12 Feb 2017

[VIDEO] Adly: Tindakan Berbaik Dengan Pemerintah Yang Zalim Kelirukan Rakyat

Tindakan sebuah parti pembangkang yang mengambil tindakan untuk berbaik-baik dengan parti pemerintah yang terkenal dengan isu rasuah, salahguna kuasa, ketidak-adilan dan kezaliman kepada rakyat boleh mengelirukan rakyat di dalam negara ini, demikian dinyatakan oleh Tuan Hj. Adly Zahari, Pengerusi Parti Amanah Negeri negeri Melaka.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Ustaz Siddiq Fadzil di dalam pembentangan kertas kerjanya di NUNJI '17 di Shah Alam baru-baru ini yang menyatakan bahawa beliau tidak terbayang dosa para ulamak yang melahirkan fiqh yang menyokong penguasa yang zalim sehingga rakyat terus-terusan menjadi mangsa kezaliman.


Menurut Adly, yang menjadikan asas perjuangan politik Islam ialah ajaran Islam sendiri yang menghalang kita untuk cenderung kepada kezaliman merujuk kepada Surah Hud: 113 "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan".

Keduanya, kata-kata dari Syed Jaafar As-Sadiq (cicit Rasulullah saw) yang mengungkapkan "Ulamak itu kepercayaan para Rasul, dan apabila kau temukan mereka telah cenderung kepada pemerintah, maka curigailah ketakwaan mereka."

Walaupun kita melihat mereka mendakwa mereka itu golongan ulamak tetapi dengan sokongannya kepada pemerintah, ia mengelirukan rakyat. Kita lihat di pagi hari mereka boleh mengkritik pemerintah tetapi di petang hari mereka sekapal dengannya, tambahnya lagi.

Adly menyatakan demikian di dalam satu wawancara di program Menuju Ke Puncak TV Amanah Melaka yang disiarkan secara lansung dari studio Media Oren Melaka malam kelmarin yang dihoskan oleh Pengarah Komunikasi Amanah Melaka, Zulkiply Harun.

Di dalam wawancara berkenaan Adly turut memberi pencerahan mee\ngenai Maqasid Syariah Sebagai Teras Negara Bangsa yang menjadi tema Nadwah Ulamah Nahdatul-Jadidah (NUNJI) 2017 yang telah diadakan pada 5 Februari lalu di Auditorium Kompleks Belia Nasional Shah Alam yang telah dihadiri oleh 870 orang peserta.

Adly turut menjelaskan mengenai tujuan Parti Amanah Negara ditubuhkan ialah untuk mendapatkan kuasa yang dengan kuasa itu kita dapat wewujudkan kepimpinan negara yang beramanah yang kelak akan memberikan rahmat untuk semua.

"Prinsip amanah kita perjuangan, walaupun di dalam Perlembagaan kita kita telah tulis Islam itu sebagai dasar perjuangan kita tetapi bukan semata-mata kita boleh berbangga dengan apa yang kita tuliskan. Sekadar menyatakan dasar kita Islam tidak membawa makna sekiranya kita gagal mengimplementasikan samada di peringkat dalaman parti kita apatah lagi jika kita sendiri menjadi pemerintah," ujarnya lagi.

Mengulas mengenai perkembangan dan kemajuan Parti Amanah Negara negeri Melaka, beliau menyatakan bahawa kelebihan Amanah ialah ia telah dapat mengejar masa. Walaupun usianya baharu setahun tetapi seolah-olah ia sebuah parti politik yang telah lama.

Menurut beliau, diantara momentum besar sokongan kepada Amanah di peringkat negeri adalah komitmen ahlinya terhadap program=program parti. Di dalam konteks Melaka, dalam usianya baharu setahun, ia telah dapat mengejar masa, dalam tempoh setahun orang lain masih bertatih, Amanah Melaka sudah berlari.

Sewaktu ditanya apakah membolehkan Amanah Melaka mencapai status quo yang ada, beliau menyatakan prinsip AMANAH sendiri yang bersifat inklusif membolehkan ia diterima oleh bukan sahaja mereka yang sudah terlibat dengan politik kepartian tetapi oleh NGO-NGO Islam yang lain seperti ABIM, IKRAM, HALUAN dan lain-lain serta oleh individu yang belum berparti.

Fikrah-fikrah yang berbeza-beza ini telah dapat di satukan di dalam satu wadah bernama AMANAH.

Adly juga mengulas mengenai isu semasa berkenaan misi bantuan kemanusiaan Flotilla yang telah menyerahkan bantuan kepada kerajaan Myanmar tetapi tidak terus kepada Rohingya. Beliau mempersoalkan jika keadaan itu berlaku mengapa tidak disalurkan kepada Kedutaan Myanmar di Malaysia sahaja dan ia boleh menjimatkan jutaan ringgit kerana untuk menyewa kapal untuk membawa misi sahaja kosnya sudah menelan belanja berjuta ringgit.

"Wang (untuk menghantar misi) itu sahaja sudah dapat membantu Rohingya, bukan sahaja (di Myanmar) tetapi masyarakat Rohingya yang ada di Malaysia," jelasnya.

Siaran live wawancara dengan Adly tersebut telah mencecah hampir 1,000 penonton.

Setakat ini rancangan Menuju Ke Puncak TV Amanah Melaka yang disiarkan pada setiap hari Jumaat jam 9.00 malam sebelum ini sudah mengadakan wawancara dengan Naib-naib Pengerui Amanah Melaka, Sdra Zairi Suboh dan Ustaz Julasapiyah Kassim

.





FEATURED ADS



16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Luit punya pasal serban pun hilang wooooo...

Tanpa Nama berkata...

Baca surah hud ayat 112. Ayat tu lebih dipercayai drp ayat hj hadi.

Malaysiabaru berkata...

Pas mahu menang di atas kekeliruan rakyat

Inilah azam pas !!! Semakin rakyat keliru semakin cerah peluang pas

INI SOLUSI KAMI

1. CADANGAN DAPATKAN UNDI MELAYU MELALUI

' MCA TELAH GADAIKAN NEGARA DGN PELABURAN RATUSAN BILLION DARI CHINA. DUTA KHAS CHINA KPD NAJIB TELAH MERANGKA PLAN CHINAKAN MALAYSIA.
BUKAN DAP TAPI MCA BN YANG MAHU CHINAKAN MALAYSIAL
2. PAS BERSEBUHAT DGN BN MCA UTK KURANGKAN PENDUDUK MELAYU !!! DGN AGENDA CHINAKAN MALAYSIA
3. BAWAK ISU CHINA DI PULAU JOHOR MELAKA PAHANG TGANU KELANTAN DAN SELANGOR( PULAU INDAH 200BILLION PELABUHAN) MAKA PAS BN UMNO AKAN MASAK
4. SAYA SWTUJU SAMA RAFIZI DGN PROPAGANDA UMNO MCA BN PAS MAHU CHINAKAN TANAH MELAYY !!!

XONFIRM PPBM MENANG D JOHOR RAMPAS KERUSI PAS!!!

Tanpa Nama berkata...

Mungkin lebai2 tu baru jumpa ayat baru..boleh bersekongkol dgn pemerintah zalim..janji islam..dan dapat dedak sikit..

Tanpa Nama berkata...

.

Sejak mula Bangladesh tidak membenarkan kapal berlabuh dah tahu misi Flotilla dibuat untuk menunjuk-nunjuk. Mana-mana misi sepatutnya tidak mempunyai masalah penghantaran melainkan ke Palestine kerana memang Israel tidak benarkan. Dan se belum berlayar semua jadual dan kebenaran telah di perolehi.

Menyerah pada orang yang bertanggungjawab membunuh rakyat Rohingya tidak masuk akal sedangkan bantuan dari NGO seperti Bulan Sabit Merah atau melalui Badan-Badan yang di lantik oleh PPB.

Kehadiran PAS pada majlis penghantaran bantuan tersebut sekadar tunjuk muka sahaja dan bukan nya untuk memastikan bantuan tersebut sampai.

Apa sebenarnya tujuan UMNO mengadakan misi Flotilla kalau bukan satu sendiwara antara Najib dengan Hj Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Hidup pemerentah kerajaan baru...

Tanpa Nama berkata...

Mintak di share kan klu terjumpa ayat tu... Atau ianya adalah ijtihad para alamak

Tanpa Nama berkata...

Pas sekarang amalkan politik matang atau politik matawang...emm

Tanpa Nama berkata...

"Ulamak itu kepercayaan para Rasul, dan apabila kau temukan mereka telah cenderung kepada pemerintah, maka curigailah ketakwaan mereka."

Orang PAS kena hadham kan ayat tersebut. Jangan hanya setakat tahu Ulamak adalah pewaris Nabi sahaja yang perlu di taati membabi buta

Ulamak adalah orang kepercayaan Nabi dan mereka yang menjadi Ulamak berbaik pulak dengan pemerintah yang zalim dan kuat rasuah, maka hilang lah hak sebagai pewaris Nabi.

Bagaiman Ulamak PAS tidak rasa gentar apabila mereka mempermainkan kepercayaan yang di beri oleh Nabi dengan mengatakan mereka adalah pewaris nya ?


Kembalikan kepada Allah.

Tanpa Nama berkata...

"Misi Food Flotilla For Myanmar" boleh kita ibaratkan misi untuk kerajaan Najib & PAS Hadi untuk berdrama & bermuka-muka kununnya membela nasib saudara kita kaum Rohingya. Yang hampir pasti matlamat asal tidak kesampaian. Semua makanan sampai ke penindas/pembunuh, bukannya kepada mangsa penindasan.

Tanpa Nama berkata...

Empat wakil rakyat DAP hari ini mengumumkan keluar parti dan meletak semua jawatan dalam parti serta-merta.

Empat Wakil Rakyat DAP Melaka Keluar Parti

Mereka yang keluar parti ialah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him serta tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), iaitu Duyong, Goh Leong San; Lim Jak Wong (Bachang), dan Chin Choong Seong, lapor Berita Harian.

Mereka membuat pengumuman itu dalam satu sidang media yang diadakan dan ia turut disiarkan oleh portal Orential Daily Online.

Pada Februari lepas, Sim dan Goh dilaporkan digantung selama setahun kerana berulang kali membuat kenyataan yang didakwa merosakkan reputasi parti itu.

Perletakan jawatan itu menyebabkan DAP hanya memiliki baki tiga kerusi di dewan undangan negeri iaitu Kota Laksamana, Bandar Hilir dan Ayer Keroh, manakala tiada kerusi parlimen.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, mereka membuat keputusan itu selepas pertimbangan wajar dan tidak tergesa-gesa.

"Selepas pertimbangan wajar, serius, dan penuh kesal, kami hilang kepercayaan dan amat kecewa dengan anda (Lim Guan Eng) dan kepimpinan pusat dalam menangani isu dalaman dan luaran parti.

"Kami juga tidak boleh menerima pendirian yang diambil dalam penjajaran politik baharu yang dilakukan DAP kebelakangan ini," kata mereka dalam surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.

Difahamkan, mereka tidak akan menyertai mana-mana parti politik lain, sama ada di pihak kerajaan atau pihak pembangkang namun tidak menolak untuk bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Firasat aku berpendapat, pas mmg tidak akan bergabung dgn Ph atau pun Bersatu, pas akan kekal sbg blok ketiga yg akan memecahkan undi pembangkang pada pru akan datang...seterusnya memberikan jalan mudah kpd umno bn utk terus memerintah negara ini...firasatku menyatakan inilah modus operandi dan peranan utamanya...noktah!.

Tanpa Nama berkata...

DAP akan menentang MCA, MiC dan Gerakan, selama ini semua parti ini menentang Hudud termasuklah Umno. MCA, Gerakan dan Umno adalah parti yang menyaman PAS dalam isu Hudud manakala DAP hanya menentang secara politik. Dalam keadaan ini jika DAP tewas dalam pertandingan menentang MCA, MIC dan Gerakan, maka mudarat lebih besar akan berlaku kerana Umno sebagai ketua mereka akan terus menentang Hudud secara terang-terang. Sedangkan jika DAP menang mereka hanya berada di dalam kelompoknya sahaja, tindakkan mereka akan dikawal oleh parti-parti lain yang inginkan kepada perlaksanaan Hudud. Jadi fikir-fikirkanlah untuk mengelak mudarat yang lebih besar.

Tanpa Nama berkata...

Pas parti munafik..islam menolak kezaliman..penyelewengan..tapi pigs sekongkol dgn pemerintah zalim

Pemuda parit kings berkata...

Tiada gunanya kita memikirkan satu parti yg dahulunya memikirkan maslahat rakyat, namun Skrg sudah jauh berbeza. Lebih kpd kepentingan peribadi.Allah SWT pasti akan menghukum siapa yg sebenarnya pengkhianat kepada rakyat keseluruhan. Tiada masa untuk cerita, yg utama adalah gerak kerja memberi kesedaran pada warganegara Malaysia... Ayuh semua bangkit menentang kezaliman...

Pemuda Pinang Sebatang berkata...

Betol betol betol