan Muktamar sama macam cawangan yang cuma buat usul dan muktamar hanya menerima untuk di persembahkan pada AJK Pusat PAS.
Patut lah RUU pun sampai 3 kali di bentang.. Kalau nak putuskan hubungan dengan PKR kerana sayang jawatan, tak kan sayang kan RUU dan tangguh-tangguh tak ada apa-apa..
Hanya cara ini je lah yang PAS mampu.. Saman pun sampai sekarang tak saman..
Jika seseorang itu di pihak benar, dia tak kan tunggu lama kerana untuk mengelak kesan buruk yang lebih serious.
PAS sudah tidak malu berbohong!
HELO ZAHARIN , KAU ADA 4 SAKSI KE NAMPAK HUSAM AMBIK RASUAH?
KALAU TKDE KAU JGN BYK CAKAP NANTI KAU AKAN DITANAM DI JIRAT CINA KERANA MENOLAK RUU.
Walaunta tengah ragut rumput padang pasir.. Ha3
Catat Ulasan