19 Nov 2016

Selamat Turun Ke BERSIH 5

Turun Bersih 5 semarakkan Malaysia Baru

Semarakkan semangat nasionalisme untuk pembentukan Malaysia baru yang merdeka daripada korupsi, salahguna kuasa, kezaliman dan penindasan dengan menyertai himpunan Bersih 5 esok, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.

Menurutnya, semangat nasionalisme iaitu cintakan negara yang terbukti mampu menggerakkan massa mengusir imperialisme perlu disemarakkan dalam diri setiap warganegara Malaysia.

“Terbukti kerana cintakan negara, jutaan rakyat Turki keluar ke jalan raya mematahkan kudeta. Semangat sebegini mampu menggerakkan jutaan rakyat Malaysia pula untuk turun ke Dataran Merdeka Sabtu ini sebagai tanda protes terhadap kebobrokan Umno-BN.


“Negara ini milik kita semua melangkaui sempadan agama dan bangsa. Ambillah semangat pejuang-pejuang nasionalis pada era kemerdekaan seperti Burhanuddin Al-Helmi, Ahmad Boestaman dan ramai lagi sebagai inspirasi semangat juang serta cintakan negara sebagai pemangkin jiwa dan raga kita untuk melakukan perubahan,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, rakyat masih tidak dapat menikmati erti kemerdekaan sebenar apabila kepincangan politik, krisis kepimpinan, kegawatan ekonomi, salah urus tadbir, pencabulan hak asasi dan sistem demokrasi semakin meruncing dan genting di bawah pemerintahan Umno-BN.

“Skandal 1MDB yang menjadi perhatian dunia adalah kemuncak korupsi dan penyelewengan sang pemerintah Umno-BN. Hutang lebih RM50 bilion 1MDB ditanggung rakyat jelata sedangkan tiada faedah dapat dinikmati daripada syarikat milik rakyat ini.

“Tuduhan-tuduhan terhadap penyelewengan oleh MO1 yang juga Perdana Menteri walaupun disokong dengan bukti yang konkrit, gagal dinafikan. ‘Machai’ dan ‘pemakan dedak’ Perdana Menteri kini diam seribu bahasa kerana tidak mampu lagi membodohkan diri bagi menyelamatkan nama baik MO1 yang teruk tercedera,” ujarnya.

Sehubungan itu, Faiz berkata, rakyat tiada pilihan selain menuntut satu sistem dan amalan pilihan raya yang bersih, adil dan saksama kerana rakyat berkuasa untuk mengubah sistem pemerintahan yang korup dan zalim sedia ada.

“Anak muda harus bangkit mempertahankan hak dan kedaulatan negara ini daripada terus dicabuli dan diancam akibat salah urus pentadbiran kleptokrasi. Tegakkan keadilan demokrasi. Tolak pemerintah korupsi. Ayuh! Turun demontrasi,” tegasnya lagi.


10 tips keselamatan sempena himpunan Bersih 5

Sempena perhimpunan Bersih 5 yang bakal berlangsung di ibu negara esok, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2 telah mengeluarkan 10 tips keselamatan bagi panduan orang ramai.

Tips keselamatan itu dikeluarkan sebagai panduan kepada peserta perhimpunan untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar dan selamat.

Berikut adalah tips keselamatan perhimpunan Bersih 5:

1. Jauhkan diri daripada provokasi (walaupun mereka memakai baju-T kuning) dan biar aasukan keselamatan Bersih mengendalikan keadaan. Elakkan konfrontasi secara langsung. Mereka akan diserahkan kepada pihak polis. Bentuk satu bulatan di sekeliling mereka dan merakamkan tindakan mereka menggunakan video dan/atau kamera.

2. Kita berada di sana untuk perhimpunan aman. Tiada senjata harus dibawa dan jangan merosakkan harta benda. Sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan tersebut akan diserahkan kepada pihak polis.

3. Sentiasa ikuti arahan sukarelawan keselamatan yang diberi kuasa oleh pihak Bersih. Mereka akan memakai baju-T keselamatan berwarna unggu dengan tag. Jika ragu-ragu, hubungi sukarelawan keselamatan yang lain untuk mengesahkan identiti mereka.

4. Sekiranya pihak polis menembak pelet semburan lada terhadap peserta, berpaling ke belakang dan bergerak ke tempat lain. Jangan panik dan ikut arahan Pasukan Keselamatan Bersih.

5. Kita juga mempunyai plakad (placard) yang jelas yang bertulis "Undur", "Senyap" dan lain-lain. Plakad ini akan digunakan oleh Pihak Keselamatan Bersih untuk komunikasi.

6. Masa perhimpunan pada 19 November adalah dari 10 pagi hingga 6 petang. Berkumpul di tempat yang ditetapkan pada jam 10 pagi atau di mana-mana yang terdapat ramai penyokong Bersih. Sila bersurai secara teratur selepas jam 6 petang. Tempat perhimpunan adalah LRT Bangsar (Dataran Maybank) dan Masjid Negara.

7. Dalam situasi kecemasan, pasukan keselamatan kita akan menggerakkan anda ke KLCC, KL Sentral dan LRT Bangsar.

8. Peserta dinasihati jangan mengambil apa-apa minuman atau makanan yang ditinggal di tepi jalan. Ini adalah untuk mengelakkan dari berlaku situasi-situasi keracunan makanan/minuman oleh pihak yang berniat jahat.

9. Kita juga mempunyai pemerhati bebas tempatan dan antarabangsa yang akan memantau perhimpunan Bersih 5. Pasukan pegawai perubatan dengan 140 profesional perubatan dan 6 ambulan juga bersedia untuk membantu dalam kecemasan. Dalam kes tangkapan, SMS nama penuh dan nombor IC anda kepada Pasukan Penangkapan Segera kami di 011-21376814 atau 011-39376684.

10. Muat turun aplikasi Prime, aplikasi rasmi kami di telefon anda untuk mendapatkan informasi terkini dan arahan rasmi. Ia boleh dimuat turun secara percuma bagi Android dan iOS. Ikuti kami di Facebook (www.facebook.com/BERSIH2.0OFFICIAL), Twitter (www.twitter.com/bersih2) dan Instagram (www.instagram.com/bersih2). Jangan mempeduli berita yang bukan daripada saluran rasmi kami.

Sebagai penganjur perhimpunan, Bersih 2.0 akan sentiasa berusaha untuk bekerjasama rapat dengan pihak polis untuk memastikan perhimpunan berjalan secara teratur dan aman.

Kami telah membentuk pasukan keselamatan Bersih yang mempunyai 1,400 petugas untuk membantu dalam kawalan trafik, kawalan orang ramai, menghentikan provokasi dan mencegah perbuatan jenayah. Mereka akan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis untuk menjalankan tugas-tugas ini.

SATUKAN TENAGA, MALAYSIA BARU.

Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0


VIDEO BERKAITAN






FEATURED ADS



14 ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...

In Shaa Allah fizikal dan mental sudah siap sedia.

Tunggu masa untuk bergerak...

abrarmujahideen berkata...

Terbaek

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah..rahmatilah saudara2 ku dan rakyat2 malaysia yg inginkan keadilan tertegak dlm negara..selamat berjuang semua..aku hanya mampu doakan dari jauh..

Tanpa Nama berkata...

Dan juga sediakan keperluan jika cuaca hujan seperti tower dan baju ganti. Bawa makanan kerana kebanyakan tempat makan sesak atau kehabisan jualan.

Ini hanya sebagai peringatan. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Jangan harap kan sesuatu yang baik atau yang buruk terjadi semasa perhimpunan. Kita tidak tahu.

Semua telah di rancang dan di hadapi oleh BERSIH 5.

Kepada Allah swt kita berserah.

Malaysiabaru berkata...

Menjelang bersih....

Ringgit jatuh lagi 4.42.. Siapa yang tak beli rugi.. Jangan tunggu rm5.10

Sejak kami post harga ringgit pada 4.21 skrg dah rm4.42

Sebab apa u.s dollar penting dalam kehidupan kita? Jika negara bankrap hanya u.s Dollar di terima dunia

Jika kerajaan haramkan rm100 ... Dan ganti rm200 maka kita semua akan selamat kerana tidak pegang wang tunai rm100 sebaliknya kita semua pegang u.s Dollar...

Kalau Malaysia jahanam mcm Mesir atau mexico.. Kita boleh cabut ke luar negara dgn tunai u.s dollar

Banyak faedah pegang u.s Dollar.. Termasuk memjatuhkan najibullah laknatillah

Tanpa Nama berkata...

Semoga usaha kita semua memberi kesedaran kepada yang masih lena dengan janji Najib. Menginsafkan kawan-kawan yang pernah berjuang dengan kita. Membangkitkan semangat anak-anak muda yang bosan dengan kepimpinan yang sedia ada. Membuktikan perjuangan kita tak pernah luntur.

Ayuh ! Semua warga dan bangsa BERSIH, berpadu lah demi negara tercinta !!

Tanpa Nama berkata...

Semua nak di BERSIHKAN..
Dengan lombong-lombong sekali di BERSIHKAN !

Masa begini lah satu masa dahulu, rakyat melihat PAS ganti UMNO.

Dan besuk diperlihatkan lah yang AMANAH mampu mengganti PAS!

Tanpa Nama berkata...

Semoga semuanya berjalan lancar spt dirancang. Jauhi provokasi jamal jamban

Hambal Mahfuz berkata...

Jom kita berRaya esok. Hari menzahirkan samada kita di pihak rakyat yg dizalimi atau bersama kerajaan 'pilihan rakyat' yg menindas.
Jumpa sana. InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Pegang emas la kalau mampu...

Tanpa Nama berkata...

Saya mengucapkan selamat berjuang kepada semua peserta bersih. Semoga dirahmati Allah dan beroleh kemudahan dalam segala urusan berkaitan...

Tanpa Nama berkata...

Walaupun aku tidak terlibat dalam hb5, namun aku menyokong penuh tuntutan bersih...umno adalah lanun yang patut ditolak..

Afiqah Shazana Awalludin berkata...

ktm and jalan banyak yang tutup. plus polis dah mula buat roadblock seawal 2 pagi lagi. macam mana cara untuk turun ke dataran merdeka naik public transport? better drive sendiri ke macam mana?