10 Ogo 2016

Apabila TITM Terpaksa Menelan Kata-katanya Semula....

Langkah sekat portal Sarawak Report silap besar

KUALA LUMPUR: Langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kerajaan Malaysia menyekat laman sesawang Sarawak Report adalah satu kesilapan besar dan bakal memakan diri.

"Pertama, di alam internet hari ini, sekatan itu tidak akan menjadi efektif malah menyemarakkan lagi keinginan rakyat dan masyarakat antarabangsa untuk membaca apa yang dipaparkan laman itu," ujar Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tindakan itu akan menyebabkan rakyat memberikan kepercayaan lebih kepada Sarawak Report berbanding kerajaan Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau pihak yang merasakan Sarawak Report sedang menyebarkan fitnah perlu memfail saman fitnah terhadapnya.


Kedua, ujarnya alasan yang mengatakan laman itu mengganggu “kestabilan negara” itu tidak betul.

"Yang mengganggu 'kestabilan negara' hari ini ialah masalah 1MDB dan cara 1MDB sedang melangsaikan hutangnya," ujarnya lagi.

Menurut beliau, selepas Tabung Haji, KWSP, KWAP kini TNB pula muncul untuk berniaga dengan 1MDB dengan cadangan membeli 13 aset tenaga 1MDB.

"Apakah rakyat akan menanggung kos perniagaan ini melalui bayaran tarif elektrik yang lebih tinggi selepas ini?" tanya Tuan Ibrahim.

Beliau menambah, untuk menjamin kestabilan negara, sepatutnya Pasukan Petugas Khas yang sedang menyiasat 1MDB harus mengemukakan tarikh untuk menyiapkan siasatan secepat mungkin, malah menjamin bahawa hasil siasatan akan dibentang secara awam.

Justeru, beliau berharap kes penangkapan bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo yang menyebabkan terbangkitnya isu penjualan maklumat palsu mengenai 1MDB bukanlah alasan untuk melengah-lengahkan atau menghentikan siasatan yang sedang dibuat Pasukan Petugas Khas pada akhirnya.

Ketiga, katanya apakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menyaman WSJ.

Tambah beliau, tempoh 14 hari yang diberikan kepada WSJ bermula 8 Julai untuk menuntut penjelasan akan tamat dua hari lagi.

"Jika Najib tidak jadi menyaman WSJ, maka Najib perlu bercuti dengan kadar segera.

"Dalam keadaan serabut ini, elok kerap Najib pergi umrah. Muhasabah diri dan apa yang sedang ditanggung oleh rakyat akibat kepimpinan beliau," kata beliau. - HARAKAHDAILY 20/7/2015


RM90 juta: Sarawak Report memfitnah PAS

Nampaknya agenda untuk terus-menerus mengaitkan PAS dengan Umno terus berlaku.

Hari ini, Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak menggaitkan PAS dengan Umno.

Apapun, PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS.

PAS ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat.


Tindakan memfitnah PAS ini menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai kepada semua laporan mereka selama ini.

Selaras dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Sesungguhnya fitnah itu sedang tidur, Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya", saya menggesa agar orang ramai agar menjauhi fitnah dan elak menyebarkan sebarang berita yang berbentuk fitnah, terutamanya laporan Sarawak Report terbaru ini.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
5 Zulkaedah 1437 / 8 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 8/8/2016


ULASAN GB

Bezanya masanya tidak terlalu lama, iaitu lebih kurang satu tahun TITM membuat kenyataan mempertahankan Sarawak Report. SILAP BESAR katanya kerajaan menyekat Sarawak Report.

Tetapi hari semalam TITM keluarkan kenyataan miminta rakyat tidak mempercayai laporan Sarawak Report.

Ia semata-mata kerana laporan Sarawak Report bahawa pimpinan PAS didakwa telah menerima RM90 juta dari Najib.

Fitnah! Kata TITM.

Dah nak buat macamana, PAS sendiri yang membuka ruang untuk fitnah itu berlaku dengan tindakan-tindakan pelik seperti yang kami laporkan sebelum ini di SINI.

Itu belum masuk foto-foto kenderaan mewah milik ulama-ulama PAS dengan nombor plat 2,3 angka, motorsikal besar, rumah besar, makan besar dan isteri "besar" (ramai).

Bukankah pimpinan PAS sendiri yang menyebabkan fitnah menimpa PAS dan yang mengejutkan fitnah itu dari tidur?

Jika sebelum ini TITM meminta Najib untuk menyaman atau bercuti dengan kadar segera, kini Najib pula boleh meminta TITM pula menyaman SR dan "bercuti".

Terus saman, jangan tunggu lagi. Bukankah maruah PAS perlu dijaga dan kata-katamu sendiri perlu dikota?


FEATURED ADS


18 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Lembu kenyang

Tanpa Nama berkata...

Prinsip PAS yg orang awam x tahu:

1. Bagi orang selain PAS, kena ikut cara Islam dan hidup perlu penuh integriti. Perlu diajar bagaimana nak hidup dengan cara Islam.

2. Untuk kepimpinan PAS : Oleh kerana mereka Islam, alim (sendiri kasi label diri sendiri sbb ada degree phd dari arab), automatik mereka terhindar dari segala cela dan tidak pandai berbuat dosa. Penggunaan kenderaan mewah tidak boleh dipersoalkan kerana mereka mendapat rezeki secara langsung dari Allah Taala. Mereka juga adalah wakil tuhan yg tidak boleh dipersoalkan sesiapa.

Ini istimewanya kepimpinan PAS yg asyik mabuk dedak, membuatkan ramai warga awam dan kita pun terasa nak ketawa terbahak2.

Tanpa Nama berkata...

Whatever happen, ulama pas tetap suci mulia.

Whatever happen, Cina kapir tetap hina agama

Ni lar ajaran ulama pas suci mulia

Tanpa Nama berkata...

Ehh wah...
Sedap mulut dia kata kerana SR memfitnah PAS maka semua laporan mereka selama ini terjejas.

Macam itu ok lah.. Berapa kali PAS UTurn? Bagaimana keputusan kes pil kuda? Mengapa pemimpin PAS nafi kerjasama dengan UMNO sedangkan Nik Abduh dan beberapa orang pemimpin membuat kenyataan untuk mendekati UMNO dan membina perpaduan bersama UMNO? Akibatnya bukan sahaja keyakinan masyarakat terjejas tetapi sebab itu lah PAS di katakan menerima RM90 juta.

Semasa Anwar Ibrahim di tuduh memiliki wang sebanyak RM100 juta, Anwar mempertahankan dengan mengistiharkan harta dia, meminta SPRM buat siasatan dan mencabar Ahli Parlimen BN membuat dakwaan di luar dewan. Tapi PAS sebaliknya hanya mendakwa SR buat fitnah. Ramai orang tahu bagaimana senang nya kehidupan pemimpin PAS sekarang.

Seperti apa yang MSO kata apa yang UMNO ada, PAS pun ada. Kerana PAS hari ini di pimpin oleh Hj Hadi Awang. Apa yang UMNO suruh, PAS buat.

Tanpa Nama berkata...

Yang timbul tanda tanya tidak ada pulak puak-puak Jebon tu buat demontrasi membantah dengan kenyataan SR tu.

Atau dah kekenyangan?

Tanpa Nama berkata...

Mula2 SARAWAK REPORT batuk. Melompat lompat walaun mintak bukti sambil maki hamun portal kapir karbi tu!! Kononnya laporan tu fitnah..cakap2 kosong.

Esok lusa WSJ pulak tampil batuk2 bersama bukti nama pemimpin PAS disertai transaksi ke nombor akaun bank masing2 yg berkongsi dedak RM90 juta!

Maka melompat sakan le para walaun mengatakan bahawa wang tersebut adalah derma jihad dari putera KRABI untuk menentang kapir krabi yg menentang akta 355 di Malaysia...

Hahaha...mari kita tunggu apa nak jadik lepas ni...kih kih kih

Tanpa Nama berkata...

Perlu kita ingat...tidak semestinya dedak RM 90 jota tu dlm bentuk tunai! Tidak semestinya!!!. Kalau tk dalam bentuk asal dedak dah tentu tak ada transaksi yg melibatkan akaun. Kena ingat jugak tu...

Boleh jadi dedak dah di convert dlm bentuk saham syarikat? Dlm bentuk kete mewah. Mungkin konsesi balak? Dalam bentuk tanah lot? Mana kita tau...kan?!!

Apa apa pun kita tunggu saman dari pihak pas dulu le. Hari jumaat lusa boleh le saman. Maklum le hari Jumaat hari penghulu segala hari. Baru le nampak lebih istiqomah dan ada unsur2 syarie sikit...hehe

omar daud berkata...

Salam:


Rakyat menunggu Najib setiap hari selasa nak saman WSJ?

Sekrng rakyat nak tunggu TITM/PAS nak saman SR setiap hari??????

pada perkiraan orang yg siuman dan berakal,jika dia tak berbuat silap tapi difitnah,orang itu straight away "SAMAN" tanpa cari publisiti dulu.

Perhatikan DSAI, saman dulu,baru publisisti,banyak kali dia menang kes.
Bagaimana agaknya 15 pimpinan PAS yg diceritakan oleh zaharin pemimpin umno bandar tun Razak itu yg pemimpin2 PAS terima DEDAK Najib,sedangkan pemimpin umno itu,berkata ia sendiri terima 500,000 rm dari Najib.

Bila 15 pimpinan PAS tak saman ketua umno bandar tun razak,salahkah orang ramai dan majority rakyat,mengandaikan mereka(15pimpinan PAS) adalah penerima dedak Najib.


sekian.

Tanpa Nama berkata...

Aku dah x hormat puak2 lebai kini..semuanya berpunca dpd parti pis..cakap bohong..fitnah..ego..sombong..riak..takbur..makan duit haram..

Tanpa Nama berkata...

masalahnya budak2 Pas la ni ialah tak tahu beza antara permainan politik dgn agama. depa ingat tok2 lebai tu bijak agama maka bijak politik. tolak tok2 lebai dlm politik dianggap mcm tolak ulamak yg dikatakan pawaris nabi. bila tolak pewaris nabi ditohmajkan pula tolak agama. sedangkan yg rakyat tolak sekarang ialah tok2 lebai yg tak tahu mainan pilitik...bukannya tolak agama. jangan taksub sangat sampai tak tahu bezakan seseorang itu bengap atau biul dlm politik. jadi apa guna dlm quran sebut ulama' dan umara'. Ada dua subject di situ. mungkin org yg sama dan mungkin org yg berbeza.

Tanpa Nama berkata...




AR-RAHMAN AR-RAHIM...Penyayang Pem-BERI
Kaseh Mem-BERI...Itulah FITRAH Syurgawi
Itulah Deen-SYSTEM...Nabi dan WALI
The Most7HIGHEST Integrity...And TRANSPARENCY
Pengubat Syirik-MURTAD = TunggangTerBALIK yg Keji
Yg Melanggar FITRAH = Dek Bangkai-FITNAH Men CURI
Yg Melanggar FITRAH = Bertuhankan NAFSU-serakahDIRI
Yg Melanggar FITRAH = BerTOPENGkan Sorban Jubah Nabi
Yg Melanggar FITRAH = ISLAM Mnjd Hodoh-jijik Skali!


Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber Cahaya
AUDIT Nya Telus...TERANG Dan Nyata
Walapun SATU "sen"...W.pun Berbiliyun Ber JUTA
Pem FITNAH pilKuda...TAKleh U-Turn Takleh Nak AUTA
KOPEASI Lingkop...Tanah-BALAK Dirembat Brleluasa
Semuanya Kan Ter BUKA...Ddlm Deen-SYSTEM Yg'ESA
Deen-SYSTEM Yg'ESA = Itulah ISLAM Yg Sbnar7Nya
Most7HIGHEST Integrity-Transparency = TAKde Yg Dpt Menandinginya


Siratol MUSTAQIM...Deen-SYSTEM Yg LURUS
"Firasat" Menyuloh...Ke DASAR Hati
FITNAH U-Turn Ber Belit2...Trademark Si RAKUS
Si Rakus yg LAHAP...Yg Songlap Men CURI
Yg Bersorban Sedondon...Yg "PRASAN" Suci
Bak Budak HINGUSAN...Alahai Yg Syiok Sendiri!





Tanpa Nama berkata...


Yg nih aku cilok drp TT @ Tukartiub..

Menggunakan duit curi, duit jual dadah atau duit rasuah kemudian membeli rumah di Country Height Kajang atau di Mesir atau di Abu Dhabi atau di Qatar atau di Saudi bukan satu kesalahan. Memiliki duit curi atau duit dadah atau duit rasuah bukan satu jenayah dalam negara-negara ini. Malah duit sademikian dianggap rezeki dari Allah.

Tetapi dalam negara kapir saperti Amerika duit curi dan duit rasuah yang digunakan untuk membeli harta dianggap jenayah. Di Amerika ada undang-undang melawan pekara ini. Curi duit kerajan dan rasuah ini dipanggil kleptocracy.

Apa dia kleptocracy ini?


Aku tambah sikit..
Yg buat Multoqo multaqi dan Fastaqim abih berjuta tu dtg pitih/duit dr mana? Sdangkan mangsa banjir terbiar terlantar takdok rumah..inilah buktinya KLEPET tahap gaban geng2 rembat balak yg brjubah dan bersorban..songlap wal-rasuah yg brtopeng kan islam yg berperangai jijik sprt budak2 hingusan!



Tanpa Nama berkata...

Tp dakwaan sr pun x kukuh..kalau nk buat dakwaan kna bserta bukti kukuh br blh keluarkan statement. Xfaham juga apa strategy sr.nk kata sr xbtl xmungkin juga.xkanla editor sr suka2 ati kasi angka 90 juta tu.maybe dia tgu respon hadi sbl tjuk bukti

Tanpa Nama berkata...

"Apalah sangat RM90 juta dan Putrajaya jika dibandingkan dengan redha Allah,".- Pesuruhjaya PAS Pahang.

Ini yang susah nak jawab dan ini lah modal pemimpin PAS guna untuk mempertahankan diri mereka. Membandingkan sesuatu yang nampak dengan yang sesuatu yang tidak kelihatan.

Keredhaan Allah cukup luas tetapi tidak semudah menolak RM90 juta atau berjaya menawan Putrajaya. Ia bermula dari perkara yang sekecil-kecilnya seperti berhati-hati mengguna pen harta rakyat ketika menurunkan tanda-tangan sehingga takut nak makan daging rusa kerana memikirkan ada ramai lagi yang tidak pernah merasa langsung daging rusa.

Yang diperkatakan mengenai pemimpin tetapi bila di jawab ialah tentang ahli tidak akan percaya dan ahli telah bersusah-payah berkorban untuk perjuangan. Kuat sangatkah iman pemimpin PAS? Mengapa masa pemilihan guna cai dan tidak serahkan pada ahli menentukan dengan yakin pada Allah?

Apalah sangat menang dengan guna cara cai jika dibandingkan dengan keredhaan Allah ?

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Ini game bro.
Sila kata tidak samada Najib atau Hadi. Sebab sasaran SR bukan macai atau walaunta.

Apa kisah pun mesti ada penutup oleh yang pembuat cerita bukan oleh Najib atau Hj Hadi.

Samada orang berpuas hati atau tidak terpulang...

Tanpa Nama berkata...

Fitnah yang mana sedang tidur?
Fitnah ke atas pemimpin PAS taraf ulamak ke ?

Sepatutnya yang selalu kena fitnah ialah pejuang Islam atau pendakwah seperti ulamak PAS. Mereka lah yang sepatutnya banyak kena fitnah tetapi sebaliknya pemimpin PAS lah yang banyak buat fitnah bermula dengan pil kuda....

Allah melaknatkan sesiapa yang mengejutkannya. Amin.

Tanpa Nama berkata...

PAS dah jadi Parti AlARQAM.Tok2 Guru adalah Syumul Tarak Dosa.Buat salah pun Tarak Dosa.Walaun lagi Bangang Ikut jer cakap Tok Lebai Serban 5 kg tu.Aduhh ni bahaya nye sentimen mainkan Agama.

Tanpa Nama berkata...

fitnah akn bngun sendiri menerangkn siapa tuannya. umpama hantu belaan yg mengaku tuannya semasa dipicit ruqyah.

yg tidor selama ini adalah pemimpin pas dibuai pil kuda jutaan ringgit.

dn pengikut pas masih ramai yg tidor. inilah fitnah terbesar bila mana org agama dn org jahil sama2 tido tidak melihat kebenaran

tidola selagi hayat dikandung badan. dibawah sana nanti tidak dpt tido dah

anyway dlm kehangatan mcm2 isu negara ini..ada sapa2 nampak paklah tk?

masih tidorkah beliau itu?