27 Mac 2017

Nik Abduh Menyerlahkan Kebodohannya...

Keluarga buat laporan Amanah salah guna nama Nik Aziz Satu laporan polis dibuat keluarga bekas menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini terhadap Amanah.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dipetik Harakah Daily berkata, abangnya, Nik Adli, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa pada jam 10.30 pagi tadi.

Beliau berkata, sebuah seminar anjuran Amanah menjaja nama bapanya yang dianggap satu penghinaan kepada Nik Aziz yang sentiasa konsisten dalam perjuangan PAS ketika beliau masih hidup.


“Amanah mahu menganjurkan sebuah seminar menggunakan nama tok guru dan parti itu mendakwa bapa saya akan menyokong Amanah, jika beliau masih hidup.

“Saya menganggap ini satu penghinaan kepada bapa saya,” katanya pada sidang media di rumah keluarganya di Pulau Melaka, Kota Bharu, hari ini.

Nik Abduh berkata, keluarganya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Amanah, jika pemimpin parti itu terus menggunakan nama bekas mursyidul am PAS itu demi kepentingan politik mereka.

Amanah melalui laman webnya http://amanahdaily.com pada 20 Mac lalu mengumumkan parti itu menganjurkan seminar “Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat” pada 9 April ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela.

ULASAN GB

Apabila bodohnya melantun-melantun maka itulah terjadi.

Menganjurkan seminar dengan tajuk "Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat" pun sudah dianggapnya sebagai satu penghinaan kepada Nik Aziz.

Kerana nama itu ialah nama bapanya ia seperti seolah-olah ia sudah dipatenkan sehingga ia tidak boleh digunakan oleh sesiapa.

Mungkin beliau (Nik Abduh) tidak pernah berada di mana-mana pusat kajian universiti di mana-mana bahagian dunia ini kerana jika beliau pernah berlaku sedemikian, maka beliau sudah pasti akan tahu bukan sahaja nama ayahandanya seorang yang pernah diseminarkan untuk dikaji pemikiran dan perjuangannya, malah ramai lagi figura-foigura yang pernah dijadikan bahan kajian. Ia bukan sahaja dari kalangan ulamak dan pemimpin parti politik malah pimpinan dari segenap lapisan masyarakat, termasuk tokoh-tokoh seni, budaya dan sebagainya.

Bukankah jelas tindakan dan kenyataan Nik Abduh itu menyerlahkan kebodohannya yang amat sangat?

FEATURED ADS





30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apakah mereka buta atau pekak atau bahalol? Penganjuran seminar adalah satu pengiktirafan kepada jasa Tok Guru kepada seluruh rakyat Malaysia. Mereka atau golongan pendek akal menganggap Tok Guru Nik Aziz merupakan hak milik khas keluarga dan PAS sahaja bukannya rakyat Malaysia khasnya umat Islam di Malaysia. Celik minda dan akal supaya tidak kelihatan bodoh dan dangkal dalam apa jua tindakkan kita. Semoga Allah akan memelihara kita dari sifat ego, dengki dan cemburu buta yang melampau-lampau.

Tanpa Nama berkata...

ia adalh seminar pemikiran mursyidul am pas tgna.... bukan seminar pemikiran bapak nik beduh atau nik adli.

Tanpa Nama berkata...

Apabila seseorng itu dianggap istimewa dan mempunyai idea yg baik..mana2 pihak akan menganjurkan seminar atau forum...biasa la tu...einstein ke malah hitler sekalipun byk pihak yg anjurkan forum diskus akan kehebatan atau kejahatan mereka...apa ke bodoh nk buat seminar pasal pemikiran bapa dia pun dia buat laporan polis...masalah sampah...masalah balak tak nak pulak dia buat laporan...

Tanpa Nama berkata...


Biasa buat ceramah sehala dan menghentam orang aje yang pandainye...

yang seminar/wacana pemikiran yang menjurus kepada pendidikan dia susah nak hadam...

susah dan tak reti...

andikbolong berkata...

sudah2lah mengatakan nik abuduh kurang bijak @ bodoh. lebai2 ni bukan nya bodoh tapi bodoh sombong dan jumud.. taunya baca politik hanya tuk lebai2 fan tokgur. kita pon sekolah pondok tapi tak lah sebebal nikabadouh dalam berpolitik..biarkan roh nik aziz dlm aman dan amanah pon tak yah memuja2 sangat nikaziz..doakan terbaik untuknya. wallahuaklam

Tanpa Nama berkata...

Nik Abduh bukan bodoh tetapi amat amat tidak cerdik kerana karektor gelojohnya. Dia sedang berusaha untu ke hadapan sebagai asas setidaknya untuk menhadi popular standing arwah ayahnya. Tapi kerana sifat tidak cerdiknya yag semula jadi yg mudah dikuasai emosi, maka terciptalah aksi dan tindakan2 yang memalukan diri sendiri. Adanya N8k Abduh atau tiadanya beliau sebagai MP di parlimen tidak ada bezanya kerana sosok ini cuma bijak berkata di media sosial saja, satu kerja yang pelajar darjah 5 pun mampu lakukan.

Unknown berkata...

Allahyarham Nik Aziz nerupakan satu nama besar baik dari segi ilmu dan penampilan nya. Dia di kagumi oleh bukan hanya para ahli PAS yang kelihatan semakin kolot tetapi mereka yang bukan para ahli PAS juga turut menyukai beliau. Lebih lebih lagi mereka yang pernah mendengar serta menghadiri kuliah beliau di "MEDAN ILMU" yang di ada kan setiap pagi jumaat di tengah bandar Kota Baru.

Dengan perwatakan beliau yang sedemikian salah kah kalau sesiapa atau pun pertubuhan yang ingin memperingati beliau walau dalam bentuk apa sekali pun ia nya di adakan!!!

Sudah sudah lah wahai Nik Abduh jangan lah di tonjolkan sangat kebodohan kamu.

Tanpa Nama berkata...

Tahap pemikiran 37 undi.

Tanpa Nama berkata...

Darah Daging bila ada MASYOOOOKKKKK tak bersih....

Tanpa Nama berkata...

TGNA KNOW AS WE ADA TANGUNGJAWAB YG KITA KENA BUAT DI DUNIA NI, HIDUP US NOT ONLY FOR SEMBAYANG, PUASA DAN MEMBACA AL-QURAN SHJ.THAT WHY RUKUN ISLAM MENETAPKAN 2 BENDA MUST DO IT SEMASA HIDUP DI DUNIA ZAKAT N MENUNAIKAN HAJI. FOR NIK ABDUH U WILL NEVER KNW U FATHER UNLESS U DENGAR WHAT U FATHER ADVICE YOU AND TO US.

andikbolong berkata...

orang pengkala cepa lebih yahu akan perangai dan kebebalan nik abdouh so sebab tu dapat markah kedian 37 dari 300 lebih perwskilamn

Tanpa Nama berkata...

Apa korang kutuk nik beduh ni. Nik beduh ni bukan bodoh la TAPI dia tolol je.

Tanpa Nama berkata...

Nik A Bodoh..berkat didikan tuang presideng dan ulamak ostad tak bertelor tu. Parti pondan berserban betul

Unknown berkata...

Teringat baca satu artikal.. ada seorg hakim di pakistan..baca kesah TGNA di majalah.. setelah hakim tu pencen.. di carinya TGNA sampai di kelantan..terus terang aku ckp .. aku sedih keluarga TGNA buat begitu..TGNA ada aura tersendiri.. nama besar yg seharus di sebut dan di jadikan contoh..kalau sudah sampai report2..takut org malas nak sebut nama TGNA dan kebaikan2nya..sedang Nik abduh amat faham..sebutan nama dan contoh2 kebaikan ayahnya.. adalah pahala..utk arwah..

Tanpa Nama berkata...

Woiiii Mr Lebai37... itu waris On Jaafar, Tunku A Rahman tarak kisah UMNO guna muka & nama depa walaupun depa dah keluar UMNO... pulun la hg ni Mr Lebai37... gila meroyan kot Mr Lebai37... sb kalah pemilihan...

Tanpa Nama berkata...

.

Apa kata terus lupa kan ..

Tanpa Nama berkata...

.

Mereka melarang bukan kerana nak jaga nama baik Almarhum ayah mereka.

Sekiranya bukan AMANAH yang buat seminar tersebut ada kah Nik berdua tersebut akan melarang nya ?

Jika PAS atau Nik berdua tersebut menyanjung kehebatan ayah mereka pasti mereka yang dulu kan seminar yang berkaitan Nik Aziz sebelum AMANAH.

Nampak sangat anak lebih sanjung dan menghormati orang lain. Orang lain tu pulak kaki koner dan u turn.

Wallahhuallam.

Tanpa Nama berkata...

Selama ini kita dah tahu nik bduh ni tak berapa cerdik. Tapi sejak ketua pemuda pas ini cuma dpt 37 undi sj, dia terus menjadi b*d*h melantun. Aku simpati dgn mu nik bduh. Cool down.

Tanpa Nama berkata...

Patut seminar tu guna nama Nik Abduh bukan nama Nik Aziz. Baru la dia setuju. Ha5.

Tanpa Nama berkata...

Kualiti orang pas, memang hebat sekali.

Puji orang pas ok tak? Jangan kena saman pula .

Tanpa Nama berkata...

Nama nya pun Nik Abodoh. Memang bodoh lah apa nak hairan.

Tanpa Nama berkata...

.
.

Tak perlu lah sampai buat lapuran Polis. Hal politik selesaikan lah dengan cara politik.

Tak kan lah pasal 'kalau arwah masih hidup sudah tentu arwah pilih AMANAH’. Sangkal kan lah dengan berhujah.

AMANAH cakap macam itu sebab arwah tolak UMNO.

Lagi pun jika arwah masih hidup PAS tidak akan berbaik dan berkerjasama dengan UMNO.

Siapa sangka begini jadi nya pada anak-anak Nik Aziz ?

Kepada Allah kita kembali.

KOSONG berkata...

seminar tu sebagai tanda penghargai pemikiran tgna dan amanah ingin belajar dpdnya.

tiba2 beduh saman pulak. bermakna dia menolak org lain menyanjung bapanya. apa punya anak la beduh ni. atas asas apa dia saman tak tau lah. semata2 kerana busuk hati terhadap amanah sampai bapa sendiri disanjung pun dimarahnya.

sepatutnya pas yg buat dulu.. tp sudah tentu dihalang hadi. sebb hadi nk wala hanya pada dia. hadi pun bukan suka tgna. hadi hendak jadi ketua satu2nya yg tidak boleh ada org lain.

dan kita tdiak melihat apapun yg dilakukan pas utk mengenang atau mengambil iktibar dpd cara tgna. seolah2 pas mesti dibersihkan dpd bayangan tgna.

tambah pelik anak tgna pula condong pada 'penentang' bapanya.

husam adalah anak tgna dr segi ilmu, pemikiran dan perjuangan. sedangkan beduh hanyalah anak biologi sahaja.

celaru habis jemaah islam oleh seorang hadi. inilah akibat jika berbaik dgn syiah iran sedangkan mereka org2 yg zalim terhadap umat islam dan penyeleweng ajaran islam.

bukan tidak boleh nk buat seminar pemikiran nik abduh, masalahnya beliau seorg yg tidak boleh berfikir, maka apa yg nk dikaji dpd pemikiran beliau.. kosooong kosoong (ikut rentak lagu najwa latif)

pemikiran tgna jadikan tauladan. pemikiran hadi dan nik beduh jadikan sempadan. minta dijauhkan.

Tanpa Nama berkata...

Korang kena faham.nik abduh masih terkilan kekalahan ditempat sendiri. Utk menutupi kemaluan so beliau buatla benda2 publisiti murahan mcmni.pd pandangan aku Amanah pun xperlu lah terlalu menyanjungi tgna sbb Amanah bukan lagi pas so ada point pas blh kata mcm2.Amanah perlu guna idea2 baru icon2 baru sesuai dgn generasi muda tua dsb.Kena ada pembaharuan dlm cara mendekatkan diri pd msykt seluruh nya.skrg knykn penduduk Bandar je terdedah info2 amanah.yg kampung2 masih belum sampai kalau ada pun terlalu sedikit. Amanah kena kerja keras baru hasilnya juga memberangsangkan.. Insyaallah doaku agar Amanah berjaya kalau xdinegeri lain.Semoga Amanah berjaya dpt kelantan mb paling layak ialah Husam...

Tanpa Nama berkata...

Info hari ni Azmin kata xpnh putuskan hubungan dgn pas.. Kan aku dh kata Azmin akan komen lebih kurang mcm ni pada komen2 lepas. Ini lah yg merosakkan PH sebenarnya apabila masih ada duri dalam daging membantutkan pergerakan PH.pada aku elok la kita tolak Azmin dan Pas skali pada pru akan dtg.Kasi pada yg benar2 berkelayakan..kita nak pemimpin yg berani bersungguh2 bukan pemimpin drama sinetron mcm ini

Unknown berkata...

G kat blog ibnuhasyim..bole cerahkan ostad bodoh dlm pas...banyak mangkuk hayun...x sokong pas di kata kafir...sdap aku bedal ostad cap duit..

Tanpa Nama berkata...

selamat hg ank arwah Tok gulu je.
kalau Ank Tn Presideng ka.Ding Ayang ka.. Perompak Balak kelantan ka.En Somi ka..Mr Porche ka.. dh lama aku maki kaw2 dah... Aku hormat kt Tok gulu je.. & lagipun hg ni jenis ABC lagi.. aku boleh terima... nasihat aku lain kali hg x lawan pemilihan... hg tu pak lobai je.. dia tu Doktor.. mengaji tinggi...Doktor susah nk masuk.. pak lobai bersepah kt luar... x de spm pun boleh jadi pak lobai...

Tanpa Nama berkata...

.

Kalau betul lah kuat pegangan agama nya dan berpengetahuan orang nya pasti dia tak bodoh begini

Bila pemimpin AMANAH sebut nama ayah nya sebagai teladan, dia hanya mampu jawab jangan guna nama ayah nya sahaja.

Dia tak kata pemimpin AMANAH begini begitu sebab yang buat begini begitu ia lah walaun dan Hadi.

Unknown berkata...

Dia pernah kata bapanya gagal selama 22 tahun... tapi memuji oemimpin yg baru 1setengah tahunnnn.
Bebal

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya nik abdoh x nak orang tahu perjuang dia dan pemimpin2 PAS kini jauh berbeza dengan perjuangan Arwah Tok Guru..