19 Nov 2016

[LINTAS LANSUNG] Perjuangan BERSIH 5 Bermula. Penangkapan Dikecam. [Updated]

Menjelang himpunan Bersih 5, pihak polis telah mula bertindak menangkap Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan Ahli Jawatankuasa sekretariat gabungan tersebut, Mandeep Singh Karpal.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya petang tadi selepas polis dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu pejabat Bersihdi Petaling Jaya, Selangor.

Terdahulu, kedua-dua mereka tidak dibenarkan keluar dari pejabat tersebut atau berhubungan selama hampir dua jam.

Sebanyak 10 komputer riba dan kenyataan bank serta gaji Bersih turut dirampas polis mengikut maklumat daripada Tweet Bersih.


Sementara itu, Ketua Pembangkang, Parlimen Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di dalam satu kenyataan medianya mengecam sepenuhnya siri tindakan keras ini.

Menurutnya, siri tindakan keras ("clamp down") mengancam demokrasi negara kita. Bermula dengan pendakwaan pengarah KiniTV, Steven Gan, kerana membuat laporan berita satu ucapan Dato' Seri Khairuddin Abu Hassan mengenai Peguam Negara. Ini diikuti penangkapan Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke, difahamkan kerana ucapan beliau di Konvensyen Pakatan Harapan minggu lalu; dan juga serbuan ke atas pejabat Bersih 2.0 serta penahanan Maria Chin dan Mandeep Singh.

Beliau yang juga Presiden KEADILAN menyatakan penangkapan tersebut menimbulkan persepsi seolah-olah pentadbiran Dato' Sri Najib tidak lagi memahami semangat demokrasi, tetapi seakan terpaksa menggunakan taktik kuku besi seperti tangkapan-tangkapan yang kita saksikan sekarang demi kepentingan politik kelompok kecil.

"Pada masa yang sama, sekiranya ada pihak beranggapan bahawa tangkapan-tangkapan dan tindakan "clamp down" terkini ini akan mematahkan semangat juang dan menakutkan orang ramai dari menyertai perhimpunan aman Bersih 5, ia hanya menambahkan rasa marah rakyat," ujar kenyataan itu lagi.

Beliau menyeru rakyat bersatu hati dan kumpulkan tenaga, turun untuk Bersih 5 dan ingatkan Putrajaya bahawa suara rakyat suara keramat!

UPDATE


Trak FRU dan water canon kelihatan mengambil alih tepi jalan dan menguasai masjid negara.



GAMBAR & VIDEO





GB kini di lapangan. Entri ini akan dikemaskinikan sentiasa bila talian internet menjadi mesra.



FEATURED ADS



20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kami sudah tiba

Tanpa Nama berkata...

Tunggu...
Kami akan menyusul.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin kita terpisah dengan kawan atau ahli keluarga kerana orang ramai berpusu-pusu atau sebab kita terleka.

Tetap kat tempat dan masa sekira untuk berjumpa semula.

Semasa perhimpunan line network mungkin kena block atau line sibuk.

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Ayuh rakyat Malaysia.
Masa sudah tiba...

Tanpa Nama berkata...

Hi guys,my group from jb already here,everything fine.wishing u all the best.let the show begin.

adios.

Tanpa Nama berkata...

Tuan GB

Boleh tak tuan letak UPDATE 1, UODATE 2 dan seterusnya yang menunjukkan tuan telah menambah gambar HIMPUNAN BERSIH yang terkini.

Terima kasih. Dan selamat Berjuang.

Timnajib Jomfikir berkata...

Saya dalam perjalanan...dari pantai timur....

Malaysiabaru berkata...

Apakah ini perangkap zashit???? komedi yg mahu huru hara supaya najis tak balik Malaysia kerana

Negar di isyhtihar darurat dan agong melantin pemangku pm?,

Tanpa Nama berkata...

Yg Bersih ditangkap, yg kotor dibiarkan bebas berkeliaran!

KLMJ berkata...

Kami OTW...
"mu tunggu aku datang..."

Tanpa Nama berkata...

Selamat berjuang saudara2 ku..semoga Allah melindungi kalian..Allahuakbar

Tanpa Nama berkata...

Salute pada TUAN2 & PUAN2 yang turun pada BERSIH 5
ANDA PEJUANG RAKYAT

air gunung berkata...

Panas,panas,panas.
Salute la korang semua..

Tanpa Nama berkata...

Aku turun tadi, saja nak tunjuk pada Parti Angkuh Sombong (PAS) yg ketiadaan wakil2 mereka namun BERSIH tetap meriah!!!

Lelaki Dicermin berkata...

Tak sabar nak tgk blog pro parti pas... mlm kang baru nak tgk..mesti di ckp gambar edit.. teori walaun2.. tanpa penyokong2 parti yg akan dtg tak ramai.. kapada pimpinan PH..situasi bersih 5... sudah memberi jawapan.. apakah masih nak di rayu.. lebai2 serban tu...

Tanpa Nama berkata...

Mana aci.

Bawak buluh, bawak kayu dan guna parang, guna buka lima .. baik jangan bersilat dan tunjuk kekuatan kebal.

Nak pukul orang yang tak ada apa-apa. Tak jantan lah.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah BERSIH.
Tidak ada rusuhan.
Tidak ada Polis yang kena maki.
Tidak ada gas pemedih mata dan air asid.

Terima kasih kepada anggota Polis yang bertugas dan juga kepada kumpulan medik dan juga kesukarelawan.

Jika PM ada maruah dan harga diri seperti PM di negara lain, sudah tentu letak jawatan dan bukan menghilangkan rasa malu dengan keluar negara.

Sebelum Najib balik, pemakan dedak gred special akan buat kenyataan yang memperkecilkan kejayaan BERSIH.

Mohd Murad berkata...

Jamal tonkol kata nak bawa tiga ratus ribu orang baju merah tak nampak pun

Tanpa Nama berkata...

Dan seorang peserta baju merah sengaja membawa parang serta buku lima untuk di tahan oleh Polis kerana Jamal Bebal menjanjikan imbuhan yang besar kepada sesiapa yang di tangkap oleh Polis. Dia ini cerdik dari Baju Merah yang lain.

Kalau Jamal Bebal berpegang pada janji dan jujur pada soldadu dia maka Mamat Baju Merah tersebut senang-senang dapat duit,

Ada beratus-ratus Baju Merah yang cuba jugak lah dengan memegang kayu dengan harapan akan di tangkap. Tapi tidak di tangkap sebab mereka hanya berbaris macam latihan sukan sekolah rendah.

Dan yang paling bagang, Baju Merah yang tak rebut peluang. Rupanya mereka tak berani atau mereka pun tak percaya dengan janji Jamal Bebal yang bukan Kebal.

Tanpa Nama berkata...

Hambar ??

Ini satu penghinaan kepada PDRM.
Apabila PDRM berjaya mengawal perhimpunan dengan selamat dan memastikan perjalan perhimpunan teratur, pemimpin@pemakan dedak kata Hambar.

Sebenarnya mereka bukan gunakan jumlah kehadiran yang berkurangan tetapi mereka mengunakan keadaan yang huru-hara yang berlaku semasa perhimpunan-perhimpunan BERSIH yang se belum ini. Pada BERSIH kali ini tidak ada gambar yang di pijak atau peserta BERSIH yang memaki anggota Polis. BERSIH 5 aman dan sepatutnya tidak ada halangan untuk membenarkan BERSIH berhimpun lagi pada bila-bila masa.

Pernah beberapa perhimpunan REFORMASI dan beberapa siri BERSIH yang kehadiran nya cuma 10,000 - 20,000 orang sahaja tetapi menjadi hangat panas sebab provokasi agen UMNO dan SB diikuti dengan di ikuti gas pemedih mata dan pancutan air asid, mengapa ketika itu jumlah kehadiran tidak di bangkitkan ?

BERSIH 5 bukan Hambar tetapi BERSIH 5 berjaya mengadakan perhimpunan yang paling aman. Tahniah.

Yakin lah selepas ini jika 500,000 sejuta yang datang PDRM boleh menjaga keselamatan kerana PDRM dan pendemo BERSIH@REFORMASI sudah berpengalaman dan telah sedar tanggung-jawab masing-masing semasa berhimpun.