2 Dis 2016

[VIDEO] Apakah PAS Gembira Kerana Tiada Lagi Sekatan Angkut Balak (?)

PKR marah dan kecewa penahanan 47 Orang Asli Gua Musang

PKR melahirkan rasa marah dan kecewa mereka dengan penahanan 47 Orang Asli di Gua Musang kelmarin, kata naib presidennya Samsul Iskandar Mohd Akin.

"Kami amat marah dan kecewa dengan penahanan 47 Masyarakat Orang Asal susulan tindakan berani mereka membina sekatan balak bagi mempertahankan hak tanah adat daripada dicerobohi dimana ianya merupakan sumber utama makanan dan mata pencarian," kata ahli parlimen Bukit Katil, Melaka itu.


Bagi beliau, tindakan Jabatan Perhutanan di bawah kerajaan negeri Kelantan menahan 47 Orang Asal dan keluarga mereka bukan sahaja kehilangan tempat perlindungan, malah kehilangan hak ke atas tanah dan sumber alam sepertimana yang termaktub dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Hak Orang Asal (UNDRIP).

UNDRIP merupakan “piawai minimum untuk mempertahankan kewujudan, martabat dan kesejahteraan Orang Asal sedunia” bagi memastikan supaya kesemua 370 juta Orang Asal sedunia tidak akan berhadapan dengan diskriminasi ataupun eksploitasi, katanya.

"Walaupun hampir 10 tahun Malaysia mengundi untuk mempersetujui pengesahan UNDRIP dalam Perhimpunan Agung PBB pada 13 September 2007, hak Orang Asal ke atas tanah dan sumber masih dinafikan," katanya.

Menurut beliau, Perkara 8(5)(C) Perlembagaan Persekutuan, secara tuntas memperuntukkan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menjaga hal ehwal Orang Asal.

Begitu juga di dalam Akta 134, tahun 1954 hak mereka mesti dilindungi khususnya terhadap tanah yang diduduki, katanya.

Bagi beliau, Orang Asal adalah antara kumpulan masyarakat yang termiskin dan minoriti di dalam negara.

Hak mereka ke atas tanah dan sumber seharusnya dihormati dan dilindungi bagi meningkatkan mutu kehidupan mereka, katanya.

Begitu juga, pembangunan mapan juga mesti diamalkan bagi melindungi alam semulajadi daripada kemusnahan.

Ini adalah antara prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat dan telahpun diterjemahkan dalam bentuk program dan dasar di Selangor, antaranya Sambutan Hari Orang Asal Sedunia dan pembentukan Badan Bertindak Tanah Orang Asal Selangor (BBTOAS), katanya.

"Kami mendesak Anggota Dewan Negara mewakili Orang Asal, YB Senator Isa Ab Hamid dan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Ismail Sabri Bin Yaakob untuk menyatakan pendirian mereka terhadap penahanan Masyarakat Orang Asal ini.

"Kami juga menyeru Kerajaan Negeri Kelantan mencari penyelesaian secara muafakat dalam perkara ini supaya masyarakat Orang Asal di Gua Musang tidak terus hidup dalam kesusahan dan terbiar.

"Kami juga berpandangan sudah sampai masanya YBM Ahli Parlimen Gua Musang memainkan peranan yang proaktif di dalam merungkai permasalahan ini," katanya.

Kepedulian rakyat dan rasa kemanusiaan seharusnya menjadi prinsip asas mana-mana pentadbiran bagi memastikan rakyat hidup saksama, sejahtera dan selamat, katanya.

Kesemua Orang Asli yang ditahan telah dibebaskan pagi ini. -MD


Jabatan hutan tahan ‘selori’ Orang Asli, kata peguam

GUA MUSANG: Selepas pembebasan 47 Orang Asli dari Pos Simpang Petei hari ini, giliran penduduk Pos Pasik pula ditahan pihak Jabatan Perhutanan Kelantan.

FMT tidak memperoleh jumlah sebenar Orang Asli ditahan tetapi berdasarkan maklumat peguam, kejadian itu berlaku selepas pihak Jabatan Perhutanan Kelantan meroboh sekatan yang menghalang laluan balak menerusi satu operasi hari ini.

Timbalan Presiden Jaringan Orang Asli SeMalaysia (Joas), Zurdi Baharu berkata berita gembira pembebasan kumpulan pertama yang ditahan hanya seketika susulan tangkapan terbaharu ini.

“Kita berterima kasih kepada pihak berkuasa kerana membebaskan 47 Orang Asli yang ditahan pada Selasa tetapi sayangnya ada lagi tangkapan di Pos Pasik hari ini.

“Saya tangkapan terbaharu ini memberi gambaran tiada jalan penyelesaian akan berlaku. Kami kecewa dengan Jabatan Perhutanan Kelantan dan menteri besar,”
katanya kepada FMT.

Sementara itu, peguam dan aktivis Siti Kasim berkata pihaknya belum mendapat maklumat sebenar jumlah yang ditangkap kerana gagal menghubungi pihak berkuasa. Bagaimanapun, beliau berkata ia melibatkan “selori” Orang Asli.

“Saya akan menunggu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk memastikan mereka tidak direman dan dibebaskan terus hari ini. Saya juga sudah berbincang dengan pihak majistret Kota Baharu untuk membebaskan mereka dan beliau bersetuju,” katanya.

Berdasarkan maklumat awal, semua Orang Asli yang ditahan akan dibawa ke IPD Gua Musang untuk tindakan lanjut.
-FMT


ULASAN GB

Setiausaha Amanah Kedah, Aris Awang dalam status facebooknya mendakwa menerima mesej di dalam kumpulan Whatsappnya, seorang exco kerajaan Kelantan Abdullah Che Nawi telah menghantar sekeping gambar dengan caption "Sekatan sudah tiada, boleh dikeluarkan tanpa gangguan"


Jika ia benar, ia mengesahkan penglibatan Kerajaan PAS Kelantan di dalam penangkapan orang asli yang mengadakan sekatan. Dan ia juga membuktikan bahawa kerajaan Kelantan memang terlalu bergantung kepada pembalakan sebagai hasil negerinya.

Tatkala semua pihak mengecam dan mempersoalkan tindakan kejam dan zalim yang dilakukan ke atas orang asli yang menitis air mata akibat kehidupan mereka yang telah terjejas kerana ahli kelyarga mereka ditangkap dan akibat dari pembalakan di Kelantan, ada pula pihak yang seolah-olah gembira dengan nasib yang menimpa orang asli berkenaan apabila tiada lagi sekatan terhadap pengeluaran balak-balak dari hutan Kelantan.

PAS setakat ini tidak lansung membantah penangkapan orang asli berkenaan, malah laporan-laporan di akhbar online rasminya, harakahdaily, dilihat mempertahankan penangkapan tersebut.

Hukum kebenaran dan keadlian akan terus berjalan. Yang berlaku kejam dan zalim akan tetap meneria balasannya.



FEATURED ADS



17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tiada guna pkr melolong menghentam pas kalau di selangor masih sedondon sayang menyayangi.

harap admin dpt senaraikan kartel azmin supaya aku tak perlu undi mereka nanti.

Tanpa Nama berkata...

Ni contoh tangan2 yg rosakkan mukabumi. Semuanya halal atas nama agama?

Tanpa Nama berkata...

Kalau lombong 10:5
Balak pun 10:5. Atau mungkin 15:5?

Apa jadi pada UMNO sehingga negara bangkrap? Untuk menghadapi tentangan Anwar dan PH, UMNO memerlukan duit yang banyak. Sebahagian besar pendapatan negara di ambil oleh UMNO seperti NFC. Tiba Najib pulak 1MDB untuk belanja pilihanraya.

PAS sudah nyawa-nyawa ikan di Kelantan. PAS tidak perlu duit untuk lawan UMNO tetapi dengan AMAMAH, PAS tidak boleh lawan bwgotu. Husam bukan calang-calang musuh.

PAS tahu setakat modal agama, AMANAH pun berimejkan Islam. Oleh itu guna lah apa yang UMNO lakukan ia itu dedak oh dedak ...

Tanpa Nama berkata...

Selepas Lori terakhir bawak balak keluar hutan, PAS pun muncul dan bersedia untuk berunding dengan orang asli.

PAS bukan berunding tapi PAS akan menyalahkan itu ini dan orang lain.

Kalau macam itu punya banyak lori, bukan balak sahaja yang terhapus dan bukan sungai sahaja yang tercemar malah laluan lori balak telah merosakkan tanah yang di jadikan laluan keluar masuk.

Semua pemimpin 'Islam' mewakili parti PAS bisu yang selama ini bercakap mengikut 'Islam'. Agaknya dengan cara begini (penyelesaian) ..kot Islam akan tertegak.

Sesungguh nya pemimpin PAS sudah hilang kredibiliti sebagai pemimpin Islam.

Tanpa Nama berkata...

hadi telah mengajar najib 3 perkataan keramat yg digunakan oleh najib utk menakut2kan penyokong..

wala baiah khalifah

baru najib tau bahawa dia adalah khalifah Negara islam... wow
baru najib tau sesapa tk wala padanya berdosa masuk neraka.. wow
baru najib tau pengikutnya mesti baiah dan langgar baiah dosa.. wow

najib mesti terfikir.. tk sangka aku ni khalifah yg suci yg dilindungi oleh islam versi hadi.

maka diderhakakannya lah Mahathir atas prinsip2 tadi.

tklama lagi hadi akan diberi tempat istimewa. ketika itu sesapa melawan khalifah akan halallah darahnya... wow

dan hudud pun dilaksanakan utk menghukum lebih berat penentang khalifah Negara islam.

jika hadi diberi kuasa, maka syiah akan mendapat tempat istimewa juga atas nama kesatuan islam. dan penyusupan hadi dlm umno dan najib akan memberi ruang kepada syiah utk berkembang.

dan ketika itu akan ditekan umat islam atas nama derhaka. ulamak2 Sunnah akan dipinggir dan diambil tindakan.

begitulah cara penyusupan agen2 syiah dlm pemerintahan Negara umat islam dahulu sehingga jatuhnya Baghdad, jatuhnya Iraq dan Saddam dan byk lagi.

bagaimana dgn rompakan balak kelantan, org asli dan 1MDB?... itu sama2 makan sama2 simpan sebab 'islam' melarang menentang khalifah walau sejahat manapun khalifah itu. I help you, u help me.








Tanpa Nama berkata...

UMNO dalam bahaya. Dia orang tak sedar hanya ada dua orang khalifah sahaja dalam masyarakat melayu jika UMNO PAS bersatu.

Pendek lah umur Najib, khalifah nombor dua lah jadi penganti.

Hj Hadi hanya tersenyum.

Pemilihan menjadi khalifah bukan macam cara dalam pemilihan UMNO, jauh lagi lah cara cai PAS.

Tanpa Nama berkata...

Surat luahan hati orang asli selepas dibebaskan.

"Kamu marah bila kami panggil wilayah kami sebagai tanah adat. Tapi kamu tolak permohonan kami walau tanah TOL pun! Walau kami dah duduk situ zaman sebelum orang putih. Kubur kami usia ribu tahun.

Kalau kamu luluskan tol, kami panggil tanah kami tanah tol, lulus geran, kami panggil tanah kami bergeran! Kamu kata cadangan dah lulus. Belas tahun kami dengar alasan itu. Kenapa tak warta? Kenapa tak buat?



Guna alasan kampung lain yg luluskah? Guna penghulu tanpa kampung yg dapat gaji kerajaankah? Berpuluh lagi kampung kami susah sangatkah nak susun semula? Wartakan, bagi geran. Kalau tuntutan kami tidak tepat, betulkanlah, berundinglah, takut jubah kotorkah?













Kamu suruh patuh undang2 tapi undang2 kamu yg buat. Undang2 kamu lindungi siapa? Syarikat singaporekah? Syarikat taiwankah?


Jangan jual agama pada kami. Tuhan kamu bukan Allah tapi kapitalisme. Kamu yg tentukan siapa yg boleh tanam sayur sape tak boleh, siapa boleh tebang pokok, Siapa tak boleh. Kalau potong tangan hudud pun, kamu yg tentukan siapa kena, siapa terlepas, siapa pencuri, siapa bukan?

Jangan bawa cerita nabi pada kami. Kenapa kamu tidak susah macam nabi? Kamu susahkan org lain pula. Cuba kamu hidup 24 jam di tempat kami. Minum air kami yg kamu kotorkan. Buat susu bayi kamu guna sungai kami yg kamu cemarkan racun itu. Basuh baju keluarga kamu. Takut nyamuk, takut pacat, atau takut racun?"

Tanpa Nama berkata...

Klu tak ada balak kerajaan kelantan akan jd bankrap? Tak ada alternatif lain utk bangunkan ekonomi ka? Mana pergi org bijak pandai kelantan? Atau cuma nak puaskan nafsu berapa kerat manusia yg mata duitan

Lelakidicermin berkata...

Maaf lari dr tajuk..hari rabu aku pergi kl atas urus tugas.. aku minum di satu gerai di chow kit..berhampiran deretan gerai itu byk hotel..faham2 tarikh tu dgn hotel2 sekitar chow kit.. masa aku tgh sarapan tu.. byklah akak2 dan makcik2 pakai tudung merah.. baju merah.. ada juga yg kain merah.. dah semua merah takkan liptik warna lain.. tgh aku minum ada dua budak lelaki belakang meja aku. Aku rasa anak toke gerai yg aku makan tu..tgh berbual yg boleh aku dengari. Dua2 bdk lelaki tu aku rasa tak sampai darjah 6 lagi..bdk lelaki yg kecik tu berkata2...wuuui..semuanya merah.. makcik2 tu...bdk lelaki yg besar tu jawab... dpt 200 tu..aku terus menoleh ke arah bdk2 tu.. sambil ketawa. Dlm hati aku ..Umno2.. sampai cerita kesah dalaman bdk2 kecik boleh tahu. dr yg aku tgk muka akak2 dan makcik2.. sah2 org kg atau felda.. kalau di di tanya pasal umno...sah2 akak2 dan makcik2 tu..jawab.. umno ni takde cacat celanya.. kalau di tanya 1MDB.. sah2 makcik2 tu jawab.. 1MDB nama coklat ya..

Unknown berkata...

Bukan DS Najib yg mengharamkan syiah di Malaysia?!...False Silogisme..mainan puak Salafi...Sini bukan..Syria..Libya ok!..

Tanpa Nama berkata...

Apa tujuan politik PAS ? Berdakwah?

Kenyataan balas PAS ialah kalau nak bantah penerbangan balak, melobi pengharaman balak. Sebab tak ada hukum haram maka PAS pun tebang lah balak. Pemimpin PAS tidak ada kebijaksanaan mengatasi dan menyelesaikan masalah. Macam itu boleh lah minum arak sebab arak pun tak di haramkan.


Isu bukan sahaja mengenai tenang balak tapi tempat tinggal dan cari rezeki orang asli. Air sungai kegunaan mereka tercemar.


Keluasan hutan yang di terokai juga perlu dipertimbangkan, bukan semata-mata sebab tak menyalahi undang-undang maka boleh main tebang.

Jangan tunding pada negeri lain. Di Negeri lain ada kah bantahan dari orang asli? Kawasan balak dengan kawasan negeri keluasan seperti Sarawak dan Sabah tak sama dengan Kelantan.

Jika balak di pertahankan sumber pendapatan yang penting bagi orang Kelantan mengapa sumber pendapatan orang asli di jadikan korban ?

Kamu mengaku Islam tapi kamu jawab ikut fahaman UMNO !

Tanpa Nama berkata...

Kasi kuasa dan pangkat jgn buat ikut suka ... susah rakyat mau dijaga yg nie skrang g Kebas balak banyak2 macam konvoi tentera nk g perang aje ... besok kamu pulak kena balak Allah baru haru

Tanpa Nama berkata...

Kebiasaan nya orang PAS dan penyokong hudud, kalau marah takbir. Kalau bersemangat pun takbir.

Apa lagi bila gembira sebab lori-lori balak dapat keluar tanpa sekatan.

TAKBIR !!

Tanpa Nama berkata...

hah ha 1 mdb nm cekelat!!

Tanpa Nama berkata...

kesetanan apakah ini wahai GB..what the..benar2 sdh jd syaitan iblis berkupiah putih ini KERAjaan pas kelantan dipersetankannya kmarahan rakyat dibiarnya toke balok me nyetan pkok balak bertan2 hr2 .lelama nti rakyt klantan pun reramai gohead gostand x pakoh bule. persoalannya org klantan undi amanah ke sebab rasa2 nya amanah ni dlm skop ngr mlesia lebih rmi pemimpin dr pengikut tp tah la plk sbb org klantan bijak bermuaythai politik. klu hj husam bijak strategi n offensive playing x mustahil pas berganti amanah.kalu pakatan mahu menang n bebas Dsai, wajib bersatuhati guna logo PKR sahaja. amanah dan peribumi tiada masalah dgn ini rasanya.persoalannya bersediakah DAP dgn ini yaitu semua calonnya guna logo PKR. Klau kita imbau dulu menjelang pru 13 Dap nyaris dilarang bertanding oleh Ros, nekad bertanding di bawah logo pas..kali ini Dap buleh juga kah..mahu rakyat menang PH wajib bereNtap dgn satu logo parti. sy pilih dan undi PKR!

Tanpa Nama berkata...

Kena buat sajak tu...

MELAYU MUDAH DI LEMBUKAN.


Hari ini dan esok
UMNO adalah UMNO

Kawanan melayu berkumpul
Dengan mengharapkan sedikit dedak
Dari 1MDB
Yang mengkayakan seorang cina

Melayu mudah di lembukan
Melayu mudah di lembukan


Melayu mudah di lembukan
Oleh pemuda berjiwa rasuah
Pengkhianat adalah si tua
Pengkhianat itu lah yang di sanjung
Pengkhianat tua itu lah kata-katanya berbisa

Hari ini dan esok
UMNO adalah UMNO

Melayu mudah di lembukan.
Melayu mudah di lembukan

Unknown berkata...

Ibarat sayangkan anak ditangan2kan.. sbb sayang lah nak minta krajaan PAS menilai semuka tindakan mereka agar jgn terus bertindak zalim..dan memberi gambaran buruk kpd parti Islam..