21 Nov 2016

1MDB, Bukan BERSIH Yang Jejas Imej Negara

Banyak isu lain jejas imej negara, kata penganalisis

Tunjuk perasaan Bersih tidak boleh dipersalahkan untuk imej negara yang tercemar dan rasa tidak yakin para pelabur, kata penganalisis dasar Wan Saiful Wan Jan.

Jelasnya isu lain, seperti 1Malaysia Developed Berhad (1MDB), menyumbang kepada imej negatif kerana hal ehwal 1MDB mengundang persoalan sama ada pelabur meyakini institusi negara.

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi ditanya mengenai kesan tunjuk perasaan Bersih 5 dan Baju Merah kepada ekonomi negara.


Katanya: “Himpunan itu hanya sebahagian daripada gambaran yang lebih besar yang menyumbang kepada sentimen negatif pelabur. Malah saya berpendapat sekiranya kerajaan melihat Bersih dari segi positif, mereka boleh beritahu kepada pelabur bahawa demokrasi di negara ini semakin matang.”

Tambahnya, perarakan beri manfaat kepada peniaga tempatan, terutamanya mereka yang menjual makanan dan minuman kepada penunjuk perasaan.

Wan Saiful sukacita tiada kejadian tidak diingini berlaku hari ini yang menyaksikan perhimpunan serentak Bersih dan Baju Merah yang berlawanan.

Sebelum ini, penyokong kedua pihak bertembung dalam konvoi Bersih 5 seluruh negara.

Wan Saiful berasa seronok melihat manusia daripada pelbagai fahaman politik berbeza mampu berhimpun secara aman, kerana itulah demokrasi pada asasnya.

“Polis perlu dipuji kerana mengekalkan keamanan. Tidak ada kejadian ganas walaupun ada provokasi.” Orang ramai bagaimanapun akan menghakimi polis berdasarkan kejadian sebelum ini, dan kejadian selepas perhimpunan.

Mengulas kehadiran yang lebih kecil, Wan Saiful berkata jumlah peserta tidak patut digunakan sebagai ukuran kejayaan satu-satu tunjuk perasaan.

“Matlamat tunjuk perasaan bukan berapa ramai yang turun tetapi hak mereka sebagai warganegara untuk berhimpun,” jelasnya.

Bersih 5 menarik kehadiran puluhan ribu manakala Baju Merah sekitar 3,000 orang.

Himpunan berlangsung secara aman, dengan beberapa insiden kecil antara peserta Bersih 5 dan Baju Merah. Umumnya, polis berjaya mengasingkan kedua pihak sepanjang hari. -FMT


Himpunan Bersih 5 paling berjaya, kata peserta

Himpunan Bersih 5 dianggap paling berjaya kerana disertai pelbagai kaum di negera ini.

Perhimpunan Bersih 5 adalah yang paling berjaya diadakan dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum keluar beramai-ramai untuk menyertai perhimpunan ini.

Demikian kata Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa ketika memberikan ucapan di perhimpunan kali ini.

Menurut beliau, walaupun rakyat ditakutkan serta diugut oleh kumpulan baju merah, tetapi sambutan tetap amat menggalakan.

Pandangan Husam turut dikongsi oleh ramai peserta perhimpunan Bersih hari ini.

Bagi mereka, himpunan kali ini jauh lebih baik dari Bersih 4 sekurang-kurangnya kerana lebih ramai muka Melayu kelihatan dalam himpunan kali ini.

Perhimpunan Bersih 5 ini turut dihadiri oleh pemimpin utama pembangkang termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut serta adalah beberapa pimpinan tertinggi Parti Amanah Negara, PKR, DAP dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Antara pemimpin Amanah yang hadir adalah penasihatnya, Ustaz Ahmad Awang dan presidennya Tuan Haji Mohamad Sabu dan lain-lain.

Perhimpunan Bersih tahun ini menyaksi kelainan yang amat ketara apabila orang Melayu turun dengan ramai dalam perhimpunan ini berbanding dengan perhimpunan Bersih 4.

Pelbagai pihak memberikan angka masing-masing tentang jumlah penyertaan kali ini dari serendah 20,000 sehingga ke angka seratus ribu peserta.

Ia disifatkan sebagai antara himpunan Bersih paling berjaya menghimpunkan orang ramai khasnya orang Melayu walaupun diboikot oleh sebuah parti Islam.

Perhimpunan kali ini dikatakan semakin panas apabila geng baju merah yang ditaja oleh sebuah parti politik turut berhimpun kali ini.

Bagaimanapun ekoran pemimpin mereka Datuk Seri Jamal Yunus ditangkap oleh polis menjelang himpunan ini, geng baju merah seolah-olah hilang hala tuju dalam perhimpunan ini.

Mereka hanya mundar mandir dari Sogo ke PWTC tanpa hala tuju yang jelas.
-MD





ULASAN GB

Alhamdulilah, tamat sudah apa yang dinamakan BERSIH 5.

GB hadir di atas beberapa kapisiti, pertama sebagai seorang ahli Parti Amanah Negara, rakan komponen Pakatan Harapan yang menyokong dan mendokong penuh BERSIH 5.

Kedua, yang lebih mencabar ialah di atas kapisiti sebagai petugas MEDIA OREN.

Seringkala, sebelum ini GB selalu juga membuat liputan, tetapi di atas kapisiti individu tanpa menggunakan apa-apa platform, hanya sebagai seorang blogger.

Namun setelah menyertai AMANAH dan terbentuknya MEDIA OREN, GB menggalas peranan baharu, menerima arahan dari Ketua MEDIA OREN supaya GB melaporkan perjalanan demonstrasi BERSIH 5 untuk disiarkan secara live di media sosial untuk disebarkan kepada rakyat. Semalam blog ini ditinggalkan untuk sementara waktu bagi menumpukan tugas di MEDIA OREN.

Seorang sahabat yang merupakan bekas editor sebuah akhbar parti sejarah, Mohd Nazri Abdullah yang terkenal di dalam kes siasatan isu Mat Indera satu ketika dulu, berperanan sebagai compiler semua maklumat dan foto untuk sebaran.

Sementara petugas yang lain seperti Faeez, Rasidi, Salihin, Manzurul, Zaidi, Hazayani, Rayme dan lain-lain sibuk dengan bekerja di lapangan sekalipun dihantui dengan talian internet yang lembab dan tersekat di dalam lautan ribuan manusia....

Boss Media Oren, Putri Shira memantau perjalan MEDIA OREN dari masa ke semasa.

Hanya di dalam hatiku berkata: MEDIA OREN insha Allah akan lebih perkasa selepas ini. GB kini akur dengan usia yang semakin tua.... anak muda sudah ada untuk menggantikan tempat GB.



FEATURED ADS



19 ulasan:

Awanama berkata...

SYABAS



MEDIA OREN.Diharap dapat mengantikan media rakyat yg dipelupuri oleh pkr.TAHNIAH,pada tenaga kerja,yg tak pernah kenal erti,lelah,penat dan ugutan pehak pemerintah.

yg penting seMua berita yg dibawa adalh BENAR,dan sentiasa sensitive pada agama dan perkauman yg melampau.
dah TERUS sampai pada sasaran GRASS-ROOT/RAKYAT.

TAHNIAH/SYABAS sekali-lagi, pada tenaga KERJA,yg bersusah PAYAH,PENAT LELAH.menghabiskan asa untuk rakyat Malaysia seluruhnya

Awanama berkata...

Najib rasa sedikit selesa krn media massa tempatan menggelapkan laporan DOJ dan berita2 ttg 1MDB. Majoriti org melayu yg masih bergantung kpd tv1,2 dan 3/4; utusan dan bh sbg sumber berita mempercayai apa yg suapkan kpd mrk lebih drpd apa yg terdapat dlm quran dan hadis. Tp nasib bukan semuanya menyebelahi najib. Dgn adanya internet lebih ramai org mula mengetahui perbuatan jelek najib. Lama kelamaan akan terlondeh habis rahsia najib, insyaAllah. Mmg betul imej malaysia teruk terjejas dek 1MDB, bukan krn Bersih

Malaysiabaru berkata...

Negara luar ketawakan kita

Esok u.s Dollar rm5.10

Nak jatihkan najis agt mudah... Setiap keluarga beli u.s Dollar..

Trlengok apa jadi...

Awanama berkata...

Imej negara terjejas, tak memberi apa-apa kesan. Bagi pelabur asing bukan imej sesebuah negara yang penting tetapi yang penting mereka tidak tertipu dan kerugian.

Di negara yang berperang pun masih ada yang melabur, ini kan pulak setakat himpunan BERSIH dimana tidak ada satu tong sampah milik DBKL yang diterbalikkan.

Imej Najib begitu teruk tetapi masih ada yang mempertahankannya. Yang penting mereka dapat dedak.

1MDB memberi kesan kepada kita semua. Negara berhutang lalu berlaku lah kenaikan harga dan segala cukai yang ada. Apabila keadaan rakyat semakin susah, hanya pelabur yang pentingkan keuntungan luar biasa yang berani mengambil risiko. Pelabur yang berhati-hati mengambil kira kesusahan rakyat jika tidak di bendong lama-kelamaan akan sampai ke satu penghujung akhirnya.

Ini bukan imej tetapi betul-betul yang terzahir oleh 1MDB.

Mana-mana pemimpin negara akan menjaga pelabur untuk masa depan negara tetapi hanya Najib sahaja yang menjaga pelabur untuk kepentingan sendiri dan kepentingan Rosmah.

Awanama berkata...

Weiiii..
Perompak mana nak ngaku dia perompak
Jenis muka tak malu memang macam tu

Awanama berkata...

Melayu mudah putus harapan. Bila kena 'gangguan' semasa menuju kemenangan apalagi kena tipu atau di khianati mereka cepat keciwa dan marah. Mereka dalam kumpulan 'pergi mampos lah' setelah merasakan usaha mereka di sia-siakan.

Lagi satu, jenis berserah kerana hanya Allah swt yang boleh menumbangkan Najib. Allah swt yang angkat Najib jadi PM dan Allah swt juga yang akan jatuhkan Najib.
Sama lah juga dengan kumpulan yang tidak suka menentang kerajaan walaupun kehidupan sendiri semakin tersepit kerana bagi mereka semua nya adalah ketentuan Allah swt.

Kumpulan yang paling mudah dikenali ialah kumpulan pemakan dedak.

Dan akhir sekali ialah kumpulan yang berkecuali. Tetapi tak tahu diamkan diri. Nak jugak bercakap. Tapi kalau bercakap menuduh orang dan bila dah tak ada nak cakap cari isu, pasal sosma. Sebelum ini bukan tak ada yang kena tahan atas akta sosma. Sekarang isu Rohingya, Syria yang dah berbulan-bulan lama nya.. Dah beribu yang mati.




Amin Hakim berkata...

Kerajaan dah makin takut tu.. tu yang burukkan himpunan bersih

Awanama berkata...

Melayu dah berkira sebab dah sengkek. Yang senang lepaskan diri.

Melayu ini jangan bagi dia orang senang satu, dan satu lagi tekankan buat ibadat untuk dapatkan pahala.

Mengaku je lah.

Awanama berkata...

pas parti penipu rakyat Malaysia. sampai skrg tak saman2 SR. peguam kapir queen council takkan tak buat kerja?

membalak bersama ulama dikelantan.
melombong bersama presiden pas dikelantan juga.

camno org tganu boleh dpt tanah byk dikelantan?
camno hasil galian Kelantan boleh masuk kantung presiden pas?

diharap perkara2 spt ini selalu diingatkan kpd rakyat supaya pas pengkhianat bungkus pru akan dtg.

Awanama berkata...

Sumbangan dan pengorbanan GB dalam menegakkan kebenaran lebih besar dari sumbangan saya yang setakat menumpang komen di sini.

Semoga Allah memberkati saudara dan di panjangkan umur. Jaga lah kesihatan supaya saudara sentiasa dalam keadaan baik.

Awanama berkata...

Salam Tuan GB,

Jangan berundur. Kami masih masih memerlukan anda. Jagalah kesihatan baik baik. Doa kami untuk Tuan.

Awanama berkata...

Lihat you tube : https://youtu.be/IkglnAbjQEI?list=PL-yU1UMM3Kk-inOYq-uyThe0UseZtK__f

"TUNKU ABDUL RAHMAN MINTA MELAYU HAPUSKAN UMNO". Waktu tu Tunku vs Mahathir.

Namun apa isi yang paling penting!

Dengar kata2 Tunku minit 0.58.

Waktu tu, Malaysia terkenal sebagai "NEGARA YANG KAYA RAYA".

NEGARA SEKARANG mengharapkan GST rakyat?

Malaysiabaru berkata...

Eloo 9.45

Kalau AG dan hakim dikuasai baruah negara mcm.mana pelabur tak tertipu? Confirm kalah kes !!! Dyit pelabur asing confirm lesap

Keuntungan luar biasa?

Eloo kalau najis bagi tanah free kpd cccc memang lah untung luar biasa!!!

Sapa nak.melabur di Mesir syria ??? Ko gila Ape anon? Di Malaysia nak untung mcm mn kalau perbelbjaan rakyat dan kerajaan asyik merosot sampai kontang poket dah.kosong.. Pelabur nak.jual apa kpd kita??? Kecuali kita berhutang dan gadai bini kpd pelabur bila.tak byr hutang

Esok ringgit 5.10 beli us Dollar dan anda selamat bila.negara bankrap atau huru hara. Inysallah ini bukan nasihat hadis nabi tapi pakar ekonomi wall.street.

Awanama berkata...

Pas jadi parti hampas.sokong
pemerintah zalim yang tindas
rakyat.pemimpin pas dah jadi
haprak.jatuh hukum ikut sedap
mulut.mengaku maksum tapi ber
gelumang dengan sampah sarap.
ahli disutuh wala tapi pemim
pin kembungkan tembolok dan
perut.

Awanama berkata...

Sekarang Najib dengan bini Najib dengan anak Najib dengan anak Rosmah sekali .. senang-senang buat duit sebab dia orang ada banyak Dollar.

Awanama berkata...

Komen hadi pulak dh sama mcm umno.baca ni.

BERSIH05,susah rakyat dan ganggu ketenteraman awam-Hj Hadi

KUALA TERENGGANU: PAS menyifatkan perhimpunan haram Bersih 5 pada Sabtu lalu menyusahkan rakyat dan mengganggu ketenteraman awam. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata perhimpunan itu yang gagal dikawal dengan baik oleh penganjurnya, jelas menjejaskan hak keamanan rakyat negara ini.

Katanya, PAS gembira kerana ahli dan penyokongnya mematuhi keputusan supaya tidak menyertai Bersih 5. "Kita melihat tidak ada satu kawalan yang baik untuk mematuhi ketenteraman awam di mana keamanan adalah hak semua.

"Boleh berdemonstrasi tetapi biarlah dengan adab yang baik. Kita tidak mahu demonstrasi menyebabkan) berlaku pertembungan yang merugikan rakyat," katanya yang ditemui pada waktu rehat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Awanama berkata...

Kesian kat dia.
Kesian lagi kat walaunta.

Kesian. Kesiaaan.

Kalau macam ini punya orang.. ada juga kebenaran dia ambik RM 10 tu dan bagi pada negeri yang MB nya bodo cuma RM 5..

Mana lah salah dia semasa belajar agama dulu. Mahkamah kata tak haram ikut perlembangaan Suhakam kata tak haram sebab perhimpunan berjalan dengan aman...

Awanama berkata...

Ada lagi orang hadi lidah bercabang.

Anak bangsa berkata...

Ada org umngok bisik2 kt aku...dh ada game baru dlm umngok skrg...Cara nk slmtkan bos2 kena la jatuhkan big bos..baru Ahli umngok puasa hati...tunggu je la mcm mana game ni berjalan sebelum pru14...